Nineteenth L.O.V.E

The manice little devil
Sour mood…

dua perkataan yang menerangkan perasaan Ivy sepanjang dua hari ini. kenapa? dah tentu sebab surat-surat cinta yang Ivy dapat dari ‘peminat’nya. Apa lagi? selama dua hari ini moodnya sangat teruk kerana menghadapi peminatnya yang sering bagi hadiah kepadanya tak kira bila dan di mana. Di biliknya, di locker, di cafeteria, selepas kelas, didalam kelas dan lebih teruk di depan Prof. Sugar Plum. Ivy nak je tolak bulat-bulat hadiah tersebut tapi dia terpaksa terima dengan hati yang terpaksa.

Its for her magic…

Stupid magic source of Widdy-waddy! Desis hati Ivy menyumpah serana nasibnya yang kena menjadi baik dan tidak boleh menyakiti sesiapa untuk mencapai matlamatnya menjadi the Great Wizardry.

Hurry up dan jadi kuat! Supaya aku boleh hapuskan senyuman meluat mereka semua ni! Marah hati Ivy memandang kearah kayu saktinya di dalam tangan sambil dia berjalan dengan laju menuju ke Academy.

Bukan kerana pandangan adoration pelajar terhadapnya sahaja yang menjengkelkan tapi Diaval jugak. Burung gagak tak guna tu tak habis-habis mempermainan Ivy sepanjang dua hari ini tentang Ivy menjadi ‘Goody-two-shoes Princess’. Ivy sumpah Diaval menjadi kerengga sepanjang malam dan letakkan dia di dalam balang, di bawah lampu belajarnya. Bagi dia pengajaran sikit jangan ingat Ivy menjadi baik, perangainya juga menjadi lembut.

Not a chance. Aku mati hidup balik pun takkan jadi baik seperti orang Enchanted desis hatinya dengan baju yang sentiasa membara dua tiga hari ini. Yang baiknya Ivy mempunyai Sour Mood ialah pelajar lain mula jauhkan diri mereka dari Ivy kerana takutkan api membara Ivy, ia akan marak tanpa sebab atau sesiapa tersenyum kepadanya memberi amaran kepada mereka untuk jauhkan diri dari perempuan berang itu.

Tapi, itu tak cukup untuk menghapuskan peminatnya. Mereka fikir kemarahan Ivy sangat Cool.

Cool my ass… aku boleh bakar satu academy ni hidup-hidup kalau aku nak desis hatinya lagi melontarkan jelingan mautnya kearah pelajar yang ingin menyapanya. Membuat pelajar tidak bersalah itu pucat, menggigil satu badan melihat jelingan menyeramkan itu.

Umpama seekor raksasa yang baru keluar dari underworld.

Sebaik sahaja Ivy tiba di Lockernya, dia sekali lagi meletup, api kemarahannya sekali lagi membakar laluan Block B yang baru sahaja di bersihkan oleh Staff academy semalam. Membakar dan meninggalkan kesan hitam yang sememangnya susah untuk dihapuskan.

Lebih banyak surat peminat di dalam lockernya… WHY???????

“Nampaknya plan kau merengus sepanjang dua hari ni gagal. Dorang ingat kau PMS je.”

Ivy menjeling kearah lelaki yang juga menjengkelkan di belakangnya, dia tersenyum nakal kearah Ivy membuat Ahli sihir muda ini ingin menumbuk senyuman menawan itu.

“Aku tiada masa untuk usikan kau George..” katanya masih memandang longgokan sampul surat yang bersepah di dalam lockernya. “Piss off.”

“Putera George.” Louis memperbetulkan sambil tertawa. “Just burn them like always.”

“Dan ia akan kembali. Like always.” Katanya lagi menjeling kearah Louis sebelum mengeluarkan kayu saktinya, menghayunkan kayu tersebut dengan bacaan mantera untuk menghapuskan segala hadiah-hadiah dan sekali wangian yang melekat pada lockernya, tapi satu tinggal. Sebuah kad berwarna putih dengan corak hitam tengkorak tercetak di atasnya terbang dari api mantera Ivy dan mendarat dalam tangan ahli sihir itu dengan selamat.

“Kad ni telah di charm.” Bisik Ivy memandang kad kosong itu. Dia meniup secara perlahan atas kad tersebut dengan sedikit nafas magic untuk membatalkan rahsia tulisan yang tertulis di atas kad kecil tersebut. “Ah-hah.” sahutnya dengan senyuman nakal.

“Macam mana kau tahu itu dihalimunankan?” Soal Louis, tidak sedap hati melihat kad tersebut. Bukan tidak sedap hati cemburu, tidak sedap hati sesuatu akan berlaku.

“Bukan kau membesar dengan the Great Wizard merlin ke? takkan ahli sihir kat sini tak tahu tentang charm ringkas ni?” Soalnya memandang Louis.

Putera raja itu menggeleng. “Setahu aku tak pernah, Merlin tak pernah beritahu aku.”

Ivy mengangguk faham. “Meh… kami di kalangan ahli sihir di Vicious selalu hantar kad rahsia macam ni.” Katanya, agak teruja menerima kad seperti itu. Dia tak tahu orang Enchanted tak boleh buat macam ni, jadi hanya orang Vicious sahaja? Tapi… takkan ada orang Vicious lain dalam Tanah ni kan?

“It says; Beware you oh mighty one,
What sought in the eyes may not be truth,
The beating heart of the black faire weakens in the moon,
May thy sought lies in cold secret, which never been spoken by any unspoken lies.” 

Ivy merenung keudara dengan wajah risau setelah membaca poem tersebut. Tangannya gatal memegang kad tersebut.

“Ivy, kau okay ke?” Soal Louis memandang Ivy termenung. “Apa maksud Pantun tu?”

