Eighteenth F.A.T.E

Crushed

Hari pertama; Ezra ingatkan segumpal baju kotor dibawah selimut Ivy. Rasa jijik dengan roommatenya kerana pengotor tapi dia abaikan.

.  .  .

Hari kedua; Bukan baju kotor kerana baju kotor tidak bergerak. Fikir Ezra dan mengetahui roommatenya sebenarnya berada di sebalik selimut itu. Jadi Ivy skip kelas semalam… Sekali lagi Ezra mengabainya. Agak pelik Ivy skip kelas tapi dia tetap abaikannya kerana tahu Ivy tu jenis pemalas.

.  .  .

Hari ketiga; Ezra dah dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Roommatenya satu tu. Diaval mula meronta setiap pagi cuba bangunkan Ivy tapi ahli sihir itu tidak bangun. Ezra tidak masuk campur sehingga dia dengar pada tengah malam, tangisan kecil dari dari kati lagi satu. Okay. Ezra mula risau.

.  .  .

Hari keempat; Home sick. Dah tentu Ivy Homesick! Kenapa lagi ahli sihir bongkak ini menangis kalau tak dia rindukan ibunya? Kelemahan Ivy hanyalah ibunya. Memandangkan dia dah kena buang dari tanah kelahirannya, tentu dia akan rasa homesick satu hari nanti dan masa itu adalah sekarang. Adakah Ezra menegurnya? No. Heavens no. Ezra masih menyayangi nyawanya kerana Ezra lihat Diaval tegur Ivy dan ahli sihir itu hampir panggang haiwan perliharaannya hidup-hidup. Jadi, Ezra biarkan dia sehingga dia tenangkan diri dan tolong Ivy menjaga burungnya. Bawa dia keluar dan makan di Cafeteria—kesian burung tu tiga hari tak makan—dan tanya jika burung itu tahu kenapa Ivy seperti itu—dan Diaval mengangkat bahu juga tidak tahu.

.  .  .

Hari kelima; The Gingerman mula risaukan ‘anak angkat’ mereka. Dua beradik itu datang mendekati Ezra tanya pelbagai soalan tentang Ivy. ‘adakah Ezra nampak Ivy’, ‘adakah Ivy okay?’, ‘PMS ke dia?’, ‘Dia dapat hukuman baru lagi  dari Pengetua ke?’, ‘Ivy menghilang kemana selama 5 hari ini?’ Ezra malas nak jadi penyampai berita kepada dua beradik menyakitkan hati itu—mereka serbu Ezra sebab Diaval bersamanya dua tiga hari ini—Ezra membawa dua beradik itu ke bilik mereka. Tunjukkan ahli sihir tidak berhati perut menjadi kepompong hodoh diatas katilnya.

Gretel ingin gertak ahli sihir itu, nak tarik selimut Ivy dan tengking perempuan itu kerana buat mereka semua risau tapi Hansel menghalangnya. Gretel nak marah Hansel pula kerana halang dia tapi Hansel yang lebih mengenali Ivy memberi amaran kepada adiknya.

“Ivy? Babe, apa dah jadi dengan kau ni?” Soal Hansel dengan perlahan, tidak berani dekatkan diri dengan Ivy—Atas sebab-sebab mengikut pengalaman Hansel hidup bersama Ivy selama 10 tahun.

“F*ck off.”

Jawapan pendek? Check. Mencarut? Check. Nada dingin? Check. Seperti orang baru menangis? Check. Ingin bersendirian? Double check. Unusual behaviour? Check. Homesick? Definitely Not.

Sesuatu yang tak kena dengan Ivy desis hati hansel mula rasa risau dengan bestfriendnya satu ni. Hansel beritahu Ezra dan Gretel untuk biarkan Ivy berseorangan untuk ni malam. Hansel meminta Ezra bermalam di bilik sepupunya kalau boleh, bawa Diava sekali. Dia sempat beritahu dua wanita itu untuk tidak beritahu sesiapa tentang keadaan Ivy. Kata Ahli sihir itu kena campak dan perlu ambil cuti sehingga dia baik dan Ezra tidak ingin berjangkit dengan campak Ivy.

Ini buat Ezra, Gretel dan Diaval risau. Apa dah jadi dengan Ivy? Hansel juga tidak tahu tapi ini sahaja cara untuk dapatkan jawapan dari ahli sihir itu. tunggu dia tenangkan diri. Mungkin makan masa yang lama kali ini tapi mereka kena bersabar. Hansel akan urus surat sakit Ivy di bilik rawatan.

