Fifth L.O.V.E

–Gracious Academy-

You got to be kidding me?”

Hansel menahan dirinya dari mentertawakan Ivy tapi gagal kerana Ivy dapat lihat senyuman menjengkelkan tertampal pada mukanya. “Come on Ivy, tak lah teruk sangat.”

Kalau jelingan boleh membunuh, Ivy rasa Hansel dah lama ada batu nisan di atas kepalanya dan berada 6 kaki di bawah tanah.

Dia kembali memandang kereta kuda yang tiba di depan rumahnya, siap dengan bling-bling dan empat ekor kuda putih. pengiringnya juga boleh tahan hensemnya. Sekarang ni dia tak tahu samada dia nak pengsan sekarang ni atau nak mentertawakan pengiringnya yang siap berpakaian formal yang penuh dengan benda kembang di kaki dan lengannya. Atau dia nak rasa simpati atas diri sendirinya kerana dia akan naik kereta kuda yang memalukan ini.

“Bunuh aku sekarang juga.” Bisik Ivy sambil menelan air liur pahit. Dia rasa nak muntah. Kalau boleh dia nak muntah atas kasut pengiringnya tu sekarang juga.

“Oh nampaknya kenderaan kamu dah tiba.”

Hansel dan Ivy berpaling kebelakang, melihat Ibu Ivy baru sahaja keluar dari rumah dengan senyuman terlebar dia pernah ada dan Diaval, si burung gagak ada berehat di bahu tuannya. “My Dear child… kenapa kamu masih tercegat di depan pengiring kamu? Kamu dah ucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan kamu ke?” Soal Ibunya melihat sekeliling. “Why…. Mana kawan-kawan kamu yang lain?”

Ivy ingin bersuara yang kawan-kawan mereka tak tahu yang dia akan bertolak ini hati tapi terbatal kerana jeritan nyaring yang datang kearah mereka. Air muka Ivy jatuh sebaik sahaja dia tahu milik siapa suara nyaring itu.

“IVY!!!!!”

Hansel dan Ivy, termasuk ibunya memandang caramel berlari kearah mereka sambil melambai-lambai kedua tangannya ke udara dengan Dottie mengekorinya dengan cool dari belakang.

Caramel berlari sepantas yang mungkin dan menerkam ivy seperti pemangsa kepada mangsanya sehingga kedua perempuan ini jatuh terbaring di atas tanah dengan Caramel di atasnya. “Kau pergi tanpa beritahu kami!!!” marahnya dengan suara high pitch.

Dottie yang menghembus asap shishanya tunduk melihat Ivy yang bergelut dari cengkaman Caramel. “Babe, This is so not cool. Asal tak bagi tahu kitorang hah?”

“Sebab aku taknak ini terjadi.” Ivy menolak Caramel ketepi dan Hansel membantu dia bangun.

Caramel mencebik dan memeluk tubuh tidak puas hati. “Meany! Tentu kau ingat kami macam yang lain kan? Fikir kau tu dah jadi baik dan kitorang taknak dekat dengan kau supaya kami tak… err—”

“Tak terpengaruh dengan ‘kebaikan’ kau.” Sambung Dottie sebelum menghisap shishanya. Dia memandang Ivy dari atas hingga bawah, perasan Ivy pakai baju lebih mewah dari sebelumnya. Dia memakai jeans koyak rabak berwarna biru pudar, kasut boots kegemarannya yang dah kehausan tapak. Baju sleeveless besar berwarna Pink?—Bukannya Ivy tak suka warna berkenaan pelbagai warna merah ke? Apapun—dan memakai jaket hitam yang kelihatan lebih feminine dari jaket leather rock kapaknya.

“Nice first impression.” Puji Dottie dengan senyuman nakal.

Ivy mengangkat bahu slamber. “Well, kena tunjukkan yang mereka boleh percayakan aku dan aku taknak tinggalkan diri aku yang sebenarnya.. soo, ini yang termampu.”

Mereka bertiga tertawa. It’s sooo Ivy, dia tentu akan buat sesuatu yang menakjubkan untuk menarik perhatian orang ramai dan buat orang sekelilingnya kagum melihat dia.

“Tapi aku tak rasa kali ni kau akan kagumkan sesiapa.” Komen Hansel. “Aku rasa lebih ‘menggerunkan’ dari mengagumkan.”

Ivy memukul dada Hansel agak kuat dari dia inginkan dan membuat Hansel mengerang kesakitan. “Oops—Sorry, aku nervous sikit.”

Ibu Ivy berdehem menarik perhatian mereka berempat dan tersenyum. “Well, saya ingatkan anak saya akan pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya.” Dia memandang kearah Dottie dan Caramel. “Saya…. Minta maaf sebab Ivy tak beritahu kamu tentang ni.”

“Naaah… don’t worry Miss M. Ivy selalu tinggalkan kami di belakang bila dia ada berita baru. Heh, kami dah biasa dengan dia.” Caramel mengipas tangannya dan memanggil Nama Ibu Ivy dengan slamber membuat rakannya yang lain agak terkejut. Itu Maleficent tu!

Dottie berdehem rasa malu dengan perangai kawannya seorang ni. “Maaf atas ketidaksopanan kawan kami Mistress Maleficent.” Dottie sempat menjeling kearah Caramel. “Apapun, Caramel betul. Kami orang terakhir akan tahu jika Ivy ada berita baru seperti ini. Biasalah, siapa tak kenal Ivy? So secretive and mysterious.”

Ivy tersenyum bangga. “Heh…. That’s more exciting.”

