Fourth L.O.V.E

It's my dirty evil secret

“Oww—ow—ow—owww—OW!” Hansel menepis tangan Ivy yang menarik telinganya sepanjang mereka dari bilik menunggu di Kampus Dementis, teleport mereka keluar ke depan perkarangan kampus dan menuju ke hujung Bandar sepantas magic Ivy boleh bawa mereka. “Arrrggghh… Kenapa kau bawa aku di hujung hutan ni?” Soal Hansel menjeling kearah Ivy, dia ingin beredar tapi Ivy dah pun arahkan kayu saktinya pada leher Hansel.

“Kau jangan nak mula. Aku dah serabut dari tadi pagi ni, jangan kau pulak yang menambah beban aku.”

Hansel menolak tongkat Ivy ketepi. Tidak gentar langsung dengan ugutan Ivy. “Aku membebankan kau? Kalau kau rasa aku ni membebankan, Just leave me be and Leave this place already!!”

“Kau ingatkan aku nak sangat ke Tanah seberang ke hah?! Aku tak terfikir nak ke seberang langsung! Apatah lagi nak sambung belajar dekat Grece—Greek—”

Gracious—

“—Gracious Campus tu hah?!—Thanks—Takkan sebab tu pun kau nak marah aku!!”

“Aku tak marahkan kau sebab ke Campus tu!” balas Hansel dengan suara yang sama tinggi dengan Ivy.

“Jadi kau marah sebab apa?!”

“SEBAB KAU EVIL!!” Nada suara Hansel yang garang menutup mulut Ivy. “Kau takda hati dapat masuk ke Tanah seberang! Aku berang kerana mereka nak ambil kau dari sini!”

“DUDE! AKU TAK PERGI KE MANA-MANA!” Ivy kembali marah. Mukanya merah kerana Hansel bertanggapan seperti itu. “Kau ingat aku akan tinggal dekat sana buat selama-lamanya ke?” Soal Ivy sambil tuding jari kearah tanah seberang. “Ewww….. itu mustahil!”

“Kau sentiasa cakap macam tu.” Kali Ini Hansel guna nada rendah. “setiap kali kau kata ‘mustahi’, ‘tak mungking’ pasti akan berlaku.” Bisik Hansel hampir buat Ivy tak dengar.

“Apa yang kau merapikkan ni?” ivy memeluk tubuh. “kau nak kata aku akan jadi baik hanya dengan berada di tempat tu?”

“Ya.” jawab Hansel dengan yakin. “Ivy, kau tak boleh pandang rendah dengan orang di sebelah sana. Apatah lagi The Great Wizard Merlin. Dia pasti ada sebab kenapa dia bawa kau ke sana.”

“Dan kau rasa sebab tu ialah?”

“Untuk tukar kau menjadi baik.” Hansel mendongak melihat langit yang di selubungi awan mendung.

Ivy mengetap gigi. Hansel tak percayakan Ivy akan survive kat Tanah seberang ke? Dia fikir Ivy ni jenis yang senang terpengaruh? “Hansel… Aku Jahat—”

“Sebab tu mereka nakkan kau ke sana.” Potong Hansel. “Fikir Ivy, The Great Wizard Merlin takkan ambil kau dengan suka-suka. Dia pasti ada niat untuk bawa kau ke sana.” Katanya menarik lengan Ivy, cuba buat dia mendengar kali ini. “Aku bekas orang Enchanted. Aku tahu cara mereka berfikir. Kau ahli sihir jahat yang sedang berkembang. Magik kau hampir sama dengan magik Ibu kau Cuma Tongkat sakti yang menjadi batas kau lepaskan kuasa terkuat kau.” Ivy sempat memandang kayu saktinya dan mendengar Hansel kembali bersuara. “Kalau kau dah menjadi kuat, mendapat tongkat yang sesuai untuk kau, mereka takut kau dapat hancurkan pagar berduri tu!”

“Jadi kau nak cakap yaaaang……?”

“For Lord sake, Kau satu ancaman bagi mereka!” Hansel tak faham asal Ivy ni lambat sangat pick up? Dia Ivy the Devil, anak Maleficent, ahli sihir jahat yang menjadi ancaman pada tanah Enchanted. Apatah lagi anaknya yang sememangnya dah kuat pada usia yang muda. Kalau dia dah mencapai kuasa mutlaknya, dah tentu Ivy dapat robohkan dinding tersebut dengan mudah.

“Mereka nak tukar kau ke jalan yang benar sebelum kau mencapai kuasa mutlak tu.” Hansel sinopsiskan ayat yang dia terangkan panjang lebar.

Ivy diamkan diri untuk seketika, tundukkan diri menyembunyikan matanya di sebalik rambut depan. I hate you”

“Apa?”

“I. Hate. You!” Ivy meletup, menarik lengannya dari genggaman Hansel. Dia sempat memukul bahu hansel sebelum bersuara. “Kau suka sangat nak serabutkan kepala aku! Dah satu, satu masalah datang. Fisrt, mak aku suruh aku ambil tongkat tu. Second, Pengetua Jack pula suruh aku mendapatkan kepercayaan mereka dan sekarang.. KAU—” Ivy mengurut-ngurut dadanya cuba tenangkan hatinya yang membara. Bajunya sememangnya dah terbakar dari tadi. “Kau pula nak beritahu aku yang Merlin sebenarnya nak tukar aku ke jalan yang benar?” Ivy menarik nafas dalam, sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya. “Satu masalah telah selesai.”

“Hah? Bukan kau kata masalah kau bertambah ke?” Soal Hansel kelihatan buntu. Kekadang, Ivy yang buat kepalanya serabut sebab ayatnya yang berputar belit. Sama dengan moodnya.

“Tak. Ibu dan Jack Skellington meragui aku tahu tak? mereka ingat aku ke sana sebab aku masih ada hati dan perasaan—ada kebaikan dalam diri aku lah—lebih kurang macam tu. Kau baru je selesaikan masalah tu kat aku. Mungkin kau betul. Merlin nak aku ke sana sebab aku satu ancaman kepada mereka. Di sebabkan mereka tak boleh bunuh aku, mereka cuba cari cara untuk aku menyebelahi mereka!” Ivy mengusap rambutnya yang sememangnya dah terhurai kebelakang dan tersenyum sinis. “They make a big mistake fikir aku akan menyebelahi mereka.”

Hansel hanya menggeleng melihat Ivy tenggelam sendiri dengan dunia jahatnya, tertawa jahat dengan kejam dengan diri sendiri.

Tak sampai seminit, Ivy kembali ke dunia reality dan pandang Hansel balik. “hah? dah habis laughing sinisterly? Dah habis buat Evil plan dalam kepala hotak kau tu? Dah bersedia nak ceritakan kat aku macam mana kau nak kalahkan Master of knowledge, The Great Wizard Merlin?”

Ivy hanya memberikan senyuman jahatnya. “Oh you… jangan nak spoilkan semua rancangan aku.” Ivy mengenyit mata dan bagi Hansel signal untuk mengekorinya masuk ke dalam hutan tersebut. “Ingat tak kau cakap kau akan lakukan apa sahaja untuk jumpa adik kau untuk kali terakhir? Aku ingatkan kau marah dekat aku sebab aku dapat tawaran tu dan bukannya kau.”

Hansel mengekori Ivy masuk ke dalam hutan tersebut. “Ya, aku marah tentang tu juga tapi aku lebih risaukan kau dimanipulasikan oleh The Great Wizard Merlin. Kau tu lurus bendul kadang-kadang.”

Ivy tertawa besar. “Awww… so Sweet Hansel. Anyways, memandangkan aku akan ke Tanah Enchanted—Ish daun ni.” Ivy menepis daun pokok yang menghalang laluannya dan hampir menampak mukanya. “Memandangkan aku nak ke Tanah Enchanted, aku fikir aku mungkin boleh bantu kau jumpa adik kau.”

Hansel terus mencapai tangan Ivy, memutar perempuan itu untuk berdepan dengannya. “Kau nak hantar dia ke sini ke? Aku dah kata aku taknak dia berada di tanah ni—”

“Tak!” Ivy menarik tangannya dan memukul bahu Hansel. “Kau buat aku terkejut. Aku ingatlah apa kau cakap time tu. Just follow me sebelum kau nak marah aku.”

“Kau nak bawa aku ke mana sebenarnya?” Soal Hansel mengikut Ivy masuk jauh ke dalam hutan tersebut. “Kita nak ke Pagar Berduri tu ke?”

Ivy mengangguk tanpa memandang Hansel. “Ingat tak dulu kecil aku selalu cakap aku sibuk sebab aku belajar magic dengan Ibu aku?”

“Haah?”

“Aku tipu.” Jawab Ivy, dia dapat bayangkan Hansel terkejut sekarang ni. “Aku sebenarnya pergi bersembunyi.”

Mereka akhirnya tiba di Pagar Berduri itu dan perhatikan dinding sehinggi 200 kaki dan setebal 60 kaki itu.

“Tunggu kejap.”

Hansel hanya memerhatikan Ivy yang sedang merangkak di tepi pagar berduri itu sedang mencari sesuatu sambil berbisik ‘tolonglah ada di sini… tolonglah ia masih di sini’.

“Kau cari apa sebenarnya Ivy?”

“Lubang. Lubang ke tanah seberang.” Jawab Ivy dengan senyuman terpapar pada wajahnya.

Hansel rasa jantungnya terhenti untuk seketika bila dia lihat Ivy tersenyum. Dia elalu tengok Ivy senyum tapi tak seperti tadi. Ivy kelihatan betul-betul gembira bila dia sebut ayat tersebut dan matanya bersinar seperti dia—

“Dah jumpa!”

Hansel tersentak dari lamunannya dan mendekati Ivy. Merangkak bersamanya di atas tanah. “Ini lubang yang kau cakapkan? Kecilnya!” Hansel melihat ada cahaya pada hujung lubang tersebut. “Kau berani masuk lubang ni? Kau tak kena duri ke?”

Ivy mengangkat bahu. “Aku try masuk first time dan aku selamat. So, Ya, aku tak kena duri.”

“Berapa lama kau try sneak in ke tanah seberang?”

“Hmmm…. sehingga umur aku 15 tahun. Selepas itu aku stop.”

“Sebab apa?”

Ivy diam untuk seketika sebelum bersuara. “AKu dah jadi apprientice Ibu aku. Dah tiada masa nak masuk ke sini.”

“Kenapa kau tak bagi tahu Ibu kau pasal lubang ni?”

“Kau boleh tak jangan banyak soal?” Ivy menjeling kearah Hansel. “Kau nak jumpa adik kau ke tak?”

“Nak! Tapi kau rasa muat ke?”

Ivy memutar bola matanya fed up dengan soalan bertubi-tubinya. “Kalau aku muat, tentu kau muat.” Katanya dan masuk ke dalam Lubang tersebut.

Hansel ingin menghalangnya tapi Ivy dah pun masuk jauh ke dalam. Dia mengeluh. “Well, kalau aku kena racun pun ada Ivy sembuhkan aku.” Hansel menarik nafas dalam beranikan dirinya untuk masuk kedalam lubang tersebut dengan penuh berhati-hati. Memastikan dia tak terkena duri pada pagar itu. Bila dia pandang ke hadapan dia segera tunduk, mengalihkan pandangannya dengan muka merah padam.

“Hansel? Kau okay tak kat belakang tu?” Soal Ivy yang berada di depan Hansel.

Hansel mengangguk laju tanpa memandang Ivy. “Y-Ya.. aku okay.”

Ivy menjungkit kening mendengar Hansel kedengaran menggelabah. Mungkin sebab dia takut dengan duri-duri ni? Dia mengangkat bahu malas nak tanya. Tahulah tu kalau dia terkena duri.

Ivy tersenyum bila dia dah tiba di penghujung lubang tersebut. Dia mempercepatkan langkahnya untuk keluar dari tempat itu.

“Waaaaah!!!!” Ivy mengangkat tangannya keudara dan menarik nafas dalam, menghirup udara Hutan Mahligai itu. Dia memerhatikan sekelilingnya dengan senyuman manis. THutan tersebut tidak pernah berubah dari hari terakhir dia datang ke tempat tersebut. Masih kelihatan indah dan penuh keajaiban. “Hansel, kau dapat keluar tak?” Dia tundukkan diri melihat Hansel yang nak keluar dari lubang tersebut. Dia menghulurkan tangan, membantu Hansel untuk bangun.

Hansel hanya berdiam diri memerhatikan keadaan sekeliling yang jauh berbeza dari tanah Vicious. Penuh dengan kehidupan, tumbuhan hijau dan ketenangan yang dia dah pernah rasa selama satu dekad.

Ivy hanya perhatikan wajah Hansel yang cuba mengenang kembali kehidupan lalunya. Dia tersenyum kecil. Dia tahu betapa Hansel rindukan Tempat lahirnya. Walaupun Hansel sentiasa menafikannya, Ivy perasan setiap kali mereka ke Gunung Furious Hansel akan tenung Tanah Enchanted dengan lama, tenggelam dalam dunianya sendiri terkenangkan kehidupannya di Tanah Enchanted.

Ivy terus mengalihkan pandangannya bila mata Hansel mula berkaca.

Ya, Hansel boleh menafikan dia taknak datang ke tanah itu lagi tapi dia tak boleh tipu hatinya yang dia rindukan rumahnya.

“So, Ivy…” Hansel segera mengelap matanya dan tertawa. “Kau pergi ke sini dari kecil? The Devil, heartless witch? Apa kau buat kat sini?”

Ivy perasan suara Hansel yang menggeletar tapi dia endahkannya. “Meh. A kid with high curiousity. Tapi aku tak pernah keluar dari Hutan Mahligai. It’s scary—Anyways… Biar aku beritahu kau macam mana kau akan berjumpa dengan adik kau.”

“Aku akan ke rumah kami.” Jawab hansel dan nak bergerak meninggalkan Ivy tapi Ivy segera menghayunkan tangannya untuk paralyzekan badan Hansel. “Ivy!!”

Ivy mendekati Hansel yang tidak bergerak, seperti batu dan berdiri di hadapannya. “Maaf Hans, tapi kau tak boleh ke Tanah Enchanted.”

“Asal pulak? Bukannya kau bawa aku ke sini supaya aku jumpa adik aku ke?”

“Yes and no.” Ivy menggaru kepalanya cuba fikir macam mana nak terangkan kepada Hansel. “Listen Hans—”

“Like I have a choice?” katanya dengan sarkastik, kerana dia tak boleh buat apa-apa selain mendengar.

“—Hey, jangan potong ayat aku.” Marahnya, tidak serious. “Tahu kenapa aku tak pernah ke Tanah Enchanted sedangkan aku selalu ke Hutan Mahligai dari kecil lagi? Sebab mereka boleh cam aku sebaik sahaja aku menjejak kaki ke tanah tu.” Katanya membuat Hansel buntu. “What I mean is, kalau kau ke sana, mereka terus akan cam kau dan akan tanya kau—mungkin paksa, seksa kau untuk beritahu cara kau pergi ke sini. Kau nak tak kena permenant Banned dari tanah Enchanted?”

Hansel menggeleng. “Tapi macam mana mereka boleh cam kau pulak? Kau bukannya orang Enchanted pun.”

Pixie, Duh! mereka berkeliaran di hujung hutan Mahligai. Mereka tahu siapa keluar masuk hutan ni. Kau tak belajar benda ni kat sekolah kau ke? Setahu aku orang Enchanted belajar tentang mistic creature ni.”

“Ya mereka ajar tapi aku dah kena tendang ke Vicious. Remember?” katanya dengan muka berkerut. “Macam mana kau tahu pasal ni pulak?”

An old friend told me desis hati Ivy. “Aku dah buat research tentang Hutan Mahligai ni.”

“Jadi, macam mana aku nak jumpa adik aku kalau aku tak boleh lepas hutan Mahligai.”
Dari ini Ivy tersenyum dan dia melepaskan Hansel dari sihirnya dengan satu petikan jari. “Sebab tu aku ada di sini. Ikut aku.” Ivy mencapai lengan Hansel dan menariknya masuk ke tengah-tengah hutan tersebut di mana tempat perjumpaan Ivy dengan kawan lamanya, Louis selalu berjumpa.

Sebaik sahaja mereka tiba di tempat itu, Ivy menarik nafas dalam kerana kagum melihat tempat itu masih indah seperti mana di dalam memorinya. Bunga Lavender masih tumbuh dengan subur di tepi tasik yang penuh dengan kehidupan laut yang sangat exotic. Pokok-pokok rendang yang mengelilingi tempat tersebut, menyembunyikan kewujudan tasik tersebut.

“Oh, Fairy music pun masih di sini.” Ivy tersenyum nakal melihat 3 pari-pari kecil sedang menanyi di atas bunga-bunga lavender itu.

“Apa?” Hansel yang juga tergamam melihat tempat tersebut kembalian tumpuannya kepada Ivy.

Ivy menggeleng dan menarik Hansel ke tengah-tengah padang bunga lavender itu. “Di sini tempat aku selalu lepak. Tempat aku melarikan diri dari Diaval dan Ibu aku.”

Tiga pari-pari music itu perasan kedatangan Ivy dan terus menyerbunya, memeluk wajah perempuan itu dan bermain dengan rambutnya. Mereka bising, seperti satu melody yang hancur bercakap dengan Ivy.

Ivy tertawa besar bila salah satu pari-pari music itu mencium-cium pipinya. “Okay-OKAY! Enough.” Ivy menangkap ketiga-tiga pari-pari itu ke dalam tangannya. “I miss you guys too and I need your help.”

“Woaaaw…”

Ivy berpaling kearah Hansel yang kelihatan terkejut. “Apa? Tak pernah tengok aku berkawan dengan pari-pari ke?”

“Ivy the Heartless Devil? Tak. Ini satu perkara yang agak mengejutkan.” Katanya dengan senyuman sinis.

Ivy memutarkan bola matanya dan melepaskan pari-pari itu. “Enough chit chat.” Katanya memandang matahari yang dah nak terbenam. “Dengar plan aku. Hujung minggu ni aku akan mendaftar ke Gracious Academy dan cari adik kau di tanah Enchanted. Bagi aku alamat adik kau dan aku akan bawa dia ke sini.” Katanya dengan senyuman nakal. “Kau kena berada di sini dalam masa seminggu selepas aku ke tanah Enchanted. Okay? Pastikan kau free sepanjang hari tu dan tunggu di sini sampai matahari terbenam”

Hansel mengangguk dan mengangkat tangan. “Kenapa sampai matahari terbenam?”

“Sebab selepas matahari terbenam, Pixie akan meronda Hutan Mahligai ni. Kau nak kena kantoi ke?” Gelengan Hansel membuat Ivy tersenyum semula. “Jangan risau, tiga pari-pari ni akan tunggu kau di lubang pagar berduri tu, mereka akan tunjukkan jalan ke Tasik ni.. Oh dan pastikan tiada siapa ekori kau bila kau ke sini okay?” setelah memastikan Hansel faham, dia alihkan tumpuannya kepada tiga pari-pari music itu. “Korang boleh tolong kan? Hansel nak sangat jumpa Gretel adiknya. Korang tak sampai hati nak pisahkan dua adik beradik ni kan?” Pujuk Ivy dengan puppy eyesnya. “mereka dah berpisah selama 9 tahun! Inilah satu-satunya cara untuk mereka bersatu kembali. Whould you three help him?”

Tiga pari-pari ini cair melihat mata merayu Ivy dengan kata ‘awwww’ dan mengangguk serentak sambil mengangkat ibu jarinya tanda mereka setuju.

Ivy kembali memandang Hansel, membelakangkan pari-pari tersebut dengan senyuman nakal. Dia menjungkit kening tiga kali.

“Oh you sly witch.” Bisik Hansel sambil menggeleng tapi senyuman yang sama tertampal pada wajah Hansel.

“You welcome, baby.” Katanya sambil menepuk-nepuk pipi Hansel. “Kita patut balik sekarang sebelum Diaval start cari aku. Kau boleh balik ke lubang dulu kan? aku nak catch up moment dorang ni. Kau tahu jalan kan?”

Hansel tertawa kecil dan mengangguk. “Jangan risau, aku tahu cam mana nak balik. Aku tunggu kau kat tepi dinding berduri.” Katanya dan bergerak pergi.

Setelah memastikan Hansel telah pergi jauh dari tempat itu, Ivy kembali memandang Tiga pari-pari music itu. “Tell me, Louis pernah datang ke sini ke? Selama 4 tahun ni?”

Tiga pari-pari ini saling berpandangan, tertera riak wajah risau pada wajah mereka bila mereka pandang Ivy balik.

“Kenapa? sesuatu terjadi kat Louis ke?”

Pari-pari itu menarik Ivy ke tepi tasik dan membuat putaran atas permukaan air sambil mendendangkan lagu. Ivy segera berlutut untuk melihat bayangan yang tiga pari-pari itu buat di dalam bulatan music mereka.

Mata Ivy terbeliak bulat melihat bayangan Louis yang berumur 15 tahun di dalam bulatan itu. Dia menutup mulutnya tidak menginginkan sebarang suara keluar dari mulutnya. Sebarang perasan yang timbul dalam hatinya tapi matanya tidak dapat menipu kerana ia mula berair.

Dalam bayangan itu, Louis kembali dengan baju Private schoolnya menandakan dia dapat ascape dari sekolahnya. Louis sedang mencari-cari di dalam bayangan itu. Dah tentu dia sedang mencari Ivy kalau-kalau Ivy akan muncul.

Ivy rasa sebak di dada melihat muka kecewa Louis bila dapat mengetahui Ivy tiada di tasik tersebut. Tetiba, sehelai kertas kecil timbul dari bulatan tersebut dan Ivy segera menangkapnya. Membuka lipatan kertas tersebut dan dapati terdapat mesej pendek tertulis pada kertas tersebut.

“Mid-Fall. Promise you’ll come?”

Ivy menggenggam kertas itu dengan erat dekat pada dadanya yang mula rasa sakit. Dia kembali memandang bulatan tersebut dan melihat Louis kembali ke tasik tersebut, kali ini berpakaian biasa. bersama segulung kertas dalam tangannya. Bayangan tersebut menunjukkan apa yang tertulis pada kertas bergulung itu.

Ia sebuah sijil graduation. Dia tamat private school pada tahun itu juga. Pada pertengahan musim luruh.

sekali lagi, sehelai kertas muncul dari bulatan tersebut. Ivy menangkapnya dan membukanya.

“Ivy, I miss you. I want to see you. 14 February?”

Sekali lagi bulatan itu menunjukkan Louis datang ke tasik tersebut bersama kuda putihnya, Majestic kali ini. Pada permulaan Musim bunga bersama sejambak bunga dan sekotak hadiah dalam tangannya. Sekali lagi dia tercari-cari jika Ivy ada di tasik tersebut. Wajah kecewa tertampal pada wajahnya sekali lagi. dia kembali kepada Majestic dan mengusap kudanya sambil berkata; “Dia betul-betul dah pergi…” riak wajahnya berubah ke perasaan yang bercampur aduk. Marah? Sedih? Kecewa? Ivy tak dapat jelaskan dan dia melihat Louis menjerit melepaskan geram dan melontar kotak hadiah dan sejambak bunga itu ke dalam tasik.

“kau taknak jumpa then fine!! Jangan datang, pergi balik dengan Ibu kau tu! Be the villain your mother wanted you to be! Just like the heartless witch you are!”

Bayangan Louis hilang bila setitis air mata Ivy jatuh ke dalam bulatan tersebut dan tiga pari-pari itu mendongak melihat Ivy yang menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Air mata berterusan jatuh tanpa henti umpama hujan jatuh ke dalam tasik itu.

Tiga pari-pari ini saling berpandangan sebelum tenggelam kedalam air tersebut menginggalkan Ivy mengangis bersendirian. Ke mana pari-pari itu pergi dia tak tahu, mungkin beri Ivy ruang untuk bersendirian. Menangiskan bayangan yang dia lihat tadi. Dia sepatutnya lega kerana Louis dah give up dengannya. Tidak lagi mengharap persahabatan mereka di teruskan.

Tapi… kenapa dia rasa terluka mendengar kata-kata Louis tu? Bersedih melihat wajah kecewanya? Adakah, secara senyap dia juga tidak ingin persahabatan mereka dihentikan?

Ivy menggeleng dan mengelap air matanya yang tidak henti mengalir. Hatinya meluap-luap dengan perasaan yang dia dah lama pendam. Kenapa bila dia berada di Hutan tersebut pasti perasaan yang dia tidak inginkan berada di dalam dirinya?

Empat tahu dia menahan perasaan itu, perasaan rindu terhadap Louis. Merindui kehadirannya di sisi Ivy, gurau senda mereka berdua, Sentuhan dan kebaikan Louis. Dia rindukan semua tu. Louis berikan dia sesuatu yang Tanah Vicious tidak pernah bagi kepadanya. Keselesaan dan ketenangan. Dua perkara yang dia tidak pernah dapat setelah dia dan Louis berpisah.

Sekarang, semua itu telah tiada. Louis dah mengalah dengan hubungan mereka. Dia dah tinggalkan Louis dan semua ini untuk kebaikan semua orang. Untuk kebaikan Louis juga.

Tiga pari-pari itu tumbul dari permukaan air tasik itu dengan sekuntum bunga rose putih dalam tangan mereka dan berikan kepada Ivy.

Ivy mengambil bunga tersebut dengan perasaan terkejut sebelum kembali memandang Pari-pari itu. “Bunga dari Louis?” pari-pari itu mengangguk membuat Ivy tersenyum. Walaupun ia agak pedih untuk tersenyum. “Thank you.” Bisiknya dan masukkan ke dalam beg sandangya.

Dia memandang kearah mana Hansel telah pergi sebelum bercakap dengan pari-pari itu. “Jumpa korang dalam masa seminggu—Tak-tak… jangan bagitau Louis. DIa tak patut tahu. Please I beg you…” bisiknya bila Pari-pari itu teruja seperti ingin beritahu seseorang. “Hubungan kami dah berakhir dan ia baik seperti itu. Aku akan kembali untuk Hansel dan Gretel. Okay?” Bila lihat Pari-pari itu mengangguk dengan sedih, Ivy terus pergi ke tempat Hansel sedang tunggu dia.

Dia dapat melihat Hansel duduk di tepi lubang itu sedang menunggu dan Ivy segera bersembunyi disebalik pokok. Dia mengelap air matanya dan memastikan wajahnya tidak kelihatan sembab atau ada tanda-tanda dia menangis, baru lah dia keluar mendekati Hansel.

“Hey! Aku buat kau tunggu lama sangat ke?” Soal Ivy dengan nada cerianya.

Hansel yang sibuk bercerita dengan pari-pari hutan terus bangun dan menggeleng. “naaah, Dorang temankan aku semasa kau bernostalgia kat tasik tu.” Katanya dengan senyuman nakal

Ikutkan hati nak je Ivy sihir bibir Hansel biar ia lenyap buat selama-lamanya tapi dia perlukan mulut tu untuk bagi Ivy nasihat dan bebelan ceramah tanpa henti. Dia benci ceramah Hansel tapi kadang-kadang ia berguna juga.

“Shut up. Kalau kau buka mulut pasal benda ni kat sesiapa, nahas kau.” Dia memberi amaran dengan renungan mautnya.

Hansel mengangkat kedua tangannya. “Okay-okay” dia tertawa sebelum tunduk dengan tangan di depakan ke lubang di sebelahnya. “After you m’lady?”

Ivy tak boleh tahan dirinya dari tersenyum dan merangkak masuk ke dalam lubang itu dahulu sebelum Hansel menyusulinya masuk ke tanah mereka semula.

Sebaik sahaja mereka keluar dari lubang tersebut, mereka pergi dari tempat itu secepat yang mungkin mengelakkan sesiapa sahaja mengetahui keberadaan mereka di situ. Mereka tiba di Bandar Vicious dan blend in dengan orang yang menjalani kerja harian mereka.

“So, 10 hari dari sekarang aku akan jumpa adik aku?” Hansel membuka mulut dulu selepas mereka berjalan tanpa arah tuju selama lebih 10 minit di Bandar tersebut. “Dan dalam masa 3 hari kau akan temui neraka bagi orang Vicious.”

Ivy tertawa kecil. “Kau buat aku risau. macam mereka di sana akan brainwash aku.”

Hansel pula tertawa besar. “Oh yes they will. Kau tak tahu apa mereka boleh buat di sana terutamanya mereka yang berkebolehan mengubah hala tuju manusia.”

“dan ‘mereka’ itu adalah….?”

“Woaaaa…. Banyak benda kau kena pelajari ni budak.” Hansel berpaling kearah Ivy dengan senyuman nakal.

“Well, apa gunanya former Enchanted berada di sini?” Ivy tujukan kepada Hansel. “TAk salah Sally jadikan kau personal bodyguard aku. Tell me everything about Enchanted. Ada orang yang aku patut berjaga-jaga ke?”

Hansel mengangkat bahu dan masukkan kedua tangannya kedalam poket seluar. “Aku tak tahu apa dah jadi kat sana tapi ada beberapa orang kau kena berjaga-jaga.”

“Siapa—” Ayat Ivy terpotong bila dia dengar bunyi gagak menyahut di atas bangunan berdekatan dengan mereka. Ivy mengeluh panjang. “Ibu aku seru aku ke rumah. Apa kata kita sambung ni esok pagi? Gunung Furious?”

Hansel tersenyum dan mengangguk. “See you tomorrow.”

Ivy mengangguk dan panggil Burung Gagak itu ke bahunya. “Yea… See ya.” dia memberikan senyuman sebelum meninggalkan hansel. Sebaik sahaja dia membelakangkan lelaki itu, senyumannya pudar menjadi riak muka yang kosong.

“Turn into a bird.” Dia hayunkan tangannya mengubah burung gagak itu menjadi manusia dan berjalan bersebelahan dengannya.

Apa rancangan kau?” Soal Diaval sebaik sahaja dia berubah.

Ivy mengetap gigi, menahan dirinya menunjukkan sebarang ekspresi muka walaupun matanya telah berair. “Aku buat apa yang patut aku buat.” Jawabnya mengawal nada suaranya dari pecah.

“Dengan manipulasikan kawan kau sendiri?” Soal Diaval menuding kearah belakangnya di mana Hansel berdiri tadi. “Ivy, kau patut ke buat macam ni?”

Ivy mendongak melihat lelaki yang sekepala tinggi darinya dengan senyuman sinis. “Of course. I am the Maleficent’s daughter. The Heartless witch.”


>X< 

Comments

Post a Comment

Popular Posts