Sixteenth F.A.T.E

a friend or a foe?

Hansel mengusap wajahnya rasa penat, sebelum meniup belon dengan gula getah dalam mulutnya. Dia rasa sangat mengantuk setelah beberapa hari ini berjaga di dalam sebuah bilik tersembunyi di dalam istana itu khas untuk dia dan kumpulannya membuat penyelidikan tentang kejadian Losing Heart.

Dinding melengkung itu, mengikut stucktur menara sebuah istana penuh dengan tampalan berita, nota, gambar dan laporan tentang kejadian mangsa losing heart terjadi diatas tanah kerajaan Camelot selama 11 tahun ini.

atau itu yang mereka jangkakan selama ini.

Hansel berpaling ke peta-peta kerajaan lain yang terbentang di atas meja besar di sisinya dengan dahi berkerut teruk. “Sumpahan ni berlaku sebelum di tanah Camelot juga…”

“Dari semua penemuan dari The Believers lain, mereka jangka lebih 20 tahun.” Rakan sekerja Hansel; Tom Thumb bersuara dari belakang Hansel dengan mulut penuh dengan pie blueberry. “Mungkin sebelum kau lahir lagi.”

Hansel menjeling kearah rakan sekerjanya dengan pandangan mengecewakan. Tom Thumb ialah seorang pelajar Gracious Academy yang berumur 17 tahun. Pandai dari segi akademik, pelajar terbaik tapi sebaliknya dari segi seni bela diri. Kerana badannya…. Agak chubby sedikit. Taklah gemuk sangat, hanya badan sedikit berisi kerana terlalu banyak makan pie.

Alasan Tom Thumb tentang obsesif pienya; I have a reason to eat my pie just like you have a reason to always eat your sweet.

Dan Hansel tidak pernah persoalkan lagi lelaki tersebut. Sekurang-kurangnya Hansel mempunyai badan fit. Terima kasih pada kehidupannya yang sukar di Vicious dahulu, memaksa dia sentiasa berlatih jika ada apa-apa terjadi dalam misinya. Dan terima kasih pada Ivy the Devil kerana membantunya juga; menjadikan Hansel sebagai tempat melepaskan geram.

Apapun, kembali pada situasi sekarang; setelah kembali ke Gracious Academy, tugas Hansel menjadi baby sitter young Villain telah berakhir, Hansel diletakkan dalam penyelidikan Losing Heart pula. Menjadi ketua dalam mencari jejak bagaimana penjenayah itu mencuri hati dan bila dia mencuri hati mangsa.

Setakat ini, mereka jangka losing heart itu berlaku hnya di Camelot tapi beberapa minggu sebelum buka sekolah, Hansel diberitahu oleh The believers lain yang kess tersebut pernah berlaku di beberapa kerajaan juga dari kerajaan lain.

Digabungkan kesemua penemuan mereka, kes tersebut berlaku lebih 10 tahun lalu. Mungkin 20.

“So, penjenayah kita berumur lebih 30 tahun? Memandangkan buat satu sumpahan mencuri hati bukan untuk orang sembarangan. Penjenayah kita samada seorang yang genius dari muda atau dah tua dan berpengalaman.”

“Tapi kenapa nak curi hati orang? Dia bukan Big bad wolf yang jadikan hati manusia sebagai makanan kegemaran dia kan? I mean, kalau orang macam tu bebas berkeliaran di Camelot…” Tom Thumb menelan air liur. “siapa tahu apa raksasa itu akan buat.”

“Tak, aku tak rasa dia seekor raksasa or a beast at all.” Seorang perempuan berambut perang kerinting yang pendek paras bahu, muka penuh dengan freckles tapi mata hazelnya menyerlah, penuh dengan keazaman dan pengetahuan. “Dia mungkin seorang ahli sihir. I mean, kalau dia seekor raksasa, tentu dia akan baham mangsa macam tu je dan tinggalkan banyak lagi bukti ditempat kejadian. Dan akan cari mangsa secara randomly tapi penjenayah ni sungguh berhati-hati, dia tak tinggalkan sebarang petunjuk selain symbol di dada mangsa. Dia juga pilih mangsanya dengan teliti.”

Tom thumb melihat perempuan berambut sarang burung itu sedang bermain dengan jari jemarinya, tanda perempuan itu seorang yang socially awkward atau dia dah biasa menjahit sehingga jarinya seperti itu. nama perempuan berumut 17 tahun ini Maddison Pauper. “Okay, itu kemungkinan yang lebih baik dari raksasa.”

Hansel mengangguk. “Great thinking Maddy, aku ingat Prof. Hawkthorn satukan korang dengan aku untuk babysit korang rupanya otak korang boleh guna jugak.”

“Hey!” sahut kedua anak muda itu, rasa tersinggung tapi Hansel hanya mentertawakan mereka.

“Okay, tell me about our criminal so far.” Hansel menepuk tangannya dan menyandar pada meja besar untuk melihat peta yang melekat pada dinding bilik itu.

Tom Thumb menghembus nafas tak puas hati tapi ketepikannya kerana dah mula masak dengan perangai sarkastik ketua mereka. “Mengikut penemuan dari kerajaan lain, kami ingat Penjenayah kita seorang perempuan kerana pada awal kegiatannya sekitar 15 ke 20 tahun yang lalu, mangsanya semua lelaki. Sejumlah kecil antara 3 ke 6 budak kecil. Tapi setelah lima tahun itu, dia berpindah ke Etálean sambung mencuri hati tapi kali ini hati perempuan, majority perempuan di sana balu atau janda yang tinggal keseorangan di dalam rumah mereka. Jadi tafrisan dia sebagai perempuan mungkin salah. Dia mungkin seorang lelaki memandangkan dia gemarkan hati wanita selama 3 tahun lebih, atau sebab di Etálean dahulu ada peperangan dan lebih muda targetkan isteri yang keseorangan di rumah. Then, dia berpindah ke Arendele. Di sana, dia bergerak agak aktif. Dia targetkan satu keluarga—”

“Oh gosh.. kejamnya.” Komen Maddy dengan horror melihat gambar-gambar keluarga yang telah menjadi mangsa penjenayah itu terbentang di atas meja besar.

Tom Thumb mengangguk setuju. “Tapi kegiatannya di Arendelle sangat singkat. Hanya 2 tahun, mungkin kerana dia fokuskan dalam satu keluarga, lebih senang untuk orang melihat kejanggalan kematian satu keluarga dengan misteri. Namun, setelah dia menghilangkan diri, orang ingatkan kematian satu keluarga tu akibat penyakit, jadi agak susah untuk kita memperoleh bukti keberadaan penjenayah ni di Arendelle 10 tahun lalu.”

“Jadi macam mana The Believers tahu punca kematian keluarga tu dari penjenayah kita?” soal Hansel sambil menyembunyikan kedua tangannya di bawah lengan. Menjilat bibirnya yang kering sementara meresap semua informasi itu kedalam mindanya.

“Thanks to Duchess Minerva. Its pure luck actually, Dia berbincang dengan orangnya tentang symbol sumpahan ni dan salah seorang pelanggan direstoran mereka ternampak dan kata dia pernah tengok symbol tu. Dia kata symbol tu terukir di dada beberapa keluarga yang telah mati sebab penyakit misteri.” Tom Thumb mengangkat bahu slamber. “Then Duches Minerva minta keterangan lebih dari orang tua tu dan dapat tahu orang tua tu penggali kubur untuk seluruh keluarga mangsa. Pergi ke kubur dimana satu keluarga itu ditaman dan mengesahkan yang symbol di badan mayat sama dengan symbol sumpahan Losing Heart.”

“Setelah tu dia Targetkan Kerajaan terbesar di tanah Enchanted pula. Sebab kemungkinan dia terkantoi rendah ke?” Soal Hansel mula resah dengan penjenayah itu. Hatinya mengatakan bukan itu sahaja punca si penjenayah datang ke Camelot. Ada banyak lagi kerajaan besar dia boleh jadikan umpan, tapi kenapa Camelot? Kenapa tanah yang lengkap dengan tentera dan senjata api? Kenapa dia nak risikokan nyawanya di tanah yang dipijak oleh The Great Wizard Merlin? Dan Hansel tak dapat nak tolak firasatnya sebab penjenayah itu datang Camelot setelah dia pergi ke Vicious. Mungkin itu hanya kebetulan tapi sepanjang Hansel menjadi anggota the believers dan tinggal di Vicious hanya untuk pantau Ivy, dia tak percayakan ‘konsep kebetulan’ didalam hidup.

Tom Thumb mengangkat bahunya. “Setelah dia jejakkan kaki di sini, dia memilih mangsanya agak random—”

“teliti tapi random.” Potong Maddison dengan suara kecil.

Tom Thumb mengangguk setuju. “Dia terjah mangsanya tak kira lelaki atau perempuan. Dalam masa seminggu akan ada dua atau tiga akan menjadi mangsanya. Sedangkan simbol sumpahan itu makan masa 6 ke 7 hari untuk lengkap, dan penjenayah kita hanya boleh buat satu sumpahan sekali.”

Hansel menjungkit kening. “Korang dah dapat jangka masa symbol itu lengkap? Wow… korang berdua yang fikir?”

“Wel…” Tom tersipu malu. “Saya selidik corak mangsa penjenayah tapi Maddy yang patut dapat pujian sebab dia yang dapat fikirkan bagaimana sumpahan itu berfungsi.”

Hansel berpaling melihat wanita kecil itu dengan senyuman assymetrinya. “A brightest student in your age?”

Wajah Maddison terus naik merah, bermain dengan jari jemarinya dengan mata meliar melihat sekeliling selain mata Tom dan Hansel. “Uhm… not as good a-as Tom thou.”

Hansel hanya ketawa dengan gelengan sebelum kembali memandang peta Camelot. “So, jika penjenayah kita dapat cari mangsa lebih seorang dari limit sumpahannya dalam seminggu, Penjenayah kita mungkin dah jadi kuat—”

“Atau penjenayah ni lebih dari seorang.” Maddison masuk campur dan menyesal kerana rasa kurang sopan memotong ayat Ketua mereka, apatah lagi ketua itu datang dari Vicious. “Uhm—so-sorry saya tak patut… s-saya—Err—Maafkan saya Encik Hans—”

“It’s okay.” Hansel tersenyum lembut, menenangkan perempuan itu. “Actually, itu teori yang agak berguna. Bila kau cakap macam tu, aku terfikir kalau penjenayah kita ni ada rakan sekerja untuk bantu dia dalam kegiatan haramnya ni.”

“Rakan sekerja?” Maddison ketawa horror. “Uhm… teori saya tentang penjenayah kita lebih dari satu tu dah kena tolak oleh Prof. Hawkthorn dan saya gembira mendengarnya tapi bila… bila Encik Hansel kata dia mungkin ada rakan sekerja… saya… saya rasa satu penjenayah ni dah cukup menakutkan tapi dua? Kita kena tangkap dua?”

Hansel mengeluh kecil, rasa bersimpati pada budak 17 tahun itu, dia masih muda untuk mengetahui masalah yang berlegar di tanah Enchanted tapi Professor Hawkthorn dah ambil dia kerana otak cairnya. Hansel tak boleh halang bila orang tua itu dah pilih pasangan terbaik untuk Hansel bongkarkan siapa si penjenayah ini.

“Kita tiada bukti lagi penjenayah ni ada rakan untuk bantu dia atau dia menjadi kuat. Tapi saya sanggup ambil teori dia ada kawan sebab kalau kita jumpa salah satu dari mereka, kita dapat cari rakan lagi satu. Kalau dia kuat…..” Hansel menggeleng. “Lets hope kejadian seperti Puteri Ezra tak berlaku lagi, kalau ya, itu bermaksud penjenayah kita dah menjadi kuat dari sebelumnya sehingga dia dapat merasuk Puteri Ezra untuk mengikut keinginannya.”

Dua rakan sekerja Hansel tidak memberikan sebarang respon, hanya diamkan diri dengan mata tertumpu pada kerja masing-masing, terfikir betapa menakutkan penjenayah yang mereka cari ini dan keselamatan orang Enchanted dalam bahaya selagi penjenayah mereka masih bebas berkeliaran di luar sana. Mungkin didalam Academy itu. Dia dah dapat masuk ke dalam academy kerana Puteri Ezra, sekarang penjenayah itu tidak bergerak selepas kejadian Grand Finale, mungkin sebab dia penat dan perlukan masa berehat atau dia sedang merancangkan sesuatu besar lagi, mencari mangsa lebih kuat untuk dia kawal di dalam Academy itu.

Dua rakan sekerja ini takut kalau penjenayah itu targetkan The Great Wizard Merlin. Kalau itu terjadi, bermaksud ia satu pengakhiran untuk Gracious academy dan juga Camelot.

Maddison menelan air liur kasar, seperti ada pasir melekat di kerongkongnya dan air masin membanjiri kelopak matanya. “Apa penjenayah tu nak?” soalnya dengan nada perlahan, tidak bermaksud untuk dua rakan kerjanya untuk mendengar.

Hansel berputar melihat Maddison mengelap air matanya, sembunyikan rasa takut dari Hansel dan tersenyum. Hansel meletakkan tangannya diatas kepala Maddison. “Jangan risau, aku takkan marah kalau kau nak menangis. Ia normal untuk remaja seperti kau takutkan perkara seperti ini.”

Maddison terus menangis dan menutup mulutnya guna tangan belakang, tetap menahan diri walaupun air matanya dah mengalir. “s-saya tahu… tapi kenapa? Apa dia nak buat dengan semua hati tu? Apa dia nak sebenarnya?”

Tom Thumb hanya berdiri diam, tangan menyentuh permukaan meja sambil pindahkan berat badannya dari kaki kiri ke kaki kanan. Juga rasa resah seperti Maddison. “Kita tak jumpa punca kenapa dia inginkan hati-hati tu semua. Tiada buku diperpustakaan mengatakan apa-apa tentang method sumpahan tu. Ia penuh dengan persoalan yang masih belum terjawab.”

“Itu sebab kamu cari petunjuk yang salah. Bukan cara sumpahan itu berfungsi kamu cari tapi mengapa dia inginkan hati-hati itu. Aku tak tahu banyak mengenai hati tapi sebagai orang bekas Vicious, a villain dispise their own heart. Kindness, love, friendship, trust dan semua perkara kebaikan yang hati berikan pada kita ialah satu kelemahan bagi Villain. Hati menghalang kita membuat keburukan di atas tanah ni. Jika kita buat keburukan, hati kita mendapat padahnya. Ia akan menjadi rapuh dan akan menghancurkan diri kita sendiri, and one day kill us.” Hansel melihat wajah rakan sekerjanya dengan senyuman tawar. “Aku tahu ni sebab kawan aku di Vicious alaminya sendiri, dia buang hatinya sendiri untuk teruskan melakukan kejahatan, sedangkan hatinya dilahirkan dengan penuh kebaikan.”

“Tapi mereka orang Vicious. Mustahil mereka ada hati dan perasaan—”

“Semua orang lahir dengan hati. Ia lumrah hidup, sebab itu mereka mempunyai hati yang rapuh, mereka lawan kebaikan dalam hati mereka untuk berbuat jahat. Tak banyak orang Vicious sanggup buang hati mereka sendiri, hanya mereka yang bersumpah untuk menjadi hamba kepada kejahatan sahaja akan buang hati mereka untuk mengelakkan belas kasihan dan kebaikan wujud didalam hati mereka.” Kata Hansel kedengaran agak defensive.

Tom Thumb mengangguk perlahan, agak takut dengan Hansel bila dia potong ayatnya dengan kasar. “T-Then, kalau hati melemahkan mereka.. kenapa penjenayah kita inginkan hati Enchanted?”

Hansel bunyikan lidahnya, juga tertanya dengan persoalan itu. “SAya rasa korang berdua ada kerja rumah baru. Selidik kegunaan, faedah hati pada Villain. Cari di buku fairy tale jika ada villain pernah gunakan hati untuk kalahkan orang berhati mulia. Mungkin kita akan dapat petunjuk kenapa dia nakkan semua hati ni.” Hansel memberikan arahan. “That’s all for today, korang boleh balik ke bilik korang dan selidik tentang ni.”

Dua remaja ini mengangguk faham dan mengemas barang-barang mereka tapi Maddison berhenti dari kerjanya. “Encik Hansel.. Encik kata kawan encik keluarkan hatinya sendiri kerana nak jadikan hamba pada kejahatan… adakah kawan encik itu… Ivy the Devil?”

Hansel kembali memandang budak 17 tahun itu dengan wajah terkejut. Mungkin ekspressi wajah Hansel agak menakutkan kerana Maddison rasa bersalah seperti dia dah soal benda yang tidak sepatutnya.

“Ya. Kawan saya itu, Ivy the Devil tapi semenjak dia berada di sini dia dah kembalikan hatinya. Why do you ask?” Hansel tersenyum, menyembunyikan rasa resah tentang soalan itu, dia takut mereka syak Ivy menjadi rakan sekerja penjenayah. Itu perkara terakhir Hansel nak, Ivy dalam bahaya kerana disyaki ada kena mengena dengan penjenayah mereka.

Maddison menggeleng. “Well, dia bekas Vil—Vicious, jadi dia tentu tahu lebih banyak mengenai hati kan? Memandangkan dia seorang yang berpengalaman… kenapa Encik tak tanya dia je?”

Hansel ketawa janggal sebelum Hansel sedar kenapa dia ketawa atas persoalan itu. mungkin sebab Hansel risikokan rahsianya sebagai The Believers pada seorang wanita yang mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi? Seorang ahli sihir yang keras kepala bila dia nakkan sesuatu dia takkan berhenti sehingga dia dapatkannya? Atau mungkin sebab Hansel tahu Ivy akan desak Hansel untuk bongkarkan segala rahsia Enchanted hanya dengan persoalan pelik. Memandangkan ivy dah syak sesuatu sedang berlaku didalam bayang tanah besar itu.

Sebelum Hansel nak beri jawapan pada soalan Maddison, ketukan pintu membuat mereka bertiga terjaga-jaga dan memandang satu sama lain. Persoalan sama tertulis pada wajah mereka. siapa yang mengetuk pintu mereka memandangkan tiada siapa tahu dimana tempat persembunyian mereka.

Professor Hawkthorn? Tak mustahil, kalau professor mereka, tentu orang tua pendek itu akan rempuh masuk je kedalam bilik mereka tanpa mengetuk. Hanya professor mereka sahaja tahu keberadaan mereka. kecuali dia beritahu orang lain tentang keberadaan kumpulan The Believers yang sedang membongkar identity penjenayah mereka.

Dua remaja itu memandang kearah ketua mereka, tertanya apa patut mereka buat pada ketukan itu, satu ketukan membuat bilik itu rasa tegang dan merbahaya.

Hansel berjalan ke depan pintu dengan perlahan, bila satu ketukan kuat kedengaran dari sebalik pintu membuat Hansel mula rasa ragu-ragu untuk membuka pintu bilik itu. tapi dia beranikan dirinya, cuba kembalikan perasaan positive—perasaan enchanted dalam dirinya sebelum memulas tombol pintu itu dan melihat siapa yang mengetuk pintu mereka dengan kuat sekali.

Hansel menghembus nafas lega bila lihat lelaki yang dia tak sangka bersyukur untuk ketahui dia mengetuk pintu mereja. “Apa kau nak Putera George?” soalnya dengan sedikit annoyed. Kerana takutkan mereka.

Wajah Louis kelihatan berang, seperti dia sedang menahan perasaan marah tertanam dalam dirinya dan putera itu ingin bersuara tapi terbatal bila dia lihat dua pelajar muda dari bahu Hansel. “I need to talk to you. In private.”

Hansel terjungkit kening sebelum mengukirkan senyuman sinis. “Tuanku tahu kita tak boleh bersendirian bersama kalau kita nak kedua kepala kita masih melekat dengan badan—”

“Ini pasal Ivy.” Louis memotong dengan nada kasar, nada yang sangat perlahan untuk mereka sahaja yang dengar.

Senyuman Hansel terus hilang. “Tom, Mad, get out.”

Rakan sekerja Hansel cuak mendengar nada serious Hansel yang dingin dan segera melangkah keluar dari bilik itu bila Hansel dan Putera George beri mereka laluan di pintu itu.

Tom dan Maddison tunduk hormat pada Putera George dan bergegas pergi meninggalkan dua musuh lama itu masuk kedalam bilik hanya berdua.

“Takpa ke tinggalkan dorang bersendirian?” soal Maddison risau, kerana dia tahu tentang sejarah gelap antara Hansel dan Putera George.

Tom Thumb mengangkat bahu. “It must be important. Kita tak patut masuk campur Mad.” Lelaki itu mencapai siku Maddison dan bawa dia pergi dari tempat itu cepat sebelum Maddison tukar fikiran dan nak pergi pasang telinga pada perbualan dua musuh itu. Tom Thumb tahu sangat Maddison ni jenis yang kuat risau.

Sementara di dalam bilik tersebut, Hansel sandarkan belakangnya pada meja besar, kedua tangan menggenggam erat bucu meja seperti menahan dirinya dari buat sesuatu yang tidak sepatutnya pada Louis.

Putera George pula kelihatan sangat marah seperti seseorang telah pecah masuk kedalam istananya dan Berjaya mencuri barang berharga Camelot.

Hansel mengeluarkan gula getahnya dari mulut, mata tidak lepas dari Louis dan lekatkan gula getahnya di bawah meja. Bersama dengan koleksi gula getahnya yang lain. “Alright Your majesty, What is it with Ivy this time?” Soalnya dengan nada dingin, tidak berniat untuk bernada manis dengan lelaki itu.

“Tadi tengahari Ivy keluar dengan Jack—”

“Apa?” mendengar nama kawannya keluar dengan lelaki merbahaya dalam satu ayat sudah cukup buat Hansel terkejut. Dengan perkataan ‘keluar’ dah cukup buat otak Hansel berikan konklusi pada ayat pengakhiran Louis. Hansel teringatkan kejadian pelik antara Ivy dan Jack. “Jadi sebab tu aku jumpa mereka bersama tadi pagi….”

“Kau tahu mereka bersama? Kenapa kau tak halang?” kali ini Louis yang menyoal, menggenggam erat kedua penumbuknya disisi untuk mengelakkan perasaannya menguasai dirinya dan buat benda yang dia tahu akan menyesal pada Hansel.

“Time tu Jack dah pergi sebelum aku nak buat apa-apa. lagipun mana lah aku tahu mereka rancang nak keluar bersama.” Jawab Hansel dengan nada annoyed. “Kau pula? Kau dah tengok Girlfriend kau dengan lelaki paling merbahaya dalam Academy ni, kenapa kau tak pergi pisahkan mereka?”

“I can’t. Aku sneak out tanpa body guard dengan yang lain. Aku tak boleh kantoikan diri didepan pengajar Gracious—

“Ada pengajar Gracious disana—

“Jack pengajar Gracious yang baru. Dia boleh denda kami berempat kalau dia tahu kami keluar senyap-senyap. Kau tahu apa jadi kalau kitorang kantoi.” Dia berhenti seketika, tidak mengharap sebarang riaksi dari Hansel. “Aku tak tahu bagaimana dia boleh jadi pengajar tapi yang pasti dia boleh bawa Ivy keluar dari Academy ikut suka hatinya dan dia mungkin… mungkin akan bocorkan rahsia kita pada Ivy.”

Hansel menggeleng. “Jack tak tahu tentang sumpahan tu atau rahsia kita. Tiada siapa tahu.”

“Dah berapa kali kita silap tentang Jack? Dia licik dan pandai manipulasikan orang mengikut kehendaknya, mustahil dia tak tahu tentang kita Hans. Dia pernah gunakan aku untuk tahu tentang sumpahan Morgana—

“Kau beritahu dia???”

“tak semuanya, aku tersebut. dia tak tahu selebihnya tapi tak mustahil dia akan pergi cari orang lain yang tahu dan korek rahsia Enchanted ni. Sama dengan kau, dia pernah manipulasikan kau untuk dapatkan tongkat sakti Fairy Fauna. That guy is dangerous dan dia targetkan Ivy sebagai mangsa barunya. Aku tak tahu apa dia nak dari Ivy tapi aku tahu dari lihat cara dia ugut Ivy dan cara dia buat Ivy naik marah dan tumbuk muka dia.”

Hansel terdiam untuk seketika, senyuman bangga terukir pada bibirnya bila dengar Ivy tumbuk muka Jack. Rasa seperti satu kemenangan pada Hansel kerana Ivy tak berubah dengan perangai suka tumbuk orang dan juga Ivy tak gentar dengan lelaki itu walaupun dah di tumbuk. “Typical Ivy bila orang buat dia marah.”

Louis juga tidak dapat menahan dari mengukirkan senyuman dihujung bibirnya. Setuju dengan Jack. “Kau patut tengok sendiri, there’s blood this time.”

Hansel tahan dirinya dari ketawa. “Sekuat tu?”

Louis mengangguk tapi senyumannya pudar menjadi risau. “Kau patut jumpa dia Hans, aku tak boleh jumpa dia dan tanya pasal kejadian tu. Dia takkan beritahu aku apa-apa tentang mereka.” katanya kedengaran kecewa. “She will deny it.”

“dan kenapa kau rasa dengan aku dia akan beritahu segalanya?” Soal Hansel dengan kening terjungkit tinggi.

“sekurang-kurangnya dia jujur dengan kau Hans. Kau mungkin boleh paksa dia sebab korang berfungsi sebagai kawan macam tu. Hanya kau sahaja yang boleh buat Ivy buka mulut.”

Hansel tersenyum sinis pada ayat Putera Bongkak itu. dia suka bila dengar putera itu meminta pertolongan darinya dan mengaku yang Ivy lebih terbuka padanya dari Putera George. Heh... bermaksud putera ni tahu dimana tempat Hansel pada Ivy. “Sure, tapi aku tak janji dia akan jujur pada aku. Samada dia bentak aku sampai dia cederakan diri sendiri atau dia hindari aku. But okay, aku akan jumpa dia.”

Hansel melihat Putea George mengangguk dan bahunya jatuh lega mengetahui Hansel akan berdepan Ivy untuknya. Satu benda yang Hansel tak suka ialah hansel kena berdepan dengan kemarahan ahli sihir menakutkan itu tapi untuk jauhkan Putera bongkak itu darinya dan tidak didesak, Hansel sanggup. “So, you can get out now your highness, saya kena kunci bilik ni.”

Putera raja itu ingin membalas ayat kurang sopan Hansel tapi terbatal mungkin dia tahu lebih baik dia diamkan diri dari bising memandangkan Hansel dah buat baik untuknya.

Sekali lagi Hansel tersenyum sinis, melihat putera itu keluar dari biliknya tanpa membalas ayat kasar padanya. Hansel rasa dia menang satu trofi walaupun dia tak tahu pertandingan apa yang dia menangkan. Apapun, dia rasa puas hati.

Sekarang, masa untuk dia berdepan dengan ahli sihir gila pula.

BAM!!

Muka Hansel berkerut bila dia dengar hentakan kuat pintu locker dari Ivy dan juga renungan membara yang dilontarkan oleh ahli sihir itu padanya. Yup, Hansel masak kali ni.

“Kau marah apasal? Aku tanya kau satu soalan simple, apa kau buat dengan Jack di Shopping Galery tadi tengahari?”

Ivy berjalan pergi dari lockernya, meninggalkan Hansel di belakang dan ahli sihir ini berdengus bila dia dengar lelaki itu sedang mengekorinya dari belakang. “Kau dengar ni dari George kan?”

“Jadi kau rasa aku dengar dari mana lagi—

“Oh of course kau dengar dari Putera George, dia putera kau, your all holy Prince yang kau benci tapi tetap dengar cakapnya. A hypocrite you are, kata kau Vicious seperti kami tapi rupanya kau a fat ass liar yang menyamar untuk pantau aku sahaja!—Hey!”

Hansel dah tangkap lengan Ivy bila dia cakap pasal misinya, paksa ahli sihir itu untuk melihat dia tepat di mata. “What did he told to you?”

Ivy tidak gentar dengan renungan tajam Hansel, tidak lagi bila dah sahkan rasa musykil Ivy tentang Hansel, betul kata Diaval, Hansel tidak boleh dipercayai. “He told me the truth. Beritahu aku semua penipuan kau di Vicious, tentang kerja kau yang sebenarnya, dengan siapa kau bekerja. Kerja yang kau kononnya kata di Pub sedangkan kau kerja dengan The believers.!”

Mata Hansel terbeliak bulat mendengar Ivy tahu pasal rahsianya. Dia memandang orang sekeliling mereka mula berpaling kearah mereka. Bahaya… satu sekolah akan tahu kalau Ivy menjerit seperti ini. Jadi Hansel menarik ahli sihir itu pergi dari mata-mata pelajar, membawa dia ke tempat dimana mereka akan dapat privasi dan Ivy boleh menjerit padanya tanpa risaukan sesiapa sahaja mendengar pertengkaran mereka.

Ya. Mustahil dua rakan ini tidak akan bertengkar bila dah menjerit-jerit seperti itu.

“Hans, lepaskan aku!” marah Ivy cuba melepaskan diri dari genggaman Hansel. “Uggh! aku taknak bercakap dengan kau! Aku marah dengan kau! Kau dengar ke ni?! Hansel listen to me and let me go!!”

“Shut it woman!” gertak Hansel kali ini dia dapat buat Ivy diamkan diri, mungkin lukakan hati kawannya tapi dia terpaksa. Dia perlu tahu apa yang Jack katakan pada Ivy kerana Ivy tidak sepatutnya tahu tentang masalah mereka, dia seorang Villain, walaupun bukan orang Vicios lagi, Ivy susah nak bertukar pihak hanya kerana dia telah dibuang oleh ibunya sendiri. Tak, Hansel kenal Ivy. Terlalu mengenalinya sehingga yakin yang Ivy masih simpan rasa dendam terhadap tanah itu.

“Kita nak ke mana ni?!” jerit Ivy sekuat yang mungkin, sengaja menarik perhatian semua orang. Tapi tiada siapa pun berani masuk campur, kerana takut melihat dua bekas Vicious itu bergaduh. Perkara terakhir pelajar academy itu nak ialah melibatkan diri dalam pergaduhan orang Vicious.

Hansel menarik Ivy turun ke taman tengah academy dan terus naik ke Wing A, di bahagian istana yang tidak digalakkan untuk pelajar pergi tapi Hansel tidak berhenti di situ sahaja, dia bawa Ivy naik ke ke salah satu menara yang ada di wing tersebut, satu menara yang berada di hujung bahagian istana dan berhadapan dengan hutan Academy itu.

Ivy dapat melepaskkan dirinya dari genggaman Hansel dengan satu rentapan kuat, membuat kuku Hansel tergores pada pembalut lukanya. Ivy merintih tapi tidak tunjukkan kesakitan yang sebenar.

“Apa kita buat kat sini? Aku nak balik Hans, aku taknak bercakap dengan kau.” Kali ini Ivy tak menjerit, hanya air mata yang mengugut untuk mengalir.

“Well, tough luck. Kalau kau nak balik silakan pergi kalau kau ingat jalan balik.” Kata Hansel dengan sarkatastik, depakan tangan kearah mana mereka datang ke menara tersebut.

Ivy menghembus nafas mengalah, memandang keatas memastikan air matanya tidak mengalir. Dia berpaling muka dari hansel, tumpukan perhatian pada pemandangan hutan yang terbentang luas seperti lautan dunia, tenang dan sunyi dibawah mentari senja. “And here I thought I have a friend in this hell so called heaven.” Bisiknya lebih pada diri sendiri.

Hansel menggigit belakang lidahnya mendengar suara pecah Ivy. Ini yang dia takutkan; Ivy mengetahui rahsianya dan rasa dirinya dikhianati.

Hansel memejam matanya dengan erat, cuba ketepikan rasa bersalahnya kerana ada perkara lebih penting dari masalah mereka sekarang. “Jack beritahu kau pasal aku je ke? Atau dia huraikan kerja The Believer’s jugak?”

Ini buat Ivy memandang Jack semula dengan mata merah, dahi berkerut naik kelihatan kecewa tertulis pada wajahnya.

Soalan yang salah.

“Really Hans? Selama ni kau tak hiraukan tentang aku langsung kan? You played as a friend really well sehingga aku tak syak langsung sebenarnya kau ni sentiasa setia dengan orang Enchanted. Always be good walaupun kau berpura-pura menjadi evil. Sekarang aku tertanya selama kita berkawan di Vicious, semua prank, curse dan muslihat tu kau sebenarnya menikmatinya dengan aku ataupun kau terpaksa, untuk dapatkan hati aku. Menyenangkan kerja kau untuk pantau aku.” Ivy berdengus sinis, rasa dirinya diperbodohkan oleh orang yang dia percayai. “itupun, Kalau selama ni kau anggap aku ni ‘kawan’ kau. Or you look at me like the others. A puppet to Enchanted and a Monster to Vicous.”

“Aku tak fikir kau macam tu—

“Sudah lah Hans, berhenti buat alasan lagi. aku dah tak nak percayakan cakap kau lagi. everything that come out from your mouth are all lies. Sepanjang satu dekad aku kenal kau, semuanya satu penipuan.” Katanya sambil memandang lantai menara yang mereka pijak, Hansel tidak layak dipandang . Ivy jijik dengan lelaki itu. “Kau tipu aku pasal kau datang ke Vicious seorang diri sedangkan kau datang dengan Gretel. Kau tipu aku kau datang ke Vicious sebab kesalahan kau mencuri tongkat sakti tu—

“Aku tak tipu—

“Shut up!” Ivy memejam matanya, mengelak dari pandang wajah Hansel. “Kau penipu! Kau beritahu aku semua pasal Enchanted supaya aku percayakan kau! kau ajak aku ke rumah kau sebab kau disuruh untuk jaga aku! Pantau aku time cuti sebab korang takut aku akan buat sesuatu dibelakang korang! Bukan sebab aku kawan kau! Aku anggap kau kawan aku Hans, I trusted you, tapi apa aku dapat? Lelaki yang gunakan kepercayaan aku untuk dapatkan tempatnya balik di Enchanted. Lelaki yang kononnya aku anggap kawan tapi dia anggap aku sebagai ‘misinya’ hanya memantau aku untuk memuaskan hati orang-orang the believersnya.” Katanya dengan nada sarkastik. “Sekarang kau dah balik rumah, bersama adik kesayangan kau, menjadi orang paling mulia di mata orang-orang kau sebab Berjaya menarik young villain ini ke Enchanted. Congratulation Hansel Gingerman! Tahniah kerana anda telah membanggakan tanah kelahiran kau dengan menjalankan misi kau ni!”

Ivy memeluk tubuhnya, dia rasa sejuk walaupun matahari masih berpaut di horizon dunia. Dia rasa keseorangan. Bersendirian di tanah yang ingin mempergunakan dia. Bersama orang yang mempergunakan dia.

Ivy tergelak sinis. “Well, pada pendapat aku kau taklah semulia mana. Kau lebih kejam dari orang Vicious. Manipulate me, befriend me, betray me… rip me away from my perfect life, strip me from my own pride, and….” Ivy membelakangkan Hansel, bibirnya menggeletar teruk tidak dapat menahan rasa sakit dalam dadanya, seperti jantungnya dihiris pisau dengan perlahan, mendedahkan Ivy pada reality yang Ivy sedaya upaya endahkan. “Khianati kepercayaan aku—” Ivy memejam erat matanya, air mata terselit keluar dari kelopak matanya turun ke pipi tapi segera di lap. Tak… tak… Hansel tak patut lihat dia begini. Tidak lagi. Tidak layak.

Dia menarik nafas dalam, mengelap kedua matanya dan kembali memandang Hansel dahu bahunya. “Tapi kau kesah apa tentang pendapat aku kan? Apa yang kau kisahkan ialah tugas kau, misi kau, tanah kau dan adik kesayangan kau. I’m just a prize on your little—”

“Kau lebih dari itu bagi aku!!” akhirnya Hansel menyampuk, menengking ahli sihir itu sekuat hatinya, suruh Ivy diamkan diri dan berhenti buat dia rasa tambah bersalah dari sebelumnya. “Kalau aku tak kisah pasal kau, aku akan biarkan kau berdepan dengan Jack Skellington dan Ibu kau persoalkan kejahatan kau. kalau aku tak kisah, aku biarkan kau keseorangan di Enchanted tanpa sebarang nasihat untuk ambil hati mereka semua. Aku takkan setuju dengan kau untuk berjumpa di Hutan Mahligai untuk jumpa adik aku! Kalau aku tak kesah aku dah lama guna lubang tu untuk kembali ke Enchanted dan tinggalkan kau keseorangan, memperbodohkan diri kau sendiri! Kalau aku tak kisah aku takkan berdepan dengan Merlin semasa Jill tangkap aku! Aku takkan pertahankan kau! Kalau aku tak kesah pasal kau selama 10 tahun ni, aku mungkin dah biarkan kau kena baham oleh the Big Bad Wolf tu 7 tahun lalu.” Hansel menarik bajunya untuk tunjuk kesan gigitan serigala yang tercorak di abdomen dan belakang Hansel. “Takkan merbahayakan nyawa aku untuk alasan bodoh kau untuk buktikan kau seorang villain pada ibu kau!”

Ivy memandang kearah lain dari melihat parut yang dalam itu, rasa bersalah masih membanjiri dadanya tentang insiden pembunuhan pertama Ivy. “Yeah? Macam mana aku nak tahu semua yang kau cakapkan tu betul? Mungkin kau dah rehearse untuk cakap semua ni bila kau dah kantoi nanti. Memandangkan kita dah di Enchanted dan aku takda magic untuk lawan kau, jadi kau tak takut kalau kau terkantoi ke tak—

“Oh Heavens, do you even hear yourselves Ivy? Ini sebab aku tak beritahu kau semuanya,kau akan cakap macam ni, akan bantah semua apa yang aku cakapkan dan kata aku penipu! Kalau aku kena buang ke Vicious tanpa ada kaitan dengan misi aku ni pun, aku tetap akan jadi kawan kau nak tahu kenapa? Sebab kau dah curi kepercayaan aku dahulu sebelum aku tahu kau perempuan yang aku patut pantau. Kalau bukan sebab misi tak guna ni, aku akan bawa kau ke Enchanted sendiri sebab kau tak bahagia di Vicious—

“Jangan cakap pasal kebahagiaan aku—

“Jangan nak bantah Ivy! Kau tahu kau tak gembira di Vicious, kau takutkan ibu kau sehingga terdesak untuk buktikan pada Maleficent yang kau jahat! Yang kau bukan macam ayah kau! baik, Enchanted! Kau menagis sebab takutkan ibu kau, kau luka disebabkan ibu kau, kau takut nak lakukan apa yang kau suka sebab kau takutkan ibu kau! that’s not a perfect life Ivy. There’s nothing perfect if you live in fear. Dan kalau kau dah tiada tempat nak tinggal, aku akan bawa kau balik rumah aku walaupun misi aku larang untuk bawa kau balik. Aku tetap akan bawa kau balik rumah aku. Nak tahu sebab apa? sebab aku sayang kau, aku sayang kau macam adik aku sendiri. Macam mana aku sayang Gretel! You are important to me dan jangan pernah sesekali fikir kau ni umpan aku untuk kembali ke Enchanted. I will stay in Vicious forever dan tinggalkan adik aku untuk kau.” Hansel tuding jari kat Ivy. “Jangan fikir aku khianati kau—

“Tapi kau tetap tipu aku.” Nada Ivy rendah, kedengaran tak bermaya. “Sumpahan Ezra tu. Aku tanya jika korang tahu apa-apa tentang sumpahan tu dank orang kata korang tak tahu apa-apa sedangkan korang tahu apa yang sebenarnya berlaku pada malam Grand Finale tu.” Ivy kembali memandang matahari yang ingin menghilang dari dunia, berpaut pada railing menara itu sekuat yang mungkin. “Sekurang-kurangnya Jack jujur dengan aku. Dia beritahu aku semuanya tentang korang, ya dia merbahaya tapi dia tak pernah tipu aku. Selama ni dia beri amaran kat aku tentang korang tapi aku endahkannya. Tapi… rupanya semua tu betul. Dia beritahu aku tentang kau, tentang sumpahan Losing Heart dan….” Ivy ingin cakap tentang sumpahan Lady Morgana tapi ayat itu tersangkut di hujung lidahnya. Hatinya seperti melarang Ivy untuk beritahu Hansel. “Dan… semua hati yang menjadi mangsa pada penjenayah Losing Heart tu.”

Hansel rasa segala kemarahannya disedut keluar dari badannya bila lihat ekspressi wajah kecewa Ivy, memandang keudara dan biarkan air matanya jatuh membelai pipinya. Badannya mengalah dari berlawan dengan Hansel.

Pada saat itu, Hansel dapat lihat jelas pada mata hijau Ivy, betapa penatnya dia, betapa kecewa, sedih, hancurnya dia rasa. “Ivy…”

“Kenapa Hans? Kenapa kau tak beritahu aku? Kalau kau kawan aku… kenapa kau tak percayakan aku?” Suaranya umpama angin lembut yang membelai telinga Hansel. Kedengaran tiada nada, kekosongan tapi tetap dirasa menyentuh kulit. Menusuk hati.

“Aku percayakan kau tapi—

“Tapi.” Ivy tertawa sinis dengan gelengan kecewa. “sentiasa ada tapi. Sentiasa ada alasan…” Ayat Ivy yang seterusnya dibawa lari oleh angin senja begitu juga dengan senyumannya. Ahli sihir itu menarik nafas dalam yang berat, sebelum menghembusnya. Dia berpaling memandang Hansel dengan senyuman tawar. “Kita patut berhenti Hans, aku dah penat. Aku penat mempersoalkan apa yang telah berlaku dalam hidup aku, penat mempersoalkan kau, penat mempersoalkan diri aku. Penat dipermainkan—

“Tiada siapa mempermainkan kau Ivy—

“Let me finish.” Ivy berkeras. “Aku penat, tersangat penat ditinggalkan keseorangan. Letih nak tahu kenapa aku berada di sini, letih menunggu jawapan dari kau, letih bergaduh dengan kau mengetahui kau takkan menjawab soalan aku. Sebab aku tahu aku tak patut tahu sedangkan aku berhak tahu kerana korang akan mempergunakan aku. It’s not like I have a choice untuk membantah kan? Jadi sekurang-kurangnya aku berhak tahu kenapa? Kenapa aku berada di sini dan sekurang-kurangnya kawan aku beritahu aku, percayakan aku untuk beritahu rahsianya pada aku.” Ivy menggeleng kecil. Bibirnya jatuh untuk sementara waktu tapi dia memaksanya untuk naik ke sebuah senyuman pahit. “So, lets stop now. Teruskan apa sahaja korang buat ni. Kau dengan misi kau dan aku tak tahu apa-apa tentangnya. Be friends again dan lupakan kejadian ni hari pernah berlaku. Tell George pasal ni jugak. Okay?” Soalnya tapi tidak tunggu jawapan Hansel. Dia berputar membelakangkan Hansel. “Jom balik Asrama.”

Ivy dah nak bergerak pergi tapi langkahnya terbatal bila Hansel mencapai lengannya semula. Membuat Ivy berpaling melihat lelaki itu.

“No.” Hansel menggeleng. “Tak. Ia tak okay.”

“Hans…” bibir Ivy jatuh murung. “Kenapa kau ni degil sangat?”

“Seperti yang kau cakap. Kau berhak tahu, aku tak adil dengan kau. aku dapat kehidupan aku semula sedangkan kau kehilangan kehidupan kau. jadi aku tak berlaku adil dengan kau.” Hansel menarik Ivy ke sisinya semula, tetap memegang lengan Ivy untuk memastikan ahli sihir itu tidak kemana-mana. “Okay, sekarang tiada lagi alasan. Tiada lagi penipuan. Aku akan beritahu kau segalanya tentang aku dan apa yang aku tahu. Aku takkan biarkan kau pergi dan berlagak okay sedangkan kau tak okay dengan semua ni, sebab aku tahu aku takkan okay kalau kita lupakannya begitu sahaja.” Katanya dengan nada serious, tanda dia akan beritahu Ivy walaupun Ivy enggan mendengarnya.

Senyuman kecil terukir pada bibir penat Ivy. Matanya kembali bersinar bersama senyuman itu. “Persistant.”

Hansel juga kembali tersenyum. “Jadi kau nak dengar penjelasan aku?”

“Pastikan penjelasan kau lebih menarik dari Jack.” Usiknya membuat senyuman Hansel lebih lebar dan mengangguk.

“Alright. Kau nak aku start dari mana?”

“Punca kau datang ke Vicious.”

Dan Hansel beritahu Ivy segalanya yang Ivy ingin tahu sementara mereka menikmati suasana malam, melihat bulan mula menguasai alam bertemankan ribuan bintang.

Beritahu kebenaran mengapa Hansel curi kayu Fairy Fauna, Jack yang cadangkan Hansel untuk curi kayu sakti tersebut untuk sembuhkan Gretel. Membantu Hansel untuk mencurinya tapi bila terkantoi, Jack melarikan diri dan biarkan Hansel menghadap Royal Fairy dan selamatkan diri untuk selamatkan adiknya. Jack yang tunggu di rumah mereka yang tolong Hansel selamatkan Gretel kerana Hansel dah tiada tenaga untuk menghasilkan magic. Setelah itu Jack melarikan diri dari rumah mereka dengan kayu sakti Fairy Fauna sekali. Tinggalkan Gretel dan Hansel di rumah mereka dan ditangkap oleh Royal Fairy.

Hukuman Hansel ialah dibuang ke Vicious dengan Gretel. Mereka merayu untuk nyawa mereka, apa sahaja selain pembuangan dan The Great Wizard Merlin tawarkan ‘The Believers’ pada mereka. beritahu mereka untuk bertahan di Vicious sehingga mereka jumpa anak kepada ahli sihir terkejam. Memantau Ivy sehingga pemberitahuan seterusnya. Minggu pertama mereka di Vicious sangat teruk, dibuli dan diseksa oleh orang Vicious, kena tipu oleh nenek sihir yang mempunyai sweet house. Hampir kena makan oleh nenek sihir itu. Hansel minta Gretel diambil semula ke Enchanted sebab taknak Gretel hadapi semua itu. dia tidak bersalah, dan Hansel berjanji tanpa Gretel dia boleh buat hukumannya dengan lebih baik tanpa hiraukan keselamatan Gretel. Jadi he Great Wizard Merlin bersetuju untuk mengambil Gretel semula.

“Selepas kejadian tu aku jumpa kau.” kata Hansel sambil menyandar pada railing menara tersebut. “Aku tak tahu kau anak Maleficent sehingga kau bawa aku balik ke rumah kau. time tu aku dah percayakan kau.”

Hansel beritahu Ivy dia betapa Hansel takutkan Ivy pada masa itu, takut kalau Ivy tahu tentang misinya tentu Ivy akan cederakan dia. Jadi Hansel jauhkan diri dari Ivy namun ahli sihir muda itu sentiasa cari Hansel sehingga paksa Hansel untuk muncul kalau tidak Ivy paksa Hansel untuk keluar bermain dengannya. Nak tak nak Hansel setuju. Bukan sebab terpaksa tapi kerana Hansel dapat lihat betapa sunyinya Ivy. Semua orang sangsi tentang kejahatan Ivy kerana Ayahnya. Jadi mereka tidak benarkan anak mereka berkawan dengan Ivy, takut ahli sihir muda itu mempengaruhi anak mereka dengan kebaikan. Hansel menjadi kawan Ivy dan bantu dia untuk kagumkan ibunya yang dia sebenarnya jahat sedangkan Hansel dapat lihat yang Ivy taklah sejahat mana (part ni dia tak beritahu Ivy. Dia beritahu Ivy hanya nak semua orang lihat dia sejahat Maleficent.)

“Then kenapa mereka nakkan aku ke sini?”

Persoalan itu buat Hansel menggeleng. “Aku tak tahu. Misi aku untuk pantau kau sahaja, sehingga pemberitahuan seterusnya. Aku tak jangka mereka akan ambil kau.”

“Pengetua Merlin tak bagi tahu kau kenapa?”

Hansel menggeleng sekali lagi. “Maaf Ai. Mereka hanya kata kau penting untuk orang Enchanted. That’s all.”

Ivy mengeluh panjang. Mengangguk, tanda percayakan Hansel dan agak kecewa yang Hansel tak ttahu langsung mengapa. 

“Dan Jack. I can’t believe it…” Ivy menggeleng dengan senyuman separuh. “Dia gunakan masalah kau untuk dapatkan fairy wand untuk kepentingannya sendiri. Apa dia nak buat dengan kayu sakti tu?”

Hansel mengangkat bahu. “Aku tak tahu. Aku sendiri tak menjangka dia akan mempergunakan aku time tu. I mean, before that dia seorang budak yang baik. Pekerja di istana, penjaga Putera George dan tolong Camelot dari bankrupt dengan korbankan diri untuk naik bean stalk tu. Then… entah macam mana dia boleh jadi jahat seperti itu.” dahi Hansel berkerut, teringatkan memori lama tentang penipuan Jack padanya. “dan bila aku kembali ke sini, dia jadi bertambah teruk dari sebelumnya.”

Ivy menjungkit kening hairan. “Well, that’s odd.”

“Very Odd indeed.” Hansel setuju. “Dan dia cuba curi kayu sakti Royal fairy sekali lagi tahun lalu—Dia punca kau kena hokum jadi hamba Puan Camelia di library. Tapi baru-baru ni dia mengaku salah kat Pengetua Merlin dan menerima hukuman setimpal seperti kau.” Katanya membuat Ivy terkejut.

“Oh my—that stupid douche!” sahut Ivy geram. “Aku pasti dia saja nak tengok aku merana di sini! That son of a b*cth really got on my nerves!!!!”

Hansel hanya tersenyum melihat betapa geramnya Ivy pada Jack. Membiarkan ahli sihir itu menumbuk udara melepaskan marah sambil menyumpah serana lelaki yang mereka bualkan. Memaki hamun sehingga hatinya puas.

“Are you done?”

Ivy mengangguk dengan sedikit hilang nafas. “Yeah. Go on.”

Hansel mengangguk. “Pasal The Believers pula, setelah tamat cuti semester, mereka berikan aku tugas dalam membongkar identity Penjenayah yang mencuri hati-hat orang Enchanted selama 2 dekad.” Hansel berterus terang pada Ivy. Seperti yang dia janjikan, beritahu segalanya yang Hansel tahu yang Ivy nak tahu.

Dia tidak tinggalkan sebarang informasi tentang kes Losing Heart pada Ivy, bila dia tahu tentang kes tersebut, bagaimana ia berlaku, bila ia berlaku, mengapa ia berlaku. tapi Hansel tidak tahu mengapa.

“Ezra pernah kata sumpahan tu nak bunuh Putera George.” Ivy bersuara setelah sekian lama diamkan diri. Kelihatan pada wajahnya yang Ivy risau pada informasi itu.

Hansel menggeleng. “Maaf. kami masih tak dapat kepastian mengapa dia nakkan Putera George. Selagi tiada lagi serangan dari penjenayah ni, kalau dia kawal orang enchanted lagi dan paksa dia bunuh Putera George, baru kami pastikan sumpahan itu inginkan nyawa Putera Camelot. Kami juga tak tahu apa dia nak buat dengan semua hati tu dan mengumpulnya selama bertahun-tahun.”

Ivy diamkan diri untuk seketika. Biarkan angin malam bermain dengan rambut hitamnya, merasakan ciuman sejuk pada pipinya sebelum bersuara. “Ia untuk tenaga.”

“Apa?” Hansel berpaling memandang kawannya.

“Bagi Villain, hati sendiri ialah racun tapi hati musuh upama madu. Manisan, tenaga untuk melawan orang berhati mulia. Mereka senang tertipu dan mereka gunakannya untuk manipulasikan mereka.” Ivy tersenyum halus. “Seperti kau manipulasi kan aku, you sly bastard.”

“Sama seperti kau memanipulasikan aku untuk dapatkan tongkat sakti Merlin dahulu.”

Dan senyuman Ivy hilang. “Alright, you have a point. Teruskan.” Hansel ketawa. “So, makan hati mungkin untuk kumpul tenaganya untuk buat sumpahan yang lebih kuat. Kau kata Sumpahan itu hanya untuk makan hati tanpa mangsa perasan tentang tattoo itu. tapi Ezra lain, dia perasan kewujudan tattoo tu dan dikawal bila tattoo itu lengkap. Tidak mati serta merta. Mungkin sebab penjenayah tu dah ada kuasa yang cukup untuk mengawal Puteri Ais yang berkuasa tu. Don’t you think?”

Hansel mengangguk faham. Tak sangka mereka tidak fikirkan perkara semudah itu. Hansel ketawa kecil. “Oh God, kalau aku tahu dapat jawapan semudah ni hanya dengan tanya kau, aku takkan berahsia langsung!”

Ivy juga ketawa. “That’s what you get for not trusting me.”

“Hey, you are a heartless witch. As much as I love you, I also afraid of you. Mana lah aku tahu kau dah kembalikan hati kau sebaik je kau berada di sini.” Kata Hansel diantara gelaknya.

Senyuman Ivy terus lenyap dengan serta merta. “Dari mana kau tahu aku kembalikan hati aku?”

Ooops….

Hansel menelan air liur cuak, otaknya segera mencari alasan. Alasan yang munasabah untuk ahli sihir ini tidak persoalkannya lebih dalam. Hansel dah berjanji untuk tidak buka mulut tentang hubungan mereka.

Hansel mengukirkan senyuman sinis palsu. “So tekaan aku betul? You did, did you?” melihat muka Ivy naik merah tanda alasannya termakan dan ini buat senyuman Hansel makin lebar. “Jangan cakap kat aku kau suka seseorang kat sini???”

Ivy terus menutup mukanya yang merah bak epal dengan rungutan geram. “Gretel beritahu kau ke?”

“Apa pula kena mengena dengan Gretel?”

“Putera Edward!” jawab Ivy geram dan malu pada masa yang sama. “Gretel dan yang lain nak pasangkan aku dengan Edward! Kau jangan nak sokong—

“Over my dead body.” Nada Hansel kedengaran sangat merbahaya. Seperti dia nak baham orang hidup-hidup. Dah cukup aku kena Migraine sebab putera Bongkak tu, jangan ada putera lain lagi nakkan Ivy.

Ivy terus mengangkat kedua tangannya. Terlupa perangai ‘overprotective daddy’ Hansel pada Ivy. “Okay, relax Hansel. You giving yourselves a heart attack.”

Hansel menarik nafas dalam, sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya melalui celah gigi. Berdesir seperti ular, seperti Ivy tapi lebih menggerunkan. “Aku ada adik yang terlalu independent untuk dirisaukan, penjenayah nak ditangkap dan kau jangan nak buat hal dengan putera-putera Enchanted pula Ivy the Devil. Aku tak tahu macam mana nak lepaskan kau dari masalah tu kalau kau terikat dengan mana-mana putera. Got that?”

Ivy hanya mentertawakan nada orang tua Hansel. “Cakap je lah kau terlalu sayangkan aku untuk percayakan lelaki lain akan jaga aku lebih baik dari kau.” Usik Ivy dan Hansel mengangguk setuju. Ivy ketawa lebih besar dari sebelumnya. Memeluk perut sehingga mengalirkan air mata.

Hansel pula tersinggung. “Hmmhm, keep laughing Devil. You giving yourselves a heart attack. Come on, lets get back.” Kata Hansel, mendekati Ivy dan memeluk bahu Ivy, bawa rakan karibnya itu turun dari menara tersebut.

Ivy pula menyelit tangannya, memeluk pinggang Hansel dengan sisa tawa yang tinggal. Dia mengelap air matanya dan menghembus nafas lega. Merebahkan kepalanya di bahu rakan karibnya. “So, Kau ahli The Believers huh? Best ke bekerja dengan mereka?”

Hansel mengangkat bahu slamber. “Boleh lah. Antara jaga kau dan jadi The Believers, aku rela jadi babysitter kau.”

Ivy memukul dada Hansel. “Kenapa pula? Kau nak perli aku ke?”

Hansel ketawa. “No. Kerja the Believers ni berat, tapi jaga kau tak. Aku hanya perlu pastikan diri aku survive dari segala karenah kau yang pelik-pelik. That’s all tapi The believers kau kena jaga satu Enchanted. It’s burdening.”

“Hmm… I take that as a compliment.”

“You should. Dan Ivy?”

“Apa?”

“Rahsiakan perbincangan kita okay? Kalau orang tahu aku bongkarkan rahsia aku kat kau. I’m dead.”

“Sure. You got my back and I got yours.”

“Seperti biasa.”

“Yup. Seperti biasa.”

Dan dua Rakan karib ini kembali ke asrama mereka dengan hubungan yang kembali pulih dan lebih stabil dari sebelumnya.

>X<

(A/N: I like boy and girls being besties… it’s like your sibling Cuma takda kena mengena dengan darah at all! Hahaha, anyhow… See you in next chappy!!)

11 comments:

  1. Angah. Terbaik. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak. Thank you. You rock!!! Huhuhuhu (≧∇≦)b

      Delete
  2. Angah, biler nak habis ni? Sebab tak sabar nak tahu endingnya. Huhu. And btw, are you a fans of Merlin drama? Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak habis? Uhm.... heeeeee-hehehehehe Angah tak tahu sebenarnya *Sweat Drop* sebanarnya angah pun tunggu cam mana pengakhiran cerita ni sebab angah sendiri struggles with the plot right now. Hahaha

      And YES. ABSOLUTELY YES. Ibu angah yang sebenarnya kenalkan Drama Merlin ni and from there Angah jadi Fan Merlin until now <3 <3 <3 hahahaha Like Mother like daughter (,,^__^,,)

      Delete
    2. I'm also a fans of Merlin. Hahaha. Pengaruh drpd kawan punya pasal. It would be great if ada sambungan cerita tu. Hahaha. Thumbs up utk ibu angah. ����

      Delete
    3. Yeesssss! Thumbs up for Merlin fans (≧∇≦)bbbbbbbb

      Delete
  3. Why I think Ivy tgh pancing Hansel untuk pecahkan rahsia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sentiasa musykil dgn kelicikan ivy th devil. Dan ya, setengah dr plan ivy ialah untuk Hansel buka mulut .. Huhuhuhuhu

      Delete
  4. Why I think Ivy tgh pancing Hansel untuk pecahkan rahsia??

    ReplyDelete