“Err… Eherm—Uhmm—Cik Ivy the Devil? Masa untuk bergerak Cik.” Pengiring Ivy akhirnya bersuara setelah sekian lama dia berdiam diri di kereta kuda itu. Dia sebenarnya tiada niat nak bersuara kerana dia takutkan orang Vicious itu. Malah ikutkan hati dia taknak datang tempat itu, kalau bukan di sebabkan dia telah di tugaskan untuk mengambil Ivy. Disebabkan mereka dah kesuntukan masa, nak tak nak dia kena juga bersuara.

Harap mereka tak bunuh aku… harap mereka tak bunuh aku! Desis hati si pengiring malang ini. Nasib baik dia hanya dapat renungan tajam dari mereka berlima dan di abaikan selepas itu.

“Baiklah semua, aku dah nak pergi.” Kata Ivy dengan suara sedikit gementar. “Apa selalu orang Enchanted kata—Oh ya, Wish me Luck?”

Mereka semua tertawa dan salute slamber kepada Ivy. “Goodluck, Ivy the Devil.”

Ivy mengangguk dan memeluk ibunya dengan erat. “I will not fail you.” Bisiknya kepada ibunya sebelum melepaskan pelukan mereka.

“Ibu tahu kamu takkan.” Kata Ibunya dengan senyuman kecil. “Dan untuk memastikan kamu takkan terpengaruh dengan orang di sana…” Ibunya mengangkat tangannya separas dengan bahunya menyuruh burung gagaknya bertukar tempat dan serahkannya kepada Ivy. “Diaval akan sentiasa berada di sisi kamu untuk menjaga kamu sepanjang masa.” Katanya membuat Ivy dan gagak itu terkejut. “Into a human.”

Diaval berubah bentuk dan berdiri di sisi Tuannya dan Ivy. “Tapi Master, macam mana dengan Master?”

“Do not worry about me my pet.” Katanya dengan suara anggun tapi penuh dengan kejahatan. “Saya tidak perlukan kamu di sini. Selama ini kerja kamu di Tanah Vicious ini ialah menjaga Ivy dan kamu akan terus menjaganya seperti selalu.”

“Tapi Ibu—”

“Shhussh my Child.” Dia tersenyum kepada Ivy. “Diaval, Ivy sekarang dalam jagaan kamu. Tolong jaga anak saya dengan baik.” Katanya hampir merayu.

Diaval terdiam dan dia tunduk kepada Tuannya. “Baiklah Master. With all I am, saya akan menjaga Ivy untuk Tuan.”

Ibunya mengangguk dan kembali memandang Ivy. Mengusap rambutnya dengan lembut. “Jangan risau anakku, Ibu akan okay tanpa Diaval. Ibu lebih risaukan kamu.” Katanya hampir buat Ivy menangis. “Now, buku kamu?”

“Ada.” Ivy keluarkan dari beg sandangnya sebelum masukkannya semula.

“Your wand?”

“Here.” Ivy keluarkan dari lengan jaketnya di mana dia sentiasa letak sebelum sembunyikannya kembali.

“Good. Ingat, jangan hilangkan atau jatuhkan ke tangan sesiapa. Apatah lagi Kayu sakti kamu.”

Ivy mengangguk. Tahu sangat apa akan jadi jika orang lain akan guna kayu saktinya. “Baiklah saya pergi dulu.” Dia terus berputar dan melontar dirinya ke Hansel, memeluk lelaki itu dengan erat. “see you on weekend.” Bisiknya sesenyap yang mungkin sebelum melepaskan lelaki itu tanpa Hansel sempat membalas pelukannya.

“Alright!” dia menghembus nafas panjang dan perhatiakan kenderaan berkuda itu sebelum naik ke dalam. Dia sempat meraba-raba tempat duduknya yang lembut lagi empuk sebelum memandang kearah Diaval. “Naik sini you brainless bird!” katanya tapi dengan senyuman nakal.

Diaval hanya menggeleng sambil mendongak ke atas sepertinya dia tertanya kenapa dia yang patut bersama perempuan menyusahkan itu. Diaval naik kedalam kereta kuda itu dan duduk berdepan dengan Ivy. “Well, this is comforting. Too comforting.”

“Maksud kau uncomfortable?” Ivy menjungkit kening.

Diaval kerutkan hidungnya dan mengangguk. “Yea, tapi aku tak boleh cakap macam tu.”

“Asal pulak.”

“Ia menghina the wee dilly-dally people.” Katanya sambil mengenyit mata membuat Ivy tertawa besar. Dia perasan pengiring kereta kuda itu hanya diamkan diri. menelan air liur takut untuk berkata apa-apa.

Oh poor him…

“Kita patut gerak sekarang.” Ivy kata kepada mereka semua. Terutamanya kepada pengiring mereka yang dah berpeluh satu badan.

“Yo Ai!” Hansel paggil dari luar. “Ingat pesanan aku okay? Jangan pandang rendah kat orang Enchanted! Apatah lagi George dan Jilliana.” Dia tuding jari kearah Ivy dan mengenyit mata. “Don’t let your guard down.”

Ivy tunjuk signal okay dengan senyuman terlebar dia ada. “jangan risau lah!”

Diaval perasan Tuannya memberi signal kepadanya dan Diaval bersuara pada pengiring mereka; “bergerak sekarang.”

“Apa?” Ivy berpaling kearah Diaval yang serious.

“Ivy!” Ivy mengeluarkan kepalanya untuk melihat Caramel yang melambai dengan laju. “Jangan tergoda dengan manisan kat sana! Itu sebab Mak aku buat Candy house!!”

Ivy tertawa pecah perut dengar nasihat Caramel kerana muka Hansel pucat bila perempuan itu mengungkit tentang sejarah silamnya dengan Mak Caramel. “I—Will!!”

“Oh and Ivy!” Dottie pula menjerit dengan tangan dekat pada mulutnya. “Make sure your charm… Work like a charm!!”

Ivy rasa kawannya seorang ni nak berlagak cool tapi tak menjadi kali ini. “Of course babe!” tapi Ivy hanya mengikut.

Bila mereka dah pergi jauh dari rakan-rakannya, baru lah Ivy duduk di dalam kenderaannya seperti biasa dan berhadapan dengan Diaval. Pengawal peribadinya yang baru.

“Aku rasa ada baiknya kau dengan aku.” Ivy bersuara membuat Diaval menjungkit kening.

“Kau nak kata aku ni tak berguna bagi kau?”

Ivy menyandar pada tempat duduknya dengan siku di rehatkan pada tepi tingkap. Dia mendongak kearah tingkap di hadapan kenderaan tersebut yang menghubungkan mereka dengan pengiringnya. “Tutup tingkap tu.” Bisiknya.

Diaval hanya mengangkat bahu dan menutup tingkap tersebut tanpa bantahan.

Ivy akhirnya dapat turunkan senyumannya dengan satu keluhan panjang. matanya beralih ke luar tingkap di mana penduduk Vicious sedang perhatikannya dari tepi jalan. Dia tak melambai atau tersenyum kepada mereka. Hanya memerhatikan mereka tanpa buat apa-apa. Riak wajahnya kosong. Tidak dapat di baca.

Diaval yang duduk di depannya hanya memandang ekspresi muka kosong itu. Inilah Ivy yang sebenarnya. Kosong. Tidak mempunyai perasaan yang tulen. Semuanya di buat-buat untuk menyembunyikan hati kosongnya. Hanya beberapa orang sahaja tahu hati kosong Ivy.

Diaval.

Hansel.

Pengetua Jack dan Puan Sally Skellington.

Mereka sahaja yang tahu Ivy telah kehilangan hatinya. Mereka tak tahu apa yang telah terjadi tapi mereka berempat dapat merasakan kelainan dalam diri Ivy. Setiap kali dia tersenyum pasti ada kekurangan. Bukan mereka merungut. Ia bagus untuk misi ini yang Ivy tidak perlu keliru dengan pilihan hati dan mindanya. Tapi ia menakutkan bagi Diaval; Orang yang menjaganya dan memerhatikannya dari Ivy lahir lagi. Perubahan drastic itu membuat Diaval tersangat risau.

“Stop staring Diaval.” Ivy menarik sengih, perasan Diaval sedang memerhatikannya. “Kenapa? kau dah jatuh hati dengan anak tuan kau sendiri?”

Diaval segera mengalihkan pandangannya dan berdehem. “Takda apa-apa. Aku Cuma risau kau akan terpengaruh dengan orang di sana. Macam Hansel beritahu kat kau beberapa hari lalu tentang Enchanted. Mereka kelihatan jujur dan naïve tapi mereka agak licik juga walaupun mereka tak perasan.”

Ivy mengangguk. “Aku tahu sebab tu aku cuba elakkan jadi tumpuan orang ramai.” Dia mengenyit mata tahu sangat mengelak dari tumpuan mereka adalah satu benda yang mustahi. “sekurang-kurangnya tiada yang fikir aku ni satu ancaman bagi mereka.”

“Kalau kau taknak mereka fikir kau satu ancaman senang je.” Diaval bagi Idea membuat Ivy merungut. “Apa? Kau taknak tips ke?”

“Taaaak bukan itu.” Satu keluhan keluar dari mulutnya. “Mereka semua dah bagi amaran, tips dan plan untuk aku survive di Enchanted nanti. kau nak bagi tips lagi? make sure its worth it.”

Diaval tersenyum nakal. “Tips aku ni senang tapi agak susah untuk melakukannya.”

“How so?” Soal Ivy ingin tahu.

“No wand and no Spells.” Jawabnya ringkas membuat Ivy memeluk beg sandangnya dengan erat. Diaval tertawa kecil. “Aku takkan ambil lah. Apa yang aku maksudkan ialah, kurangkan guna magic. Gunakannya bila betul-betul perlu sahaja.”

Ivy menghembus nafas panjang tanda lega. “Kalau aku buat magic tanpa kayu sakti macam selalu boleh tak?”

“Boleh but not for pranks.” Kata Diaval mendepakan tangan. “It’s your magic. Aku tak boleh halang tapi aku bagi satu nasihat; Buku sembunyikan. Kayu sakti, sembunyikan. Tunjukkan kau tidak berkuasa seperti mereka jangkakan.”

Ivy membuka begnya untuk melihat buku jampinya sebelum berdengus. Menutup begnya dengan ganas. “Fine. Be a nice little girl and smile.”

Diaval tertawa kecil mengingatkan ayat tersebut. “Hansel tahu macam mana nak bagi tips.”

Ivy ingin bersuara tapi terbatal bila mereka telah tiba di hujung tanah Vicious, berjalan menuju pagar berduri. “Err—uhmm Diaval? Macam mana kita nak lalu dinding tu?”

Diaval mengeluarkan kepalanya untuk melihat arah pengiring mereka membawa mereka dan tersenyum sinis. “Just watch.”

Seperti yang Diaval katakan, Ivy hanya melihat tanpa bersuara. Bila mereka semakin dekat, kurang 10 meter dari dinding itu, Laluan ke seberang jalan terbuka kepada mereka, akar-akar itu bergerak membuka jalan kepada mereka untuk lalu.

Ia membuat Ivy terngagah bukan sebab dinding itu membuka laluan kepada mereka dengan mudah tapi cahaya yang terang datang dari sebelah dinding tersebut.

Diaval perhatikan riaksi Ivy, dia hampir fikir mata kosong itu itu bersinar untuk seketika sebelum kembali malap sebaik sahaja mereka lalu tembok berduri itu.

Diaval tertawa sendiri. Dia ingatkan hati Ivy masih ada, rupa-rupanya hanya pantulan cahaya dari mentari pagi.

>X<

“kita dah sampai ke Gracious Academy.” Si pengiring itu bersuara sekali membangunkan Ivy yang dah nak tertidur kerana bosan menunggu ketibaan mereka.

“kau nampak selesa di tempat ni?” Diaval bersuara sebaik sahaja Ivy membuka mata dan menguap.

“Tanah Vicious, tanah Enchanted…. Sama je bagi aku. Cuma matahari tu—” Dia tuding kearah matahari di langit. “—yang aku tak suka. Ia membuat aku loya dan sakit kepala. Harap je lah roommate aku tak secerah mentari.”

“Jangan berharap sangat.” Diaval tertawa. “dan kita dah sampai.”

Gracious Academy

Mereka berdua memandang ke tingkap kenderaan mereka dan melihat suasana dalam perkarangan Gracious Academy itu untuk pertama kali dalam hidup mereka. Ia tersangat berbeza dari Dementis Collague. Structure bangunan seperti dibina berdasarkan reka bentuk istana sebenar. Seperti ia diperbuat dari emas dan permata. Terdapat rekaan halus pada dinding bangunan itu. Ia corak floral kecil. Tersangat kecil hampir tidak dapat di lihat oleh mata kasar.

Di hadapan bangunan utama itu terdapat sebuah air pancut besar yang mempunyai statue Pixie yang dikenali ramai; Tinker bell dan di kelilingi dengan tumbuhan renek yang hijau. terlalu hijau untuk mata Ivy memandangnya. Bukan itu sahaja, bangunan sekolah itu di kelilingi dengan taman. Mungkin jarak antara bangunan dan pagar utama lebih kurang 500m. kalau jalan masuk ke bangunan utama sejauh itu. Apatah lagi luas tapak sekolah itu, mungkin beratus ekar!

Diaval dan Ivy hanya terngagah melihat keanggunan dan kemegahan sekolah yang Ivy akan masuk. Yang buat rahang mereka hampir tercabut ialah para pelajar yang lepak di depan bangunan itu.

Semua berpakaian terang dan ringan. Berskirt atau baju sleeveless. Pelajar lelaki pula berpakaian dengan segak. Bersih dan classic. tidak seperti rakan-rakan Ivy di Tanah Vicious yang mempunyai muka penuh dengan tindikan anting-anting. Tattoo dimerata badan dan baju yang sangat-sangat berlainan dari pelajar Gracious Academy.

Ivy menarik nafas tajam dan menutup mulutnya melihat seorang budak kecil berpakaian suit lengkap dengan rambut disikat tepi. “Mereka cuba rosakkan hidup budak tu ke?!”

“Well, Kalau budak kecil yang lumrah periang dan ‘rules breaking’ mereka boleh ubah menjadi begitu..... patut kah aku cakap goodluck 7 kali kat kau sementara aku dalam bentuk manusia ni?” Soal Diaval dengan senyuman nakal tertampal pada wajahnya.

Ivy menjeling kearah Diaval. “Turn Into a bird.” Marahnya sambil menghayunkan tangan mengubah Diaval menjadi burung dan rehatkan pada tangannya. “Now, keluardarikeretanidanjangantunjukkandirisehinggaakudapatbilikaku, okay?” dia cakap satu nafas dan secepat yang mungkin kerana mereka dah nak tiba di depan academy. Diaval ingin bersuara tapi Ivy memotongnya. “Shhushh! Jangan bersuara langsung! Bersembunyi di mana-mana jangan sampai sesiapa nampak kau! First impression remember!” Ivy terus melontar Diaval keluar tingkap.

Berhenti sahaja Kereta Ivy di depan bangunan itu, Pintu kenderaannya dibuka oleh seseorang. “Selamat datang ke Gracious Academy!” sahutnya dengan senyuman manis tertampal pada wajahnya dan menghulurkan tangan.

Ivy menyambut tangan itu dan melangkah keluar dari kereta kudanya. “Thanks.” Katanya dengan senyuman paksa.

“You welcome miss. Saya ialah salah satu ahli sukarelawan sekolah yang akan menamani kamu sepanjang pendaftaran kamu di sini.” Katanya terus bersalaman dengan Ivy. “Nama saya ialah George Alexander—”

Ivy perasan sesuatu tentang budak lelaki di depannya ini dan ingin bersuara tapi terbatal bila seorang perempuan datang menyampuk dan bersuara; “Hi! Saya Puteri Julliana Penelope Evans. Juga salah seorang sukarelawan pada hari ini!”

Puteri Julliana Penelope Evans

Perempuan bernama Julliana itu ingin memeluk Ivy tapi Ivy segera membelakangkan dirinya. “Errr—No thanks.”

“Oh… Uhm, Okay.” Dia kembali tersenyum dan memandang lelaki di sebelahnya. “Oh! Where are my manners, Ini George. Putera George, saya rasa tak perlu saya beritahu awak tapi dia bakal menjadi pemerintah kerajaan ini—”

“Kerajaan?” Soal Ivy sambil menjungkit kening. Bunyinya macam ada lebih satu kerajaan di tanah Enchanted ni.

“Kerajaan Camelot. Tempat awak berpijak sekarang ni.” Katanya dengan senyuman tapi Ivy tahu senyuman tu bukan senyuman asli. “Dan… yang paling penting dia ialah..” perempuan itu berpaut pada lengan lelaki itu. “Dia tunang saya.”

“Oooh… got that. Noted.” Kata Ivy dengan senyuman. Tahu sangat itu satu amaran ‘stay away from my man’. yang buat senyuman Ivy kekal pada bibirnya ialah bila lelaki itu memutar bola mata meluat.

“Dan kamu adalah?” Soal perempuan itu dan kali ini dia menghulurkan tangan.

Ivy menyambut tangan tersebut dan bersalaman. “Ivy.”

“Just Ivy?” Soal lelaki itu dengan senyuman yang pelik. “kamu dari mana?”

Melihat senyuman itu, Ivy tahu lelaki itu kenali dia. Entah kenapa ia mencabar Ivy untuk bersuara. “Ivy the Devil, transfer student dari Tanah Vicious.”

Semua orang di sekeliling mereka memandang kearah Ivy sambil menarik nafas tajam. Terkejut. Selepas itu bunyi jeritan burung gagak seperti membenarkan tanggapan mereka tentang Ivy.

Burung gagak itu keluar dari persembunyiannya dan duduk di bahu Ivy. Nampaknya plan ‘stay low’ dan ‘first impression’ dah gagal. Jadi Diaval tak perlu lagi bersembunyi.

Perempuan bernama Julliana itu segera menarik tangannya dari persalaman mereka dan cuba memaksa dirinya untuk tersenyum. “So—uhm…Kamu—”

“Biar saya ambil alih dari sini Jull.” Lelaki bernama George itu menyampuk dan tersenyum kepada Ivy seperti biasa. “Cik Ivy… the Devil? Okay, Cik Ivy the Devil, sila ikut saya untuk membuat pendaftaran ke Academy kamu dan selepas itu saya akan tunjukkan locker kamu dan akhir sekali asrama kamu.” Katanya dan memberi signal kepada Ivy untuk mengekorinya masuk ke dalam bangunan.

Ivy berjalan di belakangnya dan ahli sihir muda ini sempat melemparkan senyuman sinisnya kepada Julliana membuat bulu roma puteri itu meremang satu badan.

Aaaaa….. mungkin dia akan sukakan Academy ni. Desis hatinya bila melihat pandangan orang sekeliling yang ketakutan. Yup, is this perfect atau not? Damn it!!

Ivy menepuk dahinya kerana dia dah terlupa misi utamanya berada di tempat itu. Dia sepatutnya buat orang percayakan dia bukan takutkan dia!!! Dia belum sempat nak buat kawan orang dah pun takutkan dia.

“Cik Ivy?”

Ivy mendongak memandang Lelaki bernama George yang memerhatikan Ivy seperti Ivy dah tumbuh sepasang tanduk. “Ya?”

Lelaki itu tertawa kecil membuat Ivy naik merah. Isshh… buat malu je.

“Ini ialah scroll registration pelajar. Kamu harus tanda tangan dalam scroll tersebut untuk mula belajar di sini.” Katanya menunjukkan segulung skrol yang terapung di tengah-tengah lobi sekolah. Skroll yang sangat besar dan dilindungi oleh beberapa makhluk kecil. Sprites.

Lelaki itu menyuruh Sprites-sprites itu membuka scroll tersebut dan berikan pen kepada Ivy. “Kamu boleh baca kalau kamu nak. Selepas itu tandatangan kat bawah.”

Ivy mengambil pen tersebut dari tangan tour guidenya. Dia melihat scroll yang dua kaki lebih tinggi darinya dan mengeluh. Nak dia baca satu scroll ni?

“Diaval…” bisiknya dan berikan mata merayunya pada gagak tersebut.

Diaval yang duduk di bahunya mengeluh. tak sampai sejam mereka di academy itu, Ivy dah buat Diaval seperti hamba. Dengan perasaan terpaksa kerana ia tugasnya, Diaval terbang ke atas scroll itu dan membacanya.

“Burung kau boleh membaca?” Soal George agak kagum melihat burung hitam itu.

Ivy mengangkat bahu slamber. “Yea… dia boleh buat banyak benda selain membaca.”

“Like what?”

“Menjejak, mengintip, memasak—” Diaval menyahut tanda dia marah dekat Ivy dan Ivy tersenyum nakal. “Sorry!—Yea… lebih kurang itu kerjanya.”

Diaval akhirnya dah habis baca terma dan syarat scroll itu dan menyahut, menarik perhatian Ivy. Dia tuding kearah ayat yang penting untuk Ivy tahu menggunakan kakinya.

Ivy membaca bahagian penting itu dan yang paling penting ialah; “To whoever student study black magic or doing relavent to this activity will ammidiately expaled from the Academy.” Ivy menarik nafas dalam. “Wow… dia terus terang—okay, aku boleh survive tanpa black magic.” Kata Ivy dan tandatangan skrol itu dan berikan pen itu semula kepada Tour Guidenya. “Then what?”

“Locker kamu.” Dia memetik jari, menutup scroll itu dan sehelai kertas diberikan kepadanya oleh sprite scroll itu. “Ini ialah jadual kelas kamu untuk esok dan juga nombor locker kamu tertulis dalam kertas ini.” Katanya dan memandang kertas tersebut. “Locker 27B. Hmm… Wing B it is. Follow me.” Katanya dan bergerak ke laluan sebelah kiri lobi tersebut. “Di tempat kita tadi itu ialah Lobi Academy di mana memorial Academy banyak di pamerkan di situ. Tangga di lobi itu naik ke Main library Academy ini. Kamu boleh dapat apa sahaja kamu nak dari library itu.”

Ivy melajukan langkahnya supaya dia berjalan seiringan dengan lelaki itu. “Termasuk magic spell and potions?”

George tertawa sekali lagi, gelak ketawanya bak irama music yang merdu tapi Ivy tidak menyukainya. “Kamu dah baca terma dan syarat skrol tu kan? No black magic.”

“Aku Ahli sihir in training. Tak salahkan aku belajar Good Magic?” Soalnya dengan nada innocent. Terlalu innocent.

“Of course kamu boleh dan Ya, Library itu ada kesemua jenis buku yang wujud dalam dunia ini.” Jawabnya dan menyambung pengenalan tour guide. “Academy ini ada tiga bangunan. Wing A, Wing B dan Wing C. Wing A ialah laluan ke sebelah kanan. Di sana untuk Science Course. Manakala Wing B ialah Art Course. Bangunan di belakang itu pula ialah Wing C. Cafeteria, Gym, Pejabat guru, Dewan utama dan Extra classes berada di sana.”

Ivy melihat keluar jendela laluan Wing B itu untk Melihat Wing C yang di katakan oleh Tour Guidenya dan perasan di tengah-tengah bangunan itu ada taman bunga mini bersama sculpture setinggi 10 kaki di tengah-tengah taman itu. “Itu Patung The Great Wizard Merlin ke?”

George membuka jendela untuk mereka melihatnya dengan lebih jelas. Patung orang tua yang berpakaian lengkap jubah dan topi sihir. Serta memegang tongkat saktinya dengan megah. Perkara yang menakjubkan tentang patung itu ialah, tongkat sakti yang di pegang oleh patung itu bercahaya seperti ada magic di dalam batu yang tersimpat di kepala tongkat itu.

“Yup. Nak tahu cerita mitos pasal patung tu?” Soal George memandang kearah Ivy seketika. “Suatu Mitos mengatakan yang bola kaca di atas tongkat itu sebenarnya kosong. Tak bercahaya langsung tapi beberapa tahun yang lalu, ia mula bercahaya secara tiba-tiba dan sesetengah orang percaya itu ialah kuasa magic yang terkuat di atas permukaan bumi ini.” Katanya membuat Ivy kembali memandang George. “Ada juga mengatakan itu adalah hati kepada kehidupan Tanah Enchanted. Ada juga mengatakan ia hati Maleficent. The Great Wizard Merlin mencuri hati itu sebelum Hati itu jatuh ke tangan Forces of Evil pada malam dia buat ritual pembuangan hati.”

 “kebanyakan pelajar di sini percaya yang cahaya itu merupakan ancent magic yang akan menyelamatkan Enchanted jika ada mala petaka jatuh ke Tanah ini.” George mengangkat bahu. “Who knows, Pengetua Merlin tak pernah nak ceritakan punca tongkat sakti patung tu bercahaya. Anyhow, Mari kita sambung perjalanan kita?”

Ivy hanya mengangguk dan bergerak pergi ke mana sahaja George nak membawanya tanpa mengalihkan padangannya pada Tongkat sakti patung yang bercahaya itu. Dia dengar Diaval bersuara dengan nada berbisik dan mengangguk. “aku tahu… benda tu pasti merbahaya.” Bisiknya balik dan mengusap badan Diaval.

Tour Guidenya berhenti di tepi antara salah satu barisan locker sekolah dan berputar memandang Ivy. “27B. Ini locker kamu.”

Ivy memandang lockernya yang berwarna hijau muda dan mengangguk. “Okay. sekurang-kurangnya ia tak warna pink.” Katanya dan membuka locker itu. “Buku aku ke semua ni?” Soalnya melihat lockernya dah pun penuh dengan buku pelajaran dan alat stationary.

George mengangguk. “Sebaik sahaja kamu tandatangan scroll di loby tadi, sprites-sprites itu terus bergerak menyediakan buku-buku yang kamu perlukan. Selalunya ia makan dua ke tiga hari tapi di sebabkan hanya kamu sahaja yang tinggal untuk mendaftar, kerja mereka secepat—” George memetik jarinya tanda sepantas mana Sprites itu berkerja. “Now, Bilik kamu pula.” Katanya mengeluarkan kertas jadual Ivy dan berikan kepada perempuan itu. “Nak rasmi sebut nama asrama kamu?”

Ivy mengambil kertas itu dari tangannya dengan senyuman halus terukis di hujung bibirnya. Dia sempat memandang wajah George sebelum mengalihkan ke atas kertas putih itu. “Winter-fall 5. Care to explain nama pelik asrama ni?”

Diaval perasan yang budak jagaannya dan tour guide itu saling berpandangan tambahan pula senyuman yang tertera pada wajah mereka. Diaval mengecilkan matanya kearah mereka berdua. Budak tour guide tu bermasalah.

“Then, Follow me.” Katanya bersama senyumannya yang terlalu menawan. “Saya harap kamu tak keberatan tinggal di asrama co-ed.”

“Kau nak cakap aku akan tinggal sebilik dengan lelaki ke?”

Tour Guidenya tertawa. “Sebangunan dengan lelaki. Tapi sebilik mengikut gender.” Katanya dan tunjukkan arah ke Asrama mereka.

Asrama mereka terletak di belakang bangunan academy mereka dan laluan utama ke asrama tersebut ialah melalui jambatan Wing C tingkat dua melepasi sungai Paradise—

“Paradise?” Ivy berpaling melihat Tour Guidenya dengan kening terjungkit tinggi. “Apa? Sungai tu diperbuat dari muntah unicorn dan mendapat sentuhan bidadari Syurga ke?”

Tou Guide itu tertawa dan menyuruh Ivy mendekatinya di tepi jambatan itu. “perhatikan sungai di bawah dan beritahu saya apa yang kamu lihat.”

Ivy tunduk melihat sungai di bawah jambatan yang kelihatan bercahaya kerana pantulan matahari pada permukaan sungai tersebut. Lebih daripada itu… Ia Cuma sungai biasa.

“So, ia berkilau lebih terang dari sungai biasa. so what?”

“Keep watching.” Arahnya dengan nada terhibur.

Ivy memutar bola matanya dan kembali melihat sungai tersebut. Kali ini, dia perhatikan bukan sahaja pada permukaan sungai tersebut tapi di dalam sungai dan dia perasan sesuatu yang dia tak nampak sebelum ini dan ia melompat keluar dari air.

“Woaaa! Itu Mermaid!” Ivy melihat Ikan duyung itu melompat sekali lagi dan melambai kearahnya. “Nampaknya dia tak takutkan aku.” Dia menjungkit kening kearah burung gagaknya dan sepertinya burung itu faham signal Ivy kerana ia terbang ke bawah menarik perhatian ikan duyung itu.

Ivy mematah-matahkan jarinya dan ingin mengambil kayu saktinya tapi dia perasan yang budak tour guide tu sedang memerhatikan gerak gerinya. “Okay, Just a little trick.” Batal niat nak menggunakan kayu sakti, dia menggoyangkan jari jemarinya mengeluarkan percikan magic berwarna ungu dan membaca mantera ringkas. “Lives In the water, with hair like gold, turn this mermaid into a—”

Lelaki itu berdehem menarik perhatian Ivy. “Sebelum kamu nak buat hal pada hari pertama kamu… kamu patut tengok menara yang ada di belakang kita.” Katanya menuding kearah menara tinggi yang terletak di tengah-tenga sungai tersebut. Tidak jauh dari jambatan sekolah. “Itu ialah Menara The Great wizard Merlin. Kamu nak buat hal depan menara tu ke?”

Ivy segera menyembunyikan tangannya di belakang kerana ada seseorang sedang melihatnya dari tingkap menara itu. “The great wizard Merlin…” Ivy menjeling kearah Tour Guidenya. “Asal kau tak cakap awal-awal? Aku hampir kena expaled pada hari pertama aku di sini!”

George tertawa kecil. “It’s amusing seeing you like this.” Katanya dan mengenyit mata membuat Ivy naik merah. “Oh, nampaknya orang Vicious pun pandai blushing.”

“Urrggghh! Just show me my room!” marahnya menolak George kearah Asrama mereka. “Diaval!”

Diaval yang mengelilingi sungai tersebut kembali terbang ke sisi budak jagaannya dan mereka masuk ke dalam asrama dengan George kembali memberi pengenalan tentang asrama tersebut.

Gracious Dormitory 

“Welcome to our humble Dormitory.” George mendepakan tanganya kearah asrama mereka. “Sila ikut saya untuk ke bilik anda.”

Ivy memutar bola matanya dah penat melihat perangai gentlemen lelaki itu tapi senyumannya tetap melekat pada wajahnya.

Mereka masuk ke dalam asrama tersebut dengan Georg menerangkan tempat-tempat yang Ivy perlu tahu seperti café, tempat lepak, pejabar warden dan hot bath. Ivy agak terkejut kerana mereka mempunyai bilik hot bath tapi dia tak beri apa-apa komen.

Ivy dapat tahu terdapat empat bahagian asrama yang mengikut berlainan umur. Spring, block  yang pertama untuk pelajar dari umur 8 ke 12 tahun, Summer untuk pelajar 13 ke 16 tahun. Fall untuk pelajar graduating high school, 17-18 tahun dan senior year pelajar campus. Manakala Winter untuk pelajar universiti tahun pertama, kedua dan ketiga.

“Bangunan ni ada empat tingkat. Sama seperti gelaran setiap block; Tingkat empat, Spring. Tiga, summer. Dua, fall dan ground level, Winter. Dan ini..” George berdiri di depan pintu yang mempunyai ukiran nombor lima diatas lubang pengintip. “Bilik kamu. Winter-fall 5. Saya pasti roommate kamu dah ada di dalam.” katanya dan mengetuk pintu bilik itu. “Cik Ezra?”

“Siapa?”

“George.”

Ivy pasti dia dengar rungutan dari dalam bilik itu sebelum perempuan bernama Ezra membenarkan mereka masuk.

Seorang perempuan berambut emas pucat dan di highlightkan dengan warna putih salji tertunggu di dalam bilik tersebut sambil bercekak pinggang memandang mereka dengan wajah yang kurang menyenangkan. Mata biru yang tajam itu menjeling tepat kearah Ivy. “You got to be f*cking kidding me….”
Princess Ezra from Arendelle

“A-ah language cik Ezra.” Tegur George mengangkat jari telunjuknya. “Ini ialah Ivy. Ivy the Devil dari Tanah Vicious. Aku pasti kau ada dengar khabar angin tentang kawan baru kita ni kan?”

Ezra menarik sengih. “Ya, aku dengar khabar angin tu. A villain who have a heart of gold.”

Ivy rasa nak gelak bila dengar khabar angin tentangnya tapi dia tahan dengan menutup mulut sambil terbatuk. “Sorry, sakit tekak.”

“I know, It’s a joke.” Ezra perasan yang Ivy sebenarnya ketawa. “Anyways, Aku ada sororities nak survey. Katil kau dekat tingkap dan jangan sentuh barang-barang aku.” Dia memberi amaran sebelum keluar dari bilik tersebut. “George, Tunang kau cari kau merata tempat.”

Ivy melihat roommate barunya keluar dan menutup pintu dengan kasar sebelum alihkan pandangannya ke George yang mengeluh panjang.

“Queen control Fiancee?”

“More like overprotective.” Jawab George tapi dia mengangguk tidak membantah komen Ivy. “Apapun, jangan risau tentang kunci. Ia dijampi khas untuk dibuka oleh warden dan tuan bilik sahaja. Pelawat boleh masuk jika tuan punya bilik bagi kebenaran—oh dan barang kamu akan di hantar ke sini petang ni. Ada apa-apa soalan sebelum saya tinggalkan kamu di sini?”

Terukir senyuman nakal pada bibir Ivy dan dia mengambil langkah kedepan, hanya beberapa inci jauh dengan lelaki itu. “Hmmm… how about your room?” soalnya dengan nada menggoda.

Seperti yang Ivy jangka, Tour Guidenya membalas senyuman Ivy dan membelai lengan Ivy sebelum mengangkat tangannya separas dengan bibirnya. “Main Double-Winter. Naughty little witch always welcome to my room anytime.” Dia mengucup tangan Ivy dan mengenyit mata.

“Kau seorang?” Ivy menarik tangannya dari lelaki itu dengan suara terlalu manis.

“Saya Putera raja Di sini. Dah tentu seorang diri.”

Bagus.” Senyuman Ivy makin lebar dan mengukir jari telunjuknya turun dari pipi ke dagu George dan menepis hidungnya. “See you around?” Ivy berputar membelakangkan George dan pindahkan burung gagaknya di atas meja belajarnya sebelum bersuara. “sebelum terlupa, cantik bekas tindikan telinga.”

George menggigit bawah bibirnya menahan senyuman dari terukir dan mengangguk. Dia tunduk ala gentlemen sebelum keluar, mengucapkan selamat tinggal kepada Ivy.

“Well… well… Hansel tak cakap budak George ni jenis player.” Bisik Ivy dengan senyuman terhibur. Dia perasan Diaval mengangkat sayapnya ke atas sambil menjerit banyak kali dan Ivy menghayunkan tangannya. “Turn into a human.”

Sebaik sahaja Burung itu berubah bentuk, dia bersuara; “You are flirting with him!” marah Diaval menuding jari kepada anak jagaannya yang duduk relaks atas katil barunya. “Dalam hari pertama kau di sini pula tu!”

“Wow Diaval, tak sangka bilik ni sebesar ni kan? Nasib baik bukan warna merah, or pink.” Katanya memandang setiap sudut bilik itu, mengendahkan Diaval yang berang.

“Kau tak ingat ke apa Hansel bagitahu kau? Berhati-hati dengan George dan Julliana. George tu akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak dan akan buat apa sahaja untuk halang sesiapa menjadi ancaman kepadanya. Sama juga dengan Julliana!”

Ivy memutar bola matanya fed up dengan perangai dramatic Diaval. “pernah dengar ayat; ‘get your friend close, your enemy closer?’… hmm?”

“Ya, kau dekat dengan little prince charming, miss overprotective fiancée akan cincang kau hidup-hidup.”

“Lebih baik dari dua-dua membenci aku. Relaks Diaval! Aku takkan buat hal dengan dorang dua tu, yang aku nak kenal ialah Roommate aku. Kau nampak tak macam mana dia jeling aku? Betapa dinginnya renungan dia?” Soal Ivy kagum dengan perasaan benci Ezra terhadapnya. “Aku pasti kami akan jadi kawan baik nanti!”

“Kalau dia ubah fikiran dan nak berkawan dengan kau.”

“Oh come on Diaval. Jangan nak hancurkan harapanku.” Ivy rebahkan badannya di atas katil barunya dan menghembus nafas panjang. “Aku ada plan tersendiri. Kau jangan risau sangat.”

Diaval hanya perhatikan anak jagaannya yng kelihatan terlalu relaks dan mengeluh tanda mengalah. Dia tak tahu apa yang bermain di minda Ivy sebenarnya. Nampaknya Diaval hanya perlu perhatikan budak ini dan tegur dia bila Ivy terpesong dari misi utamanya.

“Ivy?”

“hm?” soal Ivy dengan lemah, dia dah nak pergi ke alam mimpi.

“Have a sweet dream.”

Ivy tersenyum kecil. “turn into a bird.” Dan membenarkan dirinya untuk tidur seketika sementara menunggu barang-barangnya sampai ke biliknya.

*Bilik dalam block Winter*

>X<

(A/N: Such a flirt-er Ivy dengan Putera George... Mwahahaha dah tentu Ivy is an evil person dan Diaval is so over-protective! ini baru hari pertama Ivy kat Academy?! macam mana hari-hari yang lain nanti?? Hmmm.... Huhuhuhuhuhu Stay tuned!) 

Comments

  1. Angah smbunglaa lagi...😭😭😭

    ReplyDelete
  2. Hey honey <3 Sabar eh, Angah on the way karang next chapter ni ^_~ And thanks sebab sudi baca *Kiss kiss*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts