Tenth F.A.T.E

Ivyrella

(Gambaran dewan tari menari)

(Gambaran pintu masuk dewan tari menari)

Puteri Permaisuri Arendalle, Tuan Puteri Ezra Nymperius December Frost Bersama Puteri Hanna Theodore Isabella Krisstof.”

Semua pelajar yang sedang berbual di dalam dewan tari menari mengalihkan perhatian mereka ke pintu masuk dewan, tepersona melihat salah satu Calon Pemerintah Enchanted yang pertama telah tiba untuk menyertai malam Majlis tari menari bersama mereka. Mereka tertunggu-tunggu puteri ais ini. memikirkan samada puteri ini akan datang pada akhir majlis ataupun berseronok bersama mereka sepanjang malam sehingga Grand Finale.

Hanna tersenyum riang bersama gaun Hijau, Merun yang melambangkan kerajaan Arendalle yang di kumpulkan dalam kedua tangannya untuk dia turun tangga sebaik sahaja mereka diumumkan tiba. Matanya meliar mencari rakan-rakannya dan jumpa mereka di sebelah meja buffet.

Hai!” sahutnya sambil melambai dengan laju, hampir buat dia tersandung. Nasib baik Ezra sempat menangkap siku Hanna semasa dia terpijak gaunnya sendiri, kalau tak dah tentu dia jatuh bergolek hingga ke kaki anak tangga yang terakhir.

“Fewwww~ Thanks Ezra. Kang aku menari pincang.” Katanya dan mengelap peluh halimunan di dahinya.

Ezra tertawa kecil sambil menggeleng. “Atau dengan kepala benjol.” Komennya membuat mereka berdua ketawa sekali lagi. “Hati-hati Hanna.”

“Okay… okay, aku akan berhati-hati. Jangan risau.” Hanna mengangguk dengan yakin sebelum mengumpul gaun itu kedalam kedua tangannya semula dan turun tangga tersebut.

Ezra hanya putarkan bola matanya dengan senyuman. Macam mana aku  tak boleh risau kalau kau ni clumsy tahap gaban?? Plus, dia tak patut guna gaun panjang…. desis hatinya melihat gaun Hanna. Ia ball gown, stripes hijau pear dan dicorakkan dengan hijau basil pada gaunnya sama warna dengan bahagian atas off shoulder gaun tersebut. juga bersama corak sama pada dada gaun itu. yang membuat Ezra risau ialah itu gaun yang terumit bagi penjahit diraja mereka buat untuk Hanna dan dia takut sepupunya akan rosakkan gaun itu lagi.

Setelah—selamat—tiba di hujung tangga, Hanna berlari anak kearah rakan-rakannya meninggalkan Ezra yang menggeleng melihat perangainya yang kurang sopan dan mengekorinya dari belakang dengan komposisi seorang bakal pemerintah yang sebenarnya.

“Hai korang! Isn’t this ball great or what?!” sahut Hanna dengan Girang.

Gweneth yang menikmati minuman dalam tangan tertawa kecil melihat perangai Hanna. “Babe, Do you always this hyper?”

“Hey, Takkan korang nak tengok aku gloomy time majlis meriah macam ni?” Hanna tersenyum dengan kedua penumbuk di pinggulnya. “Oh and, pandai penjahit korang design gaun korang. Its suits you girls perfectly.”

“I know, I look fabulous in this.” Kata Gweneth dengan senyuman bangga. Gweneth memakai ball gown yang mempunyai dua jenis warna hijau; amerald dan lime. Setiap sudut gaun Gweneth melambangkan kerajaan new Orleans yang mempunyai retro party theme dan juga elegent pada masa yang sama. Bahagian skirt gaun tersebut diperbuat dari lapisan kain siffon berwarna hijau lime dan di seliputi kain sutera berwarna almerald berbentuk daun disekeliling pinggangnya, sutera yang mempunyai ukiran bunga yang diperbuat dengan benang emas yang tersangat halus membuat gaun tersebut bersinar dibawah cahaya lampu. Di samping gaunnya pula di hiasi dengan bunga teratai kuning dan dedaun yang melingkari ke bawah, mencantikkan lagi gaun tersebut.

“Thank you Hanna, gaun korang pun tak kurang hebatnya.” Apple Red membalas dengan penuh sopan santun. Gaun Apple Red pula serbah merah diperbuat dari heavy satin. Skirt gaun tersebut yang kembang dan mengheret di belakang. tapi bahagian atas gaun agak simple dan rumit pada masa yang sama. Tidak seperti Gweneth yang berlapiskan siffon dan sutera, kain pada bahagian atas gaun apple red mengikut warna kulit dan dihiasi dengan corak bunga yang menyembunyikan hampir semua tubuh bahagian atas dan lengannya. Ia tidak merosakkan bentuk badan Apple Red langsung dengan corak bunga merah-emas itu.

“Good Evening Gwen, Apple Red.”

Mereka bertukar tumpuan kepada perempuan di belakang Hanna yang datang dengan penuh sopan santun kearah mereka. tersenyum dengan anggun di dalam gaun  light satin mermaid berwarna biru arctic dan High neck gaun itu dipeluk dengan selendang siffon. Serta sarung tangan panjang satin sehingga paras lengan. Setiap sudut baju Ezra begerlipan atas kesan magicnya sendiri dan kasut tinggi yang diperbuat dari ais itu telah melengkapkan persona ice princess Ezra.

Dan dah tentu, mereka semua memakai topeng mengikut rekaan gaun mereka tersendiri.

“So, Ivy ada datang tak?” Hanna membuka mulut bila dia tak nampak rakannya seorang lagi yang setengah mati mereka paksa dia datang. “Aku tak nampak dia pun time aku kat atas.”

Apple Red dan Gweneth menggeleng sambil mengangkat bahu dengan serentak.

“Maaf Hanna, tapi kami tak tahu jika Ivy dah ada kat sini ke tak.” kata Apple Red dengan suara yang lembut, di sebalik kipas tangannya.

Ezra menjungkit kening. “Namanya tak diumumkan?”

Gweneth menggeleng sekali lagi. “Nope. Hanya nama Royalties sahaja yang diumumkan. Pelajar biasa tak. so kita tak tahu dia ada yang mana satu kecuali kita tahu jenis gaun dia.”

“Dia tiada kat sini.” Hanna memandang sepupunya dengan wajah murung. “Kau ingat warna gaun dia kan?”

“Yeah… the frilly purple one.” Katanya dengan mata meliar mencari si pemilik gaun itu. “Takkan gaun pelik macam tu tak boleh dikesan?”

Gweneth menutup mulutnya dari ketawa secara mengejut. “Pelik? Come on… takkan gaun Ivy teruk sangat?”

“Sangat teruk.” Jawab Hanna dengan muka lurus. “Aku tak sangka Gretel setuju beli gaun warna gelap and design pelik macam tu.”

“I bet she look hilarious in that gown.”

Hanna dan Gweneth menarik nafas panjang mendengar komen Apple Red. Ini sebab Apple Red yang tak pernah kata buruk pasal orang tetiba bagi komen sarkastik seperti itu. walaupun tak power sangat tapi ia satu pujian bagi puteri yang ter’ayu dan paling sopan santun di kalangan mereka.

“Babe, perangai Ivy dah melekat kat kau.” Gweneth tersenyum nakal melihat Apple Red ketawa dengan sopan disebalik kipas tangannya.

“aku rasa korang komen gaun Ivy lebih teruk dari aku nanti.” Balas Apple balik dengan kenyitan mata.

Hanna dan Gweneth saling berpandangan dengan senyuman yang sama. Betul. Mereka tentu akan bagi komen kat Gaun Ivy bila mereka jumpa ahli sihir itu nanti.

Ini kerana mereka tak dapat bayangkan Ivy didalam gaun. Apatah lagi gaun yang kembang. Mungkin dia kelihatan cantik tapi… ahli sihir jahat tu dan gaun kembang kedengaran tidak sesuai di telinga mereka. Apatah lagi mata? Mungkin tak seteruk mana….

“Just wait and see?”

Gweneth mengangguk. “Yeah. Seronok kalau surprise.”

Ezra yang diamkan diri dia rasa risau dan lega pada masa yang sama, Risau kerana symbol sumpahannya hampir lengkap dan lega kerana Ivy tidak datang ke Majlis tersebut. Tapi… jauh didalam lubuk hatinya dia berharap ahli sihir itu datang.

Sementara itu, bahagian bertentangan dewan tersebut, dua beradik Gingerman baru sahaja tiba beberapa minit sebelum Puteri Ezra dan Puteri Hanna juga sedang mencari Ahli sihir gila itu.

“Oh I give up.” Gretel jatuhkan tangannya dengan geram dan kembali pandang Hansel yang berdiri segak didalam suit perang gelap dan topi fedoranya. “Mungkin kau betul Hans. Dia tak datang.

Hansel tersenyum nakal. Dia tepuk belakangnya sendiri secara mental kerana menang pertaruhan dengan adiknya. Samada Ivy akan datang ke majlis itu atau tidak.

Dia memandang adiknya yang mengenakan gaun A-line berwarna perang muda diperbuat dari kain linen. Memerangkap tubuhnya dengan cantik walaupun ia tak sekembang pelajar perempuan lain di dalam dewan itu. Gretel pilih gaun tersebut untuk memudahkan dia berlari jika sesuatu buruk terjadi pada malam itu.

Kerana ini malam dua beradik ini bertugas sebagai pengawal dalam penyamaran. Bukan mereka sahaja, ada banyak lagi The Believers sedang bertugas di dalam dewan sebagai pengawal pada malam itu. mereka semua berpakaian berwarna perang supaya the Believers yang lain dapat tahu siapa rakan mereka walaupun mereka bertopeng.

Design pakaian mereka juga bebas kerana tidak ingin menimbulkan syak terhadap pelajar lain tentang kewujudan mereka. sebab itu hanya warna tema sahaja diberikan untuk The Believers menjalankan tugas mereka.

“Kau taknak pergi tengok dia?” Soal si abang melihat Adiknya memeluk tubuh sambil menyumpah seranah bestfriendnya dalam nada berbisik.

“No.” Dia kembali pandang Hansel. “Kita ada tugas ni malam. Iaitu jaga keselamatan Puteri Ezra. Bukan babysitter witch tu.” bisiknya hanya mereka yang dengar.

Hansel ketawa. Tawanya yang lunak menarik perhatian perempuan yang berdekatan dengan mereka. “Suit yourselves.”

“Tapi…. Mungkin dalam sejam macam tu aku akan… pergi… periksa dia.” katanya dengan nada makin perlahan dengan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya.

Hansel hanya tersenyum. Nampaknya bukan Hansel je yang risaukan ahli sihir tu. Cuma Gretel masih dalam Penafian.

Adik dan abang sama je. Hansel dahulu juga bencikan Ivy, sentiasa marahkan ahli sihir itu tapi dalam diam risaukan dia. lama-kelamaan Hansel menerima Ivy sepenuhnya dan hansel tahu Gretel juga akan terima Ivy seperti dia.

Mungkin lebih lama kerana Gretel lebih berkeras dari dirinya.

>X<

30 minit sebelumnya…

Di bilik Winter-Spring 1….

“Fairy Godmother?!!!” Ivy melompat dari tingkap sil itu, terkejut melihat pari-pari diraja berada di dalam biliknya.

Fairy Godmother tersenyum manis kepada Ivy sebelum memandang sekeliling bilik itu. “Kamu selesa dalam bilik kamu?” Soalnya dan bergerak ke bahagian katil Ivy, melihat semua barang-barang anak muda itu ada di atas mejanya dan juga perhiasan-perhiasan ‘unik’ yang Ivy miliki.

“A—Am I in trouble or something??” soal Ivy agak takut. Dia dah cukup dengan gelang emas ditangannya. Dia taknak tambah hukuman lagi!!

Fairy Godmother berpaling memandang Ivy. “Trouble? Oh no dear child.” Sahutnya mengipas tangan kearah Ivy dengan girang. Ketawa ber’hohohoho’. “I’m here to help you.”

“Help…. Me?” Dia tuding pada diri sendiri sebelum memandang Diaval yang berdiri di tingkap sil. Why??

Diaval mengangkat bahu. Dia sendiri tak tahu apa pari-pari tu buat di biliknya.

“Yes.” Fairy Godmother jatuhkan pandangannya ke gaun yang terlentar di atas katil Ivy. dahinya berkerut melihat keadaan gaun tersebut. “Oh dear me… adakah ini gaun kamu?” Dia mengangkat gaun itu dan menggeleng kecil.

“Yeah…. Ada orang sabotajkan gaun ni.” Katanya melihat mata Fairy Godmother membesar. “Terkejut ada orang Enchanted berniat buruk?” soalnya dengna sarkastik.

“No…” katanya menggantung gaun itu di pintu almari Ivy. “Saya terkejut ada orang berani mencabar seorang ahli sihir berkuasa.”

Ini buat Ivy sengetkan kepala. “Uhm…. Are you… c-complimenting me??”

Fairy Godmother berpaling semula memandang Ivy dengan senyuman sebelum menghulurkan tangan, memanggil Ivy datang mendekatinya. “Dear Child… kamu sememangnya ahli sihir yang kuat. Kami pari-pari tidak menipu.”

Muka Ivy terus naik merah. Okay… ini kali pertama seseorang puji Ivy dan ia datang dari mulut seorang pari-pari yang dia tak seberapa suka. Sekarang dia rasa bersalah.

“Sorry….” Bisikan itu terlepas dari mulut Ivy sebelum dia sempat nak tarik balik, dia hanya berharap yang Fairy Godmother tidak dengar pintanya yang rendah itu.

Pari-pari tua itu tertawa kecil dan menyentuh dagu Ivy untuk mengangkatnya semula. “It’s okay dearie. Now, lets get to business, kita tak banyak masa ni.” Katanya dengan nada lembut dan mengambil gaun Ivy semula.

“Business? What business—” Ayat Ivy terpotong bila Fairy Godmother berikan gaun itu kepadanya.

“Pakai gaun ni.”

“Tapi ia koyak—”

“Na-a-ah! No more words from you young lady!” Dia terus tolak Ivy masuk kedalam bilik Air. “Change quickly!”

“Tapi Godmother saya—”

PAM!

Fairy Godmother menutup pintu bilik air itu di muka Ivy. “Chop-chop-chop my dear! Kita dah kesuntukan masa!”

Ivy yang berada di bilik air berdengus. Apa yang Fairy Godmother rancangkan ni? Suruh dia ke majlis tu dengan gaun koyak rabak macam ni??

Dia kembali memandang gaun tersebut dan mengeluh. “Fine. Whatever.”

Di luar bilik air pula, Diaval sengetkan kepala, masih tak faham kenapa Fairy Godmother datang ke bilik mereka dan paksa Ivy pakai gaun yang koyak itu. dan kenapa orang tua tu nampak happy semacam je?

This is ain’t Cinderella story!

Dan reality jatuh ke atas Diaval.

Dia nak bantu Ivy seperti dalam cerita Cinderella ke????

Diaval tersentak dari monolognya bila Ivy keluar dari bilik air dengna gaun yang hodoh itu. mukanya masam mencuka sambil dia menghentak kaki mendekati pari-pari diraja yang meneliti barang Ivy di meja belajarnya. Barang Vicious yang sangat janggal baginya.

“Now what?” Soalnya sambil depakan tangan.

Fairy Godmother kembalikan tumpuannya pada Ivy, terlihat pada wajahnya yang dia agak terkejut melihat penampilan Ivy. seperti dia baru melepaskan diri dari pergaduhan besar dengan sekumpulan singa di dalam hutan safari!

Fairy Godmother berdehem, cuba alihkan perhatiannya pada misinya semula dan menarik ahli sihir itu ke hadapan cermin panjang sebelum memandang Ivy dari atas hingga bawah dengan tangan di dagu, mindanya bermain dengan design gaun yang sesuai dengan bentuk badan dan citaras Ivy.

“This would be a little tricky for me.” Katanya lebih kepada diri seniri sebelum gulung lengan jubahnya. “Saya tak pernah reka gaun untuk seorang Villain sebelum ni tapi saya rasa saya boleh lakukannya.”

“Reka gaun—Untuk saya??” soalnya memandang Fairy Godmother dari cermin dengan horror.

“Yes, yes… now stay still…” DIa mengeluarkan kayu saktinya dari udara dan ukur ketinggian Ivy. “Hmmm…. agak rendah dari Cinderella, you must take it from your father memandangkan Maleficent agak tinggi.” Dia ber’hohohoho’ sekali lagi seperti ayat itu tidak buat Ivy terkilan. “tapi mata kamu ikut ibu kamu… yes, very beautiful eyes. Hmm…. Okay-okay saya rasa saya dah dapat.” katanya dengan girang. Sekali lagi dia tarik lengan jubahnya naik ke paras siku. “Are you ready my child?”

“No!” sahutnya dengan horror. “Bukannya Fairy Godmother sepatutnya tolong budak berhati mulia je ke?? I’m not ‘good’!”

“Oh non-sense.” Dia mengipas tangannya dengan senyuman. “Saya pasti ada kebaikan dalam diri kamu.” Melihat Ivy menjungkit kening, seperti meminta Fairy Godmother tunjukkan bahagian ‘baik’ Ivy. Ini buat Pari-pari tua ini teragak-agak. “Err—Well, somewhere deep in your heart. Saya pasti kamu baik!”

Heart.

Tolong gariskan perkataan tersebut.

Heart.

Terima kasih.

She doesn’t have a heart!  Dan hati dalam dirinya itu bukan miliknya! Dia sendiri tak tahu hati pendua ni baik atau tidak!

“Are you ready?”

“Tak nanti—”

“Now what was the word again—”

“Fairy godmother saya tak rasa ini idea—”

“Oh yes!” Fairy Godmother mula menghayunkan kayu saktinya kekiri dan kekanan dengan girang, tidak perasan wajah cemas ahli sihir muda itu kerana dia ingin tumpukan perhatian sepenuhnya pada gambaran gaun di dalam mindanya.

bibbidi bobbidi boo!!”

Ivy memejam matanya dengan erat bila kerlipan magic itu datang kearahnya. Dia berharap di dalam hati beribu kali supaya gaunnya tidak kelihatan sehodoh gaunnya yang koyak sekarang ni.

Please no Frilly….

Please no glitter…

Please don’t be a ball gown…

Please don’t be too Enchanted…

Tolong jangan Enchanted sangat!!!

Diaval yang berada di tingkap sil hanya terngangah melihat Fairy Godmother bermain dengan magicnya, menukar gaun Ivy sepenuhnya menjadi sesuatu yang baru dan juga menambah perinci lain pada wajah dan rambut Ivy.

“Done!” sahut pari-pari itu dengan girang sebelum ekspressi wajahnya berubah ke sebaliknya. Horror. “Well—Err—Uhm….  This is unexpected…”

“Can I open my eyes now?” soal si ahli sihir itu masih memejam mata seerat yang mungkin. Mendengar dari ayat Fairy Godmother buat Ivy tambah cuak. Teruk sangat ke?? Aku takut nak tengok hasilnya.

“Uhm…. Ia… well… agak lain dari apa yang saya gambarnya dan… looks like magic saya dah di ganggu dengan personality kamu.”

Oh gosh… so many suspense!!

Ivy dah tak tahan dengan semua perasaan gemeruh dan suspen, dan terus membuka matanya untuk melihat ‘hasil’ yang fairy Godmother katakan.

Dia terkesima.

“Maafkan saya, saya rancang nak ubah gaun kamu ke mermaid dress rather than ball gown sebab kamu tak sukakan gaun kembang dan saya ada sedikit kesukaran kerana… well—macam mana nak kata… hati kamu agak mengelirukan—”

“I love it.”

“Apa?” Fairy Godmother kembali memandang ahli sihir muda itu. baru sekarang ekspressi wajah Ivy tertunjuk dan dia kelihatan terpesona dengan hasil gaunnya. “Kamu sukakannya??”

“Yes!” sahutnya seperti angin telah mencuri nafasnya. Dia terus menutup mulutnya kerana tak percaya melihat perubahan drastic gaunnya itu. “It’s better than I expected!”

Kali ini Fairy Godmother pula terkejut tapi dia tersenyum. “I’m glad you love it my dear.”

Ivy berputar memandang Fairy Godmother dan mengangguk. “Yes, Thank you. Saya ingatkan gaun ni akan jadi warna biru or something but… this is amazing.”

Fairy Godmother hanya tersenyum. Sebenarnya dia sememangnya nak gaun tu warna biru but… biarla ia jadi rahsia.

“Dah tentu my child.” Katanya tumpang gembira melihat pelajarnya senang hati dengan gaun tersebut. “Oh goodness gracious, kamu kekurangan sesuatu untuk majlis tu.” katanya dan depakan tangan ke udara. “bibbidi… bobbidi… boo!”

Ivy melihat Fairy Godmother menghayunkan kayu saktinya untuk menghasilkan sebuah topeng dan jatuh ke dalam tangannya. “Tapi saya dah ada topeng.” Komen Ivy membuat pari-pari itu ketawa kecil.

“Ini topeng istimewa. Saya ingin kamu menikmati majlis tari menari kamu yang pertama tanpa sebarang masalah. Remember aksi kamu time Hansel kena tangkap?” Soalnya memberi signal membuat bahu Ivy jatuh.

“Oh…” Ivy berdengus. “How could I forget?”

“Ramai pelajar akan tumpukan perhatian mereka kepada kamu dan saya pasti kamu tidak ingin menjadi the center of intention.” Pari-pari itu tertawa kecil melihat Ivy kerutkan hidungnya seperti menahan diri dari mencarut or something. “Jadi, with a little magic tiada siapa akan tahu siapa kamu sebenarnya. Even with a slight weird dark gown.”

Ivy menarik sengih. Pandai jugak orang tua ni buat lawak. “Godmother pasti tiada siapa akan perasan?”

“100% sure.”

Ivy mengangguk, tanda dia yakin dan mengambil topeng tersebut dan memakainya. “Jadi dah tiba masanya untuk saya ke Majli tari menari Academy.”

Fairy Godmother mengangguk dengan senyuman gembira. “Oh! And one more thing.”

Ivy tersenyum nakal. “Apa? nasihat? No worries, saya tahu macam mana magical night ni terjadi. Clock stike midnight, magic pun hilang. Got it.”

“That’s true tapi kamu masih kekurangan sesuatu.”

“Apa dia?”

“Seorang Escorter. Cinderella ada tikus dan haiwan lain untuk bantu dia ke majlis tu dan kamu pun kena ada.”

“Tapi saya tiada haiwan—” Ayatnya terhenti bila dia terfikirkan penjagannya. Dia terus berpaling kearah Diaval. “D jadi pengiring saya?”

“That’s right my dear.  Bersedia burung kecil?” Soalnya sambil hayunkan kayu saktinya. “bibbidi bobbidi boo!

Ivy melihat Diaval berubah menjadi manusia dengan perasaan teruja. Perubahannya agak berlainan dari cara Ivy mengubah Diaval tapi Ivy tak kesah, dia rindukan burung gagak itu dalam bentuk manusianya. Heck, Ivy dah lupa macam mana muka manusia burung gagak itu.

Setelah perubahan Burung itu berhasil, Diaval terus tunduk ala-ala gentlemen kepada mereka berdua dengan senyuman menawan terpapar pada wajahnya.

(A/N: Let me scream internally sebab angah fall in love with Diaval right now (>~<)

(His mask)

“Good Evening Lil’miss. Fairy Godmother.”

Ivy menahan dirinya dari menjerit mendengar suara Diaval semula. Oh gosh she’s going to cry… Oh tidak… tidak di hadapan Fairy Godmother.

“Hello Diaval.” Fairy Godmother juga tunduk sedikit tanda hormat dan masih tersenyum manis. “Ini malam kamu bertanggungjawab untuk menghantar Cik Ivy sehingga pintu masuk Dewan tari menari. Can you do that?”

Diaval sembunyikan senyuman sinisnya dan mengangguk. “Yes. Saya boleh.”

“Good. Now go!” Dia menarik tangan Ivy dan penjaganya dan tolak mereka berdua keluar dari bilik Ivy sendiri. “Majlis tu takkan tunggu kamu Ivy! Pergi sebelum ia berakhir! This is your night my dear!”

“N-Nanti!” Ivy menanam kasut tingginya pada karpet bilik. “Saya nak pakai something ke sana ni malam.”

“Apa dia my child?” Soal Fairy Godmother dengan perasaan ingin tahu.

Ivy tersenyum dan bergegas semula ke beg sandangnya di mana kotak biru pemberian Ezra berada. “This.” Katanya membuka kotak tersebut, menunjukkan seset barang perhiasan yang diperbuat dari berlian putih. “It’s a gift from a friend. Kalau saya pakai benda ni, magic Fairy Godmother takkan terganggu ke?”

“Kawan kamu mungkin akan kenali kamu kalau kamu pakai perhiasan tu.” Pari-pari itu menegur dengan lembut.

“I know dan saya tak kisah kalau dia sahaja yang kenali saya.” jawabnya dengan senyuman manis. Terlalu manis bagi Diaval.

Ivy ada rancangan. Desis hati si burung gagak itu dan tampil ke sisi Ivy. “BIar saya tolong awak, Little mistress.” Katanya memakaikan rantai itu kepada Ivy manakala Ivy memakai subang berlian.

Fairy Godmother rasa tersentuh melihat Ivy menghargai hadiah dari kawannya. Dia pakai rantai tu dan biarkan identitinya terbongkar pada kawannya itu. “That’s beautiful my child.” Dia suka melihat perhiasan itu melengkapkan lagi pemakaian Ivy.

“I know…” mata Ivy bersinar sama seperti rantai yang disekeliling lehernya itu.

“Now go and have a great time of your life.” Fairy Godmother membuka pintu untuk Ivy dan burung gagaknya.

Ivy tertawa kecil, cuba tahan dirinya dari menangis. “Thank you Fairy Godmother.”

“My pleasure. Just have fun okay?”

“Oh I will.” Ivy mengangguk dan tersenyum bersama Diaval dengan senyuman 1001 makna.

“Lets go Little Mistress.” Diaval bengkokkan sikunya untuk Ivy dan dengan senang hati Ivy selitkan tangannya dalam lengan penjaganya.

“Baiklah.”

Fairy Godmother tersenyum girang melihat Ivy bergerak turun ke Academy dan senyuman lebar pada wajahnya. “Oh how I love to see that beautiful smile.” Bisiknya pada diri sendiri. “Harap Ivy bergembira ini malam dan hatinya terus berubah kearah kebaikan.” Katanya dengan harapan tinggi sebelum lenyapkan diri dari tempat itu.

Sementara itu, Dua orang Vicious ini berada di Lobi asrama, berdiri di anak tangga lobi kerana Ivy hentikan langkahnya di situ.

Diaval menjungkit kening hairan. “Kenapa ni little mis—Oofft” Diaval hampir jatuh tersandung kerana Ivy terus melontar badannya ke atas Diaval dan memeluk leher penjaganya dengan erat.

Burung gagak ini agak terkejut untuk seketika sebelum tersenyum lembut, membalas pelukan anak jagaannya itu. “I’m back little miss.” Bisiknya di telinga Ivy dan perempuan itu eratkan pelukannya.

I miss you soooo much.” Bisiknya dengan nada menggeletar pada bahu Diaval.

Penjaganya ketawa kecil, mengusap rambut Ivy dengan lembut sebelum mengucup tepi dahinya. “Don’t Cry little Miss. Nanti make up kau rosak.”

“I’m wearing a mask.” Bantah Ivy tapi dia tetap ketawa.

“But still, ini malam menggembirakan untuk kau. Takkan kau nak kelihatan hodoh time kau nak tengok Ezra jadi Parkinson time persembahannya nanti kan?”

Ini buat Ivy lepaskan pelukannya dan memandang Diaval dengan senyuman lebar. “Oh no… no way.” Dia segera pandang atas dan mengipas-ngipas matanya, cuba keringkan air mata yang bertakung di kelopak mata. “There’s no way in the world I’ll miss this event!”

Diaval hanya menggeleng melihat perangai Ivy yang tak pernah berubah. “That’s enough. Kang kau betul-betul melepas.”

“Fine!” rungutnya sebelum tersenyum. “Lets go.”

Dan mereka kembali berjalan, keluar dari asrama dan menuju ke jambatan Academy. Perjalanan pendek mereka agak senyap kerana bagi Diaval inilah waktu yang mengujakan bagi Ivy. Dia masih ingat dahulu Ivy ingin dia menjadi pengiringnya ke majlis tari menari semasa dia kecil. Setelah Ayahnya pergi, Ivy kata Diaval orang terdekat yang dia anggap sebagai ahli keluarganya.

Ini buat hati Diaval berbunga. Walaupun Ivy mengaku perkara itu semasa dia kecil, Diaval pasti dirinya itu masih bermakna pada hati kosong anak jagaannya. Mungkin masih lagi tersimpan didalam hati yang telah dialihkan itu yang Diaval masih dianggap sebagai orang penting dalam hidup Ivy. senyuman manis yang terukir pada bibirnya teringatkan kegembiraan Ivy bila melihat Diaval menjadi manusia semula, dapat bercakap dengan burung gagak hitam yang tidak memberi kebaikan langsung ini.

“Hey D.”

“Yes little miss?”

“Stop calling me that.”

Diaval tersenyum kecil. Sama seperti Ayahnya. “Alright Little Miss.”

“Stubborn bird.” Ivy menggeleng dengan tawa kecil. “Hey D…”

“Yes?”

Kali ini Diaval tak panggil dia dengan panggilan tu.

“Aku rasa ini je peluang untuk kau beritahu aku apa yang kau dah kumpulkan selama ni.”

Senyuman Diaval terus hilang dan dia mengangguk. kedua-dua penduduk Vicious ini tidak lagi tersenyum dan teruskan perjalanan mereka masuk ke Academy itu dengan langkah yang perlahan.

“Yang mana kau nak tahu dulu. Pasal Jack dan Jill atau Hansel dan Gretel?”

Jack.” Katanya dengan nada menggerunkan, mendengar nama lelaki itu membuat darahnya naik mendadak. Dia cuba tahan magicnya dari buat sebarang riaksi dengan emosinya.

Diaval mengangguk. “It’s quite a funny history that kid, he’s…..”

.


.

“Hansel, itu perempuan ketiga kau tolak.” Komen Gretel dengan gelengan melihat abangnya menolak pelawaan pelajar perempuan untuk menari dengannya di lantai tari menari.

Irama lagu waltz bergema di dalam dewan itu dengan begitu merdu umpama mereka didalam kayangan, ditambah pula dengan tema bilik tersebut, gambungan warna emas dan cream menyedapkan lagi suasana malam majlis tari menari itu.

Ada beberapa pelajar lebih memilih menari di beranda luar dari di dalam kerana langit malam sangat cantik dengan gerlipan bintang di atas langit serbuk ungu dan biru.

Ini malam penuh dengan keajaiban dan mereka semua tidak ingin melepaskan saat-saat indah ini begitu sahaja mereka ingin menikmatinya sebaik yang mungkin sebelum ia berakhir. Sebelum Grand Finale dan terutamanya Lagenda tentang menari bersama pasangan sehingga lewat malam dan akan bersama buat selamanya.

Siapa taknak lepaskan peluang tu?

Sebab tu ramai perempuan yang terpikat dengan lelaki bertopeng berwarna perang ini dan ingin melihat siapa lelaki disebalik topeng itu pada tengah malam nanti. mendengar dari suara lunaknya, dah tentu rupanya juga menawan. Tambahan dengan gerak gerinya seperti seorang budiman yang berdarjat, lagilah para pelajar perempuan tumpukan perhatian mereka pada lelaki itu.

Kalau lah mereka tahu siapa sebenarnya lelaki disebalik topeng tersebut…..

Hansel, bekas orang Vicious.

“Like you said dear sister, we are on a duty. No dilly-dally on the job.” Katanya mengusik sambil goyangkan jari telunjuknya kekiri dan ke kanan.

Gretel berdengus. “Sejak bila kau dengar cakap aku, dear Brother??”

Hansel hanya ketawa melihat muka berkerut adiknya. Sepanjang malam ni dia asyik merengus je kerana orang yang dia inginkan datang—tapi taknak mengaku—tidak muncul-muncul dalam dewan itu.

Dia nak sangat tengok Ivy dalam gaun kembang itu dan dah setengah mati meyakinkan ahli sihir tersebut untuk hadir ke majlis tersebut. Bukan untuk mempermainkan Ivy—dah tentu adalah niatnya sikit tapi Gretel ingin ivy menikmati malam itu bersama mereka bertiga.

Tanpa mereka sedari, dua beradik ini sebenarnya telah memberikan kepercayaan mereka kepada Ahli sihir itu lebih dari apa yang mereka sedari. Dah tentu Hansel mempercayai Ivy dengan sepenuh jiwa dan raganya. Mungkin sedikit keraguan di celah-celah kain tapi setelah mengetahui yang Ivy sebenarnya mempunyai hati—kerana dia sendiri lihat Ivy keluarkan hatinya sendiri dahulu; Hansel percaya yang Ivy boleh menjadi baik dan setelah dibuang dari Vicious, dia ada harapan besar untuk berubah tanpa ada lagi niat jahat terhadap Enchanted.

Malah akan membantu mereka untuk selamatkan tanah itu dari sumpahan buruk yang Lady Morgana.

Gretel pula masih dalam penafian yang dia sebenarnya percayakan dan ambil berat terhadap perempuan itu tapi kelakuannya terhadap Ivy menunjukkan perasaan sebenarnya terhadap Ivy. Dia mungkin suka mengutuk dan merendah-rendahkan Ivy didepan orang lain, termasuk depan abangnya sendiri; tapi dalam hatinya dia risau akan keadaan Ivy kerana dia telah dibuang oleh ibunya sendiri. Sebab tu dia sanggup bersusah payah untuk bawa Ivy ke majlis tari menari tu. supaya Ivy tak rasa terpinggir di tanah Enchanted dan dia diterima oleh orang Enchanted walaupun dia bekas villain. Tidak ingin Ivy rasa dia keseorangan di sini dan memulakan kehidupan yang baru bersama mereka semua.

Oh the irony… desis hati Hansel dengan hati terhibur. Dua beradik yang diarahkan hanya memantau telah meletakkan sepenuh kepercayaan mereka terhadap penjahat yang mungkin akan hancurkan Enchanted. Berkawan dengannya dan mengambil berat tentang diri penjahat itu.

Kalau The Believers tahu yang mereka berdua percayakan Ivy dan dah anggap dia seperti adik sendiri tentu timbul keraguan dalam diri The Believers terhadap dua beradik ini. mereka kena santau oleh Ivy? mereka telah membelot Enchanted dan bekerja sama dengan Ivy untuk musnahkan Tanah kelahiran mereka sendiri? Adik beradik Gingerman mempertahankan seorang Villain dari menyelamatkan Enchanted yang telah disumpah oleh Lady Morgana?

Hansel dapat bayangkan apa yang The Believers persoalankan tentang mereka berdua dan itu buat senyuman sarkastik muncul di hujung bibirnya. Hansel sepatutnya rasa takut kerana kesetiaannya sebagai the Believers diragui tapi… Dia rasa ia sebuah lawak yang tersangat bodoh.

Ingin ketawa memikirkan akibat dari persoalan dan keraguan The Believers terhadap dua beradik ini.

Dia seperti ini mungkin kerana tabiat orang Vicious melekat pada dirinya. Yelah, 10 tahun berada di Vicious tentu meninggalkan perangai keji pada Hansel.

Mereka percayakan musuh? Heh? Bukan kah itu satu lawak?

Sebab tu Hansel tak persoalkan Gretel tentang penafian perasaannya sendiri terhadap Ivy. Kerana tidak seperti Hansel, Gretel rasa takut kalau dia mengaku yang dia juga ambil berat terhadap Ivy…. dia seperti membenarkan dirinya membelot Enchanted tanpa sengaja. Itu langkah pertama untuk leher mereka dipenggal oleh orang mereka sendiri.

‘…..Dia bekerja di dalam istana besama ibunya dari kecil lagi, beberapa tahun selepas itu, dia panjat bean stalk yang dia dapat dari perempuan misteri yang membeli lembunya. Pada masa itu Camelot mengalami masalah ekonomi, Tanaman tidak membuahkan sebarang hasil, hujan tak turun, air sungai kering. So, dia memanipulasikan giant untuk turunkan hujan dan curi harta mereka untuk membantu Camelot. I think that’s the reason he never get caught in any crime. Camelot is in debt for eternal life to him.’

Bulu roma di belakang leher Hansel meremang membuat dia toleh kebelakang. Dia rasa sepasang mata sedang perhatikannya dari jauh. Matanya meliar, mencari si pemilik mata itu, Hansel rasa tak sedap hati dengan renungan tersebut.

“Hans? Kau okay ke ni?” Soal Gretel hairan melihat abangnya toleh kekiri dan kekanan seperti mencari seseorang. “Ivy mungkin takkan datang.”

“Tak… bukan tu…” Bisiknya dengan nada serious. Sekali lagi dia rasa satu lagi renungan maut dilontar kearahnya dan toleh ke kiri. “I swear someone just glared at me.”

“Apa?” Gretel terus memandang sekelilingnya. Mencari sesiapa sahaja yang mencurigakan memandang kearah mereka. “Aku tak nampak sesiapa pun—Is it bad?”

“….What’s so interesting is, Jack dan Hansel kawan baik dahulu kecil. Isn’t that something? Is it a coincidence or ini hanya pucuk pada rahsia yang sangat besar?”

Hansel menggeleng. “Abang tak tahu… but it’s not good either. Buka mata kau Gret, ada sesuatu yang tak kena dalam dewan ni dan ia mungkin targetkan Puteri Ezra.”

Gretel mengangguk, dia dah dapat rasakan ketegangan yang kian menebal di dalam dewan itu. perasaan aneh muncul dalam diri Gretel buat dia berjaga-jaga. “Nasib baik Putera George tak datang ni malam.”

“He maybe in danger too tapi itu bukan hal kita sekarang. Split up.” Arah Hansel dan mereka berdua terus berpecah bertentangan arah; Gretel pergi ke mana Puteri Ezra dan rakan-rakannya berada sementara Hansel pergi mencari The Believers yang lain untuk laporkan bahaya di dalam bayangan.

Tapi langkahnya terhenti apabila lagu waltz yang didendangkan oleh okestra mini Academy terhenti dan semua pelajar dalam dewan itu alihkan perhatian mereka ke satu arah. Hanya di satu sudut bilik besar itu.

Iaitu Di tangga masuk Dewan.

Hansel berpaling ke atas anak tangga itu dan rahangnya hampir jatuh ke atas lantai sama seperti pelajar lain di dewan tersebut. Tergamam melihat kejelitaan seorang wanita yang berada di antara dua tangga bersama seorang lelaki.

Dan dia kenal siapa perempuan tu.



“Well My Lil’Poison berry. Nampaknya orang tua tu menipu.” Diaval tersenyum nakal melihat tumpuan yang Ivy tarik sebaik sahaja mereka masuk ke dalam dewan tari menari itu. “All eyes are on you.”

“No sh*t.” Bisiknya juga terkejut dan kecewa pada masa yang sama.

Diaval ketawa kecil. “Aku rasa Identiti kau yang dirahsiakan. Just like Cinderella. Mereka tak tahu siapa kau sebenarnya tapi tetap mendapat tumpuan semua orang.”

Ivy menarik nafas dalam, tidak teruja mendengar fungsi sebenar topengnya. “Isn’t that great?” soalnya dengan nada sarkastik.

Diaval hanya menggeleng. “Jangan fikir banyak lil’miss. Terutamanya tentang ‘rakan-rakan’ kau. Lupakan masalah kau dan ambil kesempatan untuk menikmati malam istimewa kau ni.” Diaval melepaskan tangan Ivy dari lengannya dan tunduk hormat, mengucup belakang tangan Ivy yang bersarung. “Go have fun while it last my Ivy-rella.

Ivy tertawa kecil dan mengikut sahaja lakonan kecil Diaval. Dia juga tunduk tanda terima kasih kepada ‘escorter’nya sebelum meninggalkan Diaval dengan turun melalui tangga bahagian kanan dewan tersebut.

“Oh my gosh… Is she a princess?” Soal Apple Red tepersona melihat penampilan gadis misteri itu.

“A Princess?” Gweneth menggeleng. “Nu-uh, I don’t think so girl. Dia patut diumumkan kalau dia Puteri.”

“Tapi dia ada escorter?” soal Hanna pula melihat lelaki serba hitam termasuk dengan topeng hitam emasnya yang berdiri di atas okestra mini. “If he’s her date, dia sepatutnya turun bersama perempuan tu.”

“Princess or not… that girl definitely win the best gown for the night.” Apple Red tetap tegakkan perempuan tu.

Ezra pula hanya diamkan diri… tergamam melihat ‘mistery princess’ itu memakai seset rantai berlian yang dia berikan kepada Ivy.

Dia datang dengan gaun baru? dari mana dia dapat gaun tu dan…. Kenapa tiada siapa yang kenali minah malang ni? Desis hatinya hairan, melihat sepupu dan rakannya tertanya-tanya siapakah gerangan si puteri misteri itu.

It’s almost time…..

Mata Ezra terbeliak bulat bila dia dengar bisikan sinister bergema dalam mnidanya dan dia segera menutup mata dengan erat. Oh tidak…..

“Abang?” Hansel toleh kekiri melihat Gretel yang kembali ke sisinya. “Siapa perempuan tu?”

Kening Hansel terjungkit tinggi. Takkan Gretel tak kenal Ivy?? sure, dia pakai topeng dan gaunnya dah berubah sepenuhnya but come on… gaun tu mempunyai warna gaun tergelap—kecuali pemakaian lelaki di dalam dewan itu dan hanya seorang sahaja yang ada gaun seperti itu—entah dari mana dia dapat tapi perempuan itu hanya seorang. Ivy The Devil.

Dan Gretel tak mengenalinya?

“Who’s that mystery princess?”

“Oh my gosh, I love that gown… dimana dia beli?”

“She’s beautiful…”

“Kau rasa dia dah ada date ke?”

Ok…. Rephrase; Tiada siapa mengenali yang itu Ivy the Devil? Young Villain satu sekolah kenal? Anak kepada the almighty evil sorcerers Maleficent?????

What the hell is going on here?

Dan selepas itu reality jatuh keatas Hansel. Dia Ivy the Devil. Anak Maleficent. Sejak bila Ivy tak buat grand entrance macam ni setiap kali ada majlis besar-besaran? Dah tentu Ivy akan cari cara untuk buat semua orang tumpukan perhatian mereka sepenuhnya kepada dirinya seorang sahaja.

Hansel menggeleng dengan senyuman. Fed up dengan perangai kawannya satu ni. Always want the intention to herself.

Well… kali ni lain cerita.

Ivy harap dia halimunan sekarang ni. Why? Sebab dia tak suka pandangan dreamy yang diberi kepadanya. She don’t like that stare. Why?  Kerana dia tampil pada malam itu bukan sebagai seorang ahli sihir yang taksub dengan kuasa magicnya tapi sebagai orang yang tidak dikenali. Pelajar lain tak berharap untuk melihat kehebatan magic Ivy The Devil. Tak. Mereka ingin melihat perempuan yang kelihatan cantik di dalam gaunnya untuk mempuan penampilan sama seperti seorang puteri. Lengkap dengan pertuturan dari segi bahasa dan kelakuan. Tahu bagaimana majlis tari menari ini berfungsi dan bersopan satun bila berkomunikasi kepada mereka semua.

Guess what?

Ivy tak tahu semua tu!!!

She’s a sorcerer. Not a princess. Manalah dia tahu bagaimana etika didalam majlis Tari mernari, apatah lagi bagaimana nak bersopan santun dan penuh dengan pertuturan dalam dirinya. Malah, dia tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan mereka semua!

Heck, dia tak tahu apa jadi selepas dia turun dari tangga tu. adakah dia terus mendekati orang yang terdekat dan sapa mereka? atau berdiri di hadapan mereka semua, memperkenalkan dirinya? Macam mana dia nak perkenalkan dirinya sedangkan dia nak dirinya tidak diketahui??? Dan kalau dia perkenalkan dirinya apa gunanya tema ‘masquarade ball’ ni?? Bukankah untuk menyembunyikan identity? Sebab tu pakai topeng. Ke topeng ini hanya perhiasan semata-mata??

Uggghhh…. Majlis formal macam ni memang merumitkan rungutnya didalam hati tapi tetap tersenyum pada wajahnya. Senyuman palsu yang membuatkan otot pipinya dah mula sakit.

Dan kerisauan ini jugalah punca dia turun tangga itu seperlahan yang dia boleh. Mungkin mereka lihat kerana Ivy turun dengan sopan santun tapi sebenarnya tak. Langsung tak. Dia turun sebab dia tak tahu apa nak buat selepas dia tiba di kaki tangga tu.

Dalam seumur hidup Ivy, dia tak pernah rasa tertekan hanya untuk turun dari 21 anak tangga itu. Lebih tekanan dari menjalankan misinya mencari cara untuk mencuri tongkat The Great Wizard Merlin tahun lalu!

I bet Diaval mentertawakan aku dalam hati sekarang ni desis hatinya, menahan diri dari toleh kebelakang untuk melihat burung gagak berubah manusia itu.

Langkah Ivy hampir terhenti di pertengahan anak tangga itu bila dia lihat seorang lelaki tampil kehadapan dari lautan pelajar, jalan kedepan dan berdiri di anak tangga terakhir yang Ivy turuni. Menunggu dia dengan senyuman menawan tertampal di bawah topeng birunya.




Jantungnya mula berdegup dengan kuat.

Ivy tak tahu rasa gemuruh ini miliknya atau milik hati yang tidak dikenali ini kerana lelaki di bawah tangga itu buat dia rasa lega dan juga cemas pada masa yang sama. Lega kerana lelaki itu mungkin perasan rasa gemuruh Ivy atau dah terpikat dengan Ivy dan berani tampil kehadapan untuk menyambut Ivy. Cemas kerana dia tak tahu siapa lelaki suit serba biru itu! sesiapa sahaja boleh jadi disebalik topeng tersebut. Mungkin Hansel? Sebab dia berambut perang, mungkin tidak juga kerana cara dia tersenyum tidak sama seperti senyuman asymmetry Hansel.

But that smile just look so familiar.

Diaval yang berada di pintu masuk Dewan, rehatkan siku pada railing tangga bersama senyuman sinis tertampal pada wajahnya. Nampaknya seseorang agak berani bertindak dahulu sebelum lelaki lain desis hati Diaval. Tertarik dengan lelaki tersebut. Who is this man?

Sebaik sahaja Ivy tiba di hadapan lelaki itu, Diaval bersiul kecil kepada okestra mini di bawahnya. Salah seorang pemain itu; violist mendongak melihat si pengiring Puteri misteri. “Sonata no.13.” bisik Diaval membuat violist itu mengangguk dan dia berbisik kepada kawan-kawannya.

Diaval tersenyum nakal. First dance Ivy kenalah special. Walaupun bersama lelaki misteri.

“Huh… Gadis misteri menari dengan Lelaki misteri. Isn’t that fairy tale-ish story?” Hansel juga mempunyai pemikiran yang sama dengan Diaval tentang mereka berdua.

Semasa Ivy di anak tangga terakhir, lelaki itu hulurkan tangannya kepada Ivy. Sumpah Ivy tak tipu lelaki ini punca Ivy kena serangan jantung kerana ia berdegup kencang sehingga hanya Ivy boleh dengar ialah degupan jantung itu seperti derapan kaki kuda yang berlari.

Pada mulanya Ivy teragak-agak untuk menyambut tangan lelaki itu tapi bila Ivy angkat pandangannya pada sepasang mata citrine, segala keraguan hilang dan dengan senyuman dia menyambut tangan tersebut.

Lelaki itu tunduk dan mengucup belakang tangan Ivy. “Good Evening My lady.” Sapanya setelah kembali berdiri tegak. “Pardon me to ask but are—” ayatnya terhenti bila okestra mini dendangkan lagu lain dan ia sebuah lagu slow waltz. Lelaki itu tersenyum kecil.

Ivy perasan senyuman tetiba itu dan menyoal; “Uhm—kau okay?”

Senyuman lelaki itu makin lebar dan menggeleng. “May I have your first dance?”

Macam mana Lelaki ni tahu ini tari menari pertama Ivy??

Ivy berpaling ke atas melihat Diaval sudah berada di pertengahan tangga sebelah kiri, mengenyit mata kearah anak jagaannya dengan senyuman nakal.

Ivy tak tahu apa dah jadi tapi apa yang dia pasti ialah lagu yang dibawa oleh okestra itu telah memberi signal kepada lelaki ini yang ini ialah malam istimewanya dan lelaki ini faham signal tu.

Ivy melihat tangan mereka yang masih berpegangan dan tersenyum manis. “I think you already have it.”

“Then, let me lead you to the dance floor.” Pelawanya dan membawa Ivy ke tengah-tengah dewan di mana semua orang beri laluan kepada mereka untuk lalu.

Sementara itu, seorang puteri kecil menyelitkan dirinya diantara pelajar yang lebih besar darinya untuk melihat apa yang menjadi tumpuan semua orang dalam dewan itu.

Charlotte menutup mulut terkejut melihat siapa yang berada di tengah-tengah lantai tari berpakaian dengan sebegitu cantik.

Ivy! jerit hatinya riang. Dia sempat memandang sekeliling, dia rasa bangga bila pelajar lain tepersona dengan penampilan ahli sihir itu. Ini tandanya mereka akan lihat Ivy yang villain pun boleh menjadi secantik Puteri!—Sedangkan Charlotte tidak tahu bahawa tiada siapa mengenali perempuan itu adalah anak maleficent pada malam itu.

Selepas ni dia akan serbu Ivy dan berseronok dengannya; Niat si puteri kecil, teruja dan tidak ingin mengganggu tarian duet Ivy dengan ‘rakan’nya itu.

Seperti etika di lantai tari, kedua pasangan ini tunduk pada satu sama lain tanda sapaan dan penerimaan pasangan mereka dalam tarian duet itu.

Ivy yang tidak tahu apa-apa hanya berdiri di tempatnya manakala lelaki itu mengambil selangkah mendekatkan diri.

Lelaki itu berbisik; “Sepatutnya awak mendekati saya.”

“huh—Oh sorry a-aku—” Ivy mengetap bibir. Kenapa dia gemuruh sangat ni? Sebab dia tak pernah menari waltz? Sebab dia tak tahu satu benda pun tentang tarian Enchanted?

Ivy mengeluh. “I don’t dance.” Katanya membuat lelaki itu tersenyum dengan gelengan.

“You don’t, not you can’t.” katanya membuat Ivy menjungkit kening tak faham. “Just follow my lead and then you’ll know.”

“Tapi—” ayat bantahan Ivy terbantut, sama seperti nafasnya tersekat di kerongkongnya bila lelaki itu selitkan tangannya pada pinggang Ivy dan menarik Ivy lebih dekat padanya.

“Tenang Tuan Puteri. Ikut sahaja gerak hati awak dan awak dah boleh menari. But be sure ikut rentak okestra okay?” Lelaki itu mengenyit mata membuat muka ivy naik merah.

“Aku tak—”

“Kau akan okay.” potong lelaki itu lagi. “Just follow me.”

Ivy memutarkan bola matanya. Lelaki ni mungkin fikir Ivy tak yakin pada dirinya, apa yang Ivy ingin katakan yang dia bukan seorang puteri—dan mungkin hampir tersasul kata dia tiada hati. Mungkin ada baiknya lelaki ni sampuk ayatnya.

Lelaki itu membawa Ivy menari bila rentak lagu irama yang sesuai untuk dia mulakan tarian mereka. membawa perempuan itu kekiri dan kekanan cuba membawa kaki Ivy bergerak seirama dengan kakinya.

Setelah rentak kaki mereka seirama, dia mengangkat tangan kiri Ivy dengan lembut separas dengan wajah mereka dan menggenggamnya. “Kau akan tahu.”

Ivy tak dapat dengar bisikan lelaki itu kerana dia terlalu khusyuk dengan dirinya sendiri. Entah kenapa dia rasa hatinya sedang berbicara didalam minda Ivy, sebaik sahaja beberapa langkah tarian pertama.. hatinya mekar keseluruh badannya, membuat dia rasa ringan dan gembira(?)

Bila lelaki itu menggengam tangan kirinya, tangan kanannya terus bergerak ke bahu lelaki itu tanpa berfikir.

Sepertinya dia pernah menari seperti itu sebelum ini. badannya pernah menari seperti itu kerana mindanya tak nyatakan dia pernah.

Adakah ia riaksi dari pemilik hati ini?

I vy tak dapat nak fikir persoalan tersebut bila lelaki itu membawa Ivy merentasi lantai dewan bila irama lagu waltz itu menjadi sedikit rancak.

Ivy ketawa seperti nafasnya telah dicuri angin dan menjeling nakal kearah pasangannya. “You did that on purpose.”

“No.” pasangannya terenyum nakal. “Awak menghayal.” Dan Lelaki itu berikan putaran ballerina untuk Ivy sebelum tangannya melekat pada pinggang Ivy semula.

Lagu irama itu makin rancak dan mereka berdua terus tersenyum lebar. Seperti itu signal mereka untuk naikkan lagi keseronokan dalam tarian mereka.

Mereka berdua menari di lantai menari itu dengan girang, ketawa setiap kali si lelaki mengangkat si perempuan keudara membuat penonton mereka memuji tarian mereka, Menguasai lantai menari hanya mereka berdua, berputar membuat ruang yang lagi luas dan penonton membelakangkan diri dari mereka.

Dua pasangan ‘misteri’ ini menari seperti hanya mereka berdua sahaja yang ada di dewan tari menari itu.

Hansel yang menikmati dan kagum melihat kebolehan Ivy menari waltz untuk pertama kali, mengangguk, tidak sangka ahli sihir yang kononnya bencikan ‘ball’ rupanya gifted dalam tarian waltz. Sempat buat aksi lagi!

Tapi tumpuannya pada Ivy tidak lama bila dia ubah pandangannya kearah lelaki serba hitam yang menyandar pada railing tangga terakhir dewan itu, juga menikmati Ivy menari dengan pasangannya.

Tentu tu Diaval… Heh, dia tu dah berperangai macam ayah Ivy yang protective. Berada di majlis tari menari anaknya, memastikan anaknya dapat pasangan yang baik untuk menari dan bergembira tanpa halangan desis hati Hansel dengan gelengan.

Setelah itu, pandangannya juga berubah ke pintu masuk dewan. Senyumannya terus hilang melihat seorang lelaki muncul—lambat muncul dalam tari menari itu.

Melihat dari pemakaiannya yang simple, dia tidak diumumkan sebagai kerabat di raja. Hansel tak perlu fikir banyak siapa lelaki itu. Lihat dari telatahnya sudah jelas menunjukkan siapa lelaki itu.

“Are you Vivian?”

Jantung Ivy berhenti seketika. Perasaan girang Ivy menari bersama lelaki itu terus hilang bila persoalan itu keluar tanpa amaran dari bibir pasangannya. “A-apa?”

Lelaki itu tersenyum dengan hembusan kecil. “So… awak bukan Vivian.”

Ivy tak tahu samada dia yang rasa cemas atau hati bukan miliknya yang cemas. Jantungnya berdegup dengan kuat sepertinya ia ingin melompat keluar dari sangkarnya dan tinggalkan Ivy keseorangan berdepan dengan soalan tersebut. Kenapa dengan soalan tu? Ia mengganggu keselesaan Ivy sangat!

Ivy cuba kembalikan komposisinya dan berikan sebuah senyuman. “M-maaf?”

“My date.” Kata lelaki itu kelihatan segan. “Saya ada date dengan seorang bernama Vivian tapi saya tak jumpa dia sepanjang malam ni… dan….” Dia tersipu malu. “Saya ingat awak Vivian.”

Ivy menghembus nafas yang dia sendiri tak tahu dia tahan selama ini. Jadi dia cari pasangannya untuk majlis ni… desis hatinya lega dan kembali tersenyum dengan ikhlas.

“Why you think that?”

“Sebab bagi saya Vivian adalah perempuan tercantik di mata saya dan bila awak muncul… kecantikan awak telah mengalahkan Vivian saya.”

Ivy ketawa kecil dan pasangannya memutar Ivy dalam tarian mereka sebelum kembali memeluk pinggangnya. “I’m sorry.”

“Don’t be. Saya gembira menari dengan awak… lagipun, dia takkan tahu siapa saya.” Lelaki itu menyentuh topengnya dengan senyuman nakal. “Waltz dah nak habis. Tahu tamatkannya?”

Ivy menggeleng. “How?”

Lelaki itu hanya tersenyum dan mengikut rentak terakhir lagu waltz itu, dia bawa Ivy ke dalam dakapannya dan jatuhkan Ivy kebelakang, sementara dia tunduk kearah Ivy.

Wajah mereka hanya beberapa inci jauhnya sehingga mereka boleh rasa deruan nafas masing-masing dan mata saling bertentangan. Pada saat itu umpama selamanya bagi Ivy. sempat menatap wajah lelaki itu dengan jelas, pada setiap sudut wajahnya dari sepasang mata honey itu, hidung, bibir dan dagunya. Entah kenapa dia ingin, hendak mengingati wajah lelaki itu dengan terperinci. Mengukir wajahnya didalam mindanya; sebelum lelaki itu angkat Ivy untuk berdiri semula.

Dan semua orang memberikan tepukan gemuruh kepada dua pasangan ini, manakala mereka saling tunduk pada satu sama lain.

“Thank you for the dance My lady.” Bisiknya kepada Ivy sebelum mengucup belakang tangan Ivy.

“The Pleasure all my kind sir.” Ivy tunduk menyilang kaki kepada Lelaki itu.

“Eherm…” Mereka berdua toleh ke sisi bila seseorang menegur mereka berdua.

Mata Ivy terbeliak bulat bila dia lihat lelaki berambut emas dan mempunyai semasang mata biru cerah berdiri dengan senyuman di hadapannya.

Louis!”
>X<

~To be continued~

(A/N: Ouch my cheeks for smiling too much! Ouch my finger numb for typing so much!! And part ni tak habis lagi!! Kalau sambung confirm lumpuh jari-jemari angah (T_T) and maybe part ni boleh jadi cerpen sepanjang 50+ m/s! Haha Just joking! (^3^) anyways…. See you in the necz chapitar! Doakan darah kembali jalan ke jari angah cepat2 supaya boleh update cepat2!)

8 comments:

  1. first commenter *^▁^*
    waa akhirnyaa chapter baru dh ada. hari2 tggu entry baru dri angah. hahahah happy sgt sbab dh ada. #^_^#
    tak sabar nk tengok reaksi louis and nk tahu siapa yg mnari dgn ivy. make me exciteddddd
    smbung cpat ye angah ������ gurau jee takpe2 take your time janji angah update o∩_∩o
    I will always waiting …… hehe
    (nsk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey!! Thanks sebab ternanti2 chapter dari angah!! <3 <3 and angah dalam perjalanan nak type chapter seterusnya ni huhuhu angah pun x sabar nak post riaksi louis! And thank you sebab sentiasa bersabar dgn angah 'nsk' (T^T) *hugiesssss*

      Delete
    2. just one thing keep wondering me angah.. what happened with her father? hmmm. srsly. it makes me more excited utk trus bca this novel. o∩_∩o

      Delete
    3. Kita akan ketahui apa dah jadi kat ayah ivy in the near future chapter! Huhuhuhuhu ( ͡o ͜ʖ ͡o) just keep wondering and guess it honeybunch *kisses*

      Delete
  2. Ingat yang menari tu lu....rupa rupanya.....emmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya bukan.... Hihihihi saja nak buat korang kecewa sikit and suspen... (*^ω^*)

      Delete
  3. Lagi baca lgi rsa tertanya2 apa yg akan trjadi utk entry yg seterusnya.. Anyway cerita ni memang terbaik..
    -myu_naa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww thank you myu_naa!! (Another new commenter angah *queeeling* in happyness right now) hahahaha the next chapter mgkin akan siap hujung minggu ni! (^.^)/

      Delete