Third L.O.V.E

Meet the king of Nightmares

Ivy menelan air liur kelat. Seumur hidupnya, dia selalu buat hal di belakang ibunya. Sesetengah perkara yang dia buat terkantoi oleh Diaval. Dia pastikan rahsianya takkan terkantoi semuanya. Tapi…. Yang ni… kali ni dia tak dapat nak rahsiakan.

Dalam perjalanan dia balik rumah, malam agak menyeramkan. Dengan awan gelap berkumpul, melindungi bulan dari menyinari malam. Gelap, sunyi dan menakutkan. Dia tahu dari mana awan tu. Ia bukan awan biasa. ia awan kemarahan ibunya. Dengan guruh berdentum kuat, petir sambar-menyambar. Ia menunjukkan kemarahan Ibunya yang tak terkata. Ivy dapat tahu berita tentang dia mendapat tawaran ke Gracious Academy bila cahaya hijau dipancarkan ke udara untuk mencipta awan gelap itu dari rumahnya.

Sekarang dia berada di depan pintu rumah. Takut untuk masuk ke dalam dan berdepan dengan ibunya. Berharap ibunya akan tanya dia soalan sebelum hukum dia. Tak, dia berharap ibunya tak bunuh dia sebaik sahaja dia melangkah masuk rumah.

Dia menarik nafas dalam—sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya. Baiklah, dia bersedia untuk berdepan ibunya. Dia memutar tombol pintu rumahnya dan membuka pintu tersebut dengan perlahan. Kepala di masukkan dahulu untuk melihat keadaan rumah itu.

Gelap.

Not Good.

Ivy masuk kedalam rumah itu dengan penuh berhati-hati, tidak membuat sebarang bunyi langsung. Tak sampai dia nak naik tangga, lampu dalam ruang tamu tersebut hidup dalam sendirinya dengan satu hentakan dari tongkat sakti, menyala berwarna hijau muda.

“Ivy… come here at once!”

Ivy mengeluh panjang sambil merungut dalam diam. Kenapalah Ibu dia ni menakutkan sangat? Kena ke dia buat entrance terlalu dramatic macam ni?—oh ya, dia maleficent. Dah tentu dia buat Grand Intrance.

Ivy masuk ke ruang tamu rumah dan menjumpai ibunya duduk di kerusi single dengan tongkat saktinya di dalam tangan, bercahaya terang umpama mencerminkan hatinya yang membara. Di atas tongkat itu pula Burung gagaknya, Diaval yang menjeling kearah Ivy dan menyahut sekali. Umpama mengatakan Ivy dalam masalah.

Ivy membesarkan mata kearah Diaval memberi amaran kepada burung gagak itu dia akan kenakan burung tu nanti. “You damn bird.” Burung itu menjerit dengan kuat umpama marah Ivy. “Apa? Berani kau intip aku dan—”

SILENT!” Ibunya mengetuk tongkat saktinya sekali lagi dan lampu di ruang tamu itu bercahaya lebih terang sebelum kembali sedia kala.

Ivy rasa jantungnya jatuh ke perut mendengar ibunya menjerit. Yup, ibunya dah berang dengan dia. Masaklah Ivy kali ni.

Ibunya memandang Ivy dengan renungan tajam sebelum tersenyum sinis, mengusap burung gagaknya. “Well my child…. Ibu dapat dengar berita yang agak—ayat apa yang sesuai..” Dia meletakkan jari telunjuknya pada dagunya. “Oh ya… mengejutkan.” Katanya seperti dia terhibur. Ivy tahu ibunya sedang berang. Cuma sembunyikan di sebalik senyuman 1001 makna itu.

“Really? How surprising?” Soal Ivy cuba menyembunyikan perasaan takutnya.

“Cukup mengejutkan sehingga ibu tak yakin jika kamu anak ibu.” Katanya dengan tenang tapi cukup buat Ivy menggigil satu badan. Ibunya tertawa kecil tapi hilang dengan serta merta. “THIS IS A DISGRACE TO THE FORCES OF EVIL!” Jeritnya mengeluarkan sepenuh tenaga, api hijau membakar perabot dalam ruang tamu itu.

Ibunya bangun sambil menuding jari kearah Ivy. “Kamu.. kamu adalah anak kepada ahli sihir terkuat, terkejam dan terhebat di dalam dunia ini! Ahli sihir terkejam yang telah korbankan seluruh jiwanya kepada kegelapan, bersumpah untuk berjalan di bawah jalan kejahatan untuk selamanya, memeluk kegelapan kedalam hidupnya! Dan kamu?? Mendapat tawaran dari Tanah Enchanted???” Dia berang sambil memundar-mandir di dalam ruang tamu itu. “Kamu! Ivy the Devil, Heartless witch mendapat surat tawaran ke tanah ‘berhati mulia’?? Surat yang di tulis sendiri oleh Pengetua Gracious Academy, The Wee Wizard Merlin!!! KAMU!! Kamu anak the almighty Maleficent!!” Ibunya bergerak berdepan dengan anaknya hanya beberapa inci jauh antara mereka berdua. Api jubahnya membara tanda dia tersangat marah dengan Ivy.

Tell me… Do you have a heart?” Soalnya menernung tepat kedalam mata Ivy.

“Tak.” Bisiknya, ingin mengalihkan pandangan tapi tidak dapat kerana mata Ibunya yang memukaukan.

Mata ibunya bercahaya masih menatap mata anaknya. “Again… Do you have a heart??” 

“Tak.” Kali ini Ivy menjawab dengan lebih yakin. Memegang erat tali begnya seperti meyakinkan diri sendirinya yang dia tidak bersalah. Dia tahu dia tidak bersalah dan dia adalah Ivy the Devil. The Heartless Witch.

“DO. YOU. HAVE A HEART?!” Ibunya menjerit sekuat hati sekali meningkatkan api membaranya di sekeliling ruang tamu itu.

Burung gagak yang berada di kepala kerusi ibunya menjerit, seperti menyuruh dua anak beranak ini untuk tenangkan diri kerana ruang tamu mereka terbakar oleh api mereka.

“I Don’t have any heart!!” Mata Ivy juga menyala seperti mata ibunya dan jaket collar jaket leathernya terbakar, membara api berwarna ungu. Api tersebut merebak di seluruh rumah bersatu dengan api hijau ibunya. “Ibu besarkan saya untuk sembunyikan hati saya, saya sembunyikannya, menepikannya sehingga ia tidak lagi berguna. I threw it away!” Jeritnya magic dalam badannya meletup, menguasai api hijau ibunya.

“Jadi bagaimana kamu boleh masuk, you worthless—Nanti” Api hijau Ibunya terus mati dari membakar ruang tamu mereka, juga jubahnya tidak lagi membara. Dia memandang kearah lain sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir. “Kamu bukan tak berguna.”

“Huh?” Marah Ivy juga hilang bila Ibunya hilang marah dalam sekelip mata. Ruang tamu mereka tidak lagi terbakar, Cuma sedikit sisa api Ivy yang masih membakar lantai mosac ruang tamu mereka.


Terukir sebuah senyuman sinis pada wajah ibunya sebelum dia ketawa berdekah-dekah ke udara. “This is wonderful!—oh Diaval, aku tak pernah segembira ini dalam hidup aku!” katanya memandang burung gagak kesayangannya.

Ivy memandang Burung itu dan ia hanya mengangkat kepaknya menunjukkan dia juga tak faham apa yang Tuannya maksudkan.

Ibunya kembali memandang anaknya dan memeluk Ivy dengan erat. “Oh anakku, Ibu tak tahu macam mana nak huraikan betapa gembiranya ibu!” DIa bergerak menuju ke dapur dan memberi signal kepada Ivy untuk mengekorinya. “Come my child. Ibu ada sesuatu nak tunjukkan kepada kamu.

Ivy tambah buntu. Dia memberi signal kepada Diaval yang ibunya telah gila sebelum menghulurkan tangan untuk bawa Diaval ke bahunya. “Tell me my mother has gone nuts from all that screaming.” Burung itu hanya menyahut tanda dia tak tahu.

Ivy mengekori ibunya ke dapur dan melihat Ibunya sedang membuat air untuk mereka berdua. Ibunya memberi senyuman kepadanya dan bagi signal dia duduk di atas meja makan.

Dia akur tanpa cakap apa-apa. “She’s nuts.” Gagak itu mengangguk tanda setuju.

Ibunya datang dengan dua cawan dalam tangannya, memberikan Ivy secawan teh manakala dia kopi hitam. DIa duduk berdepan dengan Ivy, bermain dengan mulut cawannya sebelum bersuara. “Kamu tahu betapa ibu bencikan Tanah Enchanted itu?” Soal Ibunya memandang anaknya dengan senyuman halus di hujung bibirnya. “Selagi ada kebaikan di dalam dunia ini, Ibu tidak akan berhenti—”

“sehingga Ibu hapuskan segala cahaya dan harapan di dalam hati manusia. Ya, Ivy tahu. Make everyone misery and bow to your absolute power.” Ivy mengangguk. Tahu sangat apa yang Ibunya inginkan. Dari dia kecil ibunya sentiasa beritahu dia apa matlamat Ibunya dalam dunia ini.

“Very good my child…” Ibunya mengangguk dengan perlahan. “I’ve tought you well.”

Ivy mengangkat bahu dengan senyuman bangga tertampal pada wajahnya. “Learn it from the best mom in the world.”

Ibunya tertawa kecil dan mengangguk. “Wahai anakku, dah bertahun ibu mencari cara untuk pergi ke tanah sebelah…. bermacam-macam cara untuk menghapuskan pagar berduri itu tapi Wizard Merlin tu lebih berkuasa dari apa yang ibu jangkakan.” Ibunya menyentuh dahinya mula rasa sakit kepala, mengingati kegagalannya untuk tumpaskan dinding tersebut. “Bila Ibu tahu kamu dapat tawaran ke sana, Kamu tak tahu betapa sakitnya hati ibu.” Katanya dengan keluhan sedih. “Anak ibu. Satu-satunya anak ibu telah mengkhianati ibu? Berbuat baik di belakang ibu?—”

“Tapi ibu saya—”

“Ibu tahu.” Sampuk Ibunya dengan senyuman. “Kamu takkan buat perkara seperti itu dibelakang ibu dan ibu ingin percayakan kamu.”

“Ingin?” dahi Ivy berkerut. Adakah Ibunya masih tak percayakan dia? bukannya dia cakap dia tahu Ivy takkan buat benda yang ibunya tak suka.

“Hanya manusia berhati mulia sahaja boleh pergi, tinggal di Tanah Enchanted. Mereka yang berhati mulia. Kalau kamu tidak mempuyai hati, bagaimana kamu boleh pergi ke sana?” Soalnya dengan nada ringan tapi sangat menggerunkan.

Ivy hanya mengangkat bahu. Dia betul-betul tak tahu apa yang buat dia diterima ke Tanah Enchanted. Dia tak pernah buat baik dekat orang. Kalau definisi ‘baik’, membantu rakannya kenakan orang ye lah. Jampi dan sihir adalah kepakaran Ivy. Takkan menolong kawan kenakan musuh dikategorikan sebagai ‘niat baik’?

“Buktikan kepada ibu yang kamu tidak mempunyai hati.” Arahnya dengan tegas. Matanya bercahaya sekali. “Pergi ke Tanah Enchanted dan curi tongkat Merlin.”

“W-What?!” Ivy tak salah dengar ke? Nak Ivy curi tongkat The Great Wizard Merlin? “How? Dia the great Wizard ibu.. panggilan tu bukan untuk orang sembarangan. Ibu serious ke nak Ivy curi tongkat—Oh Shoot.” Ivy terdiam bila lihat muka tegang ibunya. Ibunya betul-betul nak dia curi tongkat tersebut.

“Ivy, Tongkat Sakti Merlin ialah tongkat sakti terkuat di atas permukaan bumi ini. Malangnya lebih kuat dari ibu. Bayangkan kalau tongkat sakti tu jatuh ke tangan kamu? Bayangkan kemungkinan yang kamu boleh buat dengan tongkat tersebut.” Katanya membuat Ivy terbayang-bayang. “Kamu taknak ke tongkat itu?”

Ivy tersenyum bila membayangkan dia mempunyai magic yang berkuasa dari tongkat sakti Merlin. Tapi senyuman itu berubah menjadi sinis sambil memandang kearah ibunya. “Kalau saya dapat tongkat tersebut, apa baiknya bagi ibu?”

Ibunya menjungkit kening kearah Ivy. “Kamu mencabar ibu ke?”

Ivy tertawa besar. “Tak ibu! Ivy faham maksud ibu. Gunakan tongkat sakti itu untuk menghapuskan tembok duri itu.”

Ibunya kembali tersenyum. “Bagus. Ibu ada hal sedikit di luar untuk malam ni. Kamu boleh pergi berehat.” Katanya bangun sambil membawa cawannya ke singki dapur. “Kamu ada persoalan?”

Ivy menggeleng dan bangun dari tempat duduknya. “Ivy naik dulu. Selamat malam ibu—uhm… actually, boleh Ivy pinjam Diaval untuk malam ni?” Dia menjeling kearah Burung gagak di atas meja makan.

Burung tersebut menjerit kearah Tuannya, seperti beritahu yang dia taknak ikut Ivy. Jangan berikan dia kepada anaknya.

“Oh Diaval, kamu overacting.” Tuannya mengipas-ngipas tangannya sambil tertawa. “Baiklah, kamu boleh bawa Diaval bersama kamu ni malam.”

“Terima kasih ibu.” Ivy tundukkan kepala dan dengan sepantas kilat, dia mencengkam badan burung gagak malang itu dan menutup mulutnya. Dia sempat bagi senyuman nakalnya sambil menjungkit kening double jerk kepada Diaval sebelum membawanya naik burung itu ke biliknya.

Sebaik sahaja mereka sampai ke tingkat atas, Ivy segera menutup pintu dan tingkap biliknya sebelum melepaskan burung itu. Diaval terbang mengelilingi bilik itu sambil menjerit meminta dirinya di lepaskan. Berceloteh tentang sesuatu yang Ivy tak faham.

Ivy menghempap punggungnya di atas katil sambil memutarkan bola matanya. “Turn into a human.” Katanya sambil hayunkan tangan.

Burung gagak itu berubah bentuk menjadi seorang manusia dan mendarat di hadapan Ivy dengan mulutnya masih membebel. “—Sebab lambat laun ibu kamu tahu juga—kenapa kau ubah aku menjadi manusia?”

“Sebab aku tak faham bahasa gagak dan suara gagak kau tu membingitkan telinga aku.” Jawab Ivy dengan senyuman sinis dan berubah menjadi serius. “Now tell me… macam mana aku nak lepaskan diri dari misi membunuh ni?”

“huh?” Diaval tertawa kecil. “Oh tak boleh Little miss. Nak tak nak kau kena curi tongkat tu juga untuk hapuskan dinding tu. Kau tahu ibu kau takkan berhenti untuk hapuskan kebaikan dalam dunia ini. Dia dah bersumpah atas jiwanya sendiri. Selagi dia bernafas, selagi tu dia akan cari cara untuk tumpaskan mereka.” Diaval tuding jari kearah Ivy. “Dan kau adalah cara terbarunya.”

Ivy merebahkan badannya di atas katil dan berdengus. “Kau kenal Ibu aku. Impatient, Dia pasti nakkan keputusan yang secepat mungkin. Aku tak boleh pergi ke sana, jumpa Merlin dan cakap; ‘Hai Merlin, terima kasih sebab bagi peluang kat ibu aku untuk hapuskan korang dan—oh yeah, boleh aku pinjam tongkat kau sekejap sebab aku nak hancurkan pagar yang kamu buat tu.’ Macam kami ni kawan yang dah lama tak jumpa!” jerit Ivy naik okta 3. “Aku mungkin mati sebaik sahaja aku menjejak kaki ke sana.”

“Salah, mereka tak bunuh orang. Mereka akan buli kau dan buktikan kau tak layak berada di tanah Enchanted dan hantar kau ke sini semula.” Balas Diaval dengan senyuman halus di hujung bibirnya.

“Bila mereka hantar aku ke sini baru lah aku mati. Mati dalam tangan Ibu aku sendiri.”

Diaval tertawa melihat Ivy mula berdramatic. “Kau fikir Ibu kau akan bunuh kau ke?”

“Ya.” Jawab Ivy tanpa keraguan. Dia membuka kasut bootnya dan naik ke atas katil. Bersedia untuk tamatkan harinya pada malam itu. “Aku dah malas nak fikir pasal benda ni. Aku ada masalah lebih… besar dari Ibu sekarang ni.” Katanya sambil menguap. Matanya mula rasa berat.

“Lebih besar? Apa? Hansel?”

Ivy hanya tertawa. “Thanks sebab mendengar apa aku nak cakap Diaval. Walaupun aku dah ugut nak belasah kau.”

Diaval tertawa kecil dan tundukkan diri. “Aku kenal kau dari kau bayi lagi little miss. Kau akan bunuh aku bila kau betul-betul berang sahaja.”

“Hmm.” Ivy tersenyum sambil mengangguk. Menguap sekali lagi sebelum melelapkan matanya. “again… thanks.”

Diaval mengangguk dan menarik selimut Ivy sehingga ke paras bahunya. Dia tundukkan diri untuk melihat Ivy dengan lebih dekat. “It’s my duty little miss.” Bisiknya.

“Turn into a bird.” Bisik Ivy dengan perlahan sebelum dia kembali ke alam mimpi.

Cuma kali ini… mimpinya kosong.

>X<

“HANSEL!!!!” Ivy menjerit naik okta lima kearah tingkap rumah yang dia kenal sangat di mana bilik Hansel berada. “H.A.N.S.E.L—Hansel Gingerman Get your Butt out here!!”

Sebaik sahaja matahari bangkit ke bumi, Ivy terus bangun, bersihkan diri dan berniat untuk berjumpa dengan Hansel. Tapi tertangguh bila dia perasan Diaval berada di dapur, masak sarapan pagi untuknya.

“Duduk sini dan makan sarapan kau.” Diaval memberi amaran bila Ivy hanya nak makan sekeping roti bakar dalam perjalanan keluar. Siapa tak kenal Diaval yang pentingkan masakannya lebih dari segala-galanya. Bila dia masak, Ivy kena makan makanannya. Wajib.

Nak tak nak Ivy kena juga duduk di meja makan, makan semua makanan yang Diaval masakkan untuknya. Roti bakar dengan telur, susu, pancake dengan maple sirup. Yang melambatkan lagi masa Ivy sehingga nak naik tengahari, Diaval menghias sarapan pagi Ivy seperti makanan dalam restoran 5 bintang. Tambahan pula Diaval bagi tips untuk meminta maaf kepada Hansel. Entah berapa plan A, B, C yang Diaval bagi kepadanya kalau antara mana-mana plan itu tak berhasil.

Tips paling menggelikan ialah Plan K.

“Kalau semua tu tak menjadi… Just kiss him.”

Susu yang ivy minum hampir tersembur dari mulutnya, kalau tak pun terkeluar dari lubang hidungnya bila dengar ayat terakhir Diaval.

“Apa? Bukannya kau suka dia ke?”

Geli geleman dia membayangkan semula muka meluat Diaval masa tu. Dalam seumur hidup dia, ini kali pertama Diaval tanya Ivy kalau dia sukakan seseorang. Plus, dia dan Hansel hanya kawan. Kawan rapat yang perlukan satu sama lain kerana bosan. Menginginkan keseronokan untuk menyeksa kawan-kawan mereka yang lain. Tak lebih dari itu.

Dia hanya perlu ikut plan A, B, C, D, E, F, G, H, I, dan J. Tinggalkan plan K tu. Ia tak berbaloi. Mungkin tambah merosakkan keadaan.

“Come on lah Hansel! Jangan buat aku macam ni…” Ivy menggaru kepalanya, buntu. Tak tahu apa dia nak buat untuk pujuk Hansel keluar dari rumahnya.

Satu Idea muncul dalam mindanya.

Ivy mengeluarkan kayu sakti dari beg sandangnya dan arahkannya pada rumah Hansel. “Baik kau keluar Hansel! Sebelum aku bakar rumah kau sekali dengan kau sekali!” jeritnya tapi tiada respon dari orang dalam. Hidung Ivy berkerut, Hansel tak rasa terancam ke? “Aku kira sampai Tiga!” amarannya tetap di endahkan.

“Fine! 1….. 2….. 2 ½ …..” Mulut Ivy mula berkumat-kamit membaca mantera yang dia hafal dan collar bajunya mula terbakar bersama dengan matanya yang bercahaya. “Tiga—”

“Kami takkan buat macam tu Cik Ivy.”

Ivy segera turunkan kayu saktinya dan memadamkan api membara pada bajunya. Dia tunduk memandang budak-budak yang mengganggu dia ‘memujuk’ kawannya.


“Shock... Barrel.... and Lock...” Ivy berdesir menyebut nama tiga budak kecil yang mengakibatkan kucar-kacir pada dunia. “Apa kamu bertiga buat kat sini?”

Lock ingin bersuara tapi Shock menolaknya ketepi. “Tuan Jack nak berjumpa dengan Cik Ivy.”
Barrel pula menolak budak perempuan itu ketepi. “Ya! Dia dapat tahu Cik Ivy akan ke….” Mereka bertiga saling berpandangan sebelum mengeletar satu badan. “Ke tanah Enchanted.”

“Wow… cepatnya berita tersebar.” Ivy kata dengan sarkastiknya sambil memutarkan bola mata. “Dia nak jumpa aku awal pagi ke?”

Lock mengangguk laju. “Dia kata Ini berita yang mengujakan!”

“Dan Tuan tak sabar nak dengan Cik Ivy setelah berbincang dengan Maleficent!” sambung Barrel menolak Lock ketepi tapi Lock menolaknya semula. Mereka berdua saling tolak menolak sehingga salah satu mula melontarkan penumbuk.

“Hey-hey!! Berhenti sekarang!” Marah Ivy memisahkan kedua budak lelaki itu. Shock hanya menggeleng fed up dengan perangai rakan-rakannya.

“So, Kat mana Pengetua Jack sekarang?” Soal Ivy setelah dua budak lelaki itu berhenti bergaduh.

“Kat sekolah!” sahut mereka bertiga. “Di bahagian gelap. Dia nak jumpa dengan Cik Ivy secepat yang mungkin!”

Ivy menghembus nafas panjang. apa lagi Ibunya bincangkan dengan raksasa kegelapan? Dia suruh Jack skellington bagi nasihan kejahatan kepada Ivy? Atau pujuk Ivy untuk tukar sekolah ke Academy Dementis pula?

“Baiklah, aku pergi ke sekolah sekarang. Korang bertiga pergi main jauh-jauh. Jangan kacau orang awal pagi macam ni.”

Mereka bertiga melihat Ivy masukkan semula kayu saktinya kedalam beg sandang sebelum salah seorang dari mereka, Shock bersuara. “Boleh kami sambung kerja Cik Ivy?”

Sambung Lock pula. “Kami boleh tolong bakar rumah encik Hansel sementara Cik Ivy sibuk dengan Tuan Jack.”

“Pretty please~~” pujuk mereka ertiga dengan mata puppy face mereka.

“Tak.” Ivy menjeling kepada mereka membuat tiga budak kecil itu terdiam. Takut melihat mata Ivy. “Aku main-main je nak bakar rumah dia. So, scram!”

Setelah meyakinkan tiga budak bermasalah itu untuk tidak membakar rumah Hansel dan memastikan Tiga budak itu telah pergi jauh dan tidak datang untuk bakar rumah Hansel di belakangnya, Ivy mula bergerak menuju ke collague Dementis yang terletak di bahagian barat tanah Vicious. Berdekatan dengan gunung Furious.

Tak yah cakap lah macam mana Kolej yang diurus oleh Jack Skellington. Ia umpama baru keluar dari mimpi ngeri seseorang. Diperbuat dari mimpi ngeri yang terbaik! Bangunan yang di perbuat dari roh yang tidak aman, berwarna hitam dan menyeramkan. Landscape kampus itu pula di hias oleh the one and only Sally, Isteri Jack Skellington. Dia yang menghidupkan lagi suasana menyeramkan kampus tersebut. Atau patut di panggil ‘membunuh’ suasana kampus.


Apapun, Sebaik sahaja Ivy masuk ke perkarangan kampus tersebut, terdapat satu laluan panjang dari gate besar ke pintu masuk kampus, yang di hiasi dengan pokok bunga. Bunga tersebut bukan bunga biasa. ia pop venus flytrap yang yang bersaiz XXXL. Ia memerhatikan Ivy berjalan melalui laluan tersebut, ada yang berani nak mencapai lengan Ivy tapi Ivy segera membalas serangan itu dengan satu tamparan magic, menghayunkan jarinya kearah pokok tersebut. Tidak merasa gentar dengan mereka langsung.

Ivy mendongak melihat bangunan yang diperbuat dari roh orang mati dan mimpi ngeri kanak-kanak itu. Kagum dengan kebolehan orang-orang nightmare membina bangunan sengeri ini. Ikutkan hati Ivy nak kuasai bangunan tersebut sebaik sahaja dia menjejakkan kaki dalam kampus tersebut. Tapi… siapa boleh kalahkan Jack Skellington? Dia legend. Ketua kepada segala perancangan sinister dan juga ketua kepada malam helloween.

Semasa Ivy masuk ke dalam bangunan tersebut, bukan sahaja Pokok pemakan manusia yang memerhatikannya, malah pelajar yang lalu lalang dalam bangunan tersebut juga berhenti dari buat kerja mereka untuk pandang dia seorang. Pandangan yang sangat menjijikkan.

Ivy nak menjerit, marah mereka sebab pandang dia macam dia dah tumbuh sepasang tanduk atau mukanya berubah menjadi binatang buas tapi terbatal bila seseorang menyentuh bahunya.

What?!” Ivy segera menutup mulutnya bila dia telah marah salah seorang terpenting di kampus tersebut. “maafkan saya Puan Sally.”

Sally (nightmare before Christmas)

Sally tertawa kecil dan menggeleng. “Jangan risau. Saya faham kenapa kamu berang macam ni.” Sally memandang pelajarnya dan suruh mereka beredar sebelum kembali tumpukan perhatiannya kepada Ivy. “Mari ikut saya CIk Ivy.”

Ivy hanya mengangguk dan mengekori Sally masuk kedalam bangunan tersebut. “So, Errm… Puan Sally, saya nak tanya… kenapa mereka pandang saya semacam je?” Soalnya perasan ada yang masih memerhatikannya dengan senyap.

“Bukankah kamu Ivy the Devil? Dah tentu kamu akan dapat perhatian seperti ini bila kamu masuk kampus.” Katanya dengan senyuman manis.

Ivy hanya menjeling senyuman Sally. Jarang dia lihat orang berikan senyuman manis seperti itu. “Puan… saya tak termakan dengan kata-kata puan tu.”

Sally tertawa kecil. “Saya rasa kamu tahu kenapa mereka pandang kamu seperti itu.”

Ivy berdiam diri untuk seketika memikirkan kemungkinan mereka pandang Ivy semacam sebelum menghembus nafas panjang. “Mereka tahu pasal Surat tawaran tu?”

“Bingo.”

Ivy merungut panjang, dengan mulutnya berkumat-kamit, menyumpah serana tanpa henti membuat Sally tertawa keci, memerhatikan kajet leather hitam Ivy membara tanda dia marah.

Setelah itu, perjalanan menuju ke tingkat teratas bangunan itu senyap sahaja. Hanya beberapa ayat di kongsi sebelum kembali berdiam diri.

Apabila mereka tiba di pejabat Pengetua Jack, Sally mengetuk pintu bilik Pengetua. “Pengetua Jack… Ivy the Devil dah sampai.”

“Masuk.”

Sally berikan senyuman kepada Ivy seperti memberi tahu Ivy untuk tidak rasa takut sebelum membuka pintu tersebut, menyuruh Ivy masuk dahulu.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat tersebut, rahang Ivy hampir tercabut dari kepalanya kerana kagum melihat dekorasi yang ada di dalam pejabat tersebut.

Terdapat kabus yang tebal di sekeliling bilik tersebut tapi Ivy masih dapat lihat ukiran halus pada dinding dan siling bilik tersebut. Hanya sedikir cahaya yang di benarkan masuk di dalam bilik tersebut tapi bukanlah cahaya matahari. Ia obor api yang di pegang oleh ukiran tangan tengkorak di hujung bilik tersebut.

Ivy perasan ada sebuah model berdiri megah di tengah-tengah bilik tersebut dan mendekatinya untuk melihat dengan lebih jelas.

“Woaaa…” kagumnya dengan nafas yang di curi oleh kehebatan model kampus Dementis itu. Ia sangat detail. Malah hidup! tak, seriously… orang-orang dalam model tersebut bergerak menandakan pelajar yang menjalani kehidupan dalam kampus Dementis sepanjang hari. Ivy mengintai dari tingkap bilik pengetua Jack dan dia lihat dirinya yang kecil sedang mengintai dalam model kampus yang lebih kecil.

“This is cool!” Ivy mendongak memandang Sally tapi bukan orang yang dia jangka yang berdiri di sisinya. “Oh Pengetua Jack!” Ivy segera berdiri dengan tegak, jauhkan dirinya dari model tersebut

Jack Skellington (Nightmare before Christmas) 

“Welcome to my domain young miss.” Katanya dengan penuh megah, mencapai tangan Ivy dan mengucupnya. Membuat muka Ivy naik merah. “Saya tak dapat tidur pagi ni sebaik sahaja saya dapat tahu berita yang sangat mengejukan dari Ibu kamu.” Katanya mengangkat tangan keudara dengan gembira. “Oh My dear Little Devil, saya teruja bila mengetahui kamu dah tamat sekolah menengah dan akan masuk ke academy saya. Saya sendiri yang nak tulis surat tawaran kamu dua minggu sebelum surat tawaran ingin di edarkan!”

Ivy menjungkit kening melihat Jack menjadi sedih sambil menyentuh dadanya. “So, kenapa tak hantar sebelum saya dapat surat ke Enchanted?”

“Sebab setiap kali saya tulis, pasti surat tawaran kamu terbakar! Burn! Poof! Menjadi habuk.” Dia menuding jadi kearah bakul sampai di tepi meja kerjanya yang penuh dengan serbuk hitam. “See? saya tak tipu. So, saya mula mengkaji adakah kerana niat kamu begitu kuat untuk tak sambung belajar hingga membakar setiap surat tawaran yang saya tulis? Atau lebih daripada itu? Saya tanya maleficent untuk siasat tentang kamu dan saya dapati kamu akan masuk kolej bila kamu masuk dengan Hansel.” Katanya dengan senyuman lebar hingga ke telinga (Jack tiada telinga) “jadi saya buat surat tawaran bersama-sama dengan surat hansel seminggu sebelum pendaftaran masuk ke kolej saya. Dan tahu apa jadi kepada surat kamu?”

“Terbakar?” Soal Ivy dengan mendatar.

Yes! Terbakar! Ia membuat saya geram!”

“Sebab saya tak dapat masuk Kolej Dementis?”

“—Sebab saya tak dapat cari punca kenapa surat kamu terbakar!” Jeritnya sekuat hati hampir menyedut Ivy kedalam kegelapan. Dia segera menarik nafas dalam menenangkan hatinya yang berang dan buat muka sedih. “dengan hati yang hampa saya terpaksa menghantar surat hansel sahaja.” Dia mengipaskan tangannya kearah tingkap balcony pejabatnya. “Dan bila saya lepaskan kelawar saya, tahu apa yang saya nampak yang datang dari tanah seberang?”

“Burung hantu Merlin?” Ivy memutarkan bola matanya. Kenapa Jack suka buat Ivy ni seperti budak 8 tahun? Soal dia macam tu?

Burung Hantu Merlin.” Dia berdesir umpama nama The Great Wizard Merlin adalah racun pada mulutnya. “menghantar surat tawarannya kepada kamu. Kamu bakal menjadi murid terbaik saya di Kolej Dementis. Merampas kamu dari tangan saya dengan magic kecilnya membakar setiap surat yang saya tulis untuk kamu. That sneaky little elf beard.”

“Bukan Tuan sahaja yang benci pada surat tu.” Bisik Ivy tanpa memandang Jack. “Apapun, kenapa Tuan nak jumpa dengan saya? Nak ucapkan tahniah kepada saya sebab mempunyai ‘hati yang baik’?” soalnya dengan sarcastic.

Jack tertawa kecil sambil menggeleng. Wajah menyeramkannya sudah lenyap dalam sekelip mata. Dia depakan tangannya kearah sofa yang ada di dalam pejabat itu. “Kamu tidak mempunyai hati Ivy.” Katanya menuangkan air kopi kedalam cawan Ivy. “Bug Cracker? Spider bites?”

Ivy melabuhkan punggungnya di atas sofa dan menggeleng. Sekarang dia takda mood nak makan snack. “Sekurang-kurangnya Tuan percaya saya tiada hati.”

Jack memberikan senyuman lebar yang menyeramkan itu dan berjalan mengelilingi Ivy. Tundukkan diri di belakang sofa Ivy dan berbisik. “Kamu pernah mempunyai hati.”

Ayat itu buat Ivy berputar memandang Jack yang memberikan senyuman sinisnya. “Apa yang Tuan cakapkan ni?”

“Cik Devil… Semua orang mempunyai hati dan perasaan. Ia lahir bersama kita. Ia hanya terpulang kepada kita samada menginginkan hati itu atau tidak.” Katanya berputar ke hadapan Ivy, berdiri di belakang kerusi loveseat. “Termasuk kamu cik Devil.”

Ivy pula menarik sengih. “Tuan nak kata masih ada lagi hati yang tinggal dalam diri saya?”

“Tiada siapa sanggup membuang hati mereka Cik Devil kecuali mereka terpaksa atau rela melepaskannya.” Katanya dengan senyuman misteri. “seperti saya, saya rela melepaskan hati saya yang gelap dan menyedihkan ini.” Dia menarik sesuatu dari dadanya seperti sekumpulan asap putih dan berubah bentuk menjadi jantung yang berdegup berwarna merah gelap. “Such a breautiful heart.”

Eww…. Apa yang indah sangat hati tu? Ia seperti serpihan jantung yang di jahit menjadi satu. Ia juga berdegup dengan perlahan umpama ia akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

“Ini bukan hati saya.”

Ivy kembali memandang Jack. “Jadi… itu hati siapa?”

“Hati Saya.” Sally muncul di belakang Jack. Entah bila dia masuk atau keluar dari bilik tu Ivy tak tahu. It so creepy.

 Sally juga memegang jantung di dalam tangannya. Ia berwarna hitam dan kelihatan seperti bentu tengkorak.

“Okay, itu pasti jantung Tuan Jack. Kenapa ada pada Puan Sally?”

Jack dan Sally saling berpandangan dan tersenyum sesama sendiri membuat Ivy tak senang duduk. Senyuman seperti itu boleh membakar dada Ivy! Pandangan itu boleh buat Ivy termuntah. This is what they called true love.

“Just get to the point please.” Ivy dah mula tak suka permainan teka teki Jack skellington. Dia tak faham apa yang Lelaki separuh tengkorak separuh pumpkin ini cuba sampaikan kepadanya.

Sally tertawa kecil mendengar Ivy merungut sementara Jack menggeleng. “Dia masih muda Jack. Dia takkan faham.”

Jack hanya mengangguk. “of course.” Dia menggenggam jantung Sally menjadi asap semula dan masukkan kedalam dadanya. Begitu juga Sally memasukkan hati Jack ke dalam dadanya dengan perlahan.

“Cik Devil, sila ikut saya.” Dia bergerak ke pintu balconynya dan menyandar pada pagar balcony tersebut, memandang kearah pemandangan Tanah Vicious.

Ivy memandang kearah Sally seperti menginginkan kepastian jika dia patut pergi atau dia mesti pergi bersama Jack di balcony tersebut.

Sally mengangguk, menolak Ivy, menggalakkan dia pergi bersama Jack. “Don’t worry, ini untuk kebaikan kamu juga.”

Ivy menghembus nafas panjang dan bergerak ke sisi Jack. Melihat Suasana Tanah Vicious sama seperti suasana dari Gunung Furious.

“Saya akan tolong kamu plan bagaimana nak dapatkan tongkat sakti Merlin.” Katanya straight to the point seperti mana Ivy inginkan.

Ivy berpaling melihat Jack dengan senyuman. “Plan dari the master of siniter? Ibu suruh ke?”

Jack mengangguk. “Ibu kamu datang mengadu dekat saya tentang surat tawaran tu semalam. Percayalah, dia hampir bakar satu kampus ni.”

Ivy tertawa. Kenal sangat ibunya. “Tentu dia beritahu tentang plan rampas tongkat sakti tu kan? Dia pasti nak saya ambil tongkat sakti Merlin secepat yang mungkin.”

“Macam kamu tak kenal ibu kamu.” Jack turut tertawa. “Impatients, stubborn—”

“never admit defeat.” Sambung Ivy dengan senyuman. “So, Tuan Jack Skellington. What plan do you have in mind?”

“Easy, jadi pelajar terbaik di sana.”

“What?” Ivy tertawa sambil menggeleng. “You got to be joking right? Mustahil saya boleh jadi pelajar terbaik di sana. I’m Evil.”

Kamu tak perlu jadi Baik untuk jadi pelajar terbaik. Kamu Cuma perlu ambil hati mereka. Kau ada keistimewaan Ivy. Kau boleh gunakan keistimewaan kau satu kelebihan.”

“Apa keistimewaan saya?” Soal Ivy tidak faham sangat apa yang jack katakan. “Magic? Hypnosis mereka untuk tunduk kepada saya?”

“Kamu boleh kena buang sekolah kalau kamu buat macam tu.”

“I know.” Jawab Ivy tersenyum menayangkan gigi.

Jack mencapai rambut Ivy yang dikat messy bun dan menghuraikannya jatuh ke bahu kanannya. Dia mengeluarkan sapu tangan dari suitnya dan mengelap bibir Ivy yang memakai lipstic purple. Ivy segera menepis tangan Jack dan mengambil sapu tangan tersebut. Dia mengelap bibirnya tahu sangat apa yang Jack nak buat. “Done. Tuan nak tengok saya tanpa make up ke?”

“Tak. saya nak kamu menyamar menjadi baik.” Katanya dan menyentuh matanya yang tidak berbola mata. “Mata boleh tertipu Ivy. Tunjukkan kepada mereka yang kau boleh dipercayai dan kepercayaan mereka boleh bawa kamu maklumat yang kamu perlukan. Tapi ingat, bila kamu dah dapat pekercayaan mereka, pastikan mereka tak musykil dengan kamu sebab mereka boleh berpaling arah dan memerangkap kamu dalam permainan kamu sendiri.”

Ivy melihat kesan gincu pada sapu tangan putih Jack. Memikirkan apa yang Jack katakan tadi. Jadi dia hanya perlu menyamar. Berlagak baik untuk dapatkan kepercayaan mereka dan belot mereka bila dah dapat benda yang dia inginkan.

Ivy tersenyum sinis. Pengkhianatan adalah perkara terkejam di dalam dunia ini dan dia sukakan plan tersebut. “So, Apa aku perlu buat ialah ambil hati mereka, memanipulasikan mereka mengikut kehendak aku tanpa hipnotasikan mereka?”

Jack menepuk tangan untuk beberapa kali sebelum mengangguk. “Brilliant! Kamu boleh lakukannya?”

“Heh… Tuan berdepan dengan Ivy The Devil. Heartless Witch. Daugther of Maleficent. There’s nothing a witch like me can’t do.” Katanya dengan senyuman bangga.

“My Lady Devil. Tentang Ibu kamu, kamu jangan risau. saya boleh tangani dia di sini. Kamu tak perlu tergesa-gesa menyelesaikan misi kamu.” Katanya sambil berdiri dengan penuh megah. “Saya boleh percayakan kamu untuk berjayakan misi ini dengan cermelang kan?”

Ivy tersenyum sinis. “Dah tentu. You can count on me.”

Jack menghulurkan tangannya kearah Ivy dan tanpa ragu-ragu, Ivy menyambut tangan tersebut tanda the deal is on.

“Besides, I think I have a perfect starter plan.” Katanya dengan senyuman terjahat pernah dia buat.

Setelah berbincang dengan Jack, Sally kembali ke pejabat tersebut untuk membawa Ivy keluar dari bangunan tersebut. Ivy dah kata dia tak perlukan escorter keluar dari kampus tersebut tapi Sally berkeras untuk menemani Ivy. Kerana pelajar di Kampus tersebut akan serbu Ivy kalau dia bersendirian.

“Saya boleh lawan mereka dengan mata tertutup. Mereka semua ni macam semut kecil bagi saya.” Ivy berdesir kearah salah seorang pelajar yang memerhatikannya. Desirannya cukup buat pelajar malang itu menggigil satu badan. “See? baru sikit mereka dah takut.”

“Saya tahu Cik Ivy.” Sally melambai kearah pelajarnya dengan senyuman manis sebelum pandang Ivy semula. “Kami nak elakkan pergaduhan berlaku. Kalau kamu bergaduh dengan pelajar di sini, kami takut tawaran kamu ke Gracious academy akan di batalkan dan kita taknak itu berlaku kan, Cik Ivy?” soalnya dengan suara lembut.

Itu satu amaran ke? Desis hati Ivy merasakan aura di sekelilingnya agak menyeramkan walaupun Sally tersenyum manis. “Pengetua Jack dan Ibu kamu berharap kepada kamu untuk jalani misi ini. Jadi, selama 3 hari ini sebelum kamu ke Gracious academy, kami akan memberi pengawalan 24 hours kepada kamu bila kamu keluar dari rumah.”

“Really? So, siapa yang akan jaga saya? The Big Bad Wolf?” Sally menggeleng. “Rumplestiltskin? Medusa? Three headed dog?” Sekali lagi Sally menggeleng. “Jadi siapa?”

“Follow me.” Katanya dan membawa Ivy ke hujung laluan bangunan selatan kampus tersebut. Dimana sebuah pintu yang akan membawa Ivy berjumpa dengan penjaganya.

“Kamu kenal penjaga kamu ni. Jadi kamu jangan risau untuk bersuai mesra bersamanya.” Sally membuka pintu bilik tersebut dan seperti biasa menyuruh Ivy masuk dahulu.

Sebaik sahaja Ivy masuk ke dalam bilik tersebut, Dia kaku di depan pintu kerana tidak menjangka siapa yang akan menjaganya dalam masa tiga hari itu.

“Ivy?”

“Hansel?

Kedua rakan yang mempunyai masalah ini terus memandang Sally yang tersenyum. Muka mereka tertulis mereka inginkan penjelasan dan lawak apa yang Sally sedang buat sekarang ni.

“Cik Ivy…. Perkenalkan pengawal peribadi kamu, Hansel.”

“What?!”

>X<

[Previous] | [MiT] | [Next]

Comments

Popular Posts