Twelfth L.O.S.T

The Pity Man

Hansel melihat fail-fail, laporan dan peta bertaburan diatas meja besar di hadapannya.kedua tangan direhatkan di bucu meja, mata merenung tajam kearah petunjuk-petunjuk yang di bulat dengan dakwat hitam diatas helaian kerja yang berbeza. Di setiap fail, setiap buku, peta dan helaian kertas.

Mata perang Hansel merah akibat kurang tidur memikirkan cara untuk menyelesaikan teka-teki antara hidup dan mati di hadapannya ini.

Dia menjilat bibirnya yang kering, keningnya bertembung kerana mindanya bertambah serabut dari sebelumnya. Semuanya tidak padan, semua penemuan yang Hansel jumpa dan dapat dari The believers yang lain tidak boleh di hubung kaitkan sesama sendiri.

The Believers dari berlainan kerajaan datang, keluar masuk dari bilik itu dengan laporan baru, penemuan baru dan petunjuk yang kemungkinan boleh membantu Hansel untuk menyelesaikan kes tersebut.

Duchess Juvaira dari kerajaan Ababwa menolong Duchess Amennie menjejak petunjuk yang penjenayah tinggalkan di Kerajaan Arendelle.

DI kerajaan New Orleans juga, menjadi tempat pertama Penjenayah itu bergerak 20 tahun lalu, tidak banyak yang mereka temui di sana, hanya cebisan informasi dan kebanyakannya di tokok tambah. Apapun, Hansel tetap menginginkan sebanyak informasi yang mereka boleh kumpul supaya Hansel dapat cantumkan semua petunjuk-petunjuk mereka untuk jadikan satu jangka hayat Penjenayah mereka.

Dengan itu dia boleh meneka siapa sebenarnya Villain Losing heart itu, orang yang mungkin dikenali ramai atau orang biasa?

Setakat ini, hanya benda-benda kecil sahaja yang Hansel dapat tentang identity penjenayah itu.

Hansel berputar kearah peta Tanah Besar yang tergantung megah di belakangnya. Menutup tingkap panjang bilik study itu dengan papan yang digunakan untuk peta besar. Terdapat banyak nota-nota kecil di pinkan diatas tanah tersebut. Benang merah di cantumkan dari satu tempat ke satu tempat. Wajah-wajah mangsa yang mempunyai kemungkinan besar yang akan membantu mencari Villain Losing Heart. Contengan kasar hujung peta itu, mungkin peringatan, petunjuk yang berguna tapi masih tidak dapat di cantumkan pada mana-mana jangka hayat Penjenayah mereka.

Juga terdapat gambar the Legendary Villain melekat di atas tanah gelap yang terdapat di tanah besar itu. di pisahkan dengan tembok akar berduri, tempat dimana tiada cahaya matahari boleh masuk.

Maleficent.

The King and Queen of Nightmare realm.

Ibu tiri Snow white.

Dan rumplestiltskin.

Hansel berdecit jijik melihat wajah lelaki pendek yang tersenyum sinis itu. walaupun hanya  memandang gambar lelaki itu, Hansel tidak dapat mengendahkan perasaan pahit hadir didalam dirinya. Hansel membuat perjanjian dengan lelaki itu adalah keputusan terteruk Hansel pernah buat didalam seumur hidupnya. Ikutkan hati dia taknak ingat lelaki tu lagi namun ia melekat didalam mindanya. Seperti karat yang susah terhakis.

Dan Hansel mengalihkan pandangannya pada satu lagi gambar yang berada di hujung tenggara peta tersebut. Dua gambar yang terpin tinggi dan mendapat coretan dan dart yang di lontar pada dua gambar tersebut; juga dagger.

Salah satu gambar tersebut hanyalah figura hitam yang mempunyai tanda soal diatas wajah gambaran itu; maksud mereka tidak dapat lagi identity Villain mereka.

Manakalah yang satu lagi, gambar Jack. Yang dahulunya kawan lamanya, dianggap sebagai abang; sekarang menjadi Henchmen Villain. Menolong penjenayah Losing Heart itu mencuri hati-hati orang yang tidak bersalah.

“For Heaven’s sake Jack… apa dah jadi pada kau ni sebenarnya?” Soal Hansel tenungkan gambar Jack dengan kening berkerut sedih.

Hansel menggeleng, ketepikan perasaannya dan tumpukan perhatian pada penemuan mereka.

Melihat jangka hayat yang dia telah dapat selesaikan tentang dua Villain ini namun, semuanya tidak bertembung dengan baik. Pasti ada jurang diantara dua tempat yang membuat Hansel menggaru kepala. Sesuatu yang hilang dalam penemuan mereka, diantara dua petunjuk yang kemungkinan bertembung ini; ada lagi satu petunjuk. Namun apa dia?

Hansel mengusap mukanya dengan rungutan berat. Mendongak keuadara dengan penat.

Mengapa ia rumit sangat? Mengapa kehidupan si penjenayah ini rumit sangat? Termasuk rakan bersubahatnya; Henchmen villain itu tidak kurang rumit juga.

Apa yang temui dari penyelidikan secara menyeluruh; dari setiap kerajaan ialah Penjenayah mereka ialah seorang wanita—kemungkinan seorang perempuan. Maddison yang buat teori ini.

JIka di New Orleans dia mencuri hati lelaki telah membuktikan dia sememangnya perempuan. Bila dia berpindah ke Etalean dan mencuri hati perempuan, balu, janda dan kanak-kanak. Isteri yang tinggal di rumah sementara suaminya pergi berperang tentu mereka akan tinggal keseorangan di rumah. Para isteri tidak mungkin akan membuka pintu rumah mereka untuk lelaki yang mereka tidak kenal. Lagipun, janda dan Balu pasti ditemankan oleh rakan mereka semasa mereka masih patah hati dengan pemergian suami mereka. Jadi; isteri yang kesunyian dan balu yang bersedih pasti inginkan peneman, dan siapa lagi yang akan mendengar isi hati mereka tanpa mereka rasa ragu-ragu? Rakan mereka; dan Penjenayah itu menjadi seorang perempuan menyenangkan dia masuk kedalam rumah tanpa mangsa rasa syak wasangka. Tiada orang luar rasa musykil atau mata-mata memandang jika dia perempuan.

Sama juga dengan Arendalle. Kalau dia perempuan, dia senang masuk rumah satu keluarga itu mungkin sebagai kawan, pelawat, bekerja sebagai pembantu rumah dan macam-macam lagi cara penjenayah itu boleh masuk kedalam rumah mangsa dan membaham hati mereka satu persatu.

Jadi, mereka menjangka Villain Losing Heart adalah perempuan dan berumur agak tua. Mungkin lewat 50 ke 60 tahun.

