Second L.O.V.E

Invitation to go to Collage

Rumah Ivy

Ivy menelan air liur kelat. Mungkin ini dah kali ke empat atau lima dia menelan air liur memandang pintu rumahnya sendiri. Apa yang dia takutkan sangat?

Ibunya.

Selepas dia mendapat sijil graduasinya, dia tidak terus pulang ke rumah, dia sempat berseronok dengan Dottie dan Caramel untuk kali terakhir sebab Ivy tahu dia takkan berjumpa dengan mereka berdua selalu sebab dia ni jenis yang malas nak keluar lepak dengan kawan-kawannya yang suka berfoya-foya. Tapi…. Bukan balik lambat yang dia takutkan.

Masuk ke collague. Itu yang dia takutkan bila Ibunya bangkitkan subjek tersebut sebaik sahaja dia balik rumah. Sebab taknak masuk collague jugalah Ivy berseronok dengan kawan-kawannya untuk kali terakhir kerana bila mereka masuk collague nanti, Ivy takkan jumpa mereka lagi. Nasib baik Hansel tak dapat panggilan masuk collague kalau tak dah tentu Ivy tak jumpa Hansel seperti tadi.

Kenapa Ivy dapat tahu sebaik sahaja dia balik Ibunya akan buka subjek masuk Collague? Kerana semasa dia beritahu kawan-kawannya yang dia taknak masuk collague, burung gagak bahlul tu ada mengintip mereka. Mendengar semua perbualan mereka.

Urrgghh…. Mesti Diaval beritahu Ibu tentang ni.

Ivy menarik nafas dalam untuk beberapa kali cuba membina keberanian dalam dirinya dan mengangguk. “Baiklah. 1….” Dia memegang tombol pintu. “Dua….” Dia menarik nafas dalam. “3!” sebaik sahaja dia buka pintu rumahnya. Dia tak jangka yang ruang tamu rumahnya gelap.

Kejap. Itu petanda yang baik! Bermaksud Ibunya tiada di rumah!

Menghembus nafas lega, dia masuk kedalam rumah dengan senang hati dan naik ke tingkat atas.

“Ivy, masuk ke dapur sekarang.”

Langkah Ivy terhenti di kaki tangga bila dia dengan Ibunya panggil dari dapur. Dia mengeluh panjang.

So much for a good night sleep desis hatinya sedih.

Dengan kaki yang berat, dia berjalan masuk ke dapur dan perasan ibunya duduk di meja makan dengan secawan kopi dalam tangan.

“I-Ibu?”

Ibunya meletak cawannya kembali keatas meja dan merenung kearah Ivy sebelum mengalihkan pandangannya. “Duduk Ivy.” Katanya depakan tangan kearah tempat duduk berdepan dengannya.

Ivy rasa bulu romanya remang bila bertentangan mata dengan Ibunya. Tanpa bantahan, dia duduk di hujung meja makan bertentangan dengan Ibunya.

“Nak minum? Teh? Kopi?” Soalnya dengan nada tenang tapi Ivy tak percaya Ibunya ada sifat tenang dalam dirinya. “Why my child… kenapa kamu diamkan diri? bukankah ibu kamu menyoal kamu?”

“Ee—err…. Teh?” katanya dengan suara kecil

Ibunya mengangguk dan hayunkan jarinya kearah Burung gagaknya. “Turn into a human.”

Burung gagak yang berdiri di kepala kerusi Ibunya berubah menjadi Manusia dan Diaval tunduk hormat kepada Tuannya. “Yes my Lady?”

“Kamu dengar apa yang anak saya inginkan? buatkan teh kegemarannya.”

Diaval sempat menjeling kearah Ivy sebelum mengangguk tanda faham dan buatkan teh untuk Ivy.

Ivy bersyukur Diaval tak buat Tehnya dengan lama kerana dia tak suka duduk diamkan diri berdepan dengan ibunya yang kelihatan tenang.

Ivy menarik baju Diaval bila dia berada di sisinya dan berbisik; “Aku dalam bahaya ke? Baik kau cakap apa yang kau cakap kat ibu aku.”

Diaval hanya mengangkat bahu dan paksa Ivy untuk melepaskan bajunya. “Good evening Little miss.” Dia tunduk hormat dengan senyuman nakal dan kembali berdiri di sebelah Tuannya.

Ivy menelan air liurnya untuk yang kesekian kali. Habis lah dia.

Beberapa minit telah berlalu dan Ibunya masih tidak bersuara lagi. kenapa ibunya tak  bersuara? Adakah dia marah? Adakah dia sedang mengujinya? Adakah ibunya sedang memikirkan cara untuk menghukumnya? Oh tidak! Dia nak tahan magic Ivy lagi ke? Dia tak boleh hidup tanpa magicnya!

“Ivy…”

“Y-ya!” Ivy segera menutup mulutnya kerana menjerit.

Ibunya tidak memberi riaksi dengan kegemuruhannya dan berkata; “Ibu tahu apa yang kamu buat pada majlis graduasi kamu tadi.”

Oh my gosh…. Damn you Diaval!!!

“y-Ya?”

Ibunya mengalihkan pandangannya semula ke Ivy dan bibirnya terangkat ke atas dan ini buat Ivy terkejut. “I’m proud of you.”

Ivy rasa bola matanya nak terkeluar dari soketnya kerana melihat ibunya tersenyum. “I-Ibu tak marah?”

“Kenapa ibu nak marah? Kamu muncul pada majlis itu dengan begitu megah! Muncul semasa majlis tu dah nak tamat, tunjukkan kuasa kamu bila Pengetua kamu tak berikan hak kamu. Ivy….” Ibunya menyimpul jari jemarinya dan pandang Ivy dengan senyuman yang Ivy takkan jangka dia akan lihat terpapar pada wajah Ibunya. “I’ve never been so proud of you my child. Kamu buat sesuatu yang betul untuk kali pertama ini.”

Terukir senyuman gembira pada bibirnya dan mengangguk. Dia tak sangka apa yang dia tadi telah buat Ibunya bangga. Ibunya bangga akan dia.

“Ibu pasti kamu penat sekarang ni, berseronok bersama kawan-kawan kamu sepanjang malam. Pergi naik ke bilik kamu dan rehat Ivy.”

Ivy mengangguk dengan gembira. “Jadi… Jadi Diaval tak beritahu Ibu?”

“Beritahu ibu pasal apa?” Soal Ibunya memandang kearah Diaval.

Diaval hanya mengangkat bahu.

“Ivy?” dia kembali merenung kearah Ivy. “Ada sesuatu yang ibu patut tahu?”

Ivy segera menggeleng. “N-nothing!”

“Ivy!” Ibunya bagi amaran. Ibunya tidak suka bila ada sesuatu yang dia patut tahu tapi orang taknak beritahu dia.

“D-Diaval tak beritahu Ibu tentang betapa takutnya kawan-kawan saya bila saya buat muka.. ‘Well, well…” Ivy buat muka tenang yang marah itu kepada ibunya bila dia kata ‘well, well’

Ibunya tertawa dan memeluk Ivy membuat Ivy terkejut untuk kedua kalinya (pertama sebab ibunya tertawa dan kedua Ibunya memeluk dia) “This is exciting! Apakata kamu pergi naik tidur? Kamu tentu penat.” Katanya mengusap rambut depan Ivy.

Ivy melepaskan pelukan Ibunya dan mengangguk. “baiklah Ibu.” Dia tundukkan kepalanya kepada Ibunya sebelum bergerak keluar dari dapur.

Dia sempat beri signal kepada Diaval, mengucapkan terima kasih kepada burung itu untuk tidak beritahu Ibunya tentang dia taknak ke collague.

Setiba sahaja dia sampai di biliknya, mengunci pintu dan pastikan tiada siapa dalam bilik tersebut dan…

Dia melompat-lompat dengan girang sambil menahan dirinya dari menjerit. Malam ini ialah malam terbaik dalam hidupnya! Dia dah graduate, dia dah claim haknya pada semua rakan-rakannya dan paling menggembirakan Ibunya bangga kat dia! Is this the greatest night or what?!

Dia nak humban badannya di atas katil queen sizenya tapi terbatal bila dia lihat sekotak hadiah yang di bungkus cantik dengan bungkusan warna hitam dan reben merah.

Tanpa teragak-agak dia membuka kotak tersebut dan dia menarik nafas tajam. “Oh… my… GOSH!!!” Dia keluarkan kayu sakti yang berwarna hitam yang mempunyai ukiran halus yang sangat detail. Juga terdapat permata amerald dihujung kayu tersebut.


“Aaaaaaaaaaaaahhhh!!!!!!” Jeritnya sekuat hatinya. Sekarang dia tak kesah kalau jiran sebelahnya dengar dia menjerit. Dia kesah apa? Ibunya berikan dia kayu sakti baru! siapa tak gembira???

Dia merebahkan badannya di atas katil dan memeluk kayu sakti itu dengan erat.

This is the best day ever! Jerit hatinya girang.

Nampaknya dia dapat tidur dengan lena ini malam. Malah mungkin dapat bermimpi sesuatu yang indah.

Dan ya. Setelah sekian lama, tidur di dunia penuh kegelapan, mempunyai mimpi yang kosong, Ivy akhirnya dapat mimpi yang indah. Mimpi yang penuh dengan warna-warni, keindahan yang tidak dapat di bayangkan dan keajaiban yang tidak dapat terurai.

Mimpikan seorang yang dikenali. Bermain, berborak bersamanya… menunjukkan perkara mengujakan kepadanya. bertemu seekor kuda putih untuk pertama kali, menyentuh seekor sprites… berjumpa dengan ikan duyung… dan banyak lagi. lebih banyak lagi keseronokan yang Ivy temui bersama budak lelaki itu.

Dalam tidurnya, Ivy tersenyum kecil. “Louis…” bisiknya. Meluahkan perasaan rindu yang terkunci di lubuk hatinya. Perasaan yang dia dah sembunyikan dari dunia.

Malangnya, sebaik sahaja dia buka mata, mimpi itu telah dilupakan dan hatinya kembali terkunci dengan ketat. walaubagaimanapun, senyumannya masih terukir pada wajahnya.

>X<

5 bulan kemudian….

Ivy sedang bermain dengan kayu saktinya, memutarkannya di celah-celah jarinya. Memandang kearah luar tingkap jendelanya melihat pagar berduri yang menjadi dinding melindungi Hutan Mahligai dari cengkaman penduduk Vicious. Dah tentu. Orang Vicious akan rosakkan hutan itu untuk kepentingan mereka sendiri. Membalas dendam, membuat potion, racun, magic untuk merosakkan kebahagiaan orang.

Ivy memandang kayu saktinya. Tiada siapa boleh menghancurkan pagar berduri itu. Termasuk ahli sihir terkuat di tanah Vicious itu. Pagar tersebut dibina dengan gabungan magic empat pari-pari di raja dan juga sedikit pixie dust.

Tiada penduduk vicious dapat melepasi pagar tersebut. Tiada siapa boleh hancurkannya juga. Ivy pernah melepasi pagar tersebut. Dia jumpa laluan kecil masuk hutan Mahligai tu. Ivy tak faham selama setengah abad mereka tak jumpa lubang kecil tersebut.

Apa jadi kalau Ivy besarkan lagi lubang tersebut? Adakah orang dewasa dapat masuk ke hutan Mahligai? Tanah Enchanted?

Patut kah dia besarkan lubang tersebut? Kedua-dua tanah menjalani hidup dengan aman setelah kedua jenis manusia di pisahkan. Dah tentu penduduk Vicious masih mempunyai dendam terhadap Penduduk Enchanted. Ya, mereka masih mencari cara untuk membalas dendam. Tapi bukankah lebih baik kalau mereka tidak teruskan dendam mereka dan hidup di tanah Vicious dengan aman? Tanpa rasa iri hati dengan orang Tanah Enchanted?

Boleh kah dia besarkan lubang tersebut? Ini persoalan yang bermain dalam mindanya. Kalau ibunya tak dapat wujudkan lubang kecil pada pagar tersebut, dah tentu dia tak boleh buat juga.

Ivy tersentak dari lamunannya bila seseorang melontar seketul batu ke tingkap biliknya. Ivy segera membuka tingkap biliknya untuk melihat siapa yang berani lontar batu. “Hansel!

Hansel melambai kearahnya dan bagi signal dia untuk turun. “I have something to tell you!”

 Ivy mengangguk dan bergegas turun dari biliknya secepat yang mungkin. “Apa dia—Ah!” Semasa dia turun dari tangga berandanya, Ivy tersandung dan jatuh di atas Hansel.

“Uppfftt!” Hansel menangkap Ivy, hampir dengan dia sekali terjatuh atas tanah tapi tindakan reflexnya bertindak lebih cepat. “Beratnya kau!”

Muka Ivy naik merah dan segera bangun dari tangan Hansel. “Isssh! Kau ni!” Ivy memeluk tubuh tak puas hati. “Apa kau nak sampai datang ke rumah aku hah? Bukannya kau kata kau taknak datang rumah aku sebab takutkan Ibu aku ke?”

“Of course aku takutkan Ibu kau! Dia Maleficent!” sahutnya sambil tertawa.

Ivy menjungkit kening hairan. “Kalau kau takut kenapa kau ketawa pula?—Oh forget that, Apa kau buat kat sini?”

“Nak jumpa kau lah, Duh!” usik Hansel dan mendapat pukulan di bahu oleh Ivy. “Ow! Jangan buat macam tu. Dah dua bulan aku tak jumpa kau Ai, Dua. Bulan. Kau kemana hah?”

Ivy mengangkat tanganya sambil memutarkan bola matanya. “Understudy. Ibu aku mula mengajar aku beberapa lagi jampi baru.” Ivy mengeluarkan senaskah buku kecil keluar dari beg sandangnya dan tunjukkan pada Hansel. “Another Gift! Ibu bagi buku ni tiga bulan lepas. Dia kata aku dah cukup bertanggungjawab untuk pegang buku ni!”

“Buku jampi?” Soal Hansel membaca tulisan atas buku tersebut. Tulisan code hanya Penduduk Vicious sahaja yang faham. “Oh and mana kayu sakti kau yang dulu?”

“Yup. Ibu aku kata beberapa magic perlukan mantera yang agak panjang. Dia tahu aku masih beginner so dia bagi aku buku ni untuk tolong aku belajar dan hafal setiap mantera yang perlu di ingat.” Ivy masukkan semula buku tersebut kedalam begnya. “Pasal Kayu lama aku, aku tak tahu. Keesokan hari aku dapat kayu sakti baru ni, ia dah hilang dalam beg aku. Diaval kata dia dah hapuskan kayu lama tu supaya tidak jatuh ke tangan yang salah.”

“bukannya kau dah sememangnya orang yang salah?” Soal Hansel dengan senyuman nakal.

“Ya, tapi lebih teruk orang yang mulia menjadi salah.” Balas Ivy balik.

Hansel membesarkan matanya kearah Ivy. “Okay, itu adil. Kau tangkap aku balik.” Katanya sambil menepuk tangan. “Tahniah Ivy the Devil. Anda patut dapat anugerah kerana dapat menyinggung perasaan aku.”

Ivy hanya tertawa tidak terasa langsung dengan sindiran Hansel. “Dah-dah. Kau jumpa aku sebab rindukan aku je ke? Itu je?”

“Tak.” Hansel juga tidak kesah tentang sindiran Ivy tadi. “Aku nak ke Bandar, seperti biasa, round Bandar sehingga kaki kebas and makan kat random restaurant. Nak join?”

Ivy mengangkat bahu. “Sure. Aku takda benda nak buat ni hari. Apa salahnya.”

“Great. Then lets go!” Sahut Hansel sambil hulurkan tangannya.

“Jom!” Ivy terus menyambut tangan Hansel. Dia baru perasan sesuatu dan menarik tangannya. “M-Maaf aku—”

“Tak-tak.” Potong Hansel. “Aku yang salah. Aku dah terbiasa buat macam tu kat adik aku...” Hansel mengusap lehernya. “Then, apa kata macam ni?” Hansel membengkokkan sikunya kepada Ivy.

Ivy melihat signal tersebut dan selitkan tangannya pada lengan Hansel. “Alright! Jom pergi?”

“Jom!”

Mereka berdua mula berjalan menuju ke Bandar dengan menggunakan kaki. Seperti yang mereka plankan. Setiba sahaja mereka di Bandar (yang memakan masa 10 – 20 minit) mereka mula cuci mata dengan berjalan sekeliling Bandar secara rawak. Hanya berjalan tanpa arah tuju, mempercayakan kemana kaki mereka bawa mereka berdua. Kebanyakan tempat mereka dah pergi tapi menjejak tempat yang sama tidak salah dan ungkit semula kenangan lalu.

Mereka rehat di taman yang mereka jumpa, bermain di taman permainan kanak-kanak dan duduk di kerusi yang tersedia dalam taman tersebut. Ivy mencuba beberapa mantera dari buku kecilnya sementara menghilangkan penat pada kaki mereka.

“Oh cuba yang ni.” Hansel tuding pada mantera yang menarik perhatiannya.

“Dude, ini mantera prank. Macam budak-budak lah.” Komen Ivy dan ingin menyelak muka surat seterusnya tapi Hansel menghalangnya.

“Come on Ivy, nak buat apa jampi besar-besar? Yang kecil macam ni sudah lah.”

“Suckers.” Sindir Ivy dengan senyuman nakal tapi akur. “Siapa kau nak kenakan?”

Hansel tersenyum bila Ivy setuju untuk gunakan mantera tersebut dan meliarkan matanya mencari mangsa yang mereka patut kenakan. Hansel rasa dia dah tumbuh sepasang tanduk seperti ibu Ivy bila dia ternampak seseorang yang dia kenali.

“What luck Ai, lihat siapa yang ada di taman ni.” Hansel memuncungkan bibirnya kearah seorang perempuan berambut hitam pendek berjalan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Oh my… Itu Michele! Apa dia buat dengan salah seorang geng Azhul? Bukannya dia dengan Scorpius ke?” Bisik Ivy dan tundukkan diri secara automatic kerana tak nak perempuan itu perasan mereka di taman itu juga.

Hansel yang juga bersembunyi, mengangkat bahu. “Macam kau tak kenal Michele tu. Lelaki keliling pinggang! nasib baik dia tak dapat kotak Pandora mamanya, kalau tak tentu dia perangkap semua lelaki dalam kotak kecil tu dan jadikan dorang macam permainan.”

“Ewww… lain bunyinya tu Hans.” Bisiknya dengan badannya menggigil kerana geli. “Kau pun apa kurangnya? Pernah terjebak dengan si Michele tu.”

“Tsk! Itu kisah lama—Apapun, baik kau cuba mantera tu kat Michele. Kau kan tak sukakan perempuan tu.”

“Aku tak sukakan perangainya. Jangan nak buruk-burukkan aku okay. Tapi….” Ivy melihat Michele sedang bermesraan dengan boyfriend barunya. “Apa bermain dengan dia sedikit.” Katanya sambil mengenyit mata.

“Yes!” Hansel mengangkat penumbuknya ke udara bila Ivy membuka bukunya bersedia untuk membuat jampi.

Ivy berhenti pada salah satu mantera dalam bukunya dan berdehem. Memandang Michele yang sedang memeluk lengan boyfriendnya dengan manja (Ivy hampir termuntah tengok Michele buat puppy face)

*Nam omnem laborem dicis
Omnes pueri cor accipias,
Convertere propter eam omnes,
Anguis in Slytherin!*

Ivy menghayunkan tangannya kearah Michele dan magic hijau mengalir keluar dari jari jemarinya, terbang kearah perempuan itu seperti satu tembakan bunga api.

Perempuan itu kelihatan tersentak bila sihir tersebut terkena padanya, sempat melihat sekeliling siapa tapi tak dapat mengesan dua troublemakes yang bersembunyi di sebalik kerusi taman itu.

“Tak jadi apa pun…” bisik Hansel melihat Michele kembali bermesraan dengan boyfriendnya.

“Shhh…. Sabar lah.” Ivy tersenyum sinis bila ada perubahan berlaku pada fizikal Michele. “It’s happening..!” bisiknya dengan riang.

Hansel kembali melihat Michele dan matanya terbeliak besar hampir terkeluar dari soketnya kerana kulit Michele berubah warna menjadi warna hijau. “Oh my—” Hansel menahan gelaknya. Bukan itu sahaja, kulit Michele jugak berubah bentuk. Tumbuh sisik ular pada kulitnya. Wajah sedikit dengan hidungnya yang mancung menjadi peset dan matanya menjadi lebih tajam; anak mata berwarna kuning.

Boyfriendnya juga terkejut—menjerit melihat muka Michele tetiba berubah dan hampir melompat bila Perempuan itu tumbuh ekor.

“Wha—what! WHAT!!” Michele berputar melihat ekor barunya dan menjerit sekuat hati. Lidahnya terkeluar seperti seekor ular yang berlidah terbelah dua. “Whatsss the meaning of Thissssss!”

“Woaaaa Babe!!” Boyfriendnya terus membelakangkan diri dari Michele. “S-saya kena per-pergi dulu—So-So—Bye!” lelaki itu terus melarikan diri meninggalkan Michele yang terngagah.

“Apa?—Baby!!” Dia menghentak kaki geram sambil berdesir seperti ular sebelum melihat sekeliling dan menutup mukanya kerana takut ada orang nampak dia seperti itu. “baby! Tunggu aku!” Panggil Michele dan mengejar boyfriendnya.

Sementara itu, di sebalik kerusi… dua rakan baik dah pun terlentar di atas tanah ketawa pecah perut hingga terguling-guling melihat dua pasangan yang malang itu.

“That—was—HILARIOUS!!!” Sahut Hansel sambil ketawa sehingga dia tidak dapat bernafas. “Arrghahahaha!—perut aku!”

Ivy juga ketawa berdekah-dekah hingga matanya berair kerana gelak banyak sangat. Dia cuba menarik nafas dalam beberapa kali untuk tenangkan hatinya yang girang sebelum duduk di atas tanah, memandang Hansel yang masih tertawa. “So, selepas ni nak buat apa? Ke… kau nak kenakan orang lagi?”

Hansel menarik nafas panjang setelah ketawa sepuas hatinya dan bangun dengan siku sebagai tongkat di belakagnya. “Naah… Lepas ni pegi naik gunung Furious. Kita nikmati matahari terbenam kat sana.”

“Aaaa….. Are you taking me on a date, oh dear kind sir?”

Hansel menjungkit kening double jerk bersama senyuman menawannya. “What’s the better way to sway a beautiful girl’s feet than a date to see the sunset?”

Ivy tertawa mendengar Hansel membalas dengan cara ala-ala gentlemen. “Atleast take me to dinner first before swaying my beautiful feet.”

“Oh aku dah sedia dah dinner awal-awal.” Hansel kembali berdiri sebelum menghulurkan tangannya untuk bantu Ivy bangun.

Ivy menerima bantuan itu dengan senang hati dan bangkit. “Kau sedia apa?”

“Picnic di atas gunung sambil tengok matahari terbenam. Apa lagi?” Katanya sambil buat muka sakarstik.

“Oh romantiknya awak.” Ivy kata sambil mata berkelip beberapa kali.

Mereka berdua tertawa dengan gelagat mereka sendiri. Setelah bermain, mengusik dan menyindir sesama sendiri, mereka bergerak menuju ke Gunung Furious. Gunung tersebut terletak di hujung bahagian barat tanah Vicious, seperti nama gunung itu, tempat tersebut penuh dengan binatang buas yang menakutkan seperti Alchupra cabra, Jersey Monster, Trolls dan banyak lagi haiwan pemakan darah.

Dah tentu takda orang nak naik gunung tersebut kerana haiwan-haiwan merbahaya itu. Tapi tak bagi dua remaja gila ini. Bagi mereka ia satu pengembaraan. Berjumpa dengan haiwan menyeramkan dan merbahayakan nyawa diri sendiri. Lagipun, mereka dah banyak kali naik gunung tersebut dan tiada berani menyerang mereka kerana Ivy anak kepada ahli sihir jahat yang terkenal di tanah Vicious itu sehingga haiwan-haiwan itu pun mengenali kekuasaan ahli sihir jahat itu.

Setiba sahaja mereka di Puncak gunung Furious, Ivy agak terkejut melihat bekal picnic yang Hansel katakan telah pun di sediakan berhadapan dengan matahari yang dah nak mencecah horizon dunia. Horizon dunia Enchanted

“M’Lady…” Hansel tunduk memberi Ivy untuk duduk dahulu sebelumnya.

Ivy hanya tertawa melihat Hansel berlagak gentlemen dan duduk di atas karpet picnic itu. Perhatikan Hansel keluarkan beberapa keeping sandwich dalam bakul picnic dan juga kotak jus anggur.

“Apa?” Soal Hansel sambil keluarkan makanan dari bakul picnic, perasan yang Ivy sedang memerhatikannya. “Sesuatu melekat kat muka aku ke?”

Ivy segera menggeleng. “Tak… Sebenarnya aku tengah memikirkan sesuatu…”

“Perkara buruk atau baik?—Look! Fav kau, strawberry and chocolate.” Katanya keluarkan dari bakul Picnic.

Ivy hanya tersenyum. “Apa lelaki baik macam kau buat di tanah sekejam ini?”

Senyuman Hansel hilang, pandangannya berubah ke arah tanah seberang yang di lindungi dengan pagar berduri. “Kau rasa aku baik?”

Ivy juga memandang kearah mana Hansel lihat. Perkara terbaik tentang Gunung Furious itu ialah mereka dapat melihat sedikit pemandangan Tanah Enchanted, melepasi Hutan Mahligai. Mungkin ini sebab banyak haiwan buas di gunung tersebut. Mengelakkan penduduk Vicious mengintip tanah seberang.

Dia mengangkat bahu dan menggigit sandwich ayamnya. “Dengan perangai kau macam ni, siapa tak fikir kau baik? Apa pari-pari kat Tanah Enchanted tu fikirkan sampai humban kau kat sini?” katanya sambil menghembus nafas panjang.

“Yang aku bunuh salah satu pari-pari di raja.” Jawab Hansel juga makan sandwichnya. Seperti soalan itu tidak memberi kesan kepadanya langsung.

Ivy mengangguk setuju dengan bibirnya jatuh kebawah. “Yeah… mereka betul hantar kau ke sini.”

“Asal pulak?” Hansel memandang Ivy sambil terjungkit kening.

Ivy kembali melihat Hansel dengan senyuman nakalnya. “Sebab aku ada kawan nak melepak selain Dottie dan Caramel.”

“Cheh… tak guna. Jadi kau nak cakap aku ni check point lepak kau lah?”

“Lebih kurang macam tu.” Balasnya sambil menggoyangkan tangannya kekiri dan kekanan seperti mengimbangkan sesuatu.

“Damn you.” Hansel melontar sebiji strawberry kearah Ivy. “Kau pula macam mana? Kau perempuan terkejam di atas Tanah ni—oh sorry, kedua terkejam, Ibu kau yang pertama—So, apa kau buat lepak dengan ‘lelaki baik’ macam aku ni?”

Ivy mengangkat bahu tidak kesah. “Ehh… Mungkin sebab kau nak berkawan dengan aku sebab aku seorang bukan sebab aku anak Ibu aku. Lagipun, kau ni jenis yang menyendiri seperti aku. Tak suka berada di tempat orang ramai dan sedikit introvert. Soo.. Yeah. Lebih kurang macam aku.” Ivy tersengih-sengih dan melontar strawberry itu kepada Hansel balik. Dia kembali memandang Tanah seberang dengan keluhan panjang.

“Kau pernah cakap yang kau di hantar melalui jalan tu kan?” Ivy tuding kearah jalan yang menghubungkan hutan mahligai dengan Tanah Vicious tapi kini di tutup dengan pagar berduri. “Apa rasanya tinggal di Tanah Enchanted? Perempuan kat sana gedik-gedik ke? Mereka selalu angkat jari kelingking mereka kan? Dan duduk dengan tegak, penuh sopan santun dan bercakap semerdu burung merpati.” Sindir Ivy sambil tertawa jahat.

“Entahlah. Dah berdekad aku tinggalkan tanah tu dan aku tak terfikir nak balik sana.”

“Really? Adik kau?”

“Dah tentu aku fikirkan adik aku. Aku nak ke sana untuk kali terakhir untuk jumpa adik aku je.” Hansel menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. “I’ll do anything to see her again. Ikutkan hati aku nak bawa dia ke sini tapi…. Aku tak nak dia berjumpa dengan orang-orang Tanah Vicious ni—No offence.”

“Non taken.” Ivy kata tak terasa langsung. “Malah bagi aku itu satu pujian.”Ivy perasan hari dan makin gelap dan keluarkan kayu saktinya, membaca mantera asas untuk mencipta 5 bebola cahaya mengelilingi mereka. “That’s better.

Hansel tertawa kecil. “Jadi, aku rasa ia lebih baik dia di sana. Aku Cuma nak tahu bagaimana keadaannya di sana. Dia baik ke? Dia sihat? Macam mana dia membesar tanpa aku? Ye lah kami berdua anak yatim piatu. Siapa jaga dia kalau bukan aku?”

“Hey..” Ivy menyentuh bahu Hansel. “Jangan risau. Aku pasti adik kau baik-baik sahaja. Kalau abang dia survive di dunia teruk macam ni… tentu adik kau boleh survive di sana. Kan?”

Hansel tertawa kecil sambil menggeleng membuat Ivy menjungkit kening. “Kau gelak pulak? Lawak ke?”

“Tak. Aku tak sangka perempuan terkejam cuba sedapkan hati aku. Tak sangka berhati jugak kau kan?”

“Aku? Berhati? HAH!” Ivy ketawa besar. “Dude, kalau aku berhati dah lama aku kena hantar ke Enchanted.”

Hansel hanya melihat Ivy ketawa. Memerhatikan bibir yang disembunyikan lipstic purple; tersenyum nakal dengan lebar. Mungkin bukan senyuman tercantik tapi bagi Hansel itu senyuman paling asli dia lihat dalam tanah Vicious itu. Walaubagaimanapun asli senyuman itu, terdapat sedikit kesedihan dalam mata Ivy.

Kenapa? Hansel dapat rasakan sesuatu yang kurang dalam Ivy. Kekurangan dalam senyuman tersebut. Mungkin…. Keikhlasan?

“Kau nak kata kau ni tak berhati?”

Ivy menggeleng dengan senyuman. “Aku anak Melifecent. The heartless sorceress in the world. Memberi sepenuh jiwanya kepada the forces of evil!” Katanya sambil depakan tangan keudara seperti ia satu kebanggaan. “Suatu hari nanti aku akan jadi seperti Ibu. Ahli sihir yang di geruni oleh semua orang—Anyways… Aku baru teringat something. Kau dah dapat surat tawaran masuk collague lagi ke?”

Senyuman Hansel terus hilang dan menggeleng. “Tak! Weh, bukan ini hari ke last day penerimaan collague? Aku tak dapat surat tawaran langsung!!”

“YES!!”

“Oi!! Asal kau gembira pulak!”

“Sebab aku tak dapat surat tu jugak! Woohooo! Setahun tak belajar!”

Hansel meluku kepala Ivy. “Aku yang tunggu setahun untuk dapat surat tu nak sangat masuk kolej, kau pula yang taknak? Kau nak jadi apa hah?”

Ivy segera bangkit dan bersihkan seluarnya sebelum menjerit ke udara; “Be a free woman!” sahutnya dengan gembira dengan tangan di angkat ke udara.

Hansel turut bangun dan turunkan kedua tangan Ivy. “Free my ass kalau bodoh—Apa benda tu?” Soal Hansel ternampak dua ekor burung terbang kearah mereka. “Kejap… itu kelawar dan—”

“Burung hantu?” Ivy juga perasan dua haiwan bersayap itu. “Oh tidak, mereka bawa sampul surat ke tu?!”

Kelawar dan burung hantu itu jatuhkan sampul surat dalam kaki mereka ke dalam tangan yang patut menerimanya. Burung hantu kepada Ivy dan Kelawar kepada Hansel.

“Ini first time Pengetua Jack skellington hantar burung hantu untuk hantar surat tawaran.” Kata Hansel melihat sampul suratnya dengan senyuman lebar. “Ai, aku dapat cop biru. Akhirnya!!” Senyuman Hansel pudar bila dia perasan muka buntu Ivy.

“Dude, Kalau dapat cop emas apa maksudnya?” Ivy tunjukkan sampul suratnya yang bercop emas. Juga corak sampul surat itu lain dari sampul surat Hansel yang bertema warna gelap. “Cop mohor pun lain.”

Mereka berdua saling berpandangan sebelum Ivy segera membuka sampul surat itu untuk mereka berdua membaca isi kandungannya.

Dear young lady, Ivy The Devil,

Congradulation in our behalf on being accepted to attend Gracious Academy. We are honoured to have you as one of the students here in our school. We will send an escorter to send you from your home to our academy at the end of the month—Blah blah blah blah…..

Blah.

Blah.

Blah.

Blah.

Sincerely, The Principal of Gracious Academy,

The great wizard Merlin.” Baca mereka berdua serentak dan saling berpandangan. Merlin? Bukankah dia pengetua Kolej di tanah Enchanted?

Mata Ivy terbeliak bulat bila dia perasan sesuatu. Dia akan sambung belajar di Tanah sebelah?!

Dia terus memandang Hansel yang merenungnya dengan tajam. “H-Hansel—” tak sempat dia nak bercakap, hansel dah pun beredar dari tempat itu meninggalnya seorang diri. “HANSEL!!”

Dia ingin mengejar lelaki itu tapi terbatal bila dia dengar suara gagak menjerit di atas pokok yang berdekatan dengan mereka. “Diaval?” Burung gagak itu menyahut kepadanya sekali lagi sebelum terbang bertentangan arah dari Hansel. “DIAVAL!!”

Oh tidak…. Tidak-tidak-tidak!! Macam mana dia tak perasan Diaval sedang memerhatikan mereka? Dia akan beritahu Ibunya!! Ibunya akan tahu dia akan ke Enchanted….

Hati Ivy terbelah dua antara ingin menangkap burung gagak itu atau mengejar Hansel. Dia tak dapat berfikir. Mana yang lebih teruk? Dia pergi ke tanah Enchanted, dia telah melukakan hati Hansel atau Ibunya akan bunuh dia sebab dia ke tanah seberang. Tanah yang Ibunya bencikan seumur hidupnya.

Dia kembali memandang surat tawaran di dalam tangannya. Membacanya berulang-ulang kali, berharap, meminta ia akan berubah atau ada tertulis ayat tersembunyi ‘IT’S A PRANK!’ tapi malangnya tiada. Surat itu asli. Tiada hela di sebalik surat tersebut. Ia betul-betul datang dari tanah seberang.

Ivy menggenggam erat surat tersebut hingga remuk. “This a disgrace to my Mother.

>X<


(A/N: Mari kita berhuhuhuhu… What the hell is going on? Kenapa Ivy the Devil, anak Maleficent dapat tawaran ke Tanah hanya untuk orang-orang baik pulak??? Hmm… mystery.. mystery…Mwahahahahahaha..)

Comments

Popular Posts