“It’s a clue—Damn…” Ivy menolak buku dalam lockernya ketepi dan seperti yang dia agak. “Ia dah hilang…”

“Hah? Apa yang dah hilang?” Soal Louis tidak faham.

Louis segera menutup mulutnya bila dia dengar Ivy berdecit marah, membuat api pada bajunya tepercik. “Crystal fairy yang kau bagi kat aku.” Bisiknya seperlahan yang mungkin hanya untuk lelaki di sebelahnya dengar.

Mata Louis terbeliak bulat. “Kau simpan dalam locker?”

“Hey, it cheers me up. Jangan banyak soal okay!” sahutnya dengan serbuk merah tertabur di pipi pucatnya. “Whipe that smirk of your face.”

Louis tersenyum lebih lebar. “You treasure me….”

“Yeah dan sekarang ia dah hilang!” Sekali lagi Ivy meletup membuat Louis melompat terkejut. “Aku patut letak di dalam bilik… tapi Diaval akan tanya…” katanya memikir, api kemarahannya makin redah. “Hmm…. Aku rasa ada orang nak bagi amaran kat aku..”

“Siapa—” Ayat Louis terhenti bila dia terfikirkan sesuatu. “Kau patut hati-hati.”

Ivy berpaling memandang Louis dengan senyuman nakal. “Worried? Come on, tiada manusia lebih kejam dari aku di tanah Enchanted ni. Kau tak patut risau.”

Itu yang kau fikir Ivy… desis hati Louis. “Mungkin kau betul tapi aku tetap risau.”

“Aww.. how sweet.” Ivy menepuk pipi Louis.

“Eherm…”

Mereka berdua berpaling kearah seorang perempuan berdehem dan Ivy segera turunkan tangannya bila lihat Julliana berdiri bercekak pingang merenung kearah mereka.

“George!” marahnya tapi tetap penuh bersopan santun. “Saya cari kamu merata tempat! Pengetua Merlin ingin berjumpa dengan kamu sekarang juga. There’s something happen lately dan—” Ayatnya terhenti bila dia teringatkan Ahli sihir jahat di sebelah tunangnya.”Lets just go, George.” Julliana terus menarik Louis ke arah Block C meninggalkan Ivy yang kebuntuan.

Something’s fishy…. Desis hati Ivy melihat mereka berdua pergi. Ivy tak tahu tapi dia dapat rasakan sesuatu yang berlaku yang Ivy tak tahu.

Tapi bukan itu Ivy patut risaukan sekarang. Apa yang dia patut risaukan ialah kesan hitam yang tertulis di tapak tangan Ivy setelah dia meniup kad mystery itu.

Sekarang dia melihat tapak tangannya yang dia sembunyikan dari Louis. Yup, this is black magic desis hati Ivy tahu sangat Charm scar massage dari Kad tersebut. Sebuah Charm yang menyembunyikan amaran atas kad dan bila dihilangkan, charm tersebut akan mengukir pada badan si pembatal charm itu, sebagai satu lagi petunjuk. Ia menandakan hanya si pembatal charm sahaja boleh tahu.

Tapak tangan Ivy berdarah kerana dicalar oleh charm tersebut dan ia membentuk sebuah ayat pendek.

Alone. Room 302A. For the truth.

Ivy menggenggam erat penumbuknya membuat luka pada tapak tangannya berdesir, membakar luka tersebut dengan magic Ivy. matanya menyala tanda dia bengang sekarang.

What truth? Kebenaran apa yang Ivy tak tahu? Desis hatinya dan bergerak pergi kearah bilik yang dijanjikan selepas menutup lockernya. Meninggalkan kelas Sejarahnya yang akan bermula beberapa minit lagi.

Sementara itu di bahagian Louis pula, dia telah ditipu oleh Julliana tentang Pengetua Merlin sedang mencarinya dan memarahi tunangnya itu.

“I’m just saving you!” kata Julliana sambil memeluk tubuh. “Saya dah kata Ahli sihir tu merbahaya, cukup korang civil, kenapa nak berkawan pula?”

“Jull, saya berterima kasih kamu risaukan saya tapi saya tahu apa yang saya buat. Please…. Jangan selalu masuk campur atas urusan saya.”

“T-Tapi saya hanya—”

“Ingin melindungi saya. I know.” Louis menghembus nafas panjang dan berikan senyuman facadenya kepada Julliana, taknak Tunangnya itu risau. “Jull… Please…”

Julliana berpaling muka dari tunangnya, sakit hati melihat senyuman palsu itu. “It’s always Jill kan?” Soalnya membuat Louis agak terkejut. “Walaupun kita dah bertunang dan Jill kembali pada Jack, Tuanku tetap tak lupakan perempuan tu.”

Louis hanya diamkan diri. tidak cakap apa-apa dan hanya melihat Julliana mengalirkan air mata.

“Tuanku tak pernah pandang saya langsung… sentiasa… memikirkan perempuan tu..” tangisnya mengingatkan Louis sentiasa termenung keudara dan tidak pernah tumpukan perhatian kepada Jill setiap kali mereka bersama. “Kenapa? kenapa tuanku taknak buka hati kepada saya?”

Louis ingin menyentuh Julliana tapi terbatal, meletakkan semula tangannya di sisi. Dia takkan pernah sentuh perempuan hanya untuk sakitinya. “Jull, kita bertunang disebabkan Keluarga kita. Kamu sendiri cakap dahulu, kamu tidak ingin bersama Putera yang hanya nakkan perempuan liar. Kamu akan cari cara untuk putuskan pertunangan kita. It’s been 2 years…. Kenapa kamu tak putuskannya?”

“Sebab Tuanku layan saya baik sangat!” marahnya sambil menangis. “Tuanku tetap layan saya dengan baik walaupun saya bencikan Tuanku pada masa tu. Saya dah sukakan Tuanku tanpa saya sedari! Saya cuba buat Tuanku lupakan perempuan tu tapi Tuanku tak pernah…. Sekali pun tak… kenapa tuanku tetap layan saya?”

