Axerialeth: SOD -Last farewell-

Bab 29

“What the hell is he thinking?!!” Pole melepaskan geramnya dengan beg tinju sambil menjerit ke udara.

Nuez yang menahan Beg tinju itu mengeluh panjang. Dah lama dia tak nampak Pole bertinju. “Aku ingatkan kau dah give up bina otot—”

“Shut up Nuez!” marahnya dengan suara lelaki. “I Don’t give a damn anymore! Apa Rick fikirkan? Lepaskan Miracle kepada Ellen cam tu je selepas dia dan Miracle berbaik??? Apa? Dia ingat Baby Girl aku tu barang ke main pass-pass kat lelaki lain?!” Dia tumbuk lagi beg tinju itu, lebih kuat dari sebelumnya.

Nuez hampir tertampar oleh beg tersebut. “Woaaa…. Slow down dude. Aku pun tak faham kenapa Mamat tu nak lepaskan Miracle. Dah terang-terang dia cintakan Miracle, dia terseksa tanpa Miracle tapi kenapa setelah dia dapat Miracle… Dia terus bagi je Mira kat Elleson? Apa yang dia fikirkan?”

“He lost it!” jerit Pole membagi satu penumbuk lagi. “Dia tak tahu apa yang dia katakan! Actually kita semua tak tahu apa yang dia cuba katakana!”

NUez menghembus nafas lega kerana tak terkena tumbukan maut Pole. Jangan main-main dengan Pole ni, dia lah orang yang paling berpengalaman dalam hand in hand combat. Kalau Pole masih ada jiwa lelaki, dah tentu dia belasah Rick sampai dia lenyek seperti mash potato. “Kau rasa apa punca dia lepaskan Miracle?”

Pole yang ingin menumbuk terhenti dan mengeluh. “I don’t know. Aku sentiasa dapat teka rancangan Rick tapi kali ni aku tak tahu. Apa yang Rick rancangkan ataupun Fikirkan.” Wajah risau Pole berubah balik menjadi marah. “Fikirkan tindakan Rick buat aku tambah marah dari sebelumnya!!” dia kembali menumbuk secara bertubi-tubi.

“Aku pun marah dekat Rick, aku harap tumbukan kau sampai kat muka Rick.”

Pole meniup penumbuknya dan tumbuk Beg tinju itu sekuat hatinya. “Arrrrrggghhh!!!”

BAM!

Rick jatuh terduduk dari tumbukan kuat yang dia terima dari Ben. Dia tak membalas, ataupun berganjak dari lantai tersebut. Dia hanya duduk memandang lantai itu tanpa berbuat apa-apa.

Ben belum puas melepaskan marahnya dan menarik Rick untuk bangun. Dia mencengkam baju Rick dengan erat memandang tepat pada mata Rick. “What are you planning to Rick? Answer me.”

“I don’t plan anything.”

“What? Jadi kau rela lepaskan Miracle?” Rick mengalihkan pandangannya dari Ben dan mengangguk. Ini buat Ben naik marah. “Bah!” Dia lepaskan Rick dengan menolaknya membuat Rick jatuh terduduk.

“You are sick man. kau rela dengan semua ni. Tapi macam mana dengan Miracle? adakah dia terima yang kau… selepas misi kau layan dia seperti kau taknak lepaskan dia tapi bila sampai sini kau lepaskan dia macam tu je. It’s like nothing happen between you two.”

Rick memandang wajah Ben dengan riak wajah emotionless. “you don’t understand Ben.”

“THEN MAKE ME UNDERSTAND!” jerit Ben naik okta lima.

Rick hanya mengetap gigi dan bangun dengan segera. “Forget it.” Dia terus bergerak keluar meninggalkan Ben dengan penuh tanda tanya.

Ben ingin menarik tangan Rick tapi di tepis. “Rick cakap dengan aku!” Rick hanya berikan renungannya kepada Ben dan keluar.

Ben meramas rambutnya dan menghembus nafas panjang keudara. Dia tak kenal siapa lelaki tu. Dia dah tak kenal kawan karibnya. Rick seperti orng asing bagi Ben sekarang. Dia tak tahu apa bermain dalam fikiran dan hati Rick. Dia berubah mendadak sebaik sahaja dia jejak kaki di Sylvianne!

>X<

Sementara itu, Miracle berada di dalam biliknya selama tiga hari berturut-turut,tidak keluar, tidak makan, hanya di dalam bilik bergelap. Tiada siapa tahu apa Miracle buat di dalam bilik itu. Manda dan Spring tak di benarkan masuk, apatah lagi Glend. Ini kali pertama Glend tak di benarkan masuk campur dalam masalahnya.

Dia bagi alasan yang dia perlukan banyak rehat dan sebab dia tak makan ialah dia tidur sepanjang hari sehingga skip makanan. Orang yang boleh masuk ialah Ellen seorang sahaja. Hanya dia sahaja tahu keadaan Miracle. BIla mereka tanya keadaan Miracle kat Ellen, Putera itu menjawab dengan senyuman yang miracle tak apa-apa. Dia perlukan banyak rehat untuk sembuh.

Miracle memandang kedua tangannya yang kelihatan kering dan pucat kerana kekurangan nutrisi. Dia masih terkenang situasi mengejutkan sebaik sahaja mereka jejak tanah Sylvianne itu.

Dia tak dapat terima yang Rick melepaskan tangannya dan berikan kepada Ellen tanpa memberi sebarang alasan. Dia juga tidak dapat berjumpa dengan Rick setelah itu. Rick tak dapat di jumpai di mana-mana sahaja. Selama tiga hari itu Miracle berfikir dia salah apa sehingga Rick menolak—tak—melepaskannya kepada lelaki yang Rick tak suka.

Air matanya mula bertakung dan jatuh ke tapak tangannya. Apa dah jadi sebenarnya? Ia berlaku dengan pantas. Dia tak dapat tangkap apa yang berlaku pada saat Rick melepaskan tangannya.

Adakah Rick selama ini sememangnya dah rancang untuk lepaskan dia dari awal? Sejak bila? Sebelum misi? Selepas misi? Kalau dia rancang lepaskan Miracle dari awal lagi… apa maksud hubungan mereka selama tiga hari dalam kapal itu? Sentuhan Mereka? Pelukan mereka? Ciuman mereka? Janji…. Janji Rick kepadanya?

“Tasik Zucholget. Lets have the wedding there. Okay?”

Apa dah jadi dengan janji Rick? Adakah semua itu kata-kata kosong? Dia hanya memberi janji palsu kepadanya?

Air mata Miracle mengalir lebih banyak dari sebelumnya. Miracle menyentuh rantai yang tergantung pada lehernya dan memegang dadanya dengan erat kerana rasa sakit di sebalik tulang-tulang rusuknya. Dia menjerit sekuat hati melepaskan rasa sakit yang dia rasa di dalam dadanya, seperti jantungnya rasa nak meletup kerana perasaan sakit yang dia tak dapat tanggung.

Dia tidak faham. Kenapa? Kenapa Rick yakinkan dia dengan semua kata-kata manis itu? Kenapa Rick buat macam tu kat dia? Hug her, kiss her? Bagi dia harapan tentang hubungan mereka? Kenapa dia berbuat macam tu kalau pada awalnya dia memang taknak kan dia? Kenapa? Kenapa?”

“Aaaaaaaahh!!!!!” dia menjerit sekuat yang mungkin melepaskan segalanya yang ada di dalam dadanya.

Dia rasa hatinya sangat pedih seperti racun sedang merebak di dalam dadanya dan menghancurkannya dengan perlahan. Tanpa henti. Setiap saat tambah sakit dari sebelumnya. ,

“RICK!!”

>X<

Glend tenung wajah Ellen yang sedang membuat kerjanya dengan lama dengan mindanya melayang memikirkan yang Ellen sembunyikan sesuatu kat dia. “Ellen.”

“Glend.. aku dah cakap sebelum ni. Aku takkan bincang apa-apa pasal ni lgi.” Dia bagi amaran tanpa pandang Glend.

“T-Tapi Miracle—”

Ellen memandang Kearah Glend. “The discussion ends here Glend. Jangan tanya lagi.”

“Aku tak tanya langsung pun!” sahutnya dam memeluk tubuh. “Aku tahu kau tahu sesuatu Ellen. Baik kau cakap!”

“Glendive Crimson! Aku kata ia tamat di sini bermaksud ia tamat di sini!” sekarang Ellen pula naik suara membuat Glend terdiam. Ellen menarik nafas dalam sebelum bersuara seperti biasa semula. “Aku sebagai Pemerintah di Kota ini perlu buat keputusan yang terbaik untuk rakyat aku. Walaupun aku kena sakiti orang lain. I have to make a sacrifice.”

“Tapi El…. Kenapa Miracle?”

Ellen menggeleng. “Salah Glend. ‘Kenapa Rick’?”

“Rick?”

Ellen menarik nafas dalam dan mengeluh. “Kau takkan faham Glend, It’s complicated and twisted. Takdir yang tulis jalan hidup kita ni memang gila.”

Hidung Glend berkerut tidak faham sangat dengan ayat terakhir Ellen. “Kau akan buat sesuatu ke tentang ni?”

“Untuk masa sekarang ni tak.” katanya dengan nada kecewa. “Tapi kita tunggu dan lihat. Jalan hidup kita tak sampai ke penghujung lagi. Atleast for me.” Katanya memandang Glend dengan senyuman tenangnya.

Lagi lah Glend tak faham apa yang Ellen maksudkan dengan ayat tu. “Eiiissshh…. Berapa banyak buku sastera kau baca ni hah?”

Ellen tertawa. “aku tak terkira. Kalau kau nak tahu kau boleh kirakan untuk aku dalam main library.”

“M-Main Library?” Dia nak aku kira buku yang berjuta tu?? “NO thanks!” Glend bangun dari tempat duduknya dan bergegas keluar meninggalkan Ellen.

Issshh…. Mamat tu terlalu banyak rahsia! Aku tahu la dia pemerintah Sylvianne dan kena simpan rahsia kota tapi takkan nak simpan rahsia tu kat dia? Childhood friend dia??? Urrrgggghhh!! Fikirkan tentang Ellen pun buat dia sakit kepala. Lantak kau lah Ellen! Yang penting kau tak sakiti Miracle sudah. Kalau aku dapat tahu kau nak sakiti PM, trust me, you will never become a proud king in your entire life!!

Langkah Glend terhenti bila dia lihat siapa dia terserempak di laluan dalam istana itu. “Rick?” mata Glend tertumpu pada lebam di bibir Rick. nampaknya ada seseorang sedang buat kerja Glend untuknya. “Apa kau buat kat sini?”

“Aku nak berjumpa dengan Ellen.”

“Miracle macam mana?” Glend mengendahkan ayat Rick. “Kau buat keputusan untuk lepaskan Miracle tapi kau fikir ke kesannya kat Miracle?”

“It’s none of your business.” Kata Rick dengan serius memandang tajam kearah Glend. “Aku tak perlu terangkan semuanya kat kau. Kau bukan siapa-siapa yang patut tahu tentang ni.” Katanya membuat Glend tersentap.

Rick menunggu untuk Glend bagi respon tapi tiada. Rick mengambil senyap itu sebagai dia faham dan bergerak lalu Glend. Glend bersuara; “Kau tak tahu ke Miracle heartbroken? She don’t want to lose you.”

“It’s better that way.” Katanya dengan nada mendatar dan sambung langkahnya ke bilik kerja Ellen.
Ellen terdengar pintu biliknya di buka oleh seseorang dan ingin menengking tapi terbatal bila Rick duduk di depannya dengan wajah lebam dari tumbukan seseorang.

“Ouch…” katanya memegang rahangnya seperti dia dapat rasa kesakitannya dari lihat warna lebam itu. “Kenapa ni Rick?”

Rick memandang Ellen dengan lama sebelum bersuara. “kami akan bertolak esok.”

Kerja Ellen terhenti dan memandang tepat ke wajah Rick. “Kau tak nak jumpa Miracle untuk kali terakhir?”

Rick menggeleng. “Kami akan bertolak esok, sebaik sahaja matahari terbit.”

“Kau tak nak terangkan punca kau seperti ini?”

“Mungkin kami takkan datang ke majlis perkahwinan korang.”

“Kau rasa Miracle akan puas hati ke dengan tindakan kau ni?”

“Tolong gembirakan Miracle untuk aku.”

That’s it!! Ellen menghentak kedua tangannya di atas meja dan merenung tajam kearah Rick. “Kau ingat Miracle akan bahagia ke dengan aku kalau hati dia masih dekat kau Hah?!”

Rick hanya diamkan diri memandang Ellen dengan lama. Ellen menghembus nafas lelah dan kembali duduk di tempat duduknya. “Sekurang-kurangnya jumpalah Miracle untuk kali terakhir.”

“TUanku…” Ellen tumpukan perhatiannya pada Rick. “Aku merayu ni. Tolong bahagiakan Miracle.” dia berhenti seketika. “Aku tak boleh jumpa dia. Kami akan pergi sebelum dia sedar kami dah tiada dalam hidupnya.”

>X<

Masa berlalu dengan pantas… pergaduhan dalam Axerialeth, pergaduhan dengan Ellen, mendengar tangisan miracle, menanggung rasa bersalah dalam hati, dalam beberapa hari itu dia rasa seperti bertahun tapi setelah masa untuk dia dan anak kapalnya ingin bertolak, dia rasa masa dah pun berlalu seperti hari menjadi minit dan minit menjadi saat.

Ben yang mengemudi kapal bawa kapal tersebut di depan istana. “Atleast we say goodbye kat Bakal Raja.”

Rick mengeluh panjang. “Thanks sebab memahami Ben.”

Ben tersenyum tawar. “Hey, aku kenal kau dude. Suatu hari nanti kau akan ceritakan juga semuanya, just… aku harap penerangan kau nanti berbaloi. Kalau tak aku belasah kau sampai kau jadi lumpuh.”
Rick tertawa. “Yeah…sorry.”

“Oh don’t sorry me.” Ben mengangkat kedua tangannya ke udara. “Kau tahu sorry kau tu kepada siapa kan?”

Pintu bilik pengemudi di ketuk menarik perhatian mereka dan melihat Manda memeluk tubuh kearah mereka. “Masa untuk ucap sayonara kat bakal suami Miracle.” dia saja tekankan ayat suami kerana dia masih marah kat Rick dan bergerak pergi.

Kesemua Axerialeth crew keluar ke atap ustana berjumpa dengan Ellen untuk mengucapkan selamat tinggal. Mereka semua saling bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal sesama sendiri.

“jaga-jaga dengan Spring tu. Mungkin sekarang Spring bencikan kau kan?” usik Ellen kepada Rick.
Rick berdecit. “Don’t ruin the mood El.” Ellen hanya tertawa. “Dia akan faham suatu hari nanti.”

“Macam mana dengan aku? Aku takkan faham lah?” Soalnya mengusik.

Haisssh… lelaki ni memang happy go lucky ke? Desis hatinya. Dia keluarkan sepucuk sampul surat di dalam poketnya dan berikan kepada Ellen. “Baca ni selepas Axerialeth pergi jauh dari Sylvianne. Kau akan faham semuanya.”

“Hmmm… alright.” Dia simpan sampul surat itu di dalam poket jaketnya. “Kau pasti ke taknak jumpa Miracle?”

“Ellen….” Rick bagi amaran hanya mendapat Ellen yang ketawa. “Stop it.”

“Tuan Puteri! Tuanku tak sihat!”

“Puteri Miracle tolong jangan berlari!”

Rick terdiam bila dia dengar tapak kaki berderap semakin dekat dari dalam istana membuat Rick memandang Ellen.

“Kau tak nak jumpa Miracle tapi Miracle nak sangat jumpa aku.” Ellen mengangkat tangan tidak bersalah. “It’s her wish Rick. I beg you.”

Rick mengalih pandangan kearah pintu melihat Miracle muncul di pintu atap itu dengan wajah pucat dan tak bermaya menyandar pada bingkai pintu.

“Rick…”

Rick segera berlari menyambut Miracle bila dia nak jatuh berlutut. Dia menyentuh pipi Miracle yang panas. “Merciless god Miracle. kau sakit.”

Miracle menggeleng lemah. “Aku okay.. aku..” Dia berhenti kerana dadanya mula sebak semula. “K-kau taknak cakap apa-apa ke?”

Rick hanya pandang wajah pucat Miracle. nampak perempuan seperti itu buat dia tambah bersalah dan susah nak lepaskan Miracle. Rick terpaksa menggeleng. “Miracle, kau patut berehat, bukan di luar sejuk-sejuk cam ni.”

“I don’t care!” sahutnya dengan tangisan. “kau betul-betul ke nak tinggalkan aku? Tell me Rick…”

“Miracle—”

“Jawab persoalan aku.” Katanya dengan tegas walaupun kedengaran lemah. “Aku tahu kau takkan terangkan kenapa kau macam ni. Aku Cuma nak tahu.. kau nak tinggalkan aku ke?” Dia memandang tepat pada wajah Rick. “Yes or no, Rick. itu sahaja, kalau ya, aku akan berhenti mengharapkan kau. Aku akan berhenti….” Dia menarik nafas dalam menahan rasa sakit itu. “Aku akan lupakan kau. Ya atau tidak. Beritahu aku.”

Rick mengetap gigi dengan erat, menutup matanya buat seketika sebelum membukanya dan bersuara. “Ya. Aku tinggalkan kau, so please… jaga kesihatan kau dan teruskan kehidupan kau kat sini. Mereka perlukan Permaisuri Sylvianne yang sihat.”

Miracle kaku untuk seketika sebelum tertunduk, cuba sembunyikan tangisannya. Dia menolak Rick dari menyentuhnya. “Just go.”

Rick menggenggam tangannya yang memeluk Miracle kali terakhir dan letakkan di sisinya. Dia memandang Miracle menangis, tidak berbuat apa-apa pun.

“Take care.” Katanya dan berputar kembali ke Axerialeth. Dia menepuk bahu Ellen dan berbisik. “Take good care of her.”

“with my life.” Balas Ellen dan melihat Rick masuk ke dalam kapal kargo itu dan terbang pergi meninggalkan tanah kecil itu dan hilang di horizon dunia dalam masa sekelip mata menggunakan supernova.

Dia berputar ke Miracle dan membantu dia bangun. “Kau akan okay Miracle. stay strong okay?”
Miracle hanya menangis dalam dakapan Ellen biarkan Putera itu membawanya kembali masuk ke dalam istana.


>X<

(A/N: I'm starting to regret this..... Maybe not.... huhuhuhuhu kita tunggu cam mana ending cerita ni on the final chapter!!! *Blow Kiss*)

No comments:

Post a Comment