Fifth F.A.T.E

the Lost Heart

Di sebuah rumah kecil, jauh di hujung Kerajaan Camelot terdapat satu kejadian yang agak pelik berlaku tapi kejadian itu sering terjadi sejak kebelakangan ini. sekarang dua orang anak muda berada di rumah tersebut untuk menyiasat kejadian misteri tersebut.

Seoang wanita pertengahan tahun sedang menangis teresak-esak di tepi katil dimana suaminya terlentar tidak akan sedarkan diri lagi.

Seorang lelaki datang mendekati wanita tua itu dan menutup wajah suaminya dengan kain putih sebelum memberikan segelas air kosong kepada si isteri. “Puan, saya minta maaf atas kehilangan Puan.”

Si isteri mendongak melihat Hansel berpakaian formal berwarna biru dan menerima gelas tersebut dari tangannya. “Thank you. Saya tak sangka Suami saya akan pergi secara tiba-tiba macam ni…. Saya…. dia berkelakuan pelik beberapa minggu ni saya ingatkan dia hanya stress dengan kerjanya tapi… saya tak tahu dia sakit… saya patut berikan tumpuan kepadanya lebih dari memarahi dia kerana berkelakuan seperti itu.” Dia kembali menutup mukanya, menangis dan rasa bersalah keatas mangkat suaminya. “I thought he was cheating on me… but… but…”

“He was.” Seorang perempuan yang merupakan rakan sekerja Hansel bersuara dengan nada slamber. Dia menurunkan patung hiasan dalam bilik itu dan memalingkan kepala memandang si isteri yang terkejut. “Puan, kami sedang menyiasat satu kes yang sering berlaku di Camelot beberapa bulan ini dan saya harap Puan dapat bekerjasama dengan kami.” Dia bercakap straight to the point dan tidak menenangkan si isteri itu langsung. “Beritahu kami perangai pelik yang Puan maksud kan tu. Adakah dia selalu lost in thought, marah-marah dan kelihatan seperti orang hilang arah?”

Si Isteri itu mengangguk kecil. “macam mana kamu tahu?”

Hansel dan perempuan itu saling berpandangan. Mungkin kah?

“Puan, semasa Suami Puan masih hidup.. ada tak sesiapa datang ke rumah Puan? Or maybe kenalan baru Suami Puan yang Puan syaki?”

Si ister berfikir untuk seketika sebelum menggeleng. “Maaf. Suami saya seorang kontraktor, dan dia kenal ramai orang sehingga saya tak dapat cam samada ia kawan atau clientnya—kamu nak kata dia ada hubungan sulit dengan salah satu dari mereka?”

Ini buat Hansel mengeluh panjang. Nampaknya penjenayah tu pandai cari mangsa, susah nak cari dia kalau lelaki ni terlalu banyak kenalan. It takes forever untuk cari penjenayah itu dalam kalangan kenalan mangsa.

“Macam mana pula dengan perubahan fizikal Suami Tuan?” Soal perempuan itu. “Maybe luka? Tanda? Sebarang kesan?”

“There is.” Jawab isteri itu membuat mereka berdua saling berpandangan sekali lagi. “You see, beberapa hari ini saya baru perasan dia ada buat tattoo—”

“Boleh kami melihatnya?” Hansel terus memotong ayat perempuan itu.

Si isteri mengangguk keci. Dia bergerak ke tepi suaminya dan membuka butang baju mayat tersebut untuk menunjukkan sebuah tatu pada dadanya. “Saya tak tahu apa maksud symbol ni. Saya rasa dia telah masuk kumpulan resistance or something…. Adakah ia ada kena mengena dengan hubungan sulitnya?”


Dahi Hansel berkerut. Betul tekaan mereka, lelaki ini adalah salah satu lagi mangsa kepada penjenayah itu. Nampaknya mereka dah terlambat dan satu lagi hati telah di makan.

Inilah masalah yang telah berlaku di Camelot, hati rakyat telah hilang secara misteri dan meninggalkan symbol tersebut sebagai bukti yang mereka mati kerana kehilangan hati.

Rakan kerja Hansel menyentuh bahu si isteri dengan lembut. “Puan, saya rasa tiada gunanya lagi untuk fikirkan mereka yang telah mati. Lebih baik kita lupakan perkara ni dan biarkan suami Puan pergi dengan aman.”

“Ouh…” si Isteri itu berikan senyuman pahit dengan anggukan. “I supposed you’re right tapi kamu akan cari punca kenapa Suami saya mati kan?”

Partner Hansel mengangguk. “We will do everything we can do to help you. So, Puan boleh bertenang dan kebumikan Suami Puan. kami akan kembali jika ada perkembangan tentang kess ni.” Katanya membuat si isteri mengangguk.

“Baiklah. kita patut pergi dan laporkan pada Mastermind. Puan, we will take our leave now. Take care.” Hansel tunduk kecil kepada si isteri itu dan bergerak pergi bersama partnernya keluar dari tempat tersebut.

sebaik sahaja mereka melangkah keluar, batu biru yang tergantung di leher mereka bercahaya tanda dia sedang memadam sebarang jejak mereka di rumah tersebut. sepertinya mereka tidak pernah datang ke rumah itu dan berjumpa dengan mangsa.

“This thing come in handy.” Hansel menyentuh rantainya dengan senyuman nakal. “No wonder tiada siapa pernah tahu tentang The Believers, and this formal attire rocks!” sahutnya menyukai baju formal The Believers.

                         (Male Uniform)                                  (Female Uniform)

“Dah tentu, kalau mereka dapat tahu… pasti penjenayah itu juga akan tahu tentang kewujudan kita. Apapun, nampaknya kita dah terlambat sekali lagi. penjenayah tu bertindak dahulu sebelum kita sempat menangkapnya.” Partnernya mengeluh kecil, wajahnya sentiasa tidak tunjukkan banyak emosi.

“Relaks Juvairah. Muka kau tambah tua kalau kau serious sangat—”

Partnernya, Juvairah menarik collar uniform Hansel, memberi amaran kepada lelaki muda itu. “You can’t play around in this mission, cadet. Banyak nyawa tak bersalah akan terkorban jika kita asyik leka tentang perkara ni. You should know better bila kau berada di Vicious.” Juvairah melepaskan Hansel dan kembali berjalan. “Macam mana dengan misi kau menjaga young Villain tu?”

Hansel memperbetulkan bajunya sebelum mengangkat bahu slamber. “Goes pretty well. Although, baru-baru ni tangan dia cedera terkena kaca. Sekarang dia tak dapat nak buat apa-apa sebab yang tercedera ialah tangan dominantnya.”

“So kau kena suap dia makan?” Soal Juvairah dengan senyuman sinis terukir di hujung bibirnya. “Kami semua terfikir, kau dengan Young Villain tu agak rapat dari korang berdua di Vicious lagi. sehingga korang ada sejarah tersendiri.” Hansel hanya tersengih-sengih dengan komen tersebut. “Kau rasa young villain tu masih ada perasaan kat kau ke?”

Hansel menggeleng kecil. “Aku tak rasa macam tu. hubungan kami hanya cinta monyet.”

“Tapi melihat dari perwatakannya dengan kamu berdua…. She really trusted you.” Katanya membuat Hansel menjungkit kening. “Boleh tahan untuk seorang budak. Memanipulasikan young villain untuk buat dia fikir yang korang seorang kawan sedangkan korang hanya sedang menjalani misi memantau young villain tu.” Juvairah menepuk bahu Hansel. “Good work cadet. Keep up deceiving her and we’ll beable to control her completely. Memandangkan dia dah digari seperti banduan..”

Senyuman Hansel pudar dari bibirnya mendengar ayat partnernya yang lebih tua itu. Manipulasikan Ivy… mempergunakan Ivy…. mengawal Ivy…. Dia seperti banduan di mata The Believers dan orang Enchanted… semua ni buat Hansel rasa bersalah terhadap ahli sihir muda itu. Kalau dia tahu tentu dia akan terluka sekali lagi. setelah kebebasannya dirampas dari Vicious dan juga magicnya di tahan oleh Enchanted… kalau dia tahu kepercayaannya juga dipermainkan… pasti Ivy akan bersedih sekali lagi. Or maybe worst….

Dan terbayangkan Ivy menangis teresak-esak seperti itu membuat dadanya sakit. Dia taknak melihat Ivy menangis lagi apatah lagi dia yang punca kesedihan Ivy.

What kind of friend am my? Layak kah aku menjadi kawan Ivy?

“Hans! Apa kau buat tu?”

Hansel tersentak dari lamunannya dan memadnang Juvairah yang berada jauh di hadapannya. “Oh nothing!” dia berlari anak untuk ke sisi perempuan itu semula. “Saya hanya fikirkan Gretel.” Tipu… kalau Hansel beritahu yang dia sebenarnya ambil berat dekat Ivy tentu Juuvairah musykil terhadapnya.

“Oh ya. adik kamu menyiasat sumpahan Enchanted tu dengan Prof. Sharp kan?”Hansel mengangguk kecil. “Huh…. Korang berdua agak menakjubkan. Walaupun misi korang agak merbahaya, menjaga Ivy tapi korang tetap mengambil risiko untuk menolong kami tentang kess ni.”

Hansel hanya memberikan senyuman halus sebelum ia lenyap di bawa angin sejuk. Mindanya masih memikirkan tentang Ivy. tentang macam mana kalau rahsianya terbongkar pada Ivy? Adakah Ivy akan maafkan dia? atau akan membenci dia?

Ini buat dada Hansel bertambah sakit, sempit seperti tiada lagi ruang untuknya mengambil nafas baru.

.


.

Aaaaaaaahhhhhhh!!!!!!!!”

Jeritan seorang ahli sihir muda bergema di dalam biliknya dan boleh dedengari oleh orang yang berada 10 meter radius dari rumah itu.

Kenapa ivy tetiba menjerit ni?

Ini kerana sebaik sahaja dia bangun dari tidur, perkara pertama dia lihat ialah tumbuhan hijau muncul secara magic di dalam biliknya. Di atas mejanya, atas almari, tepi katil, di sil tingkap dan juga bergantung di atas siling. Dimana-mana sahaja dia lihat past ada pasu bunga kecil terjuntai dan terlentar di dalam biliknya. Bukan itu sahaja, terdapat lubang empat segi baru yang telah dikacakan di tengah-tengah siling biliknya juga! Ia membenarkan bilik Ivy mendapat lebih banyak cahaya matahari dan ia terpancar tepat pada mukanya.

Pendek kata, biliknya seperti bilik mahligai yang tersangat vintage.

“Who did thi—Diaval!!”

Kedengaran derapan tapak kaki turun dari tingkat atas dan ia berhenti di kaki tangga sebelum jeritan nyaring berlaku sekali lagi.

Diaval; burung gagak yang berada di meja kopi ruang tamu, sedang bermain catur hanya menggelengkan kepala mendengar riaksi anak jagaannya bila dia melihat keadaan rumah itu.

“What the Hell….”Mata Ivy terbeliak bulat melihat keadaan ruang tamu itu. Ia juga telah diubah suai sepenuhnya seperti musim bunga telah tiba hanya di dalam rumah tersebut. penuh dengan pasu bunga di atas perabot dan juga tergantung diatas siling. Tambahan pula bilik tersebut tiada atmosfera musim sejuk langsung! Cahaya matahari masuk kedalam rumah itu dari setiap tingkap, memanaskan rumah tersebut dengan semula jadi tanpa menggunakan tempat api.

Segala persoalan didalam otak Ivy terjawab bila dia dengar bunyi deringan loceng bergema diseluruh rumah itu.

Mata Ivy jatuh kearah rakan pemain catur burung gagaknya dan segera menghentak kaki menuju ke meja kopi di tengah-tengah ruang tamu. Dia terus menangkap seekor pixie haiwan kedalam genggamannya. “Alright…. Listen here you perry-winkle. Aku tak tahu kenapa kau tiba-tiba datang ke sini, mungkin sebab kerja kau jaga haiwan ni atau kau semamangnya saja nak buat aku naik gila tapi Kali ini aku boleh sakiti kau.” Bisiknya pada ayat terakhir dan juga lima lagi pixie datang mendekatinya, berdering menyuruh Ivy untuk lepaskan rakan mereka.

Sementara itu dalam bahasa Pixie;

Fawn; si pixie haiwan bergelut dari tangan Ivy cuba melepaskan diri dari ahli sihir muda itu tapi tidak lut. “Korang! Help!!”

Pixie-pixie lain pula cuba menolong dengna menarik rambut dan jari Ivy tapi apakan daya? Mereka hanyalah pixie kecil. Tidak sekuat seorang manusia.

“She’s not letting go!” sahut Irridessa si pixie Cahaya, cemas melihat Fawn.

“Sekarang kita bukan di academy lagi jadi tiada siapa akan tahu apa jadi dekat kau. Termasuk kawan-kawan kau ni.” Ivy tersenyum sinis sambil menjeling kearah pixie yang lain membuat makhluk kecil ini cuak habis.

“Tink, Think!” Vidia menjerit kearah Tinkerbell.

Tinkerbell yang dari tadi memikir akhirnya memetik jari. “Oh-OH! Surat! Surat Merlin!” katanya dan dia bersama dua lagi pixie terbang ke dapur.

Kembali pada Ivy;

“This time I’ll tear your wings to pieces—” Ayat Ivy tertangguh bila seutus surat terpampang didepan mukanya membuat dia menjeling kearah tinkerbell. “Apa ni?” Dia merampas surat tersebut dan melepaskan Fawn sebelum membukanya.

Dear Student Ivy the Devil,

I have send this pixies as your Guardian for the whole semester break. This is only for your safety by evade you any injuries while you adapt to your ‘genie bracelet.

They will… Bla… bla…bla… bla… bla

Bla…

Bla…

Bla…

Ordered and sincered by;
The Great Wizard Merlin and The Enchanted’s Kings and Queens.

P/S: Please cooperate with them so you beable to live a peacefull break without injuring yourselves again or exploding like a volcano.

P/P/S: Whatever you do, DO NOT kill those pixies or you’ll be expelled for murdering mystic creature and Gracious Academy’s Staff. I mean it young Lady, hands off.

–Truly added Principal Merlin-

Kening kanan Ivy terjungkit-jungkit membaca P/S dan P/P/S dari Mentornya. Boleh ke letak nota tambahan dalam surat rasmi diraja??? Lebih penting… mereka hantar enam pixie jahanam ni untuk pantau aku??

“You've got to be kidding me..” Dia menepuk dahinya dengan keluhan fed up sebelum memandang kearah si burung gagak yang slamberkan diri di atas papan catur. “Kau dah tahu pasal ni dari awal lagi kan? sebab tu kau tak bagi riaksi bila aku nak electrify pixie binatang ni?”

Pixie Haiwan itu terbang mendekati Ivy sambil berdering dengan kuat tanda dia sedang marahkan ahli sihir muda itu.

Ivy segera mengipas mukanya, jauhkan diri dari lalat-lalat betina yang menjengkelkan dan membelakangkan diri sambil mengangkat kedua tangan. “Oh shush you lots. Aku tiada masa nak layan korang berenam sepanjang cuti ni. So, korang buat kerja korang sementara aku buat kerja aku sendiri. So both of us takkan bergaduh dan saling meinginkan bunuh sesama sendiri.” Ivy tersenyum dan berubah ke renungan maut. “So, Bug off.” Dia beri amaran sebelum menghentak kaki naik ke tingkat atas semula.

“Dan Irridesa! Kurangkan cahaya dalam rumah ni!” sempat lagi dia menjerit sebelum bunyi hentakan pintu yang kuat bergema di seluruh rumah itu.

Keenam-enam pixie ini saling berpandangan sebelum berkumpul membuat satu bulatan. Perbincangan Pixie bermula.

“So, Pengetua Merlin dah suruh kita perhatikan dia kan? tu je kan? sebab aku rasa itu je.” Rosetta, pixie kebun bercakap dengan bahu ternaik. Cuak. “Sebab dia akan bunuh kita kalau kita buat dia berang lagi.”

“Nonsense. Dia takda magic untuk sakiti kita—”

“Tapi dia ada tangan.” Fawn memotong ayat Vidia. “Dia boleh lenyek kita macam kerengga kalau dia nak.” Dia sempat menepuk tangannya sebelum buat demonstrasi melenyek pada tangannya.

“I told you kita tak patut ubah suai rumah ni. Tengok apa dah jadi!” Irridessa depakan tangan keudara dengan gementar. “Sekarang nyawa kita dalam bahaya!”

“Tapi kita tak boleh hidup dalam cuaca sejuk…” Silvermist bercakap dengan suara lembut.

“Lagipun, dia tak boleh cederakan kita. Remember?” Vidia tambah lagi dengan kedua penumbuk di pinggul.

Tinkerbell pula sedang mengusap dagunya sambil memikir. “Hmmm… tapi kita dah diarahkan untuk ‘perbaiki’ Ivy. Dia tak boleh berkurung dalam bilik je sepanjang cuti ni. Entah apa dia buat di dalam tu. We need to keep her busy.” Katanya dengan yakin sambil menumbuk tapak tangannya.

“Errr…. Sorry to destroy your motivation but… Hellooo~ Dia bencikan kita. Dia dah bagi amaran untuk tak ganggu ketenteramannya.”

Tinkerbell mencebik. Dia benci bila pixie angin tu betul. “Yeah… dia mungkin tak boleh bunuh kita tapi dia takkan teragak-agak menyeksa kita.”

“Welp!” Irridessa mengangkat tangan. “I’m outta here. Bye-bye!” Katanya dan terbang pergi tapi Vidia yang terbang lebih laju darinya menangkap kaki Irridessa dan menariknya semula ke dalam kumpulan perbincangan itu.

“Aku taknak kena seksa oleh dia! kenapa kita kena buat benda ni sedangkan kita makhluk paling lemah, kecil dan tidak bermaya dalam Academy ni!” Rosetta meletakkan tangan di dahi secara dramatic dan jatuh ke tangan Silvermist. “This is a death wish!”

Diaval menyahut menarik perhatian mereka dan Fawn mendekati burung gagak itu. “What is it boy?” Fawn mengangguk-angguk sambil mendengar burung gagak itu bercakap padanya manakala kawannya hanya menggaru kepala tidak faham. “Oh, so…. How?”

Burung gagak itu terbang ke dapur untuk sementara waktu sebelum kembali kepada pixie-pixie itu, memberikan sehelai kertas yang agak panjang kepada mereka.

“Apa bendanya tu?” Soal Vidia mendekati kawan pixie haiwannya.

“Groceries?” Soal Fawn membuat Diaval mengangguk dengan sahutan kecil.

“Groceries???” Rosetta menggeleng laju sambil memeluk tubuh. “Jangan cakap kita nak buat groceries nenek sihir tu. Nu-uh… NOT EVA!”

Silvermist juga murung. “Lagipun kita takda duit untuk beli semua barang tu.”

Diaval terbang keatas tempat api dimana seuncang duit ditinggalkan oleh Hansel dan Gretel. Dia menyahut kepada Fawn membuat pixie haiwan itu mengangguk dengan senyuman besar. “This is perfect! Kita boleh buat kerja Ivy untuk berbaik dengna dia dan—”

“Kenapa kita kena berbaik dengan dia pulak?” Tinkerbell menyampuk.

Diaval menyahut dengan marah membuat Fawn mengangguk. Dia menjadi translator burung gagak itu. “Dia kata; kita selalu kenakan dia setiap kali kita pantau dia Di perpustakaan dan suka sangat sakitkan hati dia so…. Ia salah kita juga sebab buat dia bencikan kita—”

“Itu sebab dia tu villain—”

“Yang tidak pernah buat jahat kecuali sekali kat museum tu je.” Fawn translatekan bahasa burung itu bila Diaval memotong ayat Irridessa. “Plus, Pengetua sendiri kata bukan Ivy yang curi kayu sakti tu kan? means, it partly our fault dan kita kenakan dia sebab kita bosan.” Kali ini Fawn bercakap bukan menterjemahkan bahasa Diaval. “Come on guys, burung ni betul. Kalau kita nak sayap kita selamat, kita kena berbaik dengna dia.”

“Bagi sebab lain kenapa kitorang kena berbaik dengan dia.” Rosetta tetap berkeras.

“Kita stuck dengan dia selama 3 bulan…” katanya membuat yang lain memandang kearah Rosetta. Itu dah bukti kukuh kenapa mereka perlu bebaik. “Dan kita kena sibukkan dia kerana itu arahan dari The Great Wizard Merlin dan The Royal Faries.”

Ini buat Rosetta mengeluh panjang. “Alright! Tapi aku takkan bawak barang-barang dia Langsung! Aku baru je hias kuku aku tadi pagi.” Rungutnya sambil tunjukkan kukunya kepada mereka.

Sementara itu di tingkat atas; Ivy menghempas punggungnya di atas katil sambil memeluk tubuh. Urrrgggghhh!! Asal lah mereka berenam tu jadi guardian aku? Siapa pilih mereka untuk jaga aku selama 3 bulan ni? Kalau sehari dua takpe lah ini 3 bulan! 55 hari secara detail!!

Ivy rebahkan badannya di atas katil, masih lagi memeluk tubuh dan perhatikan tingkap siling yang telah dibina oleh pixie tukang itu. Entah macam mana mereka boleh bina tanpa bangunkan Ivy—ahli sihir itu agak kagum tapi lebih sakit hati kerana buat biliknya lebih terang dari sebelumnya.

Plus… Kenapa Ivy perlukan seorang Guardian lagi? Dia dah ada Diaval jadi penjaganya, dia taknak sesiapa lagi selain burung gagak tu. Enam pixie lebih menyusahkan dari seekor burung gagak yang mempunyai mulut burung tiung.

Mata Ivy mula rasa berat dan dia menguap tanpa menutup mulut. Membuka mulut seluas yang dia nak; so unlady-like. Selalunya pada hari cuti seperti ini Ivy takkan bangun seawal ini—sekarang waktu tengahari—dia akan bangun lewat dekat nak petang kerana pada hari cuti lah masa dia dan katilnya bermesra-mesraan. Mengeratkan silaturahim bersama cadar, bantal dan selimutnya. Pelukan yang hangat dari selimut itu, urutan kepala dari bantalnya dan ranjang yang empuk umpama marshmellow, menelan badan Ivy kedalam dunia mimpi.

Tanpa dia sedari, ivy dah pun tertidur dengan lena. Kembali tidak sedarkan diri didalam dunia reality dan pergi ke alam mimpi yang kosong. Tapi menenangkan.

Ivy baru je nak naik ke dalam perahu ditepi sungai bintang dan berakit ke hujung tasik tersebut di mana air terjun impian membawa Ivy ke tempat hatinya ingin berada tapi….

Dia ditarik oleh tangan-tangan reality membangunkan dia tidur. ketukan kecil dan loceng menjengkelkan boleh didengar dari sebalik pintu biliknya punca dia terbangun.

Ivy mengeluh. “Apa mereka nak lagi ni?” Dia bangun dan menghentak kaki beberapa langkah sebelum membuka pintunya dengan kasar. “What???

Enam pixie dan seekor burung gagak kelihatan di pandangan matanya Cuma, Diaval berada railing tangga manakala enam pixie menjengkelkan itu berada di depan pintu biliknya sambil mengangkat sebakul barang dapur.

Ivy menjungkit kening bila Fawn memberikan senarai grocery kepada Ivy. “Korang beli ni untuk aku?”

Mereka mengangguk dengan senyuman lebar—kecuali Rosetta yang tak angkat apa-apa langsung, hanya memeluk tubuh sambil mengangkat hidungnya ke udara enggan memandang ahli sihir itu.

Ivy menjeling kearah Diaval. Tahu sangat ini pasti rancangan burung gagak ni, dan pastinya nak Ivy berbaik juga dengan pixie-pixie didepannya ini.

Dia kerutkan hidungnya tanda dia tak seberapa suka rancangan ‘berbaik’ Diaval ni. Dia lebih sukakan mereka bermusuhan supaya enam pixie tak ganggu Ivy buat kerjanya sendiri. (Itupun kalau dia ada kerja sepanjang 3 bulan itu.)

Well, dia ada palan nak jadi ala-ala Rapunzel pada cuti semester itu. Memasak, kemas rumah, melukis, main catur, buat lilin, belajar menari, membaca buku, sikat, sikat, sikat, sikat, sikat, dan sikat rambut dia sepanjang hari.

Lock in a boring house… just like Rapunzel.

“So korang nak berbaik dengan aku?” Soalnya melihat mereka mengangguk dengan loceng kecil berdering serentak. “Fine. Lebih banyak Pascal tak salah.” Katanya membuat enam pixie itu kebuntuan dan Diaval hanya tergelak kecil dengan gelengan.

Ivy pula tersenyum nakal melihat burung gagak itu ketawa dan memandang penjaga barunya. “Come now. Aku rancang ni hari nak belajar buat Pie Apple. Korang boleh tolong aku buat pie. Ia mungkin mengurangkan keberangkalian dapur dari meletup.” Ivy mengambil bakul barang dapur dari mereka dan turun ke bawah. Dia sempat depakan tangan untuk Diaval berpindah ke bahunya sebelum turun ke bawah.

Dalam bahasa Pixie;

“Uggghhh I can’t believe kita kena tolong dia letupkan dapur!” Rosetta merungut tapi tetap mengikut rakan-rakannya terbang turun ke dapur.

Vidia mengangkat bahu dengan senyuman gembira. “Aku tak tahu tentang korang but I actually looking forward to cook with her.”

Mereka terus memandang kearah Vidia dengan riaksi terkejut. “Really?”

“Hey, Bagi aku Ivy tu Cool okay? korang je tu yang suka kenakan Ivy.” katanya terbang lebih laju kehadapan meninggalkan rakan-rakannya saling berpandangan. Tak percaya apa yang mereka dengar dari mulut pixie angin itu.

Mereka berenam tiba di dapur dan mendapati Ivy telah pun mengeluarkan bahan-bahan yang perlu untuk membuat Pie Applenya. Ada sesuatu yang buat mereka kecut perut bila melihat Ivy memasak; Iaitu ekspressi wajah ahli sihir tu bila dia menggaul cecair berwarna hijau di dalam periuk, di atas pemanas api itu.

Dia kelihatan seperti Ibu tiri Snow white!

Ivy terdengar deringan loceng kecil dan berpaling kearah pintu dapur dengan senyuman nakal. “Care to join?”

Irridessa rasa macam nak pitam melihat senyuman yang menakutkan itu. Nasib baik Fawn dan tinkerbell sempat sambut pixie cahaya itu dari terhempap di atas lantai.

Vidia pula terbang ke sebelah Ivy dan tanya; “Kau masak apa ni?” sambil menuding kearah cecair hijau tersebut.

Ivy hanya dapat dengar deringan loceng keluar dari mulut pixie angin itu dan melihat tangannya yang menuding. “inti Apple Pie. Aku lebih suka buat apple hijau dari merah.” Katanya sambung menggaul. “I don’t really like red.”

Vidia mengangguk dengan satu deringan membuat Ivy memandang kearah pixie itu semula. “Kalau korang nak tolong, apa kata sediakan dough untuk pie ni? Ini hari kita akan masak pie apple mengikut resipi aku.” Katanya dengan senyuman manis tapi pixie-pixie ini menelan sir liur tiga kali. Resipi Ivy? maksudnya cara Vicious? Tak dapat mereka bayangkan macam mana bentuk pie orang Vicious buat….

Mereka memandang sesama sendiri sebelum kearah Vidia yang salute kepada Ivy tanda dia mengikut perintah dan terbang kearah kaunter dapur dimana tepung dan bahan-bahan lain telah di sediakan.

Lima pixie ini lagi mendekat Vidia dengan perasaan takut.

“Kau tak rasa ke dia buat pie racun?” Soal Rosetta melihat Vidia mengeluarkan dua biji telur keluar dari bakul grocery ke dalam mangkuk sederhana besar.

“Kenapa kau nampak gembira semacam hah?” Irridessa pula bersuara kerana vidia berdengung dengan riang sambil memecahkan telur tersebut dengan senduk sebelum membuang telur itu ke tong sampah.

“Sebab… aku nak tengok hasil pie Ivy.” katanya menggunakan kebelohen memanipulasikan angin untuk pecahkan lagi satu biji telur. “lagipun, kita diarahkan untuk menjaga dan memantau dia. bukan mengacau gangguan hariannya. Kalau dia buat pie racun, kita ada untuk menghalangnya.” Vidia memandang rakan-rakannya. “Girls, aku tak dapat nak buat semua ni sendiri. Korang nak berbaik dengan dia ke atau nak jadi penonton??”

Diaval yang berada di bahu Ivy, menoleh kebelakang melihat enam pixie itu menolong Ivy membuat dough untuk pie Ivy. Dia menyahut kecil membuat Ivy ketawa kecil.

“Let them be Diaval. Ini hari kau jadi Pascal.” Katanya membuat Diaval memandang anak jagaannya. “Apa? Siapa lagi nak jadi sidekick aku untuk try semua masakan aku ni? Aku tahu kau suka masakan aku.

Burung gagak itu menyahut dengna kuat sambil mengembangkan kepaknya tanda amaran sebelum terbang pergi kearah enam pixie tersebut.

Ivy pula ketawa besar tahu sangat Diaval bencikan masakanya. sebab tu diaval mewakilkan diri untuk masak di rumah mereka dari biarkan Ivy memegang dapur.

Kalau Diaval dalam bentuk manusia dah lama dia buat garisan ‘no crossing zone’ kepada Ivy di dapur tersebut. Ivy boleh pergi kemana sahaja dia nak dan buat apa sahaja dia nak tapi memasak di dapur is a no-no. Harommm.

So, untuk mengelakkan Ivy membuat Pie Apple yang pelik-pelik dan memaksa Diaval merasa pie tersebut—yang Diaval tahu rasanya tersangat teruk seperti mana rupa makanan tersebut… Diaval membuat plan tersendiri bersama enam pixie itu.

Diaval menyuruh mereka untuk menukar sebanyak yang mungkin bahan-bahan untuk resipi pie Ivy di belakang si tukang masak itu.

Dia takkan rasa masakan Ivy lagi! walaupun Ivy tiada niat untuk buat makanannya beracun, orang boleh tahu dari lihat masakan Ivy yang dia telah mencipta makanan yang semamangnya boleh meracun perut mereka dan pergi ke tandas setiap 5 minit selama 7 hari berturut-turut.

Jadi, untuk menyelamatkan perut kecil Diaval ialah mensabotajkan bahan masakan ivy dengan memperbetulkan bahan-bahan yang sepatutnya diguna untuk membuat Pie.

Ivy telah memberi bahan-bahan untuk membuat dough pie kepada pixie tersebut dan mereka berenam menggaru kepala melihat ada beberapa bahan asing yang perlu dimasukkan kedalam adunan tersebut.

DIaval berbisik kepada Fawn untuk beritahu kawan-kawannya untuk tidak masukkan bendasing itu dan masukkan apa yang Diaval rasa sesuai sebagai bahan pengganti bendasing tersebut.

Setiap kali Ivy berpaling untuk memeriksa keadaan mereka, pixie-pixie itu segera menyembunyikan bahan yang Diaval suruh masukkan dan berpura-pura ingin masukkan bahan yang ada di dalam senarai resipi Ivy. dan bila ahli sihir itu tidak melihat, enam pixie itu cepat-cepat buang bahan Ivy kedalam tong sampah dan masukkan bahan Diaval ke dalam adunan pula.

“Serbuk rosmery.” Ivy mendepakan tangan dan pixie haiwan itu segera mencari di atas laci dapur, tapi bukan ambil serbuk yang Ivy inginkan. dia mengikut arahan Diaval sebenarnya, mengambil garam dan berikan kepada Ivy.

“Gula.” Sekali lagi dia mendepakan tangan.

Fawn memandang kearah Diaval minta pertolongan adakah itu resipi yang sepatutnya dan burung gagak itu mengangguk. Semua pixie-pixie itu menghembus nafas lega melihat Fawn berikan bahan tersebut kepada Ivy.

“Thanks.” Katanya dan masukkan ½ cawan kecil gula kedalam periuk kecil itu. “Next, black pepper.”

Diaval hanya menepuk dahi sambil menggeleng. Ada-ada je anak jagaannya ni. Diaval menyuruh Fawn berikan cinnamon powder kepada Ivy.

Semasa Ivy membuka tin yang Fawn berikan dan masukkan sesudu kecil cinnamon ke dalam masakannya tapi... langkahnya terhenti melihat warna serbuk dalam tin itu. “Bukannya black pepper berbiji ke?” Dia berpaling keara Fawn yang kelihatan cuak. “kan?”

Fawn menelan air liur kelat. Apa patut dia kata? Apa patut dia kata?????

Ivy melihat Fawn bercakap, menerangkan sesuatu kepadanya tapi Ivy tak dapat nak agak apa yang dia katakan kerana apa yang keluar dari mulut pixie itu hanyalah deringan loceng yang makin lama makin membingitkan telinga Ivy.

“Chop-chop-chop!” Ivy depakan tangannya kearah Fawn suruh dia diam. “Why do I even ask you guys anyway? Aku tak pernah faham sepatah pun korang cakapkan kecuali angguk dan menggeleng.” Ivy mengeluh. “Sepanjang 3 bulan ni akan jadi macam ni ke? Aku bercakap dengan haiwan dan makhluk kerdil seperti Snow white? Or Princess Aurora or anyother princess—Ewwww!!! Aku taknak jadi seperti puteri gedik tu!” Dia memeluk tubuhnya yang menggeletar kerana geli membayangkan dia seperti puteri-puteri Enchanted. Apatah lagi Puteri Julliana. Definitely NOT Princess Julliana.

Ketukan pintu depan menarik perhatian Ivy kembali ke rumah kecil itu dan berpaling kearah Diaval. Tetamu Hansel dan Gretel?

Diaval hanya mengangkat bahu tak tahu dan biarkan Ivy pergi ke ruang tamu sebelum memberi arahan kepada pixie-pixie itu untuk masukkan cinnamon powder ke dalam apple filling Ivy dan sembunyikan kesemua bahan-bahan pelik Ivy. Diaval sempat bagi amaran kepada Pixie tersebut kalau mereka tak buat semua ni, bukan sahaja Diaval yang keracunan makanan tapi mereka berenam juga. Pasti Ivy paksa mereka makan jugak walaupun mereka taknak.

Satu lagi ketukan datang dari pintu tersebut membuat Ivy lajukan langkahnya. “Coming~!” sahutnya dengan bernada. Ini hari dia plan nak jadi Rapunzel so, pasti ada happy-go-lucky voice kan? Eugghh…. Ivy kena cari hobby baru cuti ni sebelum dia jadi gila kebosanan.

Sebaik sahaja Ivy membuka pintu rumah, sepasang mata perang yang besar memandang Ivy dengan senyuman lebar dan juga kuda berwarna hitam meringkik dengan kuat di depan rumah tersebut.

BAMM!

Dia terus menutup pintu di depan muka tetamunya dan menyandar pada pintu tersebut. Terkejut.

“Apa Charlotte buat kat sini?” Soal Ivy kepada burung gagaknya yang baru mendarat di sofa ruang tamu dan dapat satu lagi ketukan kecil dari tetamu tersebut.

Ivy pergi ke tingkap berdekatan, mengintip jika Louis juga berada di luar. Ye lah, takkan budak 12 tahun tu pergi ke rumahnya seorang diri. tambahan pula dia seorang puteri. Tentu seseorang mengiringnya juga.

“Ivy! Buka pintu ni!” sahut Charlotte membuat Ivy tambah cuak.

“O-okay!” Ivy membuka pintu depan semula dan sekali lagi berdepan dengan puteri kecil itu. Puteri yang kelihatan annoyed kerana Ivy menutup pintu depan mukanya. “Apa kau buat kat sini?” Soal Ivy membuat Charlotte kembungkan pipinya.

Ivy alihkan pandangannya kearah kuda hitam di laman depan rumah dan terngagah, baru perasan yang kuda hitam itu ialah Knight. Kudanya sendiri. “Kau datang dengan Knight?!”

Charlotte mengeluh. mengalah yang Ivy tak perasan langsung yang Charlotte sedang buat muka merajuknya. Nampaknya ini kali pertama orang tidak termakan dengan kecomelannya.

Charlotte tersenyum riang dan menolak Ivy ke tepi, masuk kedalam rumah sambil membuka jaket sejuknya. “Char datang seorang diri dengan bantuan Knight, tiada siapa tahu yang Char dah menghilangkan diri dalam istana—no one ever notice me anyway dan Char dapat tahu Ivy kat sini sebab Knight boleh kesan Ivy!” sahutnya memberikan jaket sejuknya kepada pixie yang dengan senang hati letakkan di dalam bilik stor bawah tangga. “So, macam mana penjaga baru Ivy? mereka sesuai kan? mereka boleh bantu Ivy jika Ivy perlukan sesuatu!”

Ivy sekarang kebuntuan, sedang proseskan kesemua benda yang Charlotte katakan kedalam otaknya. So….. Lou—George tak tahu kamu ada di sini?” Soalnya dengan perlahan dan mendapat anggukan dari Charlotte.

“Yup. Abang sekarang berada di luar Camelot, ada urusan penting bersama Raja Arthur di Kerajaan Ababwa.” Katanya dan tersenyum kecil kepada pixie-pixe yang menolong Charlotte membersihkan salji dibadannya. “Pixie is a handy creature. Tentu mereka bantu Ivy kan?”

Ini buat Ivy perasan sesuatu. “Kau yang cadangkan pixie ni jaga aku????”

“Of course!” sahutnya dengan gembira. “First Pengetua Merlin cadangkan Lord Elm untuk pantau Ivy tapi Char menyampuk dalam perbincangan tu dan kata ‘Ivy sepatutnya rasa selesa di enchanted bukan terancam dan rasa seperti seorang banduan’ so, Char cadangkan pixie hollow untuk wakilkan beberapa pixie untuk menjaga dan membantu Ivy. Ye lah, Ivy kan first time tinggal di luar Academy dah tentu Ivy perlukan pertolongan dan siapa yang paling sesuai dalam babak tolong menolong? Of course pixie!” Dia depakan kearah enam pixie yang juga terkejut seperti Ivy.

“Then, setelah Raja Arthur bersetuju—first time dia setuju dengan Char! I’m happy—then Char terus datang ke sini sebaik sahaja tahu bila mereka akan bertugas! Char tahu mereka takkan beritahu Raja Arthur yang Char datang ke sini senyap-senyap kan?” puteri kecil ini tersenyum manis kepada enam pixie itu. Siapa boleh melawan budak kecil yang comel ini? enam pixie ini mengangguk tanda mereka takkan beritahu sesiapa tentang Charlotte.

“Thank you!” sahutnya dengna riang membuat pixie itu berdering dengan gembira sebelum Charlotte kembali memandang Ivy. “Dan Char juga baru perasan yang Ivy tak faham bahasa pixie so Char datang ke sini untuk bantu mereka dalam hari pertama mereka.”

Ivy hanya terngangah melihat Charlotte memperkenalkan enam pixie itu semula kepada Ivy sepertinya Ivy tak pernah jumpa makhluk menjengkelkan tu dan beritahu semua perkara tentang Pixie yang Ivy patut tahu. Tentang mereka ni jenis yang bekerja keras, suka menolong dan juga peramah. Kekadang suka main tapi tak terlampau sangat. yeah right.

“So… that’s all—Ivy dengar ke ni?” Soal Charlotte, perasan Ivy tak beri sebarang riaksi langsung. Ekspressi wajahnya tidak dapat dibaca sekarang ni samada dia terkejut, terpaku, tergamam, excited atau menghayal.

Ivy tersentak dari lamunannya dan menggeleng laju. “I’m getting a headache…” bisiknya sambil memegang kepala. “let me get this straight. Kau rancang bendalah—Pixie ni untuk jaga aku supaya kau boleh jumpa aku time cuti. Betul?” Charlotte mengangguk. “Dan tiada siapa tahu tentang ni. Kecuali kita dalam rumah ni. Okay itu aku faham. yang aku tak faham… kau tunggang Knight? Are you nuts??”

Charlotte mencebik dan memeluk tubuh dengan comel. “Dia je yang boleh kesan Ivy sebab abang tak nak bagitau Ivy tinggal kat mana cuti ni! Char tak faham sangat kenapa dia merengus setiap kali Char cakap pasal Ivy—apapun, nasib baik Knight faham kenapa Char perlukan pertolongan dia dan Knight bantu Char jumpa Ivy! so we both can see you!”

Ivy memandang Knight dari Jendela rumah sebelum pandang Charlotte dengan horror. “You could’ve been killed! That dangerous Char!”

Charlotte kembungkan pipinya. “tapi Char selamat. Knight bawa Char dengan baik dan perlahan. Ivy tak perlu risau!” sahutnya dan kembali tersenyum. “Oh dan Char datang sini untuk kembalikan ni jugak.” Charlotte mengeluarkan satu kotak kecil dari beg belakangnya dan berikan kepada Ivy.

Ivy berlutut depan Charlotte untuk separas dengan budak 12 tahun itu dan membuka kotak tersebut. matanya membesar. “Ini rantai aku….” Dia mendongak melihat Charlotte yang tersenyum riang.

“Yup. Ivy bagi supaya Char tak lupakan Ivy but since Ivy dah kembali, Char rasa Char patut kembalikan pada Ivy.”

Ivy tersenyum lembut kepada puteri kecil ini. Dia kembali memandang rantai yang tak terharga nilai itu dengan senyuman sedih sebelum menutupnya semula. “Thank you tapi….” Dia kembalikan kotak tersebut di tangan Charlotte. “I think you should take care of it for me.”

Charlotte sengetkan kepala tidak faham. “Tapi ia penting bagi Ivy.”

“It is dan aku percaya kau boleh menjaganya lebih baik dari aku.” Ivy menyentuh bahu Charlotte. “Promise me Cherr, apapun terjadi… jangan pernah bagi rantai ni kepada sesiapa, even your brother. Okay?”

“Tapi Ivy kenapa char—”

“Sebab hanya kau sahaja yang boleh.” Jawabnya membuat puteri kecil itu tambah buntu. Ivy tersenyum tawar. “It’s too complicated Char, kau masih muda untuk memahaminya tapi please…. swear to me jangan pernah lepaskan rantai ni dari tangan kau. I beg you.”

Charlotte terdiam untuk seketika. Mendengar wanita yang paling angkuh dalam tanah Enchanted telah merayu padanya untuk menjaga barang yang dia paling sayangi. Bagaimana Charlotte ingin menolak permintaan tersebut?

“Baiklah. Charlotte akan menjaganya.”

“Swear your heart and hope to die?”

Charlotte ketawa kecil dan mengangkat tangan sumpah. “Swear my heart and hope to die.” Dia membuat pangkah kecil pada dadanya meninggalkan x berwarna emas sebelum ia hilang disebalik kulitnya. “Sehingga Ivy menginginkannya semula.”

Ivy mengangguk dengan senyuman gembira. “Betul.”

Diaval menyahut, menarik perhatian mereka semua dan melihat Diaval mendepakan kepaknya kearah pintu dapur.

Ivy menarik nafas tajam dengan horror. “Pie aku!!” ahli sihir ini berlari sepantas kilat menuju ke dapur dengan enam pixie mengekorinya dari belakang meninggalkan puteri kecil dan burung gagak yang ketawa itu diruang tamu bersendirian.

Charlotte yang juga tertawa kecil mendekati Diaval. “Hello pretty bird…” bisiknya sambil mengusap badan Diaval dengan lembut. “I’m Charlotte.”

Nama dia Diaval!—Ack! Panas-panas-panas!” Ivy sempat menjerit dari dapur membuat Charlotte menutup mulut menahan ketawa.

Diaval pula hanya memandang puteri Camelot itu dalam diam. Ivy libatkan innocent child kedalam permainan gilanya. She really want to screw everyone who destroy her perfect life.

>X<

Jeritan halus kedengaran di dalam ribut salji yang kuat. Seorang diri di dalam ribut tersebut sedang melarikan diri dari ratusan jeritan hysteria itu. Merintangi salji taufan yang menolaknya ke kiri dan kekanan seperti dia ni sekeping daun yang dibawah pergi oleh angin dan jatuh terhempap di atas salji sedalam 6 inchi.

Dia melihat kedua tangannya yang pucat dan ukiran salju pada jari-jemarinya tanda tangannya tersangat sejuk. Tapi… badannya tak rasa sejuk langsung.

Dia rasa takut.

Cemas.

Gelisa.

Fikirannya bercelaru seperti ada bisikan kecil didalam mindanya bercakap—memerintah dia untuk buat sesuatu yang dia tidak ingin melakukannya.

Dia cuba melawan suara dalam mindanya tapi setiap kali dia cuba melawannya dadanya rasa tambah sakit seperti jantungnya ingin dirobek dari dadanya.

Bibirnya membentuk sepatah perkataan. ‘Tolong’ dalam sebuah bisikan. Nada yang menggeletar tanda dia sudah tidak bermaya untuk melawannya lagi. tidak dapat berbuat apa-apa lagi didalam ribut tersebut.

Sekali lagi dia meminta pertolongan dengan nada yang lebih jelas tapi tetap sia-sia kerana pintanya tidakkan tembus keluar dari ribut setebal itu.

Dia ingatkan pinta pertolongannya tidak berbaloi sehinggalah dia terdengar namanya dijerit. Jeritan yang penuh dengan harapan membuat dia kembali berdiri dan bertahan dari angina yang menolak dia jatuh ke bumi.

Dia cuba mencari dari mana datang suara yang dapat menembusi ribut tersebut dan kelihatan satu figura berbaju putih emas sedang berdiri tidak jauh di hadapannya.

Sepasang mata biru dan rambut emas pucat yang kelihatan lega tapi pada masa yang sama cemas memandang kearahnya.

Kill him…

He’s the obstacle….

KILL HIM!

Dia mendepakan tangannya yang beku kearah lelaki tersebut, menghantar arus ribut salji kearah lelaki tersebut dan…

Ezra terbangun dengan mengejut.

Nafasnya singkat dan peluh jatuh membasahi keningnya. Dia segera menyentuh dadanya, merasakan degupan jantungnya yang berdegup dengan kuat lagi jelas.

Ia masih di sini… desis hatinya sedikit lega. Dia segera turun dari katilnya dan berdiri di depan cermin meja make upnya. Melihat wajahnya melalui pantulan cahaya bulan yang masuk melalui tingkap biliknya.

Dia segera menarik leher baju tidurnya untuk melihat tattoo yang terbentuk di atas dadanya. Satu lagi tanda muncul hampir melengkapkan symbol tattoo tersebut. “Oh no….”

Ezra kembali melihat dirinya pada cermin Cuma bukan refleksinya yang kelihatan. Orang lain… wanita yang berwajah lain tapi mempunyai baju tidur yang sama dengannya sedang tersenyum sinis yang menggerunkan tepat kearah Ezra. “He is your obstacle…. Dan kau tak boleh tak bunuh dia.”

“No!!” Ezra mencapai benda terdekat di atas meja tersebut dan melontarnya kearah cermin tersebut. memecahkan cermin meja make upnya menjadi serpihan kaca dan jatuh seperti kepingan salju yang berkilau dengan bantuan cahaya bulan.

Suhu dalam bilik tersebut turun dengan mendadak membuat cermin tingkap berkabus dan kain sutera langsir dan cadar tilamnya menjadi keras seperti batu.

Asap kecil keluar dari bibir pucat Ezra bila dia melihat keadaan biliknya sekarang. “Tak… no… aku tak boleh mengalah dengan dia.. bukan sekarang…. Bukan sekarang…”

>X<


(A/N: I have nothing to say! Kecuali satu soalan ni… ‘Siapa sakit hati dengan angah sebab bagi terlalu banyak mystery dalam cerita ni, ANGKAT TANGAN!!’ *angah sendiri angkat tangan*)

12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I swear, sebaik je angah update bab ni, comment dari isshazil Farhan dah muncul kat sini tak sampai seminit chapter ni muncul. And its already removed, before I even got here. Maybe its a glitch or something...

      P/S: If isshazil Farhan betul2 comment... I'm sorry (T_T) Angah takkan padam comment dari readers angah and I don't know why this happen.... I swear it wasn't me. (T_T)

      Delete
    2. Kembar maleficentMarch 14, 2016 8:16 pm

      Actually angah,, isshazil Farhan ni kembar maleficent senanya,,but i forget to change my nickname so i delete becouse it awkward,, hahahaha.. Then lupa nk komen blik,,btw,, nila isi komen saya tadi..
      'saya sakit hati sbb byk sgt misterinya,, kenapa dgn ezra,, and sakit hati tu lebih teruk bila angah lambt post next chapter'
      ........hahahah apela truk sgt KM nih,, awkwardnya!!!!......

      Delete
    3. Oooooooo Angah ingat glitch or something.. Hahahahaha Anyways, Don't worry KM, mistakes happen and I don't mind knowing your real name *wink wink*

      Lol, and balasan untuk komen sebenar KM; 'Pasal mistery tu Angah sendiri tak faham kenapa so many misteri angah letak dalam citer ni... maybe nak sepadankan plot untuk capai ending yang angah nakkan kot? or hanya nak try buat good story line and detailed stories.. huhuhuhuhu And Good news for the next chapter thou, ia akan di post dalam minggu ni jugak!!! Yeay! *Wink Wink*

      Delete
  2. *angkat tangan tinggi2* hahaha. Angah, please sambung lg. Knapa dgn ezra? Tak de ke cerita pasal Louis? Huhu. Louis and Ivy is so sweet. I love both of them. Waiting for the next entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ze necz chapitar iz on ze way... Hehehehe and of course citer pasal louis akan ada.. Cuma dalam chapter akan datang.. Huhu! And pasal ezra kita akan tahu also in the next future chapter.. *wink wink* be patient thou!!!

      Delete
  3. Angah asal bnyk sangat suspen? Sampai tak faham dah nape story sebnrnya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaha... Let me summaries it for u darling~ (^_−)☆

      Buat sementara waktu ni Ivy kena lay down sebab magicnya kena tahan and she cant destroy Enchanted dgn gari emas tu. Sementara witch kita ni cari cara melepaskan diri dari hukumannya, rahsia Enchanted... Punca Ivy dbawa ke Gracious akan d kupas secara perlahan and yess, puteri Ezra ada kena mengena dgn rahsia enchanted ini. (*^ω^*)

      Anyhow~ yesss that what angah nak dari korang! Tertanya2 apa sebenarnya berlaku dlm citer ni, sama seperti Ivy tertanya2 tentang rahsia yg Hansel and kawan2nya sembunyikan dr Ivy!!!!! Mwahahahahahahaha *hysterical laugh*

      Delete
    2. Angah dh mcm evil witch dh skrng ni. ;-)

      Delete
    3. Akibat nak menjiwai watak Ivy la ni jadi cam ni huhuhuhu (*≧▽≦)

      Delete
  4. longggg time xkomen...huhuhu tapi tetap menjadi da fast reader when new chapter upload ...huhuhu angah....tertungguuu ni kata new chapter in dis week. .hohihoooo angahh...too much misteri haaaa... dh mcm puzzle game ni angah....jenuh mikir....xnak mikir tpi otak x selari dgn keinginan...tetap proses pikir itu ini itu ini...why?when?how?where?what??!!!! oh nooo...sounds like im gonna b crazy again n again....
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha miss ur comment too dear, and I like hearing u would go crazy for this story!! Buat angah nak cepat tulis bab seterusnya butttt... Angah dah sibuk dgn benda lain (T^T) apapun craving korang utk new chapter menggalakkan angah buat citer y best and epic utk setiap bab!!

      Huhu, Thank u for being awesome and always comment love~~ (*≧▽≦)

      Delete