First L.O.S.T

The Villain's Plan

Di korido Istana Dementis; Juga merupakan campus kepada pelajar Vicious mempelajari Ilmu gelap dan kejahatan, Laluan yang dipenuhi dengan pelajar tersebut sedang melakukan kerja harian mereka mengikut kelas yang telah mereka ambil pada musim panas.

Dottie dan Caramel juga didalam kalangan pelajar-pelajar yang sedang lepak didepan locker sendiri. Sedang bercerita sesama sendiri, bergossip dan merungut tentang kekejaman guru kesayangan mereka dalam subjek herbology. Dua young Villain yang agak terkenal sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Campus Dementis itu.

Mereka dikenali sebagai rakan rapat The Heartless Witch, Ivy the Devil. Dahulunya disanjungi sebagai ahli sihir yang berpotensi tinggi untuk menjadi seperti ibunya, Maleficent. Namun darah Enchanted didalam badan ahli sihir muda itu telah membawanya kembali ke tempat ayahnya lahir dan mereka tidak lagi menyanjungi wanita itu. jadi Dottie dan Caramel juga mendapat kesan yang sama walaupun mereka Pure Vicious; Dihindari oleh pelajar collage tersebut.

Setelah ketiadaan Ivy the Devil, dua wanita itu mengembalikan nama mereka sebagai pelajar freshmen yang cemerlang pada tahun pertama mereka di situ; sekali bersama Hansel, rakan baru mereka dalam semua kelas mereka ambil. Mereka bertiga digelar sebagai the Missivious Trio. Sama seperti tiga budak orang Nightmare (Shock, Lock dan Barrel) yang suka kenakan pelajar-pelajar Dementis dengan hela mereka sendiri. Memanipulasi, hela, sumpahan dan perangkap yang mereka buat untuk buat hari-har pelajar Dementis bagaikan neraka di alam nyata.

Mereka mendapat gelaran tersendiri seperti Ivy The Devil. Polkadot De Vil; Di gelar sebagai The Beast Tamer kerana pada subjek Mystical dark creature, dia boleh mengawal segala haiwan gelap mengikut kehendaknya dan menggunakan mereka untuk kepentingannya sendiri. Caramel Sweet; Caramel the seductress atau the seductress witch, menggoda pelajar dengan kelebihan magicnya membuat manisan yang boleh meracuni, menggoda dan hipnotiskan mereka dengan manisan wangian magic yang dia miliki. Tiada pelajar yang pernah melepaskan diri bila telah tertangkap oleh anak nenek Sihir pakar manisan ini. Manakala Hansel Gingerman; Hansel the Mysterious Charmer. Dia lelaki yang paling merbahaya didalam Campus tersebut, tiada siapa memahami gerak geri lelaki itu, cara dia berkomunikasi dan boleh mempergunakan orang tanpa sesiapa syak tentang niat sebenarnya. Tidak seperti Caramel yang menggunakan magic, Suara Hansel sahaja cukup untuk menggoda para wanita untuk masuk kedalam perangkapnya dan perangainya untuk menarik kepercayaan lelaki.

Namun, pada suatu hari, Hansel Gingerman menghilangkan diri setelah seminggu lebih tidak datang ke campus. Dua rakannya cuba mencari lelaki itu di Gunung Furious namun tidak membuahkan sebarang hasil. Dia menjadi sebuah tanda tanya kepada seluruh penghuni Dementis, tertanya kemana kah hilangnya lelaki tersebut. Ramai membuat spekulasi sendiri memandangkan Hansel juga bekas Enchanted dan mungkin kembali ke tanah kelahirannya. Teori dan tuduhan mereka makin kuat dari hari ke hari sehinggalah Pengetua Dementis; Tuan Jack Skellington sendiri mengumumkan berita kehilangan Hansel Gingerman.

Dia telah terbunuh dalam kemalangan yang tidak di jangka. The Great Neverbeast telah bertapak di Gunung Furious dan telah membaham Hansel, meninggalkan hanya beg yang berisikan buku pelajarannya. Mengesahkan buku tersebut milik Hansel.

Mereka semua bersedih atas kehilangan Young Villain yang berpotensi tinggi untuk menjadi salah satu Villain yang terkuat yang akan tertulis dalam sebuah buku Fairy Tales.

Tapi tidak bagi dua rakan ini.

BAM!!

“Urrggghhh! I hate morning classes!” jerit Caramel selepas menghempas tutup pintu locker. Dia melihat dirinya dalam cermin yang melekat pada Pintu Locker dan memeriksa kesan hitam di bawah matanya. “I need my six hour sleep to stay beautiful but Noooooo….. Prof. Black Beard kata ‘Fresh Fish only cought fresh in the morning yer Sissy's!’ Bah! Like I care about that stinkin’ Fish of His!” Marahnya dan merungut bila kesan bawah matanya itu agak ketara. “Hey Dot, kau boleh kawal merman ke?”

Dottie yang bersamanya, menyandar pada locker sebelah sambil mengasah kuku dengan mulut sibuk mengunyah gula getah pemberian Caramel; meniup belon pada gula getahnya sebelum bersuara; “Tak pernah cuba dan tak akan mencubanya.”

“what—Why?! You need to! Aku nak balas dendam kat orang tua boroi tu sebab rosakkan muka aku ni!”

Dottie berikan jelingan tajam pada Caramel dengan decitan lidah. “Mereka di bawah pemerintahan Queen Ursula. Kalau kau nak pergi lah minta kat permaisuri gila tu.”

“Tapi dia Gila. Kau tahu apa jadi kalau kita kacau dia, dia terlalu gila kuasa sehingga takanak cooperate dengan sesiapa. She’s a dictator. Versi Laut!” Caramel mengeluh dengan cantik. “Kalau Hansel ada tentu senang je dia goda Permaisuri Ursula untuk bekerja sama dengan kita.”

Dottie tergelak sinis. “Kau masih fikirkan mamat tak guna tu? This is more than like Caramel, its obsession.”

“Tak. It’s True Love.” Caramel tegakkan perasaan sendiri dengna dagu diangkat tinggi. “Tak tengok ke camestry antara kitorang berdua? Mr. Charmer and Miss Seductress? Kami berdua menggoda berlainan jantina untuk keuntungan sendiri? I create Sweets while He eats them. We are created for each other. Soulmates.”

“Heh, soulmate perlukan kedua pihak suka—no, cinta antara satu sama lain. Kau dan Hansel?” Dottie menggeleng dengan riak muka simpati yang kotor. “Lebih kepada cinta bertepuk sebelah tangan.It’s not true Love, Carie.”

It’s True Love!” Bantah Caramel dengan kaki dihentak kuat. “Jeeezzz apa yang kau tahu tentang soulmate huh? Kerja kau cari lelaki badan besar, berbulu dan… dan… Euughhh. Tak nampak macam manusia langsung! A beastiality!”

Dottie mengibas rambutnya dengan bangga, tidak terasa langsung dengan ayat Caramel. “What do you know about my love life? sekurang-kurangnya aku ada pengalaman dalam percintaan bukan macam kau. Tak. Pernah. Langsung.” Kutuknya dengan jari dituding kearah kawan ahli sihirnya.

Caramel menyentuh dada, rasa terkilan. “Oh! How dare you point that filthy finger at me?! Sekurangnya aku boleh kawal ‘lelaki’ aku. Kau pula hanya boleh kawal haiwan. Walaumacammanapun rupa hodoh boyfriend kau tu, kau tak boleh kawal mereka!”

“Huh!” Dottie berdengus geram. “Jangan nak komen cara aku dengan ex-boyfriend aku—

“Kau break dengan Sulfur?” Soal Caramel agak terkejut. Kerana hubungan mereka kelihatan baik beberapa bulan ini dan tiba-tiba putus hubungan.

“—Hah? Oh yeah, dia tikam aku dari belakang so aku humban dia kat jurang hujung istana semalam—apapun, kalau kau bagus sangat ‘kawal’ lelaki kau. kenapa kau tak guna magic charm kau tu untuk goda Hansel je?”

“I don’t need one.” Jawab Caramel bangga. “kitorang soulmate jadi hanya perlu masa je untuk Hansel—

Dottie mengecilkan matanya pada Caramel membuat ayat ahli sihir ceria itu terdiam hairan. “Is thaaaat….. Mistress Maleficent?”

“Who?”

Dottie segera putar Caramel kebelakangnya dan mereka berdua sama-sama terkejut melihat Mistress of the Darkness berada di laluan istana mereka.

Dua kawan ini segera tundukkan diri bila ahli sihir terkejam itu berjalan lalu di hadapan mereka dengan penuh megah dan maruah yang tinggi di bahunya. Jubah hitamnya yang membara itu terheret di belakangnya menunjukkan kekuasaannya yang begitu keji dan kejam. Atmosfera di belakangnya menjadi suram dan pelajar yang telah dia lalu menjadi seram sejuk dan pucat seperti mayat kerana takutkan ahli sihir tersebut.

Dottie dan Caramel tundukkan kepala, pastikan mereka tidak bertemu pandangan dengan ahli sihir kejam itu. mereka dengar jika mata mereka melihat ke mata Maleficent, roh mereka akan di serap, hanya meninggalkan jasad yang tidak bermaya; seperti zombie dan zombie tersebut akan digunakan sebagai baja dalam kebun herba Puan Sally.

Bunyi kasut tinggi Maleficent berderap dah cukup untuk buat mereka ketakutan. Bergema di laluan istana itu dengan begitu menggerunkan, seumpama mereka semua akan bertemu dengan ajal. Dan ahli sihir terkejam itu adalah pembawa mereka.

*Click*Clack*Click*Clack*Click—dan langkahnya berhenti mendadak.

Dottie dan Caramel mengecil di tempat yang mereka berdiri, cuak melihat kaki Maleficent berputar kearah mereka menandakan mereka berdua punca ahli sihir itu berhenti. Tiada siapa berani mengangkat pandangan mereka. ketakutan yang tidak terhingga mengikat usus perut mereka dengan erat.

“Raise your head my children….” Suara The Almighty Maleficent yang lembut lagi kaya dengan kuasa membuat dua rakan itu saling berpandangan. Tidak tahu jika mereka telah buat salah atau tidak menyebabkan ahli sihir itu menginginkan sesuatu dari mereka.

I command you to raise your heads.” Tidak sempat mereka ingin mendongak, Maleficent dah tangkap dagu mereka dengan kuku hitam yang menikam kulit. Memaksa mereka untuk melihat tepat ke matanya.

Mata Young Villain ini bertemu dengan sepasang mata hijau almerald yang tajam, membara dengan kemarahan dan kesabaran yang tipis. Mereka berdua menelan air liur kasar. Dapat rasa kaki mereka gagal tunjukkan keberanian pada ahli sihir kejam itu.

Senyuman sinis yang menyeramkan terukis pada bibir nipisnya yang merah dan dilengkapkan lagi dengan renungan tajam yang boleh mengakibatkan sesiapa sahaja melihatnya fobia. “So…. Kamu berdua pernah berkawan dengan anak saya betul?” Soalnya membuat mereka berdua menjadi pucat, seperti mereka telah buat satu kesalahan besar. “Beritahu saya nama kamu.”

Dottie mengangguk cuak. “P-Po-Polkadot De V-Vil. The Beast T-Tamer….”

“A beast tamer?” Soal Maleficent kedengaran tertarik. “tak silap saya Cruella gila memburu haiwan untuk dapatkan bulu mereka. dan kamu…” Maleficent melihat coat bulu Dottie. “Hand-me-down coats?”

“T-T-Tidak… ia pemberian dari haiwan yang dah mati.” Jawabnya hampir tiada suara.

“An offering?” Maleficent ketawa kecil, agak gembira mendengarnya dan dia berpaling pada seorang lagi. “Kamu anak Ahli sihir yang tinggal di rumah manisan tu kan?”

Caramel keluarkan jeritan halus, terkejut mendengar persoalan Maleficent yang tidak merbahaya itu. mungkin sebab dia takut sangat sehingga persoalan itu dah dianggap membunuh. “CarameltheSeductress.” Jawabnya dengan cepat, menggigt lidah kerana takut Maleficent tidak dapat tangkap ayatnya.”

“Seduc…tress?” Soal Maleficent dengan kening terjungkit sedikit. “Kamu seorang ahli sihir betul?” Caramel hanya mengangguk. “jadi kamu menggunakan kepakaran magic kamu dalam manisan untuk goda mangsa kamu? That’s interesting indeed.” Jawabnya dengan kagum.

Caramel tak dapat tahan dari menghembus nafas lega mendengar pujian dari Maleficent tapi segera menutup mulut kerana hembusan nafas itu. Berani dia rasa lega depan The Evil sorcerers Maleficent. Dia patut digeruni dan hormati. Bukan rasa selesa atau lega dalam kehadirannya.

“Such a promising Young Villain. Tak mengejutkan jika kamu dapat berkawan dengan anak saya. Kamu berdua juga mendapat gelaran dari orang ramai.” Maleficent melepaskan dagu mereka dan tersenyum kecil. “Korang layak berdiri bersama Ivy.”

Mereka berdua juga tersenyum kecil, biarkan rasa bangga mereka terselit pada wajah mereka dan tersipu malu dengan pujian tersebut.

“kami berbesar hati menjadi kawan Ivy the Devil, Mistress Maleficent.” Dottie bersuara dengan lembut.

“Dan saya berharap kamu akan berkawan dengan dia pada masa hadapan kelak.”

Ini buat dua kawan ini mengangkat kepala mereka pada Maleficent. “Ivy akan kembali ke Vicious?” Soal Caramel sebelum dia sempat nak halang mulutnya bersuara.

“Mistress Maleficent, baik kita pergi sekarang.” Seorang lelaki pendek menyampuk dari belakang, menarik perhatian dua wanita itu. Maleficent menjeling kearahnya membuat dia mengecut ketakutan manakala dua Young Villain ini hairan kerana tak perasan kehadiran Rumplestiltskin bersama Maleficent.

Maleficent hanya berdecit pada lelaki tersebut dengan jijik sebelum kembali memandang dua young villain itu dengan senyuman 1001 makna. “Kamu akan berjumpa dengannya. Tapi buat sementara waktu ini, prepare yourselves to be the new great villain in a fairy Tale book.” Katanya dan bergerak pergi, meninggalkan dua young villain itu dengan harapan tentang masa depan mereka menjadi villain yang Berjaya.

Rumplestiltskin sempat menoleh kebelakang melihat dua wanita itu sebelum mengejar ahli sihir itu dengan langkahnya yang kecil.

Dottie dan Caramel juga hanya perhatikan lelaki kerdil itu mengejar wanita yang lebih tinggi dari mereka berdua. Rasa kasihan pada Rumplestiltskin kerana mengekori wanita menggerunkan itu. Apa sahaja urusan mereka di Collage itu, pasti mustahak sehingga Maleficent datang pada waktu matahari terpacak di langit disebalik awan mendung Vicious. Apatah lagi bertemankan lelaki paling licik dalam Tanah Vicous itu.

“Did you smell that?” Soal Caramel setelah Dua Lagendary Villain itu jauh pada penglihatan mereka.

“Smell what?”

Caramel memandang Dottie dengan hairan. “A very stink smell. A strong one too.”

Dottie kembali menyandar pada locker dan memeluk tubuh. Alihkan pandangannya pada Caramel semula. “Kau nak kata ada sumpahan diletakkan pada Mistress Maleficent? That’s impossible.”

“Tak bukan Miss M.” Caramel menggeleng. “Tapi Rumples. Sesuatu dalam baju dia mengeluarkan bau tengik yang kuat. Sangat kuat.”

“sesuatu? A contract?”

Caramel mengangkat bahu. “Mungkin. Kau rasa itu ke sebab mereka datang ke sini? Untuk berjumpa dengan Pengetua Jack tentang benda tu?”

Dottie pula mengangkat bahu, matanya tertumpu kembali kea rah mana lelaki pendek itu telah pergi bersama Mistress Vicious. Wajahnya tegang tanda berjaga-jaga. “Apapun contract tu terkandung. Ia pasti ada kena mengena dengan Ivy.”

Caramel juga memandang kearah mana Dottie merenung dan mengangguk risau. “I have a bad feeling about this….”

“From one to ten. How bad is it?”

“Twenty.”

Pintu pejabat Pengetua Jack dibuka dengan kasar secara magic membuat Ruler of Nightmare Realm berpaling dari model Istananya, melihat ahli sihir bertanduk hitam, tinggi 180cm dan berjubah hitam yang diperbuat dari magic terkejam di atas tanah itu masuk dengan bunyi tumit tinggi yang bergema dengan menggerunkan. Bersama tongkat sakti didalam tangan yang bercahaya dengan penuh maruah dan kekuasaan sama seperti setiap langkah besar yang dia ambil untuk masuk kedalam bilik tersebut.

Jack Skellington terus tersenyum lebar dengan tangan didepakan dengan luas, mengalu-alukan Lagendary Villain kedalam pejabatnya. “Ah! What can I do for you My Mistress?”

Semasa Jack Skellington ingin tunduk, Maleficent mengangkat tangannya. Tidak perlu etika formal itu dan teruskan ke niat kenapa dia datang berjumpa dengan Jack Skellington. Maleficent mengibas jubahnya, menunjukkan seorang lelaki kerdil yang bersembunyi dalam bayangannya, mengecut ketakutan kerana tidak berani berdepan dengan The King Of Nightmare. “Ada sesuatu yang kamu patut tahu Jack Skellington.” Katanya dengan nada lembut tapi merbahaya, dia gunakan tongkat saktinya untuk tolak RUmplestiltskin berdepan dengan Pengetua Dementis. Seperti Rumplestiltskin seorang budak kecil yang telah ditangkap dari membuat kesalahan besar.

 Jack Skellington kecilkan matanya pada lelaki kerdil itu dan mengusap dagu dengan perlahan. “Hmmm…. Apa benda ni buat kat Sekolah saya? Dan apa dia buat bersama kamu Mistress?”

Mereka berdua merenung kebawah Rumplestiltskin yang berada diantara mereka, renungan maut itu membuat Rumplestiltskin rasa lebih kecil dari sebelumnya. Dia membuka topinya, tersengih-sengih ketakutan pada Tuan Jack tapi tertunduk bila renungan itu makin tajam dari sebelumnya. Dia bermain dengan hujung topinya sambil menggigit bawah bibir.

“Bercakap Rumples.” Arah Maleficent tiada kesabaran untuk lelaki tersebut.

Rumples melompat terkejut dan membelakangkan diri dari Maleficent tapi langkahnya terhenti kerana teringatkan Tuan Jack berada di belakangnya juga. Jadi dia tundukkan diri, rasa nak pitam dan terkucil di antara mereka. kalau dia buat macam tu, nyawanya dalam masalah.

“Uhm—Err… Tuan Jack—

“Did I hear Mal datang??” Pintu bilik Pejabat Tuan Jack dibuka bersama satu suara merdu datang masuk, menarik perhatian mereka tiga. Suara itu menyelamatkan leher Rumplestiltskin untuk beberapa minit. Puan Sally masuk dengan penuh sopan santun dan senyuman gembira yang manis terukir pada wajahnya bila dia lihat rakannya berada di istana mereka lagi.

Maleficent juga mengukirkan senyuman gembira melihat Puan Sally dan depakan tangan untuk menyambut pelukan Sally. “Saya minta maaf kerana tak beritahu kamu awal-awal yang saya datang ke sini. I just have a little business with your husband and might not join you for a bugger tea.”

 Sally ketawa kecil dan mengipas tangannya. “No worries Mal, saya dengar dari tiga budak Nightmare yang mereka lihat kamu di laluan istana. So, saya datang untuk melihat kamu sahaja. Besides, I have a class in a—

Muka Sally pucat bila dia lihat lelaki kerdil berada di dalam Pejabat itu dan melihat wajah Maleficent dengan tanda tanya, sebelum dia melihat wajah suaminya pula. “Apa dia buat kat sini?”

Kali ini sedikit keangkuhan timbul pada bibir sinis Rumplestiltskin. “Surprise seeing me here—

Saya dah kata jangan pernah bercakap dengan isteri saya lagi.” Jack bersuara dengan nada mengancam membuat Rumplestiltskin tertunduk takut. Membelakangkan diri dari mereka bertiga.

“I-I’m S-s-sorry Tuan Jack…. Saya takkan mengulanginya lagi.” dia menggeletar satu badan dan tidak berani lagi untuk mengangkat pandangannya, ataupun melihat Sally.

Sally segera bergerak ke sisi Suaminya. Menyentuh bahu Jack skellington dengan lembut dan takut. “My Love, kamu kata kamu takkan benar kan dia datang ke sini..”

Jack Skellington berikan senyuman lembut dan menyentuh tangan Sally yang berada di bahunya. “Saya tahu sayang. Tapi kali ini pengecualian. Mistress Maleficent yang membawanya.”

Sally memandang kearah rakannya. “Kenapa?”

Maleficent tersenyum dengan anggun dan depakan tangannya kearah lelaki yang kurang menyenangkan di dalam bilik itu. “Dia dah buat satu lagi kontrak…”

“Dia Villain pembuat kontrak licik. So what he makes another—

“…Bersama seorang anak muda di Enchanted.” Sambung Maleficent pada ayatnya yang sengaja dia hentikan untuk mendengar respon Puan Sally. “Kontrak yang akan menghuru-harakan sejarah tanah ini lagi.”

Dua orang Nightmare ini terus menjeling jijik kearah Rumplestiltskin. Lelaki kerdil itu kembali mengecut ketakutan, jelingan Sally dia tak takut sangat tapi Jack Skellington yang buat dia menggigil satu badan kerana soket matanya yang hitam itu umpama void yang menyedut rohnya secara perlahan.

“Rumples, Kau dah bersumpah untuk tidak lagi membuat kontrak yang melibatkan kedua tanah Vicious dan Tanah Enchanted. Mengapa kamu melanggar sumpah kamu?” Soal Tuan Jack skellington dengan dingin.

Rumplestiltskin segera mengangkat kedua tangannya. “Saya sumpah saya tak buat kontrak tu—well, not me in this timeline atleast.” Dia mengangkat bahu dengan senyuman nakal tapi lenyap pada ketakutan semula. “Tapi saya janji kontrak ini akan kembalikan Ivy the Devil ke pihak kita semula.”

Tuan Jack tampil kehadapan Sally, melindungi isterinya dari lelaki tersebut dan bersuara; “Apa maksud kamu berpihak pada kita? Don’t you believe Ivy a Vicious?”

Rumplestiltskin menarik sengih dan pandang Maleficent. “Ibu dia tak percayakan anak sendiri.”

“Mal!” Sally menyentuh dadanya, terkejut mendengar Maleficent berfikiran seperti itu pada anak kesayangannya.

Rumplestiltskin mengangkat bahu slamber. “jangan salahkan seorang ahli sihir yang tidak berhati perut. Apatah lagi anak ahli sihir itu mempunyai Hati. Hati Enchanted.”

“She’s a Vicious.” Ata Maleficent dengan nada menahan marah.

“Mistress Maleficent, Her father’s an Enchanted. Tiada siapa di Vicious ni tidak syak Ivy seorang budak berhati mulia. Her first day dalam kindergarten semua orang dia layan dengan baik. Be nice and Make Friends. Semua orang meragui kejahatan Ivy The Devil, Mistress Maleficent. Termasuk Tuan Jack dan Puan Sally sendiri.” Katanya dengan nada sedikit yakin. Dia tahu itu ialah fakta dan mereka tidak boleh mengelak perasaan syak mereka.

Tiga legendary Villain ini diamkan diri untuk seketika, hanya merenung kearah Rumplestiltskin kerana sakit hati ayat lelaki pendek itu adalah benar tersimpan rapi dibelakang kotak minda mereka selama ini.

“So, what do you have in mind?” soal Jack Skellington dengan nada perlahan  dan kesabaran yang nipis.

Rumplestiltskin tersenyum dan mengeluarkan kontrak usang tapi kelihatan baru itu dari coat bajunya dan tunjukkan kepada mereka. “This Contract will guarantee our win in the war dan Anak Emas Vicious kembali berpihak kepada kita Permenantly.” Katanya dengan bangga.

Jack mngambil contract itu dari tangan Rumplestiltskin dan membaca isi kandungannya bersama Sally. Mata dua orang nightmare ini membesar sebelum memandang sesama sendiri seperti ingin memastikan yang apa tertulis dalam contract itu adalah benar.

Jack kembali memandang Rumplestiltskin. “Explain what kind of contract is this.”

Rumplestiltskin rasa macam nak terkucil dalam seluarnya bila dengar nada menyeramkan Jack, nada yang sama untuk takutkan mereka yang tidur mengalami mimpi ngeri yang tersangat real. “It’s a contract that will save our beloved Ivy from Death and betraying us.” Jawabnya dengan suara hampir tidak wujud tapi Jack skellington mendengarnya dengan jelas.

“Go on. Louder this time.”

Lelaki kerdil ini mengangguk dan berdehem, membersihkan tekaknya dari segala ketakutan dan cuba mencari keyakinan—sedikit keyakinan untuk bersuara dan menghuraikan kontrak tersebut. “S-Saya dah terangkan segalanya pada Mistress Maleficent. You see, in the future… Ivy the Devil will die.” Katanya cukup buat dua orang Nightmare ini terkejut, memandang Maleficent meminta kepastian.

Maleficent memberikan anggukan berat, dia juga sukar untuk menerima kenyataan tersebut. “Ini sebab saya taknak dia berada di Enchanted setelah dia dibuang dari sana.”

“Tapi ia dah menjadi takdir Ivy The Devil untuk pergi ke sana. Lambat atau cepat. She will eventually go to the enemy’s land. Tiada siapa boleh mengubah takdir walaumacammanapun mereka cuba mengubahnya.” Kata Rumplestiltskin dengan gelengan. “Kita cuba kekalkan dia di sini tapi dia tetap ke sana. Kerana takdir telah menentukan yang Ivy punca tercetusnya peperangan antara Vicious dan Enchanted. Untuk sebab baik atau jahat tiada siapa yang tahu kecuali Ivy the Devil sendiri dan disebabkan tindakannya itu… nyawanya sebagai bayaran.”

“Jadi tiada maknanya jika dia dah pergi ke Enchanted. Dia akan mati juga sepertimana Takdir telah menulis kisah hidupnya.” Amarah Jack Skellington melipat kontrak itu dengan kasar sebelum melontarnya pada Rumplestilitskin. “Apa gunanya kalau kita tak dapat selamatkan dia dari takdirnya sendiri.”

“Ah! Itu kerana kita tidak tahu punca mengapa dia terbunuh dalam peperangan ni.” Rumplestiltskin mengangkat jari telunjuknya dengan senyuman sinis, matanya jatuh pada Maleficent seperti mana jari telunjuknya menuding. “Maleficent membunuh Ivy The Devil atas kemarahan yang amat sehingga tidak mengaku Ivy adalah darah dagingnya sendiri. Sama seperti kejadian 17 tahun lalu; pada malam kematian Robin Hood bila Mistress mengetahui dia telah belot Mistress—

“ITU KERANA KAU BERITAHU AKU TENTANG ROBIN HOOD!!” Maleficent meletup dengan api hijau yang merangkak turun dari jubah hitamnya, membakar lantai dan menjilat siling pejabat itu. “You fooled me and make me killed my own husband out of anger and bertrayel! You used me!!”

Rumplestiltskin membelakangkan diri, ketakutan dan segera mendaki kerusi berdekatan bila api itu merangkak kearahnya. Okay… wrong move. Mistress Maleficent masih marahkan dia atas kejadian itu sehingga sekarang. Dia kena berhati-hati dengan mulutnya kali ini.

“A—Aku—s-s-saya ingat Mistress gembira menghapuskan suami mistress…” Dia tersengih ketakutan. “I mean, Dia punca kekalahan Perang Dua Bilah! Berikan cadangan Jack Skellington pada Great Wizard Merlin untuk cabar Mistress, one on one duel untuk menentukan kemenangan Villain dan Heroes!”

So you are the rat that leaks our secret to Maleficent!” Kali ini Jack Skellington pula naik marah, kegelapan disekelilingnya membesar, menghasilkan void yang tiada penghujungnya dan datang mendekati lelaki kerdil itu. “Aku telah bersumpah, bila aku tahu siapa yang bocorkan rahsia kami aku akan seksa dia sehingga dia menjerit tanpa suara dan merayu untuk dilepaskan walaupun tiada apa lagi yang perlu dilepaskan lagi pada anggota badannya. Now you—

“Kalau kamu bunuh saya sekarang, kamu tidak akan tahu bagaimana nak selamatkan Ivy the Devil dari terbunuh!” Rumplestiltskin segera bersuara di atas kerusi yang bergoyang itu akibat badannya yang menggeletar teruk.

“No need.” Kata Maleficent dengan riak wajah yang sukar dibaca, tongkat sakti bercahaya telah diangkat kearah lelaki kerdil itu. “Aku yang bunuh anak aku sendiri jadi aku boleh tak bunuh Ivy dimasa hadapan.”

Jack Skellington menarik sengih, setuju. “Now. Begone Rumples—

Nanti-nanti-nanti! Di masa hadapan Ivy berpihak pada Enchanted dan dia akan melawan ibunya sendiri dan nak tak nak salah seorang kena tumpas untuk mengakhiri peperangan ini!!” Rumplestiltskin bercakap dengan satu nafas, secepat yang mungkin dengan mata tertutup erat.

Kedua Legendary Villain ini menarik serangan mereka semula. “Apa?”

Rumplestiltskin membuka sebelah matanya untuk melihat dua Villain itu tidak lagi mengancamnya dan menghembus nafas lega tapi kembali takut bila tongkat sakti Maleficent yang tidak bercahaya ditolak ke halkumnya. Dia segera mengangkat kedua tangan menyerah kalah.

“Kenapa Ivy ingin melawan ibunya sendiri?” Soal Maleficent dengan nada mengancam. “I’m her mother.”

Rumplestiltskin menelan air liur kelat, halkumnya berlanggar dengan bola kaca tongkat sakti itu dah cukup buat orang kerdil ini tambah takut kalau-kalau dia terus dibunuh. “Se… s-s-sebab dia tahu tentang kematian Robin Hood and.. a-a-and she hates you for that.”

Dan hanya dengan satu perkataan itu. segala tenaga dan kemarahan The Evilest Sorcerer in the Land hilang dari badannya seperti rohnya sendiri keluar dari jasad dan jatuh kebelakang.

Nasib Baik Sally segera menyambut Maleficent sebelum dia jatuh ke lantai. “Mal… Mal kau okay?”

Maleficent memegang dahinya yang berdenyut sakit, penglihatannya kembali jelas dan dia segera bangun namun kakinya gagal untuk berikan sokongan yang dia inginkan dan terpaksa bersandar pada Sally. “W—wha—How….?”

Jack Skellington terus mencapai collar baju Rumplestiltskin dengan ganas, tulang jarinya menebuk lubang pada kain coat tanda dia tersangat marah pada lelaki kerdil itu. “Kau beritahu Cik Devil tentang Robin Hood?”

Rumplestiltskin menggeleng laju. Cuak habis. “N-No! Ivy The Devil melihatnya dengan matanya sendiri—I swear to you she saw it herself the night her mother killed her father.”

“Apa? Oh tidak…” sekali lagi badannya mengalah dengan Maleficent dan ingin jatuh terduduk atas lantai tapi Sally tidak membenarkannya.

“Come Mal, lets take a seat…” Sally menolong Maleficent ke sofa yang tersedia didalam pejabat tersebut dan duduk disebelahnya. Mengusap belakang ahli sihir jahat, juga merupakan seorang ibu yang kelihatan lemah itu. berbisik ayat semangat padanya hanya mereka berdua sahaja yang dengar.

“Dia tahu tentang ayahnya selama ini? then, dia tentu bencikan….”

“Hussh Mal. Aku pasti dia tak bencikan kau. jangan biarkan ayat troll tu memperbodohkan kau lagi… okay?”

Jack Skellington rasa bersimpati pada The Great Evil Sorcerer itu dan juga ingin menenangkan Maleficent tapi dia ada perkara lebih penting untuk diselesaikan. Iaitu lelaki pendek yang merupakan seorang Villain yang dibenci oleh semua Villain di atas Tanah Vicious itu.

“Peluang kau untuk hidup dah makin tipis Rumplestiltskin. Peluang terakhir, Macam mana kau nak kembalikan Ivy ke pihak Villain semula?” Soalnya dengan nada mengancam. “Oh dan… jaga percakapan kau kali ni. My patience is running out.”

Rumplestiltskin mengangguk faham sambil menelan air liur tiga kali. “P-Pembuat Kontrak tu juga ingin Ivy terselamat dari maut jadi saya buat perjanjian dengannya, menukar takdir Ivy The Devil, dia perlu korbankan benda yang sama dengan nyawa Ivy.”

“Dan benda itu ialah?”

“Tali merah mereka.” katanya membuat Jack Skellington menjungkit kening. Rumplestiltskin menggoyangkan jari kelingkingnya pada Jack memberi signal untuk fahamkan raja Nightmare itu. “Dia perlu korbankan takdirnya bersama Ivy The Devil. He must give up to be her soulmate.” Katanya dengan hembusan menggeletar. “Hanya dengan itu Ivy kembali ke pihak kegelapan.”

“Dengan memastikan Ivy tidak bersama dengan lelaki itu? maksud kamu—” Mata Jack Skellington membesar. “Her heart will be betrayed… Dan berakhir seperti Maleficent dan mangkat Raja Stefan.” Renungan Jack Skellington kembali pada Rumplestiltskin, kali ini lebih menyeramkan. “That’s your plan?! She’s Maleficents Daughter! Bukan Enchanted je dia hapuskan, Vicious juga!!”

“Then take that chance.” Kata Rumplestiltskin dengan nada serius, dia takut tapi kali ini dia berani untuk bersuara. “Dia takkan menjadi seorang Villain jika dia tidak rasa disakiti, dikhianati dan dipergunakan oleh orang yang dia percayakan. Orang yang dia sayang. Right now she maybe in love with that boy tapi tidak mengetahui yang takdir mereka tidak akan bertemu. Bergerak selari tapi tidak akan bertembung. She needs to feel pain to become a villain.” Katanya dengan nada rendah. “kerana dia mempunyai hati yang suci seperti Robin Hood tapi telah dirosakkan dengan kejahatan Vicious. One more pain. Satu lagi kesakitan yang teramat, akan buat dia berpaling semula pada Kegelapan. Pada ibunya semula. Pada kita semua. Dan nyawanya akan terselamat. Let her learn to hate Enchanted.” Jack Skellington hanya diamkan diri, dan Rumplestiltskin mengambil kesempatan ini dengan menghulurkan satu lagi cadangannya. Bermula dengan menelan air liur untuk kesekian kali. “And You… as the King of Nightmare can help her through it.”

Jack Skellington mengetap giginya sehingga tulang rahangnya tegang dan boleh patah jika dia teruskan mengetap gigi. Wajahnya yang menggerunkan itu menjadi tenang, tiada ekspressi tertunjuk pada wajah tengkoraknya dan dia mengambil dua langkah kebelakang dari Rumplestiltskin.

“You can ask the Boogieman for that.” Balasnya dengan dingin sebelum memetik jari, menghasilkan satu lubang besar di bawah Rumplestiltskin membuat lelaki kerdil itu memandangnya dengan cuak sebelum dia ditelan kedalam lubang kegelapan itu bersama kerusi Jack Skellington dan lubang itu tertutup semula, mematikan jeritan horror Rumplestiltskin.

Jack Skellington berpaling ke dua wanita yang duduk di sofa pejabatnya, melihat Maleficent yang pucat sambil memegang dahinya sambil mulut berkumat kamit dalam bisikan, menyalahkan diri dan mengatakan kemungkinan yang buruk tentang Ivy terhadapnya.

“Maleficent.” Jack Skellington menarik perhatian kedua wanita itu. “Jangan risau tentang Cik Devil. Saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan Cik Devil kita kembali pada kita. You heard yourselve right? Mereka bukan lagi soulmate.”

Maleficent membuka mulut tapi segera menutupnya. Seperti apa sahaja yang dia ingin bantahkan ditelan semula dan hanya mengangguk. “Kalau begitu, saya serahkan Ivy pada kamu Jack. Don’t fail me.”

 “I assure you, I know what to do with our little Devil. Bayangkan Cik Devil kita sekarang ni… dalam peringkat memberontak. You know, rebelling just for some cute guy.” Pengetua Dementis itu cuba tenangkan Maleficent dengan satu lawak tapi nampaknya dia hanya dapat satu renungan tajam dari Maleficent. Jadi Jack skellington berdehem, kembali serious. “I will not Fail you Oh Almighty Evil Sorcerer Maleficent.”

Ketukan Pintu pejabat Pengetua Jack menarik perhatiannya dan dia terjungkit kening hairan. “Now who can that be?”

“It must be Gothal.” Sally menjawab persoalan suaminya dan segera bangun. “Come in Goth!”

Seorang wanita tua muncul disebalik pintu dua Pejabat Pengetua Dementis itu. seorang wanita yang mempunyai rambut hitam beruban yang kerinting, muka dah berkedut kerana telah dimakan usia namun kemposisi dirinya tetap tegak dan kelihatan kuat. Sesuatu yang tidak kena pada wajah wanita tua itu. mukanya penuh dengan kesan parut yang sangat teruk seperti wajahnya telah di cucuk dengan duri tajam—kerana dia jatuh dari menara tinggi ke sekatil akar berduri yang melindungi menara tersebut. Terselamat hanya dengan badan penuh dengan kesan tusukan dan goresan duri pada seluruh badannya.

Wanita tua; bernama Gothal, atau pelajar Dementis gelar dia Mother Gothal ini tersenyum manis kepada penghuni didalam bilik itu. sebelah matanya buta dan berwarna putih kerana tertusuk duri tapi sebelah lagi; berwarna hazel muda, bercahaya, masih jelas melihat mereka semua. Malah gembira berjumpa dengan kawannya.

“Gothal, boleh bawa Maleficent ke bilik saya? Kita akan minum bugger tea di sana.”

“Oh dah tentu Sally.” Jawab Gothal sambil datang mendekati mereka. Dia melihat wajah Maleficent tambah pucat dari sebelumnya dan ingin menyoal tapi mengetahui betapa pentingnya maruah seorang Ahli sihir kejam ini, dia abaikan persoalan itu. dia hulurkan tangannya pada Maleficent. “Jom Mal. A nice Night-glow weeds tea of my creation should do the trick.”

Maleficent mencapai tangan tersebut, biarkan Gothal menolong dia bangun dan bawanya keluar dari Pejabat Pengetua Jack. Tapi dia berhenti di depan pintu dan bersuara. “Are you coming Sally?”
“Dah tentu Mal. Selepas saya bercakap dengan suami saya.”

Maleficent hanya mengangguk dan mereka berdua keluar dari pejabat itu, turun ke mana terletaknya BIlik peribadi Puan Sally.

Sebaik sahaja pintu pejabat itu tertutup, Sally berpaling pada suaminya, memperbetulkan coat baju Jack yang tidak kusut langsung; tangannya rehat di dada Jack, tepat diatas jantungnya berada sebelum mendongak memandang Jack. “Di mana abang hantar Rumples?”

Jack Skellington tersenyum nakal. “Berjumpa dengan Boogieman.”

“Tapi dia ada kelas.”

“Then troll tu kena berdepan dengan Lock, Shock dan Barrel. I wonder apa tiga budak nightmare itu akan buat pada lelaki pendek tu?”

Satu jeritan halus kedengaran oleh dua orang Nightmare ini; satu jeritan dari Rumplestiltskin seperti ia telah menjawab persoalan Jack Skellington.

Sally ketawa kecil sebelum menghembuskan nafas lega.

Jack Skellington perasan hembusan nafas yang beralun itu dan juga cara tangan Sally berpaut pada leher kotnya. Dia memeluk pinggang Sally dengan lembut. “Did he bring back that horrible memory again?” Soalnya dengan nada perlahan, melihat Sally memejamkan mata dan keningnya sedikit berkerut. “Maaf sebab benarkan dia menjejak istana ni. I should have look at the model more carefully.”

Sally tersenyum tawar dan menggeleng, sandarkan badannya pada Suaminya sendiri. “Tak, it’s not your fault my love.” Bisiknya dengan perlahan sebelum kembali mendongak melihat Jack. “Kesilapan saya buat dengan dia telah lama berakhir. 63 tahun yang lalu tapi saya tetap menyesalinya sehingga sekarang. I just wish….”

“Hush my Darling…” Jack meletakkan ibu jarinya pada bibir Sally, tersenyum lembut pada wanita yang dia sayangi. “Kita ada Cik Devil remember? So, no regrets.”

Sally juga tersenyum dan mengangguk. “You are right, My love. No regrets tapi saya risau.” Senyuman itu jatuh murung. “Apa akan jadi pada our little Devil? She will die in the future.”

“Masa depan boleh berubah My soul dan saya akan pastikan masa depan Cik Devil akan berubah.” Katanya, meyakinkan isterinya dengan berikan kucupan pada kedua tangan Sally. “You no need to worry and go have your tea party with Mother Gothal and The Sorcerer. Okay?”

Sally menatap kedua mata Jack seperti mencari sesuatu. Satu kepastian dan akhirnya mengangguk. “I trust you, Jack. Protect Vivian.”

Jack juga mengangguk, memegang tangan Sally dengan erat. “I swear to my own dark soul and on my old friend, Robin Hood’s Grave. Saya akan melindungi Ivy the Devil. Vivian Hood.”

Sally tersenyum lega bila mendengar Jack bersumpah padanya. “Then, be careful okay?”

Jack mengusap pipi Sally dengan lembut bersama senyuman yang sama seperti Sally. “Dah tentu My love. Now go have some fun.”

Dengan itu Sally melepaskan tangan Jack dengan perlahan dan melangkah keluar dari pejabat itu, meninggalkan pengetua Dementis itu bersendirian.

Wajah tenang Jack Skellington berubah menjadi tegang, bibir jatuh murung dan dahi berkerut teruk. Rasa marah yang dia tahan pada Rumplestiltskin kembali naik. Dan perasaan itu mendaki tinggi dari sebelumnya. Marah itu bukan sahaja pada lelaki kerdil itu. tapi juga pada seorang lelaki yang berada di berada di tanah seberang.

Dia memutar tumit kasutnya ke arah meja kerja. Di sebalik meja itu, dinding dihiasi dengan tirai hitam diperbuat dari sisik naga menyembunyikan sebuah pintu dimensi, pintu yang hanya diketahui oleh Jack Skellington seorang sahaja.

Dan dengan membuka pintu tersebut, dia berdepan dengan ribuan bintang yang bergelipan di udara, penuh dengan warna galaktik yang memukaukan menjadi latar pada bintang-bintang tersebut menari dilangit malam. Lantai pada bilik sebelah itu diperbuat dari awan. Awan gebu berwarna violet muda. Dan dihujung lantai awan itu terdapat seorang lelaki berjubah biru dan bertopi tajam. Duduk dengan kaki tergantung dihujung awan sambil merenung pemandangan yang tidak terungkap itu.

Jack Skellington masuk kedalam ruang tersebut dan berdiri di sebelah lelaki tua itu. “Emrys.”

“Pumpkin Head.” Sapa Merlin juga dengan nada kebudak-budakan, mulut tidak henti mengunyah dan kaki dihayun kedepan dan kebelakang pada hujung awan itu.

Jack Skellington mengeluh berat. Setiap kali dia berjumpa dengan Merlin, rasa menjengkelkan pada orang tua itu tidak pernah hilang. Perangai Merlin tidak sama seperti gelarannya.

“Do you know about Rumplestiltskin Contract?” Soal Jack Skellington dengan kesabaran yang kian menipis hanya melihat perangai Merlin.

Wizard Merlin mengangguk membuat Jack naik berang. “The less people know the better.” Kata Wizard Merlin membuat marah Jack tertangguh. “Jika kontrak itu sampai ke telinga Cik Ivy, ia akan terbatal dan semuanya kembali seperti masa depan semasa peperangan. Dead.”

“Siapa beritahu kau tentang kontrak tu?”

“The boy-cannot-be-name.” jawab Merlin dengan nada suara dalam (Jack Skellington rasa macam nak sepak lelaki tu jatuh dari awan tersebut) “terlalu banyak sumpahan terjadi sekarang Jack. Terlalu banyak orang tak bersalah terlibat dan nanti…. Terlalu banyak nyawa orang yang tidak bersalah terkorban.”

“Heh. Risaukan orang-orang mulia di tanah kau ke?”

“Juga di Vicious.” Jawab Great Wizard Merlin mengelap senyuman sinis Jack Skellington. “The Children that born in Vicious. Mereka juga tidak bersalah dan juga akan terkorban dalam peperangan akan datang.”

“Then return Ivy The Devil back to Vicious dan peperangan tak guna ni takkan berlaku.”

“Can’t do that.” Jawab Great Wizard Merlin, meniup belon pada mulutnya.

“Kenapa kau ni degil sangat? She’s better in Vicious.” Marah Jack tanpa tinggikan suara.

Pengetua Merlin mendongak melihat Jack dengan belon besar dimulut dan ia meletup kerana Jack menyucuknya. “Sit down Jack. Let me tell you a story.” Katanya dengan mulut dan janggut penuh dengan gula getah.

Jack menggeleng fed up dan menyerah kalah. Duduk disebelah Wizard Merlin dengan kaki tergantung dihujung awan itu. “A story about what?”

Merlin menarik gula getah yang melekat pada janggutnya dengan ekspressi wajah jijik. “Euggh…. It stuck!” katanya seperti budak kecil (keinginan Jack ingin lempang kepala Merlin makin tinggi)

“Spit it out already old bafoon!”

“Apa? Gula getah ni?” Soal Merlin tangan masih menarik gula-gula getah dari janggutnya.

“No!” Jack dah angkat tangan sedia untuk lempang Wizard Merlin. “The Story!”

“Oooooh… that. Tunggu sebentar.” Merlin membuka topinya, menayangkan kepala botak yang bersinar dibawah ribuan bintang(menyilaukan mata Jack Skellington) sementara dia mengeluarkan kayu saktinya dari topi. Menghayunkan kayu sakti itu untuk memisahkan gula-gula getahnya dari janggut secara magic sebelum digumpal menjadi satu dan masukkan semula kedalam mulut.

Jack Skellington geli geleman melihat gula-gula getah yang dah bercampur dengan bulu janggut Merlin dimasukkan dalam mulutnya semula.

“Alright. Saya nak beritahu kamu kenapa Ivy the Devil tidak boleh keluar dari Enchanted.” Wizard Merlin akhirnya bersuara diantara kunyahan gula getahnya. “It’a Part of Lady Morgana’s Curse.”
“Sumpahan?” Soal jack Skellington agak terkejut. “Bukannya Lady Morgana ahli sihir baik ke?”
“Ah… nampaknya Rumplestiltskin tak tahu tentang sumpahan ni.” Merlin tersenyum disebalik jambangnya dan kembali memandang Jack Skellington. “Keep it that way and I tell you everything. Kau nak CIk Ivy selamat bukan?”

“Are you blackmailing me?” Soal Pengetua Dementis dengan kening terjungkit.

Pengetua Gracious ini pula hanya tersenyum tayangkan gigi. Beberapa batang telah hilang kerana dah tua. “I rather call it….. bargaining. So? Setuju tak?”

Oh this old geezer really want his death so much!

“Baiklah. Saya setuju.” Jack Skellington berdengus geram.

Merlin tersenyum 1001 makna disebalik janggutnya, nasib baik Jack Skellington tidak melihat senyuman itu kerana tersembunyi, kalau tak tentu dia syak. “Alright. Ia berlaku beberapa bulan sebelum Putera George lahir….”

Dan Pengetua Gracious ini mula membuka cerita kepada Pengetua Dementis, memberitahu dia tentang sumpahan yang sangat besar, sama besar seperti mana kontrak Rumplestiltskin. Yang boleh menguba sejarah diantara dua tanah tersebut.

Pengetua Merlin beritahu tentang Lady Morgana meletakkan sumpahan pada abangnya sendiri, pada kerajaannya sendiri, pada seluruh tanah tersebut. Bagaimana ia telah mengubah kehidpan Enchanted secara perlahan, bagaimana ia boleh ada kena mengena dengan Ivy The Devil, mengapa Ivy perlu berada di Enchanted, mengapa dia tidak dapat melarikan diri dari takdirnya dari sumpahan yang tiada kena mengena dengannya. Kenapa Jack Skellington perlu bekerja sama dalam sumpahan Lady Morgana itu.

Juga. Pengetua Gracious ini beritahu Pengetua Dementis berita terkini tentang hubungan antara Ivy The Devil dan Putera Raja Camelot, yang juga calon bakal pemerintah Enchanted yang pertama.

“What the…. Why in the Nightmare Helloween’s night are you telling me this?!” Bentak Pengetua Dementis dengan tangan terangkat keudara, geram.

“Kau risau tentang Cik Ivy kan? Jadi aku beritahu lah perkembangannya di Enchanted.”

“You make me more worried you old Bafoon!”

Dan Pengetua Gracious kena luku di kepala oleh Pengetua Dementis.


>X<

(A/N: Sepatutnya post semalam tapi terlalu penat beraya di rumah family Huhuhhuhuhu... dah tak dapat duit raya dah *Cries* apapun, selamat hari raya uolls and see you in the next chapter!!)

9 comments:

  1. haha.. bagi si merlin kaw2.. menyusahkan orang jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typical wizard Merlin (͡° ͜ʖ ͡°) hahahahahaha

      Delete
    2. haha.. dan dapat tangkap.. si JACK(mangkuk ayun) berkerjasama dengan si rumple.. then jack main dgn merlin dan rumple main dgn maleficent.

      Delete
    3. tergelak angah awal pagi baca awak panggil jack mangkuk ayun hahahahahaha

      And yes, permainan memainkan mangsa dorang dah bermula *wink wink*

      Delete
    4. geram je.. tak pasal2 kes robin hood mati..
      nampak sangat banyak manipulation.. kenapa perlu nak berperang.. kan perangai mangkuk ayun.. dapat rejam pun best..

      si merlin pun takut je nampak..

      Delete
  2. angah....kenapa sejarah morgana curse x dibentang dgn.... dengan apa eik nak ckp....clear all the history...it like no xplanation...mcm tu jugak dgn pnjanjian rumplestilskin...no xplanation too.... tarik tali gitu.... to much mysteri...huhuhu keep it up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak... Angah dah tengok awak dah geram sebab terlalu bnyak mystery and sgt slow nak bongkarkan mistery ni.... Hahahahahaha

      Well, the answer is simple... Angah x dpt plot lagi utk huraikan bagaimana sumpahan morgana boleh berlaku n kontrak tu... But I have plans thou! Bila chapter y sesuai dah tiba baru angah huraikan segalanya *wink wink*

      P/s: maaf krn buat korang tertunggu (;_;) n thanks for keeping supporting me (T^T)

      Delete
  3. hahahhaaha angah...sooooo memahami.... tpi geram mcm mn pn...dok tunggu tulaaaaaaaa....ari2 pn dok bukak blog bc ulang2...heheh kot2 laaa tetibeee bommmmmm telepot masuk minda angah..hahaha angan2 xingat kan... keep it up angah...always wait ur next n next n next chapter... peace ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww thank you love *kisses*

      Yes, please keep waiting for my next, next, next chapter!!

      Angah akan usahakan karang citer yg best pulak dlm LOST, sama seperti FATE n LOVE (≧∇≦)/

      Delete