The Light of My Darkness


Malam…. Gelap, sunyi, sepi, bersendirian. Itu ialah tanggapanku tentang malam. Ia sunyi dan penuh dengan rahsia di dalam kegelapan. Begitu juga dengan pekan kecil ini. Pada waktu pagi, penduduk pekan menjalani rutin harian mereka di pasar, menjual beli dan juga hal lain berkaitan dengannya. Mereka melalui hari-hari mereka dengan tenang dan aman tanpa ada kerisauan dalam hati mereka, bebas melakukan apa sahaja tidak seperti di pusat Bandar di mana masyarakat di sana harus bekerja keras—dua kali ganda kerja keras dari mereka yang ada di pekan kecil ini. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku di pusat Bandar. Masalah ekonomi, perlembagaan dan sehubungan dengannya mempunyai masalah lebih besar dari pekan kecil ini.

Mereka tidak akan pernah tahu jika tiada siapa mengetahui masalah yang ada di pusat Bandar. Mungkin ada beberapa dari mereka tahu, tapi mereka hanya akan fikir itu hanya rekaan semata-mata untuk menakutkan mereka.

Mereka tak tahu… Ya, mereka tak tahu di dalam pekan mereka yang aman ini, kegelapan mula bangkit dan secara perlahan dan bersembunyi akan memakan hati penduduk ini seorang demi seorang dan ia bukan masalah aku..

Aku melihat melihat seorang lelaki tua sedang mematikan lampu jalan yang terakhir di lorong tersebut membuat malam menjadi gelap dari sebelumnya dan semua penduduk telah tidur dengan lena.

Aku keluar dari tempat persebunyianku di belakang corong api dan melihat sekeliling kampung tersebut. Satu persatu lampu rumah di matikan menandakan mereka telah habiskan rutin harian mereka pada hari ini dan membekal tenaga untuk kerja pada esok hari.

Ini masanya untuk aku bertindak.

Aku terjun dari bumbung rumah dua tingkat ini ke tanah sesenyap kucing dan berlari bak angin ke destinasi yang aku ingin tuju. Ia beradar hujung kampung ini, dekat dengan pekan, terdapat sebuah kedai catu yang kecil. Ia kelihatan seperti kedai dagang biasa bila di lihat dari luar kedai namun, terdapat satu rahsia di dalam kedai itu tiada siapa yang tahu dan tidak pernah mengambil tahu.

Aku berdiri tidak jauh dari kedai tersebut, memeriksa kedai tersebut, memastikan tiada siapa datang masuk atau keluar. Setelah beberapa minit memastikan ‘tuan kedai’ telah menutup kedainya. Aku segera pergi ke kedai tersebut untuk mencari jalan masuk ke dalam.

Nasib menyebelahi aku. Salah satu dari tingkap tidak di kunci dengan rapat, memudahkan aku untuk masuk ke dalam. Dengan penuh berhati-hati, aku masuk ke dalam dan memandang sekeliling kedai tersebut.

Terdapat banyak barang yang telah di catu di dalam bilik ini dan semua dari pekan ini sendiri. Ada beberapa gulung kain sutera, pasu antic, beberapa kotak barang kemas, intan berlian. Semua di biarkan terdedah di dalam bilik tersebut. Tidakkah dia takut jika barang mereka di curi?

Sebab itulah aku syak sesuatu yang janggal tentang kedai ini dan aku pasti kedai ini bukan kedai biasa.

Bunuh sebelum mereka bertindak…

Aku menarik nafas dalam dan mengangguk tanda faham. aku teruskan misiku kebelakang kedai yang aku pasti tempat persembunyiannya di sini. Namun, tiada. Hanya barang biasa sahaja. Persoalannya, mana tuan kedai? Kedai kecil ini hanya memegang barang dan tiada keperluan asas untuk manusia hidup. Tiada katil, tiada tempat masa ataupun tandas. Ia lebih pelik dari sebelumnya.

Pintu rahsia… cari pintu rahsia….

Aku terus mencari petunjuk ke pintu rahsia seperti mana aku di arahkan dalam mindaku. mencari setiap penjuru bilik kecil itu.

Tiada apa-apa yang pelik di dalam bilik ini kecuali barang-barang lama yang bersaiz kecil. Hmm… banyak persoalan berada di dalam minda dan yang utama ialah mana bilik rahsia itu.

Aku terlihat sebuah patung gajah yang pelik di rak kedua dalam bilik tersebut. Ia berdiri dengan dua kaki dan belalainya kelihatan pelik. Ia sepatutnya ternaik ke atas tapi ia seperti belalainya di terbalikkan. Mengikut firasat sendiri, aku memutar belalai gajah tersebut ke kedudukan sebenarnya. Seperti yang aku jangka, belalai tersebut berputar dan membuka sebuah pintu rahsia di dinding tepi rak tersebut yang bergantungkan gambar antic yang agak pelik.

Pintu tersebut menuju turun ke bilik bawah tanah. Aku dapat mendengar suara-suara halus dari pintu tersebut. Ia datang dari bilik di bawah dan kedengarannya ia lebih dari seorang.

Aku mengangkat tanganku ke belakang dan sebilah pedang terbentuk dari bayang di belakangku. Dengan penuh berhati-hati aku turun ke bawah tanpa membuat satu bunyi mengelak mereka tahu kewujudanku di dalam bilik tersebut.

Terdapat lima orang di dalam bilik tersebut dan mereka mengelilingi satu bulatan yang di lakar menggunakan kapur berwarna merah. Mereka sedang menyeru something… apa dia?

Tak kisah apa yang mereka seru! Hapuskan mereka! HAPUSKAN!

Aku mengangguk kecil dan menarik pedangku keluar dengan perlahan dan sepantas kilat dan sesenyap bayang, aku menyerang salah seorang dari empat ahli sihir itu merosakkan seruan mereka dan empat ahli sihir itu memandang kearahku.

“Shadow!”

Aku menarik sengih, arahkan pedangku kearah ke tiga-tiga ahli sihir yang segera bangkit.

“Bagaimana kau tahu kami berada di sini?” soal salah satu dari mereka.

Mereka tahu siapa aku. Senanglah kerjaku. “Bunuh korang.”

Seorang lagi terkejut, membelakangkan diri. “A-Apa kau nak?”

Nyawa mereka… nyawa penentang aku!

“Nyawa kamu. Aku dengar sesuatu yang menarik tentang korang dan tak boleh diendahkan. Sekarang aku datang untuk hapuskan korang.” Kataku dengan nada rendah.

“K-Kau… Kau pengikut Lady Chaos! Kau anak catur dia ke?” soal salah satu lagi menuding jari kearahku. Lelaki ni memang cekap.

“Bersedia.” Aku tak boleh biarkan mereka hidup selepas mereka dapat tahu.

“Tak mungkin!” kata mereka semua.

Aku yang bergelar shadow, seorang assassin bebas yang membunuh mengikut keinginanku. Tiada siapa boleh jinakkan seorang assassin seperti aku. Aku hidup dalam kegelapan dan membunuh seperti bayangan. Tidak meninggalkan sebarang petanda bila waktu pagi menjelang. Tiada siapa tahu bagaimana rupaku yang sebenarnya kerana aku pandai bersatu dengan kegelapan pada malam hari dan akan sentiasa membunuh sesiapa sahaja yang memandang wajahku. Mereka ingatkan aku assassin bebas tapi… heh, aku bertuan. Tuanku ialah Lady Chaos. Wanita terkejam dalam dunia ini, akan buat apa sahaja dia nak untuk membunuh dan menyeksa orang umpama alat mainan baginya. Aku adalah orang Lady Chaos dan aku akan buat apa sahaja untuknya, terutamanya membunuh orang yang ingin menghapuskan Tuanku.

Aku segera bertindak sepantas dan sesenyap bayang membunuh mereka satu persatu dan juga berlawan dengan jampi mereka. Nampaknya lawanku bukan calang-calang orangnya. Walapun mereka kelihatan lemah dan tua, sihir mereka cukup kuat untuk satu jampi. Aku mesti elak dari terkena sihir mereka.

Itu tak jadi satu hal kepadaku. Aku membunuh mereka berempat dengan mudah. Ia tak sampai 10 minit aku dah tumpaskan 2 ahli sihir tersebut dan seorang dapat melarikan diri naik ke atas. Aku bersatu dengan kegelapan dan muncul di bawah kakinya, berdiri di depan sihir yang ingin melarikan diri, menghalang pintu kedai tersebut.

“Die.” Bisikku menghayunkan pedangku ke lehernya namun dia dapat elak terkena pada dadanya pula. Tak apa, ia tetap akan membunuhnya kerana luka tersebut agak dalam.

Aku melihat dia tumbang di depan ku, berlumuran dengan darah dan membasahi kasutku dengan darahnya. Dia menuding jari kearahku dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. “K-Kau a-a-akan menyesal—S-Syadow..” katanya dan terbatukkan darah. Dia mencapai ke arah kakiku memegang dengan segala tenaga yang ada.

Pethatic. Apa gunanya berlawan lagi sedangkan kau nak mati? Kau dah kalah, tak boleh buat apa-apa tapi dia tetap berkeras. Apa yang dia capai? Dia tak menang—

Aku perasan mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu dan segera menendang dia dariku. Dia mati dengan serta merta. Aku dapat rasakan kakiku yang si mati itu pegang mula menggeletar. aku segera menarik seluarku dan perasan urat kakiku bertukar warna hitam dan kulitku menjadi biru ke ungu.

Shit! Dia racuni aku!

Aku berlari keluar dari kedai itu dengan segera, ke hutan yang berdekatan untuk bersembunyi, mengelakkan sesiapa menjumpaiku. Menunggu arahan seterusnya dalam mindaku namun, tiada suara muncul.

Aku jatuh tercium tanah bila kakiku mula tak boleh bergerak. Aku segera bersandar pada pokok berdekatan, menarik seluarku semula melihat urat hitam itu naik ke lututku dan terus menaik. Nafasku makin berat setiap saat racun tersebut merebak. Kepalaku mula rasa ringan dan pandanganku menjadi kabur.

Adakah aku akan mati di sini? Ini sebuah sihir, ia mustahil untuk di sembuh dengan ubat biasa. Aku pasti Lady Chaos takkan membantuku. Mungkin… entah… Tapi aku dapat rasakan ini adalah masanya.

Masa yang aku sentiasa terfikirkan. Bila aku mati? Di mana aku akan mati? Bagaimana aku akan mati? Jawapannya dah terjawab. Aku mati malam ni dan ia misi terakhir aku. Aku mati di dalam hutan tengah-tengah malam dan mati di sebabkan sihir oleh ahli sihir yang dah mati.

Damn…

Mataku makin berat, aku cuba tahan tapi nampaknya badanku tidak bekerja sama denganku. badanku rasa kebas, aku tak boleh gerakkan ototku langsung. Aku mula rasa nak pengsan, dan secara perlahan aku tumbang ke sisi, terbaring di atas tanah yang kotor.

Dan perkara terakhir aku ingat ialah Semuanya gelap.

>X<

Aku pasti aku dah mati, selama aku hidup, aku hanya melihat kegelapan. Semasa bangun, ataupun tidur. Malam yang gelap, hari yang gelap bersembunyi di dalam bayangan. Tidur yang tidak bermimpikan apa-apa. Kesemuanya gelap. Kosong dan sunyi.

Aku dah mati kerana hanya bila aku mati sahaja kegelapan ini berwarna cerah keemasan. Ia rasa hangat, tidak sejuk atau menyuramkan. Ia hangat yang selesa. Ia buat aku tak senang duduk. Bukan itu sahaja, aku juga dengar bunyi. Ia tak sunyi. Ia bunyi yang halus tapi dengan telinga seorang assassin yang cekap seperti aku, bunyi halus itu dapat di dengar dengan mudah. Ia seperti bunyi air. Air terjun? Tak. Air sungai? Tak… ia terlalu kecil untuk air seperti itu. Pancuran air? Lebih kurang.

Di celah-celah pancuran air itu, aku dapat dengar suara halus sedang dendangkan lagu merdu. Suaranya yang lembut bersama irama perlahan sangat menenangkan hati. Sudah berapa lama aku tak rasa setenang ini? Entah… aku dah lupa apa maksudnya tenang. Adakah ini tenang?

Sebentar…. Aku tidak sepatutnya rasa seperti ini. Walaupun aku mati. Orang seperti aku tak sepatutnya berada di tempat yang aman. Ini mustahil!

Lepas itu, mataku terbuka secara mengejut dan aku menyesal membukanya dengan cepat kerana silau dari cahaya yang masuk dari tingkap tidak jauh dari aku hampir membutakan aku. Aku mengerdip mata untuk beberapa kali cuba menyesuaikan mataku dengan cahaya sekeliling, menggeleng menghilangkan rasa sakit kepala kerana silau tersebut. Aku mengurut kepalaku yang rasa sakit akibat sinaran silau itu.

Berapa lama aku tak rasa sinaran mata hari? ia memediskan mataku. Kepalaku juga rasa nak meletup! Adakah ini di sebabkan matahari itu juga? Hell, dia tak suka keterangan matahari itu.

Aku kena pergi bersembunyi. Aku kena masuk ke hutan. Ya, di sana aku boleh berlindung dari matahari seterang ini. Aku kena pergi sebelum ada sesiapa lihat mukaku! Aku menghayun kakiku ke tepi dan bangun tapi sebaik sahaja aku berdiri, kakiku gagal memberi kerjasama dan aku jatuh terlutut.

Ia buat aku panic.

Kakiku tak dapat bergerak. Aku tak boleh berjalan… Ini teruk.. sangat teruk!

Aku di mana ni? Aku memandang sekelilingku dan mendapati aku di sebuah bilik kecil. Bilik tidur yang kecil. Mempunyai sebuah almari kecil di depan katil dan meja bercemin di antara katil dengan cermin. Terdapat sebuah sliding door di sebelah Almari pula terdapat sliding door, terbuka luas membenarkan cahaya matahari masuk sepenuhnya di dalam bilik ini. Pintu tu punca aku dapat sakit kepala. Ia perlu di tutup!

Pandanganku keluar ke pintu gelongsor itu melihat kehijauan yang segar memenuhi pemandangan pada pintu tersebut. Bukan itu sahaja ada di taman(?) hijau itu.

Ada satu figura.

Dan nafasku terhenti.

Seorang wanita berambut pink(?) yang ikal panjang, diikat tepi direhatkan pada bahu kanannya. Dia juga berpakaian sederhana. Baju putih berlengan paras siku, skirt coklat paras lutut bersama apron pinggang berwarna putih.

Aku juga dapat tahu bunyi pancuran air itu datang dari perempuan itu. Dia sedang menyiram pokok bunganya dengan watercan kecil. Dia juga dendangkan irama lagu dengan berdengung. Suara halusnya sepadan dengan situasi di sekelilingnya. Ia ringan dan menyenangkan. Sangat menenangkan.

Dan ia buat aku nak melarikan diri. Aku cuba merangkak ke almari dan menarik badanku naik untuk berdiri tapi kakiku masih berdegil membuat aku jatuh sehingga menjatuhkan semua barang di atas almari tersebut.

“Shit.”

“Kamu dah bangun ke?”

Shit.

Dia muncul dari pintu gelongsor itu bersama watercan dalam tangan dan segera meletakkan benda itu di atas almari dan menolong aku bangun dan kembali ke atas katil.

Dengan penuh rasa malu, aku biarkan dia tolong aku. Dia memperbetulkan bantal untuk menyenangkan aku menyandar pada kepala katil dan mengangkat kakiku ke atas katil.

“Oh dear. Kamu tak patut bergerak selepas sedarkan diri.” katanya denan suara lembut itu. “So, nampaknya kaki kamu tak memberi respon. Saya dah agak perkara ni akan berlaku—”

Agak? Apa yang dia maksudkan agak??

“—Ia kesan sampingan. Jangan risau, ia tak lama. Saraf kaki kamu tak dapat berfungsi kerana racun yang tersebar pada kaki kamu, Nasib baik saya jumpa kamu tepat pada masanya kalau tak racun tu akan naik ke otak kamu dan… well, kamu takkan bangun pada hari ini.” dia tersenyum kecil dan mengambil jug yang berada di meja bercermin untuk menuang air ke dalam gelas. “Minum ni. Kamu perlukan banyak air untuk sembuh. Selepas kamu koma tiga hari ni kamu perlukan banyak air.”

Tiga hari? aku tak sedarkan diri selama tiga hari?? Adakah Lady Chaos mencari aku? Apa Lady Chaos akan kata bila dia tahu aku tiada melaporkan diri kepadanya selama tiga hari ini? adakah dia akan hukum aku bila dia tahu aku tercedera? Aku tak pernah tercedera dalam melakukan tugas yang di beri. Aku akan sentiasa lakukannya dengan baik tanpa cedera parah. Apatah lagi pengsan!

Aku memandang kearah perempuan yang duduk di sebelahku, memberi aku segelas aku. Aku segera memukul air tersebut dari tangannya membuat dia terkejut.

Arrggghh! Macam mana aku boleh jadi sebegini cuai?!

“Well, nampaknya kamu bukan pengembara yang peramah.”

Aku kembali memandang perempuan di sebelahku yang memandang gelas di lantai. Pengembara? Dia ingat aku ni pengembara?

“Apa?” Soalnya memandangku semula. “kenapa pandang saya macam saya ni dah tumbuh sepasang tanduk?”

Aku tidak menjawab, hanya merenung kearahnya. Dia tak faham ke? Aku nak bersendirian untuk berfikir sekarang ni. Aku tak boleh berfikir bila dia asyik berceloteh tanpa henti di telinga aku!

Perempuan itu kerutkan hidungnya. “Bisu huh? Okay… nampaknya ia lebih susah nak berkomunikasi dengan kamu.” Dia memegang bahuku tapi aku menepisnya. Dia menarik tangannya ke pahanya. Dia tersenyum. “I get it. Saya keluar, bagi kamu ruang untuk berfikir.”

Akhirnya dia bangun dari sisiku. “Kalau ada apa-apa bunyikan loceng ni.” Dia keluarkan sebuah loceng kecil dari laci meja bercermin dan letakkan di sebelah jug air.

Aku masih tak habis fikir. Siapa perempuan ini? bagaimana dia boleh jumpa aku? Dan kenapa dia buat aku tak selesa bila dia dekat denganku.

“Apa kau buat dihutan tengah malam buta?” Aku bersuara, membuat langkahnya terhenti tepat di depan pintu keluar.

Dia memandang kearahku dengan senyuman itu. “Mengumpul tumbuhan. Ia segar pada awal pagi. Apatah lagi yang rare.”

“Are a witch?”

Dia menggeleng. “saya seorang herbalist. Ia normal bagi seorang herbalist mencari ubat tengah malam buta.” Katanya dengan nada terhibur. Apa yang seronoknya? Ia hanya satu soalan. Bukankah dia patut rasa takut dengan aku? Atau tak pun rasa berjaga-jaga.

“Kau tak takutkan aku?”

Kali ini dia menyandar pada dinding sebelah pintu itu memeluk tubuh, sekarang dia yang memandang aku seperti aku tumbuh sepasang tanduk. “kamu ada dua mata. Hidung dan mulut. Sepasang telinga. Sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki. saya tak nampak perkara pelik pada kamu yang patut saya takutkan. Lagipun, jika kamu pelik atau hodoh sekalipun, saya takkan abaikan orang yang tak bermaya di dalam hutan seorang diri sedangkan saya tahu dia perlukan pertolongan. Apatah lagi saya tahu saya boleh tolong kamu.”

“Bagaimana kalau aku bukan seorang pengembara? Aku perompak atau perogol. Kau tinggal seorang diri di rumah ni bersama lelaki yang kau tak kenal. Kau pernah fikir tentang tu ke?”

Perempuan itu ketawa. Ketawa? Kenapa?

“I can tell if you are dangerous or not.” Dia mendongak kearah kakiku. “Lagipun, saya takkan bawa kamu ke rumah saya jika saya tak tahu keadaan kamu. So, kamu tak boleh buat apa-apa.”

Aku hanya berdiam diri. Jadi perempuan ni tahu akibat membawa lelaki yang tidak dikenali ke rumahnya.

Dia nak katakan aku lemah, jadi tak boleh buat apa-apa kepadanya. Hanya akan duduk diam di atas katil ini sehingga aku sembuh. Tapi… adakah aku akan sembuh? Bolehkah aku sembuh?

Aku menumbuk katil sekuat hati melepaskan geram. Aku rasa terdedah, lemah sekarang ni, kalau Lady Chaos menghantar Chaser untuk hapuskan aku, tentu aku akan mati dengan satu serangan sahaja. Aku tak boleh biarkan Chaser tangkap aku. Aku tak boleh biarkan Lady Chaos tahu aku masih hidup.

“saya boleh bantu kamu berjalan semula.”

Perempuan itu masih ada di pintu. Memandangku dengan teliti. Dia boleh baca fikiran aku ke? Macam mana dia tahu aku perlu berjalan semula? Betul ke dia ni bukan seorang ahli sihir?

Perempuan itu tersenyum. “Saya boleh baca wajah kamu dengan senang. Kamu kelihatan susah hati bila dapat tahu kaki kamu tak boleh bergerak. Jangan risau, saya boleh bagi kamu ubat untuk merangsang saraf kaki kamu semula. Tapi ia akan makan masa yang agak lama.”

Aku diam untuk seketika. “Berapa lama?”

“Setengah tahun tapi kalau kamu kerap berlatih dan rajin makan ubat, saya rasa tiga ke empat bulan.”

Tiga bulan? Selama itu?

“Tiada cara lain lagi?”

Perempuan itu menggeleng. “Maaf, ini sahaja saya boleh tawarkan untuk kamu. Saya harap saya boleh bantu lebih.”

Aku menarik nafas dalam, memejam mataku. sakit kepala datang lagi. “Fine.”

“May I ask?” Dia diamkan diri untuk seketika. “Kamu seorang pengembara kan?”

Aku membuka mataku memandang perempuan itu. Sekarang dia rasa takut ke? Dia ni lambat respon atau sememangnya lembab?

“Kamu bukan apa yang kamu katakan tadi kan?”

Kalau aku kata aku seorang yang lebih teruk dari seorang perogol atau perompak, tentu dia akan melarikan diri. membayangkan dia melarikan diri dan aku kejar dia sebelum mengakhiri nyawanya tentu menyeronokkan tapi… Aku perlukan dia. Dia sahaja harapan aku untuk kembali berjalan. Tanpa dia aku mungkin akan lumpuh selamanya dan akan dibunuh oleh Lady Chaos dengan Chaser.

“Tak. Jangan risau. aku bukan perogol atau perompak.” Kataku sambil menutup mata, rehatkan badanku atas katil bujang ini. Dah lama aku tak tidur di atas katil. Apatah lagi baring seperti ini.

Aku dengar perempuan itu menghembus nafas lega. “Good to hear. Well, apa kata kamu kembali tidur dan saya buatkan ubat kamu. Bila kamu dah rehat sepenuhnya kita akan jalankan terapi kita okay?” Dia kedengaran riang semula. Macam mana dia boleh buat begitu dengan mudah?

“Goodnight!”

Urrrrgghhh! Perempuan ini menyakitkan hati!

Aku menarik selimut menutup mukaku dan memejamkan mata, cuba untuk tidur semula dengan cahaya yang sedikit malap disebalik selimut.

Aku kena biasakan diri dengan rumah ini. ia terlalu terdedah dengan cahaya. Selama aku hidup ini kali pertama aku rasa cahaya secerah ini.

Dan beberapa minit kemudian… aku dapat melelapkan mata. Tidur dengan mimpi yang kosong. Dingin dan menyuramkan.

Tapi kali ini, kedinginan tidak sesejuk selalunya.

>X<

Merah. Semuanya merah, bau besi menusuk ke hidung dan cecair yang masih lagi panas di tangan. Di tangan aku. Memegang sebilah pisau yang berlumuran dengan darah. Aku mendongak, bertukar pandangan dari tangan ke dua jasad yang terlentar di depan mataku yang tidak lagi bernyawa, darah mengalir dari badan mereka tanpa henti. Mata mereka terbuka memandang tepat kearahku, renungannya masih terkejut atas tindakanku walaupun mereka sudah mati.

Aku juga terkejut.

Aku melihat diriku yang menjadi kecil. Oh tidak… tidak, tidak, tidak! Tidak! Ini tak mungkin berlaku, kenapa aku kena ingat kenangan ini lagi? aku kembali memandang dua jasad di depanku sekali lagi. wajah mereka yang aku ingin lupakan selama 17 tahun ini kembali segar di dalam ingatkanku.

Kau takkan boleh lupakannya..

Ototku tegang mendengar bisikan wanita di telingaku. Aku tahu dia berada di belakangku sekarang. Matanya berpaling ke tepi dan melihat senyuman paling menjijikkan yang pernah aku lihat.

Kau milikku dan selamanya menjadi milikku…

Aku memandang ke bawah bila tanah aku pijak hilang dan jatuh ke dalam lubang itu. “Aaaaaahhh!!!”

Jatuh dan jatuh lebih jauh ke dalam kegelapan. Cahaya yang berada di atasku makin kecil di pandangan mata. Aku cuba mencapai ke cahaya tersebut tapi aku telah jatuh terlalu dalam. sangat dalam sehingga aku tak boleh keluar dari lubang gelap itu.

Tiba-tiba, cahaya yang mengecil itu menjadi besar, menjadi lebih cerah dan dalam sekelip mata ia menyelubungi diriku dengan cahayanya.

“Rise and shine! Sleepy head!”

Mataku terbuka luas bersama nafas yang pendek. Aku segera bangun secara duduk di atas katil dan memandang kearah perempuan yang membuka langsir sliding door tersebut.

Cahaya mentari mengelilinginya membuat dia bersinar di hadapan pintu itu. Terukis senyuman manis pada bibirnya hampir membuat jantungku terhenti.

“Selamat pagi, Encik pengembara.”

Dan aku ingat kembali cara untuk bernafas dan aku berdengus. Kembali baring dan tutup mukaku dengan selimut. Aku tak sukakan cahaya matahari. Tidak pernah sukakannya!

“Tutup langsir tu!”

“Oh come on, dah dua hari kamu berperap di dalam bilik bergelap macam ni, Ia tak baik untuk kesihatan tau tak? tengok kamu tu pucat semacam, macam tak pernah kena matahari langsung.”

Aku menghembus nafas panjang. dua hari lalu dia tak kacau aku langsung, kenapa sekarang dia datang dan ganggu ketenteraman aku?

“Anyway, ini hari dah freekan hari saya untuk bantu kamu kembali berjalan. So keluar dari selimut itu dan minum ubat kamu.”

Dia menarik selimutku dan bercekak pinggang. Aku merenung tajam kearahnya.

“kamu nak saya tolong kamu—”

“Tak perlu.” Aku menarik badanku untuk duduk di atas katil, menyandar pada kepala katil, dia tetap membantuku dengan memperbetulkan bantal supaya aku boleh menyandar dengan selesa.

“Baiklah.” Dia duduk di sebelahku, mengambil botol kecil di atas meja bercermin dan berikan kepadaku. “Nah. Minum ubat ni. Telan sampai habis.”

Aku mengambil ubat tersebut dan meminumnya dengan sekali teguk. “Euuggh! Rasa macam bubur berkulat.”

“Bagus. Bermaksud saya bancuh ubat yang betul. Nah minum air ni.” Dia berikan aku segelas air juga dari meja bercermin itu.

Kali ini aku melihat kandungan air dalam gelas itu. Ia berwarna kekuningan. Aku pandang dia semula.

Dia tertawa kecil. “Jangan risau. ia teh gingseng. Bagus untuk hilangkan stress.”

Setelah memastikan ia selamat, aku meminumnya dengan perlahan. Ia tak sepahit ubat tu.

“Habiskannya. Gives you little strength.” Bisiknya dengan senyuman itu yang sentiasa terpapar pada wajahnya.

Aku minum air gingseng ini dengan mataku tertumpu padanya. Senyumannya. Entah kenapa senyumannya buat aku rasa sesuatu yang aku tak patut rasa. tenang dan selamat.

Ia buat aku rasa tak senang duduk. Rasa bersalah.

Aku dapat tahu yang dia sentiasa tersenyum apa sahaja dia buat, bersama irama lagu yang sama dia dengungkan sambil membuat kerjanya. Mengemas rumah, membuat ubat, memeriksa pesakitnya dan juga memasak. Malah, bila dia termenung dia akan dengungkan irama lembut itu. Susah untuk tak perasan yang lagu tersebut sangat bermakna kepadanya.

Dua minggu dah berlalu… dan aku melekat di atas katil ini. aku rasa punggungku dah berakar pada katil ini. Ia buataku rasa lemah, tak berkuasa langsung. Sekurang-kurangnya perempuan tu dah bersetuju dengan aku untuk kekalkan bilik ini gelap. Tidak segelap malam kerana dia tetap berdegil nak aku dapatkan sedikit matahari untuk kesihatan aku. Jadi dia biarkan sedikit cahaya mencelah pada langsir sliding door itu. Dan aku setiasa merenung ke cahaya tersebut berharap renunganku boleh menakutkan cahaya itu dan lenyap dengan serta merta. Tapi aku tahu itu takkan berlaku.

Aku dah mula bosan di dalam bilik ini, sepanjang hari aku hanya duduk dan tidur, menunggu dia balik dari kerjanya yang aku tak tahu apa sebenarnya dia buat sehingga petang. Dia ada pulang dari Pekan pada tengahari, itu hanya untuk memeriksa aku dan mengambil barang. Selepas itu dia akan keluar semula.

Aku dah hafal setiap sudut bilik kecil ini kerana aku takda benda nak buat di atas katil ni dari mencari kerak di atas siling, lubang di atas lantai dan berapa banyak bintik pada selimut bercorak ini. mataku jatuh kepada loceng yang ada di atas meja. Dia kata kalau aku perlukan sesuatu aku perlu bunyikan loceng itu. Aku tak pernah guna loceng itu. Aku hanya tunggu dia datang bagi ubat dan makan. Itu sahaja.

Tapi… tak salah kan kalau aku bunyikan nya? Dia tiada di rumah ni, jadi dia takkan dengar. Melainkan dia seorang ahli sihir, dia boleh dengar dari jauh.

*Cling*Cling*Cling*

Aku melontar loceng tersebut ke udara sebelum menyambutnya semula.

*Cling*Cling*Cling*

Aku menghembus nafas panjang. duduk berperap di dalam bilik ni buat aku gila. Aku tak pernah rasa sebegini kosong. Ia kosong yang membosankan. Tiada tujuan nak buat, hanya duduk di atas katil sehari suntuk.

Tiba-tiba, telingaku dapat dengar derapan tapak kaki dari luar bilik membuat aku memandang ke pintu masuk. Dia boleh dengar?

Seperti yang aku jangka, perempuan itu merempuh masuk kedalam bilik, kelihatan kotor dan termengah-mengah. Aku kembali memandang loceng dalam tanganku. Dia berlari ke sini sepantas kilat ke? Tak sampai 5 minit aku pegang loceng ni dia dah muncul di depan pintu bilik.

“Kau pasti ke kau bukan ahli sihir?”

Dia memandang aku seperti aku tumbuh sepasang tanduk dan menghembus nafas lega. Dia tersenyum. “You rang?”

aku panggil dia? pandanganku kembali pada loceng dalam tanganku. Dah tentu dia ingat aku panggil dia. mesti dia fikir aku perlukan sesuatu dari dia.

“Aku bosan.”

Dia tertawa kecil membuat aku kembali memandangnya. Dia membersihkan tangannya yang kotor pada apronnya dan mendekati aku. “Kamu nak keluar dari bilik ni ke? Atau kamu nak ke tandas?”

Aku menggeleng. Aku boleh ke tandas dengan sendirinya tanpa pertolongan dia. cukup aku benarkan dia bersihkan badan aku dengan tuala. Untuk ke tandas? Aku sanggup mengheret badanku di lantai dari dia tolong aku.

Dia tertawa. “Apa kata kamu lepak di belakang rumah, menghirup udara segar?”

Keluar dari rumah? Semasa matahari masih lagi di langit? Itu bukan character untuk seorang assassin shadow. Aku tak suka benda terang dan itu bermaksud aku tak suka matahari. Ia buat aku rasa terdedah. Tapi, bukankah sekarang ni aku dah rasa terdedah? Terdedah kepada perempuan ni?

Aku mengeluh dan dengan berat hati aku mengangguk. “Fine.”

Dia membantu aku bangun dengan aku memeluk bahunya, dia memeluk pinggangku. Dia angkat aku bangun dengan perlahan.

Aku mengerang, memaksa diri untuk bangun. Tapi kakiku tak beri kerja sama dan aku terjatuh. Nasib baik Dia ada papah aku, kalau tak dah tentu aku dah cium lantai.

“kamu okay?”

“Don’t ask.” Marahku dengan nada rendah.

Dia hanya tertawa. Dia memang tak takutkan aku? “selangkah demi selangkah, ia membantu kaki kamu untuk berfungsi semula.”

Aku memandang kedua kakiku, tumpukan sepenuh perhatian kepada kakiku sahaja. Aku menarik nafas dalam dan mengambil satu langkah yang lemah.

“Okay, that’s it. Kamu boleh buat.”

Aku memandang Perempuan itu. Dia juga memandang kakiku. bulu matanya sangat panjang, ia wajar untuk seorang wanita. Dia kelihatan menyerlah dengan rambutnya yang ganjil. Bila dia mendongak memandangku, nafasku terhenti.

“Kamu boleh buat Encik pengembara. Kita buat perlahan-lahan.”

Aku hanya mengangguk dan kembali tertumpu pada kakiku. Aku mengambil langkah seterusnya dengan perlahan, terlalu perlahan bagi aku membuat aku sakit hati. Aku boleh bergerak sepantas kilat di dalam bayangan. Kenapa sekarang aku berjalan seperti siput? Mungkin lebih lambat dari siput.

“F**k!” Aku menumbuk bingkar pintu sebaik sahaja kami tiba di pintu bilik. Kami baru berada di depan pintu dan aku dah rasa penat??

“Be patient. Hanya beberapa langkah ke laman belakang. Atau kamu nak lepak di ruang tamu je?”

Mataku melihat sekeliling. Rumah ini agak kecil dengan ruang tamu dan dapur dalam satu bilik. Di antara dapur dan ruang tamu adalah meja makan untuk empat orang. Aku perasan hanya ada sebuah bilik tidur dan satu bilik mandi. Dia bagi aku tidur di dalam biliknya ke? Jadi di mana dia tidur? Mataku jatuh pada katil yang ada di tepi pintu utama.

“Itu katil untuk pesakit yang datang untuk di rawat.”

Dia tidur di katil pesakit yang ada di ruang tamu? Aku memandang wajahnya dengan lama. Dia tetap tersenyum. “Jangan risua tentang saya. Kamu pesakit tetap saya dan saya kena jaga kamu sebaik yang mungkin sehingga kamu sembuh.”

Aku tak persoalkannya lagi dan memerhati ruang itu kembali. Dapur agak besar kerana rak-rak yang penuh dengan herba-herbanya yang pelbagai jenis. Di tepi dapur terdapat pintu yang membawa ke laman belakang.

Aku menggeleng. Kalau aku duduk di ruang tamu tentu aku buat hobi baru aku, memerhati setiap sudut rumah sehingga aku boleh hafal ada berapa kerak di atas siling. Tak, aku dah cukup gila kira bintik-bintik atas selimut. Aku takkan kira ada berapa herba di atas rak dapur perempuan ini.

“Baiklah.” Dia setuju dan dengan perlahan kami bergerak ke pintu belakang. Aku cuba elakkan diriku dari memegang dinding. Aku nak kurangkan sokongan. Aku juga cuba tidak berdamping sangat dengan perempuan ni sebab dia tak kuat mana. Kalau aku berdamping sepenuhnya dengannya, tentu dia jatuh sekali dengan aku.

Bila dia membuka pintu belakang, aku terpaksa menutup mataku kerana silau dari cahaya luar. Urrggghh…. Aku pasti matahari juga tak sukakan aku.

“Well, saya tahu ia tak seperti kebun herba yang biasa kamu lihat. Ini sahaja saya boleh buat.”

Mataku menyesuaikan diri dengan cahaya terang dan dapat melihat taman kecil perempuan ini. Aku menarik nafas dalam. Dia kata ini sahaja yang dia boleh buat? Aku tak pernah lihat bagaimana bentuk kebun herba yang sebenarnya tapi kebun ini umpama sebuah lukisan menjadi kenyataan. Tumbuhannya membesar dengan subur dan segar. Ya, ia agak kecil, kira- kira 7x10 meter persegi. Tapi aku boleh lihat setiap tumbuhan yang dia tanam di jaga dengan baik. Heck, even the grass are green.

“Oh dan tepi rumah, sebelah bilik pula taman bunga saya. Saya sengaja pisahkan kebun herba dengan bunga sebab saya nak setiap pagi saya bangun dengan haruman bunga di taman saya.”

Aku memandang wajah gembiranya. Bunyi macam dia sayangkan taman-tamannya. Aku nak soal sesuatu kepadanya tapi; “Kau tak ke pekan?” itu yang keluar dari mulutku.

Dia membawa aku duduk di meja kecil yang tersedia di belakang rumah itu, meja yang lengkap dengan biskut dan seset teh.

Dia menggeleng. “Saya ke pekan waktu pagi sahaja. Adakalanya waktu petang kalau saya nak beli barang. Tapi selalunya saya berada di sini urus kebun saya. Teh?”

Aku mengangguk kecil. Dia menuang teh ke dalam cawan kosong. Aku memandang teh di dalam cawan itu untuk seketika, memikir jika aku perlu tanya dia atau tidak.

“Ia teh gingseng. Saya tahu kamu sukakannya, kan?”

Aku mendongak memandangnya. What? Tak aku tak sukakannya! Nak je aku menjerit macam tu tapi ayat itu tersangkut di kerongkongku. “K-Kau seorang doctor?” sekali lagi, lain yang keluar.

Hidungnya berkerut dengan senyuman terukir pada bibirnya. “saya lebih suka digelar herbalist atau sesetengah penduduk di sini suka panggil saya ‘the evil witch’.” Dia membuat tangan mencengkam dan tertawa.

Dia cakap pasal aku ke?

“Jangan risau, bukan kamu je yang fikir saya ni ahli sihir.”

Bila kau jawab semua persoalan dalam minda aku, ia buat aku tambah ragu-ragu yang kau ni ahli sihir.

“Baiklah, saya nak sambung tanam herba baru saya dapat di pekan tadi pagi. Kamu takpa sendiri kan?”

Jangan layan aku seperti budak lima tahun. Aku tak suka bila dia buat macam tu dekat aku. Aku tak boleh berjalan, bukan kena strok satu badan tak dapat bergerak. “Ya, aku okay.” jawabku mengetap gigi. Kalau bukan di sebabkan aku perlukan perempuan ni bantu aku untuk berjalan semula, dah lama aku maki hamun dia. kalau tak pun, sebaik sahaja aku bangun dari koma aku dua minggu lalu, aku terus bunuh dia on the spot.

Dia mengangguk dan kembali ke kebunnya, duduk di sebelah bakul rotan yang penuh dengan anak tumbuhan hijau. Mungkin itu herba baru yang dia katakan tadi.

Aku mengangkat cawan teh separas dengan mulutku. Memandang air panas itu untuk sementara waktu sebelum menghirupnya. Aku menghembus nafas lega dan letakkannya semula di atas meja.

Suasana kebun kecil ini agak pelik bagi aku, kerana selama ini, sepanjang aku hidup aku tak pernah berada di dalam suasana seperti ini. Sebelum aku jadi pembunuh, aku seorang anak jalanan. Hidup untuk mencuri, tidur di bawah jambatan. Melarikan diri dari peronda yang menangkap budak jalanan macam aku.

Kehidupan aku berubah bila Lady Chaos mengambil aku sebagai orang bawahannya. Tak berubah ke arah lebih baik. Ia lebih teruk. Dia mengajar aku bermain pedang dengan cara susah. Dia beritahu aku, cara untuk hidup bersamanya aku kena puaskan hatinya dengan melaksanakan misi yang dia bagi mengikut kemahuannya. Kalau boleh lebih. Selagi aku memuaskan hatinya, aku berpeluang untuk hidup.

Aku terganggu dengan irama merdu yang dikenali. Aku memandang perempuan itu, dia berdengung irama lagu lembut itu. Pertama kali aku jumpa dia, lagu itu juga dia dendangkan. Dia buat aku mempersoalkan lagu itu. Adakah lagu tersebut ada maksud baginya? Mungkin lagu kegemarannya?

Aku kembali memandang sekeliling, melihat kebun hijau yang dipenuhi dengan kehidupan kecil. Rama-rama bermain di celah-celah pokok bunga dan burung datang singgah untuk menghirup bunga.

Aku menutup mataku dan menikmati suasana baru ini. mendengar kicauan burung dan angin bayu bertiup lembut. Bersama dendangan irama lembut yang keluar dari perempuan itu. Untuk kali pertama dalam hidupku, aku dapat menurunkan bahuku dengan selesa. Perasaan gelisa dan berjaga-jaga hilang di bawa angin lembut.

Membiarkan diriku merasakan ketenangan yang aku inginkan selama ini.

>X<

“Encik pengembara?”

“Hm?”

“Kamu nak guna kerusi roda tak? saya tak selalu ada di rumah, jadi eloknya kamu—”

“No.”

“Tapi Encik pengembara—”

“aku kata tidak.”

“Suit yourselves”

>X<

Ini hari, genap sebulan aku tinggal di rumah ini, aku dapat tahu jadual harian kerjanya. Pada awal pagi dia keluar untuk mencari herba dan merawat pesakitnya, tinggalkan ubatku di tepi katil untuk aku makan pada waktu pagi. Dia akan pulang dekat tengahari untuk periksa aku dan membuat makanan tengahari untuk kami berdua. Dia kena tolong aku bergerak ke meja makan sebab aku nak bergerak sebanyak yang mungkin untuk kembali berjalan dengan normal. Sebab itu aku tolak untuk menggunakan kerusi roda. Petang dia berada di kebunnya, merawat herba-herbanya dengan teliti, membuang lalang yang tumbuh, selepas itu dia tumpukan perhatian kepada pokok bunganya. Setiap kali dia berada di taman bunga, dia akan buka sliding door bilik tidur dan bercakap dengan aku. Walaupun aku tak banyak cakap. Aku perasan sesuatu, bila dia tidak bercerita dengan aku, dia dendangkan lagu lembut itu dan dia akan termenung seperti dia mengingatkan sesuatu dari kisah silamnya. Kadang-kadang terukir senyuman kecil, ada kalanya dia murung. Ia kelihatan pelik bagi aku tapi pandanganku tak dapat lari dari wajahnya.

Dan aku tak sukakannya.

Jadi aku cari cara untuk mengelak dari melihat dia.

“Kau kata aku boleh berjalan kalau aku makan ubat dan berlatih. Tapi sampai sekarang tiada perkembangan.” Aku merungut duduk di kerusi rotan yang ada di ruang tamu tanpa melihatnya yang sibuk di dapur sedang membuat ubat untuk pesakitnya. Aku memandang kearah loceng di dalam tanganku. Bermain dengannya di antara ibu jari dan jari telunjuk ku.

“Non-sense” Aku dengar dia berkata. “kamu tak nampak tapi dari sudut pandangan saya, kamu ada perkembangan besar. Sebulan lalu kamu tak boleh bergerak dari katil kamu langsung dan sekarang—” Dia berhenti seketika, nadanya kedengaran riang. “kamu dah boleh berjalan sekeliling rumah, malah temankan saya berkebun.”

Mataku mengkhianati aku dengan memandang kearahnya. “Aku menyandar pada dinding untuk berjalan” kataku mengetap gigi. “dan aku hanya duduk tak buat apa-apa di kebun kau. Hanya duduk di kerusi tu seperti orang bodoh. Bagi aku, itu bukan perkembangan.”

Dia tertawa kecil sambil membuat kerjanya. Dia masukkan ubat yang dah menjadi serbuk ke dalam bungkusan kecil dan letakkannya ke dalam laci kaunter dapur. “Apa-apa sajalah Encik pengembara. So—” Dia tumpukan perhatiannya kembal kepadaku. “Saya dah minta tolong dengan tukang bina di kampung ini—well, saya hampir ugut dia—apapun, saya minta dia untuk buatkan tongkat untuk kamu. You know, tongkat seperti orang kaya. Saya juga minta dia hias kepala tongkat tu.” Katanya dengan riang. Senyumannya lebar dari telinga ke telinga.

Aku menjungkit kening kearahnya. “Kau nak dia ukir apa pada tongkat tu?”

Dia menggeleng. “It’s a secret. Kamu akan tahu bila tongkat tu dah siap.” Dia kembali pada kerjanya membuat ubat dan berkata; “Saya rasa kamu perlukan tongkat tu. Di sebabkan kamu taknak guna kerusi roda dan nak banyak berjalan, saya rasa sebatang tongkat boleh bantu kamu tanpa kamu menyandar pada dinding. Saya tahu kamu rasa tak selesa asyik berpaut pada benda bila kamu jatuh, saya harap kamu boleh guna tongkat ni dan—” Dia berputar memandangku dan terkejut, jatuhkan botol kaca dalam tangannya tapi aku segera menyambutnya. “Oh dear, bila kamu berada di belakang saya?”

Semasa dia bercakap aku bangun dan berjalan dari ruang tamu ke dapur tanpa membuat sebarang bunyi. Seperti bayang-bayang.

Aku menarik sengih. “You talk too much.” Itu yang aku jawab dan berikan botol kaca itu kepadanya.

Aku berjalan dengan memegang kaunter dapur sebagai sokongan ke meja makan dan duduk berdepankan dapur.

Dia masih memandangku, mulutnya terngangah sedikit seperti aku ni makhluk asing. “Apa?”

Dia sepertinya tersentak dan menggeleng. Dia letakkan botol kaca itu di atas kaunter dan memandangku semula. “kamu tersenyum.”

“Apa?”

Dia tertawa kecil. “saya kata kamu senyum tadi!” Dia berlari anak duduk di hadapanku dan kedepankan badannya kearahku. “Buat lagi.”

“Huh?” Perempuan ni dah kenapa? Dia tak pernah tengok orang senyum ke? Dia senyum selalu. Takkan aku tak boleh—kejap. “Apa?”

Dia memutar bola matanya sambil berdengus. “kamu dah tak faham bahasa melayu ke? Baiklah, saya kata ‘You just smiled’—”

“Aku tahu apa kau cakap!” potongku dengan suara okta 2. Aku terus menyesal tinggikan suara bila dia kelihatan takut. “Maaf. Aku tak selalunya macam ni.”

“I get it.” Katanya. Aku tak tahu jika dia faham yang aku tak tersenyum atau tinggikan suara.

Dia kembali tersenyum dan duduk secara normal di hadapanku. “Encik pengembara, saya dah lama tertanya, bagaimana rasanya mengembara? Tentu kamu pergi ke tempat-tempat menyeronokkan, kan? Orang mereka macam mana? Budaya? Please bagi tahu saya kalau kamu pernah pergi ke capital. I dreamt to go there!”

Aku menelan air liur tiga kali. Dia tanya pasal capital? Pengembaraan aku? “Err… aku—”

“Nanti!” Potongnya. “saya sediakan minuman untuk kita. Selepas itu kamu ceritakan kepada saya.” Dia pergi ke dapur dan membancuh air dan keluarkan biskut didalam balang untuk di letakkan di atas pinggan.  

Aku menghembus nafas yang aku sendiri tak tahu aku tahan.Aku tak pernah rasa lega dalam seumur hidup aku. Apa patut aku cakap kepadanya? Aku bukan seorang pengembara. Ya, aku pergi dari tempat ke tempat tapi bukan untuk menerokai dunia, aku membunuh. Selalunya pada waktu malam. Apa yang kau akan nampak pada waktu malam? Apa yang menarik pada waktu malam? Kelab malam, kupu-kupu malam adalah! Takkan aku nak bagi tahu dia pasal tu?

Kena cari alasan.. kena cari alasan…

Aku rasa perutku mengecut bila dia kembali bersama setalam teh dan biskut. Hidangkannya di atas meja sebelum duduk di depanku semula. “Okay. start dari pengembaraan pertama kamu. Bila kamu fikir nak mengembara? Dan kenapa?”

Aku menelan air liurku sekali lagi. God… kenapalah dia ni perempuan yang suka ingin tahu. Kalau dia di capital, dah tentu dia di anggap gila oleh orang ramai. Perempuan tak patut berfikiran seperti ini. apatah lagi belajar. Di sebabkan dia tahu tentang herbal ah penduduk kampung ingat dia ni ahli sihir. Dia tak ambil perkara tu sebagai pengajaran ke?

Kena cari alasan… kena cari alasan…

“Kenapa kau nak pergi ke capital?” Ya, cuba ubah tajuk. “Kau ada keluarga di sana ke? Cakap pasal keluarga, kenapa aku tak pernah lihat gambar keluarga kau tergantung. Kau simpan ke?”

“Keluarga saya?” Senyumannya pudar. “Mereka meninggal  didalam kebakaran semasa saya kecil.”

Aku terdiam. Apa? Aku tak tahu tentang ni, aku buka soalan private ke?

“Jangan risau.” dia tersenyum semula cuba meyakinkan aku, tapi aku tak termakan dengan senyuman itu. “Saya bukan dari capital. Saya berasal dari Tanah Utara, berpindah ke sini selepas kematian semua keluarga saya.”

Dia bukan orang sini?

“Disebabkan itu penduduk kampung fikir aku ni ahli sihir. Tiba-tiba ada seorang perempuan datang dan boleh mengubat pelbagai penyakit dalam kampung ini. tinggal di hujung pekan lagilah buat mereka rasa musykil. Ahli sihir suka tinggal jauh dari orang ramai supaya rahsianya tidak terbongkar. Percayalah, banyak lagi khabar angin tentang saya jadi ahli sihir jahat. Yang saya suka, saya datang ke kampung ni untuk menggoda lelaki dan makan jantung mereka untuk kekalkan kecantikan di wajah saya. Immortality.”

“Dan kau okay dengan khabar angin ni?” Soalku sebab dia beritahu aku seperti ia sebuah cerita lawak. “Kau tak marah?”

Dia memandang kearah lain sepertinya dia sedang memikir. “Hmmm…. Ya, pada awalnya saya agak marah tapi akhirnya saya lepaskannya. Selagi ada penduduk kampung percaya saya ni baik, dan mereka masih perlukan saya untuk ubati mereka, saya berpuas hati. Ye lah, bukan selalu mereka jumpa perempuan tahu benda-benda macam ni.”

“Kau menetap disini dah berapa lama?”

“Hmm….” Dia mula mengira dengan jarinya dan tunjukkan kepadaku. “dua bulan lagi dah masuk lima tahun saya kat sini.” Katanya bersama senyuman itu. “Kamu pula bagaimana encik pengembara?”

“Aku? Kenapa dengan aku?”

“Kamu tak rancang nak menetap satu tempat untuk selamanya ke? Ada rumah sendiri, tanah sendiri, dan mungkin bina keluarga sendiri.”

“Aku…. Tak tahu…” Aku tunduk memandang teh ku. “Aku tak pernah fikirkannya.”

“Oh.” Aku mendongak memandangnya yang tersenyum kecil kepadaku. “Jangan tergesa-gesa sangat Encik pengembara. Saya tak cakap kamu patut berhenti sekarang, mungkin suatu hari…. bila masanya telah tiba.”

Aku hanya diamkan diri. Bila masanya tiba? Aku sendiri tak tahu kalau masa itu akan tiba dalam hidup aku. Aku terikat dengan Lady Chaos, dia takkan bagi aku hidup dengan tenang. Apatah lagi berkeluarga.

Kalau dia tahu aku masih hidup, tentu dia akan buru aku kerana tidak kembali kepadanya. Dia akan seksa aku sehingga diriku mati dari dalam.

Aku memandang kearah perempuan di depanku. Kalau dia jumpa aku di sini, tentu dia….

Aku menarik nafas dalam.

Ia sebuah mimpi ngeri.

>X<

Aku boleh dapat mimpi ngeri.

Sekarang aku tak boleh tidur kerana mindaku penuh dengan banyak perkara. Dan salah satunya adalah tentang Lady Chaos. Aku menghilangkan diri selama sebulan lebih. 7 minggu secara detail dan tiada tanda lagi dia tahu aku berada di sini. Adakah dia ingat aku dah mati? Atau dia masih mencari aku di luar sana? Aku kena berhenti menyeru senjataku untuk sementara waktu ini. sebagai langkah berjaga-jaga.

Aku termenung memandang siling bilik yang berkerak dengan tangan sebagai bantal. Aku dah kira ada berapa kerak di atas siling tu. Jadi aku tahu kalau ada kerak baru muncul.

Aku dah biasa dengan kegelapan jadi melihat kerak-kerak itu tanpa cahaya tak jadi masalah bagi aku. Sebulan lebih ini terdedah dengan cahaya matahari tidak menjejaskan kebolehanku di dalam kegelapan. Itu berita baik. Tapi macam mana pula dengan skill berlawanku? Aku kena cari masa untuk berlatih untuk menguji kebolehanku. Semasa Dia tiada di rumah. Nanti dia akan tanya 1001 soalan kenapa aku berlatih cara bermain pedang.

Fikiranku terganggu bila aku dengar bunyi dari luar bilik tidur. Nenek sihir tu tak tidur lagi ke?

Sekali lagi bunyi bising sepertinya ia datang dari dapur. Aku segera mencapai tongkat ku (Aku dapat tongkat berukirkan naga ini dua minggu lalu. So surprise naga yang membolakan badannya sebagai perhiasan kepala tongakat. Nak taknak aku kena berlakon gembira di depannya, apapun—) aku bangun dan bergerak ke pintu, membukanya sedikit hanya untuk melihat jika perempuan itu tidur di katilnya. Tiada. Aku membuka pintu itu lebih luas dan menjumpai dia berada di dapur sedang membuat ubat.

Kenapa dia bekerja tengah malam buta ni?

Bila dia berputar kearah sini, aku segera menutup pintu, meninggalkan celah kecil untukku melihatnya. Dahiku berkerut. Apa dia sedang buat dengan herba-herba tu?

Perkara ini berlarutan selama tiga hari berturut-turut. Pada hari pertama aku tak fikirkan sangat dia keluar ke pekan awal pagi dan aku mengambil kesempatan ini untuk berlatih bermain pedang (Tongkatku pengganti pedang) di laman belakang. Aku ingatkan dia akan balik sebelum tengahari tapi, dia balik sebelum matahari terbenam. Dia meminta maaf dekatku kerana tak masak makanan tengahari. Aku tak salahkan dia.

Pada hari kedua, perkara yang sama berlaku. Dia tak tidur malam, berjaga membuat berbungkus ubat sehingga subuh dan sebelum matahari terbit dia dah keluar dari rumah tapi dia balik tengahari. Masak untuk aku tapi dia tak makan dengan aku. Selepas dia masak dan hidangkan makanan, dia terus keluar. Dan aku terpaksa cuci pinggan kotor.

Ini hari pula dia terlupa bagi ubat aku tadi pagi. Jadi aku berlatih tanpa ubat. Kakiku rasa berat dari selalunya semasa berlatih dan aku jatuh beberapa kali, sehingga lenganku terluka kerana terhempap atas tanah. Aku terpaksa berehat di ruang tamu, menunggu dia balik dengan tangan yang berdarah kerana aku tak tahu nak guna herba mana untuk ubat lukaku ini. tapi aku tak marahkan dia.

Sebaik sahaja dia balik, dia terus minta maaf banyak kali sebab lupa buat ubatku. Dia terlalu khusyuk dengan kerjanya sekarang sehingga lupakan aku. Aku masih tak marahkan dia. Aku marah bila dia asyik berceloteh tentang kejadian di Pekan, memandang aku tapi tak perasan luka yang mengalir di lenganku.

“—Dia tak dapat bernafas dengan betul dan saya tak tahu kenapa. Saya harap herba ni dapat tolong kesengsaraannya untuk malam ni kalau tak saya kena cari herba lain ni malam di dalam hutan dan kena buat—” Ayatnya terhenti bila terpandang sesuatu di atas lantai. Cecair merah. Matanya mengekori ke mana jejak cecair itu dan akhirnya memandang aku.

Akhirnya dia perasan aku. Aku nak je menjerit, menengking dia tapi bila lihat mukanya menjadi pucat dan matanya berair, aku kaku.

