Sixth L.O.V.E

New annoyed Friends

Hai! Apa khabar semua? Namaku, Ivy. Dikenali sebagai Ivy the Devil sebab ramai orang menggeruni aku. Bukan sahaja kerana aku ni anak the Evil sorcerer Maleficent malah perangai aku sememangnya heartless. Suka menjatuhkan sumpahan keatas orang tanpa belas kasihan. Tak kisah lah musuh atau kawan sendiri. Mempunyai kebolehan menghasilkan magic tanpa menggunakan kayu sakti (walaupun tak sehebat pakai kayu sakti tapi kira luar biasa jugak)

Aku membesar di tanah Vicious bersama Ibuku, Maleficent dan juga burung gagak yang menyakitkan hati, Diaval. Tambahan pula, aku mempunyai banyak rahsia tiada siapa yang tahu. Sebagai contoh, aku pernah ke Hutan Mahligai, aku pernah menyukai seorang penduduk Enchanted dan pernah mempunyai hati namun aku dah buang untuk mengelakkan ibuku masuk kedalam jiwa aku dan mencerobohi hati aku. Kalau dia tahu segala rahsia yang aku simpan, Masak aku!

Apapun, zaman kegemilangan aku sebagai the heartless with di Tanah Vicious telah berakhir bila aku dapat tawaran masuk ke Gracious Academy. Tanah Enchanted memberi peluang kepadaku untuk kembangkan lagi namaku ke tanah sebelah—NOT! Mereka tahu aku satu ancaman sebab itu mereka ambil aku ke pihak mereka tapi itu orang Enchanted fikir tapi bagi orang Vicious fikir aku rupa-rupanya mempunyai hati nurani—hancur kerja keras aku untuk mendapat gelaran Ivy The Devil dalam masa satu hari, hanya kerana surat tawaran dari the Wee Wizard Merlin!

Jadi, nak tak nak aku kena buktikan kepada orang aku yang aku bukan orang baik dengan datang ke Tanah musuh untuk rampas tongkat the great wizard merlin dan hancurkan dinding yang membahagikan tanah vicious dan tanah Enchanted. So yeah…. Misi yang sememangnya impossible untuk ahli sihir dalam latihan untuk mencuri dari Ahli sihir hebat. Tambahan pula seorang diri di tanah Enchanted yang penuh dengan magic. Pari-pari di raja dan juga banyak lagi keajaiban berwarna-warni.

Persoalan, macam mana kehidupan aku di Gracious Academy? Adakah aku kena buli? Tak lagi. Adakah aku di sisikan oleh pelajar lain? Ya, tepat sekali. Adakah aku bersedih kerana di sisikan? Tak langsung sebab aku gembira mereka sisikan aku sebab mereka takutkan aku. Adakah aku dapat membuat kawan di academy ini? faham tak konsep ‘disisikan sebab menakutkan’? kalau ya, bagus, tak yah aku nak terangkan panjang-panjang. Jadi, apa masalahnya? Aku tak di buli dan aku suka di sisikan, jadi kenapa aku tak gembira di tempat ni?

Oh entah lah… mungkin sebab aku sememangnya benci semua benda terkena sinaran matahari, pelagi ceria, a little pixie dust dan bibbidi bobbidi boo???

Satu perkara yang aku benci selama seminggu aku berada di academy ini ialah…. Gretel. Ya, betul tu, adik kepada kawan rapat aku, Hansel. Isn’t it ironic yang aku suka sangat dengan abang dia tapi aku sangat-sangat bencikan adik dia? Bukan hanya kerana mereka berlainan jantina, berlainan umur dan juga berlainan rupa. Malah berlainan perangai.

Gretel

“Gretel…. Gretel!” Ivy mengejar adik Hansel di laluan academy mereka. Ivy cuba bercakap dengan perempuan itu dari hari pertama dia masuk kelas. Nasib menyebelahi Ivy kerana dia tak perlu cari course Gretel ambil kerana mereka ada beberapa kelas mereka sama. Jadi, semenjak dia tahu perempuan itu Gretel, Ivy cuba mendekati perempuan itu tapi malangnya ia lebih susah dari Ivy cuba mendekati Hansel dahulu.

Ivy dapat tahu yang Gretel sangat-sangat membencikan orang Vicious dan tak nak ada kena mengena dengan orang Vicious. Ivy tak pasti sangat apa punca dia benci sangat dan dia nak tanya kalau lah Gretel bagi kesempatan untuk Ivy bercakap dengannya!!

“Gretel!” Ivy akhirnya dapat mencapai lengan Gretel dan memutar perempuan itu untuk berdepan dengannya. “Can you just please—”

“Get away from me!” marah Gretel menarik perhatian pelajar di sekeliling mereka dan  menarik lengannya dari tangan Ivy. “Bukannya aku dah terangkan kat kau yang aku taknak bercakap dengan kau ke? atau kau ni terlalu bangang nak faham maksud ‘leave me alone’? Huh?!”

Ivy mengangkat kedua tangannya dan perasan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka, berbisik dan tajuk bisikan mereka lebih kepada Ivy. “Dengar sini….” Ivy bersuara dengan rendah. “Aku taknak timbulkan sebarang masalah jika kau bagi aku peluang untuk—”

“Tak.” Gretel memotong. “Aku tak tahu apa The Great Wizard Merlin fikirkan tapi kau dah cukup dapat peluang dari Pengetua Merlin tapi tak dengan aku. Jangan harap aku nak bagi kau sebarang peluang!” marahnya membuat orang sekeliling berbisik tambah kuat dari sebelumnya. “So, leave me alone already.” Gretel terus menghentak kaki meninggalkan Ivy dikelilingi dengan pelajar yang memandang dan berbisik tentangnya.

Urrggghhhh! See? See?!!! nampak tak betapa menjengkelkan adik Hansel? Aku nak bercakap dengan Hansel pun tak sesukar ini!!!

Ivy menjeling kearah pelajar-pelajar di sekelilingnya dan berdesir. “Apa tengok-tengok? Tak penah nampak perempuan bergaduh ke?” amaran Ivy cukup buat semua pelajar di laluan itu kembali pada kerja masing-masing dan beredar secepat yang mungkin. Kang ada jugak evil witch itu mengenakan sumpahan keatas mereka semua.

Setelah laluan itu kosong, Ivy menghembus nafas lelah dan menyandar pada locker berdekatan. Ivy menghentak kepalanya pada locker itu. “My Lord…. Meyakinkan adik Hansel lebih susah dari apa yang aku fikirkan.” Dia melihat jam di pergelangan tangannya dan mengeluh. “Kelas potion pulak daaa….. malasnya aku nak jumpa professor sugar plum.” Dengan berat hati, Ivy mengheret dirinya ke locker untuk mengambil buku potion dan juga jaket musim sejuk.  

 Ivy tak seberapa gemar dengan kelas potionnya bukan sebab dia tak suka pembelajaran itu. Dia suka sebab dapat belajar campuran potion baru—terutamanya buat racun, perkara yang dia tak suka ialah kelasnya yang sejuk macam musim salji. Ivy tak main-main bila dia kata bilik itu sejuk kerana bilik itu dipenuhi dengan salji. Ini kerana professor yang mengajar mereka merupakan pari-pari yang hidup dalam salji.

Ivy tiba di dalam kelasnya lebih awal dari apa yang dia jangkakan dan duduk di mana meja kerjanya terletak. Dia sentisa berada di meja tersebut kerana tiada siapa nak duduk bersamanya. Hanya orang yang lambat masuk sahaja akan stuck duduk dengan Ivy.

“Baiklah semua! Bersihkan meja kamu dari salji kerana kita akan mulakan pelajaran kita pada hari ini!”