Diaval ingin bersama dengan Hansel pada malam itu tapi Hansel tidak bersetuju. Dia suruh Diaval bersama Gretel atau Ezra. Ini buat Diaval tidak puas hati. Hanya Hansel sahaja dapat tahu kemungkinan Ivy seperti itu tapi Hansel tidak ingin berkongsi dengan Diaval seperti selalu. Ini buat Diaval tambah risau.

Apa dah jadi dengan anak jagaannya itu?

.  .  .

Hari keenam: semua rakan mereka dengar berita tentang Ivy terkena campak, termasuk Putera George dan Puteri Charlotte. Mereka semua tanya pelbagai soalan pada Ezra dan Hansel. Tanya bagaimana keadaan Ivy sekarang, berada lama dia kena campak? Adakah dia makan dan minum air secukupnya? Bagaimana pula dengan pelajarannya? Hansel dan Ezra menjawab dengan tenang, seperti Ivy kena campak adalah satu penipuan yang jujur. Putera George juga tanya Hansel secara private jika Ivy betul-betul kena campak ke tidak. Hansel terpaksa menipu. Ini untuk kebaikan Ivy dan Putera itu juga—Sedikit untuk puaskan hati Hansel. Tapi selebihnya untuk tidak buat Putera itu risau dan mengganggu tugasnya sebagai putera raja Camelot dan bakal pemerintah Enchanted.

Rakan-rakannya hantar hadiah ke depan bilik Ivy, buah tangan, bunga, kad ucapan semoga cepat sembuh. Berita ivy kena campak tersebar satu sekolah dan peminat Ivy juga memberi hadiah kepada Ivy didepan pintu ahli sihir itu.

Ezra dan Hansel pula bertanggungjawab atas kelas dan kerja Ivy di perpustakaan. Gretel, Gweneth menolong Ivy mengumpul nota pada setiap mata pelajaran sementara Hana dan Apple Red menolong Ivy dengan kerjanya di Perpustakaan. Ezra dan Hansel pula urus makanan Ivy, menghantar makanan 3 kali sehari secara bergilir-gilir kepada Ivy, meletak didepan pintunya tapi Ivy tidak pernah menyentuh makanannya walau sekali pun.

Mereka semua mula risaukan ketidakhadiran Ahli sihir sinister dan sarkastik itu tiada didalam hari-hari mereka. Ia mula rasa suram. Bukan pada rakannya sahaja pada seluruh pelajar Gracious Academy. Letupan dan jeritan Ivy telah menjadi rutin harian kepada mereka semua, berita tentang kehebatan dan perangai Ivy sentiasa sampai ke telinga pelajar lain tidak lagi berlegar di udara. Mereka mula rindukan ahli sihir jahat itu. rindukan karenah dan keseronokan yang dia bawa ke koridor academy itu.

.  .  .

Hari ketujuh: Louis akhirnya dapat melawat Ivy. Tapi sebaik sahaja dia mengetuk pintu itu, tanya khabar Ivy. Satu letupan void berlaku disebalik pintu itu membuat Louis melompat kebelakang dan melihat semua hadiah didepan pintu Ivy menjadi habuk. Louis tahu sesuatu tak kena dengan Ivy, teringatkan air mata Ivy pada hari terakhir Louis jumpa Ivy meyakinkan bukan Campak yang membuatkan Ivy berkurung didalam bilik itu. Dia berjumpa dengan Hansel. Bergaduh. Hampir bunuh satu sama lain. Akhirnya Hansel mengaku dan kata; “Aku juga tak tahu. Dia macam tu secara tiba-tiba.”. Louis beritahu tentang hari terakhir dia lihat Ivy seminggu lalu. Hansel dan Louis pasti ada sesautu berlaku pada ahli sihir mereka itu. Dan menyelidik pada hari terakhir mereka lihat Ivy, seminggu lalu… mereka konklusikan ia ada kaitan dengan Jack.

“Hah! That intention whore? Tentu plot untuk dapatkan tumpuan lebih—” Ayat Jack tersangkut di kerongkongnya bila Louis arahkan pedang ke leher lelaki itu. “Now… now, korang taknak cederakan instructor korang sendiri kan? Especially you Hans, kau nak kena buang academy ke?” Soal Jack dengan senyuman sinis walaupun lehernya dalam bahaya.

Hansel berdecis. “I don’t give a f*ck about that, beritahu aku apa kau dah buat kat Ivy!”

Jack cuba menelan air liur tanpa halkumnya terbelah dua oleh pedang Louis. “Semuanya salah aku huh? Blame the oldest… selalunya salahkan yang paling muda. Tapi kali ini lain cerita.” Dia ketawa pada lawaknya sendiri. “Or, korang boleh fikir punca lain dia merajuk sampai berperap dalam biliknya.”

“seperti apa?” Soal Louis sambil menjungkit kening, pedang tidak lari dari leher Jack. “Seperti apa?!”

Jack jungkit kan kakinya, cuba menyelamatkan lehernya dari pedang tajam itu walaupun belakangnya dah bertemu dengan pokok. “Heh—mungkin salah korang berdua. Korang paling banyak rahsia dari dia. Aku hanya nak claim reward didalam seluar—” Jack membelakangkan lehernya dari pedang Louis, telah meninggalkan garisan darah yang halus di hujung lehernya. “hey-Hey, like I said, bukan aku je yang salah. Korang juga. Turunkan pedang tu kalau kau nak dengar kemungkinan aku.” Arahnya dan Louis memandang kearah Hansel.

Hansel mengangguk.

Jack menghembus nafas panjang bila lehernya tidak lagi dalam bahaya. “baiklah kemungkinan. Hansel; Kau ada simpan sebarang rahsia kat Ivy ke?” Soal Jack dengan nada tidak bersalah. “kalau ada rahsia besar yang kau taknak Ivy tahu… mungkin Ivy dah dapat tahu tentang rahsia kau tu?—no? okay…” Jack kata bila lihat Hansel hanya diamkan diri, melihat tanah lebih menarik dari wajah Jack. Lelaki lebih tua ini memandang kearah Putera George pula. “You Your highness, kemungkinan ni agak tinggi. Ivy akhirnya sedar yang hubungan korang adalah mustahil dan menyesal luangkan masanya, spread her legs for you—Atau….” Jack segera menyambung bila Louis dah naikkan pedangnya sedia untuk pancung Jack. “Or Tuanku sememangnya dah sentuh Ivy and… she’s pregnant.”

Kemungkinan itu membuat Hansel memandang kearah Putera Camelot itu. “Did you?” ekspresi Viciousnya muncul seperti raja gargoyle ingin membunuh mangsanya.

“I would never—” Louis ingin belasah Jack tapi lelaki itu dah lenyap dari penglihatan mereka. Louis naik berang. “He made that up!!”

“Uh-huh, ye lah tu. Macam aku tengok korang tidur berdua di atas sofa rumah aku. He made that up too.” Kata hansel tidak percayakan Louis langsung. Menolak bahu putera itu dengan kasar dan bergerak pergi, meninggalkan putera raja itu naik marah dan melepaskan geramnya pada pokok bekas Jack sandar.

Dua lelaki ini kembali bermusuh; tambah teruk dari sebelumnya.

.  .  .

Hari kelapan: Hari berjalan seperti biasa, bangun pagi, bawa sarapan pada Ivy dan mengambil makan malam yang tidak disentuh di depan pintu biliknya dan kembali ke bangunan Academy, menjalankan kelas harian mereka dengan kerja tambahan, mengumpul nota untuk Ivy, menggantikan tempat Ivy di perpustakaan academy dan buat hal-hal lain untuk alihkan tumpuan mereka pada ahli sihir yang berkurung selama seminggu itu.

Mereka tidak lagi cari kemungkinan mengapa Ivy seperti itu, tidak lagi mencari orang terakhir yang berjumpa dengan Ivy, tidak lagi memikirkan mengapa Ivy menangis pada hari terakhir mereka semua lihat Ivy.

Kerana… makin banyak mereka kaji, makin besar kemungkinan buruk muncul dikepala mereka. Memikirkan kemungkinan remeh-temeh mustahil untuk goyahkan ahli sihir berego besar itu. kemungkinan besar dicari sehingga ia membuat mereka semua ketakutan. Takut kalau rahsia terbesar, terdalam dan tersulit Enchanted akhirnya sampai ke telinga Ivy. Atau rahsia tergelap mereka sampai ke telinga Ivy.

Hansel dan Louis yang paling takut diantara kalangan mereka, diantara kalangan The Believers.