“S-Saya minta maaf!” Dia segera mengambil dedaun, sebotol cecair warna hijau, tuala basah dan pembalut di dalam laci kaunter dan berlutut di sebelahku. Dia menangis teresak-esak sambil merawat lukaku dan aku hanya melihatnya menangis.

Kenapa dia menangis? Aku tak marah dia langsung dan dia menangis? Kenapa?

“M-maaf, saya terlalu sibuk sehingga lupa buat ubat kamu dan…dan ka-kamu terluka di sebabkan saya. Maaf.. saya b-betul-betul minta maaf.” Dia berhenti merawat aku untuk sementara waktu kerana menahan dirinya dari menangis dan mengelap air matanya sebelum kembali merawatku. Mengelap darah, meletak cecair hijau itu keatas lukaku, ia menyengit tapi aku tak tunjukkan. Aku hanya tumpukan kepada benda basah di mukanya. Setelah itu dia menutup lukaku dengan daun. Ia menyejukkan rasa menyengit itu.

“Please say something.” Katanya dengan nada menggeletar, tunduk takut memandangku. “Kalau kamu diam buat saya fikir kamu betul-betul marahkan saya. Jadi tolong… cakap sesuatu.” Dia memejam matanya dan lebih banyak air mata mengalir.  

“Aku tak marahkan kau.”

Dia menggeleng, masih tak pandang aku. “K-Kau marah. Aku boleh tahu kau marah.”

Aku menutup mataku dan mengurut batang hidungku. Aku bergelut samada nak pujuk dia atau biarkan dia menangis rasa bersalah. Aku menarik nafas panjang. “Tak, aku tak marah.. jadi tolong jangan menangis.” Kataku dengan lebih lembut. God forbids aku bercakap selembut ini.

Akhirnya dia mendongak memandangku. Aku rasa aku boleh kena sakit jantung kerana ia selalu terhenti bila aku lihat matanya. dan air mata tu tak menolong aku langsung!

Dia mengelap air matanya (Thank you!) dan mengangguk. Dia sambung membalut tanganku. “Saya tak patut lupa tentang kamu. Saya dah berjanji untuk rawat kamu sehingga kamu baik dan saya terlupa. dan kamu terluka sebab saya—” Aku memegang kedua tangannya yang memegang lenganku, membuat dia terdiam.

“Ia hanya sekali.” Kataku dan mengukir senyuman halus di hujung bibir. “Jangan risau, okay?”

Dia kembali tersenyum dan mengangguk. “Okay.”

>X<

tak okay. Tak okay langsung.

Selama empat hari ini aku taknak mengaku aku risaukan dia tapi bila melihat dia mundar-mandir dari pekan ke rumah beberapa kali dalam masa sehari dan tidak dapat berehat dengan sepenuhnya kerana semalaman buat ubat yang secukupnya untuk penduduk kampung membuat aku risau. tambahan pula aku dapat tahu terdapat penyakit yang tidak diketahui merebak di perkampungan ini. tambah buat aku risau.

“Kau akan keluar lagi ke?” Aku soal melihat dia berulang-alik dari rak herba ke kaunter dapur, keluar ke kebun untuk mengambil herba dan kembali membuat kerjanya.

Dia mengelap peluh yang mengalir di dahinya dan mengangguk. “Penduduk kampung dah di pindahkan ke rumah selamat, sementara menunggu pertolongan dari capital. Jadi saya nak tolong mereka sebanyak yang mungkin, sehingga mereka sampai.”

Dahiku berkerut. “Macam mana kau tahu mereka akan datang membantu kampung kecil ni?”

Dia merenung kearahku. Aku menyesal tanya dia soalan tu. “Dah tentu mereka akan tolong. Mungkin agak lambat dari jadual yang mereka janjikan tapi baru-baru ni mereka beritahu ketua kampung yang mereka dah bergerak dan dalam perjalanan ke sini.”

Aku menggenggam erat kepala tongkatku. “Baru-baru ni bila?”

“Dua hari lalu!” dia meletup. “Seriously Encik Pengembara. Tolong support saya boleh tak? saya berharap mereka cepat sampai ke sini sebab saya taknak orang kampung terseksa dengan penyakit ni. Mereka mungkin dah dapat penawar untuk penyakit ni dan mereka sajalah harapan kampung ni sekarang.”

“Tak, kau harapan mereka sekarang.” Aku bangun mendekatinya yang sibuk dengan kerjanya sendiri. “Selagi orang capital tak sampai ke sini, penduduk kampung akan berharap dengan kau. Tapi bila capital dah sampai ini, mereka akan lupakan kau. Semua jasa kau ni di lupakan dan kau kembali di anggap sebagai nenek sihir.” Aku memegang sikunya menahan dia dari berkerja. “Ia tak berbaloi.”

Dia melontarkan renungan tajam kepadaku. “Saya tak kesah. Selagi saya boleh menolong, saya akan cari penawar untuk penyakit ni.” Dia cuba menarik tangannya tapi aku menggenggamnya lebih erat.

“Berhenti. Kau mesti berhenti sekarang juga.” Kataku berkeras.

“Let. Me. Go.” Bila aku tidak lepaskannya, dia menjerit; “Kalau aku tak tolong mereka apa patut aku buat? Aku tak boleh duduk diam sedangkan aku tahu aku boleh buat sesuatu! Aku herbalist dan tanggungjawab aku cari penawar untuk mereka! Apa kau nak aku buat kalau bukan rawat mereka?! Apa—”

“Aku nak kau berehat!” suaraku lebih tinggi darinya membuat dia terdiam. “beberapa hari ni kau bertungkus-lumus menolong mereka, ulang-alik dari rumah ni, melayan aku dan penduduk kampung. kau penat. Kau tak tidur dua tiga hari ni, Kau kata ‘kau okay, kau okay’ tapi sebenarnya kau penat.”

“Aku tak penat—”

“F**k me kalau kau tak penat.” Matanya membesar mendengar aku mencarut tapi aku endahkan. “Kau boleh tipu mereka tapi aku tak. aku tahu kau penat. Sangat penat.” aku mencapai, menyentuh pipinya. Aku tak tahu kenapa tapi aku nak sentuh mukanya. Mengusap bawah matanya dengan ibu jariku, cuba hilangkan kesan hitam yang hodoh itu. Ia tak sesuai dengannya. Seri yang sentiasa berada pada mukanya hilang, sinar pada matanya pudar di sebabkan kesan hitam itu.

“Tinggal di sini.” Sahutku lembut, berbisik. Kau perlu berehat, kau boleh demam kalau kau paksa diri kau macam ni. Lupakan ubat tu dan rehat. Itu yang aku nak katakan kepadanya tapi apa yang keluar adalah; “Jangan pergi.”

Dia memandangku untuk seketika, ia buat aku tak selesa. Sepertinya dia sedang mencari sesuatu dalam diriku. Selepas itu dia menggeleng. Dia menolak tanganku dengan lembut. “Maafkan saya. Tapi saya kena pergi.” Aku melihat dia mengumpul semua bungkusan herba itu kedalam bakul dan berjalan menuju ke pintu, mengambil kot dan skarfnya. “saya pergi dulu.” Katanya memandangku dan berjalan keluar menutup pintu.

Untuk kali pertama dalam hidupku, aku tak suka keseorangan di dalam rumah ini. aku mula rasa kekosongan yang aku dah lama tak rasa beberapa minggu ini. aku tak sukakannya. Perasaan sunyi ini membuat rumah kecil itu nampak kosong dan besar. Seperti aku yang mengecil.

Aku melihat tanganku, bekas memegang lengannya. Dia panas. Aku menggenggam tanganku dengan erat.

“Just.... come back fast.”

>X<

Aku tak sedap hati. Semenjak Dia keluar tengahari tadi, sampai matahari nak terbenam dia tak balik-balik. Aku berdiri di depan pintu rumah, menunggu kalau-kalau dia akan muncul dari arah pekan. Namun… beberapa minit aku menunggu, dia tak muncul-muncul dan matahari dah nak terbenam.

Arrgghh!

Aku kembali masuk kedalam rumah dan menghempas pintu.

Mana Dia ni? Dia balik lambat lagi ke? Dia berada di pekan tu, bersama penduduk kampung yang tidak pernah menghargai apa yang dia telah buat kepada mereka dan dia masih ingin menolong? Apa yang dia fikirkan? Kenapa dia tak mengalah mengambil hati mereka dan hindari mereka. Biar mereka rasa apa akan jadi kalau dia tiada mengubati mereka!

Kalau perempuan tu buat macam tu… Itu… itu bukan dia.

Damn! Kenapalah dia tu baik sangat!

Aku menendang kerusi rotan membuat dia terbang ke dinding. Aku memandang kearah kakiku. Ia dah mula memberi kerjasama dengan aku. Kakiku dah mula berfungsi dengan elak… tapi tak elok sangat.

Pandanganku beralih ke tanganku, teringatkan lengannya yang panas.

Dia panas.

“Shit.” Aku mengambil tongkatku yang menyandar pada dinding dan buat kali pertama aku keluar dari rumah kecil itu dan menuju ke pekan selaju kakiku boleh bawa aku. Aku sempat memandang ke belakang, melihat rumah kecil itu, menelan air liur kelat dan teruskan berjalan.

Perjalanan aku ke Pekan bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk seorang lelaki yang hampir pincang seperti aku, ia seperti kau sedang mendaki gunung tanpa peralatan yang betul. Cuma ini kelihatan lebih menyedihkan. Setiap beberapa langkah aku hampir tersandung dan jalan berbatu ni sangat tidak membantu.

Setiba sahaja aku di Pekan tersebut, aku melihat beberapa lori Kapital berkumpul di satu bangunan yang penuh dengan orang yang sibuk dengan kerja mereka. Seorang lelaki berambut emas, berwajah tegang menjerit kepada tenteranya tentang sesuatu, mungkin mengarah mereka.

Kakiku terpaku di tanah yang ku pijak; Berfikir jika aku patut masuk ke dalam dan mencari dia? aku adalah Shadow, pembunuh bersiri yang di ingini di tanah Selatan ini. Ibu kota Kapital menginginkan kepalaku. Kalau mereka tahu aku berada di sini, dah tentu mereka akan tangkap aku dan dalam keadaan seperti ini, aku pasti aku kena tangkap dengan mudah.

Mendedahkan wajahku di khalayak ramai sangat berisiko. Mereka mungkin tak tahu bagaimana rupa Shadow yang sebenarnya tapi itu hanya dalam pengetahuan aku. Mungkin mereka tahu rupa aku, aku tak pernah ambil kesah jika mereka tahu ke tak, tapi sekarang…. Aku ragu-ragu.

“A young woman just faint! Panggil Cik Light sekarang!!”

Aku rasa darahku menjadi sejuk dan berlari mendekati tentera yang berlari masuk dalam bangunan itu. “Where’s the girl?!” Soalku mencengkam lengan bajunya dengan kuat.

“E-Encik siapa?”

“Bagi tahu aku di mana mereka bawa perempuan tu!! Tell me!”  Aku rasa kebas seluruh badan memikirkan kemungkinan yang akan terjadi kepada perempuan itu. Dia mungkin dah terjangkit dengan penyakit ini dari tadi pagi dan merahsiakannya sehingga sekarang. Ramai mangsa telah mati kerana lambat di rawat. Macam mana kalau dia menjadi salah satu mangsa itu?

Gravity umpama menarik aku lebih kuat sehingga kakiku tidak dapat menampung badanku dan jatuh berlutut tapi tentera itu segera menyambutku. “Encik tak apa-apa ke?”

Aku rasa nafasku menjadi pendek, dadaku rasa sakit, sepertinya api membakar dari dalam. “Perempuan tu… aku kenal dia. Tolong… Tolong bawa aku kepadanya.” Rayuku, suaraku rasa kasar dan berat di leher. Apa perasaan ni?

Dia mengangguk dan memapah aku masuk kedalam bangunan tersebut. Aku melihat ramai penduduk kamung yang sakit di dalam bilik tersebut. Ia lebih kepada sebuah Dewan. Dewan yang besar cukup menampung ratusan orang.

Tentera ini membawa aku ke belakang dewan tersebut, di mana beberapa doctor capital berkumpul bersama penduduk kampung. setiap langkah aku ambil mendekati mereka, Jantungku berdegup lebih kuat sehingga itu sahaja aku boleh dengar. Bunyi tangisan dan rungutan orang kampung lenyap ditelan degupan kuat ini.

“I can’t feel her pulse! Mana cik Light?! Sesiapa panggil Cik Light ke sini sekarang!!”

Apa?

“Tak…. tak-tak-tak-tak… TIDAK!”

“Encik! Encik tolong bawa bersabar!” Lelaki yang memapahku menarik aku dari mendekati Perempuan itu. Dia menahan aku dari jatuh sekali lagi. “Dia akan okay Encik. Jangan risau, saya pasti dia akan okay.”

Kau tak dengar ke? Mereka tak rasa nadi dia dan kau kata semuanya akan okay?! Bagitahu aku macam mana semua akan okay bila dia dah tak bernafas lagi!

Salah pekerja capital datang mendekati mereka dengan sejenis ubat di dalamnya dan berikan kepada doctor yang merawat perempuan itu. Dan doctor tersebut memberi makan ubat tersebut kepadanya.

“Cik, Cik tolong bertahan dan telan ubat ni. Cik? Cik dengar tak?” Bisiknya dengan perlahan, seperti mengharap pesakitnya akan mendengar. “Tolong Cik… dengan segala tenaga cik yang tinggal, telan ubat ni.”

Aku memejam erat mataku tidak sanggup untuk melihat keadaannya sekarangnya. Tanganku berpaut pada lelaki itu memerlukan sokongan kerana badanku sudah gagal untuk berfungsi. Hanya pendengaranku yang sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaranku. Mendengar tangisan dan jeritan di sekelilingku. Mendengar doctor memberi harapan dan arahan. Mendengar ketua tentera menjerit kepada orang-orangnya untuk memberi bantuan kepada doctor.

“Cik Light! Dia dalam keadaan lemah. Dia tak makan ubatnya.” Aku dengar doctor itu berkata kepada wanita yang mereka perlukan dari tadi. setelah itu aku tak dengar apa-apa, wanita itu buat sesuatu kepadanya dan aku tak tahu. Aku tak nak tahu. Aku hanya memejam mataku dan menunggu satu ayat yang menyakitkan.

Dia dah tiada.

Dan aku kembali ditarik kedalam kegelapan. segalanya menjadi sunyi.

“Encik pengembara?”

Suara itu….. Itu suaranya… tapi—

Sentuhan lembut mencapai pipiku dan mengusap rambutku dengan lembut, mengembalikan deria rasaku semula, kegelapanku makin cerah bila aku dapat hidu bau yang sangat dikenali.

“Encik pengembara?”

Suara yang di kenali.

Aku membuka mataku dengan perlahan dan melihat wajah yang sangat dikenali. Dahinya berkerut bersama dengan matanya yang memandang terus ke hatiku. Bibirnya jatuh kebawah menandakan dia risaukan padaku.

Sebuah harapan di dalam hati ini mekar.

Aku mencapainya dan memeluknya dengan erat. Seerat yang mungkin memastikan dia betul-betul wujud bersamaku sekarang ni. Bukan satu bayangan tapi kewujudan. Aku menanam wajahku pada lehernya merasakan nadinya yang berdenyut pada bibirku.

Dia masih hidup.. thank goodness dia masih hidup.

“Err—Uhmm.. E-Encik pengembara?” Sahutnya dengan suara kecil. “K-Kita menjadi tumpuan orang ramai..”

“I don’t care.”

“T-Tapi Encik—”

“F**k them”

Dia menarik nafas dalam bila aku mencarut dan ingin melepaskanku tapi aku berdegil. “Language! Lepaskan saya encik pengembara, saya—”

“Please.” Bisikku. “Just…. Just for a minute.”

Nampaknya dia mendengar rayuanku dan juga memelukku. “Jangan risau… saya tak apa-apa.” Dia mengusap belakangku dengan lembut cuba menenangkan aku. “Boleh saya pandang kamu?”

Aku mengangguk tapi tidak melepaskannya. Aku tetap memeluk pinggangnya.

Dia tersenyum manis kepadaku dan menyentuh pipiku sekali lagi. “Maaf buat kamu risau.”

Aku memegang tangannya yang berada di pipiku. Mengucup tapak tangannya dengan lama sebelum mengangguk tanda aku maafkannya, tidak percayakan kepada suaraku untuk bercakap.

“Apa kamu buat dekat sini?”

“Kau tak balik rumah.”

Matanya membesar sebelum sebuah senyuman yang indah pada bibirnya. “Saya tak bermaksud nak buat kamu risau, mereka—”

“Cik Light, kami perlukan kamu di bilik belakang. Mereka nak tahu herba apa kamu guna untuk sembuhkan mereka.” Kata seorang tentera dari belakangnya sebelum kembali kepada doctor yang merawat wanita yang hampir terbunuh tadi.

Jadi pesakit itu bukan Dia. dan dia seorang perawat mereka.

“Saya kena pergi. Kamu tak kisah tunggu saya sekejap kan?" soalnya dengan lembut. “Selepas tu kita pulang ke rumah.”

Aku diam untuk seketika. Mendengar ayat terakhirnya.

Kita pulang ke rumah…..

Aku biarkan diriku tersenyum dan mengangguk. “Ya, kita pulang ke rumah.”

Aku melepaskannya dan melihat dia bergerak pergi bersama doctor capital ke bilik belakang. sehingga figuranya hilang barulah aku menarik nafas panjang. aku sendiri tak tahu yang aku berhenti bernafas selama itu.

“Dia seorang wanita yang istimewa.”

Aku berpaling kearah suara tersebut. Renunganku hilang bila mengetahui siapa yang bersuara. Lelaki berambut emas itu. Dia yang mengetuai pasukan penyelamat ini.

“Kau siapa?” Soalku dengan nada rendah. Mengancam.

Terukir senyuman kecil pada wajah tegasnya. Dia menghulurkan tangan. “Saya Komander Zaveid, mengetuai kumpulan penyelamat ini.” tekaan aku betul.

Aku melihat tangannya sebelum menyambutnya. “Cealum.”

Dia mengangguk dan depakan tanganku ke arah pintu keluar. “Apa kata kita bercakap diluar? Ia lebih senyap dan tenang dari di sini.”

Aku memandang kea rah mana perempuan itu pergi sebelum memandangnya semula. Aku hanya mengangguk dan bergerak keluar bersamanya.

Kami berada di luar bangunan, berdiri di belakang lori yang parking tidak jauh dari bangunan ini. Nampaknya dia faham yang aku taknak berada jauh dari tempat ini.

“Saya melihat potensi Cik Light.” Dia mula berbicara. “Penyakit merebak ini masih lagi misteri bagi pakar Herbalist kami, Encik Leon.” Dia menuding kearah seorang lelaki yang sedang merawat salah seorang penduduk kampung di dalam bangunan itu. “tapi Cik Light berjaya membuat penawar tanpa menggunakan peralatan yang secukupnya.” Dia mengeluarkan sebatang rokok untuk di letakkan pada mulutnya dan menyalakan rokok tersebut. “Nak satu?”