Ivy memandang kearah cahaya terang yang masuk kedalam kelas mereka dan berubah bentuk bersaiz manusia di hadapan kelas. Itu ialah professior sugar plum. Seekor pari-pari salji yang pakar dalam membuat potion. Pelbagai jenis potion. Wajah sugar plum kelihatan seperti seorang manusia berusia lingkungan lewat 20-an, berpakaian seperti ahli ballerina dan bersayap rama-rama yang berwana pink dan biru. Dia mempunyai senyuman yang sangat manis dan Ivy tak pernah lagi lihat pari-pari itu murungkan wajahnya.

“Oh cik De—D-Devil…. Saya gembira kamu dapat datang ke kelas saya lagi.”

Oh dan satu lagi pasal Professor sugar Plum. Dia takutkan Ivy, atau secara general, orang Vicious.

Ivy hanya berikan dia senyuman sesaat sebelum membuka buku potionnya tidak lagi memandang professornya yang pucat seperti salji setiap kali melihat Ivy.

“B-Baiklah semua, sila cari pasangan anda kerana kali ini kamu akan dapat assignment pertama kamu.” Katanya seceria yang mungkin tanpa menjeling kearah Ivy setiap kali dia bercakap. “Chop-chop my little brewer! Potion kali ini agak special dari yang biasa!”

Ivy hanya perhatikan rakan kelasnya mencari pasangan mereka masing-masing. Ivy tak perlu bersusah payah langsung. Dia hanya tunggu samada dia ada partner untuk assignment ini atau dia akan bersendirian. Dia berharap semua orang ada pasangan dan biarkan dia bersendirian. Ia lebih senang dari bertengkar dengan partner yang taknak beri kerjasama.

“Nampaknya kawan kita seorang tiada partner.”

Or maybe not desis hati Ivy, hancur harapan buat assignmentnya sendiri.

“Nampaknya Cik Apple kita tiada pasangan lagi. ada sesiapa yang nak berpasangan dengan Cik Apple?”

Ivy memerhati rakan sekelasnya jika ada sesiapa yang nak mengangkat tangan, mengambil perempuan itu malangnya, mereka semua pandang tempat kearahnya.

Ivy mengeluh panjang dan dengan berat hati mengangkat tangannya. “Saya boleh jadi partner Apple.”

“O-Okay then, Cik Apple boleh berpasangan dengan C-Cik Devil.”

Apple Red (I know, Selena Gomez)

Apple memandang Ivy sebelum kembali ke Professornya, matanya merayu dia taknak dengan Ivy tapi Professor Sugar Plum tak dapat buat apa-apa. Dia menyentuh bahu Apple dan berbisik; “jangan risau, kamu boleh lakukannya.”

Apple menelan air liur kelat sebelum bergerak ke belakang kelas dan duduk di sebelah Ivy.

Ivy hanya perhatikan perempuan pemalu itu bermain-main dengan jari-jemarinya dan kadang-kadang memandang kearahnya. Ivy menjungkit kening, bila dia nak bercakap ni? Desis hatinya.

Memandangkan partner barunya tak dapat nak memulakan komunikasi mereka, Ivy bertindak dahulu dengan menghulurkan tangan kearah Apple. “Hey Partner. Aku harap kau boleh bekerja sama dengan aku dalam assignment ni.”

Apple memandang tangan Ivy seketika sebelum menyambutnya teragak-agak. “S-Saya tak yakin dengan tu. I have butterfingers.”

“Ah…. Good to know.” Ivy dekatkan dirinya dengan Apple dan berbisik; “Aku juga ada sikap yang teruk.”

“Apa dia?”

“Scarying people unintentionally.” Katanya membuat Apple tertawa kecil. Ivy tersenyum nakal, nampaknya Apple lebih senang dari Gretel.

“Baiklah semua. Sila buka muka surat 142; assignment kamu ialah buat invisibility Potion.” Professor Sugar Plum bersuara. “Potion ni agak susah untuk di buat jadi tolong berikan konsentrasi penuh bila saya berikan arahan.”

Mereka memulakan assignment yang di berikan mengikut arahan Professor Sugar Plum. Tiada orang dalam kelas itu akan menjangka yang Ivy dan the clumsy Apple dapat bekerjasama dengan baik. Perkara yang agak mengejutkan bagi mereka ialah Ivy tertawa bila Apple melakukan kesilapan. Bukan mentertawakan Apple tapi ketawa bersama Apple.

“Uhm—Ivy?”

“Apa? Kau dah titiskan tear Pegasus ke?”

“Dah… t-tapi aku dah hilang kira.” Apple menunggu Ivy marah dia sebab ini dah kedua kali Apple buat benda yang sama. Dia tahu Ivy cuba bersabar dengannya dan Apple pasti kali ini Ivy hilang sabar dan meletup—

“Apa jadi kalau kita letak lebih?”

Apple tak percaya apa yang dia dengar keluar dari mulut Ivy. “Apa? Kau tak marah?”

Ivy tersenyum nakal dan mengambil beaker dan test drop itu dari tangan Apple. “Nak try ke?”

Mereka berdua dekatkan diri mereka setiap kali Ivy jatuhkan setitik air mata Pegasus kedalam beaker itu. “Satu lagi.” bisiknya memandang Apple bila beaker itu tidak memberi sebarang riaksi.

Apple mengangguk dengan muka serius. “Do it.”

Ivy menjatuhkan setitis lagi air mata Pegasus kedalam beaker dan—Poof!!—letupan berkilat terjadi dalam beaker itu membuat Ivy dan Apple saling berpandangan.

‘Apa dah jadi?’ itu persoalan yang tertulis di muka mereka.

Tak lama selepas itu cahaya terang keluar dari beaker tersebut menyinari dan menyilaukan satu kelas hingga cahaya itu dapat dilihat dengan jelas dari luar kelas. Semua rakan kelas mereka memandang kearah Ivy dan Apple, terkejut dengan cahaya yang menyilaukan mereka buat.

Ivy dan Apple tersenyum sesama sendiri. “Wow…”

“I know…” bisik Ivy dan berhigh five dengan Apple.

Professor Sugar Plum yang cuba bersabar dengan kelakuan mereka berdua yang asyik buat experiment sendiri akhirnya beranikan diri dan menegur mereka berdua. “Cik Ivy, Cik Apple. Bahan-bahan ini sangat susah untuk diperolehi so, help me dan jangan membazir lagi!”

Ivy dan Apple meminta maaf kepada Professor dorang; Ivy lebih kepada ‘Sorry’ dan Apple lebih ikhlas ‘Saya minta maaf Prof Suga Plum’.

Setelah berseronok buat beberapa experiment dengan potion itu dan kena marah oleh prof mereka, dua rakan baru ini 

Apple sedang mengira titisan Pegasus tears ke dalam campuran beaker mereka dengan teliti dan secara tidak sengaja dia tersiku beberapa botol potion di atas meja. “Alamak!!

 Ivy bertindak secara reflex mendepakan tangannya kearah barang jatuh itu, menggunakan magicnya terapungkan ia dari jatuh pecah ke atas lantai. Ivy menghembus nafas lega. “Babe, kau hampir buat aku lemah jantung tadi.” Ivy meletakkan botol-botol itu semula di atas meja mereka.

Apple juga menghembus nafas lega sambil menggeleng, senyuman yang sama seperti Ivy terpapar pada wajahnya. “Aku ingatkan kita kena buat balik semua ni.”

Mereka berdua tertawa dengan gelagat sendiri dan sambung menyiapkan assignment mereka yang dari tadi tertangguh.

Seperti yang Professor Sugar Plum katakan, potion itu tidak mudah untuk di buat dan kebanyakan kumpulan gagal menghasilkan potion halimunan seperti mana ia sepatutnya terjadi.

