Third F.A.T.E

The Genies’s Cuff

“Viv, makan ais cream tu elok-elok sikit. Kan dah kotor baju kamu ni.”

Mata seorang budak 4 tahun berair kerana baju kegemarannya kotor kerana terkena ais krim vanilla didalam tangannya. Dia membiarkan lelaki yang lebih tua itu menggosok mulut dan air mata Ivy. “Vee minta maaph…” sahutnya dengan pelat tersendiri, dia cuba tahan dirinya dari menangis tapi air matanya tetap mengalir.

Lelaki yang lebih tua itu ketawa kecil. “Bukan salah Viv baju kegemaran Viv dah kotor.”

“Taphi… taphi…” air matanya makin deras dari sebelumnya. dia nak kata baju itu lelaki tersebut belikan untuknya tapi tangisan kuat yang keluar dari mulutnya. “Uwaaaaaaaaa~~”

“Don’t Cry Viv…. bukannya Diaval tak boleh cucikan untuk Viv.” pujuknya mengelap air mata budak 4 tahun itu. “Makan aiskrim tu sebelum ia cair ke tangan Viv pula. Viv nak ke Diaval mandikan Viv.”

Ivy segera menggeleng dan sambung memakan aiskrimnya. “Dewal menakutkan bila dia mandikan Vee…”

Kedengaran tawa sarkastik datang dari belakang lelaki misteri tersebut membuat mereka berpaling memandangnya. “Little Mistress, bukan selalu saya mandikan kamu.” Katanya dengan senyuman menggerunkan membuat Ivy kembali menangis.

“Oh come on Diaval!” Lelaki misteri itu ketawa dan mengangkat Ivy kedalam dakapannya. “Kau tahu tak betapa penatnya aku nak hentikan dia menangis?” Soalnya sakit hati sebelum menenangkan budak 4 tahun dalam dukungannya itu dengan bisikan manis dan pujukan halus.

Diaval hanya tersenyum nakal. “Kau tak boleh lindungi budak tu selama-lamanya di tanah Vicious ni. She will envantually become a Villain. A great one memandangkan ibunya The Great Evil Sorcerer.”

“Stop that.” Lelaki itu memberi amaran. “Ia kerja aku untuk lindungi Ivy. I am her father.”

“Sure whatever, jangan nak manjakan dia sangat sudah and stop calling her by that name. Ivy lebih baik. Kang dia kena buli bila dia masuk tadika nanti.” usik Diaval dan melihat si kecil Ivy didalam dukungan ayahnya. “Dia dah tidur.”

“Ye ke?” Lelaki itu memandang wajah Ivy dan ketawa kecil. “Cepat je dia pengsan. Eeeisshh, aku baru rancang nak bawa dia ke Dementis, jumpa Sally.” Bisiknya dan kembali memandang Diaval. “Tolong aku jaga Viv—Not a chance aku panggil dia dengan nama tu. aku ada urusan kejap dengna Jack.”

Budak kecil itu bertukar tangan dari Ayahnya ke tangan Diaval. Mereka berhati-hati untuk tidak bangunkan budak kecil itu. “Sure. Mistress ubah aku jadi manusia untuk jaga dia jugak.” Diaval menyucuk pipi Ivy membuat dahi budak itu berkerut. “Haha… tengok muka montel ni—Oh dan Jangan lama sangat sebab Mistress akan kembali bila-bila masa je.”

“I get it.” Sahutnya dan melambai pergi.

Diaval turut melambai. “Get home soon Master!”

“Aku dah kata jangan panggil aku ‘Master’!” Lelaki itu menyahut rasa menjengkelkan tapi tetap tersenyum.

Diaval turut tersenyum. “Of Course, Master.”

“Diaval!” marahnya sempat toleh kebelakang melihat Diaval mentertawakan dia.

Tanpa mereka sedari, Ivy yang pura-pura tidur juga tersenyum kecil sebelum dia betul-betul tertidur lena.

Pada malam itu, Ivy terbangun dari tidurnya kerana bunyi dentuman kuat datang dari luar tingkap biliknya. Dia segera turun dari katilnya dengan tuala kesayangan di dalam tangan dan berlari keluar ke bilik tidur ibubapanya.

“Ibu… Ayah!” sahutnya membuka pintu bilik mereka tapi tiada siapa tidur di atas katil.

Dengan perasaan takut, dia bergegas turun ke tingkat bawah untuk mencari ibubapanya di dapur tapi mereka juga tiada di sana. Dia mula mencari mereka di seluruh rumah, menjerit, memanggil ibu dan ayahnya banyak kali sehingga dia menangis tersedu-sedu.

“Ibu….! Ayah….!” Sahutnya sekali lagi. “Dewal!” kali ini dia menyebut nama hamba ibunya yang menakutkan. “Dewal! Dewal! Di—Ahh!!” Ivy menutup telinganya bila dentuman kuat itu terjadi sekali lagi dan cahaya terang datang dari tingkap ruang tamu rumahnya.

Dia berlari kearah tingkap tersebut dan melihat satu kebakaran berlaku di depan rumahnya. Riak wajah Ivy berubah menjadi trauma bila anak matanya melihat apa yang terbakar di depan rumahnya.

“Di-DEWA—”

“Lil’Miss!” Diaval segera mengangkat budak kecil itu dan memeluknya dengan erat, alihkan pandangan budak itu dari tingkap tersebut. “There… there Little Mistress. Tutup telinga kamu. Please lil’miss. Tutup mata dan telinga kamu.” Katanya memeluk Ivy dengan erat.

Tapi Ivy tak tutup matanya langsung, dia menutup telinganya seerat yang mungkin kerana dia dapat mendengar jeritan minta tolong dari luar rumah mereka. walaupun dia tutup telinga, jeritan tersebut tetap dapat menembusi tangan kecilnya. Matanya melekat pada cermin grandfather clock yang memantulkan refleksi kejadian di tingkap ruang tamu itu.

“Forget everything… this is just a nightmare lil’miss. It’s just a nightmare.” Bisik Diaval cuba menenangkan budak itu.

Tapi Ivy tahu.

A Villain never have nightmares dan apa yang dia lihat adalah kenyataan.

Mata Ivy terbuka dengan luas sebelum dia memejamnya semula kerana cahaya yang datang dari celah langsir, menyilaukan matanya. selepas itu, satu hentakan berat jatuh keatas kepala Ivy membuat dia mengerang kesakitan. Hentakan tersebut ialah ‘hang over’.

“Ow… ow-ow-ow-owwww…” Dia memegang kepalanya yang berdenyut sepertinya ia bom masa yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. “Arrrggh….. f*cking hell it hurts..” dia berdesir tidak tahan rasa sakit kepalanya dan mencapai selimut untuk menutup satu badannya. Mengelak dari keterangan bilik tersebut.

Sejak bila bilik aku terang macam ni awal pagi?? Desis hatinya geram kerana cahaya matahari itu membuat kepalanya tambah sakit. Lagipun, sejak bila matahari boleh masuk ke tanah Vicious?

Eh? Matahari di tanah Vicious?

Ivy segera bangun untuk melihat sekeliling bilik tersebut dan perasan yang dia bukan berada di dalam bilik tidurnya. Dia berada di bilik rawatan Enchanted.

Sekali lagi hentakan ‘hang over’ datang membuat Ivy mengerang kesakitan sambil memegang dahinya.

“What the… apa aku buat kat sini?” soalnya sambil memandang sekeliling, memastikan yang dia tak silap. Betul. Setiap sudut bilik tersebut menandakan dia berada di Enchanted. Warna putih pada dinding dan siling dah cukup membuktikan dia bukan di Vicious.

Apa dah jadi sebenarnya ni? Bukannya semalam aku kat Dementis ke? Wait-wait-wait…. Aku dapat surat Royal Petition dari Pengetua Merlin semalam time aku nak jadi Pelajar Dementis… Urrgghh.. then.. then aku dan Tuan Jack meletup hampir menghancurkan satu kampus  petang tu jugak. Kalau bukan sebab Puan Sally tenangkan kami confirm collage Dementis masuk ke museum sejarah Vicious Desis hatinya cuba mengingat semula apa dah jadi padanya dengan kepala yang sakit nak mampus. Then…. Then another lawan minum dengan Jack Skellington—Why am I even do that again?? Selepas tu apa jadi? Aku pitam ke? tak…. tak mungkin

Ivy cuba ingat balik apa yang dia buat semalam. Dia tahu dia tak patut paksa dirinya untuk ingat kerana hang over’nya tapi dia takut kalau-kalau Ivy terbuat sesuatu yang tak sepatutnya.

INi sebab Ivy tak suka minum dengan orang lain. Dia akan buat perkara bodoh atau cakap perkara yang tidak sepatutnya.

Kejap…. Kalau dia sekarang berada di Enchanted, itu bermaksud semalam dia datang ke tempat tu dalam keadaan mabuk… dan juga marah. Tentu Ivy buat sesuatu semalam!

Oh goshh… Oh Lord… oh My…. Oh Noooo!!!!! Jangan cakap Ivy melepaskan geramnya kearah orang Enchanted???

Dia ada buat perkara bodoh ke semalam?

Dia ada kenakan sesiapa ke semalam?

Dia ada cakap sesuatu yang tak patut ke semalam?

Dia ada bocorkan rahsianya ke semalam??

IVY TAK INGAT LANGSUNG!!!!

Memandangkan dia berada di bilik rawatan dengan baju tidur(?) sejak bila dia tukar baju?? Dia terus memeluk tubuhnya dengan muka merah padam. Did she do something dengan orang Enchanted????

“Noooooo-ouch!” Ivy rasa tangannya terkena renjatan elektrik bila magical corenya ingin meletup kepada api rasa malu tapi api tersebut tidak keluar langsung, hanya asap putih keluar dari badannya.

Dia segera memandang kedua tangannya dan perasan terdapat gelang emas melekat di kedua-dua pergelangan tangannya.

Ivy mula rasa panic kerana bila dia cuba membuat magic kecil di tangannya gelang tangan itu merenjatnya dengan elektrik. Renjatan tersebut membuat dia teringatkan mimpi buruknya tadi. Nafasnya menjadi cepat dan jantungnya berdegup dengan kuat sehingga telinganya hanya dengar jantungnya berdegup. Sama seperti pada malam tersebut dimana dia saksikan kejadian mengerikan dalam hidupnya.

“Tak…. tak….” Penglihatannya mula kabur dan Ivy menutup telinganya cuba menghalang jeritan halus itu masuk ke telinganya. “Diaval…. Di—Diaval!! DIAVAL!!” Renjatan dari gelang tersebut makin kuat bila magical core Ivy ingin meletup, menyakiti pergelangan tangan Ivy lagi dan ini membuat Ivy teringatkan malam itu dengan lebih jelas.

Ahhhhhh!!! Diaval make it stop! Diaval!”

“Ivy!”

Hansel dan Gretel bergegas masuk kedalam bilik tersebut selepas burung gagak itu meluncur laju masuk kedalam bilik tersebut. menyahut dengan kuat sambil terbang berputar di bilik tersebut.

Hansel ingin mendekati Ivy tapi tidak dapat kerana renjatan elektrik pada pergelangan Ivy menyakitkan kulitnya. “What the—Ivy stop this! You are hurting yourselves!!”

Diaval tetap menjerit dengan kuat diudara sepertinya memanggil nama Ivy, juga menyuruh Ivy tenangkan diri tapi tidak lut. Ivy dah tenggelam dalam masa silamnya sendiri dan tak dengar apa-apa langsung kecuali jeritan minta tolong itu dan juga degupan jantungnya.

“Hans, apa dah jadi dekat dia?”

“Dia kena panic—”

Derapan kaki kedengaran dari luar bilik tersebut dan Putera Raja Camelot merempuh masuk tanpa kebenaran dan terus mendekati Ivy.

“Tuanku dia tak boleh disentuh—” Mata Hansel terbeliak bulat melihat Louis terus  memegang kedua pergelangan Ivy, mengendahkan renjatan elektrik yang menyakitkan itu terkena pada kulitnya.

Louis menarik tangan Ivy dari menutup telinganya. “Ivy! Ivy dengar sini, bertenang! It’s just a bad Dream!” jeritnya cuba menarik perhatian Ivy. Louis agak terkejut melihat riak wajah Ivy bila dia mendongak memandang Louis. Matanya menandakan dia didalam trauma; seperti mimpi ngerinya terjadi sekali lagi di depan matanya.

Ivy menggeleng perlahan. “Tak…. Tak-tak-TAK!!!” Sekali lagi dia meronta, ingin melepaskan diri dari genggaman putera raja itu. “Jangan tipu aku! Stop Lying! Berhenti berahsia dari aku! I hate it! I hate—”Ayat Ivy tersangkut di kerongkongnya bila Louis tiba-tiba memeluknya dengan erat.

“Ivy… Ivy come back to me…” Bisik Louis di telinga Ivy, cuba kedengaran tenang walaupun renjatan tersebut membuat Louis rasa kulitnya dikupas dengan perlahan. “This just a bad dream… Ivy, bangun Ivy… Ia mimpi buruk… bukan betul. Hanya mimpi buruk.”

Hansel melihat Ivy berhenti meronta dan secara perlahan pernafasannya kembali stabil. Dia kembali tenang tapi melihat mereka berdua seperti itu membuat Hansel marah. Dia menggenggam kedua penumbuknya di sisi sehingga menjadi pucat.

“Hans…” Gretel perasan riak wajah berang abangnya dan berpaling kearah Ivy dan Putera George. Dah tentu dia marah… desis hatinya risau.

Ivy yang kembali tenang tidak lagi mendengar jeritan meminta tolong tapi suara Louis yang cuba menenangkan dia. “its okay… I’m here for you. It’s just a bad dream…Tiada siapa berahsia dari kau.” katanya berulang-ulang kali membuat Ivy mengalirkan air mata dan membalas pelukan Louis dengan erat. Menyembunyikan mukanya di buhu Louis.

“its not a dream..” bisiknya diantara tangisan senyap. Hanya untuk mereka berdua mendengarnya. “Itu bukan mimpi Louis…”

“Then pretend it was.” Bisik Louis juga. “kau pandai sembunyikan sesuatu kan? jadi sembunyikan kebenaran tu dan anggap ia hanya mimpi.”

Ivy memejam matanya dan mengangguk. Kembali menangis dengan senyap didalam dakapan Louis. Genggamannya pada baju Putera Raja itu tidak pernah dilepaskan.

 Diaval juga berhenti menjerit dan mendarat di tepi Ivy, kakinya menyentuh Ivy memberi tahu yang Diaval juga berada di sisinya.

Gretel pula datang mendekati Hansel. “Abang… Ivy kenapa?”

“Panic attack.” Jawabnya tanpa melepaskan pandangannya dari mereka. “Nampaknya Princy brats juga tahu tentang ni.”

Gretel memandang tangan abangnya yang digenggam erat. Jadi mereka memang ada hubungan…. Aku kena tahu banyak benda lagi tentang mereka ni. Aku ketinggalan terlalu banyak perkara desis hatinya risau.

Ivy akhirnya kembali normal setelah beberapa minit dan sekarang dia hanya memeluk burungnya dengan mata merah yang sembab. “I’b soldy….” Katanya meminta maaf dengan hidung tersumbat. Ivy menarik nafas tajam cuba memulihkan salur pernafasannya semula tapi ter’effect pada kepalanya membuat dia mengerang kesakitan sambil memegang kepala. “Oww…”

“Kau okay?” Soal Louis juga memegang kepala Ivy tapi ahli sihir itu segera menepisnya. “Wha—”

“This is your fault.” Ivy menjeling sambil menuding jari kearahnya. “Apa ni?” soalnya kali ini menunjukkan gelang emas pada kedua pergelangan tangannya. “It’s hurt like HELL—Ow...” kepalanya terus sakit sekali lagi bila dia nak menjerit. “I swear I’m going to beat you up—Owwwwwwww…..” Ivy tak boleh marah langsung kerana kepalanya berdengut. Stupid hang over.

“Kau berani cakap macam tu kat Putera George selepas apa kau buat semalam.” Gretel bersuara agak sakit hati sekarang. bukan sahaja mengetahui Ivy dan abangnya ada hubungan tapi mengetahui Ivy dah buat salah depan boyfriendnya sendiri sebanyak dua kali.

Ivy menjeling kearah Gretel. “Apa aku buat semalam?” Soalnya juga annoyed.

Ini buat mereka bertiga terdiam. Dia tak ingat apa dia buat semalam ke??

“Oi. Jawab soalan aku.” Ivy memandang mereka satu persatu. “Aku ada buat something kat kau ke George?” Soalnya mendekatkan diri dengan Louis.

Putera Raja ini naik merah dan segear membelakangkan dirinya. “N-Nothing. Kan korang?” Soalnya memandang dua beradik itu. “Kan??” Dia guna nada mengancam.

“Err… dah tentu.” jawab Gretel agak cuak. Wow…. Dia tak suka rupanya sketsa semalam tu. Gretel terus menyiku Hansel suruh dia bersuara.

“Uh-huh.. sure.” Itu yang Hansel jawab. Gretel rasa macam nak lempang je abangnya ni. Boleh tak dia ketepikan rasa cemburu dia tu dahulu? Or rasa bencinya dari Putera George untuk seketika??

“See?” Louis menuding jari kearah mereka tanda saksi kukuh. “Anyway, gelang di pergelangan tangan kau tu ialah gari yang dah dijampi oleh Pengetua Merlin untuk menyekat kuasa magic kau.” Katanya membuat Ivy pucat. “Yes. Hukuman kau ialah diharamkan guna magic di Enchanted.”

“Bu-But sampai bila??” Soalnya dan merintih kecil bila kepalanya berdenyut. Dia abaikannya ada benda lebih penting dari itu. “I mean aku ada magic exam final ni—”

“Ia ditangguhkan. Tentang subjek magic tu, kau kena berbincang dengan Pengetua Merlin sendiri dan exam magic kau ditangguhkan kerana hukuman kau ni.” Louis menuding kearah tangan Ivy. “Walaupun kau dah kembali ke sini, kau tetap dihukum. Hanya hukuman kau diringankan dari buang Academy ke menahan magic kau.”

“Atleast wait for me to wake up!” jeritnya naik okta 3. “I almost die because of thi—” Penglihatan Ivy mula kabur dan hampir pitam sekali lagi tapi dia dapat menahan dirinya sebelum jatuh di atas katil. “oowwww…..” dia berdesir sekali lagi. “That’s it. I’m going back to sleep. Get out.” Arahnya kepada mereka semua. “Kecuali Hansel. Dia stay.” Katanya menarik selimut menutup kakinya.

Louis hanya dapat tahan perasaan cemburunya sekarang ni mendengar Ivy lebih inginkan Hansel berada di sisinya dari dia. Tapi apa Louis boleh buat? Dia dan Ivy tidak lebih dari kawan. Mereka tiada hubungan istimewa dan mungkin tidak akan pernah ada.

“Okay.” jawab Louis dengan nada mendatar dan beredar keluar.

“Oh dan George.” Ivy sempat bersuara. “Please treat your wound. Kalau kau biarkan tentu tinggalkan kesan, or worst kau kena jangkitan penyakit.”

Louis tersenyum kecil. “You talk non-sense.” Katanya dan keluar dari bilik tersebut. menyentuh dadanya yang agak pedih dari renjatan elektrik tadi. So, she did notice it desis hati Louis rasa gembira mengetahuinya.

“Tuanku tunggu!”

Louis berpaling meliha Gretel berlari anak ke sisinya dan menjungkit kening. “Yes?”

“Macam mana Tuanku tahu Ivy kena panic attack?” Soalnya straight to the point.

Muka Louis terus naik merah dan berpaling kearah lain. “Saya lalu bilik rawatan tadi dan dengar orang menjerit. So saya terus masuk tanpa banyak fikir. Rupa-rupanya Ivy.”

“So itu hanya kebetulan?” Soalnya lagi membuat Louis tidak selesa.

“ya.” jawab putera itu seyakin yang boleh.

“Hmm…” Gretel memandang pintu bilik Ivy sebelum pintu keluar bilik rawatan itu.

Ia agak jauh. Mustahil untuk Putera George mendengar jeritan Ivy sejauh ini?

“Tuanku ada pendengaran agak baik.” Komen Gretel membuat muka Louis naik merah. “Apapun, rawat luka Tuanku. Kang Ivy naik berang dan cederakan dirinya sendiri lagi.” dan Gretel lajukan langkahnya meninggalkan Louis yang tersenyum kecil.

“Of course I will.” Jawab Louis walaupun Gretel berada jauh di hadapannya dan dia berpaling kearah nurse yang berdekatan. “Nurse.. saya perlukan rawatan.”

“Tangan kau tak cedera ke?” Hansel bersuara dan menuang air kedalam gelas kosong yang ada di tepi katil Ivy. dia membuka laci meja tepi katil tersebut dan mengeluarkan sejenis botol kecil. “Yup. Ini ubatnya.” Kata Hansel membaca keterangan tentang ubat tu dan berikan kepada Ivy. “Ni boleh bantu sakit kepala kau. Aku dah minta kat nurse semalam untuk sediakan satu bila kau dah bangun nanti.”

“Thanks.” Ivy mengambil ubat itu dengan sekali teguk dan terus minum air kosong, menelannya sekali untuk mengelakkan rasa pahit ubat tersebut. “Euuggh… I hate medicine.” Dia mengelap mulutnya dan berikan gelas itu semula kepada Hansel.

Hansel meletak gelas tersebut di tempatnya semula sebelum duduk di kerusi yang tersedia di tepi katil Ivy. “Lebih baik dari kau sakit kepala sepanjang hari.” katanya tanpa memandang Ivy.

Terdapat armosfera tegang di sekeliling mereka. kedua dua diamkan diri kerana tenggelam dengan pemikiran sendiri. Ingin tanya kepada satu sama lain tentang sesuatu yang sangat merumitkan bagi mereka.

Macam mana Ivy boleh ‘terselamat’ dari ibunya. Macam mana dengan misi Ivy sekarang? adakah dia akan teruskannya dan menghancurkan Enchanted?

Macam mana pula dengan Hansel? Adakah dia betul-betul seorang pengintip? Datang ke Vicious untuk memerhatikan Ivy selama ini? Macam mana dengan persahabatan mereka selama ini? adakah itu hanya lakonan untuk Hansel dekatkan diri dengan dia?

Ivy menggenggam erat selimutnya. Haaaaaaaah…. Ivy tak patut suruh Hansel tinggal dengannya. Bukan semasa dia dalam keadaan tidak stabil dan keliru. Dia rasa macam nak tengking je Hansel sekarang ni tapi dia akan melawan Ivy…. banyak perkara Ivy tak tahu tentang Rancangan Pengetua Merlin dan dia takut kalau-kalau dia dan Ivy bergaduh, hansel akan…. Dia akan…..

Percikan elektrik keluar dari gelang tersebut menandakan ia sedang menahan Ivy menggunakan magicnya.

Ivy takut Hansel akan jadi musuh Ivy… Tak… tak boleh…

Ivy tersentak dari lamunannya bila dia rasa kaki Diaval menyentuh tangannya. Dia tunduk melihat burung gagak itu dan tersenyum pahit.

Apa aku patut buat sekarang?? mata Ivy menggantikan bibirnya. Meminta tolong dari gagak itu.

Diaval menyahut dengan nada rendah. Sepertinya menjawab persoalan senyap Ivy. Apa kau nak buat?

Ivy menarik nafas dalam. “So…. Macam mana hari kau kat sini?” Ivy memalingkan kepala memandang Hansel dengan senyuman tawar.

Hansel mendongak, berhenti tenggelam dalam dunianya sendiri dan tersenyum. “Worried?”

“Of course I am. Kau kawan aku, Kau tak kena buli kan?” Soalnya menahan dahinya dari berkerut. Adakah Hansel kawan dia??

“Well… memandangkan kau dah tahu sejarah aku kat sini. Aku rasa kau dah tahu jawapan aku.” Katanya dengan nada mengusik tapi Ivy hanya berikan senyuman kecil. “Come on Ivy. bergembira lah sikit, kau pun buat aku risau dua tiga hari ni!”

Hanya lakonan…. Ivy cuba yakinkan senyuman Hansel itu hanya palsu. “Really? Kau takut aku dah mati ke? Oh please, Aku Ivy The Devil. Tak mungkin aku akan mati hanya kerana plan aku terpesong sikit.” Ivy tersenyum nakal. Pandai menyembunyikan rasa sakit dalam dadanya. “But I have to admit. Time aku balik sana, aku ingatkan ajal aku dah sampai…. Meh, I’m lucky this time.”

“Kali ni?” Soal Hansel dengan nada rendah. “Kali ni…. Kau akan teruskan misi kau ke?”

“What?” Soal Ivy menjungkit kening. “Curi tongkat Pengetua Merlin?”

Hansel mengangguk. “Ibu kau tak mengalah lagi kan?”

Ivy menggeleng kecil. “To tell you the truth, Ibu aku dah give up dengan dendamnya bila aku kembali ke Vicious tapi….” Ivy mengalihkan pandangannya ke Diaval. “nampaknya kemarahannya kembali naik bila tahu aku dipanggil ke sini semula.”

“Then kau teruskan misi kau?” Soal Hansel kelihatan takut membuat Ivy ketawa kecil. “I’m serious here.”

“Let just say…. Ibu aku pun nak aku dihapuskan sekali.” Jawabnya membuat Hansel terkejut. “So, Nyawa aku dalam bahaya kalau aku kembali ke Vicious.” Ivy tersenyum riang. “Be Happy Hans! Aku dah tak perlu hancurkan Enchanted lagi!” Katanya seperti ia satu lawak.

“Ivy….”

“I mean, yeah… Satu-satunya keluarga aku inginkan nyawa aku sendiri, aku dah kehilangan rumah dan tempat tinggal. Aku dah tiada tempat untuk kembali dan hidup aku dah sememangnya musnah sebab kembali ke sini but look at the bright side.” Ivy memeluk lututnya dengan senyuman sedih. “I’m free. Aku dah tak perlu berusaha untuk banggakan ibu aku lagi, tak perlu menyusahkan diri aku dengan orang lain, dan aku tak perlu risikokan nyawa aku lagi. This must be fate—” Ayat Ivy terhenti bila sepasang tangan memeluk Ivy dengan erat.

“Maafkan aku..” Bisik Hansel dengan dagunya di kepala ivy. “Aku betul-betul minta maaf.”

Ivy tertunduk cuba menyembunyikan rasa sedihnya sebelum tergelak. “Dude… lighten up. Bukannya kau sepatutnya gembira ke aku dah kembali? It’s not like I’m completely useless and alone.” Mata Ivy mula berair, rasa sebak didada mula mengambil alih tapi dia tetap tersenyum. “I still have you guys right? Kau akan tetap jadi Best Guy Friend aku walaupun aku kelihatan pathetic macam ni kan?” Soalnya cuba buat lawak tapi nada suaranya yang pecah mengkhianatinya. Dia menyembunyikan wajahnya pada lengan Hansel. “Right….?”

Hansel memejamkan matanya dengan erat. Oh god… what have I done? Aku hanya lembih menyakiti Ivy… Desis hatinya rasa bersalah dengan kawannya sekarang ni. Dan kau fikir kau masih layak menjadi kawan Ivy….  

Hansel tertawa paksa. “God Damn Ai… you always such a crybaby.” Kutuknya membuat Ivy ketawa dalam kesedihannya “Plus mulut kau macam bau longkang. Berapa gelen minuman keras kau minum?”

Ivy tersenyum pahit dan menggenggam erat tangan Hansel. “I hate you, you know that?”

Senyuman Hansel pudar untuk seketika. Ivy bersuara seperti dia dalam kesakitan. Hansel memejam matanya, Apa dia boleh buat kepada perempuan ni untuk tebus kesalahannya kepada Ivy?

 “I know.” Itu sahaja Hansel boleh jawab sekarang ni.

“Disebabkan kau aku kehilangan segala-galanya.” Bibir Ivy menggeletar, dia cuba menahan diri dari jatuh pecah, berpaut pada tangan Hansel dengan erat. “Aku betul-betul bencikan kau.”

Oh Lord… jantung Hansel rasa seperti di cengkam oleh seseorang. Dia tidak ingin melihat Ivy seperti in, Dia rasa seperti dia dah mengkhianati perempuan itu. “I know.”

“Please… Don’t ever leave me alone… aku dah tiada siapa-siapa lagi selain kau di Enchanted ni.”

Hansel memeluk Ivy dengan erat. “I won’t, believe me I will not leave you. I promise you that. Aku akan sentiasa ada bila kau perlukan aku. I swear I’ll never leave you alone.” Aku pastikan kau takkan disakiti dan keseorangan di sini desis hatinya, membuat silent vow pada dirinya sendiri.

Diaval yang berdiri di tepi Ivy hanya melihat anak jagaannya menangis didalam dakapan lelaki yang telah mengkhianatinya. Kalau Diaval dalam bentuk manusia, dah tentu dia akan belasah Hansel cukup-cukup kerana buat Ivy menangis. Tapi dia tak dapat buat apa-apa dalam bentuk sebenarnya.

Dia rasa tak berguna sebagai penjaga Ivy. Dia tak boleh bercakap dengan Anak jagaannya, tidak boleh tenangkan Ivy, tak boleh lagi bagi nasihat bila Ivy perlukannya. Tak boleh jaga dia langsung selain memantau dan melihatnya seperti ini. ini semua kerana Ivy tidak boleh menggunakan magicnya lagi.

Mereka dalam posisi seperti itu untuk beberapa minit. Hansel membiarkan Ivy bersedih dalam senyap sehinggalah perempuan itu bersuara; “Tell me something Hans…”

“Anything..” balas Hansel.

“Aku ada buat sesuatu kat Putera George semalam kan?”

“Yes—” Ayat Hansel terhenti dan matanya terbeliak buat. “I-I mean—”

Ivy terus menepis tangan Hansel dan merenung tajam kearah lelaki itu. “A-Hah! You admit it. Now, tell me!”

Hansel agak terkejut bila Ivy bangkit, berlutut di atas katilnya untuk separas denganya. Bukan itu sahaja, mata Ivy tak merah langsung. Berair tapi tak merah. “K-kau tipu aku!”

“Itu sebab kau pun tipu aku!” Dia terus mencengkam collar baju Hansel. “Tell. Me. Or I will Pummel you!

Hansel menelan air liur kelat. Untuk seorang perempuan yang dah kehilangan hidupnya, kemarahannya tak pernah punah. “Kau takkan suka bila kau tahu apa kau buat semalam.”

Muka Ivy terus naik merah. “I did something stupid didn’t I?”

“Plural.” Hansel berkata. “something’s’…”

“There’s more???” Ivy rasa sakit kepalanya datang balik. “Oh lord—Just tell me.”

“First kau kena bagitahu aku something. Kenapa kau cakap kat Putera George yang aku boyfriend kau?”

“What?” Ivy menjungkit kening. “Aku tak pernah cakap kau boyfriend—” Ivy teringatkan masa dia dengan Louis di atas bumbung Perpustakaan semasa Ivy mengaku dia ada boyfriend. Louis ingatkan Hansel boyfriend aku…. “Dia dah salah faham.”

“Well, whatever the case is… sekarang satu academy tahu kau dan aku ada hubungan.” Katanya membuat Ivy pucat. “Yes, that means my sister too.”

“Mereka tanya kau pasal hubungan kita ke?” soal Ivy cuak dan melihat Hansel mengangguk. “Then apa kau cakap kat dorang?”

“First let me go. Longgar baju aku nanti.” Hansel turunkan tangan Ivy dan perbetulkan bajunya yang senget. “Second, rawat lengan kau tu—”

“Nanti belakang.” potong Ivy. “Bagitau aku apa kau beritahu mereka.”

Hansel mengeluh. perempuan ni lebih pentingkan kisah semalam dari lukanya. “Aku dah kata kat dorang kita ada ‘hubungan’—yang tak pernah wujud—kepada mereka dan kita break semasa kau nak ke Enchanted.” Katanya membuat Ivy lega. “Yeah, looks like mereka ingat kita akan kembali bersama memandangkan kau dah kembali ke sini.”

“Not a chance.”

“AKu pun fikir macam tu.” katanya dengan senyuman nakal. “Oh dan Gretel berang dengan kau sekarang ni.”

“Sebab kita sembunyikan ‘hubungan’ palsu tu kat dia?”

Hansel menggeleng. “Aku beritahu dia aku yang nak putuskan hubungan kita, kerana aku marahkan kau pergi ke Enchanted. Walaupun kita dah break kau nak jugak tolong aku untuk satukan kitorang. so, dia tak marah sangat dengan kau. Yang buat dia berang ialah kau dan Putera George.”

“Oh no….” muka Ivy yang pucat tambah pucat dari sebelumnya.

“Oh yes..” Hansel tersenyum sinis. “Kau kiss Putera Camelot tu depan ‘ex-boyfriend’ kau. Bukan depan Gretel je tapi kawan-kawan kau sekali. Dan juga Putera Edward, Puteri Ezra dan Puteri Charlotte—By the way, asal kau banyak kawan kerabat diraja? Bukannya kau benci orang macam mereka ke?”

“I didn’t. Aku takkan berkawan dengan mereka bertiga kalau aku tahu mereka puteri dan the rest is history, mereka nak berkawan dengan aku bukan aku nak dengan mereka.” katanya sambil mengetap gigi.

“Dan Putera George?” Hansel menjungkit kening tidak percaya. “lelaki tu perfectionist. Mustahil korang boleh berkawan. Plus, bukan aku dah bagi amaran jangan dekat dengan dia ke?”
Muka Ivy terus naik merah dan sembunyikannya dengan berdehem. “It’s a long story Hans.” Katanya cuba mengelakkan diri tapi melihat dari wajah Hansel, Ivy tahu dia tak boleh tukar topic. “fine, long strory short; kami bermusuh, yes tapi jadi civil sebab adik kau suruh. Dari civil terus jadi kawan—tak, kami masih saling membenci sebab dia buat hidup aku merana setiap hari dengan adik dia.”

“Melihat perangai Putera George dengan kau, aku tak rasa putera tu bencikan kau.” Hansel bersuara masih tidak percaya.

“It’s hard to explain dad!” sahut Ivy dengan muka merah. Kenapa lah Hansel ni macam orang tua? sama dengan Gretel, asyik membebel je! “Let just say, walaupun kami dah berbaik, perangai nak rosakkan hari indah sesama sendiri masih tak lenyap lagi dan adik dia masuk campur sekali. Capiche?”

Kening kiri Hansel terjungkit tinggi, sakit hati mendengar Ivy panggil dia ‘dad’ seperti dia ni orang tua yang menangkap anaknya keluar date dengan lelaki yang tidak dikenali. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. “Okay. Short story, semua orang tahu kita ni ada sejarah tersendiri dan kau kiss putera terpenting Enchanted—Kenapa dengan muka tu?” Soal Hansel melihat Ivy seperti nak meletup tapi pegelangannya tidak percikkan elektrik. Hanya mukanya sahaja yang merah.

“I… k-kiss George?”

Hansel memutarkan bola matanya. “Jangan nak dramatic sangat lah, aku dah kata tadi dan kau tak bagi sebarang riaksi—”

“Itu sebab aku terlalu focus kat Gretel!” sahutnya dengan menyentuh kedua pipinya yang merah. “Oh God…. Oh noooo…. What have I done? Hans, cam mana boleh jadi macam ni??”

Hansel menjungkit kening sebelum senyuman meleret terukir di hujung bibirnya. “Oh yeah…. Aku lupa, kalau kau kiss Putera George itu bermaksud first kiss kau kat Putera Raja tu—”

“It’s not funny!” sahutnya malu, mukanya dah berubah kepada beberapa jenis warna merah dan ia panas!! Musim salji dah tamat ke? sebab Ivy tak rasa sejuk langsung! Dia berpeluh sekarang ni. “Oh dear… Charlotte akan bunuh aku—tak Julliana will kill me—no-no-no-no… satu academy ni akan bunuh aku.”

Hansel hanya mentertawakan muka merah Ivy dan mendapat renungan maut dari ahli sihir merah itu. “F*ck you, Hans.

Hansel berhenti ketawa dan mengangkat kedua tangannya keudara. “Oops, sorry.” Hansel tersenyum nakal. “Aku rasa baik aku panggil nurse untuk rawat lengan kau tu. So, don’t kill yourselve out of embarrassment while I’m gone. Okay?” Hansel tersenyum tayang gigi dan bergegas keluar bila Ivy melontar bantalnya kearah lelaki itu.

Ivy pula tambah merah dari sebelumnya. “Diiiiiiiiiii…. Apa patut aku buat?? Ini memalukan sangat!!” rungutnya sambil menutup muka. “Aku dah tak boleh berdepan dengan dorang selepas ni!”

Diaval hanya mengangkat kepak kepada Ivy membuat Anak Jagaannya rebah di atas katil dengan tangisan memalukan. “I want to diiiiiiieeeeeeee!!” tangisnya lagi dan menarik selimut menutup satu badannya. Membuat dirinya seperti kepompong di atas katil tersebut.

“I wanna die…..” bisiknya lagi berulang-ulang kali dengan muka padam. Kalau boleh dia koma pada saat tu jugak kerana terlalu banyak darah naik ke kepalanya.

Dan dalam beberapa hari itu… Ivy mengelakkan diri dari berdepan dengan Louis dengan alasan dia sibuk dengan exam dan mengubah suai jadual programme empat tahunnya di Academy itu bersama Pengajar-pengajar Academy dan juga mengelakkan perbualan yang ada kena mengena dengan putera raja Camelot; George Alexander Louis bersama kawan-kawannya. Sehinggalah tamat satu semester itu.

.


.

“Kau takkan stay kat asrama selama 3 bulan!”

“Then ke mana lagi aku nak pergi? Balik Vicious? Confirm kau takkan jumpa aku lagi.”

“Then kau balik dengan kami.”

>X<

(A/N: Berhuhuhuhu dengan burung-burung yang berkicauan~~ MWAHAHAHAHAHAHAHA *Laugh histerically*)

25th

2 comments:

  1. Replies
    1. Please be patient~~~~ (,,^__^,,) Angah is on its way to finish the next chapter (^3~)

      Delete