Aku menggeleng.

Dia mengangguk dan masukkan kotak rokoknya ke dalam seluar belakang. “Penyakit ni dah mula merebak di bahagian perkampungan tanah selatan. Ia tak sampai ke capital lagi tapi penyakit ni merebak cepat. Kami tiada sample untuk penyakit baru ni dan ketua herbalist kami terpaksa mengikut kami untuk mengambil sample. Menghantar laporan ke Kapital untuk kumpulan herbalist di raja mengkajinya. Setakat ni masih tiada penawar sehinggalah kami sampai di sini.” Dia memberi aku senyuman kasar. “Tanggapan aku terhadapnya ialah dia seorang ahli sihir.”

No kidding desis hatiku secara sarkastik tapi aku jawab lain; “Dia perasan ada sesuatu tak kena bila salah seorang penduduk kampung sakit. Dia kata demam tu tak seperti demam biasa.” kataku memandang kearah penduduk kampung di dalam bangunan tersebut. “Jadi, dia mula cari symptom-symptom penyakit tersebut dan cari penawarnya. Dia sampai berjaga malam selama seminggu, ulang-alik dari rumah ke Pekan untuk membantu penduduk kampung. Nampaknya pengorbanannya berhasil.” Aku berhenti seketika. “Aku pandang rendah pada kemampuannya.”

Komander Zaveid mengangguk. “Ya, kami pun seperti itu. Setelah mengetahui cara dia buat penawar tersebut, kami minta maaf kepadanya kerana menuduh dia seorang ahli sihir. Ye lah, tak banyak perempuan mempunyai pengetahuan seperti ini.”

“Ya… aku pun kena minta maaf dekatnya.” Bisikku hanya aku sahaja yang dengar.

Aku terlihat dia dari dalam bangunan sedang mencari sesuatu dan berpaling kearah aku. Dia tersenyum dan berlari anak keluar dari bangunan tersebut kearahku.

“Encik pengem—Ah!” Aku segera menyambutnya bila dia tersandung kakinya sendiri.

“kau tak apa-apa?”

Dia menggeleng dan kembali berdiri. “Maaf buat kamu menunggu. Kerja saya dah selesai di sini. Apa kata kita balik sekarang?”

Aku mengangguk dan menghulurkan tanganku. Dia melihat tanganku untuk seketika sebelum menyambutnya.

“Baiklah. Disebabkan hari dah gelap, biar saya tumpangkan kamu balik.” Dia membuang rokoknya ke tanah dan memijaknya. “Lagipun, kami berhutang besar kepada Herbalist Kampung ini.” Dia membawa kami ke Jipnya dan membuka pintu untuk kami. “Dipersilahkan masuk.”

Aku beri Dia masuk dahulu sebelum aku. Dan Komander Zaveid itu mambawa kami pulang. Dalam perjalanan balik agak senyap antara kami bertiga kerana Dia tertidur. Aku tak salahkan dia. tentu dia penat selama seminggu tak berehat untuk cari penawar penyakit tersebut.

“Kita dah sampai.” Kata Komander Zaveid sebaik sahaja kami sampai di depan rumah.

Aku mengusap pipinya dengan lembut, cuba bangunkan dia tanpa mengejutnya. “Kau bangun?”

Dia membuka matanya dengan perlahan dan mengangguk. “Hmm.”

“Boleh berjalan sendiri?”

Dia mengangguk sekali lagi tapi matanya tertutup. Dia separa sedar. Aku memandang Komander Zaveid yang mengangkat bahu. “It’s your responsibility.”

Aku berdengus. Bukan aku taknak angkat perempuan ni, Aku tak percayakan kakiku dan aku taknak buat depan lelaki ni. Macam mana kalau aku jatuh? Dan dah tentu aku taknak komander ni angkat dia masuk rumah. I’ll kill him.

Aku turun dari kereta dahulu dan menolongnya selepas itu. Membenarkan dia menyandar padaku dan membawanya masuk ke rumah dengan perlahan. Aku pastikan dia cukup sedar untuk berjalan sampai ke pintu depan kerana aku tak dapat mengangkatnya.

Aku sempat memandang Komander itu di dalam kereta dan tundukkan kepala tanda terima kasih. Dia salute kepadaku sebelum pandu pergi meninggalkan kami.

Kami masuk kedalam rumah dan membawanya ke bilik tidur.

“Tapi kamu tidur di sini—”

“Shhh… just sleep.” Bisikku, meletakkan dia atas katil, membuka kasutnya dan menarik selimut sehingga paras bahu. “Goodnight.” Aku ingin keluar tapi aku rasa dia menarik hujung bajuku.

“Jangan pergi dulu.” Katanya dengan suara sayu. “Tunggu sini sampai aku tertidur.”

Aku menghembus nafas panjang. kembali berputar dan duduk di kerusi tersedia di sisinya. “Okay.”

Dia tersenyum kecil dan membawa tanganku ke pipinya bersama kedua tangannya. “Thank you.” Dan dia memejamkan mata.

Aku hanya perhatikan dia memejam mata, kembali ke alam mimpinya. Melihat wajahnya kembali tenang setelah seminggu memenatkan dirinya. Tanganku menolak rambut depannya ke belakang telinganya. Melihat wajah itu dengan lebih jelas.

“Maafkan aku.” Bisikku.

“Hmm..” Dia membuka mata dan tersenyum kecil. “For what?”

 Dia tak tidur lagi?

“Meragui kebolehan kau.”

Dia menutup matanya dengan perlahan sebelum membukanya. Dia tahan dirinya dari tidur ke?

“Kau patut tidur. You need it.”

Dia hanya mengangguk dan kembali memejamkan matanya. dia masih tidak melepaskan tanganku. “be here tomorrow.” Katanya dengan lemah.

“Okay.” jawabku dan menepuk-nepuk tangannya. “Aku takkan ke mana-mana.”

Dia tersenyum bila aku cakap seperti itu dan ia buat aku juga tersenyum.

Aku duduk di sisinya untuk beberapa minit lagi hanya memerhatikan wajah tidurnya, dada naik turun dengan tenang dan tangan yang hangat.

Aku masih tak dapat lepaskan kisah di pekan tadi. berfikiran yang aku akan kehilangannya pada saat itu… hampir buat jantungku sendiri terhenti.

Dalam hidupku, dia orang pertama aku kenal selepas aku menjadi assassin. Dia mengingatkan aku kembali bagaimana untuk jadi seorang manusia. Menjalani kehidupan biasa dengan tenang dan bercakap kosong dengan orang lain.

Dia timbulkan harapan dalam diri aku. Harapan yang aku tak fikir aku layak dapat setelah apa yang aku buat selama ini. Dialah harapanku.

Aku teringatkan namanya yang dipanggil oleh Doktor Kapital itu.

“Light…” Aku cuba menyebut namanya dengan lidahku sendiri. Ia rasa lain… tapi aku sukakannya.

Nama yang sesuai untuknya. CAhaya. Dia cahaya aku. CAhaya dalam kegelapan ku.

Harapan dalam hidupku.

>X<

Badannya panas. Terbakar. Mukanya berubah kepada pelhagai jenis warna merah. Aku boleh mendengar deruan nafasnya yang berat dari jauh. Dia juga berpeluh dengan kuat, membasahi rambut depannya.

Aku memerah tuala basah di dalam baldi dan meletakkan di atas dahinya. “Ini hukuman kau sebab tak dengar cakap aku.”

Dia tertawa kecil dan terbatuk. “I don’t care, kamu ada untuk jaga saya.”

Aku turut tersenyum. “Kenapa aku rasa kau saja plan ni? Tell me, ini rancangan jahat kau ke supaya aku terpaksa jaga kau 24/7?”

Dia muncungkan bibirnya dan mengangguk. “Yes, Ini semua rancangan kecil saya so you can spoil me.”

Aku tertawa. “Nenek sihir.” Aku menarik tuala basahnya turun menutup matanya membuat dia menjerit kecil. Sebenarnya aku buat macam tu sebab aku taknak dia lihat mukaku yang merah. Aku tahu ia merah sebab aku dapat rasakan telingaku panas.

“Hey!” Dia menolak tuala tersebut kembali ke dahinya dan merenung kearahku. “Kau penjaga yang kejam.”

“Tak. Aku penjaga yang—” Ayatku terhenti bila aku dengar seseorang mengetuk pintu depan dan aku memandangnya sambil menjungkit kening.

Pesakit kau?

Dia mengangkat bahu di bawah selimutnya. “Jawab pintu tu.”

Aku berdengus. Aku benci bila ada orang datang mengganggu ketenteraman aku. Mencapai tongkatku, aku berjalan ke pintu depan untuk menyapa pelawat yang tidak di undang.

“What?” Soalku merenung lelaki berambut perang gelap, umur kelihatan lebih muda dariku. Dalam tangannya ada sebakul makanan bersama sejambak bunga. Renunganku tambah berat keatasnya.

“Saya nak berjumpa dengan Cik Light.” Katanya dengan suara agak kasar. Nampaknya kami mempunyai satu persamaan. Tak sukakan satu sama lain.

“Dia tiada.” Aku ingin menutup pintu pada mukanya tapi kakinya pantas menghalang.

“Dia tiada di pekan tadi pagi. Saya tahu dia berada di rumah. Di mana lagi dia nak pergi selain ke Pekan awal pagi?” katanya dengan nada menahan marah. So lelaki ni tahu rutin harian Light.

Aku kembali membuka pintu. “So, apa kau nak?”

Dia berdengus. “saya tak tahu siapa kamu tapi kamu takkan halang saya—”

“Bullshit.” Ayatku senyapkan dia. nampaknya orang kampung ni tak suka dengar orang mencarut. “Dia keluar ke hutan untuk cari herba. Apa sahaja urusan kau dengan dia, kau boleh beritahu aku dan nanti aku sampaikan kepadanya.” Tipu.

Dia diam untuk seketika dan hulurkan sebakul roti dan bunga itu kepadaku. “Berikan kepada Cik Light. Kami berhutang budi kepada Cik Light kerana selamatkan kami semua.”

Aku menjungkit kening. “Kami?”

“Orang kampung.” jawabnya kurang sabar.

Aku mengambil bakul dan bunga tersebut dari tangannya dan mengangguk. “Will do.” Dan aku tutup pintu denga kasar menggunakan kakiku. Aku tersenyum. Mukanya memang priceless bila aku hentam pintu didepan mukanya.

“Encik pengembara?”

Aku kembali masuk ke bilik bersama barang-barang orang kampung di dalam tanganku dan letakkannya di atas almari, di hadapannya.

“Oh my…. Dari mana semua tu?” Soalnya kedengaran terkejut.

“Seorang budak datang bawa semua ni. Rambut perang, tinggi. Tak kurus sangat. Kau kenal dia?” soalku dan sambung. “Dia kata semua ni dari orang kampung. nampaknya mereka dah lihat kebaikan kau.” Aku memandang kearahnya. “Nenek Sihir.”

“Diam lah. Itu pasti Damien.” Katanya membuat dahiku berkerut. “Oooo… cantiknya bunga tu.” Pujinya “Boleh tolong saya?” Aku mendongakkan dagu menggalakkan dia untuk bersuara. “bangunkan saya, saya nak tukar bunga itu ke pasu bunga di meja makan.” Katanya cuba bangun tapi aku segera menghalangnya.

“Tak. kau stay di atas katil tu sehingga kamu sihat. Biar aku yang buat.”

“Kamu buat?” Dia tertawa. “kamu pasti ke?”

“Hey, aku mungkin nampak ganas, tapi aku tahu macam mana nak pindahkan bunga ke pasu.”

Dia mengangkat tangan. “Don’t bite me. Saya cakap je.”

Aku menggeleng dengan senyuman dan membawa sejambak bunga itu keluar dari bilik untuk dipindahkan ke pasu. Aku sempat berhenti di depan pintu bilik dan berkata; “Oh Light, Aku masih ragu-ragu kau demam. Kalau aku tahu kau main-main. I will Bite you.” Aku mengenyit mata dan keluar ke dapur.

Setelah mengisi pasu tersebut dengan air baru dan meletakkan bunga tersebut ke dalamnya, Aku letakkan ia semula di atas meja. Aku kembali memandang ke dapur.

Patut kah aku? Ya, tak salah mencuba.

Mencari periuk di almari kaunter dan menadah air ke dalamnya. Sekali dengan segelas beras.

“Encik pengembara? kamu buat apa tu?” soalnya dari dalam bilik.

“Just stay in bed!” Aku menutup air dan letakkan di atas tempat memasak. Menghidupkan api. “This is easy. Now, apa patut letak di dalam bubur ni.” Soalku memandang rak-rak penuh dengan herba. Macam mana aku nak tahu mana satu herba yang patut masuk kedalam bubur? Macam mana nak masak bubur sebenarnya?

Gosh…. Aku tak patut buat ni. Aku sendiri tak tahu macam mana nak masak! Apa yang aku fikirkan sebenarnya ni?

Aku terdengar dia batuk dari dalam bilik. “Encik pengembara?” Suaranya kedengaran kasar.

Baiklah. Aku menggulung lengan bajuku hingga ke siku dan membuka laci kaunter mencari apa sahaja yang ada di dalam dapur tersebut. Aku mengambil keputusan untuk tak percayakan rak herba itu. Kenapa? Ubat aku dahlah pahit.. takkan aku nak masukkan benda tu kedalam bubur dia? mungkin boleh sihatkan dia dengan cepat tapi aku takkan ambil risiko itu. Aku tak tahu apa-apa tentang herba dan aku takkan mula buat hal.

Beberapa minit kemudian—mungkin dekat sejam—Aku melihat hasil masakanku. Aku mengeluh panjang. bubur ni kelihatan seperti Muntah kucing—okay tak lah seteruk tu, tapi aku tak pasti kalau aku patut bagi dia makan bubur ni. Aku tak tahu ia sedap ke tak... Aku patut rasa dulu sebelum bagi dia—

“Encik pengembara? Jangan cakap selama ni kamu masak?”

“Err…. Tak?”

Aku dengar dia tertawa. “Boleh saya rasanya sekarang?”

“Tak.” jawabku cepat.

“Kalau macam tu saya ke dapur sekarang.”

“Jangan!” Aku menarik nafas dalam. “Okay fine, aku bawa ke sana, just… stay in bed.” Aku mengeluh panjang, memandang masakanku untuk kali terakhir sebelum membawanya ke bilik.

Here it is, now or never.

Aku melihat dia mengangkat dirinya untuk duduk dan tersenyum kepadaku. “You cook.”

“Shut up.” Aku rasa pipiku merah.

Dia hanya tertawa. “Well, saya terharu.”

“You better be.” Kataku meletakkan talam makanan itu di atas ribanya. “Aku tak janji bubur ni rasa sedap. Aku dah bagi amaran.”

Dia tertawa dan terbatuk membuat aku risau. “saya okay. Saya pasti bubur ni akan rasa sedap.” Katanya dan mengambil sesudu dari bubur tersebut dan bawanya ke mulutnya.

“Hati-hati panas.” Bisikku. Dia meniup bubur itu untuk beberapa kali sebelum masukkan kedalam mulutnya. Dahinya berkerut. “Tak sedap?”

Dia menggeleng. “Kurang garam, tapi takpa. Kamu boleh tahan juga untuk seseorang yang tak pernah masak.”

“Kau mengutuk aku ke?” Soalku dengan dahi berkerut.

Dia tertawa sambil menggeleng. “Itu satu pujian Encik pengembara. Saya puji kamu.”

Aku tak boleh hentikan diriku dari tersenyum. Aku rasa sesuatu di dalam dadaku mekar mendngar pujiannya. “Then eat it. Kau perlukan tenaga untuk sihat.”

Dia memutarkan bola matanya. “Sekarang siapa perawat di sini? Saya atau kamu?”

“Untuk sementara waktu ni aku.” Jawabku. “lagipun, aku tak boleh jadi pesakit kalau kau sakit. Siapa nak buatkan ubatku?”

Senyumannya pudar. “Maafkan saya—”

“Hey, aku main-main.” Aku mengambil sudu di tangannya, mengambil sesudu bubur untuk dibawa ke mulutnya. “Makan.”

Dia membuka mulut, memakan bubur tersebut. “Encik pengembara?”

“Hmm.” Aku menyuapnya sekali lagi.

“Hmm—Kamu tahu nama saya. Setahu saya, saya—” Aku sumbat satu lagi sudu bubur ke dalam mulutnya. “Hey! Saya sedang bercakap ni.”

“Tak, kau makan.” Sampukku dan dapat pukulan di bahu. “Ouch! Okay-okay… apa kau nak tanya?” Soalku sambil tertawa.

“Saya cakap, kamu tahu nama saya. How?” Setelah dia menyoal, aku sambung menyuapnya.

“Dari salah seorang doctor capital. Mereka asyik sebut nama kau.”

“macam mana kamu tahu itu saya?”

“Masa tu, aku dengar mereka menjerit seorang perempuan muda pengsan. Aku terus teringatkan kau sebab sebelum kau pergi tengahari tu, badan kau panas. Jadi aku ingatkan itu kau.” Aku berhenti menyuapnya dan bermain dengan bubur di dalam mangkuk tersebut, teringatkan kisah buruk itu. “Mereka asyik meminta ‘Cik Light’ untuk menolong mereka dengan mangsa tu. Bila kau datang, aku baru tahu yang ‘Cik Light’ tu ialah kau dan bukan pesakit itu.” Aku kembali menyuapnya tapi dia tak membuka mulut. “Light?”

“Sebab tu kamu kelihatan pucat masa tu.” Katanya lebih kepada penyataan. “Kamu fikir saya pesakit tu. S-saya minta maaf… saya patut beritahu—”

“Bukan salah kau.” Aku memotong ayatnya.

“Tapi saya buat kamu risau.” dia berkeras. “Selama dua bulan ni, saya tak terfikir perkenalkan diri saya. Saya mungkin terlupa dan-dan—” Dia terbatuk sekali lagi, kali ini lebih kuat. “Maaf—Saya—Maaf.”

“Breath Light.” Aku mengusap belakangnya dengan lembut. “Aku dah kata bukan salah kau. Aku yang tak ambil kisah sangat tentang kau dulu. So, we are even.”

Dia menggeleng setelah batuknya redah. “Tak. Saya masih lagi tak tahu siapa nama kamu. Kamu sentiasa tak menjawab bila saya tanya soalan tu.”

“Jadi, kau nak tahu nama aku?” Soalku sedikit tidak selesa. Sbeab pertama aku taknak beritahu ialah sebab aku dah lama tak guna nama itu. Tak pernah semenjak aku menjadi orang Lady Chaos.

Dia mengangguk dengan yakin. “Tell me.”

Aku menarik nafas dalam. Aku berjanji akan lenyapkan namaku buat selama-lamanya tapi… aku nak dia sebut namaku. Aku nak dia mengetahui siapa aku.

“Noctis.” Aku kata dengan hembusan nafas panjang.