Semasa mereka mula menguji potion tersebut, hasilnya tidak seperti yang di jangkakan. Ada beberapa potion telah mengubah sepasang pelajar berbulu satu badan dan tumbuh telinga dan ekor. Prof Sugar Plum memberitahu bahan potion halimunan dan shape shifter hampir sama Cuma aturan membuat potion itu berlainan sedikit. Ada satu kumpulan hanya sebahagian badan mereka sahaja yang Berjaya dihalimunankan. Bahagian bawah badan halimunan tapi bahagian atas tidak; ada hanya kepala yang halimunan.

Bila giliran Ivy dan Apple menguji potion mereka, kedua partner ini saling berpandangan dan melihat cecair hijau di dalam gelas masing-masing. “bon appetite?” Soal Apple sambil mengangkat bahu, takut nak minum potion mereka.

“Choke it down,” Ivy mengangguk dan mereka berdua ‘clink’kan gelas mereka sebelum minum cecair itu sekali teguk.

Sebaik sahaja cecair itu masuk kedalam trakea Ivy, dia rasa nak muntahkannya balik kerana rasa yang sangat menjijikkan. Rasanya seperti gabungan susu basi yang dah berkulat dan muntah troll. “I think I’m gonna puke—” Ivy menutup mulutnya bila rasa nak muntahkan balik cecair itu dan melihat partnernya. “Apple!”

Apple juga kelihatan nak muntahkan isi perutnya mendongak memandang Ivy dan matanya terbeliak bulat. “Ivy—” Dia menutup mulutnya rasa dah nak muntah. “Kau transparent!”

Ivy melihat tangannya yang dah mula menghilang dan tersenyum. “Kau pun lah!”

Mereka berdua menjerit riang kerana potion mereka berfungsi dan ingin berhigh five tapi bila tangan mereka nak bertepuk, seluruh badan mereka dah pun halumunan sepenuhnya.

“Ivy? Mana kau?” Soal si Halimunan Apple.

Ivy tertawa kecil, terlalu girang dengan kejayaan mereka. “Right here!!—Oh who cares, yang penting kita Berjaya—Ow! Apple tangan kau ke tu?”

“Sorry! Aku cuba cari kau ni…”

“Kamu dah Berjaya! Kamu dapat A+++++++!!!” Professor Sugar Plum terbang dengan riang mengelilingi meja mereka sebelum mendarat di depan mereka berdua. “Uuuuuu! Saya tak sangka korang berdua dapat hasilkan potion yang sempurna!”

“Uhmm… Prof, satu soalan, macam mana kitorang nak balik ke asal?” Ivy mengangkat tangan tapi tiada yang dapat melihatnya. Ivy mula risau dia akan menjadi halumunan.

“Oh ia mengikut berapa banyak cecair kamu minum. Satu gelas kecil ni boleh makan 3 ke 4 jam!” sahut Prof dengan gembira dan taburkan magic saljinya keatas Ivy dan Apple untuk kembalikan mereka menjadi normal. “Tapi dengan uncharmed magic boleh batalkan potion itu.”

Ivy dan Apple memandang sesama sendiri, akhirnya dapat melihat partner mereka semula dan berhigh five. “Awesome!” sahut mereka serentak.

*Ding*Ding*Dumm*

Loceng sekolah berbunyi tanda pembelajaran potion mereka tamat pada hari itu dan Prof Sugar Plum kembali ke hadapan kelas. “Baiklah semua, tinggalkan semua botol-botol potion itu di atas meja kamu, saya akan bersihkan untuk kamu nanti—Jangan ambil potion halimunan tu sudah.” Dia memberi amaran dengan senyuman lebar pada wajahnya. “Saya akan jumpa kamu dalam kelas seterusnya. Have a pleasant afternoon everyone!”

“Yo, Apple.”

Apple yang mengemas begnya kembali melihat Ivy dan perasan partnernya sedang hulurkan lollipop perisa Apple kepadanya.

Ivy yang juga makan lollipop mengenyit mata. “Don’t worry, It’s not my thing poisoning apple candy.”

Apple hanya tersenyum dan menerima pemberian Ivy. “Thanks. So—uhmm… nak lunch sama-sama?”