“Sebab itu tugas saya.” jawabnya dengan keluhan. “Saya putera Raja Camelot kena tunjuk baik kepada semua orang. Walaupun mereka membenci saya. Itu yang Raja dan Permaisuri ajar saya dan itu arahan mereka. ‘melayan kamu dengan baik’. Saya hanya mengikut perintah.”

Hanya mengikut perintah… Hati Julliana sakit mendengarnya. “I hate you…” bisiknya menjeling kearah Louis. “I… really hate you.” Dan dengan itu dia berlari keluar dari kelas kosong itu, meninggalkan Louis bersendirian. rasa serba salah kepada Julliana.

Tapi apa dia boleh buat? Dia tak bermaksud untuk sakiti Dia, tidak ingin Julliana jatuh hati kepadanya. Pertunangan mereka hanyalah berdasarkan politik.

Kalau dia boleh beritahu kesemuanya kepada Julliana, dia akan. Tentang Jill, tentang Ivy, tentang semua kelakuannya selama ni.

Sekali lagi dia mengeluh. Tidak cukup dengan masalah Enchanted, dia ada lagi masalah dengan Tunangnya sendiri. What was King Arthur thinking? Louis masih tak habis fikir pasal pertunangan mereka. apa sebabnya mereka bertunang. Pengetua Merlin yang rapat dengan Louis sendiri tak beritahu Louis.

Louis akhirnya berjalan keluar dari kelas tersebut dan kembali ke asrama. Mungkin dia akan sambung kerjanya pada esok pagi kerana dia mula sakit kepala memikirkan masalahnya dengan Julliana.

Dah banyak kali dia dengar Julliana kata ‘I hate you’ kepada Louis tapi akhirnya perempuan tu tetap datang balik dengan ceria, memantau Louis sepanjang masa. Why? Kalau dah benci kenapa datang balik? Kenapa dia tak nak mengalah? Itu akan buat Julliana tambah terluka.

Langkah Louis terhenti di depan pintu yang terdapat nama ‘Puteri Charlotte’ dan mengetuknya. “Cherr?”

Dia mendengar suara kecil Charlotte ‘I’m coming!’ dari dalam bilik dan derapan kaki serta bangku di heret. Louis tersenyum kecil kepada lubang intip pintu itu membuat adiknya menjerit dengan riang sebelum membuka pintu untuk Louis.

“Abang!!” Sahutnya dengan gebira dan memeluk lelaki itu dengan erat.

Louis tertawa dan membalas pelukan adiknya. “Kamu seharian di bilik ni? Kenapa tak pergi ke kelas?” Soalnya sambil Charlotte membawa abangnya masuk bilik dan menutup pintu.

“I took a day off.” Katanya dengan senyuman manis dan Louis terus duduk di atas katil adiknya dan Charlotte duduk di sebelah abangnya bersama Mr.Whiskers di pangkuannya. “Abang tiada kelas?”

Louis menggeleng dengan keluhan.

“Abang ada masalah dengan Jull ke?” Soalnya sambil kepala di sengetkan. “Korang bergaduh lagi ke?”

“You know us… tak pernah sependapat.” Katanya dengan senyuman kecil. “Well not just that, abang juga sibuk dengan—”

“Akak Jill?” Soal Charlotte dengan pipi dikembungkan. Mengingatkan Louis semula dengan hubungan abangnya dengan Jill.

“Abang dah kata jangan sebut nama perempuan tu lagi kan?” Soal Louis memandang adiknya dengan serius. “Ke abang nak gelitik kamu baru kamu faham?” Louis mengangkat kedua tangannya sambil mengoyangkan jari jemarinya.

“No!” sahut Charlotte dengan tawa sambil mengangkat Mr. Whiskers sebagai pertahanan. “Okay, Char takkan sebut pasal kak Jill lagi tapi Abang masih memikirkannya.”

Senyuman Louis terus hilang. “kenapa kamu fikir macam tu?”

“Char tak fikir, Char dengar sendiri dari Puteri Julliana. Dia beritahu Char tentang Abang… betul ke?” soalnya dengan mata besar yang perang itu.

Louis terus mencuit pipi adiknya kerana terlalu comel. “Jangan percaya apa yang kau dengar Char, bukan semua orang kita boleh percaya sekarang ni.”

“Owiee~~~ thawie, pweesh leth gho~” Char cuba tarik tangan abangnya dari pipinya sambil kata. ‘sorry, please let go.”

Louis akhirnya melepaskan kedua pipi adiknya yang dah sememangnya merah kerana dia cubit dan ingin mengusiknya lagi tapi kakinya terlanggar sesuatu membuat dia memandang kebawah. “bunyi apa tu?”

Charlotte yang menggosok pipinya sambil mencebik terus jadi pucat. “Nothing.”

Louis mengecilkan matanya kearah Charlotte. “You are not good at lying Cherr.” Tegurnya dan kembali tunduk untuk melihat apa di bawa katil adiknya.

Charlotte pula menutup telinganya menunggu abangnya meletup dan dalam kiraan;

3…

“Cherr..”

2….

Charlotte melihat abangnya mengangkat barang di bawah katilnya dan memejamkan matanya.

1…

You steal Ivy’s statue!”

“Eeep!” Charlotte segera naik atas katil dan bersembunyi di bawah selimut, takut untuk berdepan dengan kemarahan abangnya yang sememangnya menakutkan.

“Charlotte Elizabeth Diana, You are in big Trouble!” marahnya bangun dan menarik Selimut adiknya dengan mudah. “Kau mencuri! Dari Evil Witch’s locker?!”

Charlotte memeluk bantal sambil sembunyikan wajahnya dari Louis. Dia dapat rasakan abangnya sekarang duduk dihadapannya dan memegang kedua bahunya.

“Charlotte look at me.” Adiknya mendongak untuk melihat wajah serious dan juga risau Louis. “Kenapa kau berani curi barang Ivy?”

“S-sebab dia merbahaya.” Katanya menahan tangisannya. “Dia akan cederakan abang kalau abang dekat dengan dia.”

“Dan curi barang dia boleh bagi amaran kat Ivy untuk jauhi abang?” Louis menggeleng. “Itu buat dia marah. Itu lebih teruk. Kau patut lihat macam mana dia meletup bila tahu barangnya kena curi. It’s scary.”

“S-Sebab tu Char nak abang jauhkan diri dari dia!” bantah Charlotte dengan nada rendah.

“Dia scary tapi tak merbahaya Cherr, tapi terlalu scary. Tapi itu tak bermaksud dia kena jadi musuh. Abang dekat dengan dia untuk buat dia memihak kepada kita. Kalau dia jadi baik dia tidak lagi merbahaya. Masih scary tapi tidak lagi mengancam nyawa. So, abang nak kamu minta maaf kat dia dan berbaik dengan Ivy.”

“No!” Charlotte menggeleng dengan laju. “Char sanggup buat apa sahaja dari berbaik dengan Ivy. Macam mana kalau dia sumpah Char jadi katak? Or jadi batu? Or kecilkan Char saiz mini dan letak dalam ice globe? Goncang Char dalam tu hingga pening??”

“Cherry, kau akan minta maaf dekat Ivy. nak tak nak kau kena jugak. Kalau tak dia akan robohkan satu sekolah ni untuk cari benda ni.” Katanya sambil mengangkat patung fairy itu.

Charlotte mencebik. Masih berdegil. “Apa special sangat dengan patung tu? dari boyfriend dia ke sampai nak robohkan satu Academy?”

Soalan adiknya membuat muka Louis naik merah. “I-Itu—Manalah abang tahu! Yang penting benda ni penting. So, Come On!!” Dia menarik adiknya keluar dari bilik tersebut dengan Charlotte meronta-ronta untuk melepaskan diri dari genggaman abangnya.

Semua orang yang melihat dua beradik ini hanya boleh memandang kerana mereka tahu jika ini berlaku pasti Charlotte buat hal lagi. tiada siapa berani menyoal sehingga mereka diberitahu apa sebabnya.

“Oh dan Char…” Louis baru tersedar sesuatu.

“Apa?” Soal adiknya sedikit hilang nafas kerana meronta.

Louis memutar kepalanya untuk melihat Charlotte. “Macam mana kau dapat kad sihir tu?”

“Kad sihir Apa?”

.


.

Gelap…

Tingkap dan langsir kelas di tutup rapat tidak membenarkan langsung udara baru dan cahaya matahari masuk kedalam kelas tersebut.

Ivy melangkah masuk kedalam bilik tersebut dengan kehadiran yang sangat di kenali. “It’s dark, creepy, heavy….” Ivy bersuara dengan tenang pada setiap langkah dia ambil sambil melihat sekeliling bilik itu. “It’’s almost like….”

“Vicious.”

Terukir senyuman meleret pada hujung bibir Ivy bila dia dengar seseorang berdesir di belakang Ivy. dekat dibelakangnya.

“And you are….?”

Satu figura yang menyandar pada meja kelas itu diamkan diri untuk seketika sebelum bersuara dengan nada terhibur tapi mengerikan. “Kau tahu siapa aku.”

Ivy berputar memandang figura gelap itu. Ivy terpukau melihat mata emas yang tajam milik lelaki itu bersama senyuman sengih yang menayangkan gigi taring yang menawan (Bagi Ivy.)

(Jack - Yes, you guess it. Robert Pattinson)

“Alone?” Soal Ivy juga tersenyum dengan mata bercahaya hijau. melihat wajah lelaki itu dengan jelas di dalam gelap.

Lelaki itu memandang kearah satu-satunya cahaya dari bilik itu, pintu kelas yang terbuka dan cahaya matahari itu memanjang di lantai sampai ke hujung kaki Ivy. hanya beberapa inchi jauh untuk mencecah kaki ahli sihir muda itu.

“Not anymore.” Dia jawab mengangkat pandangannya semula kepada Ivy. “The B*tch betray me and run to Her Ex’s little sister.” Katanya dengan nada keji. “So, aku ambil kesempatan dengan menyelit massage kecil kepada kau.”

Ivy menggenggam tangannya yang luka cuba menghilangkan kesan magic hitam pada tangannya tapi nampaknya Jack terhidu bau terbakar pada tangan Ivy dan sepantas kilat; tidak sempat Ivy ingin menyembunyikan tangannya, Jack telah pun mencapai tangan tersebut.

“tsk.. tsk.. tsk.. Don’t clean my love note away.” Bisiknya sambil mengusap tapak tangan Ivy dengan lembut. Tersenyum melihat luka yang masih ada pada tangan ivy. “Cherish it. or not…. aku pastikan ia kekal luka ni buat selamanya.” Dia menekan ibu jarinya pada tapak tangan Ivy, menulis semula tulisan yang pudar di tangannya dengan api panas membuat Ivy merintih kesakitan.

Ivy menarik tangannya dari genggaman jack dan mengambil selangkah kebelakang. Memegang tangannya yang rasa pedih. “Apa kau nak dari aku?”

“Tak jelas lagi ke?” Soal Jack masih tersenyum. Lebih kepada terhibur melihat muka marah Ivy. “Aku nak kau.

“Aku?” Soal Ivy tidak faham.

Jack berdecit dengan lidahnya. “kau tahu tentang hubungan on off aku dengan Jill kan?” Jack tidak menunggu Ivy membalas; “I finally given up on her and I see someone much more worth it than Jill.” Katanya mengambil selangkah kehadapan.

Ivy membelakangkan dirinya tapi tidak dapat kerana meja pengajar menjadi penghalang. Dia menelan air liur kelat bila dia pandang semula mata emas Jack. Damn…. Ivy tak boleh alihkan pandangannya dari mata tu!

Jack mencapai hujung rambut Ivy dan dekatkannya pada bibirnya. “Be mine and I show you everything you need to know The Great Wizard Merlin.”

“Dah tentu—” Ivy tersentak.

Enchanting spell…..

*BOOM!* Ivy meletup, baju pada bajunya merangkak bak halilintar membakar lantai naik ke siling bilik tersebut. Membakar semua perabot dalam kelas itu disertakan langsir tingkap. Sekali lagi letupan halimunan terjadi memecahkan tingkap kelas dan melontar segala barang berdekatan dengannya berkecai di dinding.

Kecuali Jack. Dia hanya tertolak beberapa meter jauh dari Ivy kerana letupan halimunan itu. Dia agak terkejut tapi teruja pada masa yang sama melihat Ivy berang. Dia depakan tangannya kearah Jack dengan Muka merah tanda dia marah, matanya bercahaya dan tajam seperti mata seekor naga dan juga gigi taringnya tumbuh. Lebih tajam dari sebelumnya. She looks like a monster. A sexy one that is.

BERANI KAU GUNA ENCHANTING SPELL PADA AKU!!!” Jerit Ivy dengan suara berganda. Aura gelap mengelilingi dirinya dan meresap segala benda di sekeliling mereka dengan perlahan. “YOU FILTHY-F*CKING-FERRET! Tiada siapa berani pukau aku and you’ll pay!” Kayu sakti Ivy muncul di tangannya dan mulutnya mula berkumat-kamit, menyebut mantera panjang untuk menghapuskan lelaki dihadapannya ini.

Jack dapat rasakan jantungnya berdegup dengan kencang, paru-parunya berhenti berfungsi dan otot dalam seluruh badannya mula kejang. Seperti ia menjadi batu.

Dia tetap tersenyum walaupun dia rasa nak mati. “K-Kau akan kena buang kalau”—Tarik nafas berat—“kau bunuh aku.”

Dan bibir Ivy berhenti berbisik tapi itu tak bermaksud dia tak lepaskan Jack dari seksaannya. Dia memandang setiap sudut bilik yang dia dah bakar tanpa dia sedari dan menarik sengih. “This is interesting.” Bisiknya pada diri sendiri sebelum memandang Jack yang cuba bertahan dari sumpahan Ivy. Dia menghayun kayu saktinya melepaskan Jack dari sumpahannya dan berdecis. “Such a shame.” Bisiknya dan memetik jari. Memadam semua api kemarahannya yang hampir menjilat kesemua barang dalam kelas itu menjadi habuk juga Black hole yang dia cipta. setengah barang dalam kelas itu telah lenyap kerana black hole tersebut dan setengah lagi yang tinggal pula hangus di jilat api.

Jack pula jatuh berlutut di depan Ivy, terbatuk dan menarik nafas tajam, akhirnya dia dapat menghirup udara semula. kalau Ivy seksa dia seminit lagi dah tentu dia mati.

Ivy bercekak pinggang, sakit hati dengan lelaki yang berani memukaunya sekarang ni. “Alright, Aku datang sini sebab kau boleh guna Black magic. Tell me, Dari mana dan macam mana kau boleh hasilkan black magic? Dan kebenaran apa yang kau cakapkan ni hah?” Soalnya sambil tunjukkan luka bertulis pada tapak tangannya. Luka yang hampir sembuh tapi kembali berdarah kerana Jack membuka lukanya balik.

Jack kembali bangun dan terbatuk kecil sambil mengusap dada, paru-parunya masih rasa sakit dari sumpahan Ivy tadi. “Like every wizard get their magic. Influence tapi magic aku tak sekuat mana pun. Only small tricks.” Katanya menggoyangkan jari-jemarinya mengeluarkan serbuk magic warna merah.

“Tiada kayu sakti?”

“Tiada kayu sakti.” Jack mengangguk.

Ivy memutarkan bola matanya. “Apa kau nak dari aku?”

“Aku dah jawab soalan tu—”

“Dan jawapan dari aku. tidak. Aku tak sangka kau akan guna taktik murahan macam tu dekat aku. Kau santau Jill dengan taktik tu juga ke?” Ivy menggeleng bila melihat senyuman nakal Jack. “Unbelievable. Aku tiada masa nak layan kau. Go straight to the point.”

Jack menarik sengih. Nampaknya dia dah buat black phanter ini marah. “Kau tahu kenapa kau ke sini?” Jack bersuara, terus ke business mereka yang sebenar “Kenapa Merlin tiba-tiba inginkan villain muda terjahat di Vicious untuk bersekolah di academy ni?”

“mereka tahu aku satu ancaman dan disebabkan orang Enchanted tidak boleh membunuh tanpa Villain bertindak dahulu, mereka cuba bawa aku ke arah yang benar sebelum aku betul-betul menjadi kuat dan hapuskan mereka.”

Jack menepuk tangan dengan perlahan, memuji kepekaan Ivy. “Quiet impressive, tapi banyak lagi kau tak tahu tentang mereka.”

Ivy menjungkit kening. “Like what? Mereka mengambil kesempatan atas magical core ku yang makin lemah dengan menawar magic baik? Aku menerima tawaran tersebut dan mereka buat purification keatasku kerana kononnya ia berkaitan dengan penukaran arah sumber magic?” Ivy menarik sengih. “Aku tahu purification tu tiada kena mengena dengan penukaran sumber magic. Ia untuk membersihkan otak aku supaya aku tak gunakan magic aku nanti kearah kejahatan.”

“Aku tahu semua tu. tak payah nak ungkit benda ni kat aku.” Ivy kembali marah mengingatkan upacara menjijikkan itu. Bajunya kembali membara. “Disebabkan aku guna good magic aku kena buat good deed dan mereka berharap secara tidak sengaja aku akan jadi baik dan mereka Berjaya buat aku menjadi ‘orang enchanted’ 100%. Well, tough luck. Aku takkan jadi orang Enchanted.” Katanya sambil mengetap gigi.

“Macam mana dengan Gretel menjadi ahli The Believer?” Soalnya membuat mata Ivy membesar. Terkejut. Ini buat senyuman Jack makin lebar. “The Wizard Merlin merancang untuk gunakan kau untuk kalahkan orang kau sendiri?” dia mengambil langkah mendekati Ivy. “Macam mana dengan apa yang hantu Enchanted katakan? Yang kau sekarang berada di dalam tangan mereka dan bukannya kau yang menguasai mereka sekarang ni? Kau tahu ke macam mana nak musnahkan tembok tu? It’s not that easy.” Jack sekarang hanya beberapa inci jauh dari ivy, tunduk melihat perempuan yang sekepala rendah darinya. “Kau tak tahu langsung apa yang mereka rancangkan di belakang kau sekarang ni.” Bisiknya terhibur melihat riaksi Ivy sekarang. Dia beranikan diri mengusap pipi Ivy dengan lembut. Sekali lagi, senyumannya membesar. Ivy kelihatan terpanah sekarang ni sehingga tidak boleh menolak Jack lagi. “Mereka mungkin sedang merancangkan sesuatu sekarang.”

Ivy mendongak memandang Jack. “How can I believe a guy like you?”

“Dan kau percayakan orang yang kau gelar ‘kawan’ kau tu? Kau lebih percayakan ‘orang Enchanted’?” soalnya membelakangkan diri dari Ivy dengan senyuman nakal. “Wow, nampaknya mereka dah Berjaya mengubah tanggapan kau terhadap mereka or…..” Jack sengetkan kepalanya. “Itu kesan dari upacara penyucian diri kau tu?´Now whom the shame one?

Ivy mengangkat kayu saktinya semula arahkannya pada leher Jack, kembali rasa marah. Ayat Jack hanya membuat darah Ivy menggelegak lebih tinggi dari sebelumnya sehingga pernafasnya menjadi pendek, berat; cuba menenangkan rasa marahnya dan kayu saktinya digenggam dengan erat. Terlalu erat hingga tangannya menggeletar.

“Kau tahu kau akan dibuang Academy kalau kau cederakan orang Enchanted kan?” Soal Jack mengangkat kedua tangannya tapi tidak gentar dengan ancaman Ivy.

“You are no Enchanted.”

“Bagi mereka aku masih lagi Enchanted. Cuma…. A little rebel.” Jack menolak kayu sakti Ivy ketepi dengan perlahan. “Kau tiada kuasa di sini witch. Kau dalam genggaman The Great Wizard Merlin sekarang.”

Jack ketawa berdekah-dekah melihat Ivy yang berang tapi tidak dapat buat apa-apa kepada Jack. Setelah dia puas ketawa, dia menarik nafas puas dan kembali tersenyum kepada Ivy. “Tapi aku boleh.”

Dengan sepantas kilat, Jack menolak Ivy membelakangkan dinding kelas yang separuh hangus sambil mencengkam leher Ivy. “Kalau aku bunuh kau, semua rancangan Merlin gagal dan Enchanted akan musnah dengan mudah.” Bisiknya terlalu dekat pada telinga Ivy.

Ivy yang bergelut melepaskan dri dari genggaman Jack, menjeling kearah lelaki itu. “Rancangan Merlin akan musnah disebabkan aku. Termasuk dengan Enchanted sekali.”

Jack tertawa besar. “Hah! Keep dreaming witch. Kau bukan kejahatan mutlak disini. Kau bukan Villain di Enchanted ni. Bukan, kalau kau macam ni.” Jack maksudkan pemakaian Ivy sekarang. “Such a naïve litte Devil. Kau ingat huru-hara yang terjadi di dalam bayangan Enchanted terjadi di sebabkan kau? Betapa kolotnya pemikiranmu Ivy. Open that eyes and look around you. Tanya pada diri kau sendiri. Kenapa mereka ingin menolong orang keji seperti kau? Kalau kerana mereka baik… how about me? Kau sendiri kata aku bukan Enchanted. Kau juga bukan Enchanted, kenapa mereka nak tolong orang yang sememangnya kejam dan bukan orangnya sendiri?” Jack mengetuk dahinya sendiri. “Think Ivy. They know both of us evil. Tapi kenapa hanya kau mereka dekati? Dan kenapa kau yang diubah? Think. Ivy Think. You a smart witch. Aku tahu kau boleh fikirkan teka teki ni.”

Jack melepaskan Ivy dengan kasar dengan senyuman puas terpapar di wajahnya. Ivy kelihatan keliru sekarang ni. Sepertinya dia ingin menghempas segala barang di sekelilingnya tapi tidak boleh kerana reputasinya di academy ini.

Dia telah dikawal…. Ivy the Devil, ahli sihir terkejam, anak kepada The Almighty evil sorcerers Maleficent telah dikawal tanpa dia sedari.

Ivy menyentuh lehernya, mula rasa sesak nafas. Bukan sebab Jack mencekiknya tadi tapi kerana dia baru ketahui dia tidak dapat melawan sesiapa dengan keadaannya sekarang. Walaupun dia kuat. Kuat pada magicnya, Ivy tetap lemah. Dia tidak dapat guna magicnya kerana dia berada di bawah Merlin. The Great Wizard Merlin adalah penyelamat dan juga pembunuh Ivy. menyelamatkan Ivy dari kehilangan magical corenya dan juga boleh membunuh harapan Ivy jika dia buat hal.

Ivy mendongak untuk memandang Jack tapi lelaki itu telah hilang dari kelas itu. Hanya meninggalkan tulisan hitam di dinding kelas itu. ‘Just wait for me. Aku akan kembalikan kuasa kau di Academy ni.’

Dia akan tolong aku? Desis hati Ivy lega tapi juga risau pada masa yang sama. Apa dia akan buat?

Ivy menggeleng. Bukan itu yang patut dia risaukan sekarang. Apa yang dia patut risaukan ialah apa yang jack katakan tentang The Great Wizard merlin, tentang Gretel, kejahatan Mutlak dan Ramalan?

Ivy memandang kayu saktinya dalam tangan, memikirkan tentang kegunaan magic tersebut kalau bukan untuk melawan musuhnya; seperti Jack. Dia mengeluh panjang dan menghayunkan kayu saktinya untuk bersihkan satu kelas itu semula. memperbaharui meja dan kerusi dalam kelas itu, langsir dan dinding juga. Memandam tulisan hitam besar pada dinding belakang kelas itu.

“Ia hanya boleh buat macam ni.” Bisiknya melihat kelas kosong itu kelihatan seperti mana sebelum Ivy menghancurkannya.

Setelah itu, dia bergerak keluar dari kelas tersebut dan menuju ke lockernya. Sambil memikirkan tentang Gretel.

Ya. Adik Hansel itu.

Apa sebenarnya The Believer? Kenapa Gretel termasuk sekali? Ivy tak menyangka yang Gretel ada niat tersendiri dibelakang Ivy. macam mana dengan kawan-kawannya yang lain? Hanna? Gweneth? Apple Red? Adakah mereka tergolong dengan ‘the Believer’ juga?

Aku dah tak boleh pandang rendah terhadap mereka sekarang ni… Mereka mungkin tak selurus mana yang aku fikirkan.

Monolog Ivy tergantung dalam mindanya bila dia perasan dua adik beradik kerabat di raja berada di depan lockernya. Susah untuk Ivy tidak perasan kehadiran dua beradik itu kerana semua pelajar juga memerhatikan mereka. memuji dan mengidolakan dua kerabat diraja Camelot ini.

Ivy terus lajukan langkahnya, mendekati mereka. “Apa korang buat kat sini?” Soal Ivy melihat Louis menyandar di tepi lockernya sambil menggenggam erat lengan adiknya. “Asal adik kau kat sini jugak?”

Charlotte berdecis. “Hormat kami, you peasant!”

“Char!” Bisik Louis memberi amaran membuat Charlotte tertunduk. “Rule number 1; mereka hormat kita kalau kita menghormati mereka juga.”

“Tapi dia tak hormat abang langsung.” Bisiknya dengan mata berair, memandang abangnya. “Dia tak sebut ‘tuanku’ atau bercakap dengan nada rendah kepada abang.”

“Sebab aku tak tunduk kat siapa-siapa.” Ivy menyampuk, tundukkan diri supaya separas dengan budak 12 tahun itu. “Listen kid, it’s a miracle aku dan abang kau ‘berbaik’. Kau patut berterima kasih aku dah cancel untuk bunuh abang kau time dia tidur.”

“Oi. Kau serious ke nak bunuh aku?” Soal Louis rasa sakit hati pulak dengar ayat Ivy.

“Oh shush… kau tak nampak ke aku sedang berbincang dengan adik kau ni?” Ivy mengendahkan Louis dan teruskan ‘perbincangan’ mereka. “So, kalau kau taknak kau jadi target aku…. Apa kata kau tunduk—ow!”

Louis meluku kepala Ivy menyuruh dia diam. “Berbincang my ass. Kau mengancam adik aku lah bahlul.”

B-Bahlul?” Ivy kembali berdiri tegak dan menyucuk bahu Louis. “Kau yang bahlul, badigul! Kau ketuk kepala aku! Kau tahu tak kau dah bunuh 5000 sel otak dalam kepala aku? That’s like 100 spells for me to remember!”

“Good! Kalau kau lupa kau tak perlu nak sumpah aku atau adik aku! We won’t be your target anymore!”

“Why you—” Ivy terus mencengkam collar baju Louis. “You’ve got some nerve for a bratzy Prince.”

Louis mencenggam lengan baju Ivy dengan erat. “Who you called—

Charlotte yang melihat abangnya dan Ivy bergaduh mula rasa risau. cuak. takut melihat baju Ivy membara hampir membakar abangnya sekali. Sehinggalah Ivy mengangkat penumbuknya kebelakang kepala. “I’m Sorry!!”

Jeritan Charlotte menarik perhatian dua ‘ex-musuh’ ini dan melihat Charlotte yang menahan dirinya dari menangis tapi air matanya dah mula jatuh ke pipi.

“Ch—Charlotte minta maaf. So, please stop bully Abang Charlotte~~~~~” Dia terus menangis teresak-esak, menarik perhatian semua orang di sekeliling mereka. “C-Char yang ambil patung Kristal Ivy—Se—sebab Char takut a—Abang dalam merbahaya sebab dekat dengan Ivy….” tangisnya dan berikan patung Kristal yang dia sembunyikan di belakangnya dari tadi. “Jangan buli abang Charlotte lagi~”

Ivy mengeluh dan lepaskan Louis—begitu juga Louis lepaskan Ivy. “Okay, aku maafkan kau.” Ivy bersuara membuat Charlotte mendongak memandangnya. “lagipun, bukan aku yang buli abang kau tapi…” Ivy menjeling kearah lelaki di sebelahnya yang buat muka innocent sambil bersiul. “You brother makes my life a living hell.”

Louis menarik sengih. “It’s amuse to see you angry—Ow!!” Ivy memijak kaki Louis membuat dia melompat kesakitan.

Ivy kembali memandang Charlotte yang kelihatan buntu sekarang ni dengan senyuman manis. “Apa kata kau melekat dengan abang kau dan elakkan dia kacau aku. How’s that? Abang kau takkan dalam bahaya lagi dan aku takkan ‘buli’ abang kau lagi. Plus, I rather pick Hell in the after life than hell in this life.”

Ivy mengambil patung kristalnya dari tangan Charlotte dan bergerak pergi. Dia sempat menolak Louis membuat dia membelakangkan locker sebelum dia pergi ke Block C di mana Bilik Pengajar berada.

Dua beradik diraja ini hanya melihat ahli sihir muda itu bergerak pergi bersama patung Kristal tersebut di dalam tangannya.

Louis tersenyum kecil. Entah macam mana Ivy yang naturally evil boleh bertahan untuk tidak menyumpah adiknya kerana mengambil patung tersebut. Dia tetap sama tapi berubah pada masa yang sama… Dia mengeluh kecil. Tolong jangan berubah terlalu cepat.

Louis rasa seseorang memegang tangannya dan tunduk kebawah. “Cherr?”

“Abang… dia baik ke?” soalnya melihat Ivy yang hilang didalam selautan pelajar yang lalu lalang di laluan tersebut.

“Dia dalam proses.”

“Sebab tu ke abang buli dia?” Soalnya kali ni memandang Louis. “Untuk menguji dia?”

Louis menahan dirinya dari kertawa dan mengangguk. “Plus, it’s fun. Kau kena try Cherr, really fun.”

Dan keesokan harinya, Hidup Ivy makin teruk kerana bukan sahaja Louis yang mengacau dia tapi Charlotte juga masuk campur dengan sentiasa datang ke library mengacau ahli sihir muda itu berkerja. Both siblings make her life a living hell.

.


.

“Louis... Adik kau tu menyakitkan hati, tell her to stop coming to the library everyday.”

“Yeah right. kau sebenarnya sukakan charlotte kan?”

“Aku mati hidup balik takkan suka adik kau!”

“Aku tahu kau sukakan dia.”

Arrrggghhh!!

>X<

(A/N: Welp..... setelah mendapat migraine dan ulser merata kat mulut.... angah dah mula sakit hati dengan plot crita ni. sebab crita ni angah dapat banyak ulser dalam mulut. hahahahaha tabiat suspen gigit dalam mulut --_-- I know what a loser. huhuhuhuhu anyway! yes, Its EDWARD CULLEN. even though I don't like twilight that much ....... But kemunculan Jack akan mengubah hidup Ivy! why? how? tunggu chapter seterusnya. mwahahahahahahahaha)

12 comments:

  1. Angah. Tenkiu. ^_~. Semoga cepat sembuh. Dalam banyak2 cita angah..yang ni paling susah nak teka. Banyak sungguh misterinya. ^_^. -epi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey epi! Yupp... Dlam bnyak2 citer ni y susah nak karang.... Sebab kena bongkar satu2 teka teki while writing the actual plot... HAHAHAHA moga x migraine nanti huhu

      Delete
  2. ohh nampaknya pejahat(Penulis miss in action) sudah di tangkap...nasib dimaaf sebab en3 yg best sangat (patutlah lama menyepi)...tq.Nak lu n Ivy lebih banyak yg lain kurang x pa...hehehhe.Update lah cepat2...x baik siksa kitaorang suma tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhuhu.... Bukan tu je sebab lama menyepi buuuuuuut no worries, angah akan rajinkan diri utk update secepat y mungkin!! Harap je fokus tak lari ke tempat lain lagi (ง ˙ω˙)ว

      Delete
  3. Kembar malifiecientFebruary 05, 2016 1:51 pm

    Hahaha..ada pon next chapter..just nk komen.. poor jull..jack..i just know it... robert pattinson..charrlotte...hmmm..the annoyed one..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss budak kecil sememangnya annoyed!! Hahahaha but everyone still loves her thou.... And tentang jull... Hmmmm angah x leh komen bnyak takut spoil huhuhu

      Delete
  4. hihihi thanks angah...dh repeat bnyk kali dh bc...tpi xsmpat nk komen...nakkk jugak leave a comment rite.. angah...so many characters dlm novel ni.... but still tertanya2 ada x watak... MORGANA....the haters.
    ahli sihir yg jhat lagi kejam...heheh the great wizard merlin...king arthur...gwen. so many... huhuuu bnyk pulak komen eik.... keep it up angah....tetap gila dgn ivy n louis...but... ahhhhh kenapa jack mest hero twilight....oh noooo..im gonna b crazy..... sob sob sob.....so many handsome heroes la angah... meroyan mak jemah xtahan tngok laki ensemmmm..... aigooooo
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh god i know~~~~ so many hensem meh, meleleh darah kat hidung hahahahaha *lap cepat2* and disebabkan angah xnak spoil apa2 pasal citer ni... Biarlah Morgana menjadi character mystery buat sementara ini (・ิω・ิ) wait for the future chapter hehehehe

      Delete
    2. wahhhhh ....hahhahaa stil ada watak kejahatan tu eik...even jhat but stil beautiful..n not to 4get.... handsomeeeeeeeee..heheh aah....bekotak dh habis tisu ni angah...meleleh2... hahaha crazy...zrrrrrrrrr zrrrrrr
      ~ccc(,)(,)...

      Delete
    3. kena sedia sedozen tisu ni kalau macam ni sebab lagi banyak surprise watak hensem and sweet moment Ivy and Louis in near future ni... Hahahahahaha *Dah lari pegi Tesco*

      Delete
  5. Angah . Nak entry pasai Ivy and Louis . rindu nak tengok dorg berdua j . sweet sgt .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.... Angah cuba puaskan nafsu seraka korang tentang Ivy and Louis dengan selitkan sweet moment antara mereka dalam cerita ni sebanyak yang mungkin. Don't Worry! Angah pun dah ter'addicted dengan dua troublesome couple ni! kalau boleh dorang-dorang je dalam setiap chapter (>A<) tapi plot kena berjalan jugak sooooo... Whuhuhuhuuu (T-T) kena bersabar sikittt.. hehehehe

      Delete