Hansel orang yang Ivy paling percayakan, Dia mula risau kalau punca Ivy berperap dari dunia sebab Ivy mula bertanggapan lain tentang Hansel menjadi The Believers dan akan membelotnya. Hansel tak dapat menolak perasaan resahnya tentang Ivy mengubah fikiran tentang Hansel. Mereka rakan baik, mereka tempuhi susah senang bersama, melindungi belakang sesame sendiri. Hadapi hidup mata bersama (Litterally semasa mereka nak bunuh The Big Bad Wolf) Adakah Ivy mula mempersoalkan kepercayaan Hansel? Adakah dia dah mula bertanggapan yang Hansel lelaki yang selama ini tidak kisahkan dia? Yang Hansel mungkin merahsiakan sesuatu darinya lagi? Kalau Hansel merahsiakan sesuatu yang baru, Hansel akan tahu tapi dia tak tahu apa yang dia rahsiakan dari Ivy!

Disebabkan rasa bersalah, Hansel sentiasa bersama Diaval, meluahkan segala ketakutannya pada Diaval, tentang beritahu pada Ivy tentang dirinya sebagai pengintip, the Believers. Hansel tahu Diaval syak tentang diri Hansel selama ini, jadi bila lihat Diaval tidak marah dan hanya mendengar keterangan hansel membuat lelaki itu rasa lega dan takut pada masa yang sama. Tapi dia tetap luahkan segalanya pada Diaval, dia perlu keluarkan segala masalah yang mengganggu dalam mindanya dan siapa lagi yang setia mendengar kalau bukan Diaval? Lelaki itu penasihat dan pendengar yang terbaik bila ia berkaitan dengan anak jagaan kesayangannya. Hansel yakin tentang peranan Diaval mengikut pengalamannya berada di Vicious selama 10 tahun.

Louis juga tenggelam dalam ketakutannya sendiri. Takut Ivy telah hilang kepercayaan padanya tentang hubungan mereka dan Louis terlambat untuk bertindak, menyelamatkan hubungan mereka dan biarkan ia terlepas dari tangannya. Setelah apa dia buat untuk dapatkan Ivy di sisinya semula untuk memastikan dia selamat didepan matanya, dia mula risau kalau dia terlalu lega Ivy didepan matanya sehingga dia leka yang Ivy sebenarnya terlepas dari dakapannya.

Bagaimana kalau Jack betul? Ivy dah sedar yang Louis tidak layak untuknya lagi? yang Ivy tidak sanggup dengan hubungan mereka lagi? Sebenarnya mereka tiada hubungan langsung. Mereka tidak pernah mengaku mereka inginkan sebarang hubungan. Louis ingat hanya dengan tunjukkan perasaan mereka sudah cukup bagi mereka. Malah Louis meluahkan perasaannya pada Ivy untuk buktikan pada ahli sihirnya yang perasaannya itu tidak akan berubah.

Adakah Ivy perlukan lebih dari itu? atau dia sememangnya meragui hubungan mereka dari dahulu lagi? Oh Heavens above… makin lama Louis memikirkannya, putera Raja ini bertambah takut.

 Mengapa Ivy meragui hubungan mereka? Adakah kerana Julliana? Adakah kerana pangkatnya sebagai bakal pemerintah Enchanted? Enchanted? Itu yang dia takutkan? Atau dia tidak yakin untuk menjadi permaisurinya? Melindungi tanah Enchanted bersamanya? Melindungi Enchanted dari kejahatan—Wait…

Ivy sebahagian dari Kejahatan! You stupid bafoon! Can’t you see? Ivy mungkin tidak yakin dia boleh berdiri di sebelah Louis kerana dia sebahagian dari kejahatan. Hansel pernah kata,Ivy dipanjang hina kalau dia berada di sisi Louis. Ivy sendiri pernah kata, dia taknak jadi penghalang Louis dari segala kerja kerasnya pada Enchanted. Adakah itu subab dia meragui hubungan mereka? Dia meragui dirinya sendiri?

Louis nak tergelak pada persoalan itu. Bukan mentertawakan Ivy tapi agak lega kerana kalau itu menjadi punca Ivy tidak ingin meneruskan hubungan mereka, Louis akan yakinkan ahli sihirnya yang dia tidak kisah pasal reputasinya dan tetap inginkan Ivy menjadi permaisurinya, biar apa yang dunia katakan tentang mereka. Katakan tentang pilihan Permaisuri Louis, yang penting dia mempunyai Permaisuri yang dia sayangi, itu cukup baginya. Dia taknak lebih dari itu.

Senyuman Louis tetiba lenyap bila dia fikirkan satu lagi kemungkinan. Yang lebih teruk. Dia segera ke depan tiga cermin panjang  dan menarik collar bajunya untuk tunjukkan satu symbol di atas dadanya.

Atau dia dah tahu tentang benda ni?

Louis bertambah takut dari sebelumnya.

.  .  .

Hari kesembilan: Hansel jumpa Charlotte tidur didepan pintu bilik Ivy pada awal pagi semasa Hansel nak hantar sarapan untuk rakannya. Hansel agak terkejut melihat puteri kecil itu tidur di depan pintu Ivy dengan selimut sendiri. ‘Dia berjaga sepanjang malam di sini ke?’  soalnya pada diri sendiri dan bangunkan Charlotte secara perlahan.

“Hey, Good morning Princess.” Sapa Hansel dengan senyuman lembut. “kenapa Tuan Puteri tidur di sini?”

Charlotte kelihatan segan kerana terkantoi tidur didepan bilik Ivy. Dia menggeleng kecil. “Nothin’. Hanya temankan Ivy keseorangan.” Katanya dengan nada segan.

“Tapi ivy sakit.”

“I know.” Charlotte mengangguk kecil. “Ch—Beta bercakap dengan Ivy semalam.”

Ini buat mata hansel terbeliak bulat. “Dia cakap dengan Tuan puteri semalam?” Chalotte mengangguk. “Semalaman? Sepanjang malam?”

Charlotte mengangguk sekali lagi, Dia sengetkan kepala,hairan kenapa hansel soal dia seperti itu. “Nak tahu apa Ivy kata semalam?” Hansel pula mengangguk seperti budak kecil. “Dia kata…. ‘Aku dah cuba. Dah cuba berkali-kali tapi aku tetap tak boleh buatnya.’ Itu dia kata. Hansel tahu apa yang Ivy maksudkan dengan tu?”

Hansel tidak menjawab. Dia rasa seluruh darahnya membeku dan tangannya basah; berpeluh. “I-Itu sahaja dia cakap?”

Charlotte menyentuh dagunya sambil memandang siling koridor tingkat empat itu, mengingati perbualan mereka semalam. “Oh hampir terlupa! Dia ada satu pesanan kat korang semua. Kat Diaval; ‘I’m ashame of myselves.’. Pada Hansel; ‘Aku tak rasa aku ada kekuatan lagi’. Pada yang lain; ‘maaf sebab risaukan korang.’.”

Mendengar pesanan Ivy pada Diaval dan Hansel membuat lelaki ini cemas dan segera bangun, ingin mengetuk pintu bilik itu tapi terhenti bila Charlotte mencapai siku Hansel. Dia tunduk kebawah, melihat mata merayu puteri kecil itu.

“Ivy kata berikan dia masa lagi. Bila dia dah sihat dia akan keluar. Bagi dia sekidit lagi masa.” Rayu puteri itu, hampir kedengaran terdesak.

Hansel turunkan tangannya ke sisi dan mengangguk. “Baiklah. Apa kata saya temankan Tuan Puteri kembali ke bilik Tuan Puteri?”

Charlotte kelihatan teragak-agak. “Uhm… takapa. Beta nak ke bilik Putera George.” Katanya dengan lembut dan segera bergegas pergi meninggalkan Hansel.

Hansel mempunyai sedikit kemusykilan pada puteri kecil itu seperti dia sedang sembunyikan sesuatu tapi dia ketepikannya. Meletak sarapan pagi Ivy didepan pintu dan mengetuk pintu tersebut. “Babe, you need to eat something. Kau mati kebuluran nanti.” Katanya sebelum mengeluh, tahu Ivy tidak akan berikan sebarang respond an bergerak pergi, mencari Diaval sahaja, untuk sampaikan pesanan Puteri Charlotte.

Sementara itu, Puteri Charlotte tiba di dalam bilik abangnya, masuk ke dalam dan memeluk Louis seerat yang mungkin sebelum menangis dalam pelukan abangnya.

Louis biarkan adiknya menangis dahulu, walaupun lidahnya gatal nak menyoal kenapa adiknya dah menangis awal pagi ini tapi dia tahan. Tunggu sehingga dia tenangkan diri dan bercakap sendiri.

“Ivy bukan demam campak kan? Abang beritahu Char yang Ivy bukan kena demam campak.” Pintanya dalam tangisan membuat Abangnya terkejut. Macam mana dia tahu??

“Char bercakap dengan Ivy semalam, dia kedengaran sedih disebalik pintu tu abang. She’s… she’s crying! Ivy menangis!” air mata kembali bergelinang ke pipi ngina kecil ini. “She’s in pain Abang… Sh-she—is she dying??”

“Tak!!” jawab Louis dengan cepat, berlutut dihadapan charlotte supaya separas dengan adiknya. “Cherr, be positive. Ya, Ivy tak kena demam campak—”

“jadi kenapa dia berkurung?? Penyakitnya lebih teruk ke?? Then’s she’s dying!” dia menangis lebih kuat dari sebelumnya.

Louis pula mengetap bibir, menggigit lidahnya untuk tidak cakap benda tidak sepatutnya pada adiknya. “Cherr, look at me..” Louis menyentuh dagu adiknya dengan lembut. “Ivy tak apa-apa, yakin dengan cakap abang ni. Kalau dia sakit tentu dia beritahu charlotte kan? I mean, dia taknak bercakap dengan kami semua tapi dia bercakap dengan charlotte. Tentu dia beritahu Charlotte semuanya kalau dia rahsiakan sesuatu. Jangan risau, kalau Ivy tak cakap apa-apa, tentu dia baik-baik sahaja. Okay?”

Charlotte memejam erat mulutnya yang menggeletar, menahan menangis dan mengangguk perlahan. Tangannya menggenggam erat baju dibahagian dadanya, disebalik baju yang menyembunyikan seutas rantai locket yang menyembunyikan pendant Ivy.

“O-Okay… Ivy ada pesanan untuk abang jugak…” Ini buat Louis terdiam. “Dia kata; ‘Maaf atas kelakuanku selama ini. Aku betul-betul minta maaf.’ Itu yang dia katakan.” Bibir Charlotte menggeletar teruk, matanya juga kembali berair tanda dia dah tak boleh menahan tangisannya lagi.

Louis segera memeluk adiknya dengan erat, biarkan Charlotte menangis kembali, risaukan ahli sihir itu semula. Louis? Dia juga menahan tangisannya. Matanya mengalirkan air mata tapi tiada suara yang keluar.

Louis risau… sangat risau.

.  .  .

Hari kesepuluh: Ivy. Dia duduk di penjuru biliknya, di belakang pintu bilik, memeluk lutut dengan muka disembunyikan di antara lututnya. tidak lagi menangis atau meronta lagi, tidak lagi meletup dengan kemarahan yang hampir mengancam nyawa, tidak lagi melepaskan geram secara fizikal dengan menghancurkan segalanya yang wujud didalam bilik itu.

Keadaan biliknya seperti aftermath selepas peperangan. Cadar katilnya dan Ezra koyak rabak, karpet bilik hangus terbakar, masih ada bau asap api berlegar di udara tanda api karpet itu baru sahaja mati. Almari dan cermin panjang dijatuhkan, berkecai diatas lantai. Kedua almari dan cermin dalam bilik itu, hancur menjadi serpihan kecil di atas lantai, menjadikan lantai bilik itu seperti bilik perangkap. Barang diatas mejanya dan meja Ezra juga bertaburan diatas lantai. Siling dan dinding bilik itu mempunyai kesan hitam seperti seekor naga datang masuk dan menghembuskan nafas apinya ke setiap sudut dinding dan siling bilik itu.

Cuma tiada naga yang datang.

Hanya Ivy.

Keadaan Ivy juga tidak kurang teruknya. Dia memakai baju tidurnya yang sama seperti sepuluh hari yang lalu, rambutnya kusut masai, mukanya teruk. Pucat membiru, lebih pucat dari warna kulit sebenarnya, bahagian bawah bibirnya bengkak kerana di kunyah. Kesan hitam dibawah matanya tanda dia kurang tidur sepanjang 10 hari itu. dia tidak boleh tidur. Mindanya penuh dengan persoalan dan keraguan. Mindanya terlalu bercelaru untuk mengambil masa sebentar berehat.

Dia juga bertambah kurus dari sepuluh hari yang lalu kerana kurang makan—tidak makan langsung kecuali minum air paip di bilik air. Tulang-tulang badannya mula kelihatan terutamanya tulang pipi, tulang dipergelangan tangannya, dan buku lalu yang tajam. Seperti ia boleh dijadikan senjata dan menyucuk mata orang. Kalau dilihat disebalik pakaiannya, tulang pelvisnya juga menonjol keluar, rangkanya jelas kelihatan.

Pergelangan tangannya kembali melecur, tanda dia tidak dapat mengawal kemarahannya lagi tapi kali ini kesan melecur itu naik sehingga paras sikunya, dia masih dapat rasakan keperitan dari renjatan elektrik itu walaupun ia tidak memberi sebarang riaksi lagi. gari tersebut juga retak, tidak dapat menahan kuasa magic Ivy terlalu lama atau magic Ivy terlalu kuat untuk gari itu tahan. Tapak kakinya berdarah dari memijak serpihan kayu dan kaca yang bertaburan diatas lantai, tidak menghiraukan kesakitan kulitnya di tusuk ribuaan kaca, tidak menghiraukan badannya yang makin lemah. Tidak menghiraukan penglihatannya bertambah kabur.

Kerana dia terlalu penat.

Penat marah. Merontah, menumbuk udara, menghancurkan barang, menahan kemarahannya, menahan magicnya dari meletup.

Penat Bersedih. Menangis sepanjang hari, menjerit tanpa henti, berada dibawah pancuran air sepanjang malam, dan bersimpati atas refleksi wajahnya di cermin bilik air—yang dia dah hancurkan selepas bersimpati atas dirinya yang menyedihkan itu.

Penat berlawan. Lawan dengan dirinya, mindanya, hatinya—dia tidak ingin menggunakan hati itu untuk memperoleh sebarang perasaan dalam dirinya tapi dia tidak boleh mengelak dari hati itu. Dia mempergunakan hati itu lagi. penat berkali-kali mencuba mengeluarkan hati itu dari badannya dan pitam beberapa kali atas percubaan itu.

Kalau boleh dia nak shut down untuk selamanya.

Ya, mungkin itu pilihan Ivy sebenarnya. Nak tidur. Mungkin kalau dia cuba pejamkan mata kali ini dia mungkin akan dapat tidur yang dia nakkan. Ya… setelah berlawan dengan dirinya, memikirkan pilihan antara vicious dan Enchanted, tenggelam lebih kedalam kegelapan dan memikirkan kehidupannya yang menyedihkan.

Dia tak pernah nak kenangkan kehidupannya tapi ‘pilihan’ yang Merlin persoalkan dia membuat dia memikirkan kisah hidupnya sekali lagi. betapa kosongnya hidupnya, tidak pernah buat apa-apa pilihan dan terdesak dalam diam untuk banggakan ibunya.

Dia dapat lihat betapa menyedihkan dirinya sepanjang hidupnya itu. She didn’t live is life after all this years… she tried to survive it. Cuba bertahan untuk hidup pada esok hari dan keesokan harinya. Memastikan dia tidak pernah gagal tapi tidak terlalu sempurna untuk ibunya. Merancang untuk tidak graduate hanya untuk buktikan pada ibunya yang dia juga seorang budak yang memberontak.

Heh… boleh jadi penulis script yang terkenal, malah pelakon yang hebat desis hatinya dengan senyuman yang hampir wujud di hujung bibirnya.

Ya, dia dah penat. Matanya dah terlalu berat untuk dia buka. Sepanjang beberapa hari dia berada di penjuru bilik itu, matanya hanya tertumpu pada satu benda. Kasut Boot yang berdiri cantik diatas katilnya yang hancur. Kasut boot usang itu yang Ivy sepatutnya buang tanda dia bencikan Ayahnya kerana tinggalkan dia dengan beban didalam dadanya tapi menafikan dirinya sendiri dengan berpegang paut pada kasut orang mati itu.

Patut kah dia berterima kasih kepada ayahnya kerana buat dia bersumpah untuk simpan hati itu? kerana ayahnya tahu ia milik soulmatenya? Milik Louis? Dia tahu Ivy akan alami semua ni?

Atau dia patut pergi ke alam ayahnya untuk bunuh lelaki itu untuk kedua kali kerana buat dia terseksa seperti ini. bergantung dan berharap pada orang yang telah mati. Tapi menafikan perasaan sayang pada lelaki itu kerana dia terlalu takut pada ibunya sendiri.

Dia tak tahu… dia tak boleh buat sebarang pilihan. Dia takut.. Ivy the Devil, heartless witch and the most wicked one in the century… takut.

Jack betul.. aku memang seorang penakut.

Ivy memeluk lututnya lebih erat dan ingin mengalirkan air mata sekali lagi tapi matanya yang merah lagi sembab itu tidak dapat menghasilkan setitis air mata lagi. Jadi dia hanya merintih, bersedih atas dirinya yang menyedihkan ini.

Setelah beberapa minit menangis tanpa tangisan, dia kembali memandang kasut boot itu. dalam diam berharap kali ini dia akan berjumpa dengan ayahnya semula. Membayangkan berjumpa dengan ayahnya itu membuat dia tersenyum lembut diantara separa sedar. Dia dah lupa bagaimana wajah ayahnya…

Dan dia pejamkan matanya. Dia nak shut downkan dirinya buat selamanya.

‘Viv?’

Panggilan halus itu berlegar dalam minda ahli sihir muda ini.

Viv, sayang?’

Viv? Tiada siapa pernah panggil dia Viv selain ayahnya.

Mata Ivy terbuka secara perlahan atas panggilan itu dan dia mendongak, melihat wajah seorang wanita yang bermata biru yang memukaukan, berlutut di hadapan Ivy dengan senyuman lembut pada wajahnya.

“Viv, Sayang? Boleh buka mata kamu untuk makcik?” Soal perempuan itu suara lembut bak sutera. “Stay with me love, He’s on the way here…” Ivy rasa sentuhan sejuk pada pipinya, menolak rambutnya kebelakang telinga. Sentuhan itu terlalu sejuk membuat bulu romanya meremang tapi ia sangat lembut seperti hembusan angin pantai dan tenang seperti langit malam.

Ivy mengangguk lemah. “Ayah datang ke?”

Perempuan itu berikan senyuman simpatinya, mata biru itu menjadi sedih mendengar anak buahnya itu menginginkan ayahnya. “He’s coming.”

Dan pintu bilik Ivy terbuka secara mengejut, membuat Ivy jatuh ketepi kerana dilanggar oleh pintu tersebut. Ivy cuba mengangkat pandangannya, melihat figura yang berdiri cemas dihadapannya.

Mata Ivy terbeliak bulat melihat lelaki itu berada di depan matanya sekarang. Dia tercekik tangisannya sendiri.

Vivian!!”

>X<

~to be continued~


(A/N: Angah tahu.. chapter ni pendek dan clift-hanger. Hehehehehe *sweat drops* apapun pada chapter seterusnya mungkin ada chapter yang kurang depressing seperti ini. understatement: Mungkin. Huhuhuhuhuhu stay loyal until the next chapter!! *Hug&kisses*)

P/S: Pendek sebab angah busy buat kuih raya... Huhuhuhuhuhu Let's hope kuih angah tak hangus sebab buat 3 kerja dalam satu masa (^____^)

10 comments:

  1. Oh angah. Adakah yang datang itu Louis? Dan..mmg pendek ntry kali ni. Tak puas baca. Walaupun bz sgt2 tapi sudi jgk kasi ntry baru. Thank you.

    -minah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, angah di sini.. Huhuhu, kita akan tahu siapa datang in the next chapter! Hehehehehe and thank you sebab memahami angah tntang short chapter ni 💓💓💓💓

      Delete
  2. Mak cik cantek tu morgana ya?

    -awek cun -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awek cun~~~ first, angah terpikat dgn nama awak *wink wink* hahahahahaha

      And siapa mak cik lawo tu akan diketahui in the next chapter huhuhuhuhu

      Delete
  3. Kenapa selalu macam ni...bila part yang best saja...bersambung...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab angah kekadang suka buat penontong angah suspen and buat korang tertunggu2

      MWAHHAHAHAHAHAHAHAHA *sinister laugh inserted*

      Delete
  4. vivian? nama ivy adalah vivian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, ayah Ivy panggil Ivy, 'Viv' which stand for 'Vivian'

      Nanti in the new future chapter akan diterangkan kenapa Ivy ada dua nama, okay???? Huhuhuhu

      Delete
  5. Angah suka sgt buat macam ni. Hate you!!T_T (act, love you) angah, next entry tu janganlah update lama sgt. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohohohohohoho I take that as a Compliment Aaaaaand The New chapter dah ada! Enjoy reading Love~~~ *Kisses*

      Delete