Is that an invitation of someone trusting Ivy? Adakah itu deringan kejayaan yang Ivy dengar di telinganya? Yes!! Dia buat kawan baru!

“Yeah, sure.” Jawab Ivy dengan tenang tapi hatinya berbunga-bunga. Dia mengumpul barangnya ke dalam tangan dan berjalan keluar dari kelas bersama-sama dengan Apple.

Professor Sugar Plum perasan Ivy keluar bersama Apple dan tersenyum lebar. Adakah The Great Wizard Merlin betul tentang Ivy? Dia boleh berubah menjadi baik? Dia terus berubah menjadi kecil dan terbang keluar dari tingkap bilik kelas menuju ke menara The Great Wizard Merlin.

 Sementara di bahagian Ivy pula, dia dan Apple sedang berborak, mengenali sesama sendiri. “No really, Bukan kau je yang fikir aku ni jahat. Ye lah, look at me. Kat mana ada tertulis aku ni ‘baik’? setiap sudut badan aku ni cakap aku jahat.”

Apple tertawa kecil. “Kau tak kesah ke orang lain pandang kau semacam?” Soalnya melihat pelajar sekeliling memerhatikan mereka. “Like now.”

“Taaaak. Di tempat tinggal aku, orang sentiasa pandang aku macam tu tapi kali ini lain.”

“Apa yang lainnya?”

Ivy tersenyum nakal. “Mereka sebenarnya pandang kau.”

“Aku?” Soal Apple tak seberapa faham maksud Ivy.

Ivy mengangguk. “The all cutiepie Apple Red berjalan bersama dengan The all known evil witch from the other side.” Katanya sambil buat suara menggerunkan sebelum kembali ke suara normal. “Pasti akan timbulkan persoalan kat semua orang.”

“Tapi kau tak lah sejahat mana.” Jawab Apple menegakkan Ivy.

Oh kau tak tahu betapa jahatnya aku Apple Red desis hatinya tapi yang keluar dari mulutnya ialah; “Sekurang-kurangnya kau percayakan aku.” Ivy tersenyum tawar dan mengeluh. “Tapi aku tak kesah. Selagi mereka tak buli aku, aku survive je.”

Ivy dan Apple masuk ke dalam cafeteria dan beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan mereka. Apple berikan talam makanan untuk Ivy sambil berkata. “Mustahil kau tak dibuli Ivy—maksud aku semua sekolah ada pembuli dan mangsa. Apatah lagi Academy seperti ini. Jangan ingat ini tanah Enchanted tak ada pembuli seperti tanah Vicious. Mungkin tak seteruk tanah Vicious tapi buli tetap buli.”

“Puteri Apple, Nak salad dressing or mash potato?” Soal Makcik cafeteria dengan senyuman manis.

“Salad Dressing please.” Apple juga tersenyum manis dan sambung bercakap dengan Ivy. “Cakap pasal buli, kau pernah kena buli ke kat sekolah dulu kau?—Mash potato, Gravy, and chicken wings? Really?”

Ivy memberikan senyuman tayang gigi. “lebih mengenyangkan dari salad dressing. Mati kelaparan aku kalau makan sayur je.” Jawabnya. “Aku tak pernah dibuli. Aku pembuli. Kau fikir dari mana aku dapat nama ‘Ivy the Devil’.. hmm?” Ivy menjungkit kening double jerk dengan senyuman bangga tertampal pada mukanya

Apple tertawa kecil. “I can see that—Saya nak veggie juice please. Anyways, kau patut elakkan diri dari beberapa orang untuk kau ‘survive’ di Academy ni dengan aman.”

“Uuuu… Caramel Smoothies.” Ivy mengambil airnya dari tempat air yang telah tersedia dan beralih ke dessert pula. “Selain Flirter George dan Queen Control Julliana?”

Apple mengangguk. “Selain mereka, kau kena berhati-hati dengan Royal Descrendants. Mereka ni sekumpulan pelajar keturunan di raja. They have their own circle and power here.” Apple mengambil blueberry cupcake mini dan letakkan di atas talamnya.