Mengikut pengetahuan Hansel yang dia dapat dari Ivy, Penjenayah itu seorang ahli sihir yang berpengalaman dengan mencuri hati orang lain. Kerana mencuri hati bukanlah sesuatu yang mudah. Membuat sumpahan seperti itu memakan masa yang lama untuk menguasainya.

Juga, kemungkinan besar wajah penjenayah ini kelihatan muda kerana memakan hati manusia membolehkan dia hidup lebih lama dan awet muda. Wajahnya mengikut umur yang dia inginkan. Namun, untuk kekalkan awet muda dia kena makan hati secara berterusan. Dah tentu, itu bayaran dia kena buat untuk hidup lama.

Setakat itu, ini sahaja yang Hansel dapat dari Villain Losing Heart. Dia seorang perempuan yang mempunya wajah yang muda. Mungkin awal 20-an atau dekatt 30-an. Itu jangkaan Hansel setakat ni.

Sementara Henchman Villain ini pula….

Hansel menghembus nafas panjang. Kepalanya bertambah sakit setiap kali dia memikirkan tentang Jack. Jalan hidup Jack terlalu rumit sehingga Hansel tak tahu apa yang Jack sedang buat dalam hidupnya sebenarnya.

Hansel syak setelah dia menghilangkan diri dari Camelot, dia ke Etalean dan menjadi saksi melihat tatu yang muncul di dada mangsa. Hansel fikir dia buat seperti itu untuk selamatkan mangsa namun bila dia kembali ke Camelot, dia dah berubah. Sepenuhnya. Seperti Jack yang dulu sudah tidak wujud dipermukaan bumi.

Dia yang menolong mangsa dari sumpahan itu terus menjadi lelaki yang menolong Villain mengenakan sumpahan.

Itu jurang yang Hansel katakan. Di pertengahan kisah hidup Jack ada ruang kosong yang menjadi tanda tanya pada Hansel.

Bagaimana dia boleh berpaling kearah kejahatan?

Juga yang buat Hansel pening ialah semasa Jack mengkhianatinya untuk mendapat kayu sakti fairy Fauna. Perkara itu terjadi sebelum Jack menghilangkan diri dari Camelot.

Jika Jack mula menjadi jahat pada peristiwa mencuri kayu sakti tu, jadi bagaimana pula dengan Jack yang menghalang sumpahan Losing Heart dari berlaku? Dan jika Jack baik pada masa itu, bagaimana pula sekarang? Dia menjadi henchmen Villain tu sendiri!

“Selamat pagi Encik Hansel!” Maddison masuk kedalam bilik study istana dengan senyuman lebar tertampal pada wajahnya. “Encik bangun awal ni pagi—

“Aku nak keluar ambil angin.” Hansel bersuara mencapai coatnya yang tersidai di kepala kerusi berdekatan dan lalu di sebelah orang bawahannya yang kebuntuan.

Maddison berputar melihat belakang Hansel menylusup keluar dari bilik mereka. budak 17 tahun ini mengerdip mata beberapa kali, dia perasan mata merah Hansel dan kembali memandang peta besar yang tergantung menutup tingkap bilik tersebut. “Encik Hansel bekerja sepanjang malam lagi?!”

“Mornin’ Madd…” sapa Tom Thumb, sambil menguap, baru sahaja masuk kedalam bilik dan menepuk bahu rakan sekerjanya. “Apa kau buat tercegat kat sini.”

Maddison alihkan pandangannya ke penjuru bilik study itu dan menarik nafas panjang. “Encik Hansel habiskan semua manisan dalam satu malam!”

Tom berpaling kearah mana Maddison lihat. Pinggan-pinggan kosong di atas meja yang sepatutnya penuh dengan pelbagai aneka kek dan manisan telah lenyap, hanya sisa-sisa kek sahaja yang tinggal. “Encik Hansel berjaga lagi?” Maddison mengangguk risau. “Mana Encik Hansel sekarang?”

“Pergi ambil angin?” Kata Maddison sambil mengangat bahu.

.

.

Hansel memeluk dirinya, cuba mengekalkan kepanasan badan dari di curi angin pagi, menyapa penjaga pintu pagar utama istana dan berjalan turun ke Kota. Dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki dari menunggang kuda kerana dia akan ada lebih banyak masa untuk berfikir jika dia gunakan kakinya.

Hansel mendongak melihat dedauan pohon Maple yang berbaris cantik di tepi jalan, daun maple yang mula berubah ke pelbagai warna perang yang cantik, jatuh berguguran menandakan musim luruh sudah tiba melawat tanah Enchanted.

Sesuatu tentang musim luruh membuatkan hati bekas Vicious ini sayu. Cara bagaimana daun itu jatuh dari pohonnya kelihatan sangat menyedihkan. Jatuh di tiup angin tanpa ada kuasa untuk melawan angin itu. Membiarkan dirinya di pandu tanpa arah tuju dan jatuh di merata tempat. Setelah itu dipijak oleh kanak-kanak yang bermain. Hancur tapi tidak sia-sia kerana ia membawa kegembiraan pada wajah mereka. satu pengorbanan yang berbaloi.

Senyuman nipis Hansel hilang bila dia alihkan pandanganya semula pada jalan di hadapannya. Menghembus nafas panjang kerana hati yang sayu hanya kerana musim luruh telah tiba. Mungkin ini kerana banyak perkara buruk telah Hansel tempuhi didalam hidupnya pada musim luruh.

Dikhianati dan dilontar ke Vicious.

Hampir kena baham oleh The Big Bad Wolf.

Tertangkap oleh Jill di hutan Mahligai menyebabkan Ivy kena buang.

Namun, kesemua kejadian yang terjadi padanya tidaklah suatu penyesalan pada Hansel. Seperti daun tersebut; Dia dipaksa dan terpaksa melalui semua itu, mengikut takdir hidupnya dan melalui pelbagai rintangan. Setiap kali Hansel korbankan hidupnya, pasti tidak menjadi sia-sia; semuanya menjadi baik-baik sahaja.

Dia berjumpa dengan Ivy, berkawan dengan Ivy, dapat menyelamatkan kawan baiknya dari kehidupannya yang kosong dan jumpa kebahagiaan di sini. Di Enchanted.

Ia berbaloi.

Hansel memeluk erat kotnya bila angin kuat datang menghembus, serabutkan rambutnya yang sudah sememangnya kusut masai akibat tidak tidur semalaman.

Musim Luruh baru sahaja tiba namun tiupan angin agak sejuk dari biasa. Mungkin Hansel belum biasa dengan cuaca di Enchanted? Kerana di Vicious, Musim bunga, luruh dan panas mempunyai suhu yang sama kecuali musim salji.

Ah, nanti dia biasa la tu. Kan ini musim luruh Hansel yang pertama di Enchanted selepas 10 tahun. Hansel tidak merungut, malah sukakan angin musim luruh itu. merasakan sesuatu yang dia sudah lupa, kembali menggeli kulit wajah dan bermain dengan rambutnya.

Dia hampir lupa bagaimana rasanya cuaca di tanah kelahirannya.

Dan Hansel sukakannya.

Tiba sahaja di Kota, Hansel perasan yang dia datang terlalu awal kerana tidak banyak kedai buka untuk berniaga. Beberapa perayu nelayan baru sahaja pergi mencari rezeki di laut dan kapal-kapal dagang masih lagi bertapak di pelabuhan. Sunyi tanpa jual-beli berlaku di sana.

Ini yang Hansel perlukan. Kesunyian yang menenangkan.

Dia boleh tenangkan fikirannya yang bercelaru. Aturkan segalanya dengan perlahan dan susun didalam fail-fail minda satu persatu. Mencari ruang untuk dia berfikir semula tentang dua Penjenayah merbahaya yang sekarang berlegar di Tanah Enchanted.

Mungkin, jika dia telah tenangkan diri, Hansel dapat idea bagaimana nak selesaikan kes mereka.

Sebenarnya Hansel telah jumpa satu jalan penyelesaian untuk menangkap Villain Losing Heart dengan menangkap Jack dan suruh dia buka mulut.

Senang je, dia boleh seksa lelaki durjana tu sepuas hati Hansel. Buat Jack merayu padanya untuk dilepaskan, sehingga darahnya berlumuran di bawah tapak kasut Hansel. Sehingga dia tiada lagi tenaga untuk berikan senyuman angkuhnya. Kalau boleh sehingga Jack tidak dapat gerakan badannya langsung dan membuka mulut bila nyawanya ingin sampai ke penghujung.

Hansel sumpah dia boleh lakukannya tapi dia juga bersumpah pada The Great Wizard Merlin yang dia tidak akan menggunakan sebarang kekerasan pada lelaki itu. Dia kena pujuk Jack untuk kembali baik dan serahkan dirinya secara rela hati. Beritahu Identiti Penjenayah Losing Heart dan bantu mereka perangkap penjahat itu.

Hansel mengusap mukanya dengan satu tangan. Satu lagi di dalam poket kerana sejuk.

Apa yang The Great Wizard Merlin lihat pada Jack sehingga dia ingin kembalikan mamat durjana itu dari kejahatan?

Bagi Hansel, mustahil untuk dia ubah Jack semula. Bukan kerana dia bencikan lelaki itu tidak; ia kerana Jack telah membunuh banyak manusia tidak bersalah. Jiwa Jack telah rosak, membusuk kerana kelakuannya sendiri. Kesalahan besar ialah membunuh dan itu adalah cara yang berkesan untuk menghancurkan jiwa sendiri.

Jack sudah tidak boleh di selamatkan. Jiwanya; hatinya sudah hancur dan tidak boleh dipulihkan lagi.

Lain cerita dengan Ivy. Dia membunuh hanya sekali dan niatnya untuk membunuh adalah baik. Dia ingin selamatkan Hansel dari kena baham oleh The Big Bad Wolf jadi Hatinya tidak rosak sangat. Lagipun, walaupun kemungkinan Ivy memperoleh hati busuk di Vicious adalah tinggi, disebabkan Hansel ada berada di sisi Ivy, Hansel dapat menahan dan menghalang Ivy dari buat sebarang aktiviti yang akan merosakkan hatinya dengan sekelip mata.

Hansel tidak boleh menghentikan Ivy tapi dia boleh mengubah niat Ivy dalam melakukan perkara yang salah.

Yang penting niat Ivy untuk membuat kejahatan ialah baik, hatinya masih boleh diselamatkan.

Ia bergantung pada niat.

Namun Jack… niatnya sama dengan tindakannya. Kekejaman dan kejahatan.

Hansel mungkin tidak dapat membantu kawan lamanya itu.

Langkah Hansel terhenti bila dia lihat satu figura kecil berlari masuk kelaluan sempit. DIa perasan mafla cotton berwarna peach milik figura itu membuat Hansel rasa seperti dia pernah lihat figura itu. Tanpa banyak fikir, dia terus mengejar si figura kecil itu, menemui yang perempuan itu masuk ke laluan sempit lagi gelap diantara dua bangunan besar. Plus, Hansel tidak dapat melihat jejak perempuan itu lagi

Takkan dia berlari laju sangat?

Hansel teragak-agak untuk masuk kedalam laluan itu. Mengikut dari pengalamannya, perkara seperti ini hanya akan membawa padah pada Hansel. Perempuan tidak dikenali tapi pada yang sama dikenal lari kelaluan sempit yang gelap dan menghilangkan diri begitu sahaja?

Ini dah membuktikan firasat Hansel jika dia masuk pasti perkara yang tidak diingini bakal berlaku padanya.

Mungkin satu perangkap?

Hansel terdengar jeritan kesakitan seorang lelaki datang dari laluan tersebut membuat Hansel badan Hansel tegang satu badan.

Takkan lah….

Dengan lincah Hansel berlari masuk, mencari dari mana datangnya jeritan tersebut. “Saya datang!” sahut Hansel sambil mata meliar mencari si gerangan jeritan tersebut.

Hansel hampir jatuh tergelincir semasa dia berhenti mendadak kerana terjumpa seorang lelaki terlentar mencium tanah di tepi tong sampah besar. Kelihatan seperti didalam keperitan dengan tangan mencengkam dada dan pernafasan yang berat; tersekat-sekat.

Jack!” Hansel tidak tergelincir, dia berlutut dihadapan Jack; menolong lelaki itu bangun dan menyandar di dinding laluan sempit itu.

Dia perhatikan keadaan jack dari atas hingga bawah. Sebelum melihat wajah Jack semula. Mukanya putih pucat, bibirnya membiru. Giginya menggeletar sama seperti badannya. Menggeletar teruk, kesejukan. Namun peluh membanjiri mukanya dengan tangan mencengkam dadanya dengan erat.

Hansel terus membuka coatnya dan pakaikan pada Jack. “Heaven’s above Jack, kau membeku….” Bisiknya risau. “Kita kena bawa kau kedalam.”

Jack tidak berkata apa-apa, hanya akur dan cuba bangun dengan bantuan Hansel. Memikul dia keluar dari laluan tersebut dan pergi ke inc. berdekatan.

“Bertahan Jack, kita dah nak sampai.” Sahut Hansel,  mengangkat kawannya bila Jack mengerang kesakitan yang ada pada dadanya. Terbatuk teruk hampir melepaskan Hansel. “Bertahan!

Masuk kedalam hotel yang bergelar ‘Firefly Glow’, pekerja yang berada di kaunter register terus bangun, terkejut melihat tetamunya yang datang dalam keadaan parah.

Hansel segera menjerit, sediakan satu bilik yang mempunyai pemanas dengan cepat.

Pekerja itu mengambil kunci di almari belakang kaunter dan berlari lintang pukang naik ke atas, beritahu rakan sekerjanya yang lain untuk membantu tetamu mereka untuk bawa rakannya naik ke bilik atas.

Secepat yang mungkin Hansel dan pekerja hotel itu memikul Jack naik ke tingkat atas, ke bilik yang telah disediakan oleh pekerja register itu. menghidupkan pemanas bilik; sepanas yang mungkin.

Hansel meletak Jack diatas katil, makin cemas bila lihat peluh yang membasahi collar baju kawan lamanya itu. Masih bergelut dengan kesakitan di dadanya. Dan ia kelihatan tambah sakit.

“Bawa baju bersih untuk saya, sekarang!” Arah Hansel dengan suara yang menggerunkan dan membuka pakaian Jack yang kotor. Menyuruh Jack untuk bangun—memaksa dia untuk buka baju sehingga butang kemejanya tercabut kerana dibuka dengan kasar.

Pekerja hotel yang mengambil baju bersih untuk tetamunya tergamam bila dia lihat tetamu mereka half naked dihadapannya. Menayangkan abdomen yang keras seperti papan dan berketul-ketul. Walaupun lelaki itu pucat, dalam kesakitan, entah kenapa peluh yang membasahi wajahnya membuat dia kelihatan sangat kacak. Nafas berat yang panas dan kening bertembung dengan cantik. Dia tak pernah lihat lelaki se-sempurna itu didalam hidupnya.

“Give me that!” Hansel baru perasan yang pekerja hotel itu telah sampai tapi tidak bersuara. Mengambil baju bersih dari tangannya dan pakaikan pada badan Jack, menutup pandangan indah kepada pekerja itu.

Hansel suruh Jack baring semula dan periksa suhu badannya dengan memegang dahi dan leher Jack. “You’re burning up damn it… Panggil doctor sekarang—”

Jangan—” Jack menarik lengan baju Hansel, bercakap diantara nafas berat sebelum terbatuk kuat. Menggeleng pada Hansel seperti merayu. “Jangan panggil—Please Hansel—

“Tapi kau sakit!” Marah Hansel dan ingin pekerja itu pergi panggil doctor tapi Jack menarik lengan baju Hansel hampir koyak hanya untuk menarik perhatian Hansel.

Jack hanya menggeleng. Mata emasnya itu bercahaya akibat air mata yang bertakung dikelopak matanya. Rayuan senyap, meminta Hansel untuk dengar permintaannya.

Hansel terbelah dua samada menurut permintaan Jack atau memanggil doctor untuk merawatnya. melihat dari Jack memegang lengan bajunya seperti nyawanya bergantung pada Hansel membuat dia mengeluh. “Fine…” Dia berpaling pada dua pekerja hotel didalam bilik itu. “Terima kasih sebab menolong. Dan tolong bawakan semangkuk air suam dan tuala kecil ke sini.”

Pekerja itu hanya mengangguk dan tinggalkan tetamu mereka bersendirian.

Jack kembali baring diatas katil, kelihatan sedikit lega walaupun tangannya lagi satu tidak pernah berhenti memegang dadanya. Nafasnya juga kelihatan lebih stabil dari sebelumnya.

Hansel pula pergi ke pemanas bilik, menyucuk arang batu didalam tempat itu untuk meningkatkan suhu bilik itu. Nampaknya suhu bilik membantu keadaan Jack.

Hansel tidak bersuara walaupun mindanya ada banyak persoalan tentang Jack, kenapa dia dalam kesakitan, mengapa dia berada di Etalean dan mengapa dia berpakaian formal? Dia ingin tanya Jack semua itu tapi dia tunggu masa yang sesuai.

Pekerja hotel datang membawa semangkuk air suam dengan tuala kecil untuk Hansel. Digunakan untuk diletakkan di dahi Jack. Setelah itu, dia kembali duduk di kerusi di sebelah tempat pemanas.

Hanya duduk di depan mesin pemanas, memerhatikan percikan api didalam tempat besi itu dan nafas berat dari orang terlentar di atas katil.

Hansel menunggu keadaan menjadi tenang dahulu untuk dia menyatakan persoalannya. Menunggu Jack kembali tenang.

Hansel menjeling sekali dua pada Jack, melihat keadaan lelaki itu. dan perasan sesuatu yang janggal pada Jack.

Tiga patah perkataan tergolek keluar dari mulutnya sebelum Hansel dapat nak menahannya. “Does it hurt?”

Jack menarik nafas dalam yang beralun, menumbuk dadanya dengan kuat sebelum menghembus nafas. Memandang siling bilik itu dengan mata emas yang merah.

“I bet that hurt.” Hansel menjawab persoalannya sendiri dari mendengar bunyi Jack menumbuk dadanya. Hansel bangun dari tempatnya dan berpindah ke sisi Jack. “Mana ubat kau?” Soalnya sambil memeriksa kot formal Jack. Dia tidak jumpa botol merah Jack, apa yang dia jumpa hanyalah sekuntum bunga spider lily yang sudah layu.

“Kadang-kadang aku menyesal buat semua ni….”

Hansel kembali memandang Jack yang menutup mata dengan lengannya. Dia mungkin sembunyikan air matanya tapi bibirnya yang jatuh kebawah tidak dapat di sembunyikan.

“Aku… Aku harap aku boleh hentikan semua ni tapi…” tiada perkataan yang diperoleh oleh Jack, hanya tangisan senyap yang terlepas dari bibirnya. Menekan kedua mata dengan tumit tangannya, keperitan didalam dadanya bertambah sakit Cuma bukan kerana kesan sampingan. Ia sakit dari perasaannya sendiri. Perasaan yang dia telah lama terpendam.

“You know… belum terlambat lagi kalau kau nak.” Hansel bersuara dengan lembut. Rasa bersimpati pada Jack.

Sebenarnya Hansel tidak menyangka yang Jack berfikiran seperti itu. penyesalan dan teringin untuk berpatah balik. Masih ada harapan pada Jack.

Jack menggeleng. “Aku tak boleh….” Sahutnya hampir tidak kedengaran. Hanya mendengar nadanya tahu betapa sakitnya Jack.

“Kenapa tidak?” hansel cuba bersabar dengan Jack. “Apa yang susah sangat? Just give in.”

Jack segera mencengkam kolar baju Hansel, tangan menggeletar dari genggamannya. Mata emas merah bertemu dengan mata amber yang tegas.

You don’t understand anything I’ve been through all these years! Semua ni aku buat untuk dia! Kalau aku berhenti, semua pengorbanan ku menjadi sia-sia?!” Gertaknya pada muka Hansel.

Hansel mencapai collar baju Jack dengan satu tangan, bukan untuk membalas jeritan Jack tapi memastikan Jack tidak beralih dari kedudukannya. Hansel ingin Jack lihat dia tepat di matanya. “Perempuan tu tak penting Jack, apa yang kau buat ni sia-sia! Menjadi hamba perempuan tu dan turuti semua kehendaknya. Curi hati orang tak bersalah untuk dia! Ia tak berbaloi!”

“Aku tahu ia tak berbaloi tapi aku terpaksa!” balas Jack kali ini air mata mengugut untuk turun.

“Kenapa kau terpaksa? Kau tahu kau boleh minta tolong dari The Great Wizard Merlin kan?” Soal Hansel kali ini nadanya lembut. Sayu melihat wajah sedih jack. “Aku boleh bantu kau. kau tak perlu nak paksa diri kau lagi macam ni. If you let me help you.”

Pada saat itu, sumpah Hansel dapat lihat sedikit harapan didalam mata Jack. Seperti dia ingin menyuarakan minta tolongnya tapi… Jack berpaling, melepaskan Hansel dan kembali duduk diatas katil sambil memeluk lututnya.

“Aku tak perlukan korang…” Bisiknya dengan muka dipaling ke tingkap bilik. “Aku rela buat semua ni… untuk tunang aku.”

“Tunang? Villain Losing Heart tu tunang kau?!”

Jack kembali melihat Hansel, sama terkejut seperti lelaki itu sebelum tergelak pahit. “There’s no way I’ll like that manipulative whore!...” sahutnya dengan senyuman sarkastik. “Anyway, It doesn’t matter anymore….  She’s dead to me.”

“Kau buat semua ni untuk tunang kau yang dah mati.” Hansel tergelak sarkastik pada Jack pula. Ta k percaya apa yang dia dengar dari mulut Jack. Is he nuts? “Apa? Villain tu berjanji nak hidupkan tunang kau balik ke kalau kau tolong dia? What? 1001 soul for a life?”

“Tiada magic boleh hidupkan yang dah mati Hansel. Kau tahu tu, hanya nyawa yang boleh di selamatkan bukan di hidupkan semula.”

“Kalau kau tahu juga kenapa kau buat perkara seperti ini?! Tunang kau dah mati, jadi dia mati, tidak boleh di hidupkan lagi. Jadi apa tujuan kau tolong Villain tu untuk tunang kau? Wasiat terakhir tunang kau tu ke?!”

“She’s not dead—

“Kau sendiri cakap dia dah mati—

DIA TAK MATI LAGI!” Bentak Jack menyebabkan api didalam mesim pemanas marak dengan ajaibnya. “Kau tak faham apa-apa Hans! Aku ingat kau akan faham, kau sahaja yang sentiasa faham tapi hakikatnya kau tidak faham langsung!”

“Buat aku faham!” sekarang suara Hansel sama tinggi dengan Jack. Peluh jatuh membasahi dahi Hansel kerana suhu bilik yang kian naik kerana api marak didalam tempat pemanas. “Beritahu aku apa dah jadi pada kau 10 tahun yang lalu! Mengapa kau jadi seperti in? A mess! Adakah ini kerana tunang kau? Siapa tunang kau? Jack, aku tak boleh faham kalau kau tak beritahu aku!”

“She’s my everything!” Jawab Jack dan api didalam tempat pemanas keluar dari tempatnya untuk seketika. Memanaskan lagi bilik itu. “Aku kehilangan segalanya di dunia ni kecuali dia! Dia sahaja yang aku ada dan aku taknak kehilangannya lagi! Not again, Not this time…. Dan satu-satunya cara aku nak kekalkan dia ialah dengar cakap Mary! Kalau tak Mary akan bunuh dia dan segalanya akan jadi sia-sia! Everything I did in my entire life will be meaningless!!”

“Mary?” Soal Hansel. “Mary who?” kali ini Hansel mencengkam collar baju Jack. Matanya membara seperti api marak didalam tempat pemanas. Merenung tajam pada Jack. “Itu Villain Losing Heart kan? Dia di mana?!”

 “Hans.. Hans please I beg you…” Jack memegang bahu Hansel, berpaut pada lengan baju kawannya. “Please… Jangan tangkap Mary—kalau kau tangkap dia, tunang—Tunang aku akan mati—

“Dan biarkan perempuan tu bunuh ratusan nyawa tidak bersalah? Tak, Jack itu salah. Kau kena beritahu aku dimana perempuan tu!”

“She’s the only person I have left in this world Hans! She’s the only one that makes me sane. Aku tak nak kehilangan dia sekali lagi…. Tolong Hans tolong jangan kejar Mary kalau tak tunang aku—

“Tunang kau dah mati!” Hansel melepaskan dirinya dari tangan Jack, membelakangkan diri dari lelaki kurang waras itu. “Kau sendiri cakap tunang kau dah mati! Tiada apa lagi kau nak selamatkan selain nyawa orang yang tidak bersalah!”

“Kau tak faham!” Jerit Jack diantara tangisan, kali ini dia benarkan dirinya mengalirkan air mata, berlutut diatas katil dihadapan Hansel. “Aku dah kata kau takkan faham! Tolong dengar cakap aku Hans... Tolong… Tolong jangan tangkap perempuan tu!”

Hansel membelakangkan dirinya dari Jack yang sudah bersujud diatas katil. Bersujud, merayu pada Hansel.

Dia tak menyangka dia akan lihat Jack dalam keadaan menyedihkan seperti ini. Hidup Jack telah rosak sepenuhnya… Bagaimana Hansel boleh tolong kawannya yang terlalu rapuh ini?

Hansel mengetap bibirnya, tangan didenggam di sisi, tidak tahan melihat kawan lamanya menjadi seperti ini. “Kalau aku biarkan Villain tu.. apa kau akan buat?”

Jack mendongak melihat Hansel. “Aku akan selamatkan tunang aku dan… dan Juga Louis. I promise that—”

You are insane Jack.” Hansel menggeleng dan bergegas pergi dari bilik itu,meninggalkan Jack yang menjerit, merayu pada Hansel untuk kembali.

Hansel keraskan hatinya dari berpaling kebelakang. Tidak, dia tidak sanggup melihat keadaan Jack seperti itu. Otaknya telah rosak, berhalusinasi tentang orang yang sudah mati. Dan dipergunakan oleh Villain Losing Heart.

Hansel tiba di kaunter check in. membayar bilik Jack untuk seminggu sebelum beritahu pekerja itu; “Kunci biliknya sehingga orang saya datang untuk ambil dia. Apapun terjadi jangan biarka dia keluar seorang diri.”

“Kenapa encik?” Soal pekerja itu, memandang ke siling bilik, risau tetamunya akan buat kecoh.

Hansel berikan senyuman menenangkan. “Dia hanya sakit. Dia kena kanser dan dia tak terima kenyataan. kunci dia sehingga ada orang ambil dia. Boleh bantu saya kan?”

“Baik Encik. Kami akan buat yang termampu.” Pekerja itu mengangguk faham.

 Setelah itu, Hansel kembali ke Istana, beritahu tentera istana untuk ke hotel dimana Jack berada. Sempat memberi amaran tentang Jack yang sedikit hilang waras dan tangkap dia tanpa mencederakan lelaki itu.

Kemudian, Dia masuk sahaja dia ke bilik penyelidikan mereka dengan niat memberitau penemuan tentang Villain Losing Heart tapi Hansel bertemu dengan Maddison yang menghulurkan surat padanya dengan senyuman riang.

“Apa ni?” Soal Hansel sedikit hilang nafas kerana berlari dari kota ke istana.

“Surat dari Cik Gretel.”

Hansel mengambil surat itu dari tangan Maddison. “Korang berdua. Ke meja.” Arah Hansel. Merenung kearah Tom thumb yang sedang menikmati pienya di hujung bilik.

Mengikut arahan, mereka berdua segera ke meja mereka. melihat dari ekspressi wajah Hansel, apa sahaja ketua mereka ingin katakana mesti penting.

Sambil membuka sampul surat Gretel, Hansel bersuara. “Saya dah dapat nama Villain kita. Mad, congrats. Kamu betul yang villain ni perempuan.”

Maddison agak terkejut mendapat pujian dari Hansel tapi dia lebih terkejut yang Hansel dapat informasi penting seperti itu dengan mudah.

“Siapa nama Villain tu?” Soal Tom thumb. “Orang yang kita kenal?”

“Dan dari mana Encik Hansel tahu?” Maddison turut bersuara dengan anggukan.

“Jack.” Jawab hansel dengan nada pahit.hampir menghancurkan surat Gretel didalam tangannya. “lelaki gila tu ada di sini sekarang. Saya dah suruh askar Etalean pergi tangkap dia.”

Tom thumb dan Maddison saling berpandangan. Tidak menyangka firasat Hansel tentang Jack bersubahat dalam kes ini betul.

“Jadi dia juga budak yang menjadi saksi tu?” Soal Maddison lagi. Sedikit teruja yang mereka sudah hampir untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Kita akan tahu bila kita dapat tangkap bajingan tu.” Balas Hansel lebih kasar dari apa yang dia inginkan. “Maaf. Apapun, nama Villain itu Mary. Ring any bell? Sesiapa yang kelihatan musykil dan sinister? Berkelakuan pelik?” kedua orang bawahannya memikir sebelum menggeleng. “Dammit. Yang penting korang berdua selamat dari perempuan tu. Anyways, kita akan pergi ke senarai nama penduduk Enchanted, rakan kenalan mangsa dan padankan dengan characteristic Villain kita dengan mereka yang bernama Mary. Faham?”

Kedua anak muda ini salute faham.

“Good. Senaraikan karekteristik villain ni dan selepas itu hantar surat pada The Believers di Kerajaan New Orleans, Camelot dan Erendale. Beritahu mereka untuk selidik sepanjang 20 tahun perempuan bernama Mary.” Arahnya dan alihkan tumpuannya pada helaian kertas dalam tangannya pula setelah melihat orang bawahannya membuat kerja.

Baru sehelai dari tiga helai kertas, surat Gretel dah buat darah Hansel naik dan sakit kepalanya kembali melanda. 

Perasaan marah didalam diri Hansel menggeledak naik seperti lava panas didalam gunung berapi, ingin meletus dan menghancurkan segala benda yang wujud di dalam bilik study yang dipinjamkan oleh pemerintah Etalean.

Urat stress muncul di dahi dan muka merah membuktikan dia nak menjerit sekuat hati dan mungkin mengoyak segala surat-menyurat, hasil kerja dan laporan diatas meja besar di hadapannya.

Maddison Pauper segera melepaskan fail-fail dalam tangannya dan bergegas ke penjuru bilik. Mengambil semangkuk gula-gula caramel dan bergegas—hampir tersandung dengan kaki sendiri, ke sisi Hansel.

Ketua mereka terus mengambil dua tiga biji gula-gula dan disumbatkan kedalam mulut. Di kunyah hancur manisan tersebut seperti dia seekor raksasa mengunyah tulang-tulang manusia.

“For Heaven sake—Can—this—be—Any worse!” sahut Hansel diantara kunyahan. Mengambil sebiji lagi manisan setelah menghabiskan didalam mulut.

Maddison meletak mangkuk gula-gula itu di tepi meja sebelah Hansel, supaya senang Hansel mencapainya jika dia inginkannya untuk melepaskan marah dan kembali ke tempat duduknya.

Tom Thumb menjilat ibu jarinya, membersihkan sisa pie yang dia makan seorang diri sebelum mencapai helaian kertas yang menjadi punca kemarahan Hansel.

Dia membaca surat yang dihantar oleh adiknya; Gretel,tentang perkembangan di Camelot dan kemalangan yang menimpah keatas Puteri Charlotte. Juga pertakhtahan Raja Pertama Enchanted.

Mata Tom Thumb membesar. “Mereka dah tentukan siapa pemerintah Ulung Enchanted?!”

“Apa? No way!” sahut Maddison, menutup mulut tidak percaya. “Siapa?!”

“Putera George—” Tom Thumb terus memandang Ketua mereka. “Tuan sakit hati sebab Putera George dapat gelaran tu ke?”

“I don’t give a f*ck about that Cocky Prince’s life!” Bentak Hansel dengan satu tumbukan padu sampai ke permukaan meja. “Jack menyumpah Puteri Charlotte dan Berjaya melarikan diri! That stupid son of a b*tch!Tunggu bila aku dapat kau Jack, I’ll torture you to death!

Maddison dan Tom jarakkan diri mereka dari Hansel, takut mereka jadi mangsa kemarahan Jack sekali lagi.

Mereka dah masak dengan satu tabiat Hansel, dia suka lempar barang secara random keudara dan kadang-kadang targetnya orang yang terdekat; itu kerana kau berani kacau naga yang sedang marah.

Pernah sekali dia naik berang sebab penyelidikan mereka sekali lagi bertemu jalan buntu dan identity budak yang menjadi saksi itu masih lagi satu misteri kepada mereka. Juga bukti yang budak tersebut adalah Jack dan apa hubungannya budak itu menjadi rakan subahar penjenayah Losing Heart. Sedangkan budak kecil itu membantah sumpahan itu, manakala rakan subahat; Jack membantu sumpahan tersebut.

Hansel kata dia pasti kedua budak dan rakan subahat Villain Losing Heart adalah orang yang sama dan dia akan mencari bukti yang kukuh untuk menyokong firasatnya. Malangnya beberapa hari ini tidak membuahkan sebarang hasil atau petunjuk yang tekaan Hansel itu benar atau tidak.

Disebabkan itu, Hansel naik berang dan melahap satu kek coklat bersaiz medium—juga melontar buku kearah butler istana yang membawa manisan baru untuk kemarahan Hansel.

Dah kata tadi. Sesiapa ganggu Hansel yang marah akan menjadi target lontaran random ketua mereka.

“Tapi di sini ada berita baik juga Encik Hansel.” Maddison cuba sedapkan hati ketuanya, mengambil muka surat kedua surat tersebut yang belum di baca oleh Hansel. “Ivy the Devil telah dirasmikan sebagai Apprientice The Great Wizard Merlin. Dia akan menolong kita dalam penyelidikan kita ni. Isn’t that great?”

Hansel yang menghancurkan satu-persatu gula-gula caramel memutarkan kepalanya pada Maddison, memutarnya dengan laju, hampir buat lehernya patah. “What the F*ck—Kenapa dia nak masuk campur dalam kes ni pulak?!”

 Sumpah Maddison dan Tom tidak pernah lihat Hansel segerunkan sekarang. Ye lah, Hansel selalu tunjukkan muka-muka tegangnya tapi selalunya ia semula jadi tegang tapi sekarang…. Hansel betul-betul marah. Tersangat marah. Dan ia menakutkan kedua budak remaja ini.

 “T-Th-The—The Great Wizard Merlin—I mean, Ivy the Devil sendiri yang ingin turut serta dalam kes ni sebab…. S-se-sebab—” tangan Maddison menggeletar teruk, cuba mencari jawapan di dalam surat tersebut. “Dia yang nak libatkan dirinya dalam kes ni—itu yang Cik Gretel tulis.”

Hansel menggenggam dan melepaskan penumbuknya di sisi beberapa kali, cuba menahan diri dari menjerit atau mencapai benda berdekatan untuk dilempar pada orang bawahannya.

Tak selesai masalah tentang Jack, Ivy pula nak masuk campur? Dia tak tahu ke yang Jack sedang mengejar dia? Is she nut?! Have she lost her mind?!!

Hansel menarik nafas dalam dan menghembusnya untuk beberapa kali sambil mindanya mengira dari satu hingga 10—mungkin lebih kerana perasaan ingin melontar barang sangat tinggi.

Betul, dia cuba untuk bertahan namun seorang mengetuk pintu bilik tersebut dan masuk tanpa mendengar jawapan dari penghuni bilik study itu menyebabkan Hansel melontar mangkuk gula-gula caramel melayang kearah tetamu yang baru masuk.

Maddison menjerit cuak, menutup mata takut untuk melihat mangkuk kaca itu terkena pada tetamu mereka namun bunyi kaca berkecai tidak pernah sampai ke telinganya dan dengan perlahan dia membuka matanya semula.

Dua ahli sihir terkenal berdiri di depan pintu bilik itu dengan tangan Ivy didepakan kehadapan, menahan mangkuk itu dari mencapai mereka berdua menggunakan magicnya. Membuat mangkuk itu terapung beberapa inci jauh dari tangannya.

“Tsk. Tsk. Tsk…. Dan saya fikir kamu buat kerja kamu di sini.” Wizard merlin menggeleng dengan nada sindiran. “Seronok berparty?”

Hansel rasa nak mati. Serious dia rasa nak mati, gali lubang kubur sendiri dan tanam dirinya hidup-hidup kerana dia telah melontar mangkuk kaca kearah The Great Wizard Merlin. Sesiapa sahaja rasa nak mati kalau mereka berkelakuan kurang sopan terhadap orang yang mempunyai darjat lebih tinggi dari dia. Terutamanya The Great Wizard Merlin.

Bukan itu sahaja yang buat Hansel rasa nak mati, kewujudan Ivy didalam bilik itu juga menjadi punca Hansel kurang udara, kepalanya rasa ringan semacam dan hendak pitam. Namun tidak sempat otaknya memberi sebarang riaksi yang wajar atas tindakannya melontar mangkuk tersebut, badannya bergerak dahulu; sekali dengan hatinya, bergegas ke depan bilik tersebut dan mengumpul Ivy kedalam tangannya. Memeluk ahli sihir muda itu dengan erat.

Begitu juga Ivy the Devil, melihat Hansel berlari kearahnya, DIa juga melompat kedalam dakapan Hansel, memeluk rakan baiknya seerat yang mungkin seperti nyawanya bergantung dalam tangan Hansel. Mangkuk yang terapung di udara jatuh berkecai di belakang Ivy.

“I miss you so much Hans..” Bisik Ivy di dada Hansel, nadanya perlahan dan penuh dengan kerinduan.

Hansel mengangguk, tidak berkata apa-apa kerana otaknya terlalu serabut untuk membalas ayat Ivy. tapi mengetahui kawannya itu didepan matanya, tidak apa-apa membuat dia sedikit lega.

Hanya untuk sementara waktu.

Sebelum dia lepaskan pelukannya dan pandang Ivy dengan tajam. “What are you doing here?”

Ivy mengerdip mata beberapa kali, agak terkejut sebelum bercekak pinggang. “What do you think I am doing here? It’s my responsibility to take care of Enchanted’s safety too! aku apprientice Merlin jadi aku kena turut serta dalam masalah Enchanted!”

Hansel berpaling kearah The Great Wizard Merlin. Meminta penjelasan jika apa yang Ivy katakan adalah betul.

Wizard Merlin hanya mengangkat bahu dengan senyuman simpati. Faham perasaan Hansel yang risaukan Ivy tapi The Great Wizard Merlin tidak dapat buat apa-apa bila Ivy dah berdegil seperti itu.

Hansel menghembus keluhan berat sebelum merenung Ivy semula. “Ini kes yang merbahaya Ivy. Aku taknak kau tercedera nanti—

“Kau bercakap dengan ahli sihir yang berkuasa!” Potong Ivy dengan tawa. “Aku dah dapat magic aku semula dan rantai ni untuk lindung aku. No worries, kalau Villain tu datang aku boleh Zapp dia dengan mantera membunuh—atau buat dia pengsan.” Ivy tersengih-sengih dengan innocent.

Tapi Jack tidak tergelak langsung. Menolong Ivy bangun sebelum menolak ahli sihir itu ke pintu keluar. “No need, kami dah hampir selesaikan misi ni. Dah tahu siapa Villain, dah tangkap rakan subahatnya. Ia dah berakhir so kau boleh kembali ke Camelot dan—

Encik Hansel!” Pintu bilik itu dibuka dari luar oleh dua tentera Kerajaan Etalean. “Dia telah melarikan diri!”

Mata Hansel terbeliak bulat. “Macam mana dia boleh melarikan diri? He’s sick!”

Salah seorang tentera itu menelan air liur takut dengan nada Hansel dan menggeleng. “Semasa kami tiba di sana, Jack sudah hilang. Pekerja di hotel tu kata seorang perempuan datang—katanya, saudara jauhnya datang menjemput dia. Jadi dia biarkan lelaki tu dibawa pergi.”

“Perempuan—Villain tu!” Jerit Hansel naik okta lima. Teringat dia terlihat figura kecil sebelum dia terjumpa Jack. Tentu figura yang dia lihat tu ialah Villain Losing Heart dan mengekori mereka ke hotel. Mengambil Jack sebaik sahaja Hansel pergi.

Oh that f*cking moronic piece of sh*t—

“Hansel.”

Ayat Hansel terbantut dan berpaling melihat Ivy yang tersenyum tayang gigi. “Kau perlukan aku.” Katanya sambil menggoyangkan keningnya.

Hansel kenal ekspressi wajah tu. Hansel sangat kenal kerana dia telah hidup dengan Ivy setengah hidupnya. “The the love of a—Fine! Baiklah, kau boleh ikut serta!”

“Yes!” sahut Ivy dengan riang, tangan diangkat keudara. “So, Apa kata kita mula sekarang?”

Hansel mengusap mukanya, rasa sangat penat dari segi mental dan sekarang dia kena bagi kerja pada Ivy dalam misi merbahaya ini. Apa yang Hansel kena bagi kat Ivy?

Dan satu idea muncul dalam otaknya bila dia terpandang Maddison.

“Apa kata Maddison tolong kau dalam kerja pertama kau.” Hansel bersuara dengan senyuman palsu. “Mad, come here.”

“M-me?” Maddison menuding dirinya sendiri dengan cuak. Melihat Hansel membesarkan matanya tanda amaran, Maddison terpaksa mengikut arahan dan mendekati dua bekas Vicious itu.

“Aku suruh Maddison untuk informkan The Believers yang lain tentang Villain Losing Heart. Apa kata kau pergi tolong dia memandangkan kau tahu cara Villain ni berfikir kan?”

Maddison tunduk ketakutan pada Ivy. CUak yang dia akan berkerjasama dengan Ivy. “Uhm—Err—saya Maddison Pauper.”

“Hey.” Ivy mengangkat dagunya, menyapa dengan slamber. “Ivy the Devil.”

“Dia tahu siapa kau Ivy.” Balas Hansel dan tolak kedua perempuan itu keluar dari bilik penyelidikan. “Pergi buat kerja kau. Mad, show her what you two should do.”

“Y-yes sir.”

“Come on, Maddison. Jangan takut sangat dengan aku.” Ivy menepuk bahu perempuan yang ketakutan itu. “So, care to tell me apa penemuan korang setakat ni dan apa kau buat?”

Hansel menutup pintu bilik dan menghembus nafas lega sebelum berpaling kearah satu lagi orang bawahannya. “pergi beritahu Raja Philip tentang Jack dan Villain tu berada di Etalean.”

Tom thumb salute faham dan bergegas keluar dari bilik, meninggalkan Hansel dan The Great Wizard Merlin sahaja didalam bilik itu.

The Great Wizard Merlin tersenyum 1001 makna. “Kerja yang baik. Tak salah saya pilih kamu sebagai ketua.”

Hansel mengangkat bahu slamber dan berpaling memandang burung gagak yang berada di tongkat sakti Merlin. “Aku tahu Ivy dalam bad mood. So, berubah jadi manusia dan beritahu aku kenapa Ivy berikan aku senyuman menjengkelkan tu.”

Diaval dan The Great Wizard Merlin saling berpandangan sebelum Diaval mengangkat kepaknya. Sepertinya apa sahaja ada didalam pemikiran Wizard Merlin, Diaval memahaminya.

“Okay.” Wizard Merlin mengangguk dan memetik jari. Menukar Diaval menjadi manusia dengan bajunya berwarna kelabu.

“Sebelum tu. apa kerja Ivy?” Soal Diaval dengan kening terjungkit. Tertera pada wajahnya yang Diaval sebenarnya risau.

Belum sempat Hansel ingin bersuara, satu jeritan nyaring kedengaran datang dari koridor istana.

“WRITING A LETTER?! THAT’S IT?!”

Jawapan Diaval telah pun terjawab.

>X<

(A/N: I have nothing to say kecuali pergelutan dalam menulis babak Jack dan Hansel tadi. Apapun, See you in the Next Chapter! *Kisses*)


P/s: this takes longer than I expected sebab angah kena baca dari mula... I kinda forgot the whole plot and what I wanted to write... Huhuhu but no worries, lambat laun datang jugak la memori and all that plotsss hahaha! it's slow tapi tak slow sampai berbulan2 tak update. *wink wink* 

10 comments:

  1. still hidup ke tunang dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... thats the question love! Kena tau in the future chapter~ stay tuned! *kisses*

      Delete
  2. hahahhahaha same to me...but i'll repeat mora than u...huhuhu just bcoz im deeply madly crazy with this story...plssss cepatttlaaaa smbung angah.... hehehe
    ~cccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aww... angah teharu dngar *wipe tears* angah akan update as soon as possible! No worries!! *kissessss*

      Delete
  3. Angah, I've been waiting for this story. Bila lah nk habis ni. Tak sabar nk th semua prsoalan trjawab sbenarnya. Byk btul prsoalannya. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah pun tertunggu nak bongkar semua rahsia ni untuk korang but, will my tight schedule and running around going mad... novel ni makan lama nak habis dari apa yang angah jangka. Sorry love and thanks for loving this Series *Hugstightly*

      Delete
  4. I think i now who is his fiancè . Its Ivy right . Dia anggap Ivy tuh tunang die seban tuh die anggap tunang die hidup lagi . And die selalu rapat dengan Ivy satu sebab nak lepaskan rindu dekat tunang die , satu lagi sebab kerja yang si Mary tuh bagi . And Mary tuh Rosmary right ? Taksilap angah ada mention nama die tapi lupa dekat mana atau saya yang tersilap . Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. His Fiancee sama nama dengan Ivy *wink wink* and yes, sebab tu dia dekat dengan Ivy.

      And pasal Rosmary tu is kind of spices Ivy cakap in chapter early chapter F.A.T.E: bab 5. Hahahahaha

      But good guess! lets see apa kita akan bongkar in the new chapter pulak *wink wink*

      Delete
  5. Angah~~ when will you update the next story? Tak sabar nak tunggu endingnya. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Today akan ada update! around noon~~~ wait naaaaa, angah tengah edit sikit before post the next chapter! meanwhile, sila refresh minda awok dengan chapter 14. *wink wink* angah pun tasyaballl niiii huhuhuhuhu

      Delete