“Noctis?” Soalnya menjungkit kening.

Aku mengangguk. “Noctis Lucis Caelum.” Menyembut namaku sendiri seperti satu beban yang besar.

“Noctis.. Lucis… Caelum…” Sahutnya satu persatu dan tersenyum.

Aku hanya perhatikan dia tersenyum sendiri sambil menyentuh bibirnya. Merasakan namaku disebut dengan lidahnya sendiri.

Setelah sekian lama, aku mendengar namaku di sebut oleh seseorang dan aku sukakannya. Sebelum ini, aku benci bila ada orang menyebut namaku. Ia membuat aku teringatkan zaman kanak-kanakku sebagai anak jalanan yang hina. Tapi bila dia menyebutnya dia buat aku teringatkan yang diri aku adalah seorang manusia. Manusia yang berkeinginan. Mempunyai perasaan dan harapan.

“Light…”

“Ya, Noctis?”

Ya, aku sukakannya dan aku rasa aku takkan jemuh mendengar namaku keluar dari mulutnya.

Aku menggeleng dan tersenyum. “Nothing.”

Dia juga tersenyum. “You make me confuse sometimes, you know that?”

“You make me confuse everytime.”

Mukanya terus naik merah. Entah di sebabkan demamnya atau ayatku. Dan aku berharap sangat dari ayatku. Aku suka bila mukanya merah disebabkan aku.

>X<

Tiga bulan, tanpa aku sedari, aku berada di rumah ini selama tiga bulan dan aku dah mula mengetahui beberapa orang dalam kampung ini. terutamanya pesakit-pesakit light dan budak lelaki bernama Damien tu. Sejak kebelakangan ni dia selalu datang dan aku tak sukakannya. Light akan bagi ubat kenapa Damien dan aku akan halau dia. Aku tahu dia sakit dan kena ambil ubatnya hampir setiap hari tapi aku tak boleh buang dari sistemku yang lelaki tu ada niat lain selain mengambil ubatnya.

Lupakan pasal budak hingusan itu. Tiga bulan aku di sini, aku dapat tahu serba sedikit tentang herba-herba yang ada di kebun Light. Semenjak aku dapat berjalan semula, aku menolong Light dengan kerjanya. Awal pagi akan menyediakan herba bersamanya, dia ke pekan dan aku akan menjaga kebunnya. Tengahari seperti biasa, dia akan ajar aku masak dengan herba-herbanya. Ada sesetengah herba boleh dijadikan bahan makanan dan ia bagus untuk kesihatan. Aku mungkin takkan jadi pakar Herba seperti dia, tapi bagi aku mengenali asas herba dah cukup untuk aku.

“Ini chaparral. Herba ni ialah salah satu tumbuhan liar yang boleh digunakan untuk kecederaan luaran. Cuci luka dengan air dan, hancurkan herba ini sebelum letak di atas luka dan membalutnya. Ia mengelakkan luka dari terkena jangkitan.” Dia berikan aku herba bernama chaparral untuk aku mengenali herba tersebut dengan lebih teliti.

“Yang ini pula herba oatstraw. Bagus untuk membaiki tulang yang patah.” Dia berikan aku herba tersebut.

“Ini bukan herba yang ada di kebun kau tu ke?” Soalku.

Dia tersenyum. “Yes. Bagus lah kau boleh cam herba ni. Herba ni baik di buat teh untuk mempercepatkan proses membaiki tulang. Herba ni tumbuh di merata tempat jadi senanglah untuk kamu cari bila kamu memerlukannya.”

Aku mengangguk dan meletakkan dua herba itu ketepi. “Light..”

“Hmm?” sahutnya sambil buat kerjanya.

Dia tak pandang aku langsung. Aku menarik sengih. Apa lagi ada di dalam kepalanya sehingga nak pandang aku pun tak boleh. “Light.”

“Ya, Noct?” Dia masih tumpukan perhatiannya pada kerjanya. Mengira berapa helai daun patut dia kisar sebelum campurkannya kedalam ubatnya.

“Look at me.”

Dia berhenti sepenuhnya dan berpaling memandangku. Dia tak cakap apa-apa, hanya memandang aku dengan pandangan yang sedih.

Tanganku mencapai tangannya dan satu lagi tangan menyentuh pipinya dengan lembut. “Light… kenapa ni? Something happen di Pekan ke?”

Matanya merah, air mata mengugut untuk keluar. Dia menggeleng. “T-tak.” Dia menarik nafas dan tundukkan diri.

Tak, jangan tunduk. Pandang aku dan beritahu masalahmu.

Aku menyentuh dagunya, mengangkat kepalanya untuk memandangku. “Light… apa dia?”

Dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Melepaskan kedua tanganku. “Noct, aku hanya…. Gembira.” Katanya membuat aku keliru. “Kamu dah jadi kawan yang baik bagi saya. Temankan saya di rumah kecil ni dan menghiburkan saya, menjaga saya masa saya sakit. Really, saya berhutang budi dengan kamu.”

Dahiku berkerut. Apa yang dia nak katakan sebenarnya ni? “Light?”

“Memandangkan kamu dah sembuh sepenuhnya, kamu boleh kembali mengembara. So, untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, sampai lumpuh seperti ini. kamu kena tahu beberapa perkara bila kamu tercedera.”

“Sebab tu kau bagitahu aku semua ni?” Aku nak soal dengan lembut tapi terkeluar dengan kasar kerana aku rasa marah. Marahkan dia. “Kau nak aku keluar dari rumah ni ke?”

“Huh?—Tak! Noctis kamu dah salah faham bukan itu maksud aku, aku Cuma—”

“Cuma apa?” Soalku menunggu dia berikan penjelasan. Aku tahu dia, Light takkan halau aku keluar macam tu sahaja.

Aku melihat dia menggenggam erat tangannya di sisi sebelum melepaskannya dengan keluhan. “Saya taknak jadi penghalang kamu.” Dia berhenti seketika, mengelak dari memandangku. “Kehidupan kamu tentu menyeronokkan sebelum kamu datang ke sini kan? Pergi ke tempat-tempat yang menakjubkan. Jumpa orang baru setiap kali kamu berpindah.” Dia akhirnya memandang aku. “Kamu dah sembuh. Tentu kamu nak pergi ke suatu tempat yang kamu betul-betul nak pergi kan?—jangan tipu saya Noct, saya boleh lihat betapa beratnya hati kamu bila kamu tahu kamu tak boleh berjalan. Kamu kelihatan sangat sedih. Kecewa.” Dia menyentuh bahuku dengan lembut. “Sekarang kamu dah boleh pergi sambung pengembaraan kamu yang mengujakan itu. Kau nak sambung mengembara kan?”

Tak. kau salah. Aku bukan seorang pengembara. Aku tiada tempat akan pergi. Tempat aku pernah pergi hanya akan penuh dengan kegelapan dan darah melimpah ruah. Orang yang aku akan jumpa hanya lah orang yang aku akan bunuh. Aku tiada tempat aku nak pergi. Aku bukan seorang pengembara. Aku tipu. Aku tipu kesemuanya.

Itu yang aku nak katakan kepadanya tapi kesemua ayat itu tidak dapat keluar dari mulutku. Aku tidak dapat jumpa suaraku. Apa yang aku buat ialah menganguk. Hanya mengangguk

Satu anggukan itu membuat dia tersenyum. “K-Kalau macam tu….” Dia mencapai lehernya mengeluarkan seutar rantai yang tersebunyi di dalam bajunya dan berikannya kepadaku. “Ambil ni… As a token, to remember me always.” Dia tersenyum tapi matanya berkaca dan air mata mengalir jatuh ke pipinya. Aku ingin menyentuhnya tapi dia mengambil langkah kebelakang. Dia menutup mulutnya sambil menggeleng, tidak dapat menyembunyikan tangisannya.

“M-maafkan saya… Ma-Maaf—Saya betul-betul minta maaf.” Dia mengumpul herbanya masuk kedalam bakul dan menolak aku ketepi untuk keluar dari rumah.

“Light!” Aku ingin mengejarnya tapi entah kenapa kakiku gagal memberi kerja sama dan jatuh terlutut di atas lantai dapur. “Light! Berhenti!—Stupid Fucking Legs—LIGHT!!!!”

Dan dia tak kembali. Sepanjang hari aku tunggu dia di ruang tamu, Aku nak kejar dia ke Pekan tapi kakiku. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba rasa menyengit. Seperti ribuan jarum menyucuk-nyucuk tanpa henti. Aku boleh berjalan tapi hanya untuk beberapa langkah sebelum kakiku mengalah dan aku tak boleh berdiri dengan lama. tapak kakiku rasa kebas. Light pernah beritahu aku tentang kesan sampingan sebelum kakiku sembuh. Adakah ini kesan sampingannya? Kalau ya, kenapa sekarang? Bila aku dan Light bergaduh dia datang.

Aku memandang langit dari tingkap rumah dan berdengus. Hari dah lewat dan dia tak balik-balik lagi. Ke mana dia pergi? Aku tak suka perasaan ini. perasaan tak sedap hati. Tolong jangan terjadi apa-apa kepada Light. Tolonglah… aku tak dapat maafkan diriku sendiri kalau sesuatu terjadi keatasnya.

Kakiku bergegar menunggu dia pulang ke rumah, aku asyik memandang kearah Pintu rumah, terfikir bila dia akan balik. Kalau dia tak balik, di mana dia akan bermalam. Menunggu untuk kakiku berhenti menyengit supaya aku boleh cari dia. Aku tak kesah kalau aku kena cari dia sampai ke subuh. Mencari satu kampung. aku sanggup yang penting aku dapat tahu dia tak apa-apa.

Sepanjang aku menunggu kepulangannya, aku tak sedar yang aku telah tertidur di atas kerusi rotan dengan tangan sebagai tongkat di bawah daguku.

Aku kembali ke alam reality bila aku mendengar irama lagu dinyanyikan dengan halus. Mataku segar teringat aku sebenarnya sedang menunggu Light.

Perhatianku di alihkan ke nyanyian yang membangunkan aku tadi dan segera mencapai tongkatku. Dengan perlahan aku cuba untuk berdiri tanpa buat sebarang bunyi. Nampaknya aku dah dapat rasakan kakiku semula.

Dengan sesenyap yang mungkin, aku berjalan ke arah nyanyian merdu itu datang; bilik tidur. Aku membuka pintu bilik dengan perlahan, dan suaranya makin jelas di telinga. Aku terpegun melihat Light yang berada di taman bunga, sedang menyanyikan lagu yang dia selalu dengung semasa dia buat kerja sambil termenung ke langit malam yang penuh dengan ribuan berlian yang memagari bulan mengambang.

Aku hanya perhatikan dia duduk di sliding door itu sambil menyanyi. Apa yang menjadi tumpuanku ialah air mata yang mengalir jatuh di pipinya. Aku teka dia bersedih di sebabkan perkara yang kami gaduhkan tadi tengahari. Ini buat hatiku rasa berat memandang dia seperti ini. Aku memejam mataku dan cuba menghayati lagu yang dia nyanyikan. Lagu yang selama ini menjadi persoalan bagiku dari mula aku mendengarnya.

*Close your eyes, lay your head down
Now it's time to sleep
May you find great adventure
As you lie and dream
If you're scared of the darkness
I will calm your fear
There's a light in the hallway
So you know I'm here

Aku mendongak memandangnya. Aku rasa mataku menyengit mendengar lagunya, entah kenapa ia menusuk tepat ke dalam hatiku. Adakah lagu itu diutarakan untuknya oleh seseorang? Kenapa aku dapat rasa kesedihan dalam lagu tersebut?

So count your blessings every day
It makes the monsters go away
And everything will be okay
You are not alone
You are right at home
Goodnight, goodnight

Ia sebuah lullaby. Dahiku berkerut bila mendengar dia menarik nafas tajam, kesedihannya sudah tidak dapat dia tahan. Tapi dia tetap meneruskan nyanyiannya walaupun lagu tu menyakitinya.

You won't need me forever
But I'll still be here
For we all have our nightmares
Even me, my dear
From now on, if you need me
You can sing this song—

Dia berhenti bila dia dah tak dapat bersuara. Dia menutup mulutnya dengan kedua tangannya cuba tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia memeluk dirinya menjadi seperti bola dan tanam wajahnya di antara lututnya. Menangis bersendirian dengan senyap, menahan kesedihannya di dalam hati.

Aku memegang tombol pintu tersebut dengan erat. Tidak sanggup melihat dia menangis bersendirian. Hatiku terbahagi kepada dua samada nak masuk kedalam memeluknya, menenangkannya, menemaninya di dalam kesedihannya atau biarkan dia bersendirian, menghormati privasinya.

Aku memilih keputusan kedua. Ia lebih baik aku meninggalkannya sendiri. Aku takut aku yang akan menyesal kalau aku masuk kedalam.

Dengan itu aku menutup pintu biliknya dengan perlahan dan biarkan dia bersendirian. Sesuatu di dalam diriku hancur meninggalkan dia seperti itu tapi aku cuba abaikan serpihan tajam dalam diri ini yang menyucuk, melukai dalamanku. Kesakitan di dalam cuba di abaikan dan menjauhkan diri dari pintu tersebut.

>X<

Keesokan pagi aku bangun, aku mendapati Light telahpun keluar ke Pekan lebih awal dari hari-hari biasa.

Aku faham. Dia mencari masa untuk memikir. Untuk kosongkan kepalanya. Seperti aku, aku juga perlu berfikir dan ini adalah satu kesempatan untukku.

Setela menyegarkan diri dan merenggangkan badanku, aku mengambil keputusan untuk ke Bilik tidur mengemas barang-barangku. Tak banyak yang perlu di bawa, jadi aku mempunyai banyak lagi masa sebelum aku melangkah keluar dari rumah ini untuk selama-lamanya.

Selama-lamanya…

Aku duduk di atas katil dan memerhatikan sekeliling bilik itu. Aku tersenyum kecil, hari pertama aku di dalam bilik ini, aku dah pupuk hobi baru iaitu menghafal setiap sudut bilik tersebut termasuk kerak yang ada di atas siling.

Aku membuka laci meja bercermin untuk mengambil loceng Light. Kali terakhir aku letak ialah di dalam laci tersebut. Semasa tanganku sedang mencari loceng kecil itu, aku terjumpa sesuatu. Sebilah pisau.

Dahiku berkerut dan mengeluarkan pisau yang di ukir cantik itu. Dan tajam. Sangat tajam. Kenapa pisau merbahaya ini ada di dalam bilik Light? Sebagai langkah berjaga-jaga? Aku baru teringat yang dia tinggal seorang diri di dalam rumah ini dan ramai penduduk yang menganggap dia seorang ahli sihir. Dah tentu dia simpan satu di tepi katilnya untuk langkah berjaga-jaga.

Aku meletakkan pisau tersebut di dalam laci itu semula dan mengambil loceng.

Dengan satu keluhan, aku keluar dari bilik tersebut menuju ke dapur, untuk mengambil herba-herba yang telah disiapkan oleh Light untuk ‘pengembaraanku’. Beberapa bungkus herba terlonggok rapi di atas kaunter dapur bersama sehelai kertas. Aku membuka lipatan kertas tersebut dan tersenyum. Tertulis sebuah arahan dan gambar herba-herba yang boleh membantu aku.

Dia seorang yang mengambil berat tentang orang lain. Dah tentu dia akan buat seperti ini.

Aku masukkan bungkusan tersebut bersama barangku yang lain di dalam beg belakangku. Itu perkara terakhir yang patut aku kemas.

Sekarang, aku hanya memandang semua barang-barangku, hanya perhatikannya tapi mindaku beralih ke kisah semalam. Light menangis seorang diri. Kenapa dia menangis? Apa yang dia nangis kan? Adakah di sebabkan aku? Aku tak faham! Kalau dia nak aku pergi kenapa dia menangis?!

Aku mengeluarkan rantainya dari poketku dan memerhatikannya dengan lama.


Dia ada nyanyikan dalam lagunya yang dia takkan keseorangan, bila dia nyanyi lagu tersebut. Adakah bermaksud dia akan bersendirian bila aku pergi?

Aku menggenggam erat rantainya. Aku perlukan ruang untuk berfikir… Aku tak boleh berfikir bila aku berada di rumah ini. Mindaku di penuhi olehnya. Di mana sahaja aku pandang, dia akan muncul dengan cebisan-cebisan memori tentangnya. Di dapur, ruang tamu, kebun, bilik tidur… di setiap sudut rumah ini.

Aku kembali ke bilik untuk mengambil pisaunya dan keluar dari rumah terus masuk ke dalam hutan. Masuk sedalam yang mungkin sehingga hanya sedikit cahaya sahaja yang menerangi sekelilingku. Di sini aku dapat berfikir. Tanpa sebarang cahaya yang boleh menganggu konsentrasiku. Kesunyian yang diperlukan untuk aku mencari keputusan yang betul. Satu keputusan yang aku perlukan.

Apa yang aku perlukan? Apa yang aku inginkan? aku tak pernah menginginkan apa-apa di dalam hidup aku. Kehidupanku sangat kosong, setiap hari aku terfikir bila dan bagaimana kehidupan aku akan berakhir kerana aku sangat bencikan hidupku. Aku ingin menghentikan hidup yang menyedihkan ini tapi tak. aku tak boleh. Dia takkan benarkan aku. Lady Chaos takkan biarkan aku mati dengan begitu mudah dan aku akan lakukan apa sahaja untuk mengelakkan lady Chaos menamatkan riwayatku. Aku tahu dia akan seksa aku demi keseronokannya sebelum membunuhku.

Kalau dari Lady Chaos, aku nak berhenti dari menjadi orang suruhannya. Aku nak bebsa dari cengkamannya. Aku tak kesah kalau aku jadi anak jalanan yang hina sekali lagi dari menjadi membunuh seperti seseorang yang tak berhati perut. Membunuh mengikur kehendaknya. Demi keseronokannya. Menjadi catur dalam permainan kecilnya.

Sekejap.

Aku memandang kedua tanganku. Bukankah aku telah bebas dari Lady Chaos? Dia tidak tahu aku berada di mana sekarang, dia mungkin tak tahu jika aku masih hidup ataupun telah mati. Aku kenal Perempuan itu. Dia pasti sahaja ada cara untuk berhubung semula denganku dalam masa yang singkat. Dan dia akan berhenti mencari bila dia tak dapat apa yang dia nakkan—Dia akan mengamuk, ya itu pasti—tapi dia akan berhenti selepas dia mengamuk. Dia terlalu fikirkan mukanya dari biarkan ia berkedut. Ia dah tiga bulan dan dia masih tak temui aku. Itu jangka masa yang agak panjang untuk mencari aku. Kalau dia masih mencari, aku kena pastikan aku stay low dan tak gunakan seruanku. Selagiaku berdiam diri, aku boleh mendapat kebebasan yang aku inginkan.

Ya, aku akan dapatkan kebebasan yang aku inginkan dan buat apa yang aku nak.

