Twenty-first L.O.V.E

Poisonous Ivy

“Diaval?”

Ivy baru sahaja bangun dari tidurnya dan perasan yang burung gagak yang sentiasa berada di tiang rehatnya, setia menjaga ivy semasa dia tidur tiada berada di dalam bilik itu. Malah Ezra juga tiada dibilik tersebut dan bilik air juga tiada bunyi. Kalau dia keluarpun, pasti Ezra akan tanpal nota di depan pintu bilik mereka.

Ezra mungkin dingin dengan Ivy kadang-kadang tapi dia sentiasa beritahu Ivy kalau dia keluar ke tak. It’s not like Ivy kesah dia keluar ke mana tapi macam tu lah Erza. Bila dia tak buat macam tu ia agak pelik bagi Ivy.

Diaval pun satu. Dia tiada berada di sisi Ivy semasa dia bangun. Ke mana burung gagak tu pergi?

Ivy menggeleng kecil. Mungkin dia keluar awal untuk ke pixie hollow or something. Ahli sihir muda ini turun dari katilnya dan semasa dia nak bangun, kakinya gagak berfungsi membuat dia jatuh berlutut di tepi katil.

Penglihatannya kabur untuk seketika dan jantungnya berdegup dengan kencang tanpa sebab. Ivy menyentuh dadanya yang rasa panas semacam. Dia rasa gelisah dan cemas.

Kenapa dengan dia ni?

Ivy menarik nafas dalam beberapa kali dan cuba bangun semula. Nasib baik dia dapat bangun dan masuk ke dalam bilik air dengan perlahan.

Usai membersihkan diri dan mengenakan pakaian dari wardrobe yang telah diubahsuai oleh empat kawannya, dia terus bergerak ke academy untuk memulakan kelas yang akan mula dalam kurang dari 20 minit.

Ivy dapat rasakan beban dari pandangan pelajar lain semasa dia masuk kedalam Wing C. pandangan mereka sangat tidak selesa, sepertinya mereka merenung Ivy seperti hari pertama Ivy berada di Academy itu. Renungan yang jijik, membenci kehadiran Ivy di tempat itu. Berbisik sesama sendiri tentang keburukan Ivy di sekolah itu, seorang yang keji, kejam, jahat, Evil, Villain.

“Traitor!”

Ivy berpaling kearah seorang budak kecil lelaki yang menjerit kearahnya dengan nada jijik. Budak yang memberi bunga kepada Ivy dahulu. Dia menuding jari kearah Ivy, mengutuk, memakinya tanpa henti. Selepas itu, mereka yang lain juga mengikut, mencaci Ivy.

“Talam dua muka!”

“Penipu!”

“pembelot!”

“Lying B*tch!”

Ivy membelakangkan diri tapi lebih banyak cacian datang dari belakangnya membuat dia berputar. Matanya terbeliak bulat melihat siapa yang turut memakinya.

“Kau penipu!” Sahut Apple Red dan melontarkan sekotak cupcake ke kaki Ivy membuat ahli sihir ini terkejut. “Ambil balik ‘gratitude’ palsu kau ni! Kau tak pernah ikhlas nak bagi cupcake tu kepada kami pun!”

“T-tak, Apple listen—”

“No!” Apple menutup telinganya sambil menggeleng laju. “Aku percayakan kau tapi kau khianati aku! I hate you! I hate you!”

“Kau mempergunakan kami untuk musnahkan Enchanted!”

Ivy berpaling kebelakang, sekarang Hanna dan Gweneth berada di belakangnya. Tiada lagi pelajar-pelajar academy yang mencaci di sekelilingnya. Hanya tiga rakannya berada di laluan kosong itu.

“You Sly little wh*re…. Kau sememangnya Evil, kau takkan pernah berubah. You are rotten to the Core.” Gweneth merenung tajam kearah ivy sambil memeluk tubuh. “Dan kami ingatkan kau betul-betul baik. Tapi…..” Dia menggeleng sambil memandang Ivy dari atas hingga bawah. “Disgusting creature.

Pandangan Ivy berubah dari Apple Red ke Hanna dan Gweneth. Keliru dan Cuak kerana mereka bertiga sudah tahu tentang dirinya, mempermainkan mereka dan mengambil kesempatan kearah mereka.

Dari mana mereka tahu? Siapa beritahu mereka? Ini tak mungkin terjadi… macam mana perkara ni boleh terjadi.

“See, aku dah kata dia ni keji. Semua tu hanya lakonan.” Gretel muncul dari kegelapan dengan senyuman sinis terukir pada bibirnya.

Ivy baru perasan yang mereka bukan lagi di laluan Wing C, tapi di suatu tempat gelap. Tiada apa-apa di sekeliling mereka. hanya empat kawannya mengelilingi Ivy, merenungnya dengan penuh kebencian pada mata mereka.

“Gretel….” ahli sihir ini berdesir dengan penumbuk yang digenggam erat di sisinya. “Kau beritahu mereka?”

“Heh..” Gretel menarik sengih. “Akhirnya aku dapat lihat kau tergugat dengan aku. Of course aku beritahu mereka. mereka tidak layak dipermainkan oleh perempuan keji macam kau.” Gretel menolak bahu Ivy membuat dia mengambil selangkah kebelakang. “Kami perhatikan kau dari awal kau masuk sini Ai. Jangan pandang rendah dengan orang-orang The Great Wizard Merlin.”

The Believers…. Jadi betullah Gretel berkomplot dengan Pengetua Merlin untuk korek rahsia Ivy. Dia dekati Ivy untuk dapatkan info tentang dirinya. “Dan Hansel?”

“dah tentu aku bantu.” Hansel muncul di sebelah Gretel juga tersenyum. “Surprise seeing me here? Aku bagi informasi kat Gretel dan sebagai ganjaran,Wizard Merlin benarkan aku balik ke Enchanted.”

“Kau Pembelot! Aku ingatkan kau kawan aku!” marah Ivy, bajunya terbakar dengan api kemarahannya, membakar lantai di sekelilingnya tapi tidak capai kearah mereka. Kenapa? Ivy nak bakar mereka semua! Dia nak hapuskan mereka semua termasuk Hansel!!

“Kawan? Heh..” Hansel tergelak. “Aku tahu rancangan kau Ivy, kalau Enchanted musnah kau akan seksa adik aku. Aku takkan benarkan kau sakiti orang yang aku sayang. Tak akan.”

Ivy memandang kawan-kawannya dengan rasa marah, kecewa, takut, berang dan banyak lagi perasaan yang bercampur aduk dalam dirinya. Ia buat Ivy keliru, sakit pada dadanya tidak dapat dia tampung.

“Ivy…”

Ivy mendongak melihat Louis yang kelihatan sedih, berdiri sedepah jauh darinya. Dia juga perasan sekarang mereka berada di dalam hutan Mahligai, di tempat rahsia mereka di tepi tasik. Bukan itu sahaja, rakan-rakannya juga berada di belakang Louis, menghalang lelaki itu mendekati Ivy.

“Louis….” Ivy menahan dirinya dari mengalirkan air mata. Jantungnya sakit melihat muka kecewa Louis. “kau percayakan aku kan?... kau tahu aku takkan buat macam ni…. Kan?”

Louis berpaling muka, tidak sanggup untuk melihat tepat ke mata perempuan yang dia sayangi. “I don’t know what to believe anymore…” Louis kembali melihat Ivy tapi kali ini pandangannya membuat Ivy ingin menangis. Pandangan jijik yang dilontarkan dari lelaki itu. “Aku dah tak tahu kau siapa… kau bukan Ivy. kau pembelot… kau ingin musnahkan kerja keras aku selama ni… kau bagi aku harapan palsu dan musnahkannya. Kau ingin musnahkan Enchanted…” Louis menggeleng, kecewa dan sakit. “I don’t want to see your face anymore… tak boleh… aku tak sanggup.” Dan Louis berpaling dan bergerak pergi bersama yang lain. Julliana yang berada di belakang kawan-kawannya muncul dan menyentuh bahu Louis dan memberikan kucupan di pipi sebelum membawa Louis pergi dengan berpimpin tangan.

“Tak… Tak—Louis!!!” Jeritnya, dia jatuh berlutut di atas tanah, merelakan dirinya berlutut, meminta untuk Louis kembali. Tapi jeritannya, pintanya diendahkan dan melihat kawan-kawannya itu, orang yang penting baginya pergi. “Please… come back..”

Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa rancangannya boleh rosak tanpa dia sedari? Ini kerana dia lemah, dia cuai, dia terlalu yakin dengan dirinya sendiri! Kecuaiannya telah memakan diri Ivy. Dia tak patut tolong Hansel berjumpa dengan adiknya, Dia tak patut cuba berkawan dengan orang Enchanted, dia tak patut dapatkan kepercayaan sesiapa dan berkawan dengan mereka… tidak Apple Red, atau Hanna, atau Gweneth, atau Louis… Dah tentu bukan Louis…

Kenapa dia buka hatinya untuk mereka??

“You insolent Fool!!”

Ivy rasa sesuatu panas di belakangnya dab berputar memandang perempuan yang dia tidak akan jangka berada di situ sekarang.

“I-Ibu—”

“You are not my child…” Ibunya berdesir, menjeling kearah Ivy yang berlutut. “Kau berlutut, berkawan dengan Enchanted, mencintai seorang Enchanted.” Katanya dengan nada rendah tapi kemarahannya bertambah tinggi dan itu boleh dilihat dengan api kemarahan ibunya yang membakar hutan Mahligai itu. “You beg for them…. We never beg for anyone.”

“Saya tak—” Ayat Ivy tergantung bila dia dengar bunyi gagak menyahut dan Diaval muncul dari langit dan mendarat di atas tongkat sakti ibunya.

“Turn into a bird.” Ibunya menghayunkan jarinya dengan kasar menukar Diaval menjadi manusia. “Tell me. Everything.”

Ivy menjadi cuak bila dia lihat Diaval tunduk kepada Ibunya mengikut perintah tuannya. Beritahu segala-galanya tentang Ivy selama berbulan dia di Tanah Enchanted, dia menukar magicnya ke sumber magic baik, membuat amalan baik bersama rakan-rakannya, menyukai seorang Putera Enchanted dari kecil lagi. selalu menyelinap ke hutan mahligai dari kecil. Setiap kelakuan Ivy yang Diaval beritahu kepada Ibunya membuat Ibunya makin berang dan matanya menyala.

Disgusting.” Ibunya menjeling kearah Ivy dan berputar kearah Tanah Vicious. “Jangan pernah muncul didepan muka ku lagi. Kalau aku lihat kau atau ketahui kau kembali ke Vicious. Mark my word; I will kill you.

“Then kill me now.” Ivy bersuara dengan segala tenaganya yang tinggal. Dia mendongak melihat ibunya yang hanya menjeling melalui bahunya.

“Jangan fikir aku akan biarkan kau mati begitu sahaja.” Katanya dan berdecit. “Aku akan biarkan kau hidup dan berdepan dengan orang yang benci kau. Terseksa bersendirian tanpa arah tuju. Vicious dan Enchanted tidak lagi menerima kau. That is you punishment and will always be. Forever.” Dan dengan itu Maleficent pergi menghilangkan diri didalam api kemarahannya bersama Diaval, burung gagak yang setia dengannya; sempat memaling kebelakang melihat bekas anak jagaannya yang berlutut tidak bermaya di tengah-tengah hutan yang terbakar. Hanya melihat tanpa apa-apa perasaan sebelum berubah menjadi seekor burung semula dan terbang pergi.

Ivy hanya berlutut di atas tanah itu tidak berbuat apa-apa, tidak bertindak atau pun memikir. Dia dah tak tahu nak buat apa. Selalunya pada masa sekarang dia akan minta pertolongan dari Diaval untuk nasihat. She is just a young villain. Semua kerja kerasnya berakhir dimana dia bermula. Di tasik tersebut. Semua bermula di situ, dan juga ia berakhir di tempat yang sama.

Idiot… kalau kau tak buka hati kau kepada mereka dah tentu kau takkan berada di sini. Kau patut buang hati kau empat tahun lalu… menguncinya tidak cukup. Ia akan terbuka tanpa kau sedari. Kau tahu akibatnya tapi kau tetap simpan hati kau…

Bodoh..

Lemah…

Tidak berguna…

Ivy kembali marah dan apinya kemarahannya marak secara perlahan dan membakar hutan tersebut dengan sisa api ibunyanya. Ia bercampur aduk, api Ivy melawan api Maleficent, memakan api hijau itu dan menjadi lebih besar menjadi api hitam. Api ungu Ivy memakan api Hijau Malefient menjadi api hitam yang besar, membakar hutan itu lebih cepat dari sebelumnya bukan itu sahaja, air dalam tasik mula menjadi kering disebabkan kepanasan api hitam itu.

Now whom the shame one?

Ivy tidak bergerak dari posisi berlutut bila dia dengar suara dikenali; Jack muncul di depannya dengan senyuman sinis, terhibur melihat Ivy jatuh didepannya. Suatu pemandangan yang sangat indah bagi Jack.

Jack mengelilingi perempuan itu untuk beberapa kali, memijak api hitam tanpa terkena sebarang kesan kepadanya sebelum mencangkung di depan ahli sihir muda yang telah gagal melakukan misinya.

“This is what happen bila kau bergaul dengan Enchanted. Mempercayai mereka dari percayakan aku.” Katanya sengetkan kepalanya untuk melihat wajah Ivy dengan lebih jelas. “In the end they will betray you. In the end, kau yang di sakiti, in the end… kau keseorangan. Ketakutan unggul kau. Pada akhirnya kau bersendirian. Hanya seorang diri seperti kau kecil. Pathetic little lonely witch—”

Ivy terus menerkam leher Jack dengan erat. Matanya bercahaya, menjeling kearah Jack yang bergelut untuk melepaskan diri dari cengkaman maut Ivy.

Mata Ivy tajam seperti mata seekor naga dan kesemua giginya berubah menjadi gigi taring yang sangat tajam, tersenyum gila kepada Jack. “Shut… the f*ck… up.” Dia berdesir dengan perlahan. Mulutnya mengeluarkan asap putih seperti api ingin keluar dari mulutnya. “Kau ingatkan aku perlukan mereka? Kau ingatkan aku perlukan kau? Kau ingatkan aku perlukan Maleficent?” Ivy kembali berdiri dengan membawa leher Jack naik ke udara dengan muda. “I don’t need anyone. Aku boleh hapuskan semua orang atas tanah durjana ni dengan tanganku sendiri dan Tiada siapa boleh hentikan aku.”

Jack menarik sengih walaupun nyawanya tergugat sekarang ni. “K—Kau? Itu hanya cakap ko—” Dia tidak dapat bersuara bila Ivy menguatkan genggamannya.

Don’t underestimate me Jack. I am stronger than The Wee Wizard Merlin and The Evil Wh*re Maleficent.” Dia terus melepaskan Jack. Melihat lelaki itu terbatuk-batuk di atas tanah, cuba bernafas melalui kerongkong yang hampir dipatahkan oleh Ivy.

Jack mendongak memandang Ivy dan perasan sesuatu yang baru tentangnya. Dia tiada ekspresi wajah langsung. Dia memandang Jack dengan pandangan kosong dan sepasang mata itu boleh masuk kedalam jiwa Jack. Membuat dia lemah lutut dan menggeletar satu badan.

Bukan itu sahaja api kemarahan milik Ivy bukan lagi warna ungu tapi warna hitam. Ia membentuk sepasang sayap di belakang Ivy dan sepasang tanduk besar di kepalanya.

Adakah ini Ivy yang sebenarnya?

Jack menarik sengih. “Then unleash your full power Ivy the Devil.”

Api hitam Ivy marak dari sebelumnya, dan awan hitam berkumpul di atas mereka, petir berwarna hitam sambar menyambar dan angina taufan bertiup kencang secara tiba-tiba.

Ivy tersenyum sinis, senyuman yang boleh buat orang berharap mereka tidak akan pernah berhadapan dengan Ivy. Diri Ivy yang sekarang ni. “Let’s start with you.”

Dan Ivy bangun secara mengejut.

Perkara pertama dia perasan ialah sepasang mata biru yang cemas tunduk memandangnya, nafasnya berat seperti ivy sekarang ni dan dia menggigil? Diaval juga berada di tepi katil Ivy, menjerit dengan kuat cuba bangunkan Ivy dari tidurnya.

“Ivy! Thank god kau dah bangun!” sahut Ezra agak lega tapi masih lagi cemas. “Kau kena hentikan semua ni!”

Ivy terus bangun dari katilnya bila dia perasan bilik mereka dalam kebakaran. Api hitam menjilat seluruh bilik mereka dan juga lantai bilik itu basah.

Kenapa ia basah?

“Aku cuba redahkan api ni guna kuasa aku tapi…” Ezra menggeleng dan mengelap peluhnya yang jatuh di dahi. “Ia terlalu kuat untuk aku.”

Ivy segera mengeluarkan kayu saktinya dari bawah bantal dan mendepakan keudara. Dia mula membaca mantera membuat matanya bercahaya dan menghayunkan kayu saktinya, mematikan semua api hitam tersebut dengna cepat sebelum ia menghancurkan bilik mereka.

Setelah api tersebut mati, Ivy jatuh terduduk di atas katilnya dengan keluhan panjang. matanya melihat setiap sudut bilik mereka yang telah hangus terbakar akibat apinya sendiri.

It’s just a nightmare…..

“Ezra… kau okay ke?” Soal ivy berpaling kepala kearah roommatenya yang berpeluh. “Aku cederakan kau ke?”

Ezra menggeleng. “Tak tapi ia menakutkan.” Katanya memandang Ivy penglihatan trauma. “Kau menakutkan. Kau meronta-ronta dalam tidur Ivy. Kau okay ke?”

Ivy menghembus nafas panjang dengan senyuman tawar. “Yeah… aku hanya stress beberapa hari ni sebab final exam dah nak dekat. Aku rasa ini sebab kurang tidur, selalu bergadang di library sampai tengah malam.” Katanya memicit tulang hidungnya. “Hey Ezra, aku rasa kita patut report kat Penjaga Wing Winter tentang bilik kita.”

Ezra mengangguk setuju. “Kau stay di sini. Aku keluar panggil Encik Carlos.” Katanya dan bergerak keluar meninggalkan Ivy berseorangan bersama burung gagaknya.

“Turn into a bird.”

Diaval berubah menjadi manusia dan berdiri di hadapan Ivy, wajahnya kelihatan cemas, takut. “Apa dah jadi?”

“A nightmare.” Katanya dengan nada rendah. Tundukkan dirinya memandang karpet bilik yang dah hangus.

“A Villain having a nightmare?” Soal Diaval agak terkejut. “kau tak boleh dapat nightmare. Itu mustahil.”

“Aku tahu.” Ivy menarik nafas dalam, cuba tenangkan dirinya bila dia ingatkan balik mimpi ngerinya. “Hey D…”

“Hmm?” Diaval melihat Ivy kembali rebah atas katil dengan kedua tangan didepakan kesisi dan memandang siling bilik.

Ivy teringatkan mimipinya dimana Diaval beritahu segala-galanya kepada Ibunya tanpa teragak-agak.

Ivy memejamkan matanya. “Nothing… Winter dah nak tiba… it always bad luck for Vicious setiap kali musim sejuk bermula.”

Diaval bergerak ke tepi katil dan duduk di sebelah Ivy. “Kau rasa sesuatu yang tak kena? Sebab tu kau dapat mimpi buruk?”

Ivy mengangguk. “Ada seseorang mengugut aku beberapa hari lalu… Kau kenal Jack and Jill kan?” Soalnya memalingkan kepala ke tepi, melihat wajah Diaval. “Jack. Dia boleh guna Black magic.”

Diaval menjungkit kening. “How. Di sini bukan tempat yang senang untuk hasilkan black magic.”

“Aku tahu.” Ivy duduk di atas katilnya dan mengeluh. Dia rasa sangat penat. “Dia hanya boleh buat jampi kecil. Little tricks tapi dia tetap merbahaya.”

“setinggi mana dia merbahaya?”

“Dia tahu banyak benda tentang Enchanted. Termasuk tentang aku. Dia terlalu merbahaya kepada kita.” Bisiknya membuat Diaval tersenyum kecil.

“Kau akhirnya rasa tergugat.” Katanya sedikit terhibur membuat Ivy mencebik. “Looks like the game has begun.”

“What game?” Soal Ivy sakit hati. “Aku boleh bunuh dia dengan mudah.”

“Kau boleh tapi…” Diaval memuncungkan mulutnya kearah kayu sakti didalam tangan Ivy. “Kau guna magic baik. Kau hanya ada one shot menggunakan magic tu kearah kebukuran Ivy. membunuh serangga kecil tidak berbaloi.”

“Then apa aku patut buat dekat budak durjana tu?”

Diaval menyentuh bahu Ivy. “You a smart girl. Aku pasti kau dapat fikirkan sesuatu tentang dia.”

Ivy kembungkan pipinya, merajuk dengan penjaganya. “Cakap je lah kau taknak bantu aku.”

Diaval tertawa kecil. “Tak, aku nak kau selesaikan masalah kau sendiri. Aku boleh tolong sedikit kalau kau nak.”

“Fine…” katanya sambil mencebikkan bibirnya. “Carikan aku sejarah tentang Jack dan Jill. Aku perlukan untuk ‘nagotiate’ dengan mereka. terutamanya Jack.”

Diaval tertawa kecil dan mengangguk. “Okay. Mereka akan sampai dalam beberapa minit lagi. kau patut—”

“Turn into a bird.” Ivy menghayunkan tangannya menukar Diaval menjadi burung gagak semula dan berikan senyuman tayang gigi. “I know. Nampaknya aku akan dipindahkan ke bilik lain.”

Beberapa minit kemudian, Ezra dan Penjaga Wing Winter kembali ke bilik mereka dan Ivy diberikan ceramah sebelum subuh oleh Encik Carlos kerana menggunakan magicnya sehingga menghancurkan harta Sekolah. Setelah kena marah sehingga matahari nak terbit, Ivy dan Ezra diarahkan untuk ke kelas seperti biasa sementara Encik Carlos berbincang dengan Penjaga Wing lain tentang bilik untuk mereka berdua.

Ivy dan Ezra terpaksa meminjam baju orang lain kerana baju mereka dah terbakar sekali semasa kebakaran tersebut. Tak Kau Ezra menjerit hampir membekukan Ivy hidup-hidup. nasib baik Hanna dan Apple Red sampai ke bilik mereka tepat pada waktunya untuk menghalang puteri ais itu dari menyerang Ivy.

Tak lama selepas tu Gretel dan Gweneth datang dan terkejut melihat keadaan bilik mereka.

“Babe! Kau nak buat BBQ kat bilik sendiri ke?” Soal Gweneth sambil ketawa terbahak-bahak.

“Nah. Ini baju tergelap aku ada.” Gretel serahkan satu beg pakaian kepada Ivy dengan wajah kurang tidur. “Berani kau suruh gagak kau pecah masuk bilik aku untuk pinjam baju aku je. Kau tahu tak time tu aku baru nak tidur??”

Ivy tersenyum tayang gigi. “Sorry tapi baju kau je aku rasa normal.” Katanya dan melihat isi kandungan beg plastic Gretel. “AKu hidup guna baju ni.” Bisiknya agak lega melihat baju Gretel.

Dia diamkan diri untuk seketika bila dia teringatkan mimpinya. Gretel sebenarnya menyiasat tentang Ivy…. The Believer…

“Oi. Aku tahu baju aku bukan taste kau tapi jangan lah tenung lama sangat!” marah Gretel tapi tidak tinggikan suara. Kang dia kena migraine pagi-pagi.

“Oh-sorry.” Dia tersengih-sengih. Kena berjaga-jaga bila bersama Gretel lepas ni….

Setelah memakai baju milik Gretel—gosh Ivy rasa geli pakai baju orang lain, tambahan pula baju tersebut mempunyai warna terang—Ivy dan yang lain terus pergi ke Academy dengan Ivy ceritakan kenapa Bilik mereka boleh terbakar.

“Mimpi ngeri? Woa…. rumah kau pernah terbakar ke kalau kau dapat mimpi ngeri kat Vicious?” Soal Hanna agak teruja mendengarnya.

“Tak.” Ivy menggeleng. “Ini first time.” Ivy maksudkan ini pertama kali dia dapat mimpi ngeri, tapi biarlah mereka fikir ia tentang kebakaran.

Ivy baru perasan sesuatu… Api yang membakar biliknya berwarna hitam...

Ivy menggeleng secara mental, bukan sekarang untuk fikirkanya. Bukan didepan kawan-kawannya. “Mungkin sebab aku masih baru dengan ‘good magic’ ni, so susah sikit nak kawal. Meh, selepas ni aku kena berhati-hati.”

Ahli sihir muda ini berpaling melihat dada langit melalui tingkap academy. Dahinya berkerut. Ada sesuatu tak kena. Ivy dapat rasakan kelainan pada hari ini. A little bit gloomy atau ia hanya perasaan Ivy?

“Ivy!”

Lamunan Ivy tersentak, dia hampir jatuh terduduk bila Charlotte tetiba menyerangnya dengan pelukan erat.

“Oppfft!—Cherr!” Ivy terbatuk kerana serangan mendadak itu.

Charlotte tersenyum riang, tidak melepaskan pelukannya pada Ivy. “I heard the news!” sahutnya teruja. “Bilik Ivy terbakar kan? Apa kata Ivy tinggal kat bilik Char? Char ada kawan! Dan bilik Char lebih besar! We can play, dress-up party, main pillow fight, evening tea sambil menikmati pemandangan yang sangat—sangat cantik dari tingkap bilik Char! Dan-dan—”

“That’s enough Cherr. Dia ada kelas nak pegi.”

Ivy mendongak melihat Louis datang mendekati mereka dengan senyuman.

I don’t want to see your face anymore…..

Ivy segera memalingkan pandangannya kearah lain selain mata Louis. “Char, aku rasa itu mustahil.”

“ia tak mustahil!” Charlotte tetap berkeras. “Kalau Char pujuk kat Penjaga wing Spring dan abang.. ABANG!” Dia melepaskan Ivy dan memeluk abangnya pula, berikan puppy eyes kepada abangnya. “Please-please-please-Puh-lease~~~~~ bagi Ivy tinggal dengan Charlotte!!”

Oh gosh… dia buat muka merayunya lagi Desis hati Louis cuba mengelak dari termakan dengan muka comel adiknya. “Cherr… lets discuss this later okay? sekarang kamu kena masuk kelas dan kami juga ada kelas nak pergi.”

Charlotte melepaskan abangnya dan mencebik. “nanti petang okay? Char tak kisah, Char nak Ivy juga ke bilik Char.” Katanya menghentak kaki tanda dia serious sebelum memeluk Ivy semula. “See you this evening Ai.” Katanya dengan senyuman sebelum beredar pergi dengan riang. Sempat ‘hmmp’kan abangnya kerana merajuk dengna Louis.

“Nampaknya kau ada beban baru princy.” Gretel merehatkan sikunya pada bahu Ivy sambil tersenyum nakal kerana Putera George yang mengeluh dengan perangai adiknya.

“Looks like it…” Louis memandang kearah mereka dan perasan kelainan pada Ivy. dia kelihatan tidak selesa dengan sentuhan Gretel dan juga mengelakkan pendangannya dari Louis.

Tapi dia lepaskannya untuk waktu itu. “So, sebagai Putera Raja di Kerajaan ni, saya kena soal kamu semua; macam mana study kamu? Everything will go well in the finally exam hujung bulan ni kan?” Soalnya dengan senyuman menawan tapi terdapat nada mengusik dalam ayatnya.

Mereka berempat mengeluh panjang. “Tolong jangan ingatkan aku tentang final axem!” sahut Gretel sakit hati. “Maaf Tuanku, dua tiga hari ni kitorang tak dapat tidur dengan lena kerana late-night-pull-off dan kawan kita sorang ni sampai dapat mimpi ngeri.”

“Gretel.” Tegur Ivy dalam nada berbisik dan menyiku perut Gretel. “Shut. Up.”

Gretel tersenyum nakal. “Don’t be shy baby~ Dia dapat mimpi ngeri teruk sangat sampai tak dapat kawal api kemarahannya. Sebab tu bilik dia terbakar.”

“Gretel!” sahut Ivy dengan muka merah. “Urrgghh! Kalau korang nak malukan aku baik aku blah dari sini.” katanya bergerak pergi dengan menghentak kaki membuat rakan-rakannya tertawa.

Semasa dia lalu sebelah Louis, Ivy sempat dengar Louis berbisik ayat pendek kepadanya; ‘I’m worried’ membuat Ivy agak terkejut tapi tidak menghentikan langkahnya ke Locker.

Dia risau? Dia perasan ke aku dalam masalah sekarang?

Ivy menyentuh dadanya bila dia rasa sesuatu yang dia tidak ingin rasa. Ivy menggeleng kecil. Tak, dia tak boleh macam ni. Dia kena lawan perasaan tu.

Aku kena kuncinya semula… maybe ada jampi lain untuk memastikan ia tidak terbuka lagi… Desis hatinya memikirkan cara untuk mengelakkan diri dari melalukan sesuatu yang akan buat dia menyesal pada kemudian hari.

Bila dia sampai di lockernya, ivy mengeluh sekali lagi kerana dia tahu, sebaik sahaja dia buka lockernya tentu surat-surat cinta akan jatuh bertaburan di kakinya.

Tapi… masalahnya sebaik saja dia buka pintu lockernya, surat cinta yang sepatutnya berlambak dalam lockernya terus lenyap di depan mata Ivy; terbakar dengan sekelip mata dan meninggalkan satu nota terbang ke tangan Ivy.

“you welcome’—Jack.” Ivy meremuk kad tersebut. Geram. Disebabkan lelaki tu dia ada mimpi buruk. Ivy menyesal tidak bunuh lelaki tu dalam mimpinya, sekurang-kurangnya Ivy dapat rasa macam mana dia bunuh lelaki tu. walaupun ia hanya satu mimpi.

Ivy menghempas lockernya yang tidak bersalah itu sehingga ada kesan hentakan pada hujung pintu locker itu selepas mengambil buku dan bergerak pergi ke kelasnya dengan perasaan murung, sakit hati dan berang yang di tahan dalam hati. Tak berang sangat kerana api kemarahannya tidak marak langsung. Ia lebih kepada menjengkelkan.

Sepanjang hari, Mood Ivy sangat Down dan dia seperti menjadi dirinya pada mula dia datang ke Academy. Menyendiri, suka menjeling orang dan memaki sesiapa sahaja yang berani menegurnya.

Dan ini semua kerana dia rasa gelisa. Dia tak tahu kenapa tapi dia tak boleh duduk diam. Pada mulanya dia ingatkan hanya perasaannya sahaja yang udara di sekeliling Academy itu agak janggal tapi seharian dia berada di situ, dia mula rasakan ia bukan perasaannya tapi kenyataan. Di dalam kelas, laluan setiap Wing, Cafeteria… semuat tempat dia pergi mempunyai atmosfera yang sangat gloomy. Sepertinya sesuatu buruk akan terjadi.

Dia dapat rasakannya. Tapi apa? Lets call it a Villain Instinct. Seorang villain dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dan sesuatu yang buruk akan berlaku nanti.

“Arrrgghhhh! This is frustrating!” sahut Ivy keudara membuat Apple Red tertawa menutup mulut dengan sopan.

“Itu mungkin perasaan kau je lah Ai. Kau stress dengan belajar, bilik baru kau dan mimpi ngeri kau tu. aku rasa itu punca utama sour mood kau ni.” Katanya menuding jari kearah bibir itik Ivy. “Aku tak pernah tengok kau se’down macam ni. Kau mimpi apa sebenarnya?”

“Aku mimpi kena pijak.” Jawabnya cepat tapi tidak secara detail.

Apple tertawa kecil. “Sebab tu je ke sampai kau meletup bakar bilik kau sendiri?”

“Would you please stop talking about my room?” soalnya sakit hati sambil memicit-micit dahinya. “Its giving me a headache. I felt bad about it already so don’t rub it in setiap kali Korang ungkit pasal mimpi buruk dan bad mood aku.”

Apple hanya menggeleng, dah biasa dengan nada kasar Ivy. “Anyway, siapa pijak kau? Putera George ke?”

“Jack…”

Langkah Apple Red terhenti. “Jack…. Maksud kau pakwe Jill? Dia pijak kau ke?—”

“Tak-tak bukan itu.” Potong Ivy cemas, matanya meliar keudara seperti dia sedang perhatikan sesuatu yang tiada siapa boleh lihat. “Jack!” jeritnya geram dan berlari bertentangan arah dari mana mereka datang.

Hey Ai—Tunggu!” Apple Red terus mengejar Ivy dan meminta maaf kepada pelajar lain bagi memihak Ivy yang melanggar mereka. “Ivy! kenapa ni?!”

Ivy berdecit. “Dia dah buat Hal.” Katanya dengan nada rendah hampir buat Apple Red tak dengar.

Mereka berlari ke Wing C dan terus ke jambatan Academy di mana ramai pelajar berkumpul memandang kearah menara Pengetua Merlin. Apple Red termengah-mengah kerana penat berlari dan agak terkejut melihat Pelajar Academy sedang berkumpul dijambatan, memandang ke bawah.

“Apa dah jadi—Oh my star…” Dia juga perasan terdapat pelajar di tingkap Wing C di setiap tingkat dan juga beberapa pelajar di bawah. “Ivy?”

Ivy mengendahkan panggilan kawannya itu dan kembali berlari masuk ke dalam wing C untuk turun ke bawah untuk melihatnya dengan lebih jelas.

“Move it—” Arah Ivy kepada pelajar yang berada di depan pintu belakang Wing C dan Berjaya berada di depan menara Pengetua Merlin. Matanya terbeliak bulat bila dia lihat siapa yang berada di depan menara tersebut, berlutut dan terikat di hadapan the Great Wizard Merlin.

Hansel….

Jill menarik tali yang mengikat Hansel membuat dia berlutut di atas tanah. “Pengetua Merlin! Saya jumpa dia berkeliaran di hutan Mahligai semasa saya pergi buat assignment bersama pixie-pixie.” Katanya sedikit hilang nafas kerana berusaha menarik lelaki itu ke Academy dengan bantuan tiga Pixie haiwan yang juga berehat di bahu Jill. Penat.

“Dia nampak mencurigakan sebab semasa saya tegur dia, dia terus melarikan diri.” katannya lagi. “Jadi… saya dan pixie-pixie haiwan mengambil keputusan untuk menangkapnya.”

“Tanpa bantuan?” Soal Wizard Merlin sambil mengusap janggutnya.

“S-Saya minta maaf sebab bertindak sendirian tapi… dia ni…” Jill jatuhkan pandangannya kearah Hansel dan menelan air liur sekali. “Dia… sepertinya bukan dari Kerajaan Camelot dan dia tiada kebenaran masuk ke hutan Mahligai.”

Pengetua Merlin menggagguk faham, dia berjalan mendekati lelaki yang tundukkan diri itu. “Hansel….”

Hanya dengan menyebut nama Hansel membuat semua pelajar yang memandang berbisik sesama sendiri tentang lelaki itu.

‘Hansel? Abang Gretel ke?’

‘Bukannya dia dah mati ke?’

‘tak! aku dengar dia dipenjarakan sebab kesalahan yang tidak diketahui.’

‘Eh? Bukan dia dibunuh 10 tahun lalu ke? pembunuh yang sama yang membunuh Fairy Fauna?’

Hansel mendongak melihat The Great Wizard Merlin. Tidak berkata apa-apa, menunggu ahli sihir tua itu untuk bersuara.

“Macam mana kamu boleh melepasi Pagar tu?” soalnya dengan tenang tapi menimbulkan lagi persoalan kepada pelajar Academynya.

Hansel menelan air liur kelat. “S-saya—”

“Hansel!”

“Gretel!” Hansel ingin berdiri tapi Jill menarik tali ikatnya membuat dia jatuh mencium tanah. Dia hanya boleh melihat Gretel ditahan oleh pengajar the three musketeers sambil meronta-ronta.

“Let go of me!—Abang!” Gretel terkejut melihat abangnya jatuh keatas tanah dan menjeling kearah Jill. “You idiot! Lepaskan abang aku!”

“I can’t do that.” Kata Jill sambil menggeleng. “Dia sepatutnya dah mati. Kenapa dia tiba-tiba muncul pula? Kau sembunyikan dia ke?—”

“No!” Gretel memotong, masih bergelut untuk melepaskan diri. “Dia tak pernah mati dia—”

“Dia berada di tanah Vicious.” Pengetua Merlin bersuara membuat mereka memandang kearah lelaki tua itu. “It’s rather a complicated story.” Katanya dengan keluhan.

Hansel terus tundukkan diri takut untuk bertentangan mata dengan Ahli sihir hebat itu. Sekarang dia dalam ketakutan, dia terserempak dengan Jill di dalam hutan Mahligai dan pandang rendah dengan kebolehannya untuk menangkap Hansel. Dia ada bantuan dari 3 pixie haiwan! Dah tentu Hansel tidak boleh bersembunyi bila haiwan dalam Hutan Mahligai bekerjasama untuk membantu Jill mencari dia.

Damn…. Apa patut dia buat sekarang? Dia tak boleh beritahu Pengetua Merlin tentang Ivy menolongnya. Ivy akan dalam bahaya nanti. Gretel juga dalam bahaya. Mereka akan dibuang ke Vicious semula. termasuk Gretel.

Ivy akan kena hukum oleh Maleficent… Hansel menelan air liur kelat, dia tidak dapat bayangkan apa ahli sihir jahat itu akan buat kepada anaknya sendiri bila mengetahui Ivy telah menghampakan dia sekali lagi.

“Hansel… angkat kepala kamu.” Pengetua Merlin mengarah dengan suara tenang tapi kedengaran sedikit tegas membuat Hansel akur. “Tell me boy, macam mana kamu boleh melepasi tembok sempadan itu?”

Hansel menelan air liur kelat. Dia sempat memandang kearah Adiknya dan juga pelajar yang sedang memerhatikan mereka dari pintu dan tingkap academy dari setiap tingkat. “Saya—”

“Ia salah saya Pengetua.” Hansel memandang kearah Gretel, terkejut mendengar pengakuan adiknya. “Saya guna Black magic untuk bawa Hansel ke hutan Mahligai. Kami dah berjumpa beberapa kali sebelum ni kerana saya menggunakan black magic untuk membuka portal ke—”

“Gretel!” Hansel menjerit, menyuruh adiknya diam. “Tuan, dia tak tahu apa-apa tentang ni. Semua ini salah saya. saya hanya nak jumpa dengan Gretel sekali je untuk tahu macam mana keadaannya tapi.. tapi saya terbawa-bawa dan sentiasa berjumpa dengannya sampai sekarang.”

“Abang!” sahut Gretel menahan tangisannya. “Tolong jangan bela aku!”

“Aku tak bela sesiapa!”

“Enough!” Pengetua Merlin mengetuk tongkatnya di tanah membuat angin kuat datang darinya meniup dengan kencang hampir buat mereka semua terlontar tapi mereka telah tutup mulut.

“Saya hanya nak kebenaran.” Katanya dengan tegas kali ini dia tidak sembunyikan lagi perasaannya dengan ketenangan. Merenung kearah Hansel, kurang sabar dengan lelaki muda di hadapannya ini. “Bukan pergaduhan bela-membela. Tell me the truth.”

Hansel kembali tertunduk. Menggeletar satu badan tidak tahu nak cakap apa sekarang. Mencari alasan lain atau beritahu cerita yang sebenar kepada ahli sihir hebat ini.

Jangan khianati Ivy…. dia dah bersusah payah datang ke sini dan belajar menjadi baik. Kalau beritahu ini semua rancangan Ivy tentu dia terus dibuang Acedemy dengan serta merta. Segala usahanya menjadi sia-sia dan sebaik sahaja dia kembali ke Vicious… Dia akan berdepan dengan Penjahat terulung. Jack Skellington, Snow white stepmother, Jaafar, Maleficent…. She'll be dead for sure.

Hansel menarik nafas dalam. cuba tenangkan mindanya dan memikirkan alasan baru. mengaturkan dengan penuh berhati-hati supaya ia kedengaran meyakinkan.

“Baiklah..” Hansel mengangguk kecil, kembali memandang Pengetua Merlin. “Sebenarnya ini semua salah—”

“That enough Hansel. Kau tak perlu nak cari alasan untuk bela aku lagi.”

Hansel berpaling kearah Ivy yang keluar dari kalangan pelajar academy dengan wajah yang tidak dapat dibaca. Dia melihat Ivy meletakkan sesuatu dalam poketnya dan burung gagak hitam datang berehat di bahunya.

“Ivy…”

“Cik Ivy.”
>X<

~To be Continue~


 (A/N: Berhuhuhu kita bersama-sama!! Kali ni chapter agak gloomy dari biasa. Nampaknya suspen dalam cerita ni makin menjadi-jadi! See you in the next chappy ^3^ *hug&kisses*)

Comments

  1. ohhhh noooooo....too much suspennn...plsss..aaaaaaaaaarrrrr....angah u gonna b litle devil like ivy haaa..... u make me stressssss....haaaa stresss sb tetibe the story....>to be continue< ...... aaaahhhhhhhhh i cannot believe it..... cepat sambunggg angah......im totally crazy rite now.... huhuhuhuhu save me save me.... meroyan mak jemahhhhh
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  2. Kembar malifiecientFebruary 14, 2016 4:55 pm

    Arrgggghhhhhhh!!!!!!!!!stressssssnya!!!!!!stress homework sejarah tk habis lagi..angah dh tmbh stress baru!! Its will be a worst nightmare for me..hopefully kM ni tk bakar bedroom sdiri..hahaha..cepat smbung plisss~~~

    ReplyDelete
  3. angah please smbung citer ni......................please please please....!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts