Fourth L.O.S.T

It’s only a Fairy tale

Ivy the Devil dah bebas?

Kejap. Apa?

Dia boleh gunakan magicnya tak lama lagi?

Again.

Tiada lagi renjatan menjengkelkan setiap kali Ivy cuba gunakan magicnya!!

Seberapa banyak pun Ivy mengulang ayat tersebut, dan dia tak pernah bosan menyebutnya! Setelah habiskan kelas magic bersama Pengetua Merlin di luar academy, dia kembali ke biliknya pada malam itu dengan ayat yang mengujakan namun sukar dipercayai bermain didalam otaknya berulang kali seperti pita rosak. Membuat dia kelihatan seperti mayat hidup yang tersenyum ke udara sepanjang malam itu membuat Roommatenya Ezra ketakutan melihat senyuman pelik Ivy.

“Kau dah kenapa?” Soal Ezra, meremang bulu roma melihat senyuman Ivy tambah lebar.

Ivy hanya tersengih macam kerang busuk tanpa menjawab sebarang persoalan Ezra. Dia masuk kedalam bilik air dan bernyanyi dengan riang didalam bilik air itu tanpa menghiraukan yang suaranya telah mengganggu konsentrasi Ezra dalam melakukan assignment.

Bila Ivy keluar dari bilik air, sumpah. Ezra dapat lihat aura bunga-bunga di atas kepala Ivy kerana senyuman mengerikan—kerana jarang tengok Ivy tersenyum manis dan nada merdu yang dia nyanyikan. Nada itu juga mengerikan. Ia kedengaran merdu tapi entah kenapa ia buat Ezra rasa seram sejuk. Mungkin lagu dari Vicious?

Ezra berpaling melihat burung gagak Ivy yang berada di tiang rehatnya, burung gagak itu hanya menggeleng melihat tebiat Ivy yang out of character. Menyanyi dan sambil menari ballet—sangat buruk sebab badannya keras—sambil memakaikan dirinya baju tidur.

Ezra kembali memandang Ivy dan menggeleng. Tak dapat nak fikir apakah kemungkinan yang membuat roommatenya itu berperangai gila.

Dia terfikir apa yang buat seorang villain gembira. Adakah Ivy buat perkara jahat? Kejam? Apa dia? Takkan Ivy pergi membunuh atau membuat hidup seorang merana sehingga dia sebegini gembira.

Tapi kalau dua buat macam tu tentu dia akan kena panggil oleh pengetua Merlin dengan serta merta.

Jadi kejahatan bukan sebab dia segirang ini.

Tapi apa dia?

Puteri Ais ini menarik nafas panjang, sabarkan dirinya yang semakin nipis bila Ivy tiba-tiba menjerit dengan girang sambil melompat-lompat macam beruk.

“Spit it out!”

Ivy tersentak bila taufan mini salji berlaku dan berpaling melihat Roommatenya yang duduk di meja belajar. Melihat muka annoyed Ezra membuat Ivy tersengih-sengih dengan senyuman bersalah. “Sorry?”

“Sorry-morry. Kau dah kenapa girang macam budak terencat akal ni hah? What’s the good news?”

“AKu akan jadi apprientice Merlin secara rasmi!” sahut ahli sihir muda itu menghumban badannya ke katil dan memeluk bantal dengan geram sambil menjerit. “Hujung minggu ni The Great Wizard Merlin akan memperkenalkan aku kepada seluruh orang Enchanted di majlis tari menari Camelot!”

Ezra terdiam untuk seketika. Kening terjungkit tinggi memikirkan majlis formal itu. “Raja Arthur akan umumkan—Dah tentu dia akan. He’s the king.” Ezra menepuk dahinya sendiri dengan gelengan sebelum memandang Ivy dengan senyuman nakal. “So, maksudnya gari kau akan dibuka? Jadi Apprientice Wizard Merlin kena ada magic bukan?”

Ivy baring diatas perutnya sambil memeluk bantal dan mengangguk. “Yes! Pada malam majlis tu Raja Arthur akan buka gari durjana ni. And then, hello magic and sorcery! Goodbye Annoying death threatening Cuff!” Ivy melontar bantalnya keudara dan menangkapnya semula.

Ezra pula segera mencapai bantalnya sendiri untuk dilontarkan ke muka Ivy. Bull’s eye. “Dah-dah! Kau pergi tidur sana. Aku tak dapat nak konsentrasi kalau asyik dengar kau menjerit macam orang giler. Kang kerja aku tak siap. Pegi tidur!”

Ivy menggosok hidungnya yang sakit sedikit kerana lontaran tepat bantal Ezra dan mencebik. Yes Mum….” Katanya sebelum melontar bantal ezra kepada tuannya sendiri. Bull’s eye.

“IVY!”

Penjenayah ini terus bersembunyi di sebalik selimut, menutup seluruh anggota badannya sambil menyahut; GOODNIGHT pada Ezra sekuat yang mungkin dan mendapat dengusan geram dari Ezra.

Ivy menahan dirinya dari ketawa kerana tahu, kalau dia mentertawakan Ezra tentu roommatenya akan bekukan dia. Bermain ada limitnya dengan Puteri Ais ini. kalau melampaui batas, kau akan mengalami bagaimana masanya melalui zaman Ice Age.

Tapi adakah Ivy terus tidur?

Nope.

Matanya segar. Susah untuk dia lelapkan mata.

Macam mana Ivy nak tidur? Dia akan dapat menggunakan magicnya semula! Entah berapa lama dia tak guna magic dalam kehidupan sehariannya. 5 bulan? Setengah tahun? Lebih? Entah dia dah hilang kira kerana dia takkan menjangka dia akan mengggunakannya lagi.

Boleh dikatakan dia dah hilang harapan untuk membuka gari itu. atau dia dah biasa memakai gelang emas yang merenjat badannya setiap kali dia marah di pergelangan tangannya.

Dan sekarang. Gari itu akan dibuka. Membenarkan Ivy menggunakan magicnya sekali lagi, dan dia tak tahu apa nak fikir selain rasa teruja. Dan juga takut pada masa yang sama.

Adakah dia kena menyesuaikan diri dengan magical corenya setelah sekian lama tidak gunakan magic? Adakah kali ini memakan masa yang lama untuk dikuasai sepenuhnya?

Oh scratch that, dia tak kesah dah tentang magicnya sangat atau betapa kuat magicnya. Dia ada banyak masa untuk tingkatkan semula magical corenya. Tambahan pula, dia akan jadi Apprientice Merlin secara rasmi. Membawa Ivy untuk membuat kerjanya tentu akan membantu dia tingkatkan magical corenya semula dengan mudah. Besides, He is The Great Wizard Merlin. Walaupun dia tu kekadang menyakitkan hati dengan perangai tua kerepotnya itu, Ivy percaya orang tua kerepot itu boleh membantunya mencapai tahap Wizardry.

Pada malam itu, dia sedang mengira tuahnya sepanjang semester baru itu. Dia dan Ezra akhirnya bersefahaman (sedikit) setelah dia selamatkan puteri ais itu dari maut. Hansel kembali mempercayai dia dan beritahu dia segalanya, update tentang sumpahan Losing Heart itu dan Ivy gembira membantunya sebanyak yang dia boleh. Dia dan Louis akhirnya bersama—Yes, Finally—bersama dan selama dua ke tiga minggu ini hari-harinya dengan Louis sangat menggembirakan. Kegembiraan yang tidak terkata. Tadi pagi pula dia dapat mengetahui Fairy Tale tentang Ayahnya! Bagaimana Ayahnya dia lihat sebagai musuh di mata masyarakat namun sebenarnya dia juga lah hero didalam bayangan.

And now she will get her magic back! Ivy menahan dirinya dari menjerit tengah-tengah malam dan ganggu roommatenya. Dia terpaksa menutup mulut dan menjerit disebalik tangan untuk melepaskan keterujaannya.

Dia akhirnya bebas dari hukumannya! dia dapat magicnya semula dan semuanya kembali seperti selalu. Cuma lebih baik. Bertambah baik.

Dan dia tak pernah rasa segembira ini didalam hidupnya.

Pada malam itu juga, tengah malam, semasa lilin bilik telah dimatikan dan Ezra kembali ke katilnya, Ivy terdengar seseorang telah menyelit masuk sehelai kertas dibawah pintu bilik dan mengambil kertas itu dengan senyap kerana tidak ingin bangunkan sesiapa didalam bilik itu.

Terukir sebuah senyuman manis bila ahli sihir muda ini membaca kad putih berdakwatkan emas itu bersinar dalam gelap itu. ‘A date tomorrow. Knight akan datang untuk bawa kau ke Hutan Mahligai. Love; Bratsy Prince.’

It’s like she finally got her Happily Ever After.

>X<

While our Prince George just face his first chapter in his own Fairy tale Story.

Pada malam itu, dia tak dapat nak tidur kerana berita mengejutkan yang dia terima dari Raja Arthur petang tadi. Satu berita yang dia takutkan untuk mendengar selama dia hidup memegang sumpahan didalam dadanya.

Sekarang dia berada di dalam bilik bacaan persendiriannya, bongkokkan diri dengan siku diatas meja dan kuku ibu jarinya di kunyah atas perasaan tidak tenang. Mindanya sakit atas memikir berita yang Ayahnya sampaikan, arahkan padanya pada petang tadi dan ia menakutkan Louis.

Dia memejam erat matanya dengan kening berkerut teruk, berharap semua masalahnya akan hilang bila dia membuka mata atau sekurang-kurangnya berita mengejutkan itu hanya lah satu mimpi ketika dia sedar. Khayalan dari stress dan kerisauan dalam diri. Sehingga dia berhalusinasi seperti itu.

Tapi dia tahu perkara tersebut tidak boleh dielak. Suara di belakang kotak mindanya menjerit untuk dia menerima kenyataan. Masa Louis hampir tamat dan dia tahu keputusan ayahnya untuk teruskan pertunangannya dengan Puteri Julliana akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Dan ia susah dielakkan.

Masalahnya. Louis takkan jangka masa tersebut berlaku secepat itu. menambah lagi masalah Louis, dia dah terlanjur membuat Ivy sebagai kekasihnya walaupun dia setengah mati menahan diri dari elakkan hubungan mereka untuk terjalin. Kerana dia tahu perkara seperti ini akan terjadi.

Louis tahu masanya tidak lama, dia tahu dia tidak boleh lari dari takdirnya menjadi seorang pemerintah, berkahwin dengan Julliana walaupun hatinya menentang kenyataan itu. dia tahu kesan dan akibat jika dia mengikut gerak hatinya dan mendekati Ivy. Apa akan jadi jika dia berhubungan dengan Ivy. Dia tahu kesan buruk atas semua itu sebab itu dia cuba tidak mendengar kata hatinya. Dia tidak boleh mengikut kata hatinya. Louis dah berjanji untuk tidak ikut gerak hatinya. Kerana nasib Enchanted, tanah kelahirannya terletak didalam tangan Louis. Tangannya seorang.

Namun… apa dia boleh buat? Dia hanyalah seorang lelaki yang mempunyai kelemahan. Dia seorang manusia, sentiasa buat kesilapan dan tidak boleh menjadi sempurna seperti mana satu Enchanted harapkan darinya. Hatinya tidak boleh dikawal. Hatinya membuat takdirnya sendiri dengan jatuh cinta dengan wanita yang salah. Namun pada masa yang sama sangat betul. Jatuh cinta dengan Ivy adalah perkara paling menggembirakan bagi Louis dan dia tidak pernah menyesal atas kesilapan tersebut.

Ivy ialah segalanya bagi Louis.

Dia benarkan wajahnya yang murung itu menghasilkan sebuah senyuman pahit. Teringatkan hari-hari mereka selama mereka dalam hubungan. Akhirnya bersama dan luahkan segala perasaan yang terbuku lama didalam hati. Menyeludup keluar dari bilik tengah malam untuk berjumpa di atas bumbung Perpustakaan, berkongsikan kata-kata manis dan pergaduhan tak bermakna. Tawa riang dan senyuman girang yang penuh dengan niat tersirat di laluan academy bila mereka terserempak dan berbual untuk seketika. Sentuhan halus yang dirahsiakan bila mereka tidak dapat bercakap bila mereka terserempak. Menikmati kehadiran masing-masing didalam satu bilik dengan renungan dan senyuman tersembunyi. Menculik kekasih sendiri ke bilik kosong untuk kongsikan kucupan terlarang.

Dia tidak boleh menghalang perasaannya lagi. dia tidak boleh mengelakkan diri dari ahli sihirnya lagi. tidak boleh mengendahkan kehadiran didalam hatinya lagi.

Tapi….

Louis mengeluh berat dan menanam mukanya di sebalik kedua tangannya, tidak dapat nak menahan kesakitan didalam dadanya mengetahui dia akan mengakhiri hubungan mereka dengan begitu cepat. Hubungan 3 minggu yang singkat tapi terlalu indah.

Dia taknak tamatkan hubungan itu. dia taknak berpisah dengan Ivy. Ikutkan hati dia ingin melepaskan segala tanggungjawabnya sebagai seorang Putera dan menghilangkan diri didalam tanah besar itu bersama Ivy. Tentu Ivy juga menginginkannya.

Kalaulah dia tidak terjebak dalam sumpahan Enchanted itu, kalau lah dia bukan harapan untuk masa depan Enchanted, kalau lah dia hanyalah seorang putera biasa seperti rakan puteranya yang lain… dah lama dia menghilangkan diri bersama Ivy 6 tahun yang lalu. Semasa mereka merancang untuk tinggalkan kehidupan mereka dan lenyap didalam tanah besar itu. menjalani hidup baru bersama. Hanya mereka berdua.

Maafkan aku Ivy—

Satu ketukan pintu membuat Louis tersentak dari pemikirannya dan segera mengelap air mata yang terselit dicelah-celah bulu matanya. Mengusap mukanya untuk sembunyikan sebarang kesedihan dan menarik nafas dalam.

“Masuk.” Katanya dengan nada perlahan, terkawal.

Pintu besar itu terbuka dengan perlahan dan puteri kecil masuk kedalam dengan teragak-agak.

Ekspressi tegas Louis melembut melihat adiknya dalam baju tidur, memeluk patungnya dan berkaki ayam masuk dan menutup pintu dengan perlahan. “Can’t sleep?” Soal Louis sebaik sahaja pintu itu tertutup.

Adiknya tersentak sedikit dan tersengih-sengih dengan anggukan. “Abang kenapa tak tidur lagi?”

Louis berikan senyuman kecil, kerutan di dahi susah disembunyikan. “Just… normal stressful day. Seperti hari-hari biasa.”

Charlotte mengangguk kecil, melabuhkan punggungnya di kerusi berdepan dengan meja kerja Louis. Puteri ini kelihatan seperti dia ingin beritahu abangnya sesuatu tapi teragak-agak. Dia alihkan anak matanya ketepi untuk seketika, memikir balik jika dia patut bersuara atau tidak dan menjilat bibirnya dengan perlahan. Kembalikan pandangannya pada abangnya yang tidak disyak lagi, penat dan stress. “Abang…. Abang risaukan tentang pertunangan abang dengan Puteri Jull ke?”

Persoalan itu mengejutkan Louis. Belakangnya tegang sedikit dan mata membesar. “Kamu dengar perbualan abang dengan Ayahanda selepas meeting tu ke?”

“Tak disengajakan.” Jawab Charlotte dengan segera, kelihatan takut dengan tangannya bermain dengan telinga anak patung beruang dalam pelukan. “Char sebenarnya nak tanya Ayahanda tentang perdagangan Teh dari Kerajaan Cina. Penyuludupan Teh yang meningkat dan Char tak sengaja terdengar perbualan Ayahanda dengan abang.” Charlotte mengangkat pandangannya melihat Louis, risau. “Mengapa abang tak bantah arahan Ayahanda?”

“Tak semudah itu Cherr. Ayahanda, Raja pada Kerajaan ni—

“Dan abang Pemerintah Enchanted—

Bakal pemerintah Enchanted.” Louis memperbetulkan ayat adiknya dengan senyuman. Tahu niat Charlotte untuk membantu Louis mengurangkan masalahnya. “Selagi abang tidak di takhtakan sebagai Raja Enchanted, abang masih lagi Putera Raja Camelot. Abang kena ikut perintah Raja Arthur.”

Charlotte mengetap bibir, mencengkap telinga patung beruangnya dengan geram. “Tapi… tapi tak boleh ke abang tangguhkannya? Dan Wizard Merlin tentu akan bantu abang untuk tangguhkannya. Char pasti Wizard Merlin akan bantu.”

“Abang dah tangguhkannya selama 3 tahun Cherr dan Wizard Merlin dah bantu abang semampu yang dia boleh. Dengan Julliana dan Takhta Echanted tu. Dia dah banyak bantu abang untuk tundakannya.” Louis tersenyum kecil, cuba tenangkan adiknya yang risau. “Abang tak boleh lari dari tanggungjawab abang buat selamanya.”

“TApi…” Charlotte terdiam untuk seketika, tangannya mencapai loket yang tergantung di lehernya tanpa dia sedari. “Tapi pasti ada caranya.”

Louis memerhatikan wajah Charlotte yang sedih, risau akan keadaan abangnya sendiri walaupun dia juga memegang tanggungjawab yang sama besar seperti Louis. Di antara kerabat di raja, Louis telah pun di pilih sebagai Pemerintah Enchanted yang seterusnya tiga tahun yang lalu. Cuma di tangguhkan kerana Merlin fikir Louis terlalu muda untuk memegang tanggungjawab yang besar itu dalam umur 18 tahun. Jadi dia perlu mencari lebih banyak pengalaman untuk bersedia menanggung gelaran Raja pertama Enchanted itu. Pencalonan Perintah Enchanted antara Ezra dan Louis telahpun berakhir Cuma tidak diumumkan pada rakyat untuk menjaminkan keselamatan Louis selama tiga tahun itu. jika rakyat tahu dia bakal pemerintah Enchanted, pasti nyawa Louis dalam bahaya.

Disebabkan Louis telah ditabalkan menjadi Pemerintah pertama seluruh tanah Enchanted, Puteri Charlotte terpaksa menggantikan tempat putera Pertama Camelot untuk menjadi pemerintah seterusnya di kerajaan Camelot itu. seperti tradisi diraja, bila mereka mencecah umur 13 tahun, putera atau puteri yang bakal menjadi pemerintah seterusnya perlulah melibatkan diri dengan urusan kerajaan. Mendedahkan mereka dengan rahsia-rahsia kerajaan mereka sendiri dan menghadiri perbincangan dan majlis-majlis penting untuk mengekalkan keselamatan kerajaan mereka.

Charlotte memegang tanggungjawab yang berat tapi tetap risaukan Abangnya. Ini yang buat Louis tidak boleh bencikan half-sisternya itu. Charlotte terlalu baik, terlalu innocent untuk dibenci.

“Jangan risau pasal abang. Abang pasti ada cara untuk mengatasinya. Seperti selalu.” Katanya dengan nada mengusik, cuba menceriakan Charlotte tapi caranya tidak berkesan, mata perang yang besar itu tetap melihat Louis dengan risau. Seperti mata itu boleh baca perasaannya yang paling dalam.

Ini buat Louis berdehem, rasa tak selesa dengan mata adiknya kadang-kadang. Jadi dia segera tukar topic. “Dah lama abang tertanya, Char sentiasa pakai rantai tu kemana je Char pergi. Even in formal ball, char tak tanggalkannya. Apa ada dalam locket tu sampai Char taknak bukak?” Soal Louis, mengusik. “From someone special?”

Charlotte terus memegang erat locketnya dengan cemas, mukanya merah ketakutan yang abangnya syak tentang rantai tersebut. “Huh? Err—Uhm Tak. Tak… tak special pun.. it just… Yeah… tak special.”

Louis mengecilkan matanya perasan adiknya sedang sembunyikan sesuatu didalam locket tersebut. Apa dalam locket tu sampai Charlotte sanggup sembunyikannya dari abangnya sendiri? Adakah ia terlalu istimewa sehingga dia taknak beritahu sesiapa tentangnya? Adakah orang lain tahu tentang isi kandungan locket tu?

Putera Raja ini mengusap dagunya dengan renungan musykil. Satu kemungkinan sahaja keluar dari kepala hotaknya sekarang.

“Kalau benda dalam locket tu hadiah dari lelaki, abang akan cari budak tu dan cincang dia hidup-hidup. Faham?”

Riaksi Charlotte menggalakkan lagi tekaan Louis bila Charlotte kelihatan cemas dan memandang setiap sudut bilik kecuali matanya.

Tidak dapat nak cari alasan, Charlotte segera bangun dari kerusinya, bersedia untuk pergi. “Char… char nak masuk bilik dulu. Esok Char kena ikut Ayahanda ke pelabuhan… so… Goodnight.” Dan puteri kecil itu melajukan langkahnya keluar dari bilik tersebut.

“Char tunggu—“ PAM!

Louis kembali menutup mulutnya. Hembusan kecil keluar dari celah bibir yang tersenyum kecil. Charlotte dah ada someone special ke? Desis hatinya lebih kepada terhibur dari risau. Dia takkan menjangka adiknya akan ada boyfriend dalam usia muda seperti itu.

Ye lah, Louis kenal adiknya. Dia terlalu innocent untuk tahu semua tu. Charlotte lebih suka bercakap dengan kawan-kawan misticnya dari manusia. Agak mustahil untuk Charlotte jumpa seorang lelaki kerana itu. Dan juga para lelaki takutkan Putera George untuk dekat dengan adiknya.

Louis tak risaukan Charlotte untuk masa sekarang ni. Tentu Louis akan dengar khabar angin tentang Charlotte jika dia ada seseorang yang dia suka. Dan time tu barulah Louis jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang.

Setakat ni, dia hanya boleh diamkan diri dan bimbing adiknya menjadi bakal pemerintah Camelot yang baik.

Sekarang, Louis risaukan satu perkara sahaja.

Bukan tanggungjawabnya sebagai Pemerintah Enchanted.

Bukan tentang sumpahan yang tertampal pada dadanya.

Tapi Bagaimana nak beritahu Ivy untuk bersabar dengan hubungan mereka.

Louis mengeluh berat. Sakit kepala kembali lagi melanda dirinya.

“I should get some sleep.” Bisiknya pada diri sendiri dan bangun dari meja kerjanya. Matikan cahaya lilin didalam bilik itu dan bergerak keluar kembali ke bilik tidurnya semula.

Dia pasti dia tidak akan dapat tidur dengan lena ini malam. Dia mungkin akan dapat mimpi buruk.

Sementara itu, Charlotte telah kembali di bilik tidurnya dengan nafas yang pendek, termengah-mengah kerana melarikan diri dari bilik bacaan abangnya ke biliknya semula. Dia sendiri tak tahu kenapa dia melarikan diri seperti itu.

Mungkin sebab dia takut rahsianya terbongkar jika dia tinggal di bilik itu terlalu lama. Takut abangnya akan soal dia lebih dalam.

Charlotte memegang locket tersebut didalam tapak tangannya, bentuk locket tersebut seperti telus emas yang mempunyai ukiran halus yang cantik. Charlotte memutar kunci yang berbentuk bunga yang tersembunyi dibawah locket itu dan bahagian atas locket tersebut terbuka seperti bunga, menunjukkan apa yang tersembunyi didalam locket tersebut.

Mata perang Charlotte bersinar kerana pantulan cahaya dari batu biru yang dipeluk oleh batu jed berbentuk kucing itu.

Sinaran dalam batu itu bukanlah akibat dari cahaya dalam bilik Charlotte tapi sinaran itu tercipta sendiri kerana batu tersebut mengandungi sesuatu yang sangat berharga.

Hati Ivy…” Bisik Charlotte dengan kagum. Terpukau melihat betapa terangnya cahaya putih dalam batu tersebut, menunjukkan betapa sucinya hati Ivy. Dengan sinaran yang terang, itu bermaksud Ivy sekarang sangat gembira.

Charlotte dapat rasakan kegembiraan rakannya itu. Dia pemegang hati si ahli sihir itu boleh mengetahui jika Ivy marah, bersedih dan gembira dengan menyentuh locket tersebut. Dan sekarang dia dapat rasakan Ivy berbahagia.

“Char harap Ivy sentiasa gembira seperti ini.” bisiknya, seperti membuat hajat pada hati itu. “HArap abang ada cara untuk menggembirakan Ivy.”

>X<

Keesokan harinya…

Louis termenung melihat keluasan tasik Twilight itu, tenggelam dalam fikirannya yang rumit. Penuh dengan masalah yang tiada kesudahannya dan salah satu dari masalah itu dia kena hadapi pada hari itu. berat hatinya untuk sampaikan berita tersebut kepada Ivy.

Apa patut aku cakap?

Louis tahu Ivy tidak akan menerima keputusannya itu. Putuskan hubungan dengannya dan… memilih Julliana darinya.

Mungkin aku tak patut cakap apa-apa….

Tapi kalau dia tak cakap pun, lambat laun berita tentang pembaharuan pertunangannya antara Julliana akan sampai ke telinga Ivy juga.

Samada dia ingin rahsiakannya atau tidak, kedua-dua keputusan itu akan menghasilkan kesan yang sama pada akhirnya. Perbezaannya ialah ia datang dari mulut Louis atau tidak. Ia tetap akan melukakan hati Ivy.

Dan itu perkara terakhir Louis ingin lakukan pada wanita yang dia cintai.

Dia mengeluh berat untuk yang kesekian kalinya. Meramas dan mencengkam rambutnya dengan geram.

Sepanjang malam dia fikirkan bagaimana ingin beritahu Ivy tanpa melukakan hatinya. Dia berfikir sehingga matanya sakit. Berat dan pedih kerana takut untuk melelapkan mata dan tiba ke hari esok. Dia tidak dapat nak cari cara untuk tidak sakiti Ivy dan Louis tahu tiada cara yang tidak menyakitkan dalam menyampaikan berita buruk itu.

Dan bila dia dapat diculik oleh tidur. Dia tenggelam dalam kegelapan yang tiada kesudahannya dan mengalami mimpi ngeri yang amat buruk namun dia tidak mengingati apa yang dia mimpikan. Dia pasti dia bercakap dengan seseorang menggerunkan didalam kegelapan itu. entah apa yang mereka cakapkan tapi Louis tahu dalam mimpinya itu dia tiada pilihan lain selain bercakap. Bila dia bangun, badannya dimandikan dengan peluh dan nafasnya pendek tersekat-sekat. Jantung berdegup kuat umpama dia baru habiskan marathon namun dia tak seberapa jelas apa yang dia mimpikan.

Louis tersentak bila dia rasa sentuhan hidung menyentuh pipinya dan berpaling ke sisi. Dia menghembus nafas lega kerana yang mengganggunya ialah Majestic.

Kuda itu meringkik kecil tanda dia risaukan tuannya. Termenung dan bergelut tidak tahu bagaimana ingin beritahu Ivy tentang berita buruk itu.

Louis tersenyum tawar, mengusap kepala Majestic dengan lembut. “Jangan risau… aku okay.” Tapi wajah Louis mengatakan yang sebaliknya. Senyuman pudar itu menghilang bila dia melihat refleksinya di dalam tasik tersebut.

Teringatkan perbualannya dengan Hansel suatu ketika dahulu.

Hansel memberi amaran kepadanya tentang menjalinkan hubungan dengan Ivy. Ini buat Louis menarik sengih dengan pahit. Pada masa itu Louis terlalu yakin yang dia tidak akan apa-apakan Ivy, yang dia tahu apa dia nak buat tapi sekarang? Bila masa yang Hansel katakan dah tiba, Dia tak tahu nak buat apa dan pilihan putuskan hubungan mereka dan hancurkan hati Ivy adalah pilihan terakhir dia ingin buat.

Hansel akan bunuh aku tanpa teragak-agak kalau dia tahu….

Sekali lagi dia mengeluh dan berpaling ke belakang, melihat picnic yang dia dah sediakan untuk mereka berdua.

Tak… dia tak boleh beritahu Ivy sekarang. Dia tak sanggup lukakan hati Ivy, dia belum bersedia. Dia tidak akan bersedia untuk itu….

Jadi, berita itu kena tunggu pada lain masa.

Sementara itu, seorang ahli sihir yang menunggang kudanya melalui hutan mahligai itu bersama tiga rakan pixienya, Fawn, Rosetta dan Tinkerbell. Mereka terserempak di hadapan hutan Mahligai dan bersubahat untuk sembunyikan kedatangan Ivy ke hutan itu. seperti yang Louis arahkan kepada tiga pixie itu.

Bila mereka dah dekat dengan tasik Twilight, Ivy terus ternampak Louis yang berdiri membelakangkannya, sedang termenung kearah tasik.

Senyuman lebar terukir pada bibir nipis ahli sihi itu dengan girang. Tiga pixie itu tidak kurang juga terujanya, seperti ada berita gembira yang Ivy telah beritahu mereka dan tidak sabar ingin Louis mengetahuinya juga.

malangnya pixie ini tidak dapat nak duduk dan lihat bagaimana date mereka berlangsung kerana Fawn kena jaga Diaval untuk Ivy, Rosetta pula ada tugas menolong Prof. Dutches Lylac ( puteri dari cerita the six swans) dalam subject Herbology. Manakala TInkerbell seperti biasa ada kelas bersama Peterpan. Kelas ‘Believe in Fairy tale’ untuk budak sekolah rendah.

Ivy tidak serbu Puteranya bila dia dah lihat Louis. Tidak. Dia turun dari Knight agak jauh dari tempat pertemuan mereka dan berjalan ke sana dengan perlahan, tidak menghasilkan sebarang bunyi dan Knight tunggu sehingga Ivy bergerak ke belakang Louis untuk berikan kejutan padannya.

Ivy menutup mata Louis dari belakang, membuat Louis tersentak dari lamunannya dan terus menyentuh tangan Ivy. “Apa kau tenungkan tu?”

Louis ketawa kecil, dan berputar untuk melihat ahli sihirnya tanpa melepaskan tangan Ivy. “Nothing really.”

Ivy perasan sesuatu dalam nada Louis, lebih jelas pada riak wajah puteranya yang kelihatan pucat dan kesan hitam dibawah matanya. Ivy mencapai pipi Louis dan mengusap kesan hitam itu dengan ibu jarinya dengan lembut. “Kau okay? Kau nampak penat Lou.”

Louis menyandar pada sentuhan Ivy dan tersenyum. Meletakkan tangannya diatas tangan Ivy di pipinya sebelum mengucup tapak tangan ahli sihirnya itu. “Tekanan dari istana.” jawabnya buat Ivy tambah murung. Louis berikan senyuman yang lebih menyerlah dari sebelumnya untuk meyakinkan Ivy. “Jangan risau pasal tu okay? Aku dah biasa dengan semua tu. Ni hari aku nak luangkan masa dengan kau je. Okay? Help me forget.”

Ivy kembali tersenyum dan mengangguk. “Just like old time?”

“Always like old time.” Jawab Louis membuat mereka berdua ketawa kecil dan putera ini membawa ahli sihirnya ke atas tikar picnic. “Alright, ni hari aku bawa semua favorate kau.” Louis mengeluarkan segala makanan yang ada di dalam bakul picnicnya. Dua pinggan dan makanan seperti sandwich tuna, potongan ayam panggang yang telah dipotong menjadi kecil, salad dressing, semangkuk strawberry dan coklat cair dihidangkan diatas tikar picnic.

Ivy melihat segala makanan yang Louis bawa, hampir tengangah bukan sebab kagum tapi terkejut. “So Healthy.” Katanya dengan hidung berkerut. “Fav aku kat sini strawberry dengan coklat je dan…. Mana dessert?” ahli sihir ini terus membuka bakul picnic mencari pencuci mulut tapi bakul itu kosong.

“Strawberry dan coklat ni dessert Ivy.” Kata Louis dengan senyuman terhibur. “Kau patut makan healthy sikit. Kau tengok badan kau ni..” Louis mencuit bahagian lengan atas Ivy. “Lembik.”

“Ow-Hey!” Ivy menepis tangan Louis dengan tawa kecil. “As you know, aku gembira dengan badan aku sekarang. Ke kau nak aku sado macam kau?” Dia pula menyucuk pinggang Louis membuat lelaki itu tersentak dan tergelak. “Aku masih boleh tambah subjek fizikal kalau kau ubah fikiran.”

“Don’t.” Louis menuding jari pada Ivy. “Kalau aku tahu kau ambil kelas tu, siap kau.

Ivy hanya jelirkan lidah pada Louis tidak gentar dengan ‘amaran’ puteranya itu dan dia mula mencelup sebiji strawberi kedalam sos coklat dan masukkan kedalam mulut. Merasakan kelazatan gambungan antara masam manis strawberi dan kepahitan coklat itu. “This is delicious.” Katanya dan mencelup lagi satu, namun bila dia ingin masukkan kedalam mulut, Louis terus tarik tangan Ivy dan masukkan buah strawberi dalam tangan Ivy kedalam mulutnya.

“Hmmm… It is delicious.” Louis mengangguk setuju, tersenyum terhibur melihat Ivy mencebik. “Apatah lagi dari tangan kau.”

Dan muka merajuk itu terus naik merah. Damn this man!

Ivy berpaling kearah lain sambil mengipas mukanya, cuba hilangkan serbuk merah di pipinya sebelum bersuara; “S—So, bagaimana dengan hari kau?—” Ayat Ivy tertangguh bila Louis tiba-tiba rebahkan badannya dan baring diatas pangkuannya. Teknik kipas diri untuk hilangkan serbuk merah itu gagal kerana lebih banyak tertabur diatas pipinya. Satu tin besar serbuk merah, kalah warna tikar picnic mereka.

Louis pula, rasa tenang bila dia dapat baring atas pangkuan Ivy, memandang wajahnya dari bawah dengan cahaya matahari dari belakang Ivy membuat Ivy kelihatan seperti bidadari. Call him Love sick tapi itu yang Louis rasakan dan dia takkan nafikan rasa ketenangan yang berenang didalam dadanya setiap kali dia berdekatan dengan Ivy. Hanya bersama ahli sihirnya dan tiada masalah dibawa dari dunia luar.

Louis memejam matanya, buat-buat tak tahu muka merah Ivy dan selesakan kepalanya atas paha kekasihnya. “Hell as always, Harap hari kau lebih baik dari aku?” soalnya dan mencapai sekeping roti dari pinggan di sebelahnya.

Ivy berikan senyuman yang indah dan mengambil sebiji stawberi disaluti coklat dan masukkan kedalam mulut Louis. “Semalam aku dapat tahu cerita dongeng tentang ayah aku.” Katanya membuat Louis mendongak memandangnya dengan mulut sibuk mengunyah. “Oh ya, Kau tak tahu siapa ayah aku. It’s Robin Hood.”

 “The Robin Hood?” soal Puteranya dengan mata membulat terkejut. “Oh wow….”

“Asal? Kau tak percaya ke?”

Louis segera menggeleng. “Tak, It just… setahu aku Robin Hood terkorban dalam peperangan dua bilah tapi… dia sebenarnya hidup dan tinggal di vicious?” Soalnya tanpa menunggu respon Ivy. “Lebih mengejutkan, dia berkahwin dengan Maleficent. Imagine that.”

Ivy kerutkan hidungnya, entah kenapa dia rasa terkilan mendengar ayat tersebut keluar dari mulut Louis. Apa? ia sama seperti Louis tak percayakan Ayahnya berkahwin dengan Ibunya! “Well, aku sebagai bukti. Ibu aku boleh Move on dari Mangkat Raja Stefan okay. She also a human.”

“An Evil Human.” Louis menambahnya dan dapat cuitan di bahu oleh Ivy. “Ow! Hey, kau tahu itu kenyataan. Anyways, apa kau rasa setelah mengetahui tentang ayah kau?”

Tangan Ivy berhenti dari mencelup strawberi dan tunduk memandang mata biru ingin tahu Louis. “Somehow… I’m Happy.” Jawabnya dan mengangkat bahu. Tangannya lagi satu membelai rambut emas Louis dengan minda teringatkan saat dimana dia membaca kisah dongeng tentang ayahnya dan bagaimana dia rasa pada masa itu. “Selama ni aku tak tahu banyak tentang ayah aku. Aku hanya dengar dari Diaval, yang dia seorang Enchanted dan telah belot ibu aku. Dahulu aku takut aku akan jadi seperti Ayah aku semasa aku mula-mula datang sini. Tapi… selepas apa dah terjadi selama ni...” Ivy mengalihkan pandangannya ke sisi, senyuman sedih terukir pada bibirnya. “Sekarang aku tak risaukannya lagi. memandangkan aku dah dibuang dari Vicious, tiada apa lagi aku perlu takutkan.” Jawabnya membuat Louis tenungnya tanpa dia sedari. Ivy mengeluh kecil. “Kau rasa… mungkin aku boleh jadi seperti ayah aku? You know, He looks evil tapi sebenarnya orang yang baik. I’m an ex-Villain.”

Mendengar pengakuan Ivy membuat Louis kembali bangun dari pangkuan Ivy dan memandang ahli sihirnya tepat pada mata Ivy. “Ai, itu persoalan yang paling bodoh yang pernah aku dengar.” Usiknya membuat Ivy mengecilkan matanya. Louis mencapai pipi Ivy dan menolak rambut depan Ivy ke belakang telinga untuk melihat wajah ahli sihirnya lebih jelas, tangan tidak lari dari pipi kekasihnya. “Dah tentu kau boleh. Nak tahu kenapa?” soal Louis dengan senyuman yang menenangkan. “Sebab selama ini aku yakin yang kau baik disebalik segala topeng kejahatan kau ni. Selama ni aku yakin kau baik.”

Ivy tersenyum lega dan mengangguk. “Thanks for believing me.” Bisiknya dengan lembut dan mendapat kucupan manis di dahinya dari Louis. “By the way, Aku terfikir. Kenapa dalam cerita dongeng Ayah tak seperti mana cerita sebenarnya? Buku tu hanya ringkaskan kisah hidup ayah sedangkan ia lebih mendalam dari itu.”

Louis hanya perhatikan Ivy seperti muka ahli sihirnya berubah ke warna hijau. Dan, Dia teringat yang Ivy datang Dari Vicious, dah tentu dia tak tahu mengapa cerita Dongeng tidak menceritakan kisah hidup orang-orang berhati mulia secara terperinci. “Because Fairy tales is to give the new generation hope.” Jawabnya membuat Ivy sengetkan kepala tidak faham (Muka blur Ivy yang innocent menggugat kesabaran Louis—dia tak maksudkan dia rasa annoyed)

Louis menghembus nafas panjang tenangkan perasaannya dan mindanya bekerja mencari bagaimana nak terangkan pada ahli sihirnya dengan cepat, kerana riak wajah itu sangat merbahaya. “Let see, Dia macam ni. Fairy Tales lebih kurang sama seperti sejarah tapi ia diringkaskan untuk budak kecil pelajari wira-wira berhati mulia sebelum mereka. Berikan mereka satu kepercayaan yang Good always win.” Katanya dan perasan dahi Ivy berkerut dan ingin bersuara tapi Louis kalahkan dia. “Aku tahu apa yang kau fikirkan, ada juga Villain menang dalam cerita Dongeng tapi itu tak penting. Yang penting ialah didik anak-anak kecil untuk menjadi baik, mengambil pengajaran tentang Villain, dan mencari Happy Ever After mereka. Mungkin one day mereka juga mendapat cerita dongeng merea sendiri dan dibaca oleh seluruh tanah Enchanted.”

Ivy hanya mengangguk faham tapi keningnya tetap berkerut kerana ada satu perkara mengganggu fikirannya. “Then kenapa kisah Ayah lain sedikit dari cerita seperti Puss in the Boots, dan other heroic Fairy tales? Maksed aku, selalunya hero akan disuka oleh semua orang. Manakala Villain akan dibenci. Tapi Ayah seorang Villain yang baik dan Raja dalam cerita dongeng tu an evil King.”

“BUkankah kisah hidup Robin Hood macam tu? Dia menjadi Villain di mata semua orang pada Zaman Gelap, sedangkan dalam diam dia seorang yang baik, membantu rakyat raja kejam tu untuk mengembalikan duit cukai mereka. Dia curi duit tu dari raja jadi dia tetap dianggap penjenayah kerajaan tapi dia lakukannya demi rakyat. So, dia baik didalam kejahatan.” Kata Louis. “Robin Hood mendapat cerita dongengnya sendiri kerana dia berhak dilihat sebagai orang baik oleh anak-anak muda sekarang. Walaupun budak kecil tidak tahu kisah yang lebih mendalam tentang Robin Hood, tapi kami rasa Robin Hood patut dihormati oleh orang Enchanted atas pengorbanannya. Dia punca Perang Dua Bilah berakhir dan ini sahaja cara orang Enchanted boleh membalas jasa Robin Hood.”

“And bila difikirkan balik, patutlah Robin Hood dikatakan ‘mati’ tanpa keterangan dalam peperangan Dua Bilah tu sebab rupanya dia ingin ke Vicious secara rela. It’s because he loved your mother.”

Ivy mengangguk sekali lagi dengan ekspressi sedih pada wajahnya. “Wizard Merlin kata ini permintaannya sendiri, dia rasa dia tidak akan bahagia di Enchanted sedangkan mengetahui orang yang dia suka tidak bahagia di tanah yang merupakan penjara mereka.” bisik Ivy dengan mata melihat jarinya bermain dengan bunga gelung bunga lavender yang setengah siap. “The Old Villain fikir tanah tu penjara mereka tapi bagi kami… It’s home. Rumah yang buruk, hutan berhantu, tanah tandus, longkang tepi jalan yang kotor, udara yang berbau tapi ia tetap rumah. Tempat tinggal kami.”

Louis perasan sinaran gembira dalam mata hijau Ivy malap digantikan dengna pantulan cahaya mata yang berair. Putera raja ini menyentuh dagu ahli sihirnya untuk menarik perhatian Ivy semula. “Homesick?” Louis tidak perlukan jawapan dari Ivy kerana air mukanya menunjukkan segalanya. Ini buat Louis tersenyum kecil. “Come here.”

Louis mengubah kedudukannya ke belakang Ivy, meletak ahli sihirnya di antara kakinya dan biarkan Ivy menyandar pada badannya dengan dia memeluk pinggang Ivy. “Selesa?” Soalnya tapi tidak dapat sebarang jawapan dari Ivy. Malah, Louis dapat rasa Ivy tegang didalam tangannya. Dah tentu dia tak selesa… stupid Question.

“Maaf aku buat kau tak selesa—

“Bukan tu…” Ivy terus bersuara bila Louis ingin mengalihkan tangannya dari Pinggang Ivy. Ahli sihir ini tertunduk dengan muka semerah buah epal yang masak diatas pohon. Rasa segan dengan Louis. Bukan sebab posisi mereka, Ivy dah biasa dengan kemesraan Louis bila mereka berdua tapi kali ini ia melibatkan perasaan homesicknya, and the guy behind him is trying to comfort her. Ivy sebenarnya rasa segan bila Louis buat macam tu kat dia!

 “Jadi apa dia?”

Ivy merungut dalam diam. Muka bertambah merah bila dia rasa deruan nafas Louis di telinganya. Suaranya terlalu dekat dan menenangkan. Sangat merbahaya untuk ahli sihir yang berego tinggi. Dia takkan mengaku cara Louis untuk menenangkan hatinya yang rindukan rumahnya sangat berhasil, terlalu memalukan untuk mengaku.

“It’s nothing..” itu yang dia jawab. Ivy rasa Louis rehatkan dagunya pada bahu kanannya dan berdengung ‘hm’. Ivy lega Louis tidak menekankan persoalannya.

“Then, Relax Ai. Tell me, apa yang kau rindukan di Vicious.”

Ivy tidak menoleh untuk melihat wajah Louis. Dia hanya merenung jauh ke tengah-tengah tasik dihadapan kita sebelum rehatkan badannya sepenuhnya pada badan Louis. Mula terkenangkan masa-masa yang menyeronokkan di Vicious dahulu.

“Sebenarnya aku tak rindu sangat tempat tu.” Jawabnya dengan nada rendah. Tangannya mencari tangan Louis tanpa dia sedari dan bersimpul jari bersama puteranya. “Lebih kepada orang di sana aku rindu.”

“Ibu kau?”

Ivy mengangguk. “Kawan aku, Dottie, Caramel… Tuan Jack dan Puan Sally, budak-budak junior aku yang menjengkelkan, Utopia dan Athens.” Ivy ketawa kecil. “mereka berdua anak Grisella dan Anastasia. Dua sepupu tu tak pernah berhenti kacau aku semasa sekolah menengah dulu. Mereka asyik tanya aku dan Hansel tentang Enchanted.”

“Why?”

Ivy mengangkat bahu slamber. “It’s normal di Vicious. Budak kecil di sana teringinkan ke sini dan dapat ‘Happily Ever After’ yang mereka inginkan. Well, Utopia yang ingin cerita dongeng macam tu tapi Athens dia lebih kepada lisan dan penyelidikan. He just can’t stop questioning me about mystical creature.” Katanya dengan keluhan nostalgia. “Sejarah Dua bilah tu, dan benda yang hanya wujud di sini.”

“Sounds like a good kid those two.”

“they are tapi lebih menyakitkan hati kerana mereka tak takutkan aku langsung.”

“tapi kau sukakan mereka berdua kan?” Louis mengambil kesenyapan Ivy sebagai jawapan ‘ya’. “Sama seperti Cherry.”

Kali ini Ivy memalingkan kepalanya, memberi jelingan maut pada Louis. “Jangan nak buat andaian bukan-bukan.”

Louis ketawa kerana dia tahu Ivy sedang menafikannya. Nak mengaku dia sukakan Louis juga mengambil masa setahun lebih, apatah lagi mengaku dia suka budak-budak. Walaupun Ivy enggan mengaku, ekspressi wajahnya cukup meyakinkan Louis yang dua budak kecil bernama Athens dan Utopia itu adalah budak yang penting dalam hidup Ivy.

Ini yang buat Louis tertarik pada Ivy. Walaumacammanapun dia cuba berlagak kejam, tidak berhatiperut dan jahat sekali pun. Kebaikan dalam dirinya tetap teserlah meskipun dia menafikannya. Louis telah lama melihat kebaikan Ivy, sejahat mana pun dia cuba. Kebaikan itu tetap ada dan tidak banyak orang perasan kebaikan Ivy disebalik kejahatannya. Dan Louis berterima kasih kerana dia dapat melihat kebaikan tersebut.

Louis terus mencium hidung Ivy membuat ahli sihirnya kembali merah dan menutup mulut dan hidungnya kerana terkejut, Louis mengeratkan pelukannya pada pinggang Ivy supaya Ivy tak melarikan diri (tapi Ivy tidak terfikir pun untuk bergerak dari posisinya)

“Kau memalukan kadang-kadang tahu tak?”

Louis hanya ketawa besar, gelak ketawa yang sangat lunak membuat hati Ivy kembang setaman dan perasaan itu buat Ivy tidak selesa. Ia sesuatu yang baru untuk ahli sihir vicious ini mengalami benda manis dan bermesra dengan seseorang lelaki seperti itu. Membuat dia rasa bahagia dan gembira seperti satu kesalahan memandangkan dia datang dari tanah sebelah. Benda seperti itu tiada di sana dan kemesraan tidak diberikan sebegitu mudah seperti di Enchanted.

Tapi dia bukan Vicious lagi. Dia tiada sebab lagi untuk teruskan niat ingin hancurkan tembok atau tanah itu.

Sekarang Ivy seorang Enchanted. Dia boleh menjalani hidupnya tanpa memenuhi jangkaan sesiapa sebagai anak The Evil Socerer Maleficent. Sebagai Ivy the Devil.

Ivy boleh jadi anak Robin Hood.

Dia boleh jadi Vivian Hood.

Ketawa Louis redah bila dia perasan Ivy tiba-tiba tersenyum manis dengan mata hijau yang bercahaya dari air mata yang bertakung. Dia terus berubah risau, mencapai pipi ahli sihirnya dan mengusap air mata yang jatuh dengan ibu jari. “Hey… kenapa ni?”

Ivy ketawa kecil, tak percaya yang dia sedang mengalirkan air mata dan menggeleng. “Nothing.” Bisiknya, dia menyentuh tangan Louis yang berada di pipinya. “Nothing.” Ulangnya dengan senyuman lagi lebar dari sebelumnya. Sesuatu yang hangat didalam dadanya membuat dia rasa nak menangis dan ia meluap-luap naik tanpa henti. Mengetahui dia telah dapat apa yang dia inginkan dalam hidupnya dan boleh mulakan kehidupan baru dengan bebas. Mustahil untuk ahli sihir ini tidak mengalirkan air mata untuk kebebasan hidup yang dia inginkan.

Louis tersenyum kecil, menyentuh kedua pipi ahli sihirnya dan mengucup lembut dahi Ivy sebelum dahi mereka bertembung. Ibu jari tetap mengusap pipi ahli sihirnya dengan lembut, menunggu Ivy tenangkan perasaannya dalam senyuman yang tak terungkap bagi Louis. Kerana ia terlalu indah untuk dia katakan apa-apa tentangnya.

“Are you happy?”

Ivy yang memejam matanya cuba menahan tangisan gembira mengalir lebih deras mengangguk kecil, tawa kecil terlepas dari celah bibirnya. Tidak perasan wajah murung Louis atas jawapan Ivy.

Bagaimana dia ingin beritahu ahli sihirnya bila Ivy kelihatan sebegini gembira?

Segala pemikiran Louis terhenti bila Ivy membuka matanya dengan perlahan dan sepasang mata amerald itu bercahaya bersama senyuman yang tersangat indah terukir di bibir nipisnya.

Nafas Putera Camelot ini tersekat bila kedua tapak tangan Ivy menyentuh dadanya dan naik untuk memeluk leher Louis. Menyandar seluruh badannya—menolak badan Louis sehingga dia terbaring di tikar picnic itu dengan Ivy di atasnya.

“I-Ivy?”

Sumpah jantungnya berdegup dengan kuat entah mungkin Ivy dapat perasakannya juga kerana senyuman Ivy itu sangat merbahaya, juga tangan Ivy yang bermain dengan rambut emasnya dengan lembut.

“hm?”

Yup, nada innocentnya tu Louis tak termakan langsung.

“A-apa kau buat ni?” Yup, Putera Raja Kerajaan Camelot ini tergagap dan gemuruh dengan tindakan mengejut ahli sihirnya itu. kenapa? Sebab beberapa minggu hubungan mereka, selalunya Louis mengambil langkah tapi kali ini…. Louis hanya boleh menelan air liur tiga kali. Mungkin empat. Entah dia dah tak boleh fikir dengan lurus kerana matanya tertumpu pada bibir nipis yang lembab kemerah-merahan milik kekasihnya itu.

Ivy tundukkan kepalanya dekat dengan Louis, bibir bersentuh halus dengan Louis sebelum berbisik; “What do you think I’m doing?

Dan segala-galanya berhenti berfungsi, menjadi mangsa dan terperangkap didalam tangan ahli sihir yang sangat merbahaya tapi putera raja ini merelakan dirinya dijadikan mangsa bila hatinya mekar dan mindanya disekat dari memikirkan apa-apa lagi. hanya tangan yang naik memeluk pinggang ahli sihirnya dan membalas kucupan manis itu.

Masalah yang dia ingin beritahu Ivy tertolak jauh, tersangat jauh kebelakang kotak mindanya.

>X<


(A/N: Hmmm….. tragic, sangat tragic… Huhuhuhuhuhuhu siapa dapat jangka apa Ivy akan buat bila dia tahu tentang pertunangan Louis dan Julliana? *Smirk* anyways, See you in the next chapter!)

P/S: Yess! dapat post untuk ni malam walaupun esok pagi ada exam MUET!! Mwahahahaha anyways, pray everything will go smoothly tomorrow *sweat drops* **Nervous sweat**

2 comments:

  1. Alaaa . Kesian louis and ivy . Hmm hmm . Harap2 laa ivy akan faham nanti huhu .
    Goodluck for your exam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ennn, kesian dorang *sigh*.... And thank you awak (≧∇≦) dah bust y tebaik so skrang berharap je lah..

      Anyhow, the good new is.. Exam dah habis! And I can write a whole day! Kalau xdok halangan lain. Hahahahaha

      Delete