Apa yang aku nak sekarang? Mudah. Aku nak Light. Aku nak perempuan itu dalam hidupku, tanpanya aku rasa kosong. Dia tunjukkan aku sesuatu yang aku tak pernah lihat. Buat perkara yang aku tak dapat nak buat dan rasa sesuatu yang aku fikir orang seperti aku akan rasa. Dia menarik aku keluar dari kegelapan dan membawa aku ke cahaya. Dari menjadi lelaki yang tidak mempunyai perasaan ke seseorang yang mengambil berat terhadapnya. Hanya dia seorang.

Kalau aku pergi, aku nak pergi kemana sahaja dia pergi. Berada disisi nya sentiasa sebab aku pasti aku takkan dapat hidup tanpanya.

Aku tersentak bila mendengar sesuatu dari sebalik semak berdekatan, aku memegang erat pisauku dan bergerak mendekati semak tersebut. Aku dapati seekor arnab sedang bersembunyi dan menghembus nafas lega. Haiwan kecil ini hampir buat aku lemah jantung. Aku memandang pisau dalam tanganku dan kembali ke arnab tersebut.

Well, Goodbye Rabbit..

Aku berpatah balik ke rumah dengan keputusan yang kukuh. Setiba sahaja aku dirumah, aku dapati Light dah pun balik dari melihat bakul rotannya yang ada di kaunter dapur.

“Light?” sahutku bergema di ruang tamu. Aku menjungkit kening, mana dia? “Light—?” Ayatku terhenti bila Dia muncul dari bilik tidur dengan mata yang basah. Aku risau. “Light, kenapa ni—Ooft!” Dia terus berlari dan memelukku dengan erat hampir buat aku jatuh tapi di sebabkan kakiku dah sembuh, aku dapat menampung badannya. “L-Light, kenapa ni? Kau okay ke?”

Dia menggeleng dan memandang aku. “S-Saya ingatkan kamu dah pergi.. p-pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.” Tangisnya. “S-Saya betul-betul ingat kamu tinggalkan saya tan-tanpa—Dan—s—saya, saya tak sempat nak m-minta maaf—”

“Hey, Hey…. Jangan risua, aku tak pergi lagi.” Bisikkul mengusap air matanya. aku rasa hatiku berbunga melihat dia sedih kerana fikir aku meninggalkan dia. “Jangan menangis okay?”

Dia mengangguk, menarik nafas untuk beberapa kali sebelum memandangku dengan mata kuyunya. “J-Jadi bila kamu akan pergi?”

“Takkan.” Jawabku pantas.

 “Huh?”

Dia buat aku tersenyum melihat kebuntuannya. “Kau pernah tanya bila aku akan berhenti mengembara dan menetap disatu tempat kan? Light, aku nak bagitahu kau yang masanya telah tiba.”

Dia memandang aku seperti cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan. “Noct, aku tak faham.”

“I’m staying here. With you.” Kataku membuat matanya membesar. Aku mencapai kedua pipinya dan mengusapnya dengan ibu jariku dengan lembut. “Aku nak dengar suaramu setiap hari, tawamu sepanjang masa, jeritanmu, melihat kau marah, menengking aku setiap kali kita bergaduh-Don’t cry light—setiap kali aku suruh kau berhenti dari memaksa dirimu dari memerah tenaga untuk orang kampung. Membuat kerja yang kau suka setiap hari.” Aku mengusap air matanya. “Benarkan aku tinggal disisimu? Buat selamanya dan kacau kau setiap hari?” Dia tertawa kecil membuat aku tersenyum. “Is that a yes?”

Dia mengangguk kecil dengan senyuman terindahnya. “Tapi kamu tahan ke dengan perempuan pendesak macam saya ni?”

“You kidding right? That’s the all reason why I want you in my life. Teruskan desak aku kalau kau nak. Aku gembira bila kau buat macam tu.” Dia terus memukul bahuku dan buat aku tertawa kecil.

“Jerk” Marahnya tapi tersenyum.

Aku memeluknya dengan erat dan mengucup kepalanya dengan lembut. “Kau tak tahu betapa gembiranya aku sekarang ni.”

“Saya pun. Noct, thank you.”

Aku merenggangkan pelukan kami, memandang dia tepat pada matanya, melihat sinaran yang sentiasa berada di dalam anak mata biru itu. Ia lebih bersinar dari selalunya.

Dengan perlahan aku dekatkan wajahku kepadanya. “From now on… You are mine.” Bisikku pada bibirnya. “And I’m yours.”

>X<

Dua minggu kemudian, penduduk kampung tahu tentang hubungan kami berdua dan berkeras untuk adahkan perkahwinan untuk kami berdua. Merasmikan hubungan kami berdua. Lagipun, mereka berhutang nyawa dengan Light dan cara mereka membalas jasa Light ialah mengadahkan majlis perkahwinan untuk kami berdua.

Aku membantah idea ini. aku nak hidup tenang aman dengan Light, tak perlu semua majlis mewah sehingga satu kampung datang. Aku hampir tengking ketua kampung sebab tak faham maksud aku tentang ‘taknak majlis perkahwinan langsung’ tapi aku bersetuju jugak kerana Light menginginkannya.

“Tapi Noct, saya nak. Dari kecil saya terbayang macam mana majlis perkahwinan saya akan jadi dan… kalau kamu tak kisah, saya nak majlis ni. Please noct?”

Siapa boleh menolak rayuannya? Dengan hati yang berat, aku setuju. Memakai suit yang tidak selesa sepanjang hari hampir buat aku dihidrated, tapi ia berbaloi, kerana aku dapat melihat Light memakai gaun putih yang nampak sangat cantik padanya. Ia membawa nafasku pergi.

Inilah rasa bila melihat orang yang kita sayangi memakai gaun pengantin dan berjalan di atas karpet pelamin. Aku sendiri tak menjangka yang aku akan mengalami situasi seperti ini di dalam hidup aku.

Perkara paling menggembirakan ialah melihat wajah Damien seperti rohnya dah keluar dari jasadnya. Aku dapat tahu dia menyimpan perasaan terhadap Light untuk sekian lama tapi tidak dapat meluahkannya kerana takut apa akan Penduduk kampung akan katakan tentang mereka. Well men, you being a chicken for that dan wanita pujaanmu sekarang jadi milikku.

Aku pasti aku ada buat ketawa jahat masa tu dan Light pandang aku pelik semacam. Well, senang je nak alihkan perhatian perempuan ni.

Setelah kekecohan tentang majlis perkahwinan kami berakhir, hari-hari tenang yang aku inginkan telah sampai dan hari tersebut lebih indah dari apa yang aku bayangkan.

“I don’t get it, kenapa awak tanam pokok herba liar ni sedangkan ia ada banyak di dalam hutan. Tepi jalan pun ada.” Rungutku, menolong Light menanam herba liar baru yang aku tak tahu apa namanya. Hampir semua pokok herbanya kelihatan sama, jadi susah untukku mengetahui berbezaan herba-herba ni. Aku pernah kena marah sebab tercabut pokok herbanya dan bukannya lalang!

“Sebab saya takda masa nak keluar kutip herba ni setiap hari. macam mana kalau sesuatu terjadi dan perlukan daun ni untuk buat ubat? Takkan saya nak keluar? Kalau saya tanam di belakang rumah kan senang. Jimatkan masa.” Jawabnya sambil menanam pokok herba tersebut. Dia sempat mengelap dahinya yang berpeluh dari buat kerja, meninggalkan kesan tanah di dahinya. “Atau abang tak suka buat benda kotor ni?” Dia tersenyum nakal.

Aku menjentik dahinya, membuat kesan kotor diantara keningnya. Aku tertawa kecil.

Dia menjungkit kening, perasan sangat aku ketawakan dia. “Ada something pada muka saya ke?”

Aku hanya mengangkat kedua tanganku kepadanya. Nampaknya dia faham maksudku sebab matanya membesar dan dia segera memegang mukanya dengan tangan yang kotor. Sekali lagi dia terkejut baru perasan tangannya juga kotor dan aku ketawa lebih besar dari sebelumnya.

“Abang!!” Bila dia nak capai mukaku, aku terus bangun dan melarikan diri darinya. Dia pun mula mengejarku “Jangan lari!”

Kami mula main kejar mengejar di dalam kebun dan dia langsung tak dapat tangkap aku. Tapi, entah macam mana aku jatuh terduduk di atas lumpur kotorkan seluar dan tanganku. Percikan lumpur tersebut juga terkena pada wajahku. “Euggh… Damn it—” Aku mendongak melihat Light mentertawakan aku. “Oh no you don’t—Mari sini!”

“Tak! Abang, saya tak salah!” Dia sempat melarikan diri sebelum aku dapat tarik dia bersamaku. Aku segera bangun dan mengejarnya pula. “Saya dah kotor! Tak nak!!”

Setelah beberapa putaran di sekeliling kebun aku akhirnya dapat menangkapnya dengan memeluk dia dari belakang.

“Abang!—Ahh!!” Aku mengangkat dia dan bawa dia berputar-putar membuat dia menjerit dan tertawa pada yang sama bersamaku.

Beginilah hari-hari kami berdua. Tenang tanpa ada sesiapa yang menganggu kami. Aku bersyukur juga rumah berada di hujung kampung, tiada orang akan melihat kami, datang melawat sepanjang masa—dah tentu orang kampung datang untuk ambil ubat mereka tapi tidak selalu. Hanya sehari dua sahaja dalam seminggu.

Pernah sekali budak Damien itu datang ke rumah pada masa yang salah. Of course muka Light merah padam, sepertinya dia nak pitam depan Damien tapi aku tak. malah aku sukakannya. Melihat riaksi muka budak tu, pucat dan terkejut sangat berbaloi.

Dia mengambil ubatnya, dan beredar pergi selepas meminta maaf kepada kami kerana mengganggu masa bersendirian kami. Light marah aku sebab tak membantu dia jelaskan kepada Damien yang budak tu sebenarnya salah faham tapi menggalakkan Damien fikir yang bukan-bukan. Aku hanya mengangkat bahu sebelum mengangkatnya masuk ke dalam bilik. Senyapkan mulutnya dari membebel.

Tanpa aku sedari, aku hidup bersama Light dah masuk 5 bulan. Aku dapat pekerjaan baru sebagai pemburu dan memburu haiwan liar di hutan untuk di jual di pekan. Pada mulanya Light melarang idea itu tapi bila penduduk kampung bersetuju kerana mereka fikir dari membelinya di Bandar, baik kampung ini ada pemburu sendiri kerana harga lebih murah dari di Bandar. Nak tak nak Light akur.

Pada akhir musim luruh, kami berdua akan menjadi sibuk dengan kerja masing-masing. Light mengumpul herba-herbanya, membuat stok untuk sepanjang musim sejuk. Selalunya stok ubat selsema kerana pada musim salji tentu ramai penduduk akan jatuh sakit. Perkara ini buat Light risau. dia berharap ubatnya cukup untuk tiga bulan musim salji dan tiada sesiapa dapat penyakit yang teruk.

Aku pula memburu di hutan lebih kerap kerana penduduk kampung menginginkan daging segar untuk di simpan pada musim sejuk. Sehingga agihan daging tidak cukup untuk semua penduduk kampung. nak tak nak aku kena juga mengupah dua tiga orang menolongku memburu. Aku tak suka bila masa bersendirianku dikongsikan dengan penduduk kampung yang aku tak nak kenal.

Apabila musim salji tiba, ia masa untuk aku dan Light rehat. Kami takda banyak kerja untuk dibuat kerana pokok herba Light beku pada musim salji. Hanya beberapa herba sahaja yang bertahan pada musim sejuk. Aku pula hanya keluar ke hutan sekali sekala. Jadi kami ada masa yang banyak untuk kami berdua. Ia waktu kegemaran aku bila kami berdua tiada benda nak buat, hanya duduk di depan unggun api (Aku buat semasa musim luruh), minum teh gingseng, dan berada di dalam dakapan masing-masing di dalam selimut tebal.

“Christmas?” Soalku memandang Light dalam dakapanku. “Abang tak sambut Christmas.” Jawabku. Sebenarnya aku tak pernah sambut Christmas. Bila dia bangkitkan perkara itu membuat aku nak rasa bagaimana orang-orang biasa menyambutnya.

Dia mengangguk pada dadaku. “Me too. Dahulu sayang menyambut dengan keluarga sayang tapi setelah…” Dia diamkan diri, tidak ingin menyambung ayatnya. “Setelah itu tak lagi. takda siapa sayang nak sambutnya bersama.” Jawabnya dengan senyuman. “Tapi kalau kita nak sambut Christmas pun tak sempat.” Aku menjungkit kening. “Sebab kita tiada perhiasan untuk hias rumah kita. Saya tak rasa ada lagi pokok cristmas. Lagipun, siapa nak datang ke rumah kita kan?”

Aku hanya diamkan diri. AKu tahu, dia cakap seperti ini untuk sedapkan hati aku. Dan juga hatinya sendiri. Dia tahu, aku akan buat apa sahaja kalau dia nakkan sesuatu. Dah tentu aku akan cari cara untuk sambut Christmas kalau dia nak. Sebab tu dia bagi alasan seperti ini.

Aku hanya mengangguk. Tak cakap apa-apa dan memeluknya semula. Fikiranku masih melekat pada subjek Christmas. Dia taknak perhiasan, tak nak pokok. Tapi dia nak menyambutnya.

Mungkin tuah menyebelahi aku sebab semasa aku ke pekan, aku terjumpa sesuatu yang mengingatkan aku pada Light. ia sebuah perhiasan rambut. Crystal yang dibentukkan jadi tiga bunga daisy dan daunnya di perbuat dari jade hijau. dawai yang mengelilingi perhiasan tersebut diwarnakan emas, menyerlahkan perhiasan rambut ini.

Pada malam Christmas, semasa Light baru keluar dari bilik air, dia perasan aku sedang perhatikan gerak gerinya dan bercekak pinggang. “Abang? Ada sesuatu tak kena ke?”

Aku tersentak dari lamunanku dan tersenyum. Mengglengkan kepala.

“So? Kenapa abang pandang saya macam tu?”

Aku bangun dan berjalan mendekatinya. Of course dia akan melangkah kebelakang. Sentiasa akan membelakangkan diri bila aku tak cakap apa-apa semasa dia dalam keadaan buntu. Dia akan berfikir benda yang bukan-bukan.

“S-Stay back.” Katanya mendepakan tangannya ke dadaku.

Aku menjungkit kening dengan senyuman. Apa lagi dia fikirkan kali ini?

Mukanya naik merah, lebih merah, menyerlah dari gaun tidurnya yang berwarna rosey pink.

Aku memegang tangannya sebelum dia sempat menarik tangannya semula. “A-Abang?” Aku mengendahkan panggilannya dan menarik perempuan itu mendekatiku. Menarik kedua tangannya, meletakkannya di belakang bahuku sebelum memeluk pinggangnya. “Noctis!” Dia terus menutup mata bila tanganku ingin mencapai wajahnya.

Aku menahan diriku dari ketawa melihat wajahnya yang merah. Tanpa berkata apa-apa, aku menyepit perhiasan yang aku beli di pekan pada rambutnya. Setelah itu aku memegang pipinya.

“Buka mata sayang.”

Dengan perlahan dia membuka matanya, memandangku semula.

Aku dah agak dah. Sepit rambut tu sesuai dengan matanya. “You look beautiful.”

Dia menyentuh perhiasan rambut di kepalanya sebelum memandangku semula dengan wajah merah. “S-Saya—Urrm… Sorry?”

Aku tertawa. Bukan itu yang aku nak dengar dari mulutnya tapi ia di terima. “Tak perlu. Jom!” Aku terus menarik dia masuk ke dalam bilik tidur membuat dia kembali cuak. Sehingga kakinya dia tanam atas lantai. Aku kembali memandang dia dengan senyuman nakal. “Sayang, jangan nak buat hal.”

“S-saya buat hal?” Soalnya dengan muka merah padam. “Abang yang dari tadi berperangai pelik d-dan bila kita dah in the moment tetiba abang nak… n-nak—Stop laughing!”

Aku menutup mulutku dan tersenyum. “Sorry. Jangan risau, abang bukan nak buat Tu. Okay?” soalku dengan lembut. “Trust me.”

Dia mengeluh panjang dan mengangguk. “Okay.”

Aku membawanya ke bilik tidur dan suruh dia berdiri di depan meja bercermin. Aku memeluk pinggangnya dari belakang dan mengucup belakang telinganya. “So, sayang sukakannya?” melihat dia menarik nafas dalam sambil menutup mulutnya membuat aku tersenyum. Aku rehatkan daguku pada bahunya. “Abang ambil riaksi tu sebagai ‘ya’.”

“Its beautiful.” Bisiknya dan memegang pipiku. “Dari mana abang dapat perhiasan ni?”

“Pekan. Traders datang menjual barangnya dengan harga murah—jangan risau, dia lelaki. Abang pasti dia bukan ahli sihir.” Potongku kenal sangat Light akan risau kalau aku beli barang dari orang tak dikenali. “Abang beli untuk sayang. Hadiah hari Christmas.”

“Oh abang… saya—” Dia tertawa kecil dengan mata berkaca bila aku mengeratkan pelukanku. “Saya takda apa-apa nak bagi kat abang—”

“Jangan risau.” potongku dan memutar badannya kepadaku. “Abang yang nak belikan untuk sayang.”

Dia menggeleng dengan bibir kebawah. “Tapi ini christmas. Christmas kita yang pertama.”

“Well, kalau sayang nak jugak bagi abang sesuatu...” Aku menolaknya dengan perlahan sehingga dia terduduk di atas katil dan aku merangkak naik ke atasnya. “sayang boleh bagi sesuatu yang abang suka.”

Dia kerutkan hidungnya sebelum tersenyum—okay, aku tak jangka dia bagi riaksi tu—dan mengusap lenganku dengan lembut—aku tak jangka itu langsung—sebelum dia memeluk leherku, membawa aku lebih dekat padanya. “Apa yang abang suka?”

Aku tertawa kecil. Seriously? Dia bermain dengan aku ke? Well, aku pun boleh main permainan ni. “Sayang.” Kataku serendah yang mungkin. Dia sukakannya bila aku bercakap dengan suara rendah.

“Sayang?” soalnya innocently.

Terukir senyuman kecil di hujung bibirku. Aku dekatkan mukaku kepadanya, hanya seinci jauh antara kami berdua. Aku dapat rasa deruan nafasnya pada wajahku.

“You.” Bisikku membuat dia tersenyum. Kalau dia bermain lagi, kena lah dia.

Dia menarikku sehingga bibir kami bertemu. Aku menghembus nafas panjang dalam kucupan kami dan kembali memandangnya dengan senyuman. “I love you.”

Dia turut tersenyum. “I love you too.”

Dan malam Christmas kami berakhir dengan indah sekali.

>X<

Tahun baru. musim bunga telah tiba dan kami berdua kembali sibuk. Sibuk dengan kerja masing-masing. Light merawat penduduk kampung yang memerlukannya. Ada sahaja penyakit yang mereka kena supaya Light sentiasa sibuk sepanjang masa. Tersengat tebuan, arlegik dengan musim bunga, pesanan teh herba untuk majlis get together makcik-makcik tua dan banyak lagi! aku fikir mereka semua sengaja sibukkan Light supaya aku tak dapat meluangkan masa dengannya.

Aku pun apa kurangnya. Memburu bukan perkara yang senang bila tidak membuahkan hasil sepanjang hari. Mungkin haiwan-haiwan tersebut amsih dalam hibernasi? Oh please… Ini musim bunga. If you know what I mean.

“Abang balik awal?”

Aku jatuhkan punggungku di atas kerusi rotan di ruang tamu dengan hembusan nafas panjang. “Tiada haiwan nak diburuh ini hari.” kataku dengan keluhan. “Sayang? Sibuk buat teh untuk orang-orang tua tu?”

Dia tertawa, membersihkan tangannya di singki dan berpaling kearahku. “Abang masih merajuk ke?”

“No.” jawabku cepat. Dia mengecilkan matanya kearahku dengan senyuman nakal. Aku terus ailhkan pandanganku darinya. “Abang tak merajuk.”

Dia membuka apronnya dan berjalan mendekatiku. “Oh okay. abang tak merajuk. Tapi bersedih.” Usiknya dan duduk atas pangkuanku.

Aku memeluk pinggangnya. “shut up.”

Sekali lagi dia tertawa. Sekarang dia bermain dengan rambutku, menolak rambutku kebelakang supaya dia boleh lihat mukaku dengan jelas sebelum memberi kucupan di pipi.

“Janganlah macam ni. Saya tahu abang hensem bila buat muka murung tapi saya lebih sukakan senyuman abang.”

Aku hanya menggeleng medengar usikannya. Aku menanam wajahku pada rambutnya, menghidu bau herba-herba yang menyegarkan darinya. “I just miss you.”

“I miss you too.” Bisiknya dan dia merenggangkan pelukanku. “Saya tahu macam mana nak hilangkan kesedihan abang.”

Aku menjungkit kening. “How?”

Dia dekatkan bibirnya pada telingaku, berbisik sesuatu membuat mataku membulat. Seriously, aku rasa bola mataku boleh tercabut dari kepalaku. Aku memandang wajahnya yang tersenyum gembira sebelum pandanganku jatuh ke perutnya. Dengan tangan yang menggeletar, aku menyentuh abdomennya dengan perlahan.

“K-Kau mengandung?”

Dia mengangguk kecil “Ya.” Jawabnya sepatah.

Aku akan ada seorang anak? Aku akan ada sebuah keluarga…. Sebuah keluarga. Aku tak pernah terbayang aku akan mempunyai sebuah keluarga. Apatah lagi menjadi seorang ayah.

Mempunyai keluarga bersama Light.

Aku terus memeluk Light dengan erat dan mengucupnya penuh di bibir. “Thank you…” bisikku pada bibirnya. Aku dapat rasakan hatiku mekar mengetahui aku akan menjadi seorang ayah. Aku mengucupnya sekali lagi. “thank you.” Dan lagi. “really… thank you.” Dan sekali lagi sebelum memeluknya semula tidak terlalu erat kerana takut menghempap bayi dalam kandungannya.

“Terima kasih Light… terima kasih.” Kataku berulang kali kepadanya dan Light hanya mengangguk dan tertawa dengan tangisan gembira. Terima kasih sebab memberi peluang kepadaku. Terima kasih beri aku mencintaimu dan mencintaiku juga. Terima kasih kerana menjadi isteriku. Terima kasih kerana bagi aku sebuah keluarga. Terimah kasih bagi aku kehidupan baru. Terima kasih. Terima kasih untuk segala-galanya.

>X<

“Sayang…”

“Hm?”

“Stop working.”

“Tak.”

“Light…”

“Seriously, kandungan saya baru nak masuk tiga bulan. Bayi kita mungkin sebesar buah peach.”  
“Abang tetap tak suka.”

>X<

Menyeksakan. Sangat menyeksakan.

Kena ke dia minta benda yang bukan-bukan? Aku tahulah dia pakar herbalist tapi campur masakan biasa dengan herba-herba yang aku sendiri tak tahu sehingga warna masakan tu bertukar menjadi warna pelik… aku yang tak tahu apa-apa tentang herba pun tahu ia merbahaya. Rasa masakannya pun pelik semacam! Macam mana dia boleh makan makanan pelik macam ni? Aku pernah dengar kalau wanita mengandung dia nak makan makanan yang pelik-pelik tapi ini…. For heaven sake, aku takut dia terbuat racun sudah.

Bukan itu sahaja dia nak makan. Kadang-kadang dia nak makan wild berried tengah malam. TENGAH MALAM. Nak tak nak, aku terpaksa pergi ke hutan untuk petik buah berry untuknya dan bila aku balik dari rumah, dia dah tidur. Keesokan paginya dia dah taknak makan berry tapi nak makan daging ayam.

Seleranya asyik berubah-ubah. Sekejap dia nak makan buah, sekejap nak makan daging, sekejap dia nak makan benda-benda pelik. Terutamanya masukkan herba ke dalam makanan. Aku terpaksa bertahan dengan masakan peliknya.

Aku tak tahu menjaga seorang perempuan yang mengandung sepenat ini? Apatah lagi mendapat isteri yang tak senang duduk dan suka makan benda yang pelik-pelik. Dia tak nak berhenti dari buat kerjanya dan juga mempunyai selera makan yang bertukar-tukar setiap satu jam.

Bila peringkat mengidam ni nak tamat?

“Noct…”

“Noct…”              

Tidurku terganggu bila aku rasa seseorang sedang menyucuk bahuku. aku berdengus sebelum menarik selimut menutup badanku.

“Bang…”

Sekali lagi. Cuma sekarang dia menyucuk pipiku. Dengan perlahan aku membuka mata tapi segera menutupnya bila cahaya matahari menyilau mataku. “Sayang, tutup lampu tu.”

Aku dengar dia tertawa dan mencium pipiku. “Abang, hari dah pagi. Bangun.”

Aku membuka mataku selebah, melihat Light yang baring di sebelahku dengan tangan di pipinya sebagai tongkat. “Nak makan apa kali ni?” Soalku dengan suara garau.

Dia menggeleng. “Kali ni tiada.”

“Good.” Aku kembali menutup mata dan menariknya kepadaku, dengan wajahku separas dengan abdomennya. Sejak kebelakangan ni aku suka tidur dekat dengan perutnya.

Aku rasa dia bermain-main dengan rambutku, tak berkata apa-apa. Aku biarkan dia buat apa dia nak, sebab aku kenal tabiat Light. Dia jenis yang bangun awal dan ada habit suka tenung aku semasa aku tidur. Atau baring di atas katil bersamaku sehingga aku bangun sepenuhnya.

Setelah beberapa minit dalam keadaan senyap yang menenangkan, aku membuka mataku dan mengucup perutnya membuat Light terkejut.

“Selamat pagi Peachy.” Aku mendongak dan mengucup bibir isteriku. “Selamat pagi sayang.”

Dia menjungkit kening kepadaku. “Seriously? Peachy?” soalnya dengan senyuman. “Abang, saya cakap je sebesar Peach. Takkan lah nak namakan anak kita peachy?”

Aku tertawa, berputar ke atasnya. “Kita tak tahu lagi samada bayi ni lelaki atau perempuan. So, untuk sementara waktu. Peachy.”

Dia pula tertawa di bawahku. Aku takkan pernah bosan melihat dia tersenyum dan tertawa. Ia umpama irama lagu yang indah di telingaku.

“Saya rasa kita dapat anak lelaki. Sebab dia selalu menyusahkan abang.” Katanya sambil memegang perutnya. “Kalau anak lelaki abang nak bagi nama apa?”

“Peachy.”

Dia memukul bahuku. “Serius la sikit. Kalau perempuan?”

“Peachy?”

Dia kembali tertawa. “Abang!”

Aku mengucup dahinya. “Sebenarnya abang tak kisah sangat. Peachy, Berry, strawberry, orange, watermelon… abang tak kisah. Kalau sayang? Nak bagi nama apa?”

Dia kerutkan hidungnya. “Abang nak kutuk saya ke? Mentang-mentang saya menyusahkan abang petik berry.” Aku hanya tertawa dan menggeleng. “Saya nak namakan dia Alexis.”

“Untuk lelaki?”

“Perempuan juga.” Dia kembali memandangku. “Macam mana? Okay tak?”

“Alexis…” aku sebut nama tu dengan lidahku sendiri dan mengangguk. “Nama yang cantik.”

Dia tersenyum gembira sebelum menolak aku ketepi dan bangun dari katil. “Sekarang bangun. Masa untuk mulakan hari dengan kerja yang tertangguh!”

Aku kembali baring di atas katil. Fed up dengan dia kadang-kadang. “Light…”

Dia kembali memandangku dengan senyuman nakal. “Okay-okay, saya berehat di rumah hari ini. Happy?”

Aku segera bangun dari katil dan berdiri di depannya. “janji?”

Dia mengangkat tangan dan mengangguk. “I, Lightning Caelum berjanji takkan keluar dari rumah ni dan berehat sepenuhnya.”

Aku tersenyum puas dan menyentuh dagunya untuk menciumnya di antara keningnya. “Yes, sekarang abang boleh keluar dengan tenang.”

Setelah bersarapan pagi dengan Light, aku pergi ke hutan untuk membuat kerjaku seperti biasa. memburu.

Kali ini aku masuk ke dalam hutan lebih dalam dari semalam mencari haiwan untuk di buruh. Mungkin mereka berada jauh di dalam hutan kali ini kerana dah tahu betapa bahayanya berada di pinggir hutan erana pemburuh seperti aku datang untuk daging mereka.

Aku masuk ke dalam hutan, sehingga hanya sedikit cahaya matahari menyinari hutan kerana pokok-pokok tinggi menjadi payung menghayang sinaran mentari untuk turun ke bumi.

Aku duduk diam di sebalik semak berdekatan dengan sungai, menunggu haiwan liar yang dahaga datang untuk minum air di sungai tersebut.

Hutan ini senyap. Senyap yang sangat menenangkan. Bunyi kicauan burung, air sungai mengalir, dan hembusan angin bayu yang menari-nari dengan dedaun pada pokok tinggi.

Semakin lama aku berada di sebalik semak, aku mula tak rasa sedap hati. Ada sesuatu yang tak kena. Walaupun hutan ini kelihatan seperti biasa, ia tetap senyap. Senyap yang pelik. Kalau tempat ini setenang apa yang aku rasakan, tentu ada haiwan berkeliaran di kawasan sungai ni. Tapi…. Seekor haiwan liar pun aku tak nampak.

Mungkin mereka lebih jauh ke dalam hutan?

Aku mengeluh. mungkin ini hari bukan hari yang baik untuk memburu.

Jadi aku                mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Meluangkan masa dengan Light. Ya, aku rasa sehari tidak memburu tidak salah.

Semasa aku nak berpaling ke arah rumahku, langkahku terhenti sepenuhnya bila aku melihat seorang perempuan bergaun langit malam yang panjang berdiri di hadapanku.

“Well, well, well… lihat siapa saya tak jumpa selama 15 bulan ini?” suaranya umpama racun kepadaku. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya sangat meluatkan.

“Lady Chaos…” aku berdesir. Memegang senapangku dengan erat di sisi. “Macam mana kau boleh jumpa aku?”

Dia yang 5 meter jauh dari aku bertukar menjadi asap dan terbang kebelakangku, berbisik; “Aku sentiasa jumpa kau, Shadow… sentiasa.” Dia kembali ke bentuk manusianya. “Ingat kau milikku.”

Aku menghayunkan senapangku ke arahnya tapi ia tembus seperti asap melalui badannya. Aku membelakangkan diri dari dia.

Lady Chaos hanya tertawa. Ketawanya sangat membingitkan seperti puntianak mengilai. “Kau tahu aku tak boleh di sentuh oleh manusia seperti kau!” katanya dengan bangga. “Sekarang, bagitahu aku ke mana kau menghilang selama setahun lebih ini?”

Aku hanya diamkan diri. dia tak tahu ke? Dia tak tahu tentang Light. Bagus.

“Jawab Shadow.” Katanya memberi amaran. Aku hanya merenung wajahnya yang tajam, tidak berkata apa-apa sehingga dia mengeluh, tanda mengalah. “Kau nak buat muka aku berkedut.” Dia mengusap wajahnya yang ketat dengan lembut. “Anyways, kenapa kau menghilangkan diri? adakah di sebabkan kau dah bosan dengan aku?”

Aku mengangguk. “Ya. aku dah bosan jadi orang suruhan kau. Membunuh untuk keseronakan kau. Aku taknak!” jeritku naik okta 3. “Aku nak bebas! Taknak ada kena mengena dengan dengan Permainan kau lagi!”

Dia menyentuh dadanya seperti aku dah buat dia tersinggung. Selepas itu dia tersenyum sinis. “Shadow, kau tahu aku hanya dapat bermain dengan manusia 100 tahun sekali kan? Aku nak menikmati kuasa aku ni selagi aku boleh.” Dia menyandar padaku dan aku nak menolaknya tapi tak boleh. Aku miliknya dan dia ada kuasa atas badanku.

“The Gods gone mad give you the power to play with human life.” Kataku mengetap gigi. “Aku harap Ahli sihir tu akan hentikan kau dengan permainan bodoh kau ni.”
Dia hanya tertawa mendengar ugutanku. “Tak selagi aku berkuasa. So, kau nak bebas?” Dia ubah tajuk?

Aku hanya mengangguk. “Ya. lepaskan. Aku.”

Dia melihat kukunya seperti dia tengah bosan. “Kamu dah tak menyeronokkan seperti dahulu. Malah kamu meninggalkan saya kebosanan selama 15 bulan.” Dia kembali memandangku.

Jantungku berdegup kuat menunggu dia cakap syarat untuk kebebasanku. Aku pasti dia akan seksa ku dahulu sebelum melepaskan aku. Dia tak suka melepaskan orangnya sendiri tanpa berseronok dengannya. Aku memejam mata dengan erat menunggu hukumanku.

“Baiklah. Aku lepaskan.”

Aku memandangnya semula. Terkejut. “Apa?”

Dia tersenyum sinis. Datang mendekatiku. Aku segera membelakang sehingga aku membelakangkan pokok. “Jangan bergerak Sweetheart.” Dia menyentuh dadaku dengan tangannya.

Aku rasa badanku menjadi panas. Panas di mana dia menyentuhku dan merebak ke satu badan. Jantungku rasa seperti nak meletup kerana berdegup terlalu cepat untuk sebuah jantung manusia boleh tanggung. Aku mengerang kesakitan yang amat perit sehinggalah dia menarik tangannya dari dadaku bersama symbol hitam keluar dari dadaku dan melekat pada tapak tangannya.

Aku jatuh berlutut di atas tanah sambil menyentuh di mana dia sentuh tadi. nafasku kembali ringan dan paru-paruku kembali membenarkan aku bernafas.

“There. Kau dah bebas.” Katanya dengan nada menggoda. “Bukan susah nak lepaskan seseorang dari contract aku tahu tak? nak bebas dari contract bersama Dewi kira mustahil kerana ia agak mustahil. There’s always a price to pay.” Katanya memandang symbol pada tapak tangannya. “Kamu orang pertama bebas dari kontrak dengan aku.”

Aku mendongak memandangnya. Price to pay? “Apa dia?”

“Kamu kata apa tadi?” Dia kembali memandangku.

“Apa kau ambil dari aku? Aku tak ada apa-apa dalam dunia ni. Kau takkan lepaskan aku tanpa—” Ayatku terhenti, menyedari sesuatu. Melihat dia tersenyum dari telinga ke telinga membuat jangkaan lebih tepat. “K-kau—”

“Kau takkan pernah jumpa anak kau lagi.” katanya dan ketawa dengan nyaring ke udara.

Aku mengabaikan dia dan berlari kearah rumahku secepat yang mungkin. Tak mungkin… tak mungkin!! Dia tahu pasal Light… Dia tahu pasal Alexis! Tolong….. Tolong jangan ada terjadi apa-apa dekat Light!!

 Sebaik sahaja aku tiba di rumahku, aku terus jatuh terlutut di depan pintu bila melihat ruang tamu berlumuran dengan darah. Di dinding, di sofa, di dapur.. meja makan. Bunga kegemaran Light hancur di pijak di atas lantai.

Terdapat tapak kaki haiwan buas di atas lantai dan aku kenal tapak kaki tersebut.

The Chaser. Haiwan permainan Lady Chaos.

“Light!!” Jeritku sekuat hati. “Light!—Sayang!!” Aku berlari masuk ke bilik tidur dan lebih banyak darah di atas katil. Serta…. Perhiasan rambut Light.

“tak.. tak-tak-tak-tak-tak! TIDAK!!” Aku jatuh di tepi katil dan berlutut di tepi katil. Dengan tangan yang menggeletar, aku mencapai penyepit rambut yang berlumuran dengan darah itu. “T-tak… tak mungkin… Tidak…” suaraku hilang di dalam tangisan. Ini tak mungkin terjadi.

Isteriku… bayiku….

“TIDAK!!!!!!!”

Aku mendengar gelak ketawa nyaring di sekelilingku, menggelakkan aku. Berkata setentang dia takkan lepaskan aku dengan sebegitu mudah. Dia nak aku terseksa sepanjang hidup aku dan semua ini salah aku. Kalau aku tak tinggalkan dia, dah tentu semua ini takkan terjadi. Isteriku takkan di bunuh oleh chaser bersama dengan bayiku.

Aku takkan pernah dengar suara Light lagi. takkan pernah lihat dia tersenyum, tertawa, marah, menjerit. Takkan lagi. Bayiku… Alexis, Bayiku takkan pernah lahir di dunia ini. bayi yang aku takkan pernah dapat kenal.

Semua ini salah aku.

Salah aku…

>X<

Dia kembali kedalam kegelapan. Cahaya yang membawanya ke arah kebahagiaan telah hilang buat selama-lamanya. Tidak lagi dapat menyinari dunianya yang gelap dan tunjukkan perkara yang indah di dunia ini. kerana hatinya telah diselibungi dengan rasa bersalah. Hatinya patah tdak dapat di sembuhkan lagi.

Dia semakin sesat di dalam kegelapan dan akan terus sesat dengan bisikan suara isterinya yang akan sentiasa menghantui dirinya. Buat selamanya.

*Pentatonix – Light in the Hallway

(A/N: Hmm….. hmmm….. hehehehehehe, teringin nak buat sad ending. So, here it is!!! Angah rasa tentu korang dah sedia pistol, senapang, bazooka untuk serang angah sekarang ni kan? Bom rumah angah… Huhuhuhuhuhuhuhu. Sorry Not Sorry.)

P/S: Angah akan pergi ke penjuru bilik sekarang untuk menangis nasib Noctis

48 pages

2 comments:

  1. Angah....why sad ending, why? Huk...huk...

    ReplyDelete
  2. Huk... Huk.... angah saja nak try buat cerita sedih T_T

    ReplyDelete