Sixteenth L.O.V.E

My Prince Charming

Di sebuah tanah yang penuh dengan keharmonian dan keindahan, matahari bangkit dari tidurnya dan datang menyinari tanah tersebut dengan sinaran mentari yang memberikan keceriaan kepada setiap insan atas tanah itu. Burung berkicauan menyapa si matahari dan bernyanyi-nyanyi dengan merdu, mendendangkan lagu untuk tumbuhan hijau bangun dan menari dengan angin-angin bayu. Penduduk itu juga bangun dari tidur mereka dengan senyuman manis pada wajah mereka, tidak sabar memulakan hari yang indah itu dengan pelbagai aktiviti yang menceriakan.

Semua penduduk Enchanted itu bersemangat untuk teruskan kerja harian mereka terutamanya pelajar Gracious Academy yang menyertai program yang dianjurkan oleh keturunan kerabat di Raja.

Sebuah program untuk mengeratkan silaturahim antara rakyat dan ahli kerabat diraja. Saling kenal-mengenali, beramamesra dan memperoleh pengalaman dan kawan baru. Tempat program itu ditempatkan khas di ladang kuda milik Kerajaan Camelot.

Padang rumput yang luas lagi hijau, sekumpulan kuda berlarian dengan bebas bersama angin bayu dan matahari bangkit dari celah-celah bukit ladang kuda itu

Tempat itu umpama keluar dari mimpi indah—dan ia buat Ivy nak termuntah.

Ivy menjatuhkan kepalanya di atas meja makan, tidak tahan melihat keterangan dan ketenangan pemandangan luar dewan makan.  

“Urrrggghhh! Kalau aku tahu tempat ni seteruk ni aku takkan datang sini!” Bisiknya dengan penuh perasan kesal dan terseksa.

Ivy sekarang berada di sebuah dewan makan yang berada di sebelah hotel berdekatan dengan ladang kuda itu, Makan sarapan pagi sebaik sahaja mereka tiba di ladang kuda itu. Memenuhi perut yang kelaparan dan juga mengumpul tenaga untuk aktiviti mereka sepanjang hati nanti.

Ivy mendongak kepalanya bila dia dengar Gretel ketawa, menyindir Ivy sambil makan sarapannya. “Apa yang teruk sangat? Fresh air, beautiful scenery dan makanan yang---Pergggh, menjilat jari.”

“Aku takda masalah dengan makanan. I love the food here. Yang teruk ialah aku ingatkan program ni hanya makan-makan dan bercerita di dalam dewan seperti majlis tari-menari. Bukannya putera puteri suka macam tu ke? asal mereka berada di ladang kuda yang kotor ni? Sejak bila mereka suka kotorkan kasut dan baju dorang hah??” Soalnya dan mengurut dahinya yang sakit kerana terlalu ramai orang di dewan makan itu. “Kenapa dewan makan di sini kelihatan lebih—entah lah, ceria dari cafeteria Academy?”

“Well, Cik Villain… kita di sini untuk bersuka ria, jauh dari stress Academy. Lagipun, kau terlalu bayangkan mereka bahagian dalam istana. Luar istana lain.” Gretel kerutkan hidungnya dengan senyuman nakal membuat Ivy berdengus. “This is outside fairytale book you always read.”

“Aku tak baca.” Ivy mengangkat kepalanya semula dan mencucuk pancakenya dengan ganas. “Aku dengar cerita. Kebanyakannya tentang Puteri dengan gaun kembang mereka dan putera pakai baju formal ketat mereka bersama kuda putih mereka. tapi di padang tu tak banyak kuda putih pun.”

Gretel tertawa. “Sorry to burst your bubbles but tak semua kuda kat Enchanted putih. Malah ada warna hitam. Aku pasti kuda tu jadi fav kau.”

Ivy menjungkit kening. “Kuda hitam? There’s no way—” Ayat Ivy terhenti bila matanya beralih kepada seseorang—dua orang, kerabat di raja sedang bermesraan di depan mata Ivy.

Oh Lord… Aku rasa nak muntah—” Ivy menutup mulutnya menahan diri dari muntahkan sarapan paginya yang baru dia makan. “That’s it… Aku nak blah dari sini.” Katanya bangun dari meja makan mereka dan bergerak keluar dari dewan tersebut.

“Ivy! kau nak kemana tu?!” Soal Gretel dari meja makan.

“Cari tempat Gelap!! Jauh dari semua keceriaan dan cahaya ‘bling-bling ni!” Sahutnya tanpa pandang belakang. kalau dia pandang dah tentu dia ternampak pasangan meluatkan itu dan juga mata-mata yang menjengkelkan. Plus, terlalu banyak kerabat di raja yang berpakaian mewah dan bercahaya. It’s sickening!

Sebaik sahaja Ivy keluar dari Dewan makan, dia berdepan dengan matahari pagi yang menyilaukan pandangan matanya. “Ugghh… baru dua jam aku kat sini dah rasa macam 2 hari.” bisiknya dan beredar dari bangunan itu, menuju ke tempat yang tidak ramai orang, tempat yang lebih sunyi untuk dia berfikir dan terima kenyataan yang dia kena berdepan dengan putera-puteri sehingga hujung minggu ini.

Dia berjalan merentasi padang rumput itu, melihat sekeliling, cuba mengingati setiap tempat yang dia telah pergi—supaya dia tak sesat dan bila dia nak menyendiri dia tahu kat mana dia nak pergi. Ivy melihat beberapa pekerja di bangsal kuda itu sedang menjaga, memandikan dan merawati semua kuda-kuda tersebut dengan baik.

Dan Gretel kata kat sini ada kuda hitam… yeah right desis hati Ivy rasa sakit hati kerana dia sebenarnya teruja untuk berjumpa kuda berwarna hitam itu. Nampaknya tak kesampaianlah niat Ivy.

Langkah Ivy terhenti di depan sebuah bangunan—atau lebih kepada sebuah bangsal kuda utama. Tempat kuda-kuda milik kerabat di raja.

Meh… Ivy dah tiada tempat nak terokai lagi. tak salah tengok sekumpulan kuda putih atau berbulu cerah. Jadi, diapun masuk ke dalam—membuka pintu bangsal kuda yang besar itu dengan bunyi *creak* membuat ia bergema.

“Hello?” Ivy mencari tanda-tanda makhluk berkaki dua di dalam bangsal tersebut namun, kesemuanya berkaki empat dan berada di dalam tempat masing-masing. Ini buat Ivy tersenyum. Nampaknya Ivy dah jumpa tempat sunyi tanpa manusia.

Ivy berjalan dengan riang sambil melihat kuda-kuda di raja di kiri dan kanannya. Setiap kandang kuda itu terdapat nama pemilik mereka. seperti kuda berwarna perang muda milik Putera Xaoi Ai, Kuda besar berwarna perang emas pula milik Putera Philipe—Sama dengan tuan dia sasa, ada juga kuda putih bertompok hitam milik Puteri Shui Ling—Hmmm… boleh tahan Puteri Shui Ling. Ada banyak lagi kuda di dalam bangsal kuda itu, sepertinya Putera Juden, Putera Dean, Puteri Bella dan banyak lagi putera-puteri yang Ivy tak kenal. Harap takkan kenal.

Langkah Ivy terhenti pada satu kandang kuda yang tidak bertuan, kandang tersebut agak kotor seperti tiada siapa membersihkannya. “Hello there…. Kuda apa di dalam kandang—Ah!” Ivy jatuh terduduk bila seekor Kuda hitam keluarkan kepalanya dari kandang tersebut sambil meringkik dengan kuat, menghentak kaki seperti dia tidak suka akan kedatangan Ivy.

Ahli sihir muda ini segera bangun dan bersihkan bajunya yang kotor dari habuk tanah dan menjeling kearah kuda hitam itu. “Bad Horse!” marahnya sambil menuding jari kearah kuda tersebut. “Hey, sorry kalau aku termasuk ruang peribadi kau, bukannya aku buat dengan sengaja.” Marahnya sambil memeluk tubuh dan melihat kuda itu melompat sambil meringkik dengan kuat membuat kuda yang lain pun meringkik.

“Okay, Okay! aku minta maaf!” Ivy ingin mencapai kuda tersebut tapi kuda hitam itu tidak membenar Ivy untuk menyentuhnya. “Oh come on! Kalau kau tak diam bukan aku je yang tak dapat privasi tapi kau pun!” kali ini kuda itu menggeleng dan membelakangkan diri dari Ivy tapi tidak lagi meringkik. “Fine. Aku takkan pegang kau… Hisshh, so much for almighty black horse. Nampaknya kau dalam imaginasiku jelah kau ni hebat tapi sebenarnya stubborn donkey!” marahnya dan kuda itu mengejek Ivy dengan mengorek hidung guna lidahnya.

Api pada baju Ivy naik membara melihat kuda itu mengutuk Ivy. “You stupid, donkey eating bugger—” Ivy menarik nafas dalam cuba menahan dirinya dari meletup dan bunuh kuda itu kat situ jugak. Dia mengira dari 1 hingga api kemarahannya terpadam dan matanya berhenti menyala.

Dia kembali memandang kuda hitam yang diamkan diri—kaku melihat Ivy. Ivy menjungkit kening. “Apa? Oh yeah, mungkin kau tak perasan yang aku seorang Villain. Tak nampak ke baju serba gelap dan rambut hitam? Tak banyak orang enchanted ada rambut hitam—berhighlight I might add macam aku ni.” Ivy memeluk tubuh sambil tersenyum sinis melihat kuda itu menghentak kaki banyak kali tanda dia agak terkejut. “Aku dari Tanah Vicious… born as a villain bukan terbentuk. Macam mana aku kat sini aku sendiri tak tahu.” Ivy menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. Dia sempat memandang kuda-kuda di dalam bangsal tersebut sebelum kembali memandang kuda hitam liar itu. “Kau pun rasa apa yang aku rasa ke? terasing? Terpinggir, lain dari yang lain?” Soalnya mendepakan tangan menyentuh kuda hitam itu. Kuda tersebut membenarkan Ivy menyentuhnya dan mengusapnya dengan lembut. “I know that feeling. Sebab tu aku ke sini cari tempat sunyi. Maaf sebab kacau kau?” Kuda itu mengusap pipinya dengan pipi Ivy tanda dia maafkan Ivy membuat ahli sihir ini tertawa kecil. “That’s a good boy. Now… aku belum tahu lagi nama kau—”

Ayat Ivy tergantung bila dia dengar satu suara kuda meringkik tidak jauh dari tempatnya dan memandang kearah pintu masuk bangsal tersebut. Matanya terbeliak bulat melihat seekor kuda putih yang amat dikenali dan sudah lama ahli sihir muda itu tidak jumpa.

“Kuda Louis? Oh my—Majestic?!” Ivy terus mendepakan tangannya bila lihat kuda itu berlari kearahnya dengan riang sebelum berhenti di hadapan Ivy, mengusap kepalanya pada Ivy membuat Ivy tertawa besar.

“I miss you too, Majestic!” sahut Ivy dengan senyuman lebar, mengusap kepala kuda itu dan memeluknya dengan erat. “Aku tak sangka dapat jumpa dengan kau—Kau merajuk dengan aku ke?” Soalnya melihat Majestic tiba-tiba tidak ingin Ivy memegangnya. “kau marah aku sebab tak jumpa kau bila aku jejak Enchanted ke?” soalnya melihat Majestic menghentak kaki dua kali tanda betul. “Mesti Louis beritahu kan?—Hey! Bukan salah aku, salahkan tuan kau tu.” Rungut Ivy memegang kepala Majestic sekali lagi, mengusap pipi kuda itu dengan lembut. “Dia patut bawa kau ke academy sebaik sahaja aku sampai kat sini.” Katanya dengan manja membuat Majestic meringkik tanda setuju.

“I know… okay, selama ni kau jadi kuda yang baik ke? kau sentiasa tolong Louis ke? walaupun dia tu Mr. Pain-in-the-neck?” Ivy mengusap kepala Majestic dengan manja membuat kuda putih itu meringkik keriangan. “Kau baik? Dah tentu kau baik. Kau jaga Louis dengan baik walaupun dia tak layak dapat kau.. yes you are, kuda paling baik dalam dunia ni. Paling macho, paling menakjubkan! The one and only majestic!—”

Pujian Ivy terpotong bila kuda hitam di dalam kandang meringkik dengan kuat membuat Ivy dan kuda putih itu juga memandang kuda hitam itu. Kuda itu merenung tajam kearah Ivy dan menggigit rambut perempuan itu.

“Ow!—Hey!” Ivy dapat melepaskan rambutnya kerana Majestic menolak kuda hitam itu. “Thanks—Hey!” sekali Ivy menjerit bila dua kuda ini mula bergaduh meringkik dan menghentak kaki sampai melompat-lompat sesama sendiri, membuat kuda lain dalam bangsal itu juga buat bising.

“Majestic berhenti—Oi!—Korang boleh takAaaarrrgghhh!!Mereka tak dengar cakap Ivy langsung! Dorang ingatkan Ivy tu apa tunggul? Apa yang dorang dua ni gaduhkan sangat?

Mata Ivy terbeliak bulat bila Kuda hitam itu mula menendang pintu kandangnya ingin keluar dari tempatnya dan Majestic pula seperti menggalakkan ia untuk keluar dengan menendang kunci mangga pintu tersebut.

ENOUGH!!”

Api ungu membara dari baju Ivy meletup hingga naik ke siling bangsal membuat kesemua kuda-kuda dalam Bangsal itu diam ketakutan termasuk dua kuda utama yang menyebabkan kekecohan dalam bangsal tersebut. Mata Ivy bercahaya hijau tanda dia betul-betul berang, dah tak tahan dengan karenah dua kuda itu.

Setelah kekecohan di dalam bangsal itu redah dan kesunyian menguasai atmosfera di dalam bangsal tersebut, barulah Ivy tersenyum manis—terlalu manis tapi bajunya masih terbakar. “Aku tak tahu apa sejarah korang berdua but… help me and shut up.” Ivy bisik dengan suara garang membuat dua kuda ini—kalau boleh menelan air liur ketakutan.

“I thought I hear a commotion here.”

Seluruh badan Ivy kaku bila dia dengar suara lelaki datang dari belakangnya dan memandang kearah kedua-dua kuda bertentangan warna itu. “jangan cakap ada makhluk berkaki dua jantan di belakang aku.”

Ivy terdengar lelaki misteri itu tertawa kecil. “Malangnya, Makhluk berkaki dua jantan ini boleh dengar apa cik makhluk berkaki dua betina cakapkan.”

Ivy menyumpah dalam hati sebelum berputar bertemu dengan lelaki tersebut. “Oh Lord, ini memalukan….” Bisiknya menutup mukanya yang merah.

“Malu sebab buat bising dalam bangsal kuda diraja ni ke atau bercakap dengan kuda seperti mereka memahami kamu?” soal lelaki itu dengan senyuman menawan. “Edward. Edward William.”


Ivy melihat Edward menghulurkan tangannya dan menyambut tanpa teragak-agak, ingatkan Edward nak bersalaman macam biasa rupa-rupanya dia menipu Ivy dan mengucup belakang tangan Ivy sebaik sahaja dia dapat tangan ahli sihir muda itu.

Ivy tahan dirinya dari menumbuk mulut Edward time tu jugak, biarkan gusinya berdarah atau lebih syok, gigi tercabut. Dia berikan senyuman paksanya, menyembunyikan perasaan meluat. “Hei, Aku Ivy.”

Edward kembali memandang Ivy dan lepaskan tangan Ivy (Thank goodness, Ivy ingatkan Edward akan pegang tangannya sepanjang masa) Edward bagi senyuman menawannya kepada Ivy. “Ivy the Devil? Persoalan saya dah terjawab kenapa siling bumbung ada bekas terbakar.” Mereka berdua mendongak melihat siling bangsal tersebut dan Ivy tersengih-sengih. “Don’t worry, ini akan jadi rahsia kita berdua.”

Ivy hanya mengangguk, tidak berkata apa-apa. Crap, aku patut kawal kemarahan aku lain kali, terutamanya di tempat berbumbung Desis hatinya.

Lelaki itu berjalan mendekati Majestic dan mengusap kuda itu dengan lembut. “Nampaknya kamu kenal Kuda Putera George.”

Ivy tersentak dari monolognya dan mengangguk. “Yeah—M-maksud aku, aku nampak nama dia kat breast collarnya.” Katanya, nasib baik Majestic pakai peralatannya kalau tak tak tahu macam mana Ivy nak jelaskan kepada lelaki ini. Ivy berputar berdepan dengan kuda hitam itu, membelakangkan Edward. “Anyway, kau kenal aku. Tapi aku tak kenal kau sepenuhnya.” Ivy mencapai kuda hitam tersebut tapi ia menggeleng membuat Ivy berdecis. “Come on boy… jangan lah merajuk..” rayunya dengan nada berbisik, membuat kuda itu mengalah dan biarkan Ivy mengusapnya dengan manja. “That’s a good boy..”

Edward yang dari tadi memerhatikan Ivy bermesraan dengan Kuda Hitam itu, hanya diamkan diri, terpegun melihat kebolehan Ivy berkomunikasi—menyentuh kuda itu hanya dengan rayuan halus. “Kamu pernah kendalikan kuda?” soal Edward membuat Ivy memandang kebelakang bahunya. 

“Semasa kecil.” Dia sempat menjeling kearah Majestic sebelum kembali memandang Edward. “Kau tak jawab soalan aku lagi.”

Edward rasa nafasya terhenti bila dia lihat Ivy tersenyum kecil. “Err—uhm… kamu tak kenal saya? Nama pun tak pernah dengar ke?”

Ivy menjungkit kening dengan senyuman. “Well, mendengar dari cara kau bercakap aku tahu kau dari keturunan diraja dan kau kawan Putera George sebab kau boleh dekat dengan kuda tu dengan senang. Selain dari itu… tak.”

Edward tertawa kecil. “Okay. saya perkenalkan diri saya, seperti yang kamu teka—tahniah by the way, saya ialah Putera Edward William, anak kepada Raja Charming dan Permairusi Cinderella. Senior, tahun ke-3 di Academy ni dan juga salah satu commetee Program ni.”

“Why I’m not surprise kau jadi commetee?” Ivy buat muka innocent. “Dan kau ke sini untuk sediakan semua kuda-kuda ni untuk aktiviti program yang seterusnya?”

Edward tersenyum. “Correct. Nampaknya kamu datang ke sini lebih awal dari pelajar yang lain.”

“Meh… I like being first.” Tipu Ivy dengan senyuman nakal. “Anyway…. When will we beable to ride them?”

Edward menelan air liur kelat. Is it him or Ivy sedang menggoda dia? Edward tahu Ivy seorang villain tapi selepas upacara tu—ya, semua orang tahu tentang Ivy di sucikan—Ivy sepatutnya menjadi baik. Atau ini semua imaginasi Edward kerana terlalu banyak mendengar gossip asrama tentang Ivy yang sexy dalam semua benda dia buat. Termasuk bercakap.

“Putera Edward?” Ivy bersuara bila lelaki itu tidak memberi respon. “Cat caught your tongue?”

Edward menampar dirinya secara mental. Dia kena komposkan diri, dia seorang Putera, budiman, berdisiplin dan priorities kena ada dalam diri seorang Putera! Dia tak boleh terjebak dengan muda dalam gossip-gossip tentang ahli sihir ini.

“Ya, sebentar lagi pekerja ladang akan datang dan bawa kuda-kuda ladang ke gelanggang latihan untuk pelajar memilih kuda mereka.”

“Dan bukan kuda diraja?” Soal ivy memandang kuda hitam di hadapannya. “Ini kuda diraja ke? atau dia hanya perhiasan dalam bangsal besar ni?”

Edward ingin bersuara tapi terbatal bila dia perasan Ivy sedang berbisik kepada kuda itu, seperti memanjakan kuda hitam itu?

Edward rasa Majestic menolak bahu Edward, menarik perhatiannya dan Majestic menggeleng tanda jangan buat apa yang Edward fikirkan. Edward menarik nafas dalam dan mengangguk. “Dia terlalu merbahaya.” Katanya tidak tinggi dari nada berbisik dan mendapat renungan tajam Ivy. “Maaf tapi kuda tu tak boleh keluar padang kerana—”

“Sebab dia ganas? Liar?”

“Yes—I mean No! kuda tu ada masalah sikit—”

“Masalah? Masalah apa? Yang dia akan tendang semua orang yang dia jumpa?” Soal Ivy dengan muka menggerunkan.

“Tak!” Edward cuba tenangkan Ivy dengan senyuman. “Apa yang saya maksudkan ialah kuda ni—”

“Kuda tu, kuda ni, kuda hitam tu kuda hitam ni—Dia ni takda nama ke? patutla dia perengus macam ni—No offence buddy.” Bisiknya kepada kuda hitam tersebut selepas memarahi Edward.

“Err—dia tak suka semua nama yang kami berikan kepadanya.”

“Dah tentu dia tak suka kalau korang tak jaga dia elok-elok, I mean tengok kandang kuda dia ni. Bila kali terakhir korang bersihkan kandang dia?”

“Err—uhm itu—”

“See? kau sendiri tak tahu.” Marah Ivy sambil memeluk tubuh. “Siapa bertanggungjawab atas kuda hitam ni?—Yang tak bernama ni?

Edward menelan air liur kelat. Oh Goodness me….. ini pertama Edward berdepan dengan perempuan yang marah Edward. First time dia jumpa perempuan macam Ivy.

“K-Kuda ni milik Camelot jadi—”

“Putera George.” Ada unsur kemarahan di dalam bisikan Ivy dan matanya menyala, membuat muka Edward menjadi pucat. “I swear I’m going to kill—”

“Ivy!”

Mereka berdua—termasuk dua kuda itu memandang kearah Gweneth yang berada di depan pintu masuk bangsal kuda itu, lengkap dengan baju horseback ridenya dan kelihatan marah sekarang. Beberapa pekerja ladang juga masuk kedalam bangsal tersebut menyediakan kuda-kuda diraja itu untuk keluar bersama tuan mereka.

“Aku mencari kau merata tempat dan Gretel akan bunuh kau di padang nanti.” Katanya mendekati Ivy dan menarik lengan perempuan itu. “Apa kau buat kat sini? Kau tak patut berkeliaran. Tolong ikut keraturan program ni Ivy The Devil.” Marahnya dan berpaling memandang Edward. “Oh Putera Edward. Hey.” Dia mengangkat tangan menyapa putera yang buntu itu dengan senyuman sebelum kembali marah Ivy. “Jom cepat! mereka dah berkumpul untuk memilih kuda-kuda mereka!” Dia menarik Ahli Sihir muda itu sambil membebel di telinga Ivy, tidak memberi chan kepada Ivy untuk bersuara langsung.

Sementara itu, Edward pula terpegun melihat Puteri Gweneth menarik ahli sihir jahat itu dengan mudah. Of course dia tahu Gweneth dan Ivy tu berkawan tapi konsep ‘kawan’ mereka tidak sama dengan bayangan Edward. Dia bayangkan Ivy menjadi ketua dan membuat mereka berempat seperti hamba abdi yang mengikut kehendaknya.

“Nampaknya aku dah salah.” Katanya dengan keluhan dan juga senyuman halus terukir di hujung bibirnya.

Majestic perasan riak wajah Edward dan mengecilkan matanya. Kalau kuda boleh bercakap dah tentu kuda putih itu akan berkata; ‘No way! Ivy aku punya dan Louis!’

Kuda itu menolak belakang Edward menarik perhatian lelaki yang berangan itu, memberi signal untuk pergi berkumpul dengan pelajar diraja yang lain. Louis dan yang lain dah tentu sedang menunggu mereka sekarang ni.

“Okay-okay… jom kita pergi.” Edward mengusap dagu Majestic dan menarik tali reins majestic, membawa kuda itu keluar bertentangan arah dari Ivy pergi. Edward sempat memandang kebelakang, melihat kuda hitam yang terperangkap di dalam kandangnya. Kuda itu hanya memandang pintu keluar Ivy pergi dalam diam.

Ivy boleh jinakkan kuda tu ke? Desis hati Edward, rasa ingin tahu.

Edward membawa kuda putih itu ke gelanggang latihan di mana kuda-kuda biasa berkumpul di dalam gelanggang tersebut manakala pelajar biasa berada di luar gelanggang, melihat, tidak sabar untuk menunggang kuda-kuda itu. Belajar menunggangnya dengan bantuan pelajar diraja.

“Putera George.” Edward menyahut sebaik sahaja dia tiba di bahagian bertentangan dengan pelajar biasa, di mana putera-puteri berkumpul. Edward berdiri di sebelah Louis.

Louis berpaling kebelakang dan tersenyum. “Took you long enough. Majestic buat hal lagi ke?” Soal Louis dan mengusap pipi Majestic. “Hai Boy.”

Edward mengangguk. “Dia tiba-tiba lari masuk bangsal kuda balik. Penat aku kejar dia.”

Louis tertawa kecil. “Sorry menyusahkan kau uruskan sadle Majestic.”

“No. Aku berseronok dengan dia.” Edward tertawa melihat Putera Raja Camelot itu menjungkit kening tak percaya. “Believe me. I have.” Katanya dan pandangannya beralih ke bahagian seberang gelanggang itu, melihat seorang wanita lain dari yang lain. Ahli sihir dalam latihan yang telah menarik perhatian Putera Charming ini.

Bukan Edward sahaja yang tumpukan perhatian pada ahli sihir muda itu, malah Louis. Putera Raja Camelot itu asyik memerhatikan Ivy dari awal mereka tiba di ladang kuda itu. Tertawa kecil melihat Ivy nak termuntah dari kecerahan tempat itu dan ingin berjumpa dengannya tapi….

Pandangan Louis berpindah kepada Tunangnya yang sedang bercakap dengan pekerja ladang itu. Susah bila dapat tunang overprotective macam Julliana.

Sementara itu di bahagian pelajar biasa pula, Ivy kena ceramah oleh Gretel tentang mematuhi peraturan adalah salah satu Good Deed. Ivy kena ikut peraturan Program dan meningkatkan disiplin diri dan itu juga berkaitan dengan Good Deed.

Ivy yang menyandar pada pagar gelanggang yang paras pinggang itu, memutarkan bola matanya, meluat mendengar ceramah Gretel yang tak henti-henti.

“Gretel, I’m sorry.” Dia tekankan ayat Sorry tu bukan tanda keikhlasan tapi untuk Gretel senyap. “Aku takkan buat lagi. kali ni aku akan ikut peraturan Program ni okay?”

Gretel kerutkan mukanya tidak menyangka Ivy akan minta maaf. Oh well, yang penting dia tak pergi merempat lagi. “Okay. kalau kau pergi lagi tanpa kebenaran aku, awas.

“Yess mooooom….” Rungutnya membuat Gretel menjeling kearah Ivy.

“Good Morning everyone, attention my friend and royal friends!” seorang puteri berada di tengah-tengah gelanggang dengan satu fail di dalam tangannya, memanggil mereka semua untuk tumpukan perhatian mereka kepadanya.

“Siapa tu?” Soal Ivy tanpa mengalihkan pandangan dari Puteri berambut hitam. Bukan selalu ada orang berambut hitam di Tanah Enchanted.

“Itu puteri Shui Ling.” Bisik Gretel balik juga memandang puteri cina itu.

Oh… that’s explain the hair. Desis hati Ivy dan kembalikan tumpuannya pada Puteri Shui Ling yang sedang memberi penerangan tentang aktiviti mereka.

Puteri Shui Ling

“Baiklah semua, saya ada bad news dan good news untuk activity ni.”

“Aktiviti batal?” Bisik Ivy dengan senyuman nakal dan Gretel menyiku perut Ivy membuat Ahli Sihir itu tertawa kecil.

“berita buruknya ialah kuda dewasa di dalam gelanggang ni tidak cukup untuk semua kerana kami takkan jangka yang kami akan mendapat banyak peserta untuk program ini.” katanya dengan senyuman riang. “tapi jangan risau, setelah saya dan Puteri Ezra mengira bilangan kamu dan kuda-kuda ini. kami dapati untuk memastikan kesemua mendapat tunggang kuda mereka masing-masing dan bersama dengan Putera-puteri di sini, kamu akan berpasangan dan bergilir-gilir menunggang kuda tersebut. Okay?” Soalnya melihat pelajar biasa tersenyum riang dan mengangguk. “Okay! saya gembira kamu bersetuju kerana bila masa kamu tak dapat menunggang kuda korang, kamu boleh tunggang kuda milik Putera-puteri yang mengajar kamu.” Dan ini membuat Pelajar lain bersorak gembira.

Ivy berpaling memandang Gretel. “Girl, kau melekat dengan aku.”

“I know. Aku rasa aku kena sumpah or something.” Rungutnya membuat Ivy tertawa.

“Alright semua, kuda yang kamu pilih nanti telah pun dipilih oleh putera-puteri kita. So, sebaik sahaja kamu dapat kuda kamu, kamu akan dapat tahu siapa pengajar kamu. faham?” Shui Ling melihat mereka mengangguk dan menyahut ‘faham’ membuat Shui Ling tersenyum dan memanggil pekerja ladang itu, suruh mereka buka pagar gelanggang membenarkan pelajar biasa untuk memilih kuda mereka sendiri.

“tolong wakilkan seorang dari partner korang.” sahut Shui Ling cepat, sebaik sahaja pintu pagar itu terbuka.

Ivy memberi signal kepada Gretel untuk masuk. “Kuda tu akan lari kalau dengan aku. Percayalah.”

“No.” jawab Gretel tidak ingin masuk. “Ini peluang Good Deed kau. Pergi sana dan cari kuda kau.”

“No.” Ivy pula menggeleng. “Aku taknak menyesal terpilih kuda yang salah satu puteri Gedik tu dah pilih. I’m full of bad luck remember?”

“Sejak bila kau jadi bad luck ni?” Soal Gretel tapi tidak membenarkan Ivy menjawab kerana dia dah pun tarik Ivy dari melekat pada pagar itu dan menolak dia masuk kedalam gelanggang. Menutup pintu itu sebelum Ivy dapat keluar. “Go. Now.”

Ivy mengerus dengan mulutnya berkumat-kamit menyumpah-serana ‘partnernya’. Ivy memandang kearah semua pelajar yang sedang mencari kuda yang mereka suka dan ini buat Ivy mengeluh panjang. Ada ke kuda nak dengan Villain macam Ivy ni? Tengok lah sekeliling Ivy! sepertinya ada garisan halimunan di sekeliling Ivy sebagai tanda ‘danger zone’ yang mereka—termasuk kuda taknak masuk. Mendekati Ivy.

Sekali lagi ivy mengeluh. This is going to be a long sad day.

Sementara itu, di dalam bangsal kuda diraja, kuda hitam yang tidak bertuan itu meringkik dengan kuat mendengar kekecohan berlaku di luar bangsal. Ia mula menendang pintu kandangnya dengan kuat membuat kuda lain menyahut ketakutan, memanggil orang luar untuk datang masuk.

Kuda hitam itu teruskan menendang kandangnya walaupun pekerja ladang masuk kedalam bangsal tersebut dan cuba berhentikan kuda tersebut dari meroyan.

Di bahagian luar bangsal itu pula, mereka semua dengar kekecohan yang terjadi di dalam bangsal diraja itu. Orang menjerit dan kuda meringkik dengan kuat dari bangsal tersebut membuat semua orang takut, termasuk kuda-kuda yang ada di dalam gelanggang itu.

“Look out everyone!!” seorang pekerja ladang itu menjerit sebaik sahaja pintu bangsal diraja terbuka luar dan seekor kuda hitam berlari keluar kearah gelanggang tersebut.

“ketepi! Ketepi!”

“The Wild Horse escape again!!”

“Princesses and Princes! Watch out!!”

“Lindungi Putera-puteri tu!!”

Kesemua pekerja menjerit dari bangsal tersebut dan pekerja luar segera melindungi putera-puteri dengan mengalihkan mereka ketepi sebelum kuda itu sempat merempuh mereka.

Manakala Louis yang telah pun dilindungi melihat kearah mana kuda liar itu pergi. “Oh god—Ivy get away from there!!” Jeritnya panik melihat Ivy masih tidak berganjak dari tengah-tengah gelanggang tersebut. “Majestic!”

Kuda putih itu terus bertindak mengikut arahan, berlari kearah Ivy juga cuba mengejar kelajuan kuda hitam tersebut sebelum ia cuba cederakan kawan lamanya.

Bahagian Ivy pula, sebaik sahaja dia dengar pintu bangsal dibuka dengan kasar oleh kuda liar tersebut, dia tak berganjak langsung dari posisinya. Pertama; sebab dia tahu tiada siapa akan cederakan dia termasuk kekecohan itu. Dia yakin dia Villain dan tiada berani kacau dia. Kedua; Dia tahu kuda hitam itu yang buat kekecohan dan dia nak tengok apa kuda tu boleh buat. Orang sekeliling yang ketepi memberi pemandangan jelas untuk Ivy melihat Kuda itu berlari keluar dari bangsal tersebut. Ketiga; Dia tahu target kuda liar itu adalah Ivy. dan ahli sihir ini nak tahu apa kuda hitam itu akan buat padanya.

Ivy melihat Kuda liar itu berlumba dengan Majestic kearahnya membuat ahli sihir muda ini tersenyum nakal. Come on…. Come on! Desis hatinya menyokong kuda liar itu dan senyuman Ivy membesar bila kuda tersebut melompat pagar gelanggang itu dengan cantik sebelum Majestic menyusulinya.

Kuda itu berlari sepenuh tenaga selepas lompatannya membuat orang sekeliling memejam mata, menutup muka, mengalihkan pandangan mereka tidak sanggup melihat kuda hitam itu merempuh Ahli sihir tersebut.

“IVY!!”

Satu habuk besar terjadi di tengah-tengah gelanggang itu bila kuda hitam tersebut berhenti dengan mendadak dan bunyi kuda meringkik dengan cemas membuat semua orang sekeliling terdiam. Tiada siapa berani bersuara atau bergerak, sehinggalah habuk tanah dalam gelanggang itu redah.

Mata Gretel terbeliak bulat melihat apa yang terjadi di tengah-tengah gelanggang itu. “For Goodness sake….”

Di tengah-tengah gelanggang tersebut, Ivy berdiri dengan senyuman lebar terpapar pada wajahnya berdepan dengan kuda hitam yang termengah-mengah, penat akibat berlari dan merenung tajam kearah Ivy. jarak antara Ivy dengan kuda itu hanya beberapa inci sahaja.

“Hello there horsey…” sahut Ivy dengan manja membuat Kuda itu berdengus marah. “Aww… jealous?” soalnya dengan senyuman nakal sebelum alihkan pandangannya kearah Majestic yang berada di sisi Ivy. “Go back to you Master.”

Majestic memandang Ivy dengan riak wajah terkejut dan menggeleng sambil meringkik. Dia tak percaya yang Ivy menyebelahi kuda hitam itu! Ivy sepatutnya menjadi kawan Majestic, menyebelahi dia dan sepatutnya kuda liaritu yang di halau.

“Majestic….” Ivy memberi amaran dengan nada berbisik. “Just Go.”

Louis segera masuk gelanggang dan mendekati Ivy dan dua kuda itu tapi langkahnya terhenti sebelum dia sempat mendekati Ivy kerana Kuda hitam itu melindungi Ivy dari Putera Raja itu.

“Woa…” Dia mengangkat tangan dan mengambil langkah kebelakang. “Back off horse.”

“Hey, you back off Princy.” Ivy bersuara melangkah ke sisi kuda tersebut. “Jangan cakap macam tu kat, Knight.” Marahnya mengusap dagu kuda hitam itu. “Jangan pedulikan dia. He’s just spoiled.”

Mata Louis terbeliak melihat ivy boleh menyentuh kuda tersebut. “Knight?”

Ivy tersenyum nakal memandang Louis. “Yeah. Knight, aku rasa itu nama sesuai untuk dia. kan knight?” Soalnya membuat kuda itu mengusap kepalanya pada pipi Ivy sekali. “See? dia sukakannya.”

Semua orang yang melihat situasi ini menarik nafas terkejut. Ivy the Devil menjinakkan kuda Liar Itu? Selama kuda itu berada di ladang kuda tersebut, tiada siapa pernah Berjaya menjinakkannya apatah lagi menyentuh kuda tersebut! Macam mana perempuan itu boleh menjinakkan kuda liar itu dan paling mengejutkan bagi nama kepadanya?

Louis menggeleng. “Jauhkan diri kau dari kuda itu Ivy.” dia beri amaran.

“Why? Bukannya aktiviti ni kena pilih kuda untuk belajar menunggang ke? the horse pick me. This horse pick me.” Ivy menuding kearah kuda hitam di sebelahnya.

“Tapi kuda ni kuda liar!” Marah Louis membuat Ivy berdengus.

“Would you stop that! Nama dia Knight. Dia ada nama!” marah Ivy balik membuat Louis naik berang.

“He doesn’t have a name—” Dia dapat pukulan di bahu oleh Ivy. “Okay! Dia Knight tapi dia tetap liar dan tak boleh masuk dalam aktiviti ini!”

“Kau siapa memberi arahan kat aku?” Soal Ivy menuding jari kearah putera Raja itu. “Kau hanya pemantau. Bukan kau ketuai Program ini, Puteri Julliana yang membuat keputusan di sini.”

“Aku Putera Raja Camelot dan aku boleh buat apa yang aku—” Ayat Louis terhenti bila dia lihat mata hijau Ivy bercahaya, tanda jangan cabar Ivy sekarang ni.

Julliana!”

“Puteri Julliana!”

Kedua-dua ‘musuh ketat’ ini menjerit nama Julliana membuat puteri mangsa ini terkejut.

“Make Decision!” arah mereka berdua dengan serentak, lagilah buat Julianna pucat, ketakutan.

Dia memandang kearah Shui Ling yang telah berikan fail dalam tangannya kembali kepada Jullianna dan pandang senarai nama dalam tangannya itu. Dia dah memangkah nama kuda yang telah di pilih oleh pelajar lain dan hanya satu sahaja kuda yang tidak terpangkah. Kuda tersebut ialah kuda pilihan Putera George.

Oh no… desis hati Julliana. Dia kembali memandang dua musuh ketat itu. Kedua-dua menggerunkan bagi Julliana, jelingan membunuh Ivy dan renungan maut Louis.

Dia menarik nafas dalam dan bersuara, memberi keputuan untuk kebaikan semua orang. “S-saya… saya rasa itu tak salah menyertakan kuda hitam—I mean, Knight sekali.”

Ini buat Louis menjeling kearah tunangnya, Julliana terus cuak, mengalihkan pandangannya dari renungan menakutkan itu. “Tapi masalahnya tiada siapa pernah latih kuda itu. Plus, Ivy tiada pengajar untuk mengajar dia tunggang kuda tu—”

“Saya wakil diri.” semua pandangan jatuh ke satu Putera yang mengangkat tangan dengan senyuman menawan. “Saya pernah hadapi kuda tu sekali, saya tahu gerak geri dia. Lagipun, saya sepatutnya menjaga kuda-kuda ni je tapi tak salah ada kerja sampingan.”

Ivy menarik sengih. “Putera Edward dah setuju untuk menjadi pengajar aku, so Knight kuda aku.” Ivy kembali menjeling kearah Louis. “Any more rejection Your Highness?”

“Kau boleh jinakkan kuda ni tapi partner kau macam mana? Kuda ni takkan benarkan sesiapa pegang dia langsung. Kecuali sekarang. Kau.” Suara Louis sangat rendah dan merbahaya, kalau putera raja ini mempunyai magic seperti ivy, dah tentu atmosfera di sekeliling mereka menjadi berat dan mencekik mereka semua kerana kekurangan udara.

“Saya boleh guna kuda lagi satu.” Kali ini Gretel bersuara. Masuk kedalam gelanggang tersebut dan berdiri di sebelah Ivy—jauh sedikit kerana kuda hitam itu menjeling kearahnya, memberi amaran. “Kuda yang sepatutnya milik saya dan Ivy masih ada lagi. Saya boleh guna kuda tu dan pengajar kuda itu juga perlu ada tanggungjawab untuk mengajar sebab ia peraturan program. So, saya guna kuda kami.”

“Well, it’s settled then!” Edward menepuk tangan, memecahkan ketegangan suasana di sekeliling mereka dan tampil kedalam gelanggang. “Cik Gretel bersama kuda yang telah di sediakan, Ivy bersama kuda hi—I mean Knight dan saya akan menjadi pengajar Ivy. Ada sebarang masalah Putera George?” Soal Edward dengan senyuman sambil menepuk belakang Louis.

Yes, masalah besar. Aku tak nak Ivy bersama kuda gila tu, dia akan tercedera sebaik sahaja dia naik kuda tu. Aku tak suka bila sesuatu terjadi dekat dia, walaupun dia sememangnya suka buat kerja gila. Next, kau nak jadi pengajar Ivy. macam mana kau dengan rela nak jadi pengajar Villain? Itu buat aku musykil.

Nak je Louis cakap semua tu dekat muka Edward tapi dia menahannya dengan menggenggam kedua penumbuknya disisi dan menarik nafas dalam—sedalam yang mungkin. “Tiada masalah. Pastikan ahli sihir gila ni tak tercedera dengan tidakannya sendiri.” Katanya dengan senyuman paksa dan menepuk bahu Edward. “Goodluck Ed.” Louis bergerak pergi dengan perasaan marah menggeledak di dalam dirinya dan bersiul, memanggil Majestic ke sisinya.

 Ivy juga menahan marah kerana Louis panggil dia ‘ahli sihir gila’ tapi dia lepaskan Louis dan tersenyum nakal kearah perempuan di sebelahnya. “Thanks Gretel. I owe you one.” Bisiknya sambil mendepakan tangannya di bawah.

Gretel ‘low-five’ tangan Ivy dan mengenyit mata. “I love it when you owing me something.”

~To be continued~
>X<

6 comments:

  1. the best ever new entry....hihihi penuh kejutan..aksi....dramatikk...huhuhu sgt suka bila ivy marah.....sgt sgt suke....yeah i love it....gud job angahhhh ....ivy the devilll...... sukeee knight jugaakkkkkk....
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  2. ohh...omg...dah masuk...tq atas usaha angah yg up date entry cepat2...terubat rindu....cam biasa best selalu tapi kali ini lebih best sebab Lus cemburu...hehehe.

    ReplyDelete
  3. Kembar malifiecientJanuary 22, 2016 9:06 pm

    Wahhh..baru nk tau apa jadi..masa edward ajar ivy ride knight..ehmmm

    ReplyDelete
  4. Tenkiu angah. Huhu. Best macam selalu. ^_~. Semalam baca balik dari bab 1 sampai 16. Sambil dengaq lagu sad song. Ambek mood. Haha. -epi-

    ReplyDelete
  5. Hey uollss!!! *kiss kiss* angah gembira korang suka bab L.O.V.E kali ni!!! Wooohooooo!! And sorry for the next chapter mungkin lambat sikit sebab angah pergi trip kat rumah grandparent... Huhuhu angah kena refresh otak sikit sebab asyik brperap dalam bilik, depan lappy jerr..

    Anyhow,
    -thank you cik chekelat sebab minat watak utama love!!
    -U welcome unknown-commenter!! Angah syok sendiri buat louis cemburu time buat chapter ni.. Hihihihi
    -kembar maleficent!! Kita tunggu in the next chapter and sementara waktu kita berhuhuhuhu kat louis haha
    -U welcome epi! And woaaaaa.... Reread love all over again?? Thank you!!!!! Best enn lagu sad song ^_~ sesuai dgn ivy n louis hehehehe

    ReplyDelete
  6. Kembar malifiecientJanuary 24, 2016 11:22 pm

    Lambat sikit?????nape mcm lmbt byk je..angah!!!!!!!!!!..

    ReplyDelete