Ivy pula mengambil cheese cake dan mereka berdua pergi mencari tempat duduk.

“Urgghh… makanan kau sangat unhealthy.” Komen Apple dengan hidung berkerut melihat set makanan Ivy. Dia duduk berdepan dengan Ivy dan memakan saladnya.

Ivy mengangkat bahu endahkan komen Apple dan mengambil sesuap mash potato dari pinggannya. “Care to explain siapa Royal Brat ni?”

Apple menelan air liur kelat kerana Ivy bercakap dengan mulut yang penuh. Takda manners langsung. “Uhm—Selain dari dua loving couple tu. Rakan-rakan Julliana, Shui Ling dan Scarlet Star. Rakan-rakan George, Xao Ai dan Philipe. Musuh George pula, Jack.”

“Musuh? Aku tak tahu Putera Raja tu pun bermusuh.” Ivy tertawa kecil sebelum menghirup air smoothiesnya.

Apple mengangguk. “Aku tak tahu cerita sebenar tapi ikut cerita orang, George pernah nak rampas Makwe Jack.” Apple memerhatikan sekelilingnya dan tuding kearah sepasang couple tidak jauh dari mereka. “Itu Jack dan di pangkuannya tu ialah Jill.”

Ivy melihat kearah mana Apple tunjuk dan menarik sengih. “They look fun to be friend with.”

Apple memandang kearah Ivy dan menggeleng laju. “No! mereka tu dah cukup bermasalah. Kalau kau nak nama kau bersih, elakkan diri dari mereka.” Apple lihat Ivy menjungkit kening seperti tidak percayakan Apple. “Ai, troublesome couple tu suka buat hal tapi pasti dengan orang lain. Bila dah kantoi, mereka akan salahkan orang ‘lain’ tu.”

“Takkan orang percaya cakap mereka?” Soal Ivy dengan pandangan tak lepas dari Couple yang menjolok mata itu.

Apple mengangguk. “Tak kira macam mana pun kau cuba beritahu perkara yang sebenar, mereka tetap tak dapat dipersalahkan sebab mereka licik. Kecuali kau ada bukti yang kau tak bersalah. Trust me, setakat ni… tiada siapa terselamat dari perangkap dua couple tu.”

“Apple Red?”

Ivy dan Apple memandang kearah dua perempuan yang Ivy tidak kenali dan menjungkit kening kearah Apple. “Kawan kau ke?”

Apple menelan sayurnya dan mengangguk. “Ini Gweneth.” Apple memperkenalkan seorang perempuan berambut perang dan berkulit tan. “Dan ini pula Hanna.” Dia perkenalkan perempuan berambut merah. “Apa korang buat kat sini?”

Gweneth 

Hanna from Arendelle

“Cari kau lah!” sahut Hanna dengan senyuman riang. “Kitorang nak ke Green house nak join club kat sana, kau nak join sekali ke?”

“Dan siapa kawan kau tu? Tak pernah nampak pun.” Gweneth bersuara sambil mengunyah gula-gula getah dalam mulutnya.

Apple menggaru pipinya, memandang kawannya dan Ivy untuk beberapa kali. “Err—Uhm… Gwen, Hanna… ini Ivy—”

“Nanti-nanti… kau nak kata ini Ivy dari tanah seberang?” Soal Gwen memotong ayat Apple.

Apple mengangguk dan menarik nafas dalam. “Ya. Ini Ivy, Potion partner aku.”

Gweneth segara menarik Apple untuk bangun dan jauhkan diri dari Ivy. “Girl, apa kau buat dengan dia? she’s a villain…” Bisik Gweneth sambil menjeling kearah Ivy.

“I know tapi dia tak lah sejahat mana.” Kata Apple. “Guys, give her a chance.”

 “Kalau dia tak sejahat apa yang mereka katakan, apa salahnya jadi kawan.” Hanna mengangkat bahu dan menghulurkan tangan kearah Ivy. “Hai! Saya Hanna. Nice to meet you!”

Ivy menyambut tangan itu. “Ivy. Yeah. Me too.”

Gweneth segera menarik tangan Hanna dari Ivy. Dia membesarkan mata kearah Hanna beri amaran untuk tidak bertindak tanpa berfikir sebelum tersenyum kearah Ivy. “Hai, aku Gwen dan kami nak bergerak sekarang—Bye-bye.” Dia terus menarik Apple dan Hanna keluar dari Cafeteria itu sambil memberi ceramah kepada mereka tentang berkawan dengan orang tanah seberang.

Apple sempat melambai kearah Ivy dan meminta maaf kepada Ivy. Ivy hanya mengangkat bahu dan mengipas tangannya tanda dia tak kesah sangat. Selepas itu dia melambai kearah Apple.

Setelah Apple dan rakan-rakannya hilang dari penglihatan, Ivy kembali duduk dan makan makanannya.

Well, so much for making new friends.... desis hatinya dengan keluhan panjang.

Suasana di cafeteria tetiba senyap bila jeritan burung gagak kedengaran dan Ivy segera berdiri dari tempat duduknya. Dia melihat sekeliling, mencari dari mana datangnya bunyi itu dan melihat burung gagaknya terbang, meluncur laju masuk dari tingkap cafeteria ke arah Ivy.

“Well… well… tengok siapa dah kembali ke sisi tuannya.” Ivy tersenyum sinis melihat burung gagak itu menggelengkan kepala sambil mengembangkan kepaknya seperti ia sedang mencabar Ivy. “Oh sorry, maksud aku anak jagaannya.” Ivy menolak kepak ayamnya keluar dari talam makanannya ke atas meja makan, memberikannya kepada Diaval. “Eat up. Kau perlukannya, lepas tu kita berbincang apa yang kau temui sepanjang hari ni.” Bisik Ivy dengan perlahan hanya untuk Diaval mendengarnya.

Selama seminggu ini dia berada di Gracious Academy, banyak benda dia pelajari tentang tanah Enchanted. Semakin banyak dia temui, makin banyak persoalan timbul dalam mindanya.

Sebagai contoh, Tanah Enchanted bukan lah satu kerajaan besar seperti Tanahnya. Mungkin lebih daripada satu kerana di academy itu ada lebih daripada satu kerabat di raja. Kalau tanah yang Ivy pijak sekarang ni ialah salah satu kerajaan yang bernama Camelot, tentu di bahagian lain tanah Enchanted juga ada kerajaan. Mungkin mempunyai magic yang lebih kuat.

jari-jemari Ivy berdentum di atas meja memikirkan masalah barunya sekarang ini sambil melihat Burung gagak itu melahap makanan tengaharinya.

Pengetua Merlin lebih kuat dari apa yang aku jangkakan. Jadi macam mana aku nak rampas tongkat tu? Urrgghhh…. Scratch that, lusa aku kena jumpa Hansel kat Hutan Mahligai tapi aku tak dapat lagi nak bercakap dengan Gretel!


“Aku dah nak migraine fikir pasal semua ni.” Rungut Ivy menghempaskan kepalanya di atas meja membuat Diaval terkejut.

>X<

Comments

  1. Tak cukup la angah...sambung lg...

    ReplyDelete
  2. nakkkkkk lagiiiii...hehehehe tamak yeerrrrr ^_^
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  3. Salmi Fasliena: Hai Honey!! Sabar eh... Angah dalam mode Star Wars lepas tu Angah Update semula... <3 <3 be patient!

    second commenter: Huhuhu uisshh... takpa tamak y penting tak caras angah! huhuhu ^_~ P/S: cik chekelat ke ni???

    Fizryn Arisha: MY GOD Angah terpadam komen Fizryn T_T tak sempat baca but thanks for the comment love~~ Appreciate it with all my heart! *Bowing in forgiveness*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts