Seventeenth F.A.T.E

Three Blind Mice

“Ivy dah okay?”

“Hm. Aku tak rasa dia akan jumpa Jack lagi.”

“Apa kau buat kat dia?”

Tuanku. Mind your own bussines.”

>X<

Ivy merenung batu transport di atas meja belajarnya. Seperti dia menunggu riaksi dari batu tersebut bertukar menjadi sesuatu selain dari batu kecil berwarna amber. Ivy tahu ia tidak akan berubah ke apa-apa bentuk kerana ia tidak berfungsi seperti itu, batu itu hanya berfungsi sebagai transport seseorang ke suatu tempat—dan tempat itu telah dispesifikkan, hanya ke Menara Pengetua Merlin.

Kenapa Ivy memandang pelik batu transportation itu? Jawapannya sangat senang. Sebab Orang tua kerepot tu mengelakkan diri dari Ivy selepas kejadian pada malam Grand Finale Ezra! Selepas sketsa di dalam bilik rawatan, Ivy tidak lagi dapat berjumpa dengan orang tua itu kerana kelas magicnya sentiasa dibatalkan tanpa sebab dan sprites academy yang sampaikan berita tentang kelas dibatalkan. Sentiasa dibatalkan. 3 minggu 4 hari bersamaan 7 kelas magic Ivy tidak masuk dan satu habuk pun dia tidak pelajari tentang good magic.

Dan sekarang batu transportation ke menara orang tua itu tiba-tiba muncul diatas mejanya? Sebaik sahaja Ivy keluar dari bilik mandi, dengan badan masih berjubah mandi dan dan rambut berbalut dengan tuala, nak bersiap untuk harinya di Perpustakaan untuk membongkar lebih banyak rahsia didalam Enchanted itu tapi terbatal bila matanya ternampak batu berwarna kuning yang tidak bersalah itu bersama seutus surat kecil dibawah batu tersebut yang tertulis; ‘Meet me as soon as you get this –P.Merlin.’

Oh sekarang baru dia nak jumpa aku? Nak masuk sebulan kau mengecut dari aku, melarikan diri sebab takut aku soal kau tentang kejadian malam Grand Finale tu… kau ingat sebulan ni akan buat aku lupakannya ke? Macam kau orang tua membuang subjek dari kepala hotak aku ke? Oh hoooo…  No.. No!

Bila Ivy the Devil inginkan sesuatu, dia tidak akan berhenti sehingga dia dapatkannya! Dan dia akan dapatkannya ini hari jugak!

Ivy segera membuka balutan rambutnya melontar secara rawak tanpa sengaja terkena burung gagaknya yang tidur di tiang rehat, hampir terjatuh kerana tuala lembab yang berat itu. nasib baik dia cepat bertindak, terbangkan dirinya sebelum jatuh terhempap di atas karpet bilik dan mendarat di atas meja belajar Ivy.

Diaval menggoncang badannya sebelum menyahut marah sambil kembangkan kepaknya tanda amaran. Dia ingin menjerit sekali lagi tapi terbatal bila kakinya terlanggar batu kuning itu. terbaca nota tersebut sekali.

Diaval kembali memandang anak jagaannya yang bergegas memakai pakaian dalam sebelum mencapai mana-mana seluar; merupakan tight jeans dan sarungkan pada kakinya dan mencapai mana-mana baju terdekat; merupakan singlet printed tiger dan leather jaket kegemarannya. Dengan rambut yang lembab dia mengikat rambutnya style rambut ketat dan berdepan dengan cermin panjang. Mengenakan make up—yang sememangnya wajib bagi Ivy, pada wajahnya.

Ivy mendengar Diaval menyahut dan melihat ke tepi mejanya. “Oh Morning. Baguslah kau dah bangun. Aku ada hal sikit dengan Pengetua Merlin. Remember that mystery boy I told you di dalam bilik rawatan hari tu? Aku nak dapat jawapan tu sekarang jugak! Bye!” Ivy mengambil batu tersebut, masukkan dalam poketnya, kasut bootnya di bawah katil dan beg sandangnya di tepi katil. Bergegas keluar dari bilik dan Diaval segera terbang ke bahunya. Semasa Ivy membuka pintunya dan ingin menyoal kenapa Diaval ingin mengikutinya, persoalan itu tersekat di hujung lidahnya bila dia terserempak dengan Roommate Ivy; Ezra tercegat di depan pintu dengan posisi ingin membuka pintu mereka.
“Oh Ivy…”

“Ezra..” sapa Ivy dan melihat roommatenya dari atas hingga bawah, sesuatu tentang Ezra membuat kening Ivy terjungkit. Dia tidak kelihatan seperti Ezra yang selalu. Always compose herselves and always look perfect. Tapi kali ini bahunya terjatuh dan dia riak wajahnya tertera mengatakan dia keletihan. Plus rambutnya agak kusut masai. “Kau kena sumpah lagi ke?—

“No.” jawab Ezra cepat, agak sakit hati. “Aku hanya penat okay… Aku hanya… Aku…” Dia mengeluh dan mengusap rambutnya membuat ia tambah serabut. “I have a rough day that’s all.”

“Kau? Rough day?”

Ezra melontarkan jelingan dinginnya dan berdecit. “As the first princess and future ruler of Arendale, juga calon bakal pemerintah Enchanted; aku hari-hari menghadapi hari yang sukar. Aku hanya tak tunjukkan depan kau sahaja.”

Ivy menarik sengih pada ayat Ezra, entah kenapa dia rasa terharu-sedikit-yang Ezra tunjukkan dirinya yang sebenar depan Ivy. Mungkin ini sebab Ivy telah menyelamatkan nyawanya dan akhirnya mempercayai Ivy. Walaupun Ezra tak pernah mengaku tapi Ivy tahu. Melihat kelakuannya sebulan ini membuktikan Ezra tidak lagi berjaga-jaga setiap kali bersama Ivy malah tunjukkan perangai buruknya setiap malam di bilik mereka. Ezra telah membuktikan pada Ivy yang dia bukanlah makhluk dingin yang tiada perasaan tapi dia juga manusia. Manusia yang mempunyai kelemahan.

“Oh.. yeah, aku lupa pasal pangkat kau. Patut lah kau tak balik semalam, aku ingatkan kau dah rasa malu berdepan dengan aku sebab maruah kau time Grand Finale—Oh hey, aku ada bath bom aroma terapi kat almari bilik air aku.” Dia segera tukar topic bila Ezra memberikan renungan dinginnya, Ivy hanya berikan senyuman nakal, tidak pernah berhenti mengusik roommatenya itu. “You can use it to release stress.”

“Kau nak berikan aku barang kau?” Soal Ezra dengan curiga. “Kau pasti ke bath bom kau tu tak beracun or anything?”

Ivy memutar bola matanya dengan senyuman. “Come on, kalau aku nak bunuh kau pun aku akan guna magic aku sendiri.” Katanya mengusik. “Pakai je lah, kau tahu kau perlukannya, just try it dan kalau ada apa-apa terjadi kat kau, aku tanggung akibatnya okay?”

“Really?” Soal Ezra masih tidak percaya.

Ivy bercekak pinggang. “Take it or leave it.”

“Oh… okay baiklah!” Ezra mengangkat tangan mengalah sebelum tersenyum kecil. “Aku akan try bath bom kau tu and thanks.”

“My pleasure.” Jawab Ivy dengan senyuman bangga dan bergerak ketepi untuk beri laluan Ezra masuk ke bilik mereka. “Ambil dua biji bath bom warna merun hijau. Biarkan ia selama 5 minit sebelum kau terjun dalam bath tub okay?”

 “Okay… Oh dan kau nak ke mana awal pagi ni? Setahu aku kelas kau petang ni je.”

“Pengetua Merlin.” Jawabnya singkat membuat Ezra mengangguk. Tidak lagi mempersoalkan Ivy. “Then aku pergi dulu.”

Ezra mengangguk sekali lagi. “Have fun!”

“Oh I will.” Ivy sempat melihat dari bahunya dengan senyuman tayang gigi dan bergerak turun dari tingkat biliknya, menuju ke Jambatan sekolah.

Diaval ada menyahut, memberitahu Ivy sesuatu tapi Ivy tidak memahami burung gagak itu. Melihat dari mata Diaval, burung gagak itu kelihatan risau.

“Don’t worry. Pengetua Merlin tidak akan cederakan menteenya sendiri hanya kerana aku tanya pasal lelaki pelik tu. Dia tak boleh guna magicnya untuk cederakan orang, its againt his vow to Good.”

Bukan itu yang Diaval risaukan. Dia lebih risaukan Ivy yang ingin menyoal Wizard Merlin lebih dari itu. Soal orang tua itu  tentang masalah Enchanted. Ivy tidak sepatutnya tahu tentang ini semua sebab tu mereka merahsiakannya dari Ivy. Ia bukan masalah Ivy dan mereka tidak percayakan Ivy untuk berkongsi masalah dengan anak jagaannya. Diaval tahu sebab orang Vicious juga mempunyai rahsia yang mereka tidak boleh beritahu kepada Ivy. Diaval taknak Ivy tahu semua ni, dia taknak Ivy masuk campur dalam masalah mereka. Dia nak lihat Ivy menjalani hidupnya seperti orang biasa. Tanpa masalah merumitkan seperti ini mengganggu minda dan emosinya.

“Ivy!”

Semasa Ivy ingin teleportkan dirinya ke menara pengetua Merlin, satu suara yang dikenali memanggil namanya membuat Ivy berpaling ke arah laluan Academy dan terlihat trio princess datang mendekati mereka, Hana yang paling hyper berlari kearahnya dan rempuh ahli sihir muda itu dengan satu pelukan yang erat hampir buat mereka berdua terjatuh tapi nasib baik Ivy bergerak pantas.

“Nasib baik kitorang jumpa kau!”

Ivy hanya menggangguk tidak selesa pada puteri hyper itu dan cuba melepaskan diri dari cengkaman maut Hana. “Uhmm—Hanna let go… dan kenapa dengan aku?”

Hanna melepaskan Ivy tapi dia tetap memegang tangan ahli sihir itu. “Untuk apa lagi? kau tak dengar ke berita heboh tentang Putera George dengan Hansel?”

Mendengar nama dua lelaki itu menarik perhatian Ivy, memandang kearah dua lagi kawannya. “Kenapa dengan mereka?”

Gweneth hanya tersenyum nakal dan menyentuh belakang Ivy, menolak ahli sihir itu menuju ke Wing C dengan Hanna pula menarik tangannya. “Kalau kau nak tahu, apa kata kau ikut kitorang ke Wing A. Nanti kita terlepas pulak.”

Ivy memandang Gweneth dan Hanna beberapa kali sebelum memandang Apple Red. “Apa yang kita akan terlepaskan ni???”

Apple Red hanya ketawa kecil disebalik tangannya. “You’ll see when we get there.”

“Cepat lah! Aku taknak terlepas satu pun perlawanan mereka!” sahut Hanna menarik tangan ahli sihir itu, tidak sabar.

Mendengar ayat ‘perlawanan’ membuat perut Ivy kecut dan pucat satu badan. Mereka nak berlawan? Oh no…. Tanpa buang masa Ivy terus memecut pergi hampir buat Hana terjatuh tapi puteri Hyper itu bertindak pantas dan mengekori Ahli sihir tersebut.

“Jumpa korang kat Wing A!” sahut Hanna kepada Gweneth dan Apple Red yang kebuntuan dan mengejar Ivy dari belakang.

Ivy berlari sepantas yang mungkin menuju ke Wing A dan perasan ada sekumpulan pelajar berkumpul di laluan tersebut melihat kearah padang latihan yang juga dikelilingi dengan ramai pelajar academy.

Ivy cuba masuk kedalam kalangan pelajar itu untuk melihat apa yang sedang berlaku tapi gagal jadi dia pergi ke salah satu bilik kosong yang mempunyai tingkap balcony dan melihat dari situ.

Mata Ivy terbeliak bulat bila dia lihat Hansel dan Louis berada di tengah-tengah padang latihan dengan tangan masing-masing memegang sebilah pedang dalam posisi bersedia untuk melawan antara satu sama lain.

“What the f*ck are they doing??” Soal Ivy bila Hana tiba di sisinya.

Hanna yang termengah-mengah dari berlari tadi menarik nafas dalam sebelum bersuara; “Mereka sekarang dalam kelas mempertahankan diri—by the way, kau lari laju giler!”

“Tapi Putera George Third Year dan Hansel first year, macam mana pula mereka boleh dalam satu kelas?” Soal Ivy dengan nada kurang sabar. Inginkan penjelasan yang tepat mengapa dua musuh itu berdepan sesame sendiri—dengan benda tajam didalam tangan mereka?! They will kill each other! Literally!

“Instructor Zorro is on duty di kerajaannya untuk beberapa minggu ni jadi dia digantikan dengan instructor baru, disebabkan dia baru bekerja, kelas mereka disatukan untuk Lord Elm tunjuk ajar pada instructor baru macam mana nak mengajar pelajar dalam kelasnya teknik mempertahankan diri. Sebab tu third year dan first year satu kelas untuk kali ni.”

“Kenapa kau risau semacam ni Ivy? Masih risaukan ex-boyfriend kau?” Gweneth akhirnya datang menyertai mereka bersama Apple Red. Gweneth menyandar pada railing balcony itu dengan senyuman nakal terpapar pada wajahnya. “Aku ingatkan korang dah jadi sejarah.”

Mereka berdua akan jadi sejarah kalau mereka teruskan perlawanan ni!” Marah Ivy sehingga menarik perhatian orang disekelilingnya tapi Ivy endahkan pandangan itu seperti selalu. “Euughh… This is pesposterious!” bisiknya sambil menyentuh dahi. Fed up melihat dua musuh ketat itu akan bersilang pedang tidak lama lagi.

“Tak sangka Ivy juga akan muncul untuk melihat perlawanan kita.” Hansel tersenyum nakal melihat Ivy di balcony tingkat satu sedang menepuk dahinya, tahu sangat Ivy risaukan tentang mereka berdua.

Louis berpaling kebelakang dan melihat Ivy di atas balcony itu. Putera ini menarik sengih bila lihat Ivy menuding jari kearah mereka berdua sebelum menjerit; ‘you two better play fair!’ dengan nada amaran. “Kita akan buat dia lemah jantung nanti kalau dia lihat kita berlawan.”

Hansel tergelak sinis, kembali pada posisi bersedianya. “Adakah itu bermaksud Tuanku akan serang saya dengan sepenuh tenaga Tuanku?”

Louis kembali memandang Hansel dan juga berdiri dalam posisi lawannya. “Kalau itu yang kamu nak. Saya gembira tunaikannya.”

“Then bring it on.” Cabar Hansel.

“as you wish!”

Dan dua musuh lama ini berlari kearah satu sama lain dan menghayunkan pedang mereka. Bermulalah perlawanan pedang antara mereka berdua.

Instructor Putera George; Lord Elm yang berbadan sasa hanya menggeleng melihat dua pelajar berlainan pangkat itu berlawan tanpa mendapat arahan dari dia. “Instructor Jack, betul ke ada sejarah gelap antara mereka berdua?” Soal Lord Elm kepada seorang lelaki serba hitam di sebelahnya, instructor baru kepada budak tahun pertama.

Jack yang memeluk tubuh bersama senyuman menawan yang menayang gigi taring itu hanya mengangguk dengan mata yang tidak lekap dari perlawanan dua ‘pelajar’ mereka. Terhibur melihat Louis dan Hansel berlawan sepenuh hati mereka, bukan atas latihan tapi membalas dendam.

“Yup. Dahulu kecil Putera George dan kawan-kawannya suka buli Hansel sebelum Hansel pergi ke Tanah seberang. Melihat cara mereka berlawan, saya pasti mereka sedang melangsaikan hutang lama.” Katanya dengan slamber membuat Lord Elm menjungkit keningnya yang tebal.

“Sebab ini kah kamu pasangkan Putera George dan Hansel? Untuk melihat mereka bergaduh dan mungkin Putera George akan cederakan Hansel.”

Jack ketawa sepenuh hatinya, terlalu  terhibur melihat sketsa sengit dihadapannya tambahan pula seorang ahli sihir yang risau berada di balcony tingkat satu wing A, takut melihat dua orang yang penting baginya cederakan satu sama lain. Oh this is so exciting to watch!

“Jangan pandang rendah pada Hansel..” katanya dengan mata tertumpu pada Hansel seorang. “Putera George mungkin bersedia dalam pertempuran tapi Hansel berpelangaman dengan pertempuran dengan lawannya. He is from Vicious after all.” Mata emas Jack bercahaya, teruja melihat perlawanan sengit antara mereka berdua.

Hansel tertolak kebelakang dari hayunan pedang Louis, membuat dia kebelakang beberapa langkah. Hansel menarik sengih, agak kagum dengan cara berlawan Putera bongkak yang agak halus itu. hampir sempurna.

Louis kembali pada posisi bersedianya dan tersenyum nakal. “Heh, tak sangka kau masih boleh berdiri. Aku jangka selepas satu atau dua serangan kau dah tumpas.”

“Jangan pandang rendah dengan lawan Tuanku. Apatah lagi lawan tuanku datang dari Vicious. Tuanku ingat saya kembali dengan tangan kosong ke?” Soalnya dengan senyuman sinis sebelum berlari untuk menyerang Louis sekali lagi. “I have the best partner to train with in Vicious!” jeritnya dan menghayunkan satu serangan pada Putera itu.

Pedang mereka bersilang beberapa kali menghasilakn percikan antara pedang mereka dan bunyi yang membingitkan telinga.

“Oh really? Dan siapa partner malang kau tu?” Louis menyerang Hansel di perutnya tapi lelaki vicious itu segera mengelak, berputar 360 darjah sambil menghayun pedangnya pada lawannya tapi Louis segera membelakangkan diri sebelum lehernya dipancung oleh pedang Hansel.

Mereka berdua kembali dalam posisi mereka, jauh antara satu sama lain dan hilang nafas sedikit dari perlawanan mereka.

“Watch your mouth Tuanku. Partner aku tak lain dan tak bukan Ivy the Devil.” Hansel menepuk belakangnya secara mental kerana telah Berjaya mencabar keangkuhan putera bongkak itu dan senyuman menjengkelkan pada wajah Louis digantikan dengan wajah tegang, marah pada Hansel.

“Apa yang mereka cakapkan tu?” Soal Ivy bila dia dengar pelajar di bawah mula berbisik sesame sendiri sebelum menjeling kearah Ivy secara senyap. “mereka cakap pasal aku kan? Aku tahu mereka cakap pasal aku! HANSEL SHUT THAT DAMN MOUTH OF YOURS!!” Jerit si ahli sihir nak je terjun dari balcony itu dan belasah Hansel dengan tangannya sendiri tapi Hana dan Apple Red menghalangnya.

Hansel yang mendengar amaran Ivy ketawa pecah perut. “Babe, Aku hanya puji kau! Betapa bagusnya kau sebagai pasangan aku! Tu je!”

Gweneth, Apple Red dan Hana berpaling melihat Ivy dengan senyuman nakal, kening terjungkit menunggu keterangan tentang ‘pasangan yang baik bagi hansel’. Diaval juga memandang kearah Ivy dengan wajah tak percaya.

Ini buat muka Ivy naik merah. “Well don’t! Just shut up Han—HANSEL!

Hansel segera melindungi dirinya bila Louis menyerang dia tanpa amaran dan pedang mereka bersilang sekali lagi. Cuma kali ini mereka main tolak menolak.

Hansel menarik sengih. “Did I touch a nerve there? I Did, did I? See? perkara macam ni akan terjadi bila korang menjalinkan hubungan rahsia. There’s always be a man trying to get her attention. And there’s nothing you could do about it.

“Arrgh!” Louis menolak pedangnya sekuat hati dan menghayunnya semula kearah Hansel tapi lelaki vicious itu berjaya menahannya sekali lagi, permainan tolak menolak berlaku lagi.

“Uuu… someone’s jealous!” bisik Hansel dengan nada sarkastik. “Come on lah Tuanku, Kau tahu hubungan korang takkan ke mana. It only end up in tears. Revenge and then Blood. Mengetahui Ivy seorang Vicious dan Tuanku orang yang lemah, tentu tangan Ivy berlumuran dengan darah Tuanku sendiri.” Katanya dengan nada terhibur, perangai Viciousnya kembali naik bersama senyuman terhibur melihat wajah berang Louis.

Louis berhenti melawan pedang Hansel, membuat musuhnya jatuh kehadapan dan Louis bergerak pantas; tundukkan badannya ke bawah dan menendang kaki Hansel membuat lelaki vicious itu jatuh diatas tanah.

Louis kembali berdiri dan arahkan pedangnya pada leher Hansel. “Jangan pernah panggil aku lemah.” Katanya dengan nada mengancam. “Dan kau tak tahu apa yang aku rancangkan untuk hubungan kami.”

Hansel merenung tajam kearah putera itu sebelum menarik sengih. “let me guess? Broke her heart and leave her?!” Hansel mengumpul segenggam tanah dalam tangannya sebelum melontar ke muka Putera George.

Putea Raja itu segera memejamkan matanya dan membelakangkan diri dari Hansel. Hansel mengambil kesempatan ini untuk bangun dan kembali berlawan.

“Okay, ini dah melampau.” Lord Elm bersuara, ingin mengambil pedangnya untuk menghentikan mereka tapi Jack menghalangnya. “Instructor Jack. Tolong jangan halang saya, mereka perlu dihentikan.

“Just give them a few more minutes.” Kata Jack dengan senyuman nakal. “Saya nak lihat ke mana pertempuran ini bawa mereka.” Mata Jack beralih pada si ahli sihir jelita di balcony, kelihatan seperti dia nak belasah dua lelaki itu.

“Oh this is bad for my heart!” marah Ivy sambil mengurut-urut dadanya cuba tenangkan perasaan marah yang dah nak capai ke kemuncak, bersedia untuk meletup dan hancurkan segalanya.

Dia geram melihat dua lelaki bebal itu kembali berlawan dan kali ini bertambah serious dari sebelumnya. Tertera pada wajah mereka, yang mereka ingin membunuh satu sama lain. Hansel ni pun satu, asal pandai sangat pergi provoke Putera Raja itu? dan main tipu?? Dia dah kalah kenapa nak lontar tanah ke muka Louis pulak? Dia saja je kan nak tengok musuhnya berang! Saja je kan nak balas dendam dekat Louis?!

Kalau mereka terselamat dalam perlawanan pedang mereka ni, Ivy akan belasah mereka pula dan bagi pengajaran kepada mereka untuk tidak buat Ivy hampir kena lemah jantung lagi!

I will pummel them both straight to hell!

“Lets make a bet.” Louis bersuara setelah menyelamatkan diri dari serangan mendadak Hansel, Louis mengelap darah yang mengalir di pipinya akibat lambat bertindak dan pipinya tercalar oleh mata pedang Hansel.

Hansel pula mengoyakkan lengan bajunya yang terkena hayunan pedang Louis, kecederaan pada lengannya itu tidak terlalu dalam tapi tetap menyengit. “Now you make it a little interesting.”

Louis mengecilkan matanya kearah Hansel. “Siapa menang, Ivy sebagai ganjaran. Hows that?”

“Dan yang kalah akan jauhkan diri dari Ivy?” Soal Hansel dan Louis mengangguk. “Nampaknya Putera Camelot ni dah dasperate…”

Louis menarik sengih. “Kau juga dasperate. Takut aku rampas Ivy dari kau. Aku tahu kau benci bila Ivy lebih memilih aku dari kau, sebab tu kau provoke aku. Kau juga cemburu.”

Kali ini Hansel rasa tercabar dan Louis tersenyum sinis. Mereka berdua dapat rasakan latihan pedang ini bukan lagi satu benda yang main-main.

Kerana mereka berlawan dengan serious seperti mereka berada didalam pertempuran sebenar. Cuba sedaya upaya menghayunkan pedang dalam tangan mereka untuk mencederakan pihak lawan.

Dan ia kelihatan sangat parah.

“Alright. Biar saya yang hentikan mereka.” Jack bersuara dah cukup melihat dua musuh lama ini cuba cederakan sesame sendiri. Dia mengambil dua bilah pedang nipis dari tempat simpan senjata.

Lord Elm melihat Jack merenggangkan pinggangnya dengan kedua bilah pedang dalam tangan. “Kau dah lama tak berlawan jack. Mereka berdua ni bukan pemain pedang sembarangan. They prepared for fight.”

Jack menarik sengih kearah Lord Elm dan tampil ke hadapan menarik perhatian semua pelajar. “Pengetua Merlin tidak akan ambil aku sebagai instructor Academy kalau bukan sebab kepakaran aku. Aku mungkin berkarat sikit tapi melawan budak dua ni kacang putih sahaja.”

Mata Ivy terbeliak bulat bila dia lihat lelaki serba hitam tampil ke tepi padang latihan itu dengan dua bilah pedang dalam tangannya. “Jack? Apa dia buat kat situ?” Oh sekarang Ivy bertambah cuak. Lelaki yang merbahaya itu juga akan masuk campur dalam perlawanan Hansel dan Louis.

“Dia Instructor baru untuk budak First Year.” Jawab Apple Red, tidak perasan riak wajah terkejut Ivy.

Oh no….. desis hati si ahli sihir ini, tidak percayakan Jack langsung untuk masuk campur dalam perlawanan mereka. Ivy hampir menjerit bila Jack memandang kearahnya sambil mengenyit mata sebelum masuk kedalam padang latihan.

OOooooo that sly bastard!!!

Semasa Hansel dan Louis bersilang pedang, mereka terkejut bila dua bilah pedang muncul di sisi mereka membuat dua pihak lawan ini membelakangkan diri jauh dari sesame sendiri untuk mengelak hayunan pedang nipis itu kearah mereka.

Louis dan Hansel terkejut melihat Jack berdiri di antara mereka dengan kedua bilah pedang dalam tangannya di depakan kesisi.

“May I join the fun?” Soal Jack dengan nada terhibur. Tersenyum sinis kepada dua pelajarnya itu.

“f*ck off Jack. Ini perlawanan kitorang berdua.” Marah Hansel dengan nada rendah.

“Ah you see gentlemen, bukan korang sahaja berminat dengat Cik Ivy the Devil kita.” Ayat itu dah cukup membuat Hansel dan Louis naik berang. Jadi Jack juga nak ikut serta pertaruhan mereka?

Jack menarik sengih. Jadi dua pelajarnya ini faham maksud Jack. “I think I made it clear enough.”

“Crystal clear!”

“F*cking clear!”

Sahut mereka berdua serentak dan berlari kearah Jack pada masa yang sama menghayunkan pedang mereka kearah musuh ketiga mereka.

Perkara yang mengejutkan semua pelajar yang melihat pertempuran mereka itu, Jack dapat menepis semua serangan dari Putera Camelot dan bekas Vicious itu dengan mudah. Jack seperti menari didalam perlawanan pedang mereka, menghalang dan menepis dengna cantik, riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang kesukaran langsung semasa dia lawan kedua pelajarnya itu.

Ini buat Ivy sakit hati. “Hansel! George! Kick that bastard butt!!” jeritnya membuat pelajar berdekatan dengannya memandang kearah Ivy.

Tiga puteri itu juga memerhatikan kawannya dahulunya menentang perlawanan ini sekarang bersorak untuk hansel dan George menang.

Tapi Jack tidak akan berikan kemenangan itu kepada sesiapa. Jadi dia tamatkan perlawanan mereka dengan membelit kedua pedang Hansel dan George dengan pedangnya sendiri sebelum melontar pedang itu dari pegangan mereka dan ia jatuh jauh dari mereka bertiga.

Jack mengambil kesempatan ini untuk mengarahkan kedua pedangnya pada kedua leher pelajarnya. Mereka bertiga berhenti bergerak, tiada lagi bunyi pedang bersilang atau jeritan menyerang kedengaran di tengah-tengah padang latihan itu, hanya nafas berat mereka yang kedengaran hasil dari memerah segala tenaga mereka untuk berlawan.

Pelajar lain yang melihat perlawanan itu terdiam kerana terkejut melihat pengakhiran yang tidak dijangka. Jack mengalahkan Hansel dan Putera George. Dua lelaki yang berlawan dengan sengit, dikalahkan dngan mudah tanpa Jack mengalirkan setitis peluh!

Lord Elm yang memecahkan keheningan suasana itu dengan satu tepukan perlahan dan akhirnya dituruti oleh pelajar lain, tepukan gemuruh dari semua pelajar untuk satu perlawanan yang sengit dari tiga pemuda itu.

Jack tersenyum bangga dan tunduk ala-ala gentlemen kepada mereka semua. “Thank you, thank you.” Katanya sebelum memandang Hansel dan George. “I win.”

George berdecit dengan geram dan pergi mengambil pedangnya yang terlontar beberapa kaki darinya.

Hansel pula mencapai lengan baju Jack, mencengkam baju lelaki itu dan menatap mata emas Jack. “What do you think you are doing?”

Jack memberikan senyuman manisnya. Terlalu manis dan memaksa Hansel melepaskan bajunya. “Now-now…. Saya minta maaf sebab masuk campur dalam pertempuran kecil kamu tapi seseorag kena hentikan permainan merapu korang ni.” Katanya dan menarik Hansel mendekati Putera George sebelum Jack menarik baju George juga, menarik kedua lelaki itu dekat padanya.

“Sementara korang berdua saling ingin membunuh sesame sendiri atas perasaan yang menyedihkan korang panggil cemburu ini hanya kerana whore witch itu. Korang tak perasan ada seorang lagi lelaki trying to get in her pants too.” Bisiknya hanya untuk mereka bertiga yang dengar, membuat Hansel dan Louis naik berang terhadap ‘instructor’ baru mereka ini.

Jack pula berikan senyuman sinis kepada mereka dan melontar kedua pelajarnya itu kepada rakan sekelas mereka masing-masing sebelum kembali berdiri di sisi Lord Elm. “Selesai.”

“dan kau kata kau dah berkarat.” Puji Lord Elm dengan senyuman bangga bermain dihujung bibirnya.

Jack tidak membalas kerana matanya tertumpu kepada Ahli sihir di atas balcony tingkat satu Wing A itu, kelihatan marah dan mata predator yang ingin membunuh. Dan mata itu jatuh tepat kepada Jack seorang.

Apa yang Jack buat?

Dia kenyitkan mata kearah Ivy membuat Ahli sihir itu mencarut satu perkataan yang sangat indah membuat semua orang pandang kearahnya dengan ekspressi wajah terkejut sebelum ahli sihir muda itu menghentak kaki dan masuk ke dalam baungunan academy itu dengan muka merah bak gunung berapi. Jack sumpah dia boleh nampak asap keluar dari telinganya.

“Alright Students! Next Pair up is Putera Xiao Ai dan Putera Ernest!” sahut Jack dengan senyuman lebar, mengendahkan dua pasang renungan maut yang dilontarkan padanya boleh buat dua lubang hidung baru di atas dahinya pula.

Dia mungkin perlukan rongga hidung lebih kerana udara di pagi hari itu sangat manis untuknya dan sayang sekali jika dia tidak dapat menikmati bau yang wangi itu. Bau seperti ketegangan dan kemusnahan.

.


.

“Oooooo… I want to kill that man!” Jerit Ivy dengan nada berbisik, menahan dirinya dari meletup. Bahunya ternaik dengan kedua penumbuk dekat dengan dadanya sebelum dilontarkan kehadapan seperti dia sedang bertinju dengan udara. Kiri, kanan, kiri, kanan, kanan, kanan!

Sepanjang hidup Ivy cuba menahan panas barannya, dia hanya ikut petua Puan Sally, iaitu menahan nafas dan kira sehingga 10 tapi setelah kena renjat lebih ratusan kali dan cederakan dirinya sendiri hanya kerana menahan dan juga kadang-kadang mengendahkan renjatan tersebut sehingga tangannya melecur, Ivy akhirnya dapat cara lain untuk melepaskkan geramnya.

Bertinju dengan udara.

Dia dapat idea ni beberapa hari yang lalu semasa dia dan Ezra bertekak lagi didalam bilik dengan Ezra membekukan sebahagian bilik mereka sementara Ivy hampir membakar dirinya sendiri—that’s unfair by the way, Ezra boleh bekukan bilik tapi dia tak boleh?—apapun, Ivy cuba menahan nafasnya dan kira sampai lebih 10 mungkin 100 untuk meredahkan kemarahannya tapi tidak Berjaya dan ia tetap merenjat Ivy tanpa henti.

Pada masa itu, disebabkan ivy geram dengan nada nyaring jeritan Ezra, takat sejuk suhu bilik itu membuat giginya berketar dan juga renjatan elektrik menyakitkan mengalir di badannya—Ivy snap. Dia terus menjerit keudara sambil melontar penumbuknya ke pelbagai arah dengan warak membuat Diaval dan Ezra terdiam. Terkejut melihat Ivy meronta-ronta seperti budak kecil, menjerit dan menumbuk udara sekuat hatinya sehingga dia penat sendiri. Rambut berserabut, baju kusut dan bernafas dengan singkat akibat penat meronta.

Pada masa itu jugalah Ivy mengetahui cara untuk tidak direnjat oleh gari sialan itu adalah dengan keluarkan kemarahannya secara fizikal, bukan secara magic. Kalau dia tahan kemarahannya dari mengalir keluar dari badannya, ia akan masuk kedalam sehingga ia menyentuh magical corenya sebab itu gari itu memberi riaksi bila dia marah. Tapi kalau dia lepaskannya dari badannya tanpa melibatkan sebarang magic, gari itu tidak akan merenjat Ivy.

Jadi selepas membuat penemuan itu, setiap kali Ivy rasa marah, dia kena terus keluarkannya sebelum ia berinteraksi dengna magical corenya dengna bertinju di udara dengan sekuat hati.

“Aku patut ambil kelas tambahan dalam seni bela diri kalau macam ni.” Kata Ivy dengan senyuman nakal, akhirnya lega selepas menumbuk musuh halimunan di hadapannya. Dia menarik nafas dalam dan menghembusnya keluar. “See? Tiada renjatan. Aku mesti ambil subjek seni bela diri—” sahutan nyaring Ivy membuat ahli sihir itu melompat dna menutup sebelah telinganya.

Ivy memadang kearah Diaval di bahunya, burung gagak itu kembangkan kepaknya memberi amaran kepada ivy, mungkin tentang subjek seni bela diri itu.

“What? Oh come on, it’s not that bad. Kalau aku belajar seni bela diri aku boleh lindungi diri aku sendiri tanpa bantuan sesiapa—Ouch!” menjerit kesakitan bila burung gagak itu menarik rambutnya dan ingin mencekik Diaval tapi burung itu terbang tinggi dan menyahut dengan nyaring sebelum terbang pergi meninggalkan anak jagaannya bersendirian di jambatan Academy itu.

“Dumb Bird!! Tunggu bila aku dapat kau nanti!” amarahnya sambil menunjukkan bulu limanya kearah burung gagak yang terbang pergi itu.

Ivy berdengus. Stupid bird…. Kadang-kadang aku tak faham sangat dengan menatang satu tu desis hatinya dengan bibir dicebik.  

“Oh whatever.” Dia lepaskan diaval dan berputar untuk berdepan dengan menara Pengetua Merlin. “Aku ada benda nak buat.” Ivy mengeluarkan batu transportation itu dan mengaktifkannya, membawa dirinya ke dalam menara the great wizard Merlin. Mata Ivy melihat sekitar menara tersebut, mencari mentornya jika orang tua itu ada di dalam menara. Matanya berhenti pada meja kerja di mana Pengetua Merlin sedang menulis sesuatu di atas helaian kertas, keningnya bertembung seperti apa sahaja yang dia tulis sangat penting.

Ivy tak dapat nak tahan dirinya dari rasa ingin tahu apa yang Pengetua Merlin tulis diatas kertas itu. Tidak ingin rasa dirinya halimunan didalam menara, Ivy berdehem menarik perhatian Pengetua Merlin dari kerjanya dan orang tua itu terus tersenyum melihat menteenya telah tiba. “Maafkan saya, saya tak perasan kamu dah datang.” Dia menghayunkan jarinya untuk menggulung kertasnya di udara sebelum masukkan kedalam laci meja kerja. “Maaf beberapa minggu ni saya tak dapat nak mengajar kamu sebab saya agak sibuk berkatian dengan urusan kerajaan dan juga menolong putera George dalam penyediaan dirinya sebagai pemerintah Enchanted yang pertama.” katanya bangun dari meja kerja ke rak buku di sebelah kiri, menarik beberapa buku usang dari rak tersebut. “Saya juga kena ke kerajaan lain sebab ada masalah sedikit terjadi di kerajaan Ababwa, sekali jumpa kawan lama di sana. Genie? Kamu kenal dia?” Soal Pengetua Merlin memandang Ivy seketika.

Ivy mengangguk. “Ya. Uhm… Pengetua—”

“Oh good! What a jolly man he is! Sentiasa ada hela magic yang menyeronokkan bila bersamanya.” Katanya dengan sebuah tawa riang. “saya juga pergi ke majlis meraihkan kelahiran anak pertama Puteri Briar Rose dan Putera Benjamin. It’s a little Prince Jeremiah. Saya kena ke sana untuk sampaikan blessing kepada putera kecil tu—Oh tentu kamu tak tahu siapa Puteri Briar Rose, dia anak kepada Permaisuri Aurora—” Pengetua Merlin berhenti mendadak bila dia sebut nama anak kepada Mangkat Raja Steven. Dia melihat wajah Ivy yang tidak berikan riaksi apa-apa tentang tu.

“Saya tahu apa yang Pengetua fikirkan dan… tak. Saya tak terasa langsung, ia kisah silam Ibu saya dan saya takda kena mengena dengan mereka.”

Pengetua Merlin mengangguk, agak lega mendengarnya dan kembali tersenyum lebar. Menayangkan barisan gigi putih tapi ada beberapa gigi yang dah tertanggal. “Apapun, beberapa minggu saya tiada di sini untuk mengajar kamu dan hampir mengambil keputusan untuk postpone kelas kamu untuk sem ini-

“Tapi Pengetua tak boleh-

“Saya kata hampir.” Potong Pengetua Merlin balik dengan senyuman disebalik janggutnya. “Tapi saya dah berjanji pada diri sendiri untuk mengajar kamu sehingga kamu capai tahap the Great Wizardry or sampai kamu habis sem ni….” Dia ketawa ‘berhohohoho’ dengan lawaknya sendiri tapi Ivy tidak faham langsung apa yang lawaknya tentang ayat Pengetua Merlin. Orang tua itu mengambil buku terakhir di rak bukunya dan mendekati Ivy, hanya untuk berikan buku-buku berat dan besar itu pada anak muridnya.

“Ooofftt…” Ivy hampir terjatuh kerana buku tersebut tapi dia dapat bertahan. “Ini untuk apa?”

“letak di atas meja kopi tu.” Kata pengetua Merlin dengan senyuman sebelum dia pegang pinggangnya untuk bengkokkan badannya kebelakang. Bunyi ‘crack’ kedengaran dari badan Pengetua Merlin membuat Ivy berkerut. “Oooh… my poor back!” sahutnya sebelum bergerak ke rak bukunya untuk mengambil buku baru lagi.

Ivy meletakkan buku dalam tangannya di meja kopi yang tersedia di dalam menara itu sebelum bergegas ke sisi Pengetua Merlin, menolong orang tua itu mengangkat semua buku-buku tebal itu. “Buku ini untuk apa?” soalnya melihat judul buku itu dalam tangannya ‘the Enlightment’ sebelum ditindih dengan buku baru.

“It’s for you to study.” Jawab Wizard Merlin memberi satu lagi buku kepada Ivy sambil nyanyikan lagu yang merdu tapi Ivy tidak mengenali lagu tersebut.

“100 ways to be nice for dummies—Saya tak perlukan semua ni!” sahut si ahli sihir muda dengan pipi merah. “I need real magic training. New spells and new tricks bukannya…. This… bendalah ni!” katanya tunjukkan buku yang buat dia terkilan. 100 ways to be nice for dummies. Dummies? Ivy kelihatan bodoh ke? Lembab?

“Oh non-sense. Kamu perlukan semua ni.” Katanya berikan dua lagi buku sebelum tolak anak muridnya kembali ke meja kopi. Memaksa Ivy duduk di salah satu sofa dan mengambil buku dalam tangan Ivy untuk diletakkan di meja kopi sebelum dia kembali berdiri dengan memegang pinggangnya yang berbunyi. Ivy berkerut mendengar bunyi-bunyi tulang sendi orang tua itu.

“Okay… pada sem ini, kamu akan belajar magic secara lisan. Baca semua buku ini dan saya pasti kamu akan lulus.” Katanya dengan carefree sambil berikan salah satu buku diatas meja kopi itu kepada Ivy.

Ivy yang menerima buku itu, kebuntuan, tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Dia belajar magic dengan cara membaca? Where’s the fun in that??

Ivy menggeleng dan kembali melihat Mentornya. “Tapi macam mana dengan baca buku magic saya boleh bertambah? Saya tak perlukan semua ni. Saya perlukan latihan sebenar.” Katanya dengan sedikit tegas. Meletak buku itu semula diatas longgokan buku di hadapannya.

“Tak. Kali ini kamu membaca.” Pengetua Merlin mengambil buku itu semula dan letakkannya di pangkuan Ivy. “Ini pelajaran kamu pada kali ini.”

“Tak. Saya perlukan latihan seperti sem lalu.” Dia meletakkan buku itu semula di tempat asal.

Pengetua Merlin bercekak pinggang, mengambil buku itu semula dan tolakkannya pada tangan Ivy. “Read it young Lady.”

Ivy menolak buku itu. “Tidak.”

“Miss Ivy.” Pengetua Merlin menolaknya balik pada Ivy.

“Taknak.” Ivy menolak buku itu sekali lagi.

Dan dua ahli sihir ini mula main tolak-menolak, tidak ingin mengalah sambil memlontarkan renungan amaran antara satu sama lain, menyuruh orang dihadapan mereka untuk menyerah kalah dahulu.

“Miss Ivy the Devil! Untuk kamu mencapai tahap Wizardry, you need lots, and lots, and lots, and lots, and lots, and lots, and lots, And LOTS of reading!” marahnya dengan setiap perkataan ‘lots’ keluar dari mulutnya dia tarik buku itu dari tangan Ivy.

“Tapi saya takda masa nak—Eeeeep!!” Ivy jatuh terbaring diatas sofa dia duduk bila Merlin tiba-tiba melepaskan tangannya dari buku itu. Ivy terkejut. Dia kembali bangun duduk dan melihat buku dalam tangannya sebelum memandang mentornya bergerak untuk duduk di hadapannya pula.

Sejak bila Ivy menarik buku ni pula? Bukannya dia menolak ke? Ivy tak tahu apa dah terjadi dan dia salahkan Pengetua Academy itu kerana memanipulasinya untuk menarik buku itu dari menolak.

Ivy melihat Pengetua Merlin duduk berdepan dengannya dengan perlahan, seperti punggungnya terlalu sensitive untuk duduk seperti biasa. Ivy rasa itu sebab dia dah tua da nada penyakit belakang.

“Oh dear, kita tak boleh belajar dengan meja semak macam ni!” sahut Wizard Merlin dengan nada risau.

“I know, ia tak sesuau untuk belajar—”

“Di mana kita nak letak minuman dan snek?” potong Wizard merlin membuat mata Ivy terbeliak bulat. Merlin membuka topi sihirnya; menunjukkan kepalanya yang setengah botak dan memasukkan tangannya kedalam topi tersebut, sedang mencari sesuatu sebelum mengeluarkan sebatang tongkat sakti yang panjang dari dalam topi itu.

Mata Ivy membersar melihat tongkat yang dua kali pangjang dari topi tajam Pengetua Merlin boleh keluar dengan magicnya dan melihat wajah Merlin seperti meminta keterangan tapi apa yang Ivy lihat ialah gelengan dari Pengetua Merlin.

“Too big.” Kata Great Wizard itu. masukkan tongkat sakti itu semula di celah lengan bajunya sebelum keluarkan kau sakti kecil pula. “Much better in small size.” Katanya dengan senyuman riang dan mengetuk kayu sakti itu diatas longgokan buku sebelum menghayunkan kayu sakti itu seperti seorang konducter okestra.

Bibirnya berdengung lagu okestra rancak bila tangannya dihayunkan mengikut rentak dan buku-buku diatas meja kopi itu tersusun dengan sendirinya di tepi meja kopi, memberi ruang kosong untuk meletak barang lebih.

Selepas itu; masih ber’conducting. Dia arahkan kayu saktinya ke topi sihirnya pula, mengeluarkan seset minuman lengkap dengan tekoh dan cawan yang mempunyai ukiran merah, terapung keluar dan mendarat di atas meja kopi.

“Snack! Snack! Jangan lupa kudap-kudap~~” nyanyinya dengan nada sumbang tapi dia tidak kesah, menghayunkan kayu saktinya untuk mengeluarkan sepinggan biskut pelbagai jenis dari topinya dan ia mendarat di atas meja kopi. “There! Sekarang kita boleh belajar dengan tenang.” Katanya menyelit kayu saktinya kecelah jubah dan pakai topinya semula.

Wizard Merlin menepuk tangannya, membersihkan dari habuk halimunan dan memandang anak muridnya. “Why…. Kenapa ni Cik Ivy?” Orang tua itu melihat anak muridnya terngangah, hampir membuat rahangnya tercabut dan mata terbeliak bulat—juga hampir tercabut dari soketnya. “Did I do something?” soalnya dengan nada innocent.

Did you do something?? “Apa Tuan buat tadi tu! T-Tukar kayu sakti, mengeluarkan b-b-barang dari topi Tuan dan lenyapkan kayu sakti tuan dari jubah baju Tuan! H-H-How??”

“Hmm? Oh bukannya kamu pun buat macam ni ke?” Soal Pengetua mengeluarkan kayu sakti dari lengan baju jubahnya yang besar itu sebelum masukkan semula.

“No!” sahut Ivy dengan mula merah, bukan marah tapi teruja. “Saya selitkan kayu sakti saya celah lengan baju tapi lenyapkannya dan menyeru…” Ivy menggeleng laju. “How did you do that?”

 “Ah, you see cik Devil, sebab tu saya suruh kamu membaca.” Katanya dengan senyuman lebar sambil mengangkat jari telunjuknya. “Belajar magic bukan untuk menghafal jampi dan menjadi kuat sahaja. Magic lebih dari serangan, sumpahan dan santuan sahaja. Its also trickery and fun.” Katanya sambil menunjukkan kedua lengan jubahnya yang kosong sebelum mengeluarkan dua jambak bunga tulip putih dari kedua lengan itu. “sometimes, hela remeh-temeh dan tak berguna seperti ini ada juga faedahnya.” Merlin melontar bunga tulip itu keudara dan ia terus meletup menjadi serbuk putih yang begerlipan dan Ketua Merlin menyambut kesemua serbuk itu kedalam genggamannya. “That’ why everyone wants to learn magic…” Pengetua Merlin memandang tepat pada wajah kagum Ivy, mengenyit mata seperti menjanjikan sesuatu mengujakan sebelum meniup penumbuknya, melepaskan sekumpulan rama-rama dari genggaman itu dan ia mengelilingi anak muridnya. “Magic is a truly magnificent thing.” Bisiknya dengan nada tenang dan melihat rama-rama itu terbang keluar dari tingkap menara.

“Itu keistimewaan Magic baik. Membawa kegembiraan kepada wajah semua orang.” Kata Pengetua Merlin, maksudkan senyuman lebar yang terpapar pada wajah Ivy.

Ivy segera murung dengan pipinya kemerah-merahan kerana segan sebelum berbisik; “Yeah sure whatever.”

Pengetua Merlin hanya tersenyum. “So, Cik Ivy. Macam mana dengan tangan kamu?” Soalnya dan mencapai beberapa keping biskut butterscotch dari meja dan disumbat kedalam mulutnya.

“Tangan saya?” Soal si ahli sihir muda dan teringatkan waktu mereka di bilik rawatan. Matanya membulat. “Pengetua! Siapa lelaki yang bercakap dengan Tuan sebelum pengetua keluar melarikan diri?

“Your soulmate.” Jawabnya dengan cepat dan slamber sebelum orang tua itu terbatuk, tercekikkan biskutnya sendiri. Dia mengetuk dadanya memaksa makanan itu turun dari kerongkongnya dan mencapai secawan teh.

Ivy terdiam. Darahnya berhenti mengalir bila ayat itu keluar dari mulut Pengetua Merlin. “S-Soulmate?”

Ahli sihir itu itu menghembus nafas lega setelah minum tehnya sekali teguk—nasib baik dia tiup tehnya menjadi sejuk dengan sedikit magic supaya cepatkan penyejukan teh itu sebelum dia minum teh tersebut dan meletak cawannya diatas meja semula. Menuang teh baru kedalam cawannya.

“Korang takkan panggil pasangan korang macam tu lagi… ‘soulmate’, ‘lover’, ‘other-half’… nooo, itu old school!” dia mengipas tangannya dengan dramatic sebelum mencapai dua keping biskut dan sumbat kedalam mulutnya lagi. “korang memanggilnya, ‘boyfriend-girlfriend’, ‘couple’, ‘a thing’—saya tak pasti dengan ‘a thing’ tu, macam korang dah buat fusion jadi satu dan menjadi makhluk yang tidak bernama. ‘a thing’.” Pengetua Merlin ketawa melalui hidungnya dan ambil dua keping lagi biskut.

Ivy pula tidak ketawa, dia tak faham apa yang Merlin maksudkan yang sebenarnya kerana mindanya tertumpu pada benda lain. “Dan bukan pemilik hati ni—nevermind.” Dia tarik balik ayatnya, hampir membongkarkan rahsia tentang hati lagi satu itu. Dia terus membuka buku ‘1001 ways to be nice for dummies’ mengalihkan tumpuannya dari persoalan itu.

Tapi Merlin dapat menangkap ayat Ivy. “Isn’t that how it supposed to work?”

Ivy kembali mendongak melihat pengetu Merlin yang minum tehnya dengan kaki bersilang sopan dan jari kelingking ternaik. “what supposed to work?”

“Serahkan hati kamu kepada orang yang kamu sayang.” Jawab Pengetua Merlin dengan nada mendatar, mengusik. “Saya ingatkan serahkan hati kat kekasih kamu ni satu trend pada zaman sekarang? Or is it…. Trend 50 tahun yang lalu?—Oh I don’t know, saya dah tua untuk ingat trend-trend merapu kamu ni.” Rungutnya tanpa sebab sebelum mengunyah lagi dua keping biskut. Bila pinggan biskut diatas meja nak habis, Pengetua Merlin selitkan tangannya dari celah lengan bajunya dan mengeluarkan sekotak coklat dan membukanya. “Want some?”

Ivy buat ekspresi wajah geli melihat dari mana datang kotak coklat itu dan menggeleng. “I’ll pass…”

Pengetua Merlin mengangkat bahu dan melontar sebiji coklat kedalam mulutnya. “Hmm… dark chocolate~~”

Ivy pula rasa nak muntah tapi dia menelan perasaan itu dan menggeleman satu badan. “A-Anyway, Pengetua kata berikan hati kepada kekasih… Pengetua tahu pasal hati kedua dalam diri saya?”

Persoalan itu membuat ahli sihir tua itu ketawa kecil, geli hati tanpa sebab. “Dah tentu saya tahu. I am the Great Wizard Merlin. Saya dapat gelaran tu bukan dengan senang je tau. I’ve earned it for reasons.”

Ivy terdiam. Mengangguk, faham maksud Pengetua Merlin. Dah tentu, the Great Wizardy in Enchanted, Wizard Merlin tentu tahu segalanya yang berlaku diatas tanah besar itu. Ini buat Ivy menyedari sesuatu. “L-Lelaki yang bercakap dengan pengetua di bilik rawatan… Tuan tahu siapa dia?”

“Kamu tahu siapa dia.” Pengetua Merlin memperbetulkan ayat Ivy dengan mulut penuh dengan coklat.

“Saya tahu siapa dia?”

“Bukannya dia soulmate kamu ke? Dah tentu kamu tahu siapa dia.” Kata orang tua itu sambil menikmati coklat dalam tangannya.

“Tapi…. Tapi pengetua Merlin macam mana saya nak tahu siapa dia kalau saya tak pernah jumpa dia?”

“Hmm?” Merlin menjungkit kening tinggi. “Cik Ivy, kamu sentiasa berjumpa dengan dia. Bukan soulmate namanya kalau korang tak saling mengenali.”

Ini buat Ivy tambah buntu, walaupun dia sebuntu mana, hatinya—hati yang berada didalam dadanya berdegup dengan kencang seperti memberi tahu Ivy yang Ivy tahu siapa lelaki itu. Ivy tahu siapa lelaki itu. tapi dia tak percaya lelaki itu yang berikan hatinya pada Ivy. Tanpa persetujuan dari Ivy tapi Dia tak percayakan jawapan dalam kepalanya. dia ingin mendengar jawapan itu dari mulut orang lain jugak! Untuk kepastian.

“Tell me who, saya nak kepastian.” Pinta Ivy, ada beberapa sebab dia perlukan kepastian dari orang tua itu. Pertama, untuk mendapat jawapan yang tepat. Kedua, untuk sedapkan hatinya sendiri.

“Kamu dah tahu siapa lelaki itu?” Soal orang tua itu dan Ivy mengangguk. “Kamu rasa siapa?”

“D-Dia….” Ivy menutup mulutnya semula. Dia tak boleh beritahu Pengetua Merlin! Kalau dia tahu tentu Pengetua Merlin menyoal hubungannya dengan Louis! Tapi betul ke Louis yang berikan hatinya kepada Ivy?

“Please… Pengetua Merlin, tolong beritahu saya kalau tekaan saya betul. Hati dalam diri saya ni milik siapa?”

Wajah slamber Wizard merlin cair ke wajah murung, dia mengeluh kecil dan meletakkan kota coklat itu ketepi. Dia memandang tepat ke wajah anak muridnya. “Cik Ivy…. Saya dah berjanji untuk tidak beritahu kamu siapa si pemilik hati itu.”

“Tapi… tapi kenapa?!” soalnya kedengaran terdesak. Keningnya berkerut dengan sedih dan tangannya digenggam erat di atas dadanya kerana jantung itu berdegup dengan kuat. Terlalu kuat sehingga ia berdentum ditelinganya juga.

“If I told you… you’ll smack him silly!” kata Pengetua Merlin dengan senyuman nakal sambil buat signal memukul kepala seseorang di udara. “Kamu akan bunuh dia kalau kamu tahu siapa pemilik hati itu. you’ll scream at him and punch him in the face—before you kiss him of course.”

Muka Ivy teru naik merah. Sempat lagi orang tua itu mengusiknya tapi degupan jantung didalam dadanya mengingatkan dia untuk mendapat kepastian siapa si pemilik hati itu. “Kenapa Pengetua tak boleh beritahu saya siapa lelaki tu? Kenapa perlu merahsiakannya?”

Senyuman pengetua pudar, ia berubah ke senyuman simpati, memahami betapa Ivy ingin mengetahui si penghuni jantung hati yang telah menetap didalam dirinya hampir sepanjang hidup Ivy. “Sebab dia ingin melindungi kamu.” Jawabnya membuat Ivy bertambah buntuh.

Jadi pengetua Merlin kedepankan badannya, siku direhatkan di lutut untuk lebih dekat dengan anak muridnya, berdehem untuk memastikan Ivy tumpukan perhatian padanya sebelum bersuara; “You see, didalam dunia ini, kita dilahirkan untuk mencari pasangan kita, jatuh cinta dan hidup bersama mereka sehingga ke akhirnya. That called soulmate, dan soulmate mengangkat sumpah untuk saling menyayangi dengan exchanging their heart with each other. Vowing to take care of your heart as long as they live. Mereka boleh merasakan kesedihan dan kegembiraan pasangan mereka dengan pertukaran hati itu. menjalani susah senang bersama dan susah untuk dipisahkan. Juga, sanggup korbankan nyawa mereka untuk melindungi orang yang mereka sayangi. That’s soulmate Cik Ivy.” Pengetua Merlin berhenti seketika, untuk melihat jika Ivy masih bersamanya dan bila Ivy kembali menatap matanya, The Wizard Merlin sambung;

“Di dalam dada kamu, itu adalah hati soulmate kamu. Saya pasti kamu tahu bagaimana fungsi pertukaran hati ni dari Jack Skellington dan Sally. Mereka contoh soulmate yang terbaik untuk kamu di Vicious. Saya pasti mereka ajar kamu segalanya.”

Ivy hanya diamkan diri. Mata terlekap pada refleksinya didalam air teh didalam cawannya. Melihat wajahnya yang kelihatan horror mengingati nasihat dan amaran yang dia endahkan selama ini dari Jack Skellington dan Puan Sally, tentang penjagaan hati kedua dalam dirinya.

“Ivy, jaga hati tu baik-baik. Jangan rosakkannya faham?”

“My little Devil, apa saya kata tentang membunuh the big bad wolf? Hati tu yang tanggung akibatnya, bukan hati kamu.”

“My…. Ivy, kamu mempermainan kawan-kawan kamu? How great!—apa? It’s a real curse?! Cik Ivy, you are damaging that heart my child!”

“Miss Devil, saya tak kesah kalau kamu nak hancurkan satu tanah ni tapi tolong… fikir bila kamu bertindak, hati itu yang terima padahnya.”

“Cik Ivy? Kamu mendengar ke?”

Ivy tersentak dari lamunannya dan mendongak melihat Pengetua Merlin dengan cuak. Dia mengangguk perlahan.

Pengetua Merlin dapat baca riak wajah anak muridnya dan menarik nafas dalam yang berat. “Pemilik hati itu memberikan hatinya kepada kamu untuk melindungi kamu dari pengaruh Vicious. Dia terlalu sayangkan kamu untuk biarkan kamu menjadi jahat seperti seorang Villain—”

“S-siapa pemilik hati ni?” Potong Ivy, nadanya kedengaran makin terdesak dari sebelumnya. Mata hijaunya bercahaya dari air mata yang bertakung. Tangannya juga menggeletar, takut, menyesal atas perbuatannya selama ini terhadap hati itu. “Please wizard merlin… Please, Please tell me… siapa pemilik hati ni?”

“I can’t.”

“Please!!” Ivy berdiri dari sofa itu, dengan air mata mula bergelinang turun sambil tangannya mencengkam erat dadanya yang mula rasa sakit. “Saya merayu pada Tuan! What do you want me to do? Get down on my knees? Menjerit, mengaku Tuan ahli sihir terhebat di dalam dunia ni didepan orang ramai? Tolong beritahu pada saya, Wizard Merlin, Tolong beritahu saya!!” Ivy rasa sesuatu tersekat di kerongkongnya membuat dia sukar untuk bernafas dan dia hampir jatuh berlutut di depan pengetua Merlin tapi orang tua itu bergerak pantas, menyambut Ivy sebelum lututnya mencecah lantai.

Memeluk perempuan itu dengan erat dan biarkan Ivy menangis, membasahi jubahnya. Berpaut erat pada orang tua itu seperti nyawanya bergantung didalam tangan Merlin.

Mustahil hati tu milik Louis… tidak mungkin Louis…. Ivy tidak akan maafkan dirinya sendiri kalau hati dalam dirinya itu sebenarnya milik Louis selama ini. Selama ini dia membenci hati didalam dirinya itu kerana menjadi penghalang dia menjadi jahat sepenuhnya dan Ivy mempergunakan hati itu dan menghancurkannya secara perlahan, pada masa yang sama berharap pemilik hati itu merasakan kesakitan dari perbuatan Ivy. Ivy mengendahkan nasihat Jack Skellington dan Puan Sally dan sekarang dia menyesal….

Menyesal….

Dia telah buat hati yang dahulunya kuat dan sihat itu menjadi rapuh dan boleh hancur pada bila-bila masa sahaja….

“Tolong beritahu saya Pengetua…. Berikan saya satu kepastian… apa-apa sahaja bukti atau petunjuk..” pinta Ivy diantara tangisan kecil didalam pelukan orang tua itu. “yang pemilik hati ini bukan siapa yang saya fikirkan…”

Pengetua Merlin diamkan diri untuk seketika, tidak sanggup untuk memberi sebarang informasi kepada ahli sihir muda ini. Melihat dia menggeletar seperti ini, menangis teresak-esak dan kelihatan sangat rapuh seperti mana hati didalam dirinya.

Wizard Merlin telah bersumpah untuk tidak beritahu siapa si pemilik hati itu. Dia telah bersumpah apa sahaja yang terjadi, dia kena melindungi ahli sihir muda itu dengan menyembunyikan nama si pemilik hati itu.

Tapi…

Melihat Ivy seperti ini… Dia tidak sampai hati.

Wizard Merlin memejam matanya dan menarik nafas dalam. Forgive me… dan bersuara; “Dia mengenali kamu dari kecil, dia sentiasa ingin berada di sisi kamu; ingin kamu dalam masa depannya, bencikan keras kepala kamu, sukakan semangat kamu, inginkan kamu berdua sentiasa bersendirian bersama, inginkan segala masalah antara kamu berdua lenyap dalam sekelip mata. Inginkan kamu selamat dari semua masalah yang terjadi di Tanah ini. Dia inginkan kamu selamat kerana dia tak sanggup hidup tanpa kamu.”

Setiap ciri-ciri lelaki itu keluar dari mulut Pengetua Merlin membuat dada Ivy tambah sakit dari sebelumnya seperti dia dipanah berkali-kali dan Ivy tidak dapat nak mengelak, membuarkan dirinya di tikam dan di tikam dan di tikam. Sehingga dia tidak berhenti berdarah dan luka itu tidak akan sembuh untuk selamanya.

Tangisan kuat pecah dari kerongkongnya dan bergema didalam menara itu, menangis sekuat hatinya kerana rasa sakit itu tidak dapat lagi ditanggung. Kesedihan, kemarahan, penyesalan bercampur-aduk didalam dadanya seperti  ramuan sumpahan yang salah dan ia meletup menjadi butiran rantai mutiara yang tidak berhenti mengalir. Tidak ingin berhenti langsung.

Setelah beberapa minit membiarkan perasaannya menghancurkan maruahnya sebagai ahli sihir tidak berhati, tangisan Ivy makin redah dan dalam pelukan orang tua itu ivy berfikit dalam diam. Berfikir atas kelakuannya pada hati itu, berfikir atas nasibnya selama ini, berfikir mengapa semua ini terjadi. Berfikir apa yang sebenarnya Louis cuba lindungi dia dari? 

“Adakah ini ada kena mengena dengan sumpahan Lady Morgana?” soalnya dalam nada berbisik.

Pengetua Merlin kaku untuk sementara waktu. Terkejut yang Ivy dapat tahu tentang sumpahan tersebut dan dengan perlahan dia melepaskan Ivy, melihat anak muridnya itu tepat pada matanya. Mata Hijau itu membuktikan dia mengetahui kewujudan sumpahan itu di tanah Enchanted.

“Kamu tak sepatutnya tahu pasal sumpahan ni—

“sebab saya bukan orang Enchanted?—

“untuk melindungi kamu dari sumpahan itu.” jawab Merlin sebelum Ivy kembali marah. Dia taknak anak muridnya cederakan dirinya cedera sekali lagi akibat gari itu. “Kamu buat penyelidikan tentang sumpahan tu kan?”

Ivy diamkan diri, tertunduk tidak sanggup untuk melihat wajah tegang Pengetua Merlin.

“Sejak bila?”

Sekali lagi Ivy berdiam. Tidak tahu samada dia ingin menjawab persoalan itu atau tidak.

Mendengar Pengetua Merlin mengeluh membuat Ivy rasa lega sedikit. Tanda orang tua itu tidak akan mendesaknya untuk menjawab.

“Listen here Child. Saya taknak kamu menyelidik sumpahan Lady Morgana ini lagi.” kata Pengetua Merlin membuat Ivy kembali memandangnya, ingin membantah tapi Merlin bersuara dahulu. “It’s not your place to know. Ini untuk kebaikan kamu juga CIk Ivy. Kamu akan menyesalinya jika kamu tahu kebenaran tentang sumpahan lady Morgana ni.”

“Jadi kenapa bawa aku ke sini—”

“Please don’t ask anymore question.” Merlin sudah mengetahui apa yang Ivy ingin menyoalnya. “Listen to me, jangan buat apa-apa lagi Cik Ivy. Jangan persoalkannya, jangan fikirkannya. Jika kamu ingin hati itu selamat juga, jangan sesekali cari tahu kebenaran sumpahan ini. Biar kami yang urus masalah tanah kami sendiri.”

Ayat terakhir Pengetua Merlin membuat Ivy sakit hati. Dia segera jauhkan diri dari orang tua itu, dan memeluk tubuh, terkilan dengan ayat tersebut. Kenapa semua orang kena berahsia dari aku?” soalnya dengan nada berbisik, hampir tidak kedengaran oleh telinga lelaki berusia 100 tahun lebih itu. “Semua orang berahsia dari aku! Kenapa? Kenapa?! Sedangkan aku terlibat dalam semua ni! Sekurang-kurangnya aku berhak tahu kenapa aku berada di sini! Kenapa korang sanggup hancurkan hidup aku yang sempurna? Kenapa korang nak sangat aku di Enchanted? Kenapa korang nak sangat tengok aku menderita?! I’m not a thing you all can use and play around with!!”

“Ini sebab kami tidak beritahu kamu apa-apa. kamu menjerit seperti kamu mangsa dalam masalah ini. Sedangkan ada orang yang mengalami masalah yang lebih teruk dari kamu sekarang Cik Ivy. Dia menanggung beban atas sumpahan Lady Morgana. Dia yang menanggung akibat dari kejahatan yang kamu lakukan.” Merlin bersuara kali ini kedengaran gagah dan berkuasa, bukan lagi merlin yang berperangai seperti budak-budak. “Kau tidak bersedia lagi. Cik Ivy, kamu akan tahu bila masanya telah tiba dan sekarang bukan masanya.”

Ivy mengetap bibir dengan erat sehingga dia rasa darah di hujung lidahnya. “Jadi bila aku akan mengetahui segalanya? Sehingga sumpahan itu berlaku? Sehingga Enchanted musnah sekali lagi?!”

“Sehingga kamu buat pilihan.” Jawab pengetua Merlin dengan tegas.

Ivy terdiam. Persoalan Jack pada Ivy semasa mereka di Dessert Shop itu muncul didalam kotak mindanya.

‘There’s more about you Ivy… tapi yang paling kau takuti ialah membuat pilihan. Kau tahu kau kena buat pilihan. Choose Evil or Good?’

Choose Evil or Good?

Evil or Good?

Vicious atau Enchanted?

Maleficent atau Putera George?

Ivy menggenggam erat penumbuknya di dada. Dia tidak boleh buat pilihan… mereka tak boleh paksa dia buat pilihan… Kerana… Ivy tak tahu macam mana nak pilih.

Dia tak tahu.

Ivy segera berpaling muka, segala kemarahannya hilang didalam atmosfera tegang itu. “Saya nak kembali ke asrama.” Katanya dengan perlahan tanpa memandang Mentornya dan bergerak ke tingkap yang satu-satunya wujud di menara itu. Mengambil batu transportation di tepi tingkap itu.

Tapi sebelum Ivy pergi, Merlin bersuara. “Jangan beritahu dia kau tahu dia pemilik hati tu.” Ini buat Ivy hampir berpaling kebelakang. “Jangan beritahu sesiapa, terutamanya si pemilik hati tu. That’s the last thing you want to tell him before you regret it.”

Before you regret it… ayat itu bergema di dalam minda Ivy, terlalu banyak penyesalan dia buat selama ini…

Ivy tidak memberi sebarang respon, hanya lenyapkan diri dari menara tersebut.

Bila menara itu kembali senyap, meninggalkan perbualan/pertengkaran diantara Mentor dan Mentee… Pengetua Merlin jatuh terduduk di atas sofa semula, tidak lagi bermaya untuk berdiri, kejadian pertengkaran diantara dia dan Ivy mengingatkan dia kisah silam yang pernah berlaku padanya berpuluh tahun dahulu.

“Merlin, Beritahu aku sekarang! Kenapa kau berahsia dari aku?!”

“Sebab kau belum bersedia lagi! Listen to me, jangan fikir pasal sumpahan tu,ia hanya akan makan diri kau sendiri!”

.  .  .

“Merlin, please.. tell me, aku akan okay ke?”

“Kau akan okay, aku janji kau akan okay.”

.  .  .

“Merlin tolong… tolong jangan beritahu abang aku… dia.. dia akan—”

“Aku berjanji… aku berjanji. So sleep… sleep for tonight, Morgana.”

Merlin rasa sentuhan lembut pada bahunya tapi dia tidak perlu berpaling untuk mengetahui siapa berdiri di belakangnya.

Morgana’s curse is not your fault Merlin…”

Merlin hanya diamkan diri. Merasakan angin sejuk membelai pipinya, mengelap air mata yang mengalir di pipinya tanpa Merlin sendiri sedari. “Macam mana kalau mereka berakhir seperti Morgana juga?”

Tak. Kita ada Ivy untuk menghentikan sumpahan itu. Kita ada penawar di pihak kita. Lihat apa jadi pada Puteri Ezra? She’s alive after the Losing Heart curse.”

Macam mana kalau Ivy terkena sumpahan itu?” Soal Merlin pula kali ini memandang perempuan bermantel merah dalam bentuk dewasanya. Mata biru itu terlalu suci sehingga ia menggambarkan jiwa Merlin sendiri. “Dia tidak kebal dari sumpahan Losing Heart. Apa jadi kalau dia yang kena sumpahan itu?”

Hood diamkan diri untuk seketika. “The Cuff—”

Will kill her.” Potong Pengetua Merlin. “kematian Ivy akan menghancurkan pelindung Enchanted, kematian ivy akan menghancurkan kekuatan Enchanted. Dia kunci kepada segalanya Hood. Dia kunci pada masa depan Enchanted.”

Hood hanya melihat Merlin yang happy-go-lucky bersedih, menunjukkan kelemahannya di depan hantu yang tidak tenang itu. “Merlin… Have faith in the three of them. Dan kau teruskan dengan tugas kau. Pimpin mereka bertiga kearah yang betul.”

Merlin kembali diam. Dia hanya mengangguk, tidak dapat nak berkata apa-apa lagi.

.


.

Ivy muncul di jambatan academy itu, jatuh tersandung kerana kakinya gagal bekerja sama dengannya. Dengan mata merah sembab, sisa air mata masih terselit diatara bulu mata, muka bertambah pucat dan satu badan menggeletar seperti dia baru sahaja terkena serangan panik.

Ahli sihir ini segera bangun sebelum sesiapa datang menolongnya dan sembunyikan matanya yang merah itu disebalik rambutnya. Tiada siapa boleh tengok dia seperti ini, dia taknak sesiapa lihat dia seperti ini.

“Ivy!”

Crap.

Ivy berharap dia boleh putar balik masa untuk beberapa saat, menyesal tindakannya untuk berpaling kesuara yang memanggil namanya.

Louis. Putera Raja Camelot yang tersenyum indah itu berhenti melambai sama seperti senyuman menawan itu lenyap bila dia perasan mata hijau yang Louis kagumi bawah dan sembab, bibir nipis yang cantik itu jatuh murung dan menggeletar. Wajah putih bak bulan itu hilang keseriannya.

“Ivy?”

Tak… tak-tak-tak-tak-tak….. Ivy segera mencengkam dadanya teringatkan kelakuannya pada hati dalam dirinya selama ini.

Mempergunakannya..

Menyeksanya..

Merosakkannya..

Penyesalan Ivy yang tiada kesudahan. Dia tak boleh pandang Louis lagi.. tidak selepas apa dia telah lakukan kepada hati lelaki itu.

Ivy berputar membelakangkan Louis dan berlari sepantas kakinya boleh bawa dia kembali ke asrama,tundukan diri sambil menutup mulutnya menahan diri dari bunyikan sebarang tangisan.

Louis yang melihat Ivy melarikan diri darinya rasa sesuatu yang perit didalam dadanya dan ingin mengejar ahli sihir itu; “Ivy—” tapi seseorang menarik lengan Louis dari mencapai kearah ahli sihir itu dan memutar badannya kebelakang. Bertemu dengan sepasang mata emas.

Jack…. Apa kau nak?” Soalnya seperti ada bisa didalam mulutnya.

Jack menarik sengih dan tuding ibu jari kebelakang bahunya sebelum beri laluan untuk Putera Raja itu melihat apa yang Jack tunjuk.

Mata Louis terbeliak bulat melihat Puteri Julliana berjalan mendekati mereka dengan penuh sopan santun, rambut emas beralun seperti angin bayu dan berkilau bak mentari. Mata perang Puteri itu tertumpu pada buku didalam tangannya, wajahnya kelihatan tenang bersama senyuman kecil dihujung bibir puteri jelita itu.

“Jull….” Bisiknya tanpa Louis sedari ia terlepas dari bibirnya.

Seperti Julliana mendengar namanya dipanggil, dia mendongak keatas dan mata mereka terus bertemu. Sebuah senyuman indah terukir pada bibir lembapnya itu dan berlari anak kearah Tunangnya. “Putera George!”

“Remember Louis… selepas ini, bukan mudah untuk kau teruskan hubungan sulit korang.” Bisik Jack dekat pada telinga George sebelum dia bergerak pergi, meninggalkan Putera Camelot itu dalam keadaan terkejut dan cemas, tida sempat menyoal kerana Julliana telah tiba di sisinya.

Jack pula yang jauh dari dua tunang itu mengukirkan sebuah lagi senyuman kemenangan. Tapi…. Berubah menjadi ekspressi wajah yang menggerunkan, bibir jatuh ke bawah dan mata emas yang tajam itu bercahaya menunjukkan perasaan sebenarnya terhadap lelaki yang bakal bergelar Pemerintah seluruh tanah Enchanted itu.

Be careful George… be careful.
>X<

(A/N: angah perlukan air cond dibilik angah sebab keadaan citer ni dah semakin panas!!! Let’s see what happen in the next chapter!)

Comments

  1. Tiga orang yg dimaksudkan tu Louis, Ivy n Jack ke? Makin menarik.

    -minah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss.... yess, mereka bertiga yang Hood maksudkan. ^____^ and thanks for reading Minah! really appreciate it! *Hugs&kisses*

      Delete
  2. Angah. Wow. Masterpiece yang terbaik. Good. Kipidup. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuuuu masterpiece!!! Angah rasa berbaloi karang chapter panjang 10 batu kali ni! Hahahahaha thank you love (*^ω^*)

      Delete
  3. huhuhuuhuhhu so curious laaa angah...why jack know everythingssss.... hohuhuhhhhuhuhu i loveeee jack too but i hate him but deeply jack sgt kesepian... q.terpingggir mencari perhatian atau kasih syg....ohhh godddd...dalam jahat masih stil have... even just a piece of love...attention...caring....h.huhuhuhu im totally crazy now..tell me .... ~ccc(,)(,) ^_____<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuuuuuuuu teori y baik awak!! (≧∇≦)b we'll see in the near future apa akan jadi kat watak2 kegemaran kita!!

      AND CONTINUE GOING CRAZY!!! hehehehe \(^^)/

      Delete
  4. why jack termasuk campur kat sini...

    and siapa bagi hati kat ivy... jack or loius?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua org tau Jack adalah 'evil' dan dia berminat dgn Ivy thr Devil sbab tu dia xkan duduk di n biarkan Louis dptkan 'mangsa barunya'

      And Ivy dpt teka y Louis y berikan hati tu kat dia...

      Anyhow! Lets wait for the next chapter to confirm everything!! Keep reading dearie! *hugs&kisses* (≧∇≦)

      Delete
    2. Typo correction: dia xkan duduk diam* ( ͡ʘ ͜ʖ ͡ʘ)

      Delete
    3. memang teruk la jack ini.. patut ivy hentam je si jack itu...

      lepas ini nampaknya ada LOST pula.. lama lagi game jack

      Delete
    4. Oh trust me, one day Jack akan kena... Dia pasti kena! Hahhahahaha

      And yes, sambungan citer selepas FATE akan tiba!!! Jack pasti buat hidup mereka semua bagai